SELAMAT DATANG

Selasa, 7 September 2010

Khatib Zakaria saman dua akhbar, seorang pemimpin Umno selepas Aifilfitri

Oleh G Manimaran

September 05, 2010

KUALA LUMPUR, 5 Sept — Zakaria Ahmad, khatib yang dikaitkan dengan isu khutbah Pulau Pinang bulan lalu berkata, beliau sudah mengambil keputusan muktamad untuk memfailkan saman fitnah terhadap dua akhbar harian dan seorang pemimpin Umno negeri itu selepas sambutan Aidilfitri.

“Saya memutuskan untuk mengambil tindakan saman fitnah selepas pihak-pihak terbabit enggan memohon maaf kerana mengeluarkan kenyataan yang menjatuhkan reputasi saya sebagai seorang khatib,” kata Zakaria ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

“Mula-mula saya memberi mereka yang mengeluarkan kenyataan tidak betul tentang diri saya selama dua hari untuk mohon maaf, tetapi meskipun saya menanti sehingga kira-kira seminggu, mereka tidak mengambil apa-apa tindakan untuk memohon maaf... jadi saya memutuskan untuk mengambil tindakan saman.

“Peguam saya sedang menguruskan perkara ini, dia sedang meneliti segala kandungan kenyataan mereka,” kata beliau lagi.

Kata Zakaria, sekurang-kurangnya jika mereka meminta maaf beliau bersedia untuk memaafkan lebih-lebih lagi sempena bulan Ramadan sekarang.

“Saya seorang ahli PAS dan seorang yang beragama Islam saya sanggup untuk memaafkan mereka... Islam mengatakan kita harus memaafkan orang lain jika mereka memohon maaf, tetapi malangnya walaupun mereka telah memfitnah saya tetapi enggan memohon maaf,” kata beliau lagi.

Zakaria tidak menolak untuk memaafkan mereka jika tampil memohon maaf secara terbuka sebelum 1 Syawal.

Sebelum ini, Zakaria mempertahankan tindakannya berdoa untuk Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam khutbah Jumaat di beberapa masjid di Pulau Pinang sambil menegaskan, ia tidak salah di sisi agama.

“Bagi saya, berdoa (untuk orang bukan Islam) itu tidak salah cuma cara berdoa dan tempat (ketika khutbah Jumaat) itu yang dikatakan menjadi kesalahan.

“Insya-Allah lepas ini saya tidak akan mendoakan lagi (khutbah Jumaat) kalau hendak mendoakan pun di tempat lain,” katanya.

Zakaria menyifatkan isu berdoa itu adalah kecil tetapi telah diperbesarkan oleh orang politik dan beliau berterima kasih kepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang kerana memberi bimbingan kepadanya.

Isu membaca doa didakwa menggunakan nama Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah Jumaat didedahkan oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Seri Dr Zahid Hamidi.

Pada 21 Ogos lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Berangan dari Umno, Shabudin Yahaya berkata doa yang dibacakan oleh khatib pada khutbah kedua solat Jumaat di Masjid Jamek Padang Menora 25 Jun lalu dibuat dalam bahasa Melayu.

Kandungan doa itu adalah meminta Ketua Menteri terus kekal dan berjaya mentadbir negeri Pulau Pinang selain tidak menyebut nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abas.

Shabudin menafikan dakwaan kononnya berlaku salah faham dalam kalangan jemaah yang tidak memahami doa kerana ia dibacakan dalam bahasa Arab.

Menurut Shabudin, biasanya doa dalam khutbah dibaca untuk ketua agama negeri seperti Yang di-Pertuan Agong atau Yang Dipertua Negeri dan tidak melibatkan unsur-unsur lain.

Shabudin mendakwa Zakaria tidak memiliki tauliah untuk membaca khutbah yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

Nik Aziz pertahan kenyataannya bukan Islam boleh masuk masjid

September 06, 2010

KOTA BARU, 6 Sept – Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata pihak yang mempersoalkan kenyataannya yang orang bukan Islam boleh masuk ke dalam masjid, sebagai mahu mempolitikkan isu berkenaan.

“Kenapa isu membenarkan bukan Islam masuk rumah ibadah agama Islam diperbesarkan-besarkan, sedangkan orang bukan Islam yang membina dan membuat mimbar masjid tidak dipersoalkan,” katanya.

Menteri Besar (gambar) berkata di Kelantan, orang bukan Islam turut memberi sumbangan peralatan termasuk besi dan simen bagi pembinaan Masjid Bara’ah di Pasar Siti Khadijah di sini.

“Ini menunjukkan rakyat Kelantan faham, termasuk bukan Islam faham mengenai Islam,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan pakaian sempena Aidilfitri sumbangan Pusat Pakaian Hari-Hari kepada golongan miskin di Kubang Kerian, di sini sini hari ini.

Dalam kenyataan sebelum ini, Nik Aziz mempertahankan tindakan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching, menyampaikan sumbangan di surau Al-Huda, Kajang Sentral, Selangor baru-baru ini, yang menimbulkan kontroversi di kalangan umat Islam.

Mengenai kenyataan Anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali yang meminta beliau membuktikan kebenaran dakwaannya dengan nas dan ayat al-Quran, Nik Abdul Aziz dengan nada sinis berkata: “I know you (saya kenal awak)”. – Bernama

Najib Kena Ngaji Islam Ngan Ann Wan Seng

Ustaz Cina An Wan Seng Bagi Tazkirah

Malam semalam sempat dengar tazkirah daripada Ann Wan Seng di Masjid Al -Falah , seksyen 25 Shah Alam. Ann Wan Seng seorang aktivis sosial, pendakwah dan juga seorang penulis yang aktif menulis buku . Hampir 30 buku sudah dihasilkannya.

Beliau seorang Cina Muslim yang memeluk Islam hampir 14 tahun yang lalu. Beliau berkata ,"Nak panggil saya muallaf pun tak pa, tapi di Selangor lebih daripada 5 tahun dah tak layak dipanggil muallaf, jangan panggil saya Cina kafir sudahlah."

Antara lain dalam kuliah beliau berkata Islam bukan kepunyaan mutlak orang Melayu, Cina , India atau lain-lain bangsa atas muka bumi ini tapi Islam diturunkan diturunkan oleh Allah SWT kepada seluruh umat manusia yang berada atas muka bumi ini.

Ketika mengulas isu ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching yang masuk ke dalam surau yang timbulkan kontroversi, Ann Wan Seng berkata , bukan senang orang Cina yang bukan Islam nak hampiri masjid, sekarang bila Teo masuk surau menandakan orang bukan Islam sudah boleh terima Islam. Teo juga sudah minta maaf atas isu yang timbul dan beliau jahil dalam hal ehwal Islam . Yang peliknya kenapa orang Islam terus 'bantai' Teo yang jahil sepatutnya bukan kita dakwa beliau kita berdakwah kepada beliau.

Kata Ann Wan Seng lagi kalau orang bukan Islam tak boleh masuk surau dan masjid bagaimana pula dengan masjid-masjid lain yang boleh dilawati dan dibenarkan masuk kedalam masjid?Nabi Muhammad SAW yang dikasihi buka kota Madinah perkara pertama yang dilakukan Nabi ialah bina masjid supaya jadi tempat untuk semua urusan kehidupan. Ann Wan Seng juga mendakwa orang Cina paling ramai memeluk Islam berbanding kaum lain di Malaysia. Beliau juga berkata pernah memasuki perkampungan orang Asli dan ada orang asli yang berkata, " Saya 5 kali masuk Islam 6 kali masuk Kristian!"

Mengapa umat Islam besarkan perkara yang remeh temeh sedangkan isu murtad yang berlaku di kalangan umat Islam amat membimbangkan yang dah mencecah suku juta . Tidak ada agenda besar pihak berkuasa untuk menangani gejala murtad secara bersungguh-sungguh walaupun Malaysia ada 14 mufti satu jumlah yang paling banyak dalam dunia sedangkan negara lain satu negara satu mufti saja.

Umat Islam juga menjadi penentang kepada pelaksanaan hukum hudud sedangkan hukum hudud adalah hukum Allah. Umat Islam juga pertikai hukuman yang dijatuhkan Mahkamah Syariah tapi tidak pertikai pesalah syariah yang melakukan maksiat dengan menganggap hukuman mahkamah syariah sebagai zalim dan langgar hak-hak asasi manusia!

Ajaq Bini Hang Dulu la Najib Oiiii!!!

PM Najib patut tegur Rosmah Mansor sebelum tegur Teo


PM Najib kata isu ahli Parlimen Serdang ,Teo Nie Ching yang masuk surau sebagai langgar Majlis Fatwa Kebangsaan .

“Garis panduan ini mesti kita patuhi sebelum memasuki masjid,” kata Najib ketika berucap pada majlis berbuka puasa di sini hari ini.

Najib yang juga Pengerusi Umno Selangor berkata, Teo telah melakukan satu lagi kesalahan dengan menyampaikan tazkirah ketika kunjungannya.

“Hanya orang Islam dibenarkan menyampaikan tazkirah di masjid atau surau.

“Jika bukan Islam memasuki sebuah masjid dan mula memberikan tazkirah kepada Muslim, ia bertentangan dengan ajaran Nabi,” kata Pengerusi BN ini.Baca semua di The Malaysian Insider Najib :MP Serdang langgar fatwa masuk surau , beri tazkirah.

Betoika Teo bagi tazkirah? Garis panduan untuk orang bukan Islam masuk masjid ambik berat kalau orang Islam pulak yang masuk masjid tak tutup aurat tak pa ka?Serupa tapi tak sama.

Berkaitan;
Jawatankuasa surau nafi dakwaan Najib MP Teo sampaikan tazkirah-Malaysian Insider

Iklan TV3: Apco punya kerja?


Suara Keadilan online melaporkan Adakah Apco Yang Lulus Terbit Iklan Raya TV3? :

TV3 harus lebih responsif dan bertanggungjawab dengan apa yang telah mereka lakukan! Ia umpama si perogol yang dilepaskan hanya setelah memohon maaf dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.

Justeru, TV3 atau lebih dikenali sebagai RTM3, harus mendedahkan siapakah yang melulus-terbit iklan yang berniat jahat tersebut.

Diikuti dengan mendedahkan siapakah atau kumpulan manakah yang melakukan kerja akhir menyiapkan iklan tersebut, diikuti mendedahkan 'director' iklan dan juga perekacipta 'storyboard' bagi iklan yang diklasifikasikan sebagai 18PL itu.

Demi menghalang sebarang agenda memurtadkan orang-orang Islam secara licik dan halus dilakukan secara terancang seperti iklan raya lari akidah terbitan TV3, pihak pembangkang atau NGO orientasi Islam harus memulakan langkah segera menyiasat dan memberkas mereka yang terlibat dan yang paling penting, menghambat siapakah yang menjadi dalang utama.

Kerajaan hari ini sememangnya tidak boleh lagi diharap dalam menjaga kesucian Islam apabila mereka bersama dengan agen Yahudi. -Suara-Keadilan online.

Berkaitan ;
Iklan kontrovesi: Kementerian Penerangan patut dipersalahkan
-Harakahdaily
TV3 tarik balik iklan raya-Malaysiakini

Sembelih korban: Saya masih waras- Guan Eng


Mohd Sabri Said

KEPALA BATAS, 6 Sept: "Saya masih waras dan tahu menilai majlis apa yang dibolehkan ketika bersama masyarakat Islam"kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ketika membidas dakyah terbaru Umno kononya beliau menyembelih lembu korban.

Menurutnya, perbuatan itu sengaja dibuat dengan menukar gambarnya dengan wajah Mantan Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Nizar Jamaludin dengan tujuan mencetuskan kemarahan Umat Islam terhadapnya.

Beliau yakin, rakyat tidak tunduk dengan fitnah yang tidak berasas tersebut yang mempunyai maksud untuk merosakkan perpaduan kaum yang sedia ada.

Menurutnya lagi, punca utama kemarahan kepimpinan Umno dan BN terhadap kepimpinanya ialah ketika beliau mengharamkan judi bola Piala Dunia baru-baru ini. Disebabkan pengharaman tersebut kerajaan kehilangan sumber pendapatan yang besar.

(Gambar: Guan Eng menyerahkan wang pengurusan jenazah RM 1000 kepada waris si mati)

"Bila Kerajaan Pakatan rakyat mengeluarkan kenyataan haramkan judi bola, ramai yang marah malah ada yang anggap ianya tindakan jahat kerana menghalang sumber pendapatan negara, " jelasnya.

Pulau Pinang merupakan negeri pertama yang berbuat demikian baru diikuti oleh beberapa negeri lain sehingga membuatkan Kerajaan Pusat terpaksa mengubah keputusan mengharamkan kononya mendapat bantahan banyak pihak.

Sementara itu, masyarakat berbilang bangsa di Pulau Pinang terus memuji langkah Kerajaan Negeri memberikan wang pengurusan jenazah RM1,000 kepada waris warga emas yang telah meninggal dunia serta baki pemberian RM100 kepada 80 orang warga emas di Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Dua.

Pemberian itu merupakan ehsan yang dianggap cukup mengembirakan waris yang menerima kerana sebelum ini tiada kerajaan sehebat Pakatan Rakyat yang sanggup memberikan saguhati tanda simpati kepada waris yang menerima kematian keluarga tercinta.

Program sumbangan pengurusan jenazah yang diadakan di Dewan Orang Pajak Song baru-baru ini adalah program kedua setelah berjaya dadakan di Seberang Perai Selatan penghujng bulan lepas.

Seorang penerima, Osman Saad berkata, pemberian RM1,000 itu membuktikan apa yang dijanjikan oleh Kerajaan Pakatan Rakyatt di Pulau Pinang bukan janji kosong sepertimana yang didakwa oleh pembangkang.

Ooi Ah Nga pula berkata, pemberian itu terbukti slogan 'Kerajaan Berjiwa Rakyat' betul-betul menjadi kenyataan tidak mempermainkan rakyat dengan berbagai slogan.

Manakala bagi Encik Gunaseelan dari Butterworth, pemberian itu merupakan simbol Kerajaan Pakatan Rakyat berbanding Kerajaan BN yang hanya tahu menabur janji tetapi sukar untuk merealisasikanya.

"Walaupun pemberian itu tidak seberapa namun bagi rakyat yang baru menerima kematian keluarga ia merupakan hadiah berharga yang tiada ternilai terutamanya keluarga miskin, " ujarnya yang menerima sumbangan pengurusan jenazah ayahnya mendiang Kuppusamy yang meninggal pada bulan Mac lepas

Isnin, 6 September 2010

Agama Baru 1 Malaysia - Punya nak BODEK !!!!! .....




TV3 Buat Iklan Syirik...


oleh Pemuda Jerlun

Kami mengutuk sekeras-kerasnya Iklan yang dibikin oleh TV3, Menyiarkan Iklan Syirik sempena Aidilfitri mulia.

Hancur luluh hati kami Umat Islam akan perbuatan Keji TV3

Scene 1 -

Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka.
1.Budak Lelaki Mel...ayu - Orang Melayu
2.Buku - Bible
3.Pondok Buruk Beratap Rumbia - Kemiskinan
4.Malam Yang Gelap - Islam yang mundur
5.Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis
6.Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM
7.Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran

Scene 2 -

Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).
1.Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)
2.Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan
3.Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus
4.North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)Pokok Krismas - Simbol Paganism

Scene 3 -

Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk


TV 3 mesti dihukum...

Ahad, 5 September 2010

Baru 3 tahun berkawan: Hebatnya Perjuangan Islam

MP Serdang kini popular ‘YB Surau’, sangkal sumbangan ‘hina Islam’

September 04, 2010

Teo Nie Ching menyampaikan ucapan pada Majlis Mesra Bersama Rakyat Surau At-Tholabiah, Sungai Ramal Luar malam tadi. — Gambar oleh Choo Choy May
KAJANG, 4 Sept — Sementara kira-kira 30 kariah menunggu dengan sabar sambil berbual mengenai perkembangan semasa, sekitar pukul 11 malam tadi, Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching singgah di Surau At-Tholabiah, Sungai Ramal Luar berhampiran Kajang.

Wakil rakyat itu sepatutnya berada di surau itu pukul 10 malam untuk bertemu dengan mereka selepas berakhirnya majlis tarawih. Bagaimanapun beliau lewat sejam kerana terpaksa singgah di Madrasah Cheras Perdana untuk memenuhi permintaan saat-saat akhir.

“Maaf, saya tiba lewat. Ada program saat-saat akhir. Mereka memanggil saya datang,” kata beliau dengan tenang ketika melangkah ke Surau At-Tholabiah, yang terletak di tepi Lebuh Raya Sik.

Madrasah Cheras Perdana antara yang mengundang beliau bertemu dengan umat Islam meskipun tercetusnya isu kunjungan ke Surau Al-Huda.

Permintaan Madrasah Cheras Perdana dan kesungguhan pengurusan Surau At-Tholabiah menandakan Teo yang sudah mula dikenali sebagai “YB Surau” menandakan terus menerusi semangat dan sokongan di sebalik debat mengenai isu ini berterusa.

Dengan berpakaian baju kurung berwarna kuning dengan selendang, yang dihadiahkan oleh salah seorang peminatnya baru-baru ini, Teo berkata: “Apa yang berlaku sekarang ini adalah satu ujian.”

Beliau telah menerima enam selendang setakat ini, termasuk selendang dari Mesir yang dihadiahkan oleh “Datuk Zin”. “Kalau ada jemputan saya akan datang, menjadi tugas saya untuk datang.... saya melakukan ini bukan sahaja ketika Ramadan, tetapi sepanjang tahun... saya pergi bertemu dengan semua orang tidak kira agama dan kaum,” katanya.

Kehadiran di Surau At-Tholabiah adalah persinggahan beliau yang terakhir pada bulan Ramadan. Awal pagi ini beliau bertolak di Sarawak sebagai sebahagian daripada persediaan DAP menghadapi pilihan raya umum negeri itu.

Ahli Parlimen penggal pertama berusia 29 tahun itu tiba-tiba menjadi ‘popular’ ekoran kontroversi yang dibangkitkan oleh Umno dan Perkasa dua minggu lalu.

Dalam ucapannya Penasihat Surau At-Tholabiah Mohd Yusof A. Kadir berkata, “walaupun berhadapan dengan isu kontroversi, kami berharap beliau (Teo) akan terus bersemangat untuk berkhidmat sebagai wakil rakyat.”

“Kami berharap semangat YB tidak jatuh, tetapi pada masa yang sama kita akan ikut arahan orang atasan,” kata beliau mengalu-alukan kedatang Teo yang menyampaikan sumbangan pada majlis ringkas yang diadakan di ruang luar.

Teo Nie Ching dengan mengenakan selendang dihadiahkan peminatnya menyampaikan sumbangan kepada Abdul Rahman Mohd Tahir. — Gambar oleh Choo Choy May
“Ini duit rakyat,” kata Teo ketika menyerahkan sumbangan kepada Pengerusi surau Abdul Rahman Mohd Tahir seolah-olah mahu menangkis kritikan sesetengah pihak yang mempertikaikan wakil rakyat bukan Islam menyampaikan sumbangan dan derma di kawasan masjid dan surau.

Ketika ditemui The Malaysian Insider dalam satu pertemuan kira-kira 10 jam sebelum itu, Teo berkata, kunjungan beliau ke masjid atau surau sama sekali tidak harus dilihat sebagai tindakan menghina agama Islam.

“Mengapa saya perlu memberi sumbangan untuk menghina agama lain, tidak... tidak,” kata beliau ketika ditemu bual di ibu pejabat DAP di Petaling Jaya tengah hari semalam.

“Kalau saya nak menghina, adakah saya hendak memberi sumbangan, saya rasa kenyataan itu (dakwaan menghina) itu tidak masuk akal, tidak betul,” kata wakil rakyat kelulusan undang-undang ini.

Teo mengulangi bahawa Umno dan Perkasa sengaja memperbesarkan isu ini dan menolak bahawa beliau menggunakan kunjungan ke masjid atau surau untuk kepentingan politik.

“Saya juga terkejut. Saya tidak panggil wartawan ke program saya. Ini lawatan biasa,” kata beliau sambil menambah, “saya pergi ke sana dengan niat yang suci dan ikhlas iaitu untuk memberikan sumbangan.”

“Umno memang ada cakap saya telah memperalatkan surau untuk meraih publisiti untuk diri sendiri.

“Tetapi saya tidak berniat untuk buat demikian lagipun pada hari itu juga saya tidak jemput wartawan untuk datang.... kalau saya pergi saya dan bawa wartawan mungkin boleh tuduh saya gunakan surau untuk jadikan saya lebih popular,” katanya.

Selepas isu ini diperbesarkan, Teo mengakui sudah melawat beberapa surau lagi.

“Ini adalah tugas saya jadi saya perlu jalankan tanggungjawab seperti biasa,” katanya lagi.

Sebenarnya kata Teo, kebanyakan program telah disusun sejak sebelum Ramadan lagi dan ada juga jemputan yang baru selepas isu ini tercetus.

“Macam malam ini baru terima jemputan dua hari lalu, mereka tidak takut kerana faham.

“Selain masjid dan surau saya juga ada pergi ke bazar untuk beri buah kurma.

“Respons syang saya terima sampai hari ini agak menggalakkan... ada orang cakap ia bukan satu isu, ada juga yang cakap mereka itu (pengkritik) cemburu,” kata Teo sambil menambah, beliau akan melakukan apa yang sepatutnya perlu dijalankan selaku seorang wakil rakyat.

Menjawab soalan bagaimana beliau menghadapi isu semasa ini, Teo juga berkongsi bahawa pada hari pertama dan kedua beliau memang tertekan dan ada menangis.

Teo berkata, beliau menitiskan air mata semasa dalam perjalanan ke rumah dan ketika berada di rumah sehari selepas Majlis Agama Islam Selangor mengeluarkan kenyataan bahawa Sultan Selangor murka dan akan mengeluarkan surat amaran.

Malah kenyataan itu menjadi tajuk muka depan media pada Sabtu lalu.

“Hari Sabtu, saya rasa begitu susah,” katanya.

“Memang saya rasa tertekan kerana saya ingat ia salah saya,” kata beliau tetapi mengaku tidak menjejaskan kerjaya politiknya.

Bagaimanapun kata Teo, beliau seolah-olah merasakan telah membuat satu kesilapan yang boleh menjejaskan reputasi parti dan juga ahli jawatankuasa Surau Al-Huda.

“Memang rasa begitu, tidak senang dan sedih kerana ahli jawatankuasa telah digantung kerana tindakan saya.

“Pada saya, jika pada malam itu mereka tidak menjemput saya masuk ke ruang solat, ia tidak akan jadi satu isu yang begitu besar.

“Walaupun mereka jemput saya dengan niat baik dan ikhlas, layan saya dengan baik dan akhirnya apa yang saya bawa kepada mereka adalah masalah.

“(Oleh itu) saya menangis sendiri bukan depan orang,” katanya.

Teo juga berkongsi bahawa beliau menerima banyak panggilan daripada pemimpin parti dan mereka sebenarnya tidak marah.

“Semua orang hanya simpati dan faham bahawa pada hari pertama dan kedua saya berada dalam satu kedudukan yang sangat sukar.

“Mereka hubungi dan memberi nasihat kepada saya... apabila (Lim) Kit Siang dan Lim Guang Eng hubungi saya, bila mereka hubungi mereka cakap jangan risau, saya rasa ini satu sokongan moral daripada mereka,” katanya lagi.

Teo, antara calon pilihan raya umum 2008 yang menggunakan pendekatan kreatif untuk mendekati pengundi memberitahu beliau tidak sama sekali terfikir untuk meletakkan jawatan kerana isu ini, tetapi rasa takut dan risau kerana “saya tidak mahu membawa masalah kepada parti.”

“Saya rasa begitu ketika itu kerana pada saat itu kita belum terima begitu banyak nasihat, sokongan dan panduan daripada PKR dan PAS lagi.

“Tok guru (Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) juga ketika itu masih belum keluarkan apa-apa kenyataan pada masa itu,” katanya lagi.

Teo, penolong setiausaha publisiti kebangsaan DAP berkata, beliau sememangnya bimbang sama ada telah buat satu kesilapan yang akan mengakibatkan orang Melayu menganggap DAP sebuah parti anti-Melayu dan anti-Islam.

“Ini kerana saya rasa telah mencuba dengan begitu bersungguh untuk meyakinkan masyarakat Melayu bahawa DAP bukan sebuah parti ‘Chinese, Chauvinist dan Communist (CCC)’ sebagaimana didakwa oleh musuh kami,” kata beliau dengan merujuk kepada usaha DAP yang cuba meyakinkan orang ramai bahawa ia adalah sebuah parti yang berkhidmat untuk semua kaum.

“DAP adalah sebuah parti untuk semua rakyat Malaysia... memang saya takut bahawa usaha-usaha yang kita lakukan selama ini akan terjejas oleh sebab saya telah lakukan kesilapan atau boleh kata kecuaian yang bodoh,” ujar beliau.

Selain menangis, insiden ini juga membawa kepada Teo membeli telefon BlackBerry untuk mengikuti perkembangan semasa dengan lebih dekat.

Wakil rakyat penggal pertama ini berkongsi pengalaman selepas kontroversi kunjungan ke Surau Al-Huda pada 22 Ogos lalu, antara lain memiliki BlackBerry untuk mengikuti isu semasa dengan pantas. — Gambar oleh Choo Choy May
“Sebelum ini saya tidak guna BlackBerry, lepas insiden tersebut saya beli pada 31 Ogos. Saya perlukan BlackBerry sekarang, pada hari ini saya perlukan BlackBerry untuk dapatkan banyak informasi,” katanya.

Beliau masih melihat ke depan untuk berhadapan dengan cabaran dan tanggungjawab lebih besar sebagai wakil rakyat.

“Selepas melihat komen dan Tok Guru mempertahankan saya dan sudah menjelaskan bahawa dari segi Islam memang tidak salah orang bukan Islam masuk masjid dan surau, dari sana saya telah mendapat kekuatan dan selepas insiden itu, ramai orang telah keluarkan kenyataan mempertahankan saya termasuk (Naib Presiden PAS) Datuk Mahfuz Omar, Dewan Muslimat pusat dan Selangor juga ada datang jumpa saya untuk beri semangat - satu jumpa di Kajang dan satu jumpa di Balakong.

“Saya rasa selepas hari Sabtu, komen daripada masyarakat agak positif.

“Ada orang yang kata saya tidak buat apa-apa kesalahan dan kata tiada masalah orang bukan Islam masuk masjid dan surau.

“Ada juga fikir bahawa tidak pakai tudung itu adalah tidak sopan kerana saya sepatutnya pakai tudung,” katanya yang mengaku telah meningkatkan pemahaman tentang Islam berbanding Mac 2008.

“Lepas kejadian itu, masyarakat sekarang lebih kenali saya. Saya mengaku walaupun telah jadi wakil rakyat lebih daripada dua tahun tapi masih ramai yang belum kenal siapa saya.

“Tetapi selepas insiden ini saya pergi ke bazar mereka sudah tahu siapa saya.

“Walaupun tidak dapat sebut nama saya tapi mereka panggil saya “YB surau”, tapi saya rasa mereka peka dengan isu ini dan telah kenal saya,” katanya lagi.

Teo juga merasakan telah menerima banyak simpati daripada masyarakat berkata, beliau sebenarnya merasakan telah menerima sokongan yang begitu banyak.

“Hari-hari, sekarang saya terima selendang dari kawan-kawan Melayu dengan mengatakan bahawa supaya mereka (pengkritik) tidak bising

“Hari ini saya dapat satu lagi emel - ada pihak yang mahu mendermakan RM5,000 kepada saya untuk membuat satu program di kawasan saya,” kata Teo.

Chegubard cadangkan Selangor jadikan Jumaat cuti mingguan


Dulu-dulu Negeri Johor dan Perlis jadikan cuti hari mingguannya ialah hari Jumaat tapi Umno bunuh syiar Islam dan penghulu segala hari (jumaat) dalam Islam jadikan hari Ahad sebagai cuti hujung minggu.Bila tukar hari minggu tu kepada Ahad adakah dua negeri tersebut kaya-raya dan rakyatnya bertambah maju?

Terkini muncul cadangan daripada Ahli Majlis Pimpinan Keadilan Pusat Chegubard atau Badrulhisham bukan golongan ulama atau ustaz cadangkan negeri Selangor tukar cuti hujung minggu daripada Ahad kepada hari Jumaat

Selangor Disyor Jadikan Jumaat Sebagai Cuti Mingguan

SHAH ALAM 4 Sept - Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Pusat, Badrul Hisham Shaharin mencadangkan kepada kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor agar menjadikan hari Jumaat sebagai cuti mingguan menggantikan hari Ahad.

Badrul atau CheGuBard berkata ini selaras dengan fatwa Mufti Perlis yang mengatakan Islam menggalakkan umat Islam mengambil hari Jumaat sebagai hari cuti mereka.

Sebagai permulaaan beliau mencadangkan cuti mingguan pada hari Jumaat boleh dilaksanakan oleh agensi di bawah kerajaan negeri dahulu.

"Hasilnya sokongan orang Melayu dan Islam akan meningkat dan menempelak Barisan Nasional mengenai pelbagai tuduhan sonsang mereka terhadap kerajaan negeri.

"Ini akan membuktikan kepada rakyat tindakan penukaran cuti mingguan Jumaat ke Ahad yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional Johor di bawah Timbalan Perdana Menteri sekarang ketika beliau menjadi Menteri Besar Johor adalah salah.

"Dari sudut bukan Islam pula cuti hari Jumaat dan bekerja 5 hari seminggu ini harus dilihat dari aspek menggalak hubungan keluarga dan mewujudkan lebih masa bersama keluarga.

"Aspek produktiviti dan tumpuan kerja juga harus diperlihatkan," ujarnya lagi.

CheGuBard berkata beliau amat yakin pengumuman cuti dari Ahad kepada Jumaat akan diterjemahkan dalam lonjakan sokongan kepada kerajaan negeri Selangor.

Beliau mencadangkan supaya menjadikan Kelantan yang menjadikan hari Jumaat sebagai hari cuti sebagai contoh yang baik diteladani.

"Islam tidak menetapkan cuti harus pada mana- mana hari tetapi seeloknya cuti pada Hari Jumaat kerana keistimewaan hari tersebut di mana pada hari Jumaatlah diperintahkan ibadat khusus malah Jumaat digelar penghulu segala hari dengan perbagai keistimewaan.

"Bersumber dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW mengatakan: 'Sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat. Pada hari itu diciptakan Adam AS, dimasukkan dan dikeluarkan dari syurga pada hari itu dan kiamat akan terjadi pada hari Jumaat pula'. (Riwayat Muslim, Abu Dawud, An-Nasa’i, Tirmidzi dan disahihkannya. Lihat Fiqhus Sunnah oleh Sayyid Sabiq bab Jumaat).

"Dengan memberikan cuti pada hari Jumaat maka memberikan ruang yang lebih untuk umat Islam melaksanakan ibadat khusus solat sunat Jumaat dengan penuh rohnya," kata CheGuBard dalam satu kenyataan semalam.

Beliau menjelaskan roh semangat solat Jumaat seharusnya dijiwai oleh jemaah sesebuah kariah yang berkumpul bagi membincangkan masalah setempat sementara khatib pula menggulungkan khutbah dalam bentuk nasihat dan panduan.

"Malangnya kini masyarakat melaksanakan hanya cukup syarat terkejar-kejar keluar pejabat berebut waktu makan kemudian berkejar untuk bersolat malah ada yang keletihan dan tidur.

"Sudah tentu yang bekerja tidak pulang ke kariahnya untuk mengerjakan ibadah Jumaat. Ini sudah meninggalkan roh solat Jumaat yang sepatutunya memberikan ruang bertemu sesama anak kariah," CheGuBard berhujah.

Malah tambah beliau, solat Jumaat juga seharusnya diberikan ruang untuk ayah menjalinkan hubungan rapat dengan anaknya.

Ini seharusnya dijadikan tradisi dari awal iaitu makan tengahari bersama keluarga sebelum solat Jumaat dan kemudian ke masjid bersama anak serta ayah.

CheGuBard berkata suasana sebegini sudah hampir tidak wujud lagi dalam institusi kekeluargaan Islam kini.

"Mana mungkin ini semua dilakukan jika kita semua terkejar-kejar pada hari Jumaat.

"Dari aspek produktiviti cuti hari Jumaat lebih menjamin produktiviti. Bayangkan jika pada hari Jumaat waktu rehat akan bermula 12.30 tengahari hingga 2.30 petang.

"Bukan satu rahsia bahawa ramai yang keluar awal dan pulang ke pejabat lewat sedikit atas pelbagai alasan. Bayangkan jika hari Jumaat diberikan sebagai cuti dan hari Ahad pula boleh bekerja sepanjang hari tanpa gangguan. Cuti hari Jumaat juga menggalakkan perbagai ibadah sunat malam Jumaat.

Beliau menegaskan cuti pada hari Ahad di negeri yang berjiran dengan Selangor akan memberi sumbangan ekonomi dan sosial kepada Selangor yang bekerja pada hari Ahad.

Mereka yang tinggal di negeri berjiran dijangka akan membanjiri Selangor untuk pelbagai urusan kerana negeri tersebut menjadikan Ahad sebagai hari bekerja.

"Ini sedikit sebanyak akan memberikan suntikan ekonomi dari perbagai segi.

"Dengan perubahan cuti pada hari Jumaat maka dicadangkan Jumaat dan Sabtu diumumkan cuti sepenuhnya.

"Jumaat adalah untuk ibadat dan Sabtu pula hari keluarga. Kerja 5 hari seminggu akan secara tidak langsung meningkatkan kualiti mutu hasil kerja kakitangan kerana lebih bebas daripada tekanan kerja," ujar beliau.

CheGuBard juga berkata waktu kerja boleh dibuat sedikit perubahan di segi waktu masuk dan keluar.

Tu Dia enangan Hassan Ali......Tahniah! Azizan Razak Bila Lagi????

Ramai umat Islam hadir Sahur Perdana Selangor

Umat Islam daripada seluruh Selangor hadir program Sahur Perdana Selangor yang diadakan di Kompleks Belia ,Seksyen 7 Shah Alam Program yang bermula seawal 4 pagi itu dapat sambutan hebat umat Islam seluruh negeri Selangor.

Majlis tersebut sepatutnya diadakan di Masjid Negeri tapi besa la nanti Umno akan anggap ini program politik bukan agama!

Program besar itu berlaku sedikit kecacatan apabila pemimpin utama Pas dan PKR tidak dapat hadir seperti yang dijangkakan.Menteri Besar Kelantan Tok Guru Nik Aziz, Presiden Pas Tok Guru Hadi Awang dan Anwar Ibrahim tidak hadir dalam program Sahur Perdana Selangor kerana masing-masing ada hal yang tak dapat dielakkan.


Mereka digantikan dengan wakil daripada Kelantan Nik Amar Nik Abdullah, wakil Anwar Ibrahim ustaz Badrulamin dan wakil Presiden Pas Nasharuddin Mat Isa yang juga Timbalan Presiden Pas. MB Selangor, Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad , Exco Negeri Kedah Taulan Rasul dan wakil Pulau Pinang turut hadir meriahkan majlis yang pertama kali diadakan di Selangor itu.

Majlis Sahur Perdana Selangor dianjurkan oleh Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam Negeri Selangor yang diketuai Exco Negeri Selangor Hasan Ali.

Aurat: Siapa yang tidak hormati agama sebenarnya?


Anak Melaka

Riuh 1Malaysia tentang pimpinan DAP dan PKR bukan Islam mencemarkan Masjid dan surau dengan memasukinya tanpa menutup aurat.

Saya tidak hairan jika mereka masuk masjid dan surau dengan tidak menutup aurat kerana mereka bukan dan belum Islam.

Tetapi yang menghairankan saya ialah isteri-isteri dan anak-anak perempuan pimpinan sebuah parti politik (semua orang tahu) kononnya parti Islam terbesar yang di luar dan di dalam masjid tidak menutup aurat.

Umur dah lebih separuh abad sesetengahnya tetapi kewajipan menutup aurat belum di fahami atau sengaja tak mahu faham.

Apakah mereka ini menghormati masjid dan surau dengan memasuki rumah Allah itu tanpa menutup aurat. Walaupun mungkin mereka meletakkan selendang di kepala tetapi rambut dan batang leher masih kelihatan.

Mengapa media dan pimpinan parti politik tersebut tidak pula menegur isteri pimpinan mereka yang jelas masuk masjid dan surau tanpa menutup aurat.

Itu sebabnya sebelum kita membuat tuduhan dan fitnah sebegini kita mestilah melihat diri kita sendiri apakah kita sendiri menutup aurat yang jelas menjadi kewajipan bagi umat Islam.
Bagi wanita hukumnya ialah menutup keseluruhan badan kecuali muka dan tapak tangan malah ada yang berpendapat muka juga aurat. Bagaimana dengan wanita yang bertudung tetapi jambul dan rambut terjuntai keluar atau mungkin leher jinjang dan leher pendeknya nampak.

Tidak perlulah saya menamakan siapa antara isteri-isteri pimpinan yang tidak menutup aurat kerana apa yang lebih ialah kita semua wajib menutup aurat apatah lagi isteri pimpinan mestilah menunjukkan tauladan supaya dicontohi oleh rakyat.

Apakah pimpinan dan isterinya yang ingkar akan perintah Allah ini wajar untuk kita ikuti dan kita sendiri beriya-iya mendokong perjuangan sebuah jemaah yang menutup aurat pun tidak wajib dan boleh dipermainkan, kadang-kadang letak kelubung atas kepala (itupun tak tutup aurat), dan di masa lain langsung tidak meletakkan seurat benang di atas kepala.

Di bukan yang suci ini mari kita muhasabah diri kita, apakah kita ini sedang dipimpin oleh pimpinan yang benar-benar taat kepada Allah.

Mari kita muhasabah diri kita apa jemaah/parti yang kita dokong selama ini adalah parti yang memang menjunjung segala perintah.

Kalau perkara asas seperti menutup aurat pun tidak dititikberatkan oleh pimpinan, apakah pimpinan itu boleh kita harapkan untuk memimpin kita dunia dan akhirat?

Mujahid cadang nasionalkan PAS


Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 3 Sept: PAS, yang menjalin kerjasama dengan PKR dan DAP untuk membentuk Pakatan Rakyat, perlu mengambil langkah “menasionalkan” parti iaitu menjadikannya “parti yang berpijak dalam kerangka negara bangsa dan bergerak dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan.”

Dalam buku terbaru berjudul “Menuju PAS Baru: Krisis, Peluang dan Dinamisme”, ahli jawatankausa kerja PAS pusat Dr Mujahid Yusof berkata, parti Islam ini perlu menonjolkan ciri-ciri nasional yang mampu memberi keyakinan kepada orang ramai tentang komitmennya terhadap tonggak negara bangsa.

Buku itu dilancarkan di sini malam tadi, lapor wartawan The Malaysian Insider, G Manimaran.

“Persoalan ini timbul berlatangbelakangkan persepsi yang ditanggap oleh orang ramai bahawa PAS bukan parti nasional yang ada kaitan dengan semangat negara bangsa, malah dakwaan PAS keluar dari kerangka perlembagaan dan kebimbangan PAS tidak membawa aspirasi nasional adalah kebimbangan yang berasas,” kata Mujahid.

Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar berkata kebimbangan itu sebenarnya adalah persepsi orang ramai kepada kepada PAS hasil daripada ungkapan-ungkapan pemimpin dan ahli PAS yang seolah-olah menafikan Perlembagaan Persekutuan.

Anak bekas Mursyidul Am PAS ini menambah, semasa awal kepimpinan ulama sehingga ke hari ini ungkapan bahawa Perlembagaan Persekutuan dilabel sebagai perlembagaan “Taghut” dan dianggap sebagai sebuah “Perlembagaan Kafir”.

“Tanggapan ini terbentuk dalam melihat dan membuat perbandingan antara dasar PAS iaitu al-Quran yang ‘diintepretasikan’ sebagai Perlembagaan dengan Perlembagaan Persekutuan yang ada.

“Pelabelan secara umum dan tanpa melihat perincian kepada keperluan-keperluan semasa dalam konteks kenegaraan telah menimbulkan satu masalah kepada PAS seolah-olah PAS masih lagi belum mampu meneraju politik negara ini kerana ciri ‘nasionalnya’ yang belum kuat dan meyakinkan rakyat Malaysia,” kata beliau.

Buku ini menggariskan senarai krisis dilalui PAS yang kini berusia enam dekad.

Dalam buku setebal 194 halaman yang dikeluarkan oleh The Malaysian Insider, Mujahid menambah, kesan silap faham ini menimbulkan pelbagai persoalan, antaranya keengganan parti untuk menyanyikan lagu Negara Ku atas alasan tidak syariah dan sekali gus menampakkan kurangnya ciri nasionalistik PAS secara simboliknya.

“Tetapi, dengan berkembangnya PAS sebagai sebuah parti yang menentukan masa depan negara dan kerana PAS mempunyai rakan dalam membentuk pakatan strategik yang bercita-cita menuju ke Putrajaya, tekanan supaya PAS menjadi parti yang bersumberkan aspirasi nasional dalam penampilannya kini menjadi sesuatu yang cukup mendesak.

“Kegagalan kepimpinan melihat ini sebagai ciri penting PAS dalam Lekuk Ketiga akan menjadikan PAS ketinggalan di belakang untuk menerajui politik negara,” kata beliau lagi.

Mujahid berkata, sebagai sebuah parti nasional, PAS perlu melihat dirinya berdiri di atas premis Perlembagaan Persekutuan dan untuk menjelmakan premis ini PAS perlu mengambil lima langkah organisasi.

Antaranya ialah memasukkan dalam latihan pengkaderannya satu modul khas tentang Perlembagaan Persekutuan dan membentuk identiti nasional dalam program-program parti melalui simbol yang melambangkan komitmen nasional PAS seperti mengibarkan Jalur Gemilang, menyanyikan lagu Negara Ku.

Dua langkah lain ialah berpakaian dengan ciri-ciri kebangsaan dan menegaskan dalam pengucapan awam komitmen parti mengikut perlembagaan parti bahawa PAS adalah parti yang berpijak di bumi nasional dan menamakan semula perkataan-perkataan yang dianggap eksklusif kepada nama-nama yang mudah difahami oleh orang ramai dalam pengucapan awam supaya ekspresi bahasa mudah difahami awam.

Mujahid juga berkata, kepimpinan PAS dalam Lekuk Ketiga perlu mengubah persepsi orang ramai bahawa mereka adalah golongan eksklusif yang memimpin dengan gelaran tertentu.

Katanya, PAS perlu memperbetulkan persepsi ini kerana nama kepimpinan ulama itu sendiri boleh disalah tafsir sebagai nama kepada golongan tertentu.

“Dicadangkan dalam Lekuk Ketiga PAS memperkukuhkan lagi kepimpinannya dengan membuat penjenamaan semula gelaran kepimpinan dengan nama baru yang meletakkan PAS pada ciri inklusif seperti Kepimpinan Berkebajikan, Kepimpinan Sejagat atau Kepimpinan Untuk Semua.

“Nama kepimpinan ulama adalah untuk membezakan kepimpinan Datuk Asri dengan wujudnya satu badan baru dalam Perlembagaan PAS yang dinamakan Majlis Syura,” kata beliau.

Menurut beliau, sudah tiba masanya setelah 20 tahun berlalu, nama kepimpinan ulama diperkukuhkan dengan nama baru seperti yang dicadangkan ini.

“Selain itu cara pemikiran fikah kepimpinan mestilah menjurus kepada mencapai maslahat mengikut marhalah dan keupayaan parti,” katanya.

Mujahid berkata, kemunculan Lekuk Ketiga boleh berlaku dengan sendirinya, namun kemunculannya tanpa diurus dengan baik akan menimbulkan berbagai kekeliruan kepada ahli dan orang ramai, apatah lagi masalah dalaman yang berpotensi menimbulkan konflik tiada berkesudahan.

Oleh itu, tambah beliau, Lekuk Ketiga ini perlu diurus dalam satu pasukan pengurusan parti yang perlu melihat perubahan dalam parti berlaku secara terancang.

“Lekuk Ketiga diharapkan menjadi kekuatan baru parti untuk menuju ke hadapan bagi generasi ketiga menyambung perjuangan parti,” kata pemimpin berusia 45 tahun ini.

“Menuju PAS Baru: Krisis, Peluang dan Dinamisme” adalah antara dua buku tulisan Mujahid yang dilancarkan semalam.

Buku “Kita kan orang Malaysia” pula siri keluaran Buku Siasah. Kedua-duanya dilancarkan oleh penganalisis politik dari Universiti Islam Antarabangsa Prof Abdul Aziz Bari.

APA ITU MERDEKA JANG OOOiii

بسم الله الرحمن الرحيم

FAKTA FAKTA YANG WAJIB DI KETAHUI OLEH GENERASI MUDA



MERDEKA :

laungan merdeka datangnya dari KMM – kesatuan melayu muda yang ditubuh pada tahun 1938. parti melayu kiri pertama yang mengerakan nasionalisma melayu. parti ini di haram kan oleh penjajah british. bila KMM haram maka british menubuhkan gerombolan.

lihat tarikh gerombolan lama ditubuhkan pada tahun 1946. KMM melaungkan MERDEKA ! untuk tanah melayu gerombolan lama meluangkan hidup melayu ! kerana ketika itu kurang rasuah untuk beli oxygen

MERDEKA TIDAK ADA PERTUMPAHAN DARAH:

ini bohong. ini tipu besar. ini lebong. ini sengaja di sebarkan oleh gerombolan. parti komunis, angkatan pemuda insaf, awas, peta adalah antara puluhan organisasi yang angkat senjata melawan british. beratus ribu yang gugur tewas mengabadikan darah mereka untuk kelahiran malaya yang merdeka.

kalau tak percaya tanya robert kouk yang kaya raya itu. adik dia gugur di hutan pahang.

kalau tak percaya tanya dj radio stesen china yang baru kena buang itu. arwah emak dia angkat senjata. ini perang kolonial yang amat besar sehinggakan memufliskan great britain. sila rujuk buku sejarah. jangan malas membaca.

SINGAPURA:

singapura adalah sebahagian dari tanah melayu. nama lamanya temasek. sama seperti pulau pinang , langkawi, pulau babi besar, pulau bidong, pulau kapas dan pulau pulau yang lain di semenjanjung

united malays national organistion belot dan memberikan pulau ini kepada british pada tahun 1957 seperti hong kong jadi wilayah kolonial.

parti komunis, parti buruh, parti rakyat, dan pas - menentang malaysia kerana ini adalah projek british.

parti parti ini menentang singapura masuk malaysia kerana ini kerja bodoh. tidak mungkin pulau pinang masuk malaysia atau pulau bidong masuk malaysia. singapura adalah sebahagian dari tanah melayu. pulau ini sebahagian dari johor.


31 OGOS HARI APA ?

31 ogos bukan hari malaysia. ini hari cuti umum untuk bangun lambat. 16 september ialah hari malaysia – sila tanya warga sabah dan serawak.

SABAH DAN SERAWAK

tidak ada pertalian sejarah dan budaya dengan tanah melayu. sila rujuk sejarah melayu – tidak ada langsung disebut sabah atau serawak dalam kitab ini.

LAGU NEGARA KU

lagi ini di ciplak dari lagu TERANG BULAN lagu indonesia. ketika konfontasi 1963 – bung karno memainkan lagu terang bulan ini di radio republik indonesia. lagu terang bulan ini berasal dari lagu peranchis memula moon.

JALUR GEMILANG

ini juga di ciplak dari bendera amerika. motif bendera ini tidak ada langsung kaitan dengan sejarah negara bangsa.

motif nusanatra ialah merah putih – motif ini adalah kesinambungan sejarah sri vijaya dan langkasuka. contohnya bendera indonesia, singapura dan bendera united malays national organisation sendiri – mengguna kan motif ini.

HAKIKATNYA:

generasi muda wajib mengetahui dan membetulkan sejarah. lagu nasional baru wajib di garap bendera baru wajib di garap

lagu dan bendera baru ini wajib melambangkan pensejarahan negara bangsa di bumi melayu bukan ciplakan yang menjadi kemarahan orang lain.

nota:
gerombolan bukan parti nasionalis yang berjuang untuk melayu kalau nasionalis kenapa namanya UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATIONS ? kah kah kah - TT

Wahai Indon..rakyat Malaysia juga tidak takut mati jika negara tercinta ini terancam

GANYANG MALAYSIA - RAKYAT MAL AYSIA JUGA TIDAK TAKUT MATI

Biadab !!

Kurang ajar...GOBLOK !!

Oleh: WFAUZDIN NS

SEJAUH mana seriusnya kumpulan BENDERA di Indonesia untuk `mengganyang' Malaysia? Memang kita sedia maklum bukan majoriti rakyat Indon yang bersetuju dengan pendekatan bodoh dan gila kumpulan tersebut. Apatah lagi bagi warga Indon yang melambak bertaburan di negara kita ini untuk mencari rezeki yang halal termasuk juga yang tidak halal tentunya tidak bersetuju dengan cara kumpulan tersebut. Boleh baca di sini.

Paling menyakitkan hati kita apabila mereka sanggup mengadakan sekatan dalam operasi untuk mencari rakyat Malaysia yang berada di negara mereka. Kita tidak tahu sekiranya mereka menjumpai rakyat Malaysia di sana apakah yang ingin mereka lakukan. Adakah mereka ingin melakukan sesuatu sehingga ke tahap membunuh? Jika ini mereka lakukan, mereka telah melakukan kesilapan besar.

Bayangkan jika kita rakyat Malaysia melatah dan terikut dengan kumpulan bodoh BENDERA itu. Tentunya dengan senang kita menjumpai muka-muka Indon di merata-rata ceruk bandar dan desa di negara ini. Tidak perlu susah payah kita lakukan `road block', kita pasti dengan mudah menjumpai mereka di sektor-sektor perkilangan, ladang-ladang dan juga di tapak-tapak pembinaan. Bahkan, di mana-mana Pasar Malam pun kita boleh terjumpa muka Indon ini. Mungkin di antara kita juga menyimpan Indon dalam rumah kita sebagai Pembantu Rumah.

Provokasi oleh kumpulan tidak terpelajar seperti mereka itu menyusahkan kerajaan mereka sendiri. Saya tidak mahu tahu mengapa mereka begitu marah kepada Kerajaan Malaysia kerana ramai juga rakyat Malaysia yang bengang dengan pemerintah sekarang. Tetapi, tindakan mereka itu seperti tindakan tidak bertamaddun sehingga mahu menghancurkan rakyat Malaysia yang tidak berdosa.

Sewajarnya kerajaan memandang serius ancaman kumpulan ini walaupun dikatakan jumlah mereka terlalu sedikit. Tetapi demi moral dan maruah (jika negara kita masih punyai maruah), kerajaan haruslah bertindak mulai sekarang meredakan keadaan. Rakyat Malaysia waktu ini hanya sekadar memerhatikan sahaja sejauh mana kumpulan samseng ini mahu bertindak. Harus mereka ingat, rakyat Malaysia juga tidak takut mati jika negara tercinta ini terancam./wfauzdin.blogspot.com

Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails