SELAMAT DATANG

Sabtu, 17 Oktober 2009

Perjuangan Kami Di Putrajaya Berhasil

PUTRAJAYA, 17 OKT. Surat Cadangan yang dihantar oleh PAS Kawasan Putrajaya melalui Yang DiPertuanya Ustaz Mohamad Nazir Zakaria kepada Presiden Perbadanan Putrajaya Tan Sri Samsudin Bin Osman yang bertarikh 27 April 2009 lantaran Kemalangan maut yang melibatkan seorang murid SEKOLAH KEBANGSAAN PRESINT 11(1) yang melintas Lebuhraya Persiaran Utara berhampiran Apartment Kuarters Fasa 5, Presint 9 lebih kurang 7 bulan yang lalu telah mendapat perhatian pihak Perbadanan Putrajaya apabila salah satu cadangan telah dilaksanakan.

Dalam Perjalanan ketika menghadiri Jamuan Aidulfitri PAS Kawasan Putrajaya semalam Yang DiPertua PAS Kawasan Putrajaya Ustaz Mohamad Nazir Zakaria telah mendapati kerja-kerja pemasangan pagar setinggi 5 kaki ditengah-tengah pembahagi jalan sedang dijalankan.

“Bagi pihak PAS Kawasan Putrajaya dan juga penduduk disekitar Presint 9, kami mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Y. Bhg Dato’ Abdul Ghani Ahmad Pengarah Jabatan Perkhidmatan Bandar Perbadanan khususnya YBhg. Tan Sri Samsudin Presiden Perbadanan Putrajaya kerana memberi perhatian dan prihatin terhadap masalah keselamatan yang melibatkan anak-anak dan penduduk sekitar. Kita telah kehilangan satu nyawa akibat kelalaian kita. Diharap kepada murid-murid sekolah berkenaan dapat mengambil iktibar, jangan pula pagar itu nanti pula dilompat.” Ujar Ustaz Nazir

BERITA BERKAITAN TELAH DISIARKAN DALAM BLOG INI BERTARIKH 16 MEI 2009

16 MEI, PUTRAJAYA; Satu kemalangan maut telah berlaku yang melibatkan seorang murid iaitu adik Muhammad Firdaus bin Badrul Hisham 12 tahun, di Putrajaya baru-baru ini. Kemalangan tersebut telah berlaku disebabkan pelajar terbabit melintas di Lebuhraya Persiaran Utara berhampiran Apartment Kuarters Fasa 5, Presint 9. Pelajar malang tersebut adalah murid di SEKOLAH KEBANGSAAN PRESINT 11(1).

Sejurus selepas kemalangan tersebut PAS Kawasan Putrajaya telah menghantar satu surat cadangan kepada pihak Perbadanan Putrajaya bertarikh 27 April 2009 dan surat tersebut dihantar sendiri oleh YDP PAS kawasan Putrajaya Ustaz Mohamad Nazir Zakaria kepada Presiden Perbadanan Putrajaya Tan Sri Samsudin Bin Osman, juga salinan kepada Datuk Hj Abdul Ghani bin Ahmad, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Bandar,Superintendent Abdul Razak Bin Abdul Majid, Ketua Polis Daerah dan Hj. Khairil bin Awang Timbalan Pengarah Pelajaran, Pejabat Pelajaran WP PUTRAJAYA."Sehingga hari ini pihak Pas Kawasan belum lagi menerima maklumbalas dari pihak perbadanan dan dilihat tiada sebarang tindakan susulan diambil" ujar Ustaz Nazir.

Antara kandungan surat tersebut ialah Pas Putrajaya dengan rasa prihatin dan tanggungjawab memohon kepada pihak Perbadanan Putrajaya agar dapat memberikan pertimbangan terhadap beberapa perkara yang boleh mengelakkan perkara sebegini berulang.

Perkara-perkara yang dicadangkan oleh pihak kami dan sewajarnya diberikan perhatian adalah :
i.Membina pagar pada pembahagi jalan bagi mengelak pelajar-pelajar melintas dikawasan berkenaan dan menggalakkan mereka menggunakan jalan yang lebih selamat contohnya terowong yang menyambungkan Presint 9 dan Presint 11.

ii.Membina jejantas pejalan kaki bagi memudahkan pelajar yang bersekolah di Presint 11 dan tinggal di Presint 9 ataupun sebaliknya lebih mudah berulang-alik menggunakan laluan yang lebih dekat dan selamat.

iii.Adalah diharapkan pihak Perbadanan dapat berbincang agar Jabatan Pendidikan Daerah menyusun bagi meminimumkan pelajar yang tinggal di Presint 9, tetapi belajar di Presint 11. Hanya pelajar yang ibubapa mereka berkemampuan dan kesempatan untuk menghantar dan mengambil mereka ke sekolah diberikan penempatan sekolah sedemikian.

iv.Perkhidmat BAS Sekolah.
Diharapkan juga pihak Perbadanan dapat bertindak pro-aktif dalam perkara ini. Walaupun ramai ibubapa mempunyai kenderaan, masih ramai lagi yang masih belum ada kereta atau kesempatan untuk menghantar atau mengambil anak di sekolah. Justeru, penyediaan BAS sekolah (NADI PUTRA) diharapkan dapat mengelak pelajar sekolah menggunakan laluan yang salah untuk pergi-balik sekolah;

v.Perbincangan dengan pihak Polis bagi mengawal lalulintas pelajar sekolah pada waktu pergi dan pulang pelajar-pelajar tersebut.

BAGAN PINANG: ANALISA AWAL

Ustaz Idris Ahmad

BN menang dengan memperolehi 8013 undi manakala Zulkifli Mohd Omar mendapat 2578 undi dengan majoritI 5435, undi rosak 223 undi. Ini adalah adat perlawanan ada kalah dan ada menang.. Pas menerima kekalahan dengan hati terbuka, kerana itulah kehendak pengundi di Bagan Pinang dalam PRK 11/10/2009. Kemenangan umno adalah fenomena sementara, untuk kerugian masa depan politik mereka. Sejarah tidak akan boleh dipadamkan umno adalah parti hipokrit dalam soal integriti dan moral. Mereka sanggup mengenepikan apa sahaja , semata-mata untuk menang, walaupun tahu risiko jangka panjang. Sudah amalan lazim pemimpin umno bertindak banyak merugikan politik negara untuk jangka panjang walaupun untung jangka pendek. Sejarah sahaja yang akan membuktikan.


-Kemenangan ini adalah faktor Tan Sri Isa Samad. Selama 22 tahun beliau menjadi Menteri Besar adalah satu kelebihan, sudah lama pengundi makan air tangan beliau.

-Demografi penduduk Bagan Pinang, walaupun dalam masyarakat yang tidak jauh daripada bandar tetapi pemikiran dan otak mereka jauh kebelakang macam masyarakat yang berada di pendalaman.

-Suasana malapnya masjid dan surau adalah satu kelebihan kepada umno. Contohnya Masjid Bagan Pinang sendiri suasana jamaah maghrib tidak sampai 20 orang. Tidak ada satu pun masjid dan surau yang dianggap boleh mengajar gambaran Islam yang sebenar. Cuma ada sebuah masjid lama di Teluk Kemang.

-Masyarakat dan anak muda yang lekang dari agama adalah kelebihan kepada umno.

-Masyarakat yang bergantung kepada industri pelancongan kebiasaannya lebih terpengaruh dengan kebendaan tanpa memperdulikan kepentingan ummah.

-Undi pos yang tidak di pos adalah simpanan tetap umno dalam pilihanraya

-Di dalam DUN Bagan Pinang, ada 4 cawangan Pas sahaja dengan bilangan ahli kira-kira 100 orang berbanding dengan ahli umno 3017 orang.

-Masyarakat India yang tinggal di estet yang hanya gaji RM11 sehari adalah satu kelebihan kepada umno. Selalunya orang miskin akan menjadi makanan umno dalam pilihanraya.

-Masyarakat India tidak celik maklumat sehingga isu pijak kepala lembu dan demo anti kuil mereka tidak mengetahui. Mereka hanya mendapat maklumat daripada propaganda televisyen sahaja. Keadaan ini merupakan sambal ulam umno untuk membodohkan rakyat.

-Pengundi India yang terpengaruh dengan janji Timbalan Perdana Menteri projek rumah mesra rakyat sebanyak 150 buah rumah dengan perbelanjaan RM25 juta dan tapak kuil di Port Dicson seluas 0.6 hektar.

- Budaya takut di kalangan pengundi melayu, kerana ia dikelilingi oleh masyarakat yang karat dengan umno. Buktinya ketika kita berkempen rumah ke rumah mereka mengaku sudah lama mengundi Pas, tetapi takut menzahirkan diri.

-Budaya politik kenduri, sakit dan mati masih kuat. Kebetulan yang dominasinya ialah umno, contohnya seorang imam masjid di di dalam dewan negeri Bagan Pinang menjadi ketua cawangan umno. Oleh kerana takut mayat tidak terurus nasi kenduri menjadi basi maka mereka tidak berani membuat sokongan terbuka kepada Pas.

-Kegigihan rakan-rakan Pakatan Rakyat seperti DAP, PKR memang boleh dipuji, seolah-olah mereka bertanding dalam PRK di Bagan Pinang.

-Sokongan Kelab Penyokong Pas yang begitu gigih dengan memakai baju dan memegang panji Pas adalah satu penerusan keraja yang emreka lakuakan sejak PRK 12 2008

-Usaha gigih ahli-ahli Pas di seluruh negara yang bertungkus lumus dan memberi sokongan, terutama selepas beberapa petugas Pas dibelasah oleh samsing Umno. Rupa-rupanya samsing umno seperti Sarip Dol kampung dusun sahaja. Berani ketika mereka ramai, tetapi pengecut ketika penyokong Pas sama ramai.

-Apa yang berlaku semuanya ada hikmah yang Allah maha mengetahui untuk mentarbiah pimpinan dan ahli Pas. Sunnah Allah akan memberi kemenangan apabila kita mencukupkan syaratnya seperti, ahli, cawangan , jentera, kewangan, ukhwah, starategi dan tawakkal kepada Allah. Tidak boleh mengharapakan hasil hanya dengan “Kun fayakun” atau gelombang rakyat sahaja tanpa pengorbanan dan usaha jihad yang lebih.

Rumah terbuka PAS Kawasan PUTRAJAYA

16 Oktober 2009 (PUTRAJAYA) - PAS Kawasan Putrajaya telah mengadakan rumah terbukanya kali ini di hadapan Pejabatnya di Presint 15 (Diplomatik) dengan diserikan tetamu utamanya yang hadir ialah Tuan Hj Mohamad Noor bin Muhammad Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan.

Hampir seramai 1,000 orang telah hadir dari pelbagai kaum disekitar kawasan berhampiran yang telah disambut oleh pimpinan utama iaitu Ustaz Mohamad Nazir Zakaria Yang DiPertuanya dan seluruh Ahli Jawatankuasa yang telah bermula jam 6.00 petang hingga 10.00 malam.

"Sambutan dan kehadhiran tetamu kali ini amat menggalakkan dan yang paling penting kehadiran penduduk Putrajaya hampir 95%, tidak seperti tahun-tahun yang lepas. Ini adalah tahun kedua PAS Putrajaya mengadakan Rumah terbuka Aidulfitri disini". Ujar Ustaz Mohamad Nazir Yang Dipertua PAS kawasan Putrajaya.

"Tahun lepas kali pertama kita mengadakn sambutan rumah terbuka di sini, kehadiran juga menggalakkan tetapi penglibatan penduduk hanya sebahagiannya sahaja, mungkin masih takut-takut kelibat mereka diketahui oleh majikan mereka. tapi Alhamdulillah tahun ini mereka mungkin dah berani menampilkan diri dalam progran anjuran PAS. Esok (Sabtu) pagi kita mengakan program dwi mingguan kuliah Usuluddin pimpinan Ustaz Mashadi Masyuti, minggu-minggu yang lepas pelibatan penduduk amat menggalakkan, dan ini insyaAllah merupakan tanda awal bahawa PAS semakin kukuh di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan ini". Ujarnya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan.

Seperti tahun-tahun yang lepas kali ini hidangan yang disumbangkan oleh AJK Kawasan, Dewan Pemuda, Dewan Muslimat dan juga Nisa' Putrajaya. Antara hidangannya ialah satay, lontong, nasi impit, bihun sup, bihun goreng, lemang ketupat pulut, rendang dan lain-lain. "Saya bagi pihak Jawatankuasa PAS kawasan juga dikesempatan ini ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penyumbang dalam menjayakan Rumah terbuka PAS kawasan dan diharap mereka tidak jemu dalam menyumbang demi keterusan perjuangan" kata Pengarah Program Sdr Ahmad Roshidi Wahab yang juga Setiausaha PAS Kawasan Putrajaya.


GAMBAR SEKITAR MAJLIS









Jumaat, 16 Oktober 2009

Wujudkan Dewan Ulama Umno

KUALA LUMPUR: Umno Pulau Pinang mencadangkan supaya parti itu menubuhkan Dewan Ulama Umno serta mempergiatkan usaha untuk mendekati golongan agamawan.

Ketua Umno Bahagian Tasek Gelugor, Shabudin Yahaya berkata, langkah sedemikian perlu bagi memberi peranan yang khusus kepada golongan ulama Umno untuk menangani isu-isu yang berkaitan dengan hal-ehwal agama Islam.

"Kita perlu dekati golongan agamawan, kalau perlu, kita wujudkan Dewan Ulama Umno," katanya.

Jelas beliau, ulama Umno boleh memainkan peranan dalam soal keagamaan kerana agensi-agensi agama rasmi sedia ada mengambil sikap 'jalan selamat' dengan enggan mengulas mengenai beberapa isu yang ditimbulkan.

"(Mursyidul Am PAS, Datuk Abdul) Nik Aziz (Nik Mat) dah merapu, agensi agama rasmi pula ambil jalan selamat kerana tak mahu komen atau jawab beberapa isu, maka perlulah diwujudkan Dewan Ulama Umno," katanya.

Selain itu, Shabudin juga mencadangkan agar Umno memanfaatkan media alternatif untuk mendekati rakyat.

Jelasnya, saranan sedemikian bertepatan dengan perkembangan semasa kerana Umno kini dilemahkan dengan penyebaran maklumat-maklumat palsu oleh pembangkang melalui saluran berkenaan.

"Kebencian terhadap Umno ditanam oleh pembangkang. Umno sendiri dilemahkan oleh media alternatif melalui blog hinggakan golongan muda dan profesional cenderung serta simpati kepada pembangkang," katanya.

Menurutnya, Umno perlu mewujudkan media rasminya sendiri bagi memudahkan penyebaran maklumat tanpa bergantung kepada media arus perdana sedia ada.

"Kita perlu manfaatkan sepenuhnya media alternatif. Wujudkan televisyen Umno, akhbar Umno, risalah gerak saraf serta lahirkan lebih ramai blogger-blogger Umno.

"Kita jangan hanya bergantung kepada media arus perdana yang kita ada sahaja," katanya



Video Bagan Pinang

Bismillahirahmannirahim..

Video ihsan dari sahabat Cuping Merah. Kenangan semasa berkempen untuk PRK Bagan Pinang.



Kelab Penyokong PAS akan jadi sayap PAS segera

Ali Hashim

TASEK GELUGOR, 15 Okt: Kelab Penyokong PAS akan ditingkatkan status sebagai sebuah sayap PAS yang mempunyai perlembagaan mereka sendiri tidak lama lagi.

Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dr.Mujahid Yusof selepas menyampaikan sumbangan sempena sambutan Deepavali kepada penduduk keturunan India di Pokok Machang, Tasek Gelugor.

Isu kedudukan orang bukan Islam khasnya kaum India semakin kritikal sejak kebelakangan ini khasnya selepas PAS kalah teruk di Bagan Pinang.

Ia tambah menarik lagi apabila dikatakan hampir separuh anggota parti baru, Makkal Sakhti, adalah juga anggota Kelab Penyokong PAS.

Menuruk satu sumber, langkah ini mereka ambil kerana merasa tidak selamat dengan kedudukan mereka sekarang di dalam Kelab Penyokong PAS ini.

Menurut Mujahid, status Kelab Penyokong PAS akan ditingkatkan untuk menjadi sayap parti dalam bentuk himpunan, dewan atau pun seumpamanya yang akan diputuskan kelak.

"Dengan status tersebut maka kelab ini dapat memainkan peranan yang lebih efektif lagi. Ianya juga akan mempunyai perlembagaan sendiri, pemilihan pimpinan, struktur organisasi dan perkara yang berkaitan dengan organisasi ini.

"Sebagai Pengerusi saya telah pun membawa perkara ini ke peringkat atasan dan ianya dalam proses 'drafting'.

"Kemungkinan menjelang akhir tahun ini apabila drafnya telah siap maka draf baru ini akan dicadangkan untuk sedikit pindaan supaya kelab ini mempunyai status dalam parti," katanya.

Dalam majlis tersebut sumbangan berupa wang dan beras telah diberikan bagi meringankan beban masyarakat India yang tidak berkemampuan dalam kawasan Tasek Gelugor bagi menyambut sambutan Deepavali.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Dewan Ulama PAS Pulau Pinang, Ustaz Sooid Mohd Amin, Ketua Penerangan PAS Pulau Pinang, Zulkeply Ishak dan kepimpinan PAS kawasan Tasek Gelugor serta Kelab Penyokong PAS Pulau Pinang.

Khamis, 15 Oktober 2009

Pindaan perlembagaan, serlahkan kepalsuan Umno!

Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 15 Okt: Tindakan Umno menghapuskan sistem kuota pemilihan serta melonggarkan konsep ketuanan Melayu, menyerlahkan lagi keengganan parti perkauman Melayu itu untuk berubah demi kepentingan rakyat.

Ianya kerana beberapa pindaan pada perlembagaan dalam Pemilihan Agung Umno (PAU) sekarang didakwa, masih bersifat perubahan yang palsu.

Ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi (MKT) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Badrul Hisham Shaharin berkata, selagi Umno tidak berani menyerahkan kuasa pemilihan sepenuhnya kepada perwakilan, selagi itu Umno terus dibelit dengan amalan rasuah.

Ujarnya lagi, perubahan yang diperkatakan oleh kebanyakan pemimpin Umno tersebut hanya mengulangi retorika lama; yang telah pun menjadikan Pakatan Rakyat lebih disokong rakyat berbanding Barisan Nasional sejak tsunami politik, 8 Mac lalu

"Pindaan yang dibuat bukan bersifat organik (semula jadi), tapi lebih meniru trend perubahan rakyat yang sedia ada dan meniru prinsip-prinsip bersama dalam Pakatan Rakyat sendiri," katanya.

"Yang dibuat oleh Najib itu sebenarnya dalam keadaan terpaksa...mereka tidak cukup berani sehingga mengadakan beberapa sekatan lain (pindaan) yang baru...setelah menyedari Umno tidak lagi bersama kehendak rakyat...Umno sedang ditinggalkan sendiri oleh ahli-ahlinya," tegasnya.


Dakwanya lagi, beberapa pindaan dan retorika Najib itu sebenarnya hasil ciplak dari beberapa gagasan perjuangan PKR.

Beliau yang juga Ketua Cabang Rembau mendakwa bahawa kemenangan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad di Dun Bagan Pinang baru-baru ini sendiri tidak mampu dijadikan sumbu kekuatan Umno; kerana mereka sedar Isa menang dengan menggunakan taktik rasuah dan kronisme.

Beliau yang juga Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mencabar Isa menafikan pendedahan rasuah dan kronisme yang dibuat dalam blog peribadinya, chegubard.blogspot.com semalam.

Beliau yang mengikuti PAU sejak kelmarin juga mendakwa, tindakan Umno yang terus-menerus menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai peribadi yang dimaki-hamun, membuktikan bahawa Ketua Pembangkang itu masih menjadi simbol perubahan yang mampu membenamkan survival politik Umno dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kelak.

Sementara itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin yang dihubungi kemudian mendakwa, beberapa pindaan tersebut lebih bertujuan menyelesaikan masalah-samalah dalaman Umno seperti rasuah, kronisme dan penipuan dalam proses pemilihan pemimpin mereka sendiri.

Tegasnya lagi, pindaan perlembagaan itu langsung tidak mampu mengubah sistem kenegaraan yang lebih korupsi seperti dalam sistem kehakiman, Polis, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan sebagainya.

Ujar Shamsul lagi, definisi baru Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, bahawa kepimpinan Melayu Umno berpaksi pada keadilan dan rahmah, merupakan suatu retorik kosong Ahli Parlimen Rembau itu sahaja.

Beliau juga mendakwa Umno sudah mengalami Anwarism, setelah melihat rakyat terus memberi harapan kepada kepemimpinan perubahan Ketua Pembangkang itu.

"Umno dipengaruhi oleh Anwarism, perkataan seperti wahdatul, inklusif adalah perkataan ruji DS Anwar...," responnya dalam rangkaian sosial maya, Twitter semalam.

Semalam, Najib menjelaskan pindaan perlembagaan termasuk mengenakan syarat minima untuk bertanding bagi menggantikan sistem kuota yang diamalkan dalam PAU sebelum ini.

Beberapa media elektronik arus perdana melaporkan, pindaan itu masih tergantung pada persetujuan dalam Pemilihan Agong Khas kelak.

Jelas Najib lagi, syarat minima untuk bertanding jawatan di peringkat bahagian perlu menjadi ahli parti selama tiga tahun.

Manakala, seseorang yang mahu bertanding jawatan Tertinggi dalam parti, termasuk Presiden sekurang-kurangnya pernah menjadi anggota jawatankuasa bahagian selama sepenggal.

Cadangan tersebut, menurut Najib, mampu menjadikan Umno lebih telus, terbuka dan demokratik.

Semalam, Khairy juga mendifinikan kepimpinan Melayu adalah keadilan dan rahmah, bukannya atas kekuasaan Melayu yang sempit.

Beberapa pindaan terbaru yang dicadangkan itu dikatakan secara tidak langsung menghalang muka-muka baru yang besih dan berintegriti untuk memimpin parti perkauman Melayu itu.

Sekaligus, Umno bakal terus dipalitkan dengan pelbagai dakwaan yang rasuah, perkauman Melayu, penyalahgunaan kuasa dan sebagainya; yang langsung tidak memperlihatkan wajah hakiki 1Malaysia.

Ini kerana, PAU sahaja yang dilihat baru, sedangkan kepimpinannya masih dari kalangan muka-muka lama.


Petisyen PRK Bagan Pinang,penyelewengan akan didedah

Hashim Abdullah

TEMERLOH,15 Okt: PAS dijangka akan membuat petisyen pilihan raya kecil Dun Bagan Pinang bagi mendedahkan penyelewengan dan salah laku kempen termasuk termasuk pelanggaran Akta pilihan raya di sepanjang tempoh pilihan raya kecil itu diadakan.

Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dalam ceramahnya di Kampung Paya Jauh, dekat sini, semalam telah membayangkan keperluan tindakan itu diambil bagi mendedahkan kepada rakyat tentang apa yang sebenarnya berlaku di Bagan Pinang.

"Memang kita menerima kekalahan di pilihan raya kecil Bagan Pinang. Menang atau kalah pilihan raya adalah perkara biasa. Kita tak ada masalah. Tetapi petisyen pilihan raya kena buat kerana kita dapati terlalu banyak penyelewengan dan tindakan menyalahi undang-undang yang berlaku,"katanya.

Tambah Tuan Ibrahim, beliau kesal dengan corak perjalanan pilihan raya di Bagan Pinang yang dianggap ganas dan kotor akibat daripada ugutan kepada pengundi dan juga rasuah.

"Selepas pilihan raya umum lalu kita lalui banyak pilihan raya kecil. Tetapi pilihan raya kecil Bagan Pinang adalah yang terkotor. Petugas kita diserang sehingga tercedera. Berlaku amalan rasuah yang kita ada bukti tetapi tidak diambil tindakan...kita turut mengesan berlaku pelanggaran akta pilihan raya dan sebagainya. Kita mahu perkara sedemikian tidak berlaku lagi. Sebab itu penting untuk kita adakan petisyen,"jelasnya.

Dalam pilihan raya tersebut, calon BN, Tan Sri Isa Abdul Samad mendapat undi 8,013 berbanding calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar yang mendapat 2,578 undi dengan undi rosak sebanyak 223. _



Staff Putra LRT tidak Profesional

Baru-baru ini penumpang Putra LRT tersenyum melihat LRT baru dengan 4 koc. Hah janji rapid KL dengan 4 koc sudah pun di tunaikan.

Namun senyuman pengguna Putra LRT semakin hari semakin hilang.. ini kerna LRT yang mempunyai 4 koc itu masih lagi tidak beroperasi untuk kegunaan penumpang.

Rasanya sudah hampir sebulan ujian terhadap 4 koc Putra LRT itu jalankan tetapi sehingga kini masih lagi belum beroperasi.

Bukan tidak sabar ataupun tidak memahami tetapi kami pengguna LRT sudah cukup bersabar dan terlalu memahami.

Kesabaran kami menempuh kesesakan dan kepadatan penumpang sudah melepasi tahapnya.

Bukan setahun dua kami berada didalam keadaan situasi yang tak selesa tetapi sudah melebihi 8 tahun.

Setiap hari kami tak sanggup untuk tempuhi lagi. Namun apakan daya kami penumpang Putra LRT yang tiada pilihan. Nak tak nak terpaksa juga menjadi penumpangnya.

Diharap pihak pengurusan LRT jangan lah berlengah lagi. Buatlah kerja dengan penuh efisen dan tanggungjawab.

Jangan menghampakan penggunanya. Operasi lah secepat perkhidmatan 4 koc itu. Kesabaran kami sudah melepasi segala-galanya.

Apatah lagi Kuala Lumpur sekarang ini dipenuhi dan menjadi tumpuan pelancong dunia. Malu kita tonjolkan suasana sebegini.

Tidak guna jika perkerja nya begitu ramai tetapi perkhidmatan LRT nya masih di takuk lama.

Ingin saya sentuh juga sikap pekerja-pekerja LRT yang tidak begitu profesional dalam menjalankan tugas.

Disetiap stesen yang begitu sesak ditempatkan agak ramai juga pekerjanya namun pekerjanya lebih banyak bersembang dari membuat kerja. Mereka-mereka ini tidak menghiraukan pandangan penumpang. Cara mereka seolah-olah menganggap LRT ini milik mereka. Sudah lah penumpang kepenatan berkerja dan ditambah pula kesesakan di stesen dan di dalam koc dan bertambah sakit hati melihat gelagat pekerja2 LRT ini yang bersembang dengan kuat dan gelak tawa gembira dan seolah-olah mereka ini bagaikan penumpang. Tengah kerja buat lah situasi sedang bekerja.

Profesional lah sikit.



4 rukun belum cukup untuk Umno berubah

oleh S Wahab

Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin Yassin pada ucapan perasmian tiga sayap Umno malam tadi menggariskan 4 rukun untuk kelangsungan Umno.

Rukun itu ialah :-

1) kesatuan minda (wahdatul fikr);
2) dihayati dengan kesatuan hati (wahdatul qalb);
3) bergerak dengan kesatuan amal (wahdatul amal), dan
4) menuju kesatuan matlamat (wahdatul hadaf).

Hebat Muhyiddin menggunakan istilah Arab yang biasanya digunakan oleh PAS dan gerakan Islam lain sejak zaman berzaman.

Wahdatul Fikri iaitu kesatuan minda bahawa RASUAH bukan suatu kesalahan dan jenayah Wahdatul Qalb iaitu HATI Umno sentiasa sakit melihat kerajaan PR sebab itulah banyak peruntukan dan pelaburan di sekat atau tidak digalakkan masuk ke negeri-negeri PR Wahdatul Amal iaitu melakukan AMALan samseng untuk menganyang petugas PR di mana-mana pilihan raya Wahdatul hadaf iaitu menanamkan dalam hati bahawa MATLAMAT mengHALALkan cara tidak kira HALAL atau HARAM.

Saya menyeru Muhyiddin supaya menggesa Umno supaya kembali kepada Islam dan perbetulkan Umno.

1) Mula-mula betulkan matlamat dan Objektif Umno.
2) Ubah perlembagaan Umno supaya meletakkan Islam sebagai rujukan dan undang-undang tertinggi
3) Buat perubahan dalam kepimpinan supaya lebih menghayati Islam, wanita dan isteri pimpinan serta puteri wajib menutup aurat, tidak bergaul bebas dan sebagainya
4) Menghukum semua pemimpin yang pernah didapati melakukan rasuah dengan merujuk mereka kepada SRPM untuk di dakwa antaranya Ali Rustam, Isa Samad, Amid Nordin dan lain-lain.
5) Jangan lakukan diskriminasi terhadap ahli dan penyokong pembangkang di seluruh negara kerana mereka juga rakyat Malaysua yang membayar cukai.

Banyak lagi perubahan yang patut dilaksanakan tetapi buat yang saya gariskan di atas terlebih dahulu dan diikuti dengan yang lain-lain.

Lakukan perubahan itu Insya Allah Umno akan lebih dihormati dan diterima rakyat.

4 Komen Anda:

Aspirasi said...

Nak tunggu dulu Pakatah Rakyat gubal perlembagaan supaya meletakkan Islam sebagai rujukan dan undang-undang tertinggi

October 14, 2009 4:52 PM

jab sp said...

Terlalu banyak tumpuan dan ulasan yang diberi bila UMNO cuba membuat sesuatu perubahan.Apa sahaja idea bagi memperkasakan UMNO dimatahati pengundi akan diulas dan dicari kekurangannya untuk memperlihatkan bahawa UMNO hanya pandai berteori dan reotorik semata mata.

Hasilnya UMNO yang mula belajar dari kesilapan semakin berjaya menambat semula hati pengundi pengundi walaupun setengahnya dilakukan secara magic yang penuh dengan penipuan.

Malangnya kita yang asyik terpukau mengulas bagi menunjukkan bahawa UMNO sebenarnya tdak mampu berubah tidak menyedari bahawa kita sendiri yang perlu berubah.Kita sendiri gagal untuk mengesan dimana kekurangan kita yang memungkinkan kita ditolak sebagai pilihan kedua kepada UMNO.

Wajah sebenar kita yang punya dua alam masih belum disatukan.Bercakap dan berkuliah dengan nada yang berlainan tadkirah disurau dan berceramah dipentas politik olih orang yang sama menjadikan setengah pengundi bingong memikirkannya.
Sewaktu UMNO dihentam habis habisan kerana gagal memahami Islam,kita berdakap dan berpelok dengan PKR yang punya ideologi yang seakan sama dengan UMNO.

Untuk memimpikan kekuasaan politik nasional sebenarnya kita wajar melakukan lampau apa yang telah kita lakukan sebelum ini.Hujah hujah memperlekehkan keIslaman oang lain sudah lapok untuk diterima olih manusia Islam dizaman ini.

Kejujuran persahabatan juga sering meragukan.Kita tanpa segan silu bertempik untuk menunjukkan akulah jagohan partiku dengan menghentam sesama kawan dalam media terbuka jika apa yang dilakukan tidak menepati keinginan dan harapan kita.

October 14, 2009 6:14 PM

TOM said...

Aku wihdatul wujud...

October 14, 2009 10:28 PM

wan afiq said...

dalam usaha kita memperbetulkan kepincangan pihak lawan..jgn pula kita terabai dengan keutuhan barisan jamaah pimpinan kita..masih banyak intipati yg perlu diselaraskan dan diperkemaskan...insyaallah..

October 14, 2009 10:31 PM



BAGAN PINANG: Kenyataan Media Presiden PAS

Keputusan Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang telah sama-sama kita ketahui, di mana Barisan Nasisonal (BN) telah mengekalkan kemenangan yang telah diperolehi oleh mereka menerusi Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu.

Serentak dengan itu, pelbagai pihak telah memberikan analisa, ulasan, komen dan cadangan masing-masing terhadap keputusan pilihanraya kecil tersebut.

Apa yang pasti ialah Parti Islam SeMalaysia (PAS) akan melakukan post-mortem bagi meneliti pelbagai aspek 'politik tempatan dan nasional' untuk menentukan punca sebenar kegagalan PAS memenangi kerusi DUN Bagan Pinang dari tangan BN.

Kepimpinan parti tentunya akan mengambil langkah strategik yang bersesuaian tanpa mengorbankan prinsip perjuangan parti dalam melaksanakan penambahbaikan.

Sementara itu saya meminta semua ahli di pelbagai peringkat dalam PAS supaya tidak menuding jari dan menyalahkan sesiapa sebelum punca sebenar ini dapat dikenalpasti.

Dalam suasana keriuhan kegagalan kita memenangi kerusi DUN Bagan Pinang ini, semua ahli PAS diminta bertenang dan tidak keliru dengan status-quo kemenangan BN yang dirayakan oleh mereka.

PAS menyedari bahawa semua pihak menaruh harapan yang tinggi untuk mengambil kerusi DUN Bagan Pinang dari milikan BN.

Hakikatnya ialah kita menyertai pilihanraya ini dengan penuh maklumat bahawa ianya merupakan satu tugas yang mencabar dan penuh dengan insiden provokasi oleh pihak lawan.

Walauapapun, PAS ingin menyampaikan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pengundi yang masih memilih PAS, para petugas parti yang datang dari segenap pelusuk tanahair dan berkampung di DUN Bagan Pinang, orang perseorangan dari pelbagai rumpun bangsa yang datang memberikan tenaga dan sokongan serta semua pihak yang telah berusaha bersama-sama dengan jentera parti dalam berhadapan dengan pilihanraya kecil ini.

Presiden PAS


Tuan Guru Presiden sedang berada di Syria dan beliau menghubungi Dr Ahmad Samsuri selaku Setiausaha Politik Presiden PAS untuk kenyataan media ini _

ADNAN TUKANG JOLI RAKYAT TUKANG BAYAR

Bismillahirahmannirahim..

Adnan tidak perlu bayar RM63 juta

PUTRAJAYA - Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob (gambar) tidak perlu membayar RM63 juta kepada sebuah syarikat pembalakan seperti yang diperintah oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini, demikian diputuskan oleh Mahkamah Rayuan di sini semalam.

Hakim Datin Paduka Zaleha Zahari, yang bersidang bersama Datuk Sulaiman Daud dan Datuk Jeffrey Tan Kok Wha, mendapati Menteri Besar itu tidak sepatutnya dinamakan sebagai responden dalam prosiding semakan penghakiman yang dipohon oleh Seruan Gemilang Makmur Sdn. Bhd. bagi mendapatkan bayaran itu daripada kerajaan negeri.

Bagaimanapun, katanya, wang berkenaan masih perlu dibayar kepada syarikat berkenaan kerana keputusan semalam tidak melibatkan keputusan utama (memerintahkan kerajaan Pahang membuat bayaran RM63 juta itu) oleh Mahkamah Tinggi pada 2007. - Bernama



Selasa, 13 Oktober 2009

Postmotem Terbuka 1 PrK Bagan Pinang

Dari E-mail Terpilih

From: martno beejay

Assalamualaikum. ..

Ana nak komen sikit, cuma masa terhad... komen ringkas je...

Mungkin anak NS sesuai utk beri pandangan punca kekalahan. Ana bagi point je, kalau ada masa ana ulas panjang sikit...

1) Calon luar, bukan 'waghigh' Bagan Pinang beri kesan yg besar. Mungkin sesuai letak calon lama yang tinggal di sekitar Bagan Pinang. Nak perkenal kehebatan calon kita sebagai juara penghalang insinerator di Broga makan masa...

2) Isa Samad umpama DS Anwar di P. Pauh atau Ustaz Hadi di Rusila.

3) Cawangan PAS di sana terlalu kurang dan tiada cawangan PAS Kg. Bagan Pinang dan Taman Dato' Samad yang merupakan kubu kuat Umno.

4) Rakyat di NS (ramai yg jahil) dah diajar kalau Pilihanraya mesti dapat habuan... bila dpt duit, mrk akan setia umpama seekor anjing... Umno akan taburkan pada malam sebelum mengundi dan boleh menyebabkan turnover kepada pengundi atas pagar...

5) Isa Samad, walaupun dia seorang 'penyamun tarbus' tetapi dia seorang 'friendly' berbanding calon kita yg nampak serius... senyuman yg dipaksa bila nak pilihanraya je...

Wallahua'lam. ..Baca lagi kat bawah.....


From: abdul halim

Salam.....

Saya bukan nak memandai atau nak memberikan idea apa yang nak dikatakan atau yang nak ditulis sebagai faktor kekalahan untuk di jadikan "point" dalam "post motem" terbuka ini...

Sekadar menulis pengalaman yang saya dapati sepanjang di sana....

Ada kebenaran kata Sdr Meor itu....

Cuba kira ....kita ada berapa ramai Ahli Parlimen PAS, berapa ramai ADUN PAS yang menang dan ada jawatan..... mereka dibayar gaji untuk menolong dan membantu rakyat , jadi jangan lupa siapa yang beri undi dan memberikan sokongan kepada mereka iaitu ahli-ahli PAS serta bukan ahli-ahli PAS (rakyat lainnya).... mereka ini membawa imej parti.

Pertandingan PRK Bagan Pinang ini memang untuk Pakatan Rakyat umumnya dan khususnya untuk PAS...... Jadi berapa ramai di antara mereka ini yang turun membantu tugas2 untuk memimpin dan menggerakkan serta mengagih2kan tugas untuk ahli PAS.....?

Bukan ahli-ahli PAS yang ada tidak bertugas.... ramai yang datang dari Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Perak dan Pahang termasuk Selangor.... .ada yang datang tidak berduit tetapi datang untuk memberikan khidmat semampu mereka....kalau paling tidak dapat untuk tolong sorak pun jadilah....atau pun tolong ikat kain rentang jadilah....

Sehinggakan , ada yang tiada tempat tidur, saya lihat di depan markas induk ....bila markas induk penuh dan masjid berhampiran juga penuh.....sebahagia n mereka tidur di dalam kereta, ditepi parking kereta, di tepi pantai dan ada yang tidur di bawah tiang elektrik pun ada dengan menghampar tikar atau kain di situ.....

Sedih dan kesian melihat mereka...... ..

Dalam pada itu juga Unit Amal tidak bersepakat sepenuhya... ..kerana saya dengar ada masalah Unit Amal Negeri Sembilan dengan calun.....sebab itu lah Unit Amal yang bertugas di sana juga antaranya ramai adalah orang luar negeri itu.....termasuk lah tuan-tuan dari Selangor.

Kita juga perlu merujuk pada peringkat permulaan sebelum markaz dan ahli kita kena serang....Pengarah Pilihanraya hanya meminta setiap kawasan menghantar hanya 2 orang ke Bagan Pinang kerana risaukan keselamatan dan kesesakan atas alasan DUN Bagan Pinang kecil dan jalan sempit...... itu yang markaz kosong dan kekurangan petugas....

Tetapi ahli-ahli PAS peka, bila mendengar markaz dan ahli PAS di serang ...mereka turun berduyun-duyun tanpa mengira apa....walau sesen pun tiada di poket....lori ikan pun mereka tumpang..... janji sampai dan untuk membantu....

Itulah keikhlasan ahli-ahli PAS bawahan....yang tiada kira apa habuan yang akan mereka dapat....tidak bertanya dan persoalkan apa anak2 mereka dan isteri mereka tinggal siapa nak beri makan.....

Sedangkan sebahagian ada pimpinan .....hari Sabtu tu lah nak buat open house hari raya...dan ada juga yang tak sudah hari Ahad hari mengundi tu pun buat open house juga....perlu sangat ke open house tu....? kalau boleh batal....batal ajelah, kalau perlu ditangguh ...tangguh aje lah.

Maaf disini kalau saya katakan, ada setengah pimpinan pula yang datang hanya kerana nak tunjuk muka pun ada.....

Begitu juga berkenaan ahli PAS tempatan:
Sebenarnya kawasan Parlimen Pord Dickson (bukan DUN Bagan Pinang tetapi kawasan) jumlah cawangan PAS di situ hanya ada 4 cawangan dalam kawasan tersebut...tuan- tuan boleh bayangkan sendiri.

Selaku PJ iaitu calon sepatutnya tahu kelemahan PAS di situ, bagaimana dia memimpin negeri juga sepatutnya diambil kira.

Calon Pas bukan anak tempatan (dia anak Lenggeng), ni yang pelik.....kerana pegangan ke"suku"an orang Negeri Sembilan ni pelik.....sedangkan dalam Islam tiada isu ini....tetapi nak buat macamana orang Pas juga pelik, ketika isu calon di Kuala Terengganu yang nakkan calon anak tempatan.

Manakala ketewasan calon PAS di Bagan Pinang, selain budaya yang diterap oleh Umno iaitu budaya wang, samseng, ugut mengugut...penduduk Bagan Pinang iaitu 30% pengundi Melayu adalah sanak saudara kepada Isa Samad dan juga kerabat isterinya yang anak jati Bagan Pinang.
Cukuplah setakat ini , biarlah orang lain juga memberikan pandangan... .

Semuga kepada semua petugas dari Puchong dan Selangor yang bertungkus lumus bertugas dan memberikan komitmen berulang-alik ke Bagan Pinang akan di berikan ganjaran yang setimpalnya oleh ALLAH.

Semuga ALLAH memberkati perjuangan ahli-ahli PAS yang benar2 ikhlas....

Salam perjuangan buat semua....


From: CaptR

Postmotem 1 Tidak Ramai Petugas Pada Peringkat Awal Kempen Ketua Tidak Bersama Ahli.

Saya memberi pendapat atas penglihatan saya dan mungkin saya tersilap. Apapun kita boleh berbincang.

Semasa hari penamaan calon memang ramai yang datang tetapi selepas itu tidak ramai yang segera menggerakkan kempen. Maknanya pada hari pertam kempen ianya macam kita tidak mahu lagi kemenagnan yang berderertan itu. Bilangannya sedikit dan bilngan yang sedikit ini bukan membawa makna yang pentingnya kualiti. Itulah yang sering kita cakapkan kualiti pekerja dan kita tidak faham musuh politik kita tidaklah faham kualiti atau bilangan kecil dapat mengalahkan bilngan yang besar.

Musuh memang tidak faham perkiraan ini, yang mereka faham kalau bilangan kita sedikit maknanya boleh makan. Maka tercetuslah pada diri mereka hendak mengganas apabila melihat markas ditinggal hanya seorang dua sahaja menjaganya. Ini satu sudut yang kita gagal memahami musuh kita. Musuh ini adalah musuh yang pengecut apa yang mereka buat hanyalah mengambil kesempatan diatas kecuaian kita.

Maka pada PrK akan datang mengenalpasti minimum strength adalah penting yang boleh menghasilkan "deterant factor" hendaklah dikenal pasti jika tidak jangan naikkan Markas sekadar naik sahaja sebab ianya macam meletakkan sahabat kita diganyang oleh UMNO bodoh tu.

Saya merasakan ketua perlu turun dahulu bersama ahli yang lain yang dah cukup kekuatan yang diperlukan dan tambahan seterusnya terus dibina kemudiannya. Ikutlah cara tentera dimana ketua tidur makan mandi berjenaka berbincang semuanya bersama anggotanya di platun dan markas. Bukannya makan direstoran, mandi di kolam hotel, bergurau dengan sesama pemimpin sahaja.....ahli biar jaga markas. Akhirnya markas kena serang......

Oklah ada kebenaran ke?

Pemuda Bn dan Orang Tua Bn Tunjuk punggung Dan isyarat Lucah

Tabik Hormat kepada penyokong PAS yang sabar dengan perangai Lucah penyokong BN.



Kalah atau Menang – Undi Pos Tetap Mencurigakan

Table 1 : Undi Pos Mengikut Peti Undi


Table 2 : Keputusan bagi 3 Pilihan Raya

Walaupun PAS kalah dalam Pilihan Raya Kecil N31 Bagan Pinang dan kita sedar berlakunya perubahan mood pengundi di Bagan Pinang tetapi saya tetap akan dedahkan ruang-ruang manipulasi yang terdapat dalam undi pos dan kesan-kesannya.

Fakta 1 :

PAS mendapat 0 di peti undi 14, 15 dan 16. Peti undi ini adalah datang daripada MINDF. Rujuk Table 1. Jika dibandingkan dengan peti-peti yang lain, peti 14,15 dan 16 cukup pelik kerana PAS dapat 0. Pengundi-pengundi ini adalah mereka yang dalam proses pencen(peralihan). Kebanyakkan mereka mengikuti latihan persediaan untuk pencen. Mereka adalah golongan kritikel. Mereka boleh menyokong PAS kerana mereka hampir bebas daripada ikatan tugas sebagai seorang tentera. Mungkin kerana itu undi mereka perlu diletakkan di MINDF. Saya penuh percaya kebanyakkan mereka tidak mengundi.

Persoalannya jika mereka tidak mengundi mengapa PAS dapat 0 dan BN dapat 881? Apakah munasabah anggota tentera yang dalam proses pencen tidak langsung mengundi PAS? Jawapannya mudah peristiwa Pak Abu Kassim yang telah mengaku memangkah undi-undi anggota tentera semasa berkhidmat mungkin telah berlaku sekali lagi. Pengakuan ini dibuat pada 28.09.2009 dihadapan Pengerusi SPR Tan Sri Aziz..

Fakta 2 :

Jika dilihat daripada 3 pilihan raya iaitu tahun 2004, 2008 dan 2009 maka pencapaian PAS dalam undi pos dalam Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang 2009 adalah yang terburuk iaitu 14.41 % dibandingkan dengan 26.28%(2008) dan 31.38%(2009). Rujuk Table 2.

Persoalannya mengapa keadaan ini terjadi sedangkan kawalan dan tekanan daripada PAS sangat kuat dibuat dalam PRK kali ini? Antara usaha-usaha PAS terhadap undi pos adalah dua kali pertemuan dengan SPR, dua kali laporan polis, dua kali bantahan, 5 kali sidang akhbar, kawalan 24 jam di tempat penyimpanan kerta undi pos dan latihan intensif kepada ejen pengundian pos.

Jawapannya adalah mudah. Manipulator mempunyai undi sebanyak 2,911 untuk di manipulasi termasuk 930 daripada MINDF. Kertas undi ini adalah kertas undi yang seharusnya di pos kepada pengundi-pengundi pos. Berkemungkinan peristiwa Pak Abu Kassim berlaku di MINDF. Semakin PAS kuat menekan SPR maka semakin terancam manipulator. Maka semakin kemas dan kuatlah usaha manipulator untuk mempastikan calon mereka menang.

Fakta 3 :

Semasa proses pengundian pada 8hb, 9hb dan 10hb Oktober 2009. Pihak Kem telah menggunakan daftar pemilih yang tidak sah seperti yang dikeluarkan oleh SPR. Terdapat banyak perbezaan dalam daftar pemilih yang dikeluarkan oleh Kem

Berikut adalah perbezaan yang terdapat pada daftar pemilih tentera :

1. Daftar pemilih tentera tidak mempunyai nombor siri pengundi pos yang sebenar seperti yang dikeluarkan oleh daftar pemilih SPR.
2. Daftar pemilih tentera tidak mempunyai nombor identiti isteri pengundi pos
3. Daftar pemilih tentera tidak mempunyai nombor lokaliti pengundi pos.
4. Daftar pemilih tentera tidak mempunyai nombor kad pengenalan lama isteri pengundi pos.

Pengunaan daftar pemilih tentera yang berbeza dengan daftar pemilih SPR telah menyebabkan ejen pengundian pos calon PAS :

1. Tidak boleh mengesahkan identiti pengundi pos semasa mereka datang mengundi.
2. Tidak boleh mengesahkan bilangan keseluruhan pengundi pos.
3. Tidak boleh mengesahkan bilangan sebenar pengundi yang telah hadir.
4. Tidak boleh mengesahkan bilangan sebenar pengundi pos yang tidak hadir.
5. Tidak boleh mengesahkan pengundi pos yang meragukan.


Perbuatan di atas adalah menyalahi Peraturan 14A Peraturan-peraturan Pilihan Raya(Perjalanan Pilihan Raya) 1981 yang menyatakan bahawa:

“Daftar pemilih yang dikemukakan kepada calon pada hari penamaan hendaklah merupakan naskah sahih daftar pemilih yang akan digunakan oleh pegawai pengurus dan ketua tempat mengundi sesuatu tempat mengundi pada hari mengundi.”

Yang lebih menarik lagi pihak kem tidak membenarkan ejen-ejen PAS mendapat salinan daftar pemilih mereka ini. Jadi apakah tugas ejen PAS selain menjadi Patung Pilihan Raya.

Fakta 4 :

Pada 7hb Oktober 2009 suatu pertemuan telah diadakan di SPR. Empat orang wakil PAS adalah Dato Mustafa Ali, Dato Halim Abd Rahman, saya dan Sdr. Mozaid telah bertemu dengan SPR dari jam 3 – 5 ptg. Kami telah membantah 253 Pengundi Pos yang mempunyai 2 nama dalam daftar pemilih (Double vote). Perkara ini bertentangan dengan seksyen 10 Akta Pilihanraya 1958 :

“Tiada seorang pun berhak dimasukkan dalam daftar pemilih sebagai seorang pemilih dalam lebih daripada satu bahagian pilihan raya bagi maksud sesuatu pilihan raya”

Malangnya SPR tetap berkeras percaya bahawa mereka mempunyai kuasa dibawah peraturan 14 Peraturan-Peraturan Pilihan Raya(Perjalanan Pilihan Raya) yang menyatakan bahawa nama pengundi dalam daftar pemilih adalah menjadi keterangan prima facie untuk mereka mengundi walupun mereka telah pencen.


Suhaizan Bin Kaiat

Pengerusi Jawatankuasa Khas
Undi Pos Dewan Pemuda PAS Pusat


Hebatnya BN.........Menang kat Bagan Pinang

Bagan Pinang kononnya kubu kuat UMNO, tambah lagi Bagan Pinang adalah tempat kelahiran Mat Isa kaki rasuah yang, yang mentekedarah duit haram. Tapi nak menang kat Bagan Pinang tu bukan main susah terpaksa bawa semua apa yang ada, berbelanja jutaan ringgit...menang pun tak heran la mat Isa kaki rasuah hoiiii. Siap bawa samseng tahi kucing....kerana nak menang menatang SPR pun bukan main jadi haprak sanggup gadai maruah jadi setan. Apatah lagi Polis lahanat itu pun dua kali lima jadi Iblis.

Nak bagi menang pun biaq la bagi logik sikit. kalau dah undi pos tu nak memihak kepada BN tak kan sampai PAS tak dapat undi langsung bagi sesetengah karung. HEBAT sungguh hampa naa... HOIII Pemimpin UMNO hampa kena ingat langit tidak selalu cerah...hampa boleh buat apa saja..... nak menang punya pasai duit rakyat dipergunakan. Ingat duit aku pun ada dalam tu...satu sen duit aku terlibat dengan kerja-kerja haram hampa aku tak redha dan tak halal dunia akhirat.


PAS tidak pernah kalah


Pejuang Kite
Merancang untuk kemenangan. Kemenangan pasti akan datang.


Sekilas pandang kita kalah dalam PRK di Bagan Pinang tapi secara teori ia memang kalah tapi secara ilmiah nya PAS sudah mencapai kemenangan.

Di kala tekanan dari media dan BN untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat,kerjasama utuh bangsa yang berbilang untuk berkempen memenangkan PAS seakan nampak menarik dan di kalangan BN mencari formula baru menyelesaikan krisis dalam yang terus antara komponen nya pakatan Rakyat sekali lagi berjaya membawa persetujuan dan persamarataan dalam PR.

Secara peribadi,saya sedikit kecewa dan seakan menitis air mata dewasa kerana kekalahan PAS di Bagan Pinang. Tapi perjuangan ISLAM tidak pernah kalah malahan kekalahan itu ada hikmah nya. Mungkin kita ada kelemahan dari beberapa sudut dan sedikit alpa dalam beberapa bab sehingga jika kita terus di buai kemenangan berterusan kita akan lalai dan leka. Lalai dari kehendak tuan Alam dan amanah sebagai khalifah Allah .


Dari sudut Islam, menang atau kalah di dalam perjuangan itu penting. Tetapi yang lebih penting ialah ketika menang atau kalah, akidah, syariat dan akhlak perlu dijaga. Jangan sebab menang lupa Allah dan jangan sebab kalah menyalahkan takdir. Jangan sebab menang lupa sembahyang dan jangan sebab kalah subuh tadi terlewat. Jangan sebab menang hilang akhlak dan jangan sebab kalah hilang pertimbangan.

Kita sebagai ahli PAS dan pendokong agama Allah SWT harus beristiqomah dalam perjuangan kerana akhir nya kemenangan itu adalah PASTI. Untuk menang mungkin perlu pengorbanan darah kita,nyawa kita mungkin jua kemanangan itu perlukan doa kerdil kita.

Ingatlah kita akan ayat Allah swt:

Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segalasesuatu.( Ali Imran ayat 26)

Sejauh mana kita kalah, kita perlu bersenyum dan setinggi mana kita menang kita perlu senyum dengan nikmat Allah swt yang Maha Luas. Perjuangan dalam menegak kan dustur Allah bukan barang kecil kerana perjuangan inilah kita mungkin di pandang hina oleh rakan kita,di putuskan hubungan oleh saudara mara kita dan di sekat harta kedudukan oleh manusia . Tapi kita perlu yakin Allah swt sentiasa bersama kita.

Dalam politik kekalahan ini yang mematangkan kita jua saya samakan dengan kehidupan kerana kegagalan itu adalah jalan baru untuk bangun.

Dare to fail� kita wajar berusaha dan tidak takut untuk kalah. Kerana kekalahan itu adalah subjective sifatnya. Kita ada Allah dan doa itu adalah senjata kita . Saidina Umar Ra pernah berkata: Kiranya aku tahu doaku tidak di makbulkan Allah maka akan aku terus berdoa dan berdoa

Insya-Allah, kemenangan pihak mustakbirin adalah tiket untuk Allah menghancurkan mereka. Allah tidak akan membela golongan mustakbirin malahan golongan musta�affin akan sentiasa di lindungi Allah. _

Alhamdulillah.. Bila Dah kalah nie baru pakat nak sedaq pasai pa kalah...


PAS Gagal Dekati Pengundi Waktu P'raya

Kekalahan teruk PAS di Bagan Pinang, antaranya, berpunca daripada kegagalan parti itu dan dua lagi rakannya dalam Pakatan Rakyat memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengundi di negeri yang dimenangi mereka.

"Sejauh mana kita serius berkhidmat di estet-estet? Ini pengalaman saya bersama Kelab Penyokong PAS (KPP).

"Orang India inilah yang beri sokongan kepada kita. Kalau kita tidak serius, (kecuaian) itu tidak baik," kata ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau, yang juga pengarah operasi PAS untuk pilihan raya kecil itu, diminta mengulas prestasi buruk parti itu di kerusi DUN tersebut semalam apabila, sekurang-kurangnya, gagal mengurangkan majoriti BN.

Dua dari kiri (baju Hitam) kaki pukul dari BN Tampin. BN memang ganas.
Ahli parlimen itu berkata sikap Pakatan yang hanya mendatangi pengundi di saat akhir menjelang pilihan raya mestilah dihindari jika PAS dan gabungan pembangkang mahu terus mendapat kepercayaan rakyat.

Pensyarah kanan Universiti Sains Malaysia (USM) Dr Sivamurugan Pandian sedikit sebanyak mempunyai pendapat yang sejajar dengan Dr Dzulkefly.


Dr Sivamurugan berkata, PAS memberikan lebih tumpuan isu rasuah dan integriti sehingga menenggelamkan isu kebajikan - yang pernah dianggap berjaya meraih perhatian pengundi bukan Melayu.

"Pembangkang kali ini banyak memainkan isu korupsi dan integriti.

"Tetapi selepas 18 bulan memerintah (di negeri-negeri Pakatan), mereka perlu memikirkan strategi lain, dengan menimbulkan isu-isu kebajikan," katanya.

"Kalau kita lihat, dalam pilihan raya umum sebelum ini, sokongan India dan Cina diperoleh daripada isu kebajikan."

Dr Dzulkefly mengakui, isu-isu berbangkit di peringkat nasional – seperti kontroversi penjualan arak di Selangor dan perobohan rumah di Kg Buah Pala, Pulau Pinang – sedikit sebanyak memberikan kesan penduduk di kawasan-kawasan lain.

"Kita tidak boleh lagi membuat andaian bahawa isu di peringkat (sesebuah) negeri dan pusat tidak membawa kesan di negeri lain," katanya, diminta mengulas analisis ringkas akhbar web rasmi parti Harakahdaily.

"Jangan ingat apa yang berlaku di Kedah tidak ada kesan di Bagan Pinang. Ada (kesan)."

Akhbar web itu dalam analisis segera sejurus selepas keputusan diumumkan menyebut, pengundi Cina di Bagan Pinang menolak parti Islam kerana tidak berpuas hati terhadap beberapa kenyataan pemimpin PAS di Selangor.

Bagaimanapun, laporan itu menyebut, kesahihan maklumat itu hanya dapat dipastikan apabila analisis lengkap keputusan penuh pilihan raya itu dibuat.

Menurut Dr Dzulkefly, daripada awal lagi PAS beranggapan kerusi itu sukar ditawan kerana Bagan Pinang kerusi tradisi BN dan terdapat banyak pengundi pos di situ.

Selain itu, katanya, terdapat sentimen pengundi yang “termakan budi” kepada Isa – yang pernah menjadi menteri besar Negeri Sembilan kira-kira dua puluh tahun.

"Mereka ada keupayaan untuk memberi, sama ada projek, subsidi, tanah dan imbuhan. Sedikit sebanyak penduduk akan termakan budi," katanya.

Bekas menteri besar Tan Sri Mohd Isa Samad menggandakan majoriti BN kepada 5,435 undi apabila mendapat 8,013 undi, meninggalkan jauh calon PAS Zulkefly Mohamad Omar dengan hanya 2,578 undi.

Pada pilihan raya umum 2008 - rekod terburuk BN - parti pemerintah itu hanya meraih majoriti 2,333 undi.

Pada pilihan raya umum sebelumnya, prestasi BN yang paling baik sejak merdeka, ia memperolehi 4,411 undi.

Kejayaan BN semalam menebus maruah parti itu yang selama ini tercalar akibat kegagalan memenangi sebarang pilihan raya kecil di Semenanjung sejak sembilan kali ia diadakan.

BN juga berjaya menebus ketewasannya di tiga daripada lapan daerah mengundi pada Mac tahun lalu, semuanya didominasi pengundi bukan Melayu: Ladang Atherton, Pekan Siliau dan Sua Betong (lihat carta bawah).

Kemenangan Isa itu, selain membuktikan ketokohannya masih utuh walaupun tercalar dengan isu rasuah, juga menunjukkan pengundi bukan Melayu berpatah balik bersama BN.

Bagan Pinang : Kedua-duanya Serupa.. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangannya...

PRK Bagan Pinang : Ulasan edyesdotcom


TAHNIAH..!!


Sebelum saya menyusulkan ulasan, adalah lebih baik kali ini saya mulakan dengan sebuah kesimpulan, diikuti oleh ulasan yang berbentuk analisis.

Kesimpulan - Kalah di Bagan Pinang bukan bermakna Pakatan Rakyat kalah dalam semua aspek. Kita cuma kalah satu DUN yang sebelumnya milik BN. Kerugian beberapa ribu undi bukanlah bermaksud kita rugi moral dan identiti. Saya percaya, Pakatan Rakyat telah menang sejak hari penamaan calon, atau lebih tepat sejak UMNO menamakan Isa Samad sebagai calon. Itulah kemenangan Pakatan Rakyat, kerana UMNO led BN sanggup menggadaikan maruah demi meragut kemenangan domestik.

Berikut adalah ulasan edyesdotcom tentang faktor-faktor kemenangan BN:

1. Undi tentera - Daripada lebih 4 ribu undi tentera, PAS hanya menerima 600 undi sahaja dan selebihnya milik BN. Saya tak nafikan kalau tentera memang benar-benar mengundi BN kerana jasa Najib sewaktu menjadi Menteri Pertahanan. Najib telah beberapa kali mengkaji pendapatan tentera daripada minimum kepada maksimum sekarang ini. Saya anggap ia satu strategi pelaburan jangka panjang oleh kem Najib.


2. Secure undi kaum India - Modus operandi di Manik Urai yang sangat berkesan terhadap penduduk-penduduk kampung telah digunapakai. Ia pasti lebih terkesan di atas kesempitan hidup kaum india di estet-estet terutamanya kehadiran perayaan Deepavali hujung minggu ini. Ini adalah satu faktor penting dalam persoalan "Mengapa kerajaan suka melihat rakyat bergelumang dalam kesempitan hidup?". Jawapanya ialah, apabila tiba saat yang diperlu seperti PRK / PRU, maka di sinilah peluang untuk membeli undi dari mereka-mereka yang terdesak.

3. Calon Popular(secure undi Melayu) - Bagi pengundi Bagan Pinang, soal Isa Samad kaki rasuah adalah perkara ke-dua. Perkara pokok ialah Isa Samad adalah rakan mereka. Isa Samad seorang yang amat disenangi dan sentiasa berdamping di kalangan pengundi di Bagan Pinang. Walau Isa Samad hampir menghancurkan Negeri Sembilan sekalipun, walau Isa Samad bergelumang dalam politik wang, namun faktor 'waghih kito' membutakan mata para pengundi melayu di Bagan Pinang.

4. Keterdesakkan BN - Barisan Nasional begitu terdesak untuk mengecap kemenangan. Segala taktik, strategi dan propaganda samada secara bersih mahupun kotor akan digunakan. Tidak dapat dibayangkan betapa hancurnya BN dan UMNO sekiranya kalah dalam PRK Bagan Pinang disusuli kecelaruan yang berlaku dalam beberapa parti komponen utama BN. Atas sebab ini jugalah, UMNO sanggup mencalonkan Isa Samad walaupun ia akan menjejaskan integriti UMNO dan BN dalam perspektif nasional.

Di bawah ini pula adalah faktor yang perlu diambil kira oleh kepimpinan Pakatan Rakyat sebelum bercerita tentang post-mortem Bagan Pinang;

1. Simbol Perpaduan - Seawal bermulanya tempoh berkempen, UMNO led BN dalam media utamanya mempersoalkan Pakatan Rakyat yang masih tidak bergabung secara rasmi di bawah satu panji. Alasan yang diberikan oleh PR selama ini iaitu tidak cukup korum disanggah oleh ROS namun tiada jawapan dari PR yang mencerminkan kesungguhan Pakatan Rakyat untuk membentuk pakatan rasmi serta mengungkapkan menifesto nasional PR. Jadi, saya juga ingin tahu apakah PR benar-benar ingin bergabung atau hanya melekat untuk sementara kerana tidak mempunyai asas persefahaman sampai bila-bila?

2. Prestasi YB dan MB - Secara serius saya katakan, Pakatan Rakyat harus meneliti semula prestasi para wakil rakyat PR yang dipilih pada PRU12 lalu samada ia benar-benar berfungsi dengan baik atau sekadar 'par' sahaja. Penelitian prestasi wakil rakyat ini harus dilakukan dengan konsisten bersama report yang telus. Jika prestasi YB Pakatan adalah lebih kurang sama dengan prestasi YB BN di penggal sebelumnya malah jika ada yang lebih teruk, maka perspektif rakyat akan melihat pengorbanan mereka yang tekad meninggalkan BN suatu masa dulu tidak berbaloi dan tidak mustahil akan kembali memangkah BN.

Tsunami politik yang berlaku pada 8 Mac menuntut para YB untuk melakukan perubahan sepertimana perubahan mereka yang memangkah selain BN. Oleh demikian, YB PR perlu memberikan perkhidmatan yang jauh lebih baik dari YB BN malah jika perlu berikanlah prestasi perkhidmatan yang selama ini tidak pernah dititikberatkan oleh pemimpin BN.

Kepimpinan Pakatan Rakyat harus berada di landasan yang tepat bagi merealisasikan pertukaran kerajaan pusat. Bukan satu tugas yang mudah, tetapi inilah waktu yang paling tepat untuk membuktikan kepada rakyat semua bahawa Pakatan Rakyat layak menjadi pemerintah Malaysia. Bagaimana nak buktikan semua ini terpulang kepada kebijaksanaan kepimpinan.

Sambungan Kesimpulan - Bila saya kata Pakatan Rakyat menang di peringkat nasional sejak hari penamaan calon, bukanlah maksud saya untuk menjadi seorang blogger optimis yang tidak mahu kalah. Tetapi ini adalah hakikat, betapa UMNO dan penyokongnya yang ketandusan pemimpin tergamak mengiktiraf perasuah semata-mata untuk menang. Ia umpama, matlamat menghalalkan calon. Sesungguhnya rasuah dan politik wang itu, halal disisi UMNO.

Korupsi, kolusi dan nepotisma masih subur dan segar bugar didalam UMNo/ Be End.

Salam 2 all.

Saya melihat kemenangan Tan Sri Isa Samad di dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang dan kecundangnya Dato' Seri Ong Tee Keat dalam mesyuarat khas MCA membawa satu makna dan mesej yang jelas kepada rakyat Malaysia..korupsi, kolusi dan nepotisma masih subur dan segar bugar didalam UMNo/ Be End.

Dalam kes Tan Sri Isa Samad, menunjukkan bagaimana seorang yang sudah disabit dengan kesalahan rasuah oleh UMNo sendiri boleh "dihidupkan balik" dan menjulang piala kepimpinan dan menjadi Yang Berhormat. Silap-silap haribulan MB Negeri Sembilan pun bungkus nanti, kerna nafsu politik tidak pernah kenal kepuasan dan tiada batasan. Saya cukup yakin Tan Sri Isa Samad sudah tentu mempunyai keinginan menduduki semula kerusi empuk MB Negeri Sembilan jika berpeluang.

Dalam kes Dato Seri Ong Tee Keat, seorang yang berprinsip, dikenali sebagai Mr. Clean, anti rasuah dan melancarkan "perang" terhadap rasuah dalam isu PKFZ sebaik sahaja menjadi Presiden MCA dan Mnteri Pengangkutan. Tindakan tegas beliau dalam isu PKFZ telah menyentuh banyak "poket" dalam UMNo dan Be End. Jadi OTK sudah tidak serasi dalam strktur UMNo dan Be End. Dan untuk melengkapkan agenda keruntuhan UMNo/ Be End, seorang pemimpin saperti Dato Seri Chua Soi Lek boleh dinobatkan semula kedalam MCA.

Saya melihat ini dengan suatu perasaan yang gementar, apa dah jadi dengan masyarakat Malaysia. Bagaimana kita boleh menjadi toleran kepada sang koruptor, dan membenamkan Hang Jebat. Apakah ini petanda masyarakat Malaysia sudah menjadi masyarakat yang rosak, atau apakah UMNo/ Be End sedang mempercepatkan proses menalqinkan diri mereka.

Kepada Dato Seri Ong Tee Keat, saya mengajak beliau menyertai kami. Mari kita bersama memerangi rasuah, salahguna kuasa dan membina masyarakat dan negara Malaysia yang mendaulatkan hak dan ketuanan rakyat.


Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Ahad 21 Syawal 1430 / 11 Okt 2009
New York



Kemenangan Isa Perlu Disembunyikan Dari Pengetahuan Masyarakat Dunia!!

Seperti yang dijangka ramai, tokoh perasuah bernama Isa itu menang di Bagan Pinang. Apa pun orang nak kata, katalah, tapi Isa telah ditabal majoriti pengundi menjadi wakil rakyat mereka. Tidak kiralah apa yang ada dalam minda pengundi ketika tangan emas mereka memegang pensil, tetapi mereka telah membuat keputusan.

Tidak kiralah sama ada keputusan pengundi itu bijak atau tolol, tapi itulah keputusan mereka. Semua pihak patut menghormati keputusan itu kerana itu adalah keputusan majoriti komuniti kawasan itu. Seperti juga jika pilihanraya diadakan di kalangan komuniti banduan dan mereka memilih ketua Geng Mamak sebagai ketua mereka, semua pihak harus menerima keputusan banduan yang memilih yang terburuk di antara mereka sebagai ketua. Kerana, apa pun proses demokrasi wajar dihormati, biar siapapun yang terpilih tidak kiralah sama ada dia ketua perasuah, ketua penjenayah atau ketua kerajaan langit ala-Ayah Pin.

Cuma diharap kemenangan Isa itu tidak disalah tafsir oleh masyarakat luar negara khususnya pelabur asing sebagai manifestasi penerimaan masyarakat Malaysia terhadap budaya rasuah. Negara sedang berada di antara tangga tercorot dalam indeks persepsi rasuah dan diharap keputusan di Bagan Pinang ini tidak mempengaruhi kedudukan indeks tersebut kelak. Harap negara luar melihat keputusan di Bagan Pinang ini sebagai kes terpencil kerana ia tidak mewakili majoriti masyarakat cerdik Malaysia yang akan tetap menolak rasuah dan penyalah gunaan kuasa dalam kehidupann mereka.

Tapi lebihlah elok rasanya jika keputusan pilihanraya di Bagan Pinang ini tidak diketahui oleh masyarakat luar negara, khususnya pelabur asing. Mungkin media kita boleh melakukan sesuatu untuk mengelakkan keputusan rakyat yang memalukan ini diketahui dunia bagi mengelakkan Malaysia diketawakan!!

~ pendikar gunung kriang


Isnin, 12 Oktober 2009

Gambar Terbaik N31 Bagan Pinang



Gambar terbaik sepanjang kempen pilihanraya N31 Bagan Pinang. Sila klik gambar untuk melihat lebih jelas.


Empat perkara untuk pulihkan pilihanraya - NIEI

KUALA LUMPUR, 12 Okt: Institut Intergriti Pengundi Kebangsaan (NIEI) mencadangkan empat perkara bagi memulihkan pilihan raya di negara ini kerana apa yang ada sekarang mencemarkan pilihanraya.

Ini kerana, pilihan raya yang berlaku di Bagan Pinang telah tercemar. Ia sepatutnya telus, bebas dan adil.

Apa yang berlaku adalah, 1) ketidak telusan pengundian pos; 2) rasuah politik, penyalahgunaan jentera kerajaan dan politik janji, 3) Perayu undi, tukang sorak dan pengangkutan yang disediakan oleh parti politik pada hari mengundi; dan 4) Perbelanjaan berkempen.


Demikian kenyataan yang dibuat NIEI dalam satu kenyataan medianya berdasarkan pemerhatian mereka dalam pilihan raya kecil itu baru-baru ini.

Berikut adalah kenyataan penuh NIEI:

National Institute for Electoral Integrity (NIEI) telah memantau perjalanan pilihanraya kecil (PRK) bagi kerusi DUN Bagan Pinang (N 31) bermula dari hari penamaan calon pada 3 Oktober sehinggalah berakhirnya proses pengundian pada 11 Oktober 2009.

Didalam pemantauan pilihanraya, terdapat dua kaedah yakni stationary monitoring (pemantau ditugaskan untuk tunggu disetiap tempat mengundi) dan mobile monitoring (pemantau bergerak).

NIEI menggunakan kaedah mobile monitoring dimana pemantau-pemantau NIEI bergerak untuk memantau perjalanan pilihanraya di dalam kawasan N 31 bermula dari proses penamaan calon, tempoh berkempen dan hari mengundi.

Di dalam pemantauan NIEI di kerusi N 31, terdapat beberapa perkara yang telah mencemarkan PRK yang seharusnya telus, bebas dan adil.

Diantaranya ialah:

1) Ketidak telusan pengundian pos

Terdapat dakwaan bahawa senarai pengundi pos tentera yang diwartakan dan diberikan kepada calon-calon yang bertanding berbeza dari senarai pengundi pos tentera yang dipaparkan pada hari mengundi pos 8 dan 9 Oktober 2009. Selain daripada itu, terdapat juga dakwaan bahawa terdapat pengundi-pengundi pos yang didaftarkan lebih dari satu kem serta persara-persara tentera masih lagi terdapat dalam daftar pengundi pos.

Yang lebih menyedihkan lagi, SPR langsung tidak mengendahkan syak wasangka ini dan tidak membersihkan nama mereka dan maruah sebagai badan penggendali pilihanraya tidak dipertahankan.

Oleh yang demikian, bagi memastikan proses pengundian pos tidak lagi dipertikaikan pada masa akan datang, NIEI mencadangkan agar kaedah dan prosedur pengundian pos hendaklah dikaji semula dan diubah supaya ianya telus dan diyakini oleh rakyat.

Dari pengalaman pemerhatian NIEI di luar negara, Thailand dan Filipina yang mengalami konflik ganas, pengundian secara normal digunakan bagi anggota tentera mereka. Pusat pengundian yang dikendali sepenuhnya oleh SPR � serta hak-hak yang sama bagi agen parti, pemantau tempatan dan pemerhati antrabangsa � dibuka di dalam kem-kem tentera.

Jika terdapat undi pos tentera, ianya akan dikendalikan sepenuhnya oleh SPR negara tersebut. Tidak timbul langsung kontraversi senarai nama pengundi anggota tentera di sana.

2) Rasuah politik, penyalahgunaan jentera kerajaan dan politik janji

Rasuah politik, penyalahgunaan jentera kerajaan dan politik janji masih lagi berleluasa dalam PRK N 31 Bagan Pinang. Pemberiaan projek-projek kerajaan kepada penduduk Bagan Pinang semasa tempoh berkempen dilakukan secara berleluasa. Banyak kementerian-kementerian seperti Kementerian Penerangan, Kementerian Pertanian dan Asas Tani, Kementerian Pendidikan serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna digunakan untuk memberikan �rasuah politik� kepada pengundi Bagan Pinang secara terbuka.

Selain daripada itu, penyalahgunaan jentera kerajaan turut dilakukan secara berleluasa. Kedua-dua pihak yang bertanding dilihat menyalahgunakan harta rakyat terutama kenderaan milik kerajaan Persekutuan, Negeri dan Tempatan. Manakala UMNO-BN memonopoli dewan orang ramai, sekolah, KEMAS dan JKKK sebagai markas parti.

Amalan ini adalah satu kesalahan besar kerana seharusnya harta milik kementerian, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan tidak boleh digunakan bagi parti-parti politik yang bertanding semasa berkempen dalam pilihanraya.

Untuk memastikan pilihanraya akan datang adil kepada semua pihak yang bertanding, NIEI mencadangkan agar politik wang, janji peruntukan projek, projek kilat, salahguna jentera negara dan salahguna kemudahan awam hendaklah dihapuskan.

Di negara-negara jiran, terutamanya Thailand, Nepal dan Taiwan amalan ini diharamkan. Kesalahan bersabit dengannya akan diambil tindakan keras, iaitu SPRnya akan membatalkan calon bersalah daripada bertanding, atau dibatalkan kemenangan mereka.

Untuk menghapuskan amalan ini, undang-undang anti rasuah politik dan penyalahgunaan harta awam hendaklah digubal seperti yang dilaksanakan di Thailand dan Taiwan.

3) Perayu undi, tukang sorak dan pengangkutan yang disediakan oleh parti politik pada hari mengundi

Amalan merayu undi dan tukang sorak telah menyebabkan ketegangan berlaku pada hari mengundi. Apabila perayu-perayu undi dari kedua-dua parti politik bersaing untuk merayu undi berhampiran dengan tempat pembuangan undi, ianya menggangu pengundi-pengundi untuk melaksanakan tanggungjawab mereka.

Selain daripada itu kemudahan pengangkutan yang disediakan oleh parti politik untuk mengangkut pengundi turut menyesakkan keadaan dihadapan tempat pembuangan undi yang biasanya dilaksanakan di sekolah.

Bagi memastikan pengundi-pengundi dapat berfikir dengan tenang sebelum masuk ke tempat pembuangan undi, NIEI menyarankan agar amalan merayu undi, tukang sorak dan penyediaan kemudahan pengangkutan untuk mengangkut pengundi dihapuskan.

Sebagai ganti, tempoh berkempen bolehlah diperpanjang seperti dua minggu bagi pilihanraya kecil dan sebulan bagi pilihanraya umum. Parti-parti politik bukan kerajaan yang sering tidak mendapat tempat di media arus perdana aktif berkempen pada hari mengundi oleh kerana tidak mendapat liputan yang adil oleh media arus perdana dan tempoh berkempen yang singkat, jika tempoh berkempen diperpanjangkan, semua pihak akan mendapat masa yang cukup untuk berkempen.

Selain daripada itu, SPR bolehlah menyediakan kenderaan untuk mengangkut pengundi seperti van, kereta dan motosikal sebagai alternatif kepada kenderaan-kenderaan yang disediakan oleh parti politik.

4) Perbelanjaan berkempen

Dalam PRK Bagan Pinang, dapat disimpulkan bahawa perbelanjaan yang digunakan untuk berkempen bagi calon BN, Tan Sri Isa Samad telahpun melebihi had yang ditetapkan iaitu RM 100,000 bagi calon DUN. Menurut Seksyen 19(1) (a) dan (b) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, calon-calon yang bertanding dalam pilihan raya umum hendaklah berbelanja tidak melebihi had yang ditetapkan iaitu untuk calon Parlimen RM200,000 dan calon DUN RM100,000.

Akta ini harus digubal semula dan harus menyatakan bahawa ianya termasuklah kepada parti politik yang menyokong sesuatu calon tersebut. Kerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (MACC) bolehlah dilakukan untuk memperketatkan lagi pemantauan perbelanjaan kempen.

NIEI berharap agar isu-isu yang dibangkitan akan diambil perhatian serius oleh SPR agar perjalanan pilihanraya di Malaysia dapat menjadi lebih baik pada masa akan datang.

Semua parti politik yang bertanding diseru agar bekerjasama bagi memastikan proses perjalanan pilihanraya di Malaysia menjadi lebih adil, telus dan saksama. Pilihanraya yang berkredibiliti akan meyakinkan lagi rakyat dengan amalan demokrasi di Malaysia.

Umno tidak perlu berubah

ANALISA

Selepas kemenangan besar di Bagan Pinang, Umno nampaknya tidak perlu berubah kerana sudah di terima rakyat.

Di pihak Pakatan Rakyat dan PAS pula, mereka perlu kembali ke bilik mesyuarat untuk mengenalpasti apa berlaku dalam pilihan raya kecil itu.

Ini kerana, harapan untuk menang atau sekurang-kurangnya mengurangkan majoriti di kubu Umno ini gagal dilaksanakan.

Sehingga analisa ini ditulis, calon BN, Tan Sri Isa Samad telah mendahului calon PAS dengan lebih 5,000 undi. Ini belum termasuk undi pos lagi.

Sebelum keputusan diperolehi lagi, ada yang sudah menyalahkan sikap para pemimpin PAS dalam jentera kempen di Bagan Pinang. Antaranya mengenepikan rakan-rakan mereka dalam PKR dan DAP.

Namun, keputusan di Bagan Pinang ini sudah tentu ada kebaikannya.

Sebagaimana yang dikempenkan, dengan kemenangan ini, Umno sudah pasti akan kekal dengan apa yang ada padanya dan tidak akan berubah.

(Gambar: Isa no 1, PAS nombor 2)

Ini kerana, keputusan ini bermakna, Umno diterima rakyat, pemimpin rasuah tidak menjadi masalah, kesalahan politik wang bukan bermakna rasuah dan sebagainya.

Untuk itu, rakyat seluruh negara perlu terima apa yang telah diputuskan oleh penduduk Bagan Pinang bahawa pemimpin rasuah tidak jadi masalah kerana yang diperlukan rakyat adalah perkhidmatan mereka.

"Kalau pemimpin ini memberikan khidmat yang baik, apa salahnya mereka rasuah," mungkin ini mesej yang hendak dihantarkan oleh pengundi Bagan Pinang.

Dengan kemenangan ini, para media BN esok akan melaporkan, PAS kalah teruk, kemaraan Pakatan Rakyat telah berjaya disekat setakat Selangor sahaja dan sebagainya.

Menjelang keputusan ini diperolehi, seorang rakan Cina dari Port Dickson memaklumkan, orang Cina tidak mahu undi PAS kali ini kerana marah dengan apa yang berlaku di Selangor.

Mereka tidak puashati dengan beberapa kenyataan pemimpin PAS di Selangor. Sejauh manakah benarnya maklumat akan diketahui apabila analisa keputusan penuh pilihan raya ini diperolehi nanti.

Pendek kata, jentera PAS perlu mengkaji sepenuhnya senario yang berlaku di seluruh negara sematang-matangnya bagi menghadapi pilihan raya ke 13 nanti. _

BN dicabar bubar DUN Perak, jika yakin sudah kembali disokong rakyat

IPOH, 12 Okt: Pakatan Rakyat Perak mencabar Barisan Nasional membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu jika parti pemerintah tersebut yakin telah mendapat kembali sokongan rakyat berikutan kemenangan di Bagan Pinang semalam.

Pengerusi Kelab Penyokong kerajaan PR Perak, Drs. Khalil Idham Lim dalam satu kenyataan memberitahu, sekiranya benar dakwaan pemimpin BN bahawa rakyat kembali yakin dengan mereka, BN seharusnya tidak perlu takut membubarkan DUN Perak dan mengambilnya melalui proses pilihan raya negeri.

"Jika Bagan Pinang sebagai mana yang didakwa oleh BN sebagai petunjuk bahawa rakyat telah menyokong BN, dengan ini saya mecabar kepimpinan BN di Perak untuk segerakan pembubaran DUN Perak dan memberi laluan kepada rakyat untuk memilih siapakah kerajaan yang akan meneruskan teraju kerajaan di Perak," kenyataannya dipetik.


Dia yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Titi Serong memberitahu, jika BN menang pada pilihanraya itu, Pakatan Rakyat akan menerimanya atas semangat demokrasi.

Kekalahan PAS mahupun Pakatan katanya bukan sesuatu yang luar biasa malah berlaku sejak merdeka sehinggalah di Bagan Pinang.

Namun lebih penting ujarnya, kepentingan rakyat negeri itu yang juga mahukan pembubaran DUN agar hak mereka dikembalikan untuk memilih kepimpinan yang akan menerajui negeri mereka.

"Desakan ini sudah bermula sejak 5 Februsri 2009 dan tidak jemu-jemu kami suarkan kerana melihat kepada kepentingan rakyat Perak sebagaimana slogan BN 'rakyat didahulukan'.

Makanya inilah masa untuk mendahulukan rakyat dengan bubarkan DUN Perak," tulisnya.

Dalam PRK Bagan Pinang semalam, calon PAS Zulkefly Mohamad Omar tewas kepada calon BN Tan Sri Mohd Isa dengan jumlah majoriti sebanyak 5,435 undi.

Mohd Isa memperolehi 8,013 undi manakala Zulkefly, Pesuruhanjaya PAS Negeri, mendapat 2,578 undi.

Jumlah itu lebih besar daripada majoriti 2,333 undi yang diperolehi oleh BN pada pilihan raya umum 8 Mac tahun lepas.

Ekoran kemenangan itu, kepimpinan BN mendakwa parti itu kini sudah mula diterima kembali oleh rakyat selepas ditolak pada Pilihan Raya Umum ke-12, Mac tahun lalu dan tujuh siri pilihan raya kecil sebelum ini.

Mereka juga mendakwa, pembaharuan dibawa Datuk Seri Najib melalui slogan '1 Malaysia, Rakyat di dahulukan, pencapaian di utamakan', antara faktor besar penyumbang kepada kemenangan tersebut. _


Antara maruah dan rasuah, pengundi terpilih rasuah - Dr Lo' Lo'

KUALA LUMPUR, 12 Okt: Anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali menyifatkan, pengundi Bagan Pinang telah terpilih tokoh rasuah.

"Antara maruah dan rasuah, pengundi Bagan Pinang telah terpilih rasuah. Ini satu kemalangan," kata beliau kepada Harakahdaily.

Lo' Lo' yang juga AJK PAS Pusat berkata demikian ketika mengulas keputusan pengundi Bagan Pinang yang memberikan kemenangan besar kepada calon Umno, Tan Sri Mohd. Isa Samad semalam.

Isa mendapat undi 8,013 berbanding calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar yang mendapat 2,578 undi dengan undi rosak sebanyak 223.

Ini bermakna, Isa mendapat majoriti 5, 435 iaitu kemenangan berlipatganda berbanding calon BN dalam pilihan raya umum 2008 lalu yang menang dengan majoriti 2,333.

Isa menang ketika semua pihak mempertikaikan personaliti beliau yang pernah digantung jawatannya oleh Umno selepas Lembaga Disiplin Umno mendapati beliau bersalah dalam politik wang dalam pemilihan Umno.

Mengulas lanjut, Lo' Lo' percaya, keputusan pengundi Bagan Pinang ini bukanlah mewakili aspirasi seluruh rakyat Malaysia.

"Malah kita tetap yakin bahawa majoriti rakyat Malaysia masih menolak rasuah demi menjaga maruah negara," katanya.

Semalam, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan keputusan pilihyan raya semalam sebagai 'Umno menang tetapi kalah dalam melawan rasuah'.

Calon PAS, Zulkefly pula berkata, beliau menerima keputusan pengundi dan mengucapkan terima kasih kepada pengundi yang memberikan undi kepada beliau.

Pengarah Jentera Pilihanraya PAS, Salahudin Ayub pula berkata, pihaknya akan terus menekankan agar sistem undi pos diperbaiki dan yakin ada perkara tidak kena dalam pilihan raya ini.



_________________

KOMEN PEMBACA

_________________

1. Benar...mungkin rakyat terpilih...atau rakyat dipilihkan...kita tidak tahu tangan mana yang pangkah undi2 pos. - amin.

2. dalam prk bagan pinanng...rakyat tidak kalah...pr tidak kalah dan pas tidak kalah...tetapi umno/bn yang kalah sebab pemiulihan isa samad adalah mesej sebenar untuk dibawa pada mata masyarakat bahawa inilah muka dan imej perausah dan parti yang tidak tahu malu di muka dunia. - jali,putrajayaa.

3.Aslm..wlupn kalah tapi syabas diucapkan kepada PR khususnya PAS yang tetap bertungkus lumus untuk cuba melawan keangkuhan BN.Kita akui kekalahan ini disebabkan oleh kuatnya pengaruh BN iaitu dari segi jentera parti,media eletronik dan penggunaan wang dalam mengabui mata rakyat Bagan Pinang.Soal siapa calon BN walaupun sebelum ini terlibat dalam isu rasuah akan tetapi kerana asakan demi asakan dengan janji pembangunan,soal integriti calon telah diketepikan sama sekali oleh rakyat Bagan Pinang.Disamping itu penguasaan undi pos oleh BN juga telah menambah koleksi undi dan meninggalkan jauh undi calon PAS.Selepas ini kita nantikan,apakah BN terlalu kuat dikubu sendiri dalam pilihanraya akan datang tanpa adanya bantuan undi pos.Saya yakin PR akan menang seperti siri kemenangannya ditempat lain.Allahuakbar. - Zamani.

4. INILAH PERCIKAN GELOMMMBANG KE3 RAKYTAYAT DALAM PRU-13 KELAK....MOGA KEPUTUSAN BAGAN PINANGG MENJADI TELADAN BUAT SEMUA. - MATT,KEPONG.

5.Salam untuk semua pembaca...walaupun kalah perjuangan tetap akan diteruskan.. syabas kepada petugas.. saya juga hadir semalam..walaupun pada pagi hujan, tangahari panas terik.. para petugas tetap tabah.. SYABAS.... apa pun semua sudah tersurat PAS kalah pada kali ini.. seperti kata pengarang YB Dr Lo Lo..tu antara masuah dan rasuah... kita semua rakyat Malaysia tau..siapa iatu Tan Sri Isa... yang pelik ada menyatakan undi pos berpihak kepada PAS... itu yang saya dengar semalam namun apa kan daya undi itu hak pengundi disana... sabar je mungkin ada HIKMAH disebalik kekalah itu..wasalam. - aZIZI, jAAFAR.

6. Bukan tak suka bulan menang, tapi memang dah di jangka dari awai lagi... Mat Isa ni macam Pak Lah di Kepala Bataih laa.... sapa pun tak boleh celen dia... Kebanyakan penduduk Bagan Pinang/Telok Kemang - keja depa banyak di laut, depa ni tak berapa arif mengenai dunia luag.. terutama otai-otai sana, anak2 muda sudah berhijrah kerja kontrak utk loji2 di seluruh Malaysia - depa ni celek dunia luag. Tambah2 kut Teluk Kemang tu... tiap2 hari tunggu pantai, dgn seluag katoknya, rambut blongenya... tak kira zohor, asar atau magrib - bagi depa sama saja... kalau tak percaya hangpa pi tengok sendiri - meghelit badan depa duk jemuq panaih... Anak2 depa yg sekolah rendah pun sama jugak.. tunggu pantai... tunggu pelampong utk disewa Klau duit sekupang bagi depa dah rahmat, ni depa dapat seratuih sekeluarga, siap milo lagi tu... fuyoo... Mat Isa best... bab rasuah - dia tobat nasuha - yg ni kawan aku bagi tau kerana dia antag risalah setiap umah disana... Kalau tak semesti tewas, kita menang kut lain, nanti dapat 2 buah sekolah... Mat Isa janji nak siapkan rumah yang termengkalai di Taman Intan, ramai cikgu and askar kena penanya.... Baguih jugak - alamat jalan nak Pasir Panjang akan siap secepat mungkin laa. -Ayahcu.

7. Adat pertandingan, menang dan kalah. Terima hakikatnya melalui keputusan majoriti(8,013) pengundi Bagan Pinang memilih perasuah dari maruah untuk mewakili mereka. Mereka tidak serik dan suka diperbodohkan dan akan terus diperbodohkan sepanjang hidup mereka. Syabas kepada pengundi seramai 2,578 yang memberi undi mereka kepada PR yang mahukan sedikit perubahan. . Kepada wargakerja PR diBagan Pinang terima kasih atas usaha dan kerjasama kuat tuan/puan. Perjuangan harus diteruskan. Kepada gabungan dalam PR tingkatkan muaafakat antara satu sama lain. Jangan mengambil sesuatu tindakkan yang kurang bijaksana dan merugikan, belajarlah dari BN dalam perkara ini walaupun terdapat persengketaan yang kecil mahupun yang besar antara mereka tapi mereka teguh(menang) sampai kesaat ini. - AZLAN.

8. Kita bimbang kemenangan Isa akan memberi perspeksi negetif hala tuju pemerintah. Soal rasuah seolah perkara yang kecil bagi pemerintah BN. Kemenagan Isa akan memperkayakan lagi budaya rasuah dikalangan Umno.-tG Mohd.

9. Syabas kpd semua petugas PR dari seluruh negara yg berkorban masa dan wang ringgit sendiri utk memastikan Najib dan BN menjadi tidak yakin menang di tempat sendiri sejak dari mula dan berbagai-bagai siri insiden yg memalukan yang mewarnai PRK Bagan Pinang.Teruskan lagi kita gempur mereka dan membuat mereka terus tidak yakin sejak dari mula dan mainkan piskologi ini sehingga mereka lemah dan buang bendera dacing kedalam longkang seperti di Permatang Pauh dan tempat2 lain dlm pilihanraya kecil yg lepas2.Ini sajalah yg boleh mereka perolehi tak kemana pun dengan imej Isa Samad yg Tun Mahathir sendiri pun tak berkenan.Adakah NS akan bergolak selepas ini dgn kembalinya Isa seperti umno di Terengganu. -garuda pantai.

10. Secara ringkasnya, kemenangan BN di BP adalah terejamahan kenyataan PM bahawa ''RASUAH DALAM PARTI POLITIK ADALAH KESALAHAN TEKNIKAL PARTI SAHAJA DAN BUKAN KESALAHAN DI SISI UNDANG-UNDANG NEGARA'' tetapi yang pastinya, negara wujud bila ada satu organisasi politik yang kuat dan mengubal undang-undang DAN MENJADI PEMERINTAH negara. Rakat dan pemimpin tidak lagi takut memberi/menerima rasuah asalkan rasuah yang dibuat itu melalui saluran parti politik kerana yang pasti kesalahan itu nanti cuma dianggap kesalahan teknikal sahaja dan takda hukuman penjara/denda malah kebal oleh siasatan SPRM. Akhirnya budaya rasuah akan beranak-pinak di negara 1Malaysia. -anak malaysia.

11. Kita terima dengan hati terbuka kekalahan di Bagan Pinang. Sejarah Islam dahulu pun ada menempuh kekalahan perang. Tidak pula terus kecundang malahan lebih hebat peperangan selepas perang itu. Ada hikmahnya Allah menangkan Isa Samad, mungkin untuk mengkucarkacirkan pemerintahan MB Negeri Sembilan. Kuatkan semangat, tetap membangun dengan landasan Islam dan "solatku, ibadatku, hidup dan matiku kerana Allah Taala". -Tenno.

12. assalamualaikum.... syabas kepada PAS ,walaupon mereka kalah di Bagan Pinang Ahad lalu,kesungguhan pihak PR saya rasakan masih belum cukup kukuh untuk meyakinkan pemilih di sana. Saya harapkan, PR akan terus berusaha untuk memperkuatkan lagi jentera mereka di masa akan datang, setahu saya, sebelum pilihan raya tersebut.... bancian telah dilakukan oleh pihak tertentu...dan mendapati, mejoriti daripada koresponden,memberikan kenyataan positif kepada calon PAS, tapi entah bagaimana apabila pilihan raya dijalankan, sebaliknya yang berlaku... mungkin ada yang tidak kena dengan undi pos, yang mana... dilihat sebagai penambah jumlah bilangan undi kepada bekas menteri besar N9 itu.... saya berharap, semua jentera PR,tidak akan putus semangat,terutama sekali, apabila pilihan raya kecil akan diadakan di masa hadapan. Perkuatkan lagi jentera anda dan buatlah postmoterm untuk memperbaiki kelemahan kali ini - PenGkr1T1k_SiniS

13. Saya ada menerima maklumbalas daripada bekas penyokong bn. Mereka kata, isa tetap menang. Dia kata lagi, walaupun isa memberi rasuah dan menerima rasuah tapi dia baik pada rakyat.Soalnya..sesuatu perbuatan yang jahat untuk tujuan kebaikan adalah salah seperti mana merujuk kepada matlamat menghalalkan cara. Tektik kotor ini sama dengan cerita robin hook. Mencuri pada masa yang sama menderma harta yang di curi untuk rakyat. Isa pulak menerima rasuah daripada orang2 kaya dan memberi hasil rasuah pulak kepada rakyat dengan harapan orang terus mengundi dan is terus memimpin dan terus berkuasa. Proses ini berlarutan sehinggalah rakyat di Bangan Pinang teruja dengan perkhidmatan ISA. Sedangkan ia tahu isa menyumbangkan harta yang tidak baik untuk dirinnya. Cuma yang membezakan robin hook dengan isa adalah isa adalah pemimpin, manakala robin hook rakyat biasa. So, dari segi keterukannnya..isa lebih teruk dari robin hook. -malik.

14. ISA yang menang , bukan BN dah kuat & bukan UMNO yang kembali hebat . Memang betul kata Che Det ISA boleh menang tapi dalam jangka waktu panjang kemenangan ISA akan melingkupkan UMNO / BN .Kedua factor Rasuah di ladang2 berleluasa . Org India sendiri yang memberi nmaklumat dan bukti . Lagi satu Najib iktiraf parti Makkal sakhthi - Hindraff yang buat org India paling tadah .Bukti semua ladang PAS kalah berbanding PRU 12 hanya 1ladang yang kalah . Kita tengok PRK selepas ini seterusnya PRU 13 nanti . Sesungguhnya Kemungkaran akan lenyap di muka bumi ini � bersabar lah para pejuang keadilan demi untuk meegakan kebenaran mmg serik , inilah salah satu ujian yang kita hadapi . InsyaAllah berkat usaha kita PASti kita Berjaya akhirnya nanti . -Hj Mokhtar Hj Idris,N9. _

Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails