SELAMAT DATANG

Sabtu, 20 Mac 2010

UMNO MEMANG SEKUTU YAHUDI / ISRAEL?!!!

بسم الله الرحمن الرحيم

NAZRI PENIPU, PEMBOHONG DAN KAKI KELENTONG !!!

Jemaah menteri akan bermesyuarat esok untuk memutuskan sama ada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu diheret ke jawatankuasa mengenai hak dan keistimewaan Parlimen.

Tindakan berkenaan berhubung dengan dakwaan ketua umum PKR itu yang 1Malaysia adalah diciplak daripada 'One Israel'

"Bagi seorang pemimpin Islam untuk dikaitkan dengan Zionis adalah perkara yang serius. Seperti yang diketahui, kita menyokong Palestin dan kita menentang Zionis dan juga pentadbiran Israel, jadi untuk mengaitkan dengan Zionis Israel adalah serius," katanya. (Nazri Aziz)- malaysiakini

UMNO MINTA BANTUAN ISRAEL UNTUK DANA PILIHANRAYA

“Surat" di atas (click pada image untuk besarkan) ditandatangani oleh Dr. Mahathir Mohamad, bertarikh 16 Ogos 1999 yakni sebelum Pilihanraya Umum ke-10 (PRU 10) dan ditujukan kepada Perdana Menteri Israel, Ehud Barak.

Meneliti kandungan "surat" tersebut, Mahathir memulakannya dengan mengucapkan tahniah sebagai mewakili UMNO, BN dan kerajaan Malaysia atas kejayaan Barak dilantik sebagai Perdana Menteri Israel.

Perenggan kedua "surat" ini menyatakan keikhlasan Mahathir yang berharap agar dapat diaturkan satu pertemuan (antara beliau dengan Barak) melalui Menteri Luar ketika itu, Syed Hamid Albar dengan David Levy (Menteri Luar Israel) bersempena dengan Perhimpunan Agung Tahunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) bagi membincangkan perkara berkaitan pungutan dana untuk parti UMNO dalam persediaannya menghadapi PRU 10. Secara mudahnya, Mahathir memohon bantuan Israel untuk melobi Presiden Bill Clinton bagi mendapatkan bantuan kewangan untuk membiayai perbelanjaan pilihanraya UMNO!

Perenggan ketiga pula menyebut kesediaan Mahathir untuk membenarkan pasukan tentera udara Amerika Syarikat menggunakan tanpa had (unlimited use) kemudahan pengkalan tentera di Malaysia sebagai balasan timbal balik atas bantuan dana oleh Clinton Fund dalam membiayai perbelanjaan pilihanraya parti UMNO.

Perenggan keempat seterusnya menyebut harapan dan keterbukaan Mahathir dalam memulakan jalinan perhubungan diplomatik antara kerajaan Malaysia dengan Israel.

Nah! Anwar Ibrahim ketika itu merengkok dalam penjara dan secara senyap-senyap Mahathir menulis "surat" memohon bantuan Perdana Menteri Israel untuk dana pilihanraya buat UMNO. - sumber

NAJIB GUNA KHIDMAT PERUNDING ISRAEL

APCO Worlwide, sebuah syarikat yang di bayar oleh Perdana Menteri untuk meningkatkan imej beliau yang semakin luntur, didakwa menawarkan perkhidmatan yang serupa kepada diktator dan pemimpin-pemimpin korup diseluruh dunia, demikian menurut The Times Of India.

Akhbar terkemuka tersebut baru-baru ini melaporkan, selain daripada Najib, syarikat yang berpengkalan di Washington itu juga memberikan perkhidmatan kepada Diktator Nigeria, Sani Abacha dan Presiden seumur hidup Kazakhstan, Nursultan Abishuly Nazarbayev.

Pelanggan-pelanggan APCO juga termasuk jutawan Mikhail Khodorkovsky, yang merupakan seorang pemimpin muda dari Parti Komunis Rusia dan mempunyai kaitan dengan mafia.

The Times of India juga melancarkan siasatan terhadap APCO Worlwide selepas mendapati Ketua Menteri Gujarat, Narendra Modi juga merupakan pelanggan syarikat tersebut.

Narendra didakwa menjadi penyebab kepada pergaduhan ugama pada Februari 2002, dimana 1,000 terbunuh, majoritinya orang-orang Islam. Kerajaan Negeri Gujarat membayar APCO Worldwide untuk memulihkan imej Narendra, dengan bayaran sebanyak US$25,000 sebulan.

“Walaupun perkhidmatan APCO tiga kali lebih mahal dari firma-firma PR yang lain, APCO dipilih kerana ia mempunyai ramai ahli-ahli Democrat dan Republican yang berkhidmat sebagai perunding.

Kerajaan Malaysia dipercayaai telah memilih APCO dengan kontrak bernilai RM20 juta sebaik saja Najib menjadi Perdana Menteri.

Sejak ditubuhkan pada tahun 1984, APCO Worldwide merupakan syarikat komunikasi global dengan jaringan ke 25 ibukota ternama di dunia. Pelanggan mereka termasuk kerajaan, syarikat-syarikat korporat, pertubuhan industri dan agensi-agensi yang tidak berasaskan keuntungan.

APCO Worldwide telah pun mempunyai pejabat di Kuala Lumpur pada 1 September 2009 selepas perjanjian yang ditandatangani dengan kerajaan Najib.

Diantara penasihat utama APCO ialah pakar-pakar yang pernah berkhidmat dengan rejim Zionis Israel. Mereka termasuk Shimon Shein, bekas duta Israel ke Jerman. Itamar Rabinovich, bekas Duta Israel ke US dan Doron Bergerbest-Eilon, bekas Ketua Agensi Keselamatan Israel.

Diterjemah dari artikel asal di Free Malaysia Today. - BS

Majlis Makan Malam PAS Bachok Di Putrajaya

20 Mac (Putrajaya)- PAS kawasan Bachok telah berjaya menganjurkan 'Majlis Makan Malam Amal'untuk mengumpul Dana Komplek Pendidika Islam (KPI) Bachok bersama tiga pimpinan tertinggi PAS iaitu Mursyidul Am, Timbalan Mursyidul Am dan Presiden PAS malam tadi di Hotel Marriot Putrajaya. Majlis yang bermula pada pukul 8.30 malam dimulakan dengan ucapan aluan oleh YB ustaz Nasaruddin Mat Isa selaku ahli Parlimen Bachok yang juga Pengarah Program, diikuti dengan upacara kemuncak ucapan Tok Guru Nik Aziz sejurus selepas jamuan.

Kehadiran lebih 1000 tetamu ke majlis ini, telah mencapai objektif program bagi mengumpul dana untuk menyiapkan baki 30% pembinaan komplek yang telah dimulakan pembinaannya pada tahun 2007. Projek yang rasmikan oleh tuan Guru Nik Abd Aziz pada tahun 2007 itu telah diasaskan oleh 3 pimpinan utama PAS kawasan iaitu YB Dato hj Omar Mohamad YB Ustaz Hassan Mahmud serta Almarhum Ustaz Buni Amin Yaakob bakal mengubah lanskap pendidikan di Bachok apabila ia bakal disiapkan kelak dengan perbelanjaan 3.7juta lagi.

Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran beberapa kumpulan nasyid popular tanahair termasuk kumpulan Brothers.Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah YDP, TYDP dan Setiausaha Pas Putrajaya, juga kelihatan Dr Manuty dari PKR.


Jumaat, 19 Mac 2010

Orang bukan Islam 'membaca' penganut Islam

Li Fook Gau

"Jangan menilai buku pada kulitnya" -- Ungkapan ini sememangnya senang diucap tapi berapakah ramai orang yang betul-betul dapat melakukannya? Soalan yang sama turut boleh diajukan kepada orang bukan Islam dalam soal memahami agama Islam -- lazimnya bagaimanakah mereka mendapat pengetahuan dalam mengenali ajaran agama Islam?

Berapakah orang bukan Islam yang mengambil inisiatif untuk membaca buku Al-Quran dan Hadis untuk memahami agama Islam? Jarang sekali. Dalam soal agama, khususnya di negara kita di mana majoriti penduduknya beragama Islam, orang bukan Islam memahami ajaran agama Islam bukan dengan menggaji buku al-Quran, tetapi membacanya melalui tingkah-laku orang yang beragama Islam.

Segala imej and persepsi, yang baik mahupun yang buruk mengenai Islam pada minda orang bukan Islam dibentuk secara tidak sengaja tanpa disedari dengan membaca tingkah laku, tutur kata dan amalan pemimpin-pemimpin yang beragama Islam.

Contohnya di sekolah, ustaz-ustaz memainkan peranan yang penting dalam mencairkan hati pelajar-pelajar bukan Islam terhadap Islam melalui perwatakan dan cara pertuturannya. Ustaz-ustaz yang berwatakan sederhana, bersopan dan berhati baik secara tidak langsung membentuk kesan imej Islam yang baik dan mendalam pada minda-minda pelajar-pelajar bukan Islam.

Baru-baru ini, dalam satu majlis Teh Tarik bersama rakyat, Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Samad berkata:

“Untuk meyakinkan orang terhadap Islam adalah proses yang berterusan. Islam tidak boleh “dipaksa terima” (imposed) pada masyarakat. PAS tidak boleh memaksa masyarakat untuk melakukan apa yang kita inginkan. Sebaliknya, kita harus meyakinkan orang-orang terlebih dahulu.”

Rata-rata pembaca yang terbaca kenyataannya di atas memberikan komen tanda setuju bahawa beliau adalah seorang yang amat memahami agama Islam kerana konsepnya mudah diterima akal dan beliau berjaya mewajahkan Islam sebagai agama yang bersifat toleransi dan sejagat.

Jika pembaca membaca kenyataannya sudah boleh berasa begitu rupa, bayangkan imej Islam yang dibawa oleh PAS, yang berjaya dibentuk pada minda semua hadirin bukan Islam yang hadir mendengar ucapan YB Khalid Samad secara live pada tempoh hari – sudah tentunya mereka sudah dapat mengubah persepsi bahawa agama Islam tidaklah seburuk yang dibayangkan mereka sebelum ini.

Harus diingatkan, Islam ialah sebuah agama yang agung, tetapi kebanyakan perkara buruk yang dilabelkan pada nama baik Islam adalah hasil keburukan sikap pengikut-pengikutnya sendiri.

Untuk memesrakan Islam kepada orang bukan Islam, masyarakat Islam perlukan lebih banyak pemimpin PAS seperti YB Khalid Samad, yang dapat mengubah persepsi kurang baik orang bukan Islam terhadap Islam melalui perwatakan dan pertuturan yang betul-betul berjiwa dan berkonsepkan Islam.

Pemimpin-pemimpin masyarakat Islam harus faham bahawa orang bukan Islam tidak akan menerima Islam dengan membaca buku al-Quran, sebaliknya mereka akan menerima Islam sekiranya mereka ditunjukkan contoh-contoh kemuliaan agama Islam melalui perangai, pertuturan dan perwatakan penganut-penganut agama Islam di sekeliling mereka.
--------------------------
Li Fook Gao menjadi anak angkat kepada seorang ustaz kerana kealiman, kesederhanaan dan perwatakan keIslamannya yang menyentuh hati.



SEMAKIN MENYALAK - ANWAR SEMAKIN KUAT

OLEH : JAMALUDIN MD.ISA(Penulis Bebas)

ANWAR IBRAHIM bukannya mudah untuk diserang. Kita tidak pernah melihat Anwar tewas dan kalah dalam mana-mana medan perdebatan dan penghujahan. Jangan kita fikir melepaskan anjing-anjing upahan untuk menyalak di sana sini, kemudian kita mengatakan Anwar sudah tewas. Anwar tidak pernah kalah. Waktu Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri, yang disifatkan sesatunya tokoh politik dan negarawan pintar akhirnya terpaksa mempergunakan seluruh instrument kerajaan terhadap seluruh batang tubuh manusia bernama Anwar pun saya kira beliau masih belum tewas. Cuma mahkamah menghukum Anwar. Itu pun ia tiada juga mematikan perjuangannya. Di sebalik tembok besi Anwar tiada pernah berhenti daripada meneruskan agenda perjuangan.

Meroboh rangkaian Anwar, bukan maknanya beliau mulai lemah dan akan tewas. Melalak di Parlimen tiada menjejaskan pengaruhnya di mata dunia. Malah semakin kita kuat dan tegar melalak menggunakan agen-agen upahan, saya rasa Anwar semakin bertambah di hati rakyat. Semakin kita perbanyakkan gugusan lakaran kisah dongeng keburukkan terhadap Anwar semakin bertambah-tambah simpati rakyat akan bangkit melonjaknya ke Putrajaya.

Memperhuduh dan perburuk-burukkan keperibadian Anwar dengan harapan politik beliau agar mati terkubur di negara ini, merupakan satu tarian politik UMNO yang pastinya tiada akan menjadi. Anwar Ibrahim akan terus hidup dalam maya politik Malaysia yang akan terus menghantui UMNO.

Selepas ini apabila pelalak-pelalak yang menjerit dan melalak mengikut rentak skrip UMNO akan kelesuan dan keletihan, apabila suara lalakan di Parlimen seperti Zahrin hari ini mulai tidak akan kedengaran lagi. Namun, pengaruh Anwar akan terus tegap bangkit di mana-mana. Akar umbi adalah milik politik Anwar, justeru itu ia sesekali tiadalah menghairankan sekiranya UMNO dapat meroboh rangkaian Anwar dan mempergunakan orang-orang seperti Zahrin sebagai umpanan yang masih laku untuk di jual dan menjerit-jerit macam disampuk jembalang di Parlimen.
Jiwa rakyat tidak pernah pudar dengan idealisma dan agenda Anwar. Anwar Ibrahim bak kata sebutir permata jika dibenamkan ke dasar lautan , Anwar juga akan jadi pepohanan rendang tempat perteduhan para musafir yang kehausan bila sesat di padang pasir yang luas terbentang, malah Anwar juga bak kata akan menjadi pulau yang tumbuh di tengah lautan buat tempat persinggahan para nelayan.

Inilah individu, tokoh dan ikon politik besar yang akan bangkit merubah landskap politik negara menjelang pilihan raya ke -13 akan datang, pasti sekali lagi kejutan tsunami besar akan meroboh bahtera UMNO yang sekarang ini kelihatan terumbang-ambing di lautan dalam.


Musa Hitam: Wang ihsan atau royalti biar kerajaan negeri uruskan

themalaysianinsider

KUALA LUMPUR, 18 Mac — Bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam berkata pembayaran wang royalti atau ihsan seharusnya diserahkan kepada kerajaan negeri untuk diuruskan sebagaimana diperuntukkan mengikut undang-undang, bukannya dikendalikan oleh kerajaan pusat dengan mewujudkan jawatankuasa khas.

Justeru seolah-olah senada dengan pendirian bekas pengerusi dan pengasas Petronas Tengku Razaleigh Hamzah, Musa memberitahu, berdasarkan pengalamannya itu beliau lebih “arif” dalam isu pertikaian wang royalti antara kerajaan negeri Kelantan dan pusat sekarang.

Dalam temu bual dengan Astro Awani hari ini, Musa (gambar) berkata pembayaran wang itu biar apapun istilahnya mesti dibuat kepada kerajaan negeri kerana matlamatnya adalah untuk pembangunan rakyat.

“Sama ada wang ihsan ke royalti, itu tak mustahak. Asalkan mereka menggunakannya untuk pembangunan rakyat.

“Kita harus wujudkan satu sistem di mana kita boleh memantau penggunaan wang itu, walaupun kuasanya diberikan kepada negeri berkenaan,” katanya.

Pandangan ini dibuat ketika soal wang royalti menjadi isu politik hangat buat masa sekarang dengan Tengku Razaleigh, bekas menteri kewangan dan Ketua Umno Gua Musang berulang kali menegaskan Kelantan berhak menerima royalti atau bayaran tunai tetapi bukannya wang ihsan yang ditentukan kerajaan pusat.

Perkara itu ditekankan beliau pada ceramah perdana di Kota Baru akhir Januari lalu.

Tengku Razaleigh akan muncul pada majlis dialog yang diadakan di negeri jiran Terengganu, yang juga hanya pernah dibayar wang ihsan selepas ia jatuh ke tangan PAS pada 1999, malam ini.

Beliau dijadual untuk menyentuh isu itu sekali lagi yang sebelum ini mencetuskan polemik dan rasa tidak puas hati di kalangan pemimpin Umno-BN.

Musa, yang pernah bergandingan dengan Tengku Razaleigh pada pemilihan Umno tahun 1987 melawan kepimpinan Presiden Umno ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad, menyedari pandangannya ini mungkin akan menimbulkan keresahan di kalangan pemimpin Umno.

“Jelas kepada saudara, bila dengar saya cakap ni, saya punya pendapat ‘not mainstream’.

“Ada orang kata boleh jadi lagi dekat dengan Tengku Razaleigh. Jangan salah faham pulak... Musa dah balik dengan Tengku Razaleigh, tak ada, kita dah tua, ‘don’t worrylah’,” katanya.

Dalam komennya itu Musa juga percaya bahawa Tengku Razaleigh tahu apa yang beliau pertahankan.

“Kalau betullah kata Tengku Razaleigh, saya fikir Tengku Razaleigh arif dalam hal ini, oleh sebab dia dulu dengan Petronas, dia dalam kerajaan,” katanya.

Sebelum ini Tengku Razaleigh mempertahankan hak Kelantan menuntut royalti minyak.

Kerajaan Kelantan pula pada tahun lalu menuntut royalti RM2 bilion hasil operasi cari gali minyak di perairannya daripada kerajaan pusat.

Namun kerajaan pusat mendakwa Kelantan tidak layak menerima royalti berkenaan kerana dua telaga minyak berkenaan terletak di kawasan 150 batu nautika dari perairannya.

Sebaliknya kerajaan pusat melalui perbincangan dengan Petronas memutuskan untuk membayar RM20 juta dalam bentuk wang ihsan kepada Kelantan iaitu lima peratus hasil pengeluaran gas di Blok Medan Bumi Selatan.

Pembayaran itu akan dibuat sebelum akhir bulan ini.

Untuk tujuan itu kerajaan pusat menubuhkan Jawatankuasa Pengagihan Wang Ihsan yang dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Kewangan Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin yang juga Timbalan Pengerusi Umno Kelantan.

Mesyuarat pertama jawatankuasa Khamis lalu memutuskan bahawa kumpulan pelajar miskin dan mereka yang ditimpa bencana akan turut dipertimbangkan untuk mendapatkan bantuan daripada dana wang itu.

Orang Asli Kena Tipu Mara Ke Putrajaya

Misai Merah

Aku nak ucapkan tahniah kepada orang asli kaum asal negara ini yang berani menuntut hak-hak mereka yang ditipu pihak berkuasa yang pandai bermain kata-kata untuk menyedapkan hati kaum yang kena tipu itu. Hari ini Orang asli dah mara ke Putrajaya ,berdemontrasi menuntut hak-hak mereka yang dipekakkan telinga oleh pihak pemerintah Umno-Bn.

Bukan setakat Pakatan Rakyat bercita-cita nak ke Putrajaya orang Asli pun mau ke Putrajaya ! Umno-Bn ingat kaum Asli itu boleh diperbodohkan dengan sewenang-wenangnya tapi apa yang berlaku adalah disebaliknya. Hampir dua ribu orang Asli berhimpun di Putrajaya berjumpa dengan Shafie Afdal Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah. Shafie Afdal yang juga Ketua Perhubungan Umno Kedah mungkin sibuk dengan jawatannya di Kedah sebab nak ambik balik Kedah daripada tangan Pakatan Rakyat. Dah la duduk di Sabah kena pula berulang alik ke Kedah sekarang orang Asli yang kena tipu tu nak tonyoh-tonyoh muka Shafie yang jaga hal ehwal mereka.

Lemahnya Umno di Kedah yang terpaksa berketuakan orang luar untuk perintah orang Umno di Kedah.

Dalam berita Malaysiakini 'Tanah ditipu', Orang Asli berhimpun di Putrajaya melaporkan;

Lebih 2,000 Orang Asli kini di Putrajaya bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada perdana menteri berhubung dasar pemberimilikan tanah.

Bagaimanapun kehadiran sesetengah mereka sejak jam 12.45 tengah hari tadi, dengan beberapa bas telah dilencongkan oleh pihak polis ke sebuah auditorium di kompleks Jabatan Perdana Menteri.

Kira-kira seribu daripada mereka disuruh berdialog dengan menteri yang berkaitan, Datuk Seri Shafie Apdal di auditorium itu.

Kira-kira seribu lagi kini berada di persiaran di hadapan pejabat Perdana Menteri bersedia untuk berarak bagi menyampaikan memorandum berkenaan.

Mereka bersiap sedia untuk berarak tetapi dihalang berbuat demikian oleh anggota polis yang bertugas sekitar kawasan itu.

Bagaimanapun setelah perbinacngan kira-kira 15 minit, pihak polis memberi jaminan untuk membenarkan lima orang wakil Orang Asli untuk menghantar memorandum berkenaan.

Keputusan itu disambut dengan pekikan "boo" oleh Orang Asli.

Polis juga meminta Orang Asli supaya tidak berarak dan mempamerkan kain rentang serta sepanduk mereka.

Kumpulan itu bagaimanapun akur untuk tidak menghalang laluan ke JPM dan berkumpul di bahu jalan.

Pada perhimpunan ini, orang Asli membawa sepanduk dan kain rentang yang antaranya berbunyi “ Hak Kami Selaku Orang Asal Perlu dihormati”, “ Jangan Hapuskan Akta Kami” dan “Iktirafkan Wilayah Adat Kami”.-Malaysiakini.

Kita orang Melayu ni dah ramai yang sedar dengan sepak terajang politik Umno tapi masih ada lagi yang mendewa-dewakan Umno sebagai tiang seri untuk terus hidup. Teringat aku akan kata-kata "orang Melayu ni selagi ada duit dalam poket, makan pakai cukup, boleh belanja kawan -kawan minum teh dan nasi lemak kat kedai kopi dia tak akan mengamuk, tapi bila seluk poket seluaq sekupang pun tak dak waktu tu baru dia nak mengamuk" !

MISAIMERAH


Rabu, 17 Mac 2010

KEDAH NEGERIKU.......Hikayat Sang Katak.....

Assalamualaikum..


Maka tersebutlah sebuah kesah dinegara antah berantah di utara peta Semenanjung Buana dan berjiran dengan Negeri Pasir Berdengung. Negeri antah berantah ini juga di panggil Negeri Kedahaq oleh rakyat jelata yang hidup dalam aman damai dan makmur yang di perintah oleh Rakyat Berpakat yang diketuai oleh Mamak Bendahara(bukan mamak Penang). Mamak Bendahara adalah gelaran untuk Negeri Kedahaq. Mamak Bendahara ini bernama Azazam memerintah dengan adil dan saksama walau pun kadang2 suaranya agak berdegaq dan agak kasar didengar oleh panglima2 Istana di dewan Seri Negeri.
Negeri Kedahaq Yang Sejahtera

Tak ada makan suap dan membalun harta negara seperti bendahara sebelumnya. Semua hasil mahsul negeri masuk kekantung perbehandaraan negeri walau pun yang dulu suka masuk kekantung sendiri. Negeri Kedahaq ni walau bukan negeri yang kaya raya kerana tiada cecair hitam dari perut buminya tapi Negeri Kedahaq ni mempunyai hutan rimba yang kaya dengan batang2 kayu yang bernilai tinggi dipasaran seantero buana. Kedahaq juga mempunyai tanah landai yang subur dengan tanam tanaman terutamanya padi dan buah2 kayu yang enak dimakan secara mentah mau pun digoreng atau ditanak.

Arakiannya walau pun dalam keadaan aman damainya negeri Kedahaq ni rupa2nya dicemburui oleh Bendahara lama yang di tolak rakyat jelata semasa pengundian rakyat untuk Negeri Kedahaq yang lalu.Maka Bendahara lama pun memanggil lah panglima2nya yang masih setia untuk berbincang bagaimana nak mengambil semula jawatan tersebut dari Azazam. Maka bermesyuaratlah mereka tujuh hari tujuh malam sehingga lah mencapai 2 purnama. Masih gagal untuk menumbangkan kerajaan Azazam. Berbagai tektik digunakan menggunakan Sperman walau pun ianya bukan superman,menggunakan segala yang ada termasuk juga bekas2 ketua rakyat berpakat.

Akhirnya setelah bermesyuarat begitu lama sehingga tumbuhnya janggut dan jambang dek kerana tak sempat bercukur kerana asyik dengan cita2 untuk mengmbil alih negeri Kedahaq maka adalah satu cadangan dari seorang bekas pegawai rakyat berpakat yang bernama Zamilang. Maka cadangannya adalah dengan memberi imbuhan berupa harta rakyat kepada panglima2 Azazam. Zamilang tahu bahawa ada dikalangan panglima Azazam ini yang akan terpengaruh dengan tawaran ini terutamanya Panglima yang menjaga penjuru istana dari rejemen Pasukan keris rencung atau selalu dipanggil PKR. Sayugianya dimaklumkan kepada pembaca budiman rancangan ini telah berjaya memerangkap seorang panglima yang berjaga didaerah Lanas. Maka melompatlah panglima Lanas kedalam kumpulan gerombolan ini. Walau pun seorang melompat masih belum mencukupi untuk mengambil alih Kedahaq. Maka peninglah kepala Bendahara Lama memikirkannya..........

Bendahara lama tau untuk mengambil alih Kedahaq memerlukan 3 atau 4 orang panglima lagi untuk mencukupkan kurum, Dia akan mengambil contoh bagaimana Negeri Pasir Berdengung dirampas sehinggakan dewan seri negeri diambil alih menyebabkan Bendahara yang berkuasa waktu itu terpaksa bermesyuarat dibawah pokok. Bendahara lama tahu perkara ini akan dihalalkan oleh Gabenor Gajet yang memerentah Semenanjung Buana. Gunalah apa cara sekali pun janji tampuk pemerintahan Kedahaq dirampas.

Telahan Bendahara Azazam pun bernah berkata hampa nak tawan Kedahaq pun tawan lah kerana dah tak larat nak halang lagi panglima2nya dari melompat dan menyeberang. Maka terketaq ketaq lah kegembiraan Bendahara lama untuk mencuba sehingga berjaya. Maka semakin dicubanya sehingga sanggup menawarkan seberapa banyak yang diminta waima bendahara lama perlu meminta pada perbehendaraan Gabenor Gajet. Maka dihantarlah Panglima Lanas untuk berhubung dengan teman2nya dari Pasukan Keris Rencung untuk sama2 melompat dan menjadi kaya sepertinya.

Panglima Lanas berkata kepada mereka lompatlah kerana rakyat tak akan marah dan membuat perkara yang tidak diingini kerana Panglima ini semua akan dijamin selamat dibuana ini. Bila termakan saja pujukan ini dan segala impian mereka untuk menjadi kaya raya terlaksana maka melompat lompatlah mereka semua kegembiraan. Lompatan mereka lebih tinggi dari Panglima Lanas kerana imbuhan mereka lebih tinggi dari Panglima Lanas...maka akan tumbanglah Negeri Kedahaq jatuh ketangan Bendahara Lama dari Kumpulan Gerobolan yang ditolak Rakyat.....lalu aku sebagai tentera terus menghunuskan keris........

Tiba2..........Bang.....bang....bangun bang...dah nak maghrib ni...tu la sapa suruh tidoq petang2 kan dah meracau.....Aku pun duduk termangu mengenangkan mimpi di petang hari tadi. Ada kah akan menjadi kenyataan. Mungkin dalam seminggu dua ni....aaaah lantak lah. Aku bukan ada kepentingan apa, Aku bukan ahli politik atau ahli majlis. Aku bukan ada jawatan pun. Aku cuma pemerhati Bebas macam ADUKA TARUNA. Aku cuma maukan yang terbaik saja yang memerintah Negeri dan Negara. Lantaklah kalau Katak2 PKR ni nak melompat. Esok depa jawab lah di akhirat kelak.....atau depa tunggulah rakyat mengajar mereka pada pilihanraya ke 13 nanti..........

LALU AKU TERFIKIR APAKAH AkAN MENJADI KENYATAAN MIMPIKU TADI........ Jikalau tida beruk masakan pokok bergoncang. Cuaca pun dah hujan balik maka Katak2 pun mulalah berbunyi.......ong..ooooong....oooooooooooongg.

Jin brabus

Pakatan Rakyat: Rakyat sedang memerhati!

Mat Sabu: Kalau Pakatan lupa diri, rakyat boleh tolak mereka!

dari blog http://kerabubersuara.blogspot.com

KOTA SARANG SEMUT: Jika ditakdirkan Pakatan Rakyat dan pemimpinnya lupa diri setelah diberi peluang memerintah Malaysia, maka ketika itu rakyat perlu menggunakan kuasa dan hak yang ada untuk menolak mereka.

Lebih-lebih lagi jika Pakatan Rakyat yang mentadbir negara mengikut jejak langkah dan bersikap seperti kerajaan Barisan Nasional yang penuh penyelewengan, rakyat mesti menukar kerajaan itu dalam pilihan raya seterusnya.

Demikian ditegaskan oleh AJK PAS Pusat Mohammad Sabu sewaktu berceramah di Kompleks PAS dekat sini, 12 Mac lalu sempena Sambutan Dua Tahun Pakatan Rakyat di Kedah.

"Namun sebelum waktu itu tiba, rakyat mesti beri peluang terlebih dulu kepada Pakatan Rakyat untuk perintah negara.

"Rakyat berkuasa untuk menukar kerajaan yang lebih baik dan menjamin masa depan mereka dan negara," katanya di hadapan lebih 7,000 hadirin pada malam itu. - AZAMIN AMIN


Selasa, 16 Mac 2010

"Pas macam kebun yang indah"

misai merah

Pagi tadi aku pun bersembang dengan seorang orang kuat Pas di Lembah Klang ni. Kata dia kat aku , "Pas tu macam kebun yang indah". Aku kata, "macam mana tu?" Dia pun bercerita kepada ku;

Dalam kebun yang indah tu ada banyak mahkluk perosak yang cuba menjahanamkan Pas. Ada tikus, harimau , gajah dan binatang buas yang lain merobek-robek parti Islam ini daripada dalam. Katanya tak kiralah daripada UG ataupun bukan UG (Unity Goverment).

Kata beliau lagi, kebun Pas yang indah tu bukan dijaga oleh Almarhum Fadzil Nor, Bukan Tok Guru Haji Hadi dan juga bukan Murshidul Am Pas Tok Guru Nik Aziz tapi parti Islam ni dijaga oleh Allah Taala.Jadi bila berlaku perselisihan dan perbezaan pendapat itu ada baiknya supaya dapat dillihat pembersihan segala kekotoran supaya tidak terus menjadi barah yang lebih parah. Kita akan dapat melihat muka -muka yang cuba menghancurkan Pas itu disisihkan daripada terus berkuasa mengharubirukan Parti Islam ini.

Beliau juga berkata masih ramai ahli Pas yang betul-betul ikhlas memperjuangkan Pas tapi mereka berdiam diri tidak banyak bercakap dan mereka sentiasa berdoa kepada Allah Taala agar Pas terus hidup subur dalam politik Malaysia.

Katanya desakkan Tok Guru Nik Aziz yang mahukan EGM(Mensyuarat Agung Luarbiasa) supaya disingkirkan mana-mana pemimpin yang bermasalah telah menimbulkan perbezaan pendapat yang hebat dalam Pas malah ramai yang telah mengecam sesama pemimpin Pas.Ramai ahli-ahli Pas terbelah dua atas desakkan EGM itu. Tapi bila timbul isu Haji Taja dan isu menantu Tok Guru jadi CEO dalam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) di mana mereka yang mengecam pimpinan Pas berada.Kenapa mereka berdiam diri? Pulak dah!

Seterusnya kata beliau lagi apabila ahli-ahli Parlimen PKR melompat keluar parti jadi bebas telah memberi kesan kepada hubungan Pas-PKR.Sikit sebanyak telah menghilangkan rasa percaya dalam hubungan Pakatan Rakyat.

Sekarang ini kata beliau Umno sedang mengumpul-ngumpul tulisan-tulisan dalam blog yang pro Pas yang mengecam pemimpin sendiri dan pentadbiran di negeri-negeri yang Pas jadi Menteri Besar untuk digunakan sebagai senjata dalam pilihanraya yang akan datang.Katanya kita hanya menunaikan pentadbiran mengikut perlembagaan dan bukan sebagai pemerintah sebenar. Setakat pentadbir saja bukan pemerintah .Pemerintah dengan pentadbir berbeza katanya.

Aku kata kat dia di negeri-negeri yang Pas tadbir jika berlaku penyelewengan kena didedahkan juga kerana baru nampak segala kekotoran itu nampak. Jika kita menyembunyikan penyelewengan untuk selamatkan Pas adakah tidak berdosa?

Wallah hu a'lam


Murabbi dan Guru Tarikatku Maulana Sheikh Nazim Bersama Abdullah Gul, Recep Tayyip Erdogan Dan Necmettin Erbakan dalam satu Perhimpunan 1993



Ahmadinejad Univ.Columbia (Malay subtitles) Part 7 of 7



Ahmadinejad Univ.Columbia (Malay subtitles) Part 6 of 7



Ahmadinejad Univ.Columbia (Malay subtitles) Part 5





Ahmadinejad Univ.Columbia (Malay subtitles) Part 3



Ahmadinejad Univ.Columbia (Malay subtitles) Part 2



Ahmadinejad Univ.Columbia (Malay subtitles) Part 1



Kita rindu kepada al-marhum ustaz fadhil noor

KAMI TAK SURUH PINDA KAMI NAK SURUH HAPUS BUANG ISA TUUU.....!!!!!

Hishammuddin: Kabinet teliti pindaan ISA Jumaat ini

KUALA LUMPUR, 15 Mac — Cadangan pindaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan diteliti oleh Kabinet pada Jumaat ini sebelum boleh dibentangkan pada sesi Parlimen kali ini, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Beliau berkata walaupun draf rang undang-undang itu telah siap ianya mesti terlebih dahulu diserah kepada Kabinet untuk diluluskan.

“Saya berharap pindaan ISA dapat dibentangkan pada sesi Parlimen kali ini, namun jika tidak dapat dilakukan kita akan kembali kepada masyarakat untuk dapatkan lebih banyak pandangan mengenainya”, katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini hari ini.

“Tidak ada gunanya jika rang undang-undang itu dibentangkan pada sesi kali ini kalau orang ramai tidak gembira dengan cadangan pindaan yang hendak dilakukan,” kata beliau.

Cadangan pindaan itu meliputi lima isu iaitu kuasa Menteri Dalam Negeri, tempoh penahanan, hak dan layanan ke atas tahanan, tanggapan orang ramai bahawa ISA disalahguna untuk tujuan politik, dan penahanan tanpa perbicaraan. — Bernama



GST : nak Buat baik teruskan aja kalau tak nak tak yah cakap banyak...

Dilema Najib: Cukai rakyat atau hilang undi

Tindakan kerajaan untuk tidak meneruskan bacaan kedua pembentangan rang undang-undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) apabila Parlimen bersidang hari ini dengan alasan memerlukan lebih banyak masa, membuktikan kegusaran kerajaan Barisan Nasional melaksanakan dasar yang mungkin menimbulkan kemarahan rakyat.

Menurut beberapa penganalis politik berdasarkan perkembangan itu, besar kemungkinan GST tidak akan diperkenalkan sehingga selepas pilihan raya umum ketiga belas nanti.

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, kerajaan juga telah menangguhkan pengumuman tarif elektrik baru dan menarik balik rancangan mereka untuk menghentikan subsidi petrol.

Cukai baru dan penarikkan semula subsidi berkenaan, sebenarnya bertujuan mengurangkan defisit belanjawan negara yang kini pada tahap paling tinggi sejak 20 tahun kebelakangan ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengambil-alih tampuk pemerintahan negara tahun lalu pernah berikrar untuk mengurangkan defisit negara.

“Mereka kini menunggu Najib bagi mendapatkan mandat besar pada pilihan raya sebelum boleh meneruskan pembaharuan berkenaan,” kata James Chin seorang profesor di Universiti Monash di Kuala Lumpur.

Pilihan raya umum ke-13 tidak perlu diadakan sehingga 2013 tetapi ia mungkin diadakan seawal 2011, serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak yang merupakan kubu terkuat BN.

Sarawak juga membekalkan 30 daripada 137 kerusi parlimen yang dimiliki BN di Dewan Rakyat.

Cukai GST dirancang untuk mengantikan cukai jualan mulai 2011 dan mendatangkan pendapatan sekitar RM8.8 bilion setiap tahun kepada negara. Ia sepatutnya dibentangkan pada sessi parlimen yang bermula hari ini.



Isnin, 15 Mac 2010

Sapa Ketua Polis Pun Seghopa jaaa

Hishammuddin sahkan Ketua Polis Negara baru Sept ini
Oleh Shazwan Mustafa Kamal

KUALA LUMPUR, 15 Mac - Pengganti Tan Sri Musa Hassan sebagai Ketua Polis Negara akan dilantik apabila kontrak beliau berakhir September ini, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini.

Bagaimanapun beliau enggan memberikan butiran lanjut berhubung pengganti Musa yang kontraknya telah disambung selama setahun pada September lalu.

Oleh itu kata Hishammuddin, proses peralihan kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang dilakukan dan ia akan diumumkan kemudian.

“Saya sudah tahu siapa yang akan menggantikan Ketua Polis Negara, saya sudah tahu siapa yang akan mengetuai jawatan pengarah bahagian jenayah komersial.

“Saya sudah tahu siapa yang akan mengambil alih. Jadi tidak perlu kita membuat spekulasi dan membuat laporan tanpa asas,” kata beliau di bangunan Parlimen hari ini.

Sabtu lalu Hishammuddin dan Musa menafikan satu laporan dibawa oleh China Press bahawa Ketua Polis Negara telah mengemukakan surat letak jawatan.

Tempoh khidmat Musa sebagai Ketua Polis Negara akan berakhir September ini.

Laporan itu muncul sehari selepas Pesuruhjaya Polis Datuk Ramli Yusoff dibebaskan daripada tiga tuduhan rasuah oleh Mahkamah Sesyen.

Dalam temu bual dengan The Malaysian Insider yang disiarkan hari ini Ramli orang ketiga paling kanan sehingga beliau digantung daripada jawatannya sebagai pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial berkata, beliau akan melapor diri dalam waktu terdekat.

Hishammuddin menjelaskan proses rombakan dalam PDRM tidak hanya melibatkan Ketua Polis Negara tetapi beberapa pegawai kanan dalam pasukan itu.

“Dalam perkara ini, ia tidak hanya melibatkan Ketua Polis Negara tetapi empat pengarah lain daripada tujuh bahagian dalam PDRM yang akan bersara tahun ini.

“Sebenarnya seorang pengarah sudah pun mula bercuti, tiga atau enam bulan sebelum meninggalkan perkhidmatan,” katanya.

TEMUDUGA CALON JENAZAH

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN:

A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):

1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:

Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:

Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:

Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet. Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit. Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul. Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.

Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA:

Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:

1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:

Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini: Sabda Rasulullah S.A.W:

"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.

Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk.

Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu: Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang.

Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala.

Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya".


Agong dukacita dengan Ahli Parlimen ...

Tuanku Mizan Dukacita Tingkah Laku MP


KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini melahirkan rasa dukacita baginda terhadap Ahli Parlimen (MP) yang mempamerkan tingkah laku yang mampu menjejaskan imej mereka sebagai wakil rakyat.

Seri Paduka bertitah, sejak dua penggal berturut-turut baginda telah mengingatkan Ahli Parlimen supaya menunjukkan sifat dan perilaku terpuji di dalam Dewan Rakyat.

"Beta dukacita masih terdapat Ahli-Ahli Yang Berhormat mempamerkan tingkah laku dan tutur kata yang tidak mencerminkan keperibadian sebagai wakil rakyat.

"Ketahuilah, Ahli-Ahli Yang Berhormat sentiasa diperhatikan oleh rakyat. Ahli-Ahli Yang Berhormat hendaklah berhujah dengan bernas dan tidak membangkitkan perkara remeh temeh yang boleh menjejaskan imej serta maruah sendiri serta kemuliaan Dewan ini," titah baginda ketika merasmikan pembukaan penggal ketiga persidangan Parlimen ke-12 di sini hari ini.

Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah turut berangkat.

Tuanku Mizan turut mengingatkan bahawa perpaduan dan perbuatan saling menghormati antara kaum dan agama yang menjadi tunjang kekuatan negara mesti dipelihara.

Baginda bertitah amalan berbaik sangka, saling menghormati dan bekerjasama antara rakyat pelbagai kaum dan agama akan melahirkan masyarakat Malaysia yang mesra, aman dan bertoleransi.

Seri Paduka bertitah kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan di samping agama-agama lain yang bebas untuk diamalkan hendaklah dihormati.

"Beta menyeru semua pemimpin agama supaya memupuk rasa tanggungjawab untuk memelihara keharmonian beragama di kalangan penganut agama masing-masing," titah baginda.

Yang di-Pertuan Agong juga bertitah, walaupun kebebasan bersuara adalah antara ciri masyarakat yang demokratik dan matang, ia tidak boleh dijadikan alasan mana-mana pihak untuk memburuk-burukkan pihak lain sehingga mencetuskan api perbalahan dan sentimen perkauman.

"Beta amat dukacita kerana ada pihak-pihak di dalam dan luar negara mengambil kesempatan menangguk di air yang keruh sehingga menggadaikan ketenteraman awam dan maruah negara.
"Beta menyeru semua pihak supaya mengambil iktibar dari titik hitam dalam sejarah negara dan mengelak daripada mencetuskan isu-isu sensitif yang boleh menggugat ketenteraman awam dan keharmonian hidup rakyat," titah baginda.

Tuanku Mizan juga dukacita kerana masih terdapat banyak perbuatan fitnah, pembohongan dan putar belit fakta terutamanya dalam media baru.

Baginda meminta semua yang terlibat supaya sedar bahawa perbuatan tersebut tidak diterima oleh mana-mana agama.

"Beta menyeru pihak-pihak berkenaan menghentikan perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut. Di samping itu, pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan tegas terhadap pihak-pihak yang terbabit," titah baginda.

"Beta amat dukacita kerana ada pihak-pihak di dalam dan luar negara mengambil kesempatan menangguk di air yang keruh sehingga menggadaikan ketenteraman awam dan maruah negara.

"Beta menyeru semua pihak supaya mengambil iktibar dari titik hitam dalam sejarah negara dan mengelak daripada mencetuskan isu-isu sensitif yang boleh menggugat ketenteraman awam dan keharmonian hidup rakyat," titah baginda.

Tuanku Mizan juga dukacita kerana masih terdapat banyak perbuatan fitnah, pembohongan dan putar belit fakta terutamanya dalam media baru.

Baginda meminta semua yang terlibat supaya sedar bahawa perbuatan tersebut tidak diterima oleh mana-mana agama.

"Beta menyeru pihak-pihak berkenaan menghentikan perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut. Di samping itu, pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan tegas terhadap pihak-pihak yang terbabit," titah baginda.

Tuanku Mizan turut bertitah bahawa kerajaan sentiasa memberi perhatian serius untuk membanteras jenayah termasuk jenayah jalanan seperti ragut dan samun yang menggusarkan rakyat.

Baginda bertitah sasaran indeks jenayah keseluruhan akan dikurangkan sebanyak lima peratus serta jenayah jalanan sebanyak 20 peratus pada akhir tahun ini dan penempatan lebih ramai anggota keselamatan seperti Polis Diraja Malaysia di lokasi panas, telah mula menunjukkan impak positif.

Seri Paduka turut mengalu-alukan komitmen dan kesungguhan kerajaan untuk memerangi gejala rasuah dan berharap rakyat akan terus memberi sokongan selain melaporkan jenayah tersebut dengan penuh tanggungjawab.

"Sehubungan ini, Rang Undang-Undang Perlindungan Pemberi Maklumat sedang digubal bagi melindungi pengadu yang membuat pendedahan," titah baginda. - BERNAMA

Harga barang melambung, tak payah tunggu khabar angin

Angkasanuri

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta orang ramai tidak mendengar khabar angin tentang kenaikan harga minyak dan harga barang keperluan selagi tidak ada pengumuman dari kerajaan 1Malaysia. Menurut beliau lagi selagi tak ada pengumuman rasmi itu spekulasi namanya.

Memang le harga minyak tak naik lagi, tetapi dengan krisis, kegawatan dan kemelut ekonomi yang sedang dihadapai oleh kerajaan 1Malaysia sekarang dan ditambah dengan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia yang kini semakin menghampiri paras US 100 setong mampukah kerajaan 1Malaysia bertahan?

Nak tunggu pengumuman rasmi kerajaan 1Malaysia baru nak suruh rakyat percaya tentang kenaikan harga barang?

Adakah hari ini para peniaga dan pemborong meminta izin atau menulis surat rasmi untuk menaikkan harga barang?

Begitu juga berapa ramai peniaga di pasar yang meminta izin dari kerajaan 1Malaysia untuk menaikkan harga bahan makanan basah seperti ikan dan sayur-sayuran?

Jadi apabila kita berhadapan dengan peniaga yang menaikkan harga barang, kita tak boleh percaya. Itu cuma spekulasi sahaja. Maka kita hanya perlu membayar ikut harga lama sahaja. Kalau peniaga tersebut marah-marah maka kita kata itu cuma spekulasi...cubaan..bukan betul-betul!

Ahad, 14 Mac 2010

Siapa pengkhianat dan petualang agama, bangsa dan tanahair

Nash Arrawy

Parti perkauman Umno masih giat lagi bermain dengan isu –isu panas perkauman dan menghidupkan api assobiyyah melalui platform lain ( NGO perkauman ) iaitu; Perkasa dan GPMS yang menebal assobiyyah kaumiyyahnya yang menyokong sentimen perkauman Melayu Umno dan mengapi-apikan DAP sebagai anti Melayu untuk meraih undi Melayu pada PRU 13 nanti ; dengan menolak PAS kerna tahaluf siasi dengan DAP.

Politik mutaakhir ini mempamirkan penolakan rakyat ke atas perjuangan yang bernaunsakan assobiyyah( kebangsaan ) dan kaumiyyah ( perkauman) yang dipelupori UBN. Namun , rata-rata pengundi Islam masih lagi termakan umpan Umno kononnya PAS adalah alat DAP dan tersasar daripada siasah Islam . Sekitar 70 % orang Islam masih lagi ada elemen assobiyah dan perkauman Melayu yang memenangkan calon Umno dan mengalahkan calon PAS dan PKR yang berugama Islam.

Ini bererti hanya sekitar 30% sahaja pengundi Islam yang memahami konsep Islam sebagai “ Rahmatan lil ‘alamiin ‘ . Sebaliknya pengundi bukan Islam yang boleh menerima konsep tersebut dan polisi ‘Justice For All “ dan “ PAS FOR ALL “ sehingga lahirnya di dalam PAS sendiri; Dewan baru yang diberi nama Kongres Penyokong PAS ; membuktikan bahawa Islam memang sistem yang paling kondusif untuk masyarakat majmuk yang memberikan keadilan sejagat , kemakmuran dan kedaimaian ummah.

Sebaliknya, Umno dan BN hanya hidup dengan isu perkauman ; Umno tipu Melayu, MCA tipu Cina dan MIC tipu India . Siapakah yang buang kuasa raja, Bahasa Melayu dan biasiswa yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan?. Siapakah yang mengkhianati Perlembagaan Persekutuan ? PAS kah ? DAP kah Bukankah Umno ? ; MELAYU TIPU MELAYU di atas nama Melayu DEB ; memfaraidkan saham bumiputra untuk kroni elit Umnoputra! Yang terkini merompak emas hitam kepunyaan bangsa sendiri demi kepentingan kroni dan politik rakus suku-sakat mereka .

Bangsa boleh disayangi tetapi bukan sebagai teras atau tonggak perjuangan kerna TERAS PERJUANGAN adalah ISLAM; yakni Kitabullah dan Assunnah bukan perkauman . Naik Islam maka naik secara otomatis bangsa yang mendukung Islam seperti bangsa Parsi yang digeruni Amerika ; mengusir thoghut Shah dan mustakbirin Amerika ! Bahkan digusari CIA dan KGB .

Ini bukti kehebatan Islam. Mana bangsa Arab .? diratahi yahudi dan nasoro kerna assobiyyah Arab yang ditegakkan; bukannya Islam sebagai ‘ Ad –Deen waddaulah ‘ dan ‘ Ad-Deen Wa Syariah “ dalam menegakkan agama dan panji-panji Islam dan memerintah dunia dengannya .

Justeru itu .bukan Islam hendaklah didekati melalui Kongres Penyokong PAS yang sama taraf dengan semua Dewan dalam PAS. Cuma mereka tiada boleh diundi atau mengundi ; tetapi, mempunyai suara dalam Muktamar dan wakil di peringkat pusat .

Sementara fahaman assobiyah –kaumiyyah tajaan Umno hendaklah di tangkis secara bijaksana supaya 70% orang Islam yang dikelirukan Umno itu dapat memahami siapakah sebenarnya PENGKHIANAT AGAMA BANGSA DAN TANAH AIR agar ummah tiada tertipu lagi dengan retorik SMS ( SATU MALAYSIA SEKULAR ) dan JTR ( JUARA TIPU RAKYAT )

Tegakkanlah roh panji Islam di dalam diri anda, famili, dan komuniti anda, insyaAllah akan tertegak negara “ nafi deenilah hi afwaja “ di dalam negara anda. Yang ada hanyalah Allah dan Rasul sahaja. Tiada ‘ Tuhan Melayu” “ Tuhan Arab” atau “ Nabi Melayu” atau “ Nabi Arab” tetapi hanya wujud “ Rabbil ‘alamiin” ( Tuhan semesta alam ) dan “ Rahmatan lil ‘alamiin” ( Muhammad rahmat kepada sekalian alam ).”One World “ ( Satu Dunia ) , “ One Soul “ ( Satu Nyawa: Adam ) and “ One Creator” ( Satu Maha Pencipta ) bukannya SMS ( Satu Malaysia Sekular ) .

Keamanan dan kedamaian akan tertegak di mana –mana juga apabila sentimen perkauman yang diapi-apikan parti perkauman Melayu Umno bisa dihapuskan dengan Univesalitas Sejagat tanpa batasan geografi , kaum, etnik dan agama. Umno gagal untuk melaksanakan obligasi politiknya kepada umat Islam dan warga Malaysia pada keseluruhannya.

Umat Islam di Pulau Pinang yang terpinggir dan tertinggal itu dihebuhkan kononnya angkara PAS bertaluf siasi dengan DAP yang baru setahun jagung memerintah . Selama ini , lebih daripada lima dekad , siapa yang memerintah Pulau Pinang ? Bukankah Umno dan Gerakan . PAS dan DAPkah yang meminggirkan umat Islam?.

Kecurian wang emas kepunyaan umat Islam dan warga Terengganu dan Kelantan yang difaraid antara kuncu-kuncu kabel politik Umno yang meminggirkan Terengganu antara negeri yang termiskin di Malaysia . Angkara petualangan siapa? Walhal Terenganu kaya dengan emas hitam ! Bagaimana, bisa menjadi miskin?

Hak umat Islam dan warga Kelantan sebanyak RM 2 BILLION dirompak oleh Umno dan hutang emas hitam semasa yang belum dilunaskan bahkan di samun dan disonglap sebanyak RM 600juta seperti kata Husam dikhianati oleh petualang Umno yang kononnya dikatakan berjumlah semuanya RM20juta sahaja. Satu penipuan yang ketara oleh Umno.

Bahkan Ku Li kata Kelantan adalah Negeri yang terkaya di Malaysia dengan anugerah Allah emas hitam tersebut . DAP kah yang menghalang ? PAS kah yang menghalang? Siapakah sebenarnya petualang Agama , Bangsa, dan Tanah Air !?.

Umno menjaja api perkauman Melayu dan memburukkan imej dan reputasi PAS-DAP kerna untuk menutup kegagalan Umno untuk memertabatkan agama. bangsa dan tanahair. Terbukti tahaluf siasi PAS – DAP- PKR dalam PAKATAN RAKYAT adalah lebih baik daripada Umno-MCA-MIC yang bernausakan perkauman dan kronisma .
Guan Eng hapuskan kabel kronisma dan hanya gunapakai kabel komputer sahaja . Siapa layak dia dapat tanpa mengira kaum atau parti . Inilah yang dibenci oleh kontaktor –kontraktor Melayu yang tiada layak yang selama ini pakai kabel politik . Bahkan fitnah anti DAP-PAS dan perkauman oleh Umno akhirnya makan diri balik apabila data rasmi e-TENDER TERBUKA terbukti dimenangi oleh 70 peratus dari kalangan Bumiputra.

Siapa sebenarnya perkauman dan siapa sebenarnya petualang bangsa , agama dan tanah air. Bahkan bajet Kerajaan Pakatan Pulau Pinang memperuntukkan jumlah yang besar kepada institusi Islam , SAR dan para hufaz lebih daripada Umno berikan.

Kerajaan Pakatan di Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan diakui oleh Akauntan Negara dan International Transparency sebagai ‘ GOOD GOVERNANCE” dan Kelantan diiktiraf sebagai “ ZIFAR KORUPSI” . Ini membuktikan ISLAM BOLEH dan Kelantan adalah model SATU MALAYSIA sebenarnya yang tiada korupsi , tiada kroni dan tiada perkauman . ‘ PAS FOR ALL’ and “JUSTICE FOR ALL “ bukan untuk Ananda Krishan, Vincent Tan dan Mukhriz sahaja.


Bodek Lebih Boleh la ada ruang Dalam Mingguan UMNO

Mingguan gugur ruangan Asri, mufti Perak kolumnis baru

Oleh G. Manimaran

TERKINI

KUALA LUMPUR, 14 Mac — Penulisan bekas mufti Perlis Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (gambar), yang merupakan kolumis Mingguan Malaysia lebih empat tahun lalu, tidak lagi muncul dalam akhbar edisi Ahad itu.

Kali terakhir penulisan beliau disiarkan dalam Mingguan Malaysia adalah pada 28 Feb lalu.

Mohd Asri yang dilihat sebagai antara mufti muda yang berpendirian progresif dan liberal tetapi kontroversial memulakan ruang penulisan di bawah nama “Minda Mufti” ketika berkhidmat sebagai Mufti Perlis dan kemudian kolumnya dikenali sebagai “Minda Dr Maza” selepas meletakkan jawatan sebagai mufti akhir 2008.

Lazimnya penulisan beliau disiarkan di muka surat sembilan Mingguan Malaysia, satu lagi produk Kumpulan Utusan.

Hari ini ruangan di Mingguan Malaysia digantikan dengan penulisan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.

Akhbar berkenaan tidak memberikan makluman mengenai ketiadaan ruangan Mohd Asri.

Bagaimanapun The Malaysian Insider difahamkan Mohd Asri sudah dimaklumkan mengenai keputusan Mingguan Malaysia tidak lagi akan membawa penulisan beliau baru-baru ini.

The Malaysian Insider juga difahamkan tiada alasan diberikan tetapi ia dipercayai ada kaitan dengan kandungan penulisannya sejak kebelakangan ini.

Mohd Asri juga tidak menyebut soal itu dalam blognya.

Beliau kini berhadapan dengan kes tuduhan menyampaikan kuliah agama tanpa tauliah yang dibawa oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Dalam pada itu Mohd Asri yang dihubungi di Mekah sebentar tadi berkata, beliau juga sebenarnya telah berhasrat untuk berhenti sebagai kolumnis Mingguan Malaysia kerana keberatan untuk membawa tulisannya sejak kebelakangan ini.

“Ya, saya pun memang ingin berhenti dan Mingguan Malaysia pun nampaknya sudah keberatan.

“Banyak pandangan saya kebelakangan ini berbeza dengan mereka... bagaimanapun saya berterima kasih kepada ruangan yang diberikan sebelum ini,” katanya.

Mohd Asri menambah beliau akan menulis dalam beberapa media lain yang lebih bebas.

“Saya menjemput pembaca saya membaca ruangan baru yang akan saya maklumkan nanti,” katanya ringkas.



Presiden Teladan dan Termiskin di Dunia

◕◕◕◕ Presiden Teladan dan Termiskin di Dunia ◕◕◕◕
Mahmoud Ahmadinejad, Presiden Iran saat ini:
Seorang Presiden yang Sederhana

Ketika di wawancara oleh TV Fox (AS) soal kehidupan pribadinya:

“Saat anda melihat di cermin setiap pagi, apa yang anda katakan pada diri anda?”
Jawabnya:

“Saya melihat orang di cermin itu dan mengatakan padanya:
“Ingat, kau tak lebih dari seorang pelayan, hari di depanmu penuh dengan tanggung jawab yang berat, yaitu melayani bangsa Iran.”


Berikut adalah gambaran Ahmadinejad yang belum tentu orang ketahui, dan pasti yang membuat orang ternganga dan terheran-heran :

1. Saat pertama kali menduduki kantor kepresidenan, Ia menyumbangkan seluruh karpet Istana Iran yang sangat tinggi nilainya itu kepada masjid2 di Teheran dan menggantikannya dengan karpet biasa yang mudah dibersihkan.

2. Ia mengamati bahwa ada ruangan yang sangat besar untuk menerima dan menghormati tamu VIP, lalu ia memerintahkan untuk menutup ruang tersebut dan menanyakan pada protokoler untuk menggantinya dengan ruangan biasa dengan 2 kursi kayu, meski sederhana tetap terlihat impresive.
Menerima wartawan tanpa ada perlakuan khusus

3. Di banyak kesempatan ia bercengkerama dengan petugas kebersihan di sekitar rumah dan kantor kepresidenannya.

4. Di bawah kepemimpinannya, saat ia meminta menteri2 nya untuk datang kepadanya dan menteri2 tsb akan menerima sebuah dokumen yang ditandatangani yang berisikan arahan2 darinya, arahan tersebut terutama sekali menekankan para menteri2nya untuk tetap hidup sederhana dan disebutkan bahwa rekening pribadi maupun kerabat dekatnya akan diawasi,sehingga pada saat menteri2 tsb berakhir masa jabatannya dapat meninggalkan kantornya dengan kepala tegak.

5. Langkah pertamanya adalah ia mengumumkan kekayaan dan propertinya yang terdiri dari Peugeot 504 tahun 1977, sebuah rumah sederhana warisan ayahnya 40 tahun yang lalu di sebuah daerah kumuh di Teheran. Rekening banknya bersaldo minimum, dan satu2nya uang masuk adalah uang gaji bulanannya.

6. Presiden yang Mempunyai pekerjaan sampingan yaitu sebagai dosen di sebuah universitas yang Gajinya hanya senilai US$ 250.

7. Sebagai tambahan informasi, Presiden Iran ini masih tinggal di rumahnya sendiri, BUKAN di istana.
Hanya itulah yang dimilikinya sebagai seorang presiden dari negara yang penting baik secara strategis, ekonomis, politis, belum lagi secara minyak dan pertahanan.
Bahkan ia tidak mengambil gajinya, alasannya adalah bahwa semua kesejahteraan adalah milik negara dan ia bertugas untuk menjaganya.

8. Satu hal yang membuat kagum staf kepresidenan adalah tas yg selalu dibawa sang presiden tiap hari selalu berisikan sarapan, roti isi atau roti keju yang disiapkan istrinya dan memakannya dengan gembira, ia juga menghentikan kebiasaan menyediakan makanan yang dikhususkan untuk presiden.
Makanan di bawa dari rumah

9. Hal lain yang ia ubah adalah kebijakan Pesawat Terbang Kepresidenan, ia mengubahnya menjadi pesawat kargo sehingga dapat menghemat pajak masyarakat dan untuk dirinya, ia meminta terbang dengan pesawat terbang biasa dengan kelas ekonomi.

10. Ia kerap mengadakan rapat dengan menteri-menterinya untuk mendapatkan info tentang kegiatan dan efisiensi yang sdh dilakukan, dan ia memotong protokoler istana sehingga menteri tsb dapat masuk langsung ke ruangannya tanpa ada hambatan. Ia juga menghentikan kebiasaan upacara2 seperti karpet merah, sesi foto, atau publikasi pribadi, atau hal2 spt itu saat mengunjungi berbagai tempat di negaranya.

11. Presiden Iran tidur di ruang tamu rumahnya, sesudah lepas dari pengawal2nya yg selalu mengikuti kemanapun ia pergi. Menurut koran Wifaq, foto2 yg diambil oleh adiknya tersebut, kemudian dipublikasikan oleh media masa di seluruh dunia, termasuk amerika.
Saat harus menginap di hotel, ia meminta diberikan kamar tanpa tempat tidur yg tidak terlalu besar karena ia tidak suka tidur di atas kasur, tetapi lebih suka tidur di lantai beralaskan karpet dan selimut.
Tidur di lantai

12. Sewaktu sholat berjamaah, anda dapat melihat bahwa ia tidak duduk di baris paling depan, tetapi bergabung dengan para jemaah lainnya dan tidak mendapatkan perlakuan khusus.
Sholat tidak harus di depan

13. Bahkan ketika suara azan berkumandang, ia langsung mengerjakan sholat dimanapun ia berada meskipun hanya beralaskan karpet biasa.
Ketika Azan lansung Melaksanakan Sholat

14. Baru-baru ini dia baru saja mempunyai Hajatan Besar Yaitu Menikahkan Puteranya. Tapi pernikahan putra Presiden ini hanya di selenggarakan di rumah, layaknya pernikahan kaum Buruh.
Berikut dokumentasi pernikahan Putra Seorang Presiden.
Resepsi Pernikahan Putranya

Resepsi Pernikahan Putranya

Resepsi Pernikahan Putranya

Mudah-mudahan kita akan memiliki Presiden yang seperti ini, Amiin . . .

Timb. Menteri Kesihatan Setuju Dengan Cadangan Nik Aziz..

Rosnah Sokong Cuti Bersalin 90 Hari

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin menyokong permintaan Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) yang mahukan kerajaan menambah bilangan hari cuti bersalin daripada 60 hari kepada 90 hari.

Sehubungan itu, beliau berkata Kementerian Kesihatan akan membincangkan perkara itu dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi memastikan saranan tersebut dapat direalisasikan.

"Memang wujud kekangan daripada pihak majikan jika perkara ini direalisasikan tetapi mereka (majikan) perlu lihat perkara ini dari sudut positif.

"Ini kerana jika tempoh cuti ini dipanjangkan, mereka sebenarnya menggalakkan para ibu menyusu sendiri bayi mereka sekaligus dapat mengurangkan risiko bayi sakit," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Makan Malam Amal "Say Yes To Breastfeeding" di sini malam tadi.

Selain itu, beliau berkata perkara tersebut turut memberi kelebihan kepada majikan apabila tempoh cuti bersalin selama 90 hari itu mampu mengembalikan keyakinan pekerja mereka untuk meninggalkan bayi masing-masing di rumah dan kembali bekerja dengan lebih efisien.

"Tetapi para ibu juga perlu sedar tempoh tiga bulan tersebut bukan tempoh untuk mereka 'berbulan madu' sebaliknya gunakan ia untuk membina hubungan yang lebih rapat dengan bayi mereka," katanya.

Sebelum ini, Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam mengumumkan cuti bersalin kekal 60 hari setelah mendapati mereka yang bersalin merasakan tempoh tersebut adalah mencukupi. - BERNAMA


Alahai Shafie Afdal... Negeri Siapa Yg Mundur Sebenarnya Nie...!!??? Cakap Tak Sopa Bikin maaa!!!!

SABAH : UMNO/BN CAKAP TIDAK SERUPA BUAT, RUMAH RAKYAT TIDAK TERURUS
Oleh Halik Zaman, Entabuan Tenom

Perlukah saya bilang sahaja inilah "hadiah kemerdekaan" bersama Barisan Nasional selama 47 tahun merdeka bersama Malaysia? Hadiah gubuk gubuk buruk untuk rakyat dikampung Entabuan Tenom? Perlu kah saya berbohong pada diri saya sendiri mengikut rentak UMNO dan Barisan Nasional mengatakan selama 47 tahun Sabah merdeka bersama Malaysia sudah terhakis miskin tegar dipedalaman?

Mana mungkin saya boleh berbohong kalau buktinya ini:-


Rumah Orang Sabah ni... Syafie Apdal hang Buta ka

Bila Dewan Undangan Negeri Sabah bersidang sahaja Musa Aman umumkan berbillion peruntukan untuk membuat perumahan miskin tegar. Kalau tidak silap ADUN BN Kemabung Tenom Robin Balang adalah Pengerusi Perumahan Negeri Sabah dan Ahli Perlimen YB. Raimie sendiri anak jati Tenom, kenapa tidak turun padang melihat penderitaan rakyat? Apa sudah jadi dengan peruntukan perumahan miskin tegar?

Selama Sabah merdeka 47 tahun yang lalu tidak mampukah Kerajaan UMNO/BN membina rumah rumah rakyat yang dikegorikan sebagai miskin tegar, mustahil! ! Sudah berganti ganti Ketua Menteri BN Sabah, namun rumah rakyat miskin tegar tidak juga berganti. Apa kah halatuju BN kalau bukan membantu rakyat atau membantu diri sendiri rakyat dikemudiankan.
Bayangkan kalau ada yang tinggal dirumah begini, apa anggapan anda kepada Kerajaan BN yang sudah memerintah Sabah 47 bagus kah?

Bila PRU rakyat didekati .Setelah menang PRU rakyat ditakuti oleh YB-YB UMNO/BN. Bila menang PRU YB. YB UMNO/BN lari pergi Kota Kinabalu takut berjumpa rakyat. Mungkin takut projek yang dijanjikan di tagih oleh rakyat. Paling sial bagi rakyat kalau alasan YB.YB. UMNO/BN " Nak bercuti dulu gunting rambut dan minta urut ke Hongkong". Biasanya setiap selesai PRU YB-YB UMNO/BN mesti ambil cuti keluar negara.

Kepada orang orang kampung, kalau Kerajaan Pakatan Rakyat memerintah, semua masalah rumah rumah miskin tegar dapat diatasi serta merta dengan syarat berilah kepercayaan kepada Pakatan Rakyat untuk memerintah Kerajaan Pusat. Kita rakyat Sabah harus insaf dan buat perubahan. Perubahan datangnya dari diri sendiri.


Mai Baca Ucapan zaid Ibrahim - PR pilihan Kita

Rakyat Malaysia perlu bersatu di bawah Pakatan Rakyat – Dato’ Zaid Ibrahim
Pelapor

Ikuti transkrip penuh UCAPAN DATUK MOHD ZAID IBRAHIM DI PEKAN JELI PADA 11 MAC 2010

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh.
Yang saya hormati saudara pengerusi majlis,
Yang Berhormat Salahudin Ayub,
Yang Berhormat Ustaz Abdul Latif, Ketua Pemuda PAS,
Yang Berbahagia Saudara Apandi,
Yang Berhormat Ustaz Abdullah Yaakub,
Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian.

Saya merasa bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana sempat bersama tuan-tuan pada malam ini. Inilah pertama kali saya berucap di Jeli. Semasa dalam UMNO dulu pun tak pernah berucap di Jeli, sehingga masa sekarang ni di luar UMNO baru saya datang ke Jeli. Dan saya ucap terima kasih kepada saudara Apandi yang telefon saya untuk memberi sedikit penjelasan.

Saya juga rasa terharu dan terima kasih kepada Yang Berhormat Ustaz Lah, dia jamu makan nasik pulak, ikan kelah pulak. Lepas tu ada sambal gapo dio ambo tak ingat dah, pijat, pijat. Seronok betul, pertama kali makan pijat ni, sambal pijat, di Jeli.

Jadi malam ini kita banyak, ramai penceramah, Yang Berhormat Salahudin ada di sini dan sebagainya. Saya juga nak sedikit sebanyak memberi penjelasan mengenai hal-hal yang saya rasa mustahaklah kita rakyat faham.

Pertamanya, saya ni lama dalam UMNO, macamlah wakil rakyat Jeli, Dato Pa ni. Tapi beza dia dengan saya, bila saya tengok kerajaan belot dan bohong, saya berhentilah. Tapi dia terus jugak. Itu beza.

Saya melihat kerajaan kita banyak berjanji. Semasa Pak Lah mintak saya jadi menteri pun, saya tanya dia, “pasal apa Pak Lah nak suruh saya jadi menteri?”. “Oh, kita nak ubah ini, nak buat perubahan, nak buat perubahan, tidak boleh zalim, kita tidak boleh tipu rakyat, kita kena telus, kita kena ada integriti”, dia kata, “kerajaan yang berintegriti, bermaruah, bermoral, kita orang Islam”. Jadi lepas dia kalah 2008 tu saya pun percayalah, lepas kalah teruk 2008 saya percaya. Maka saya terima jadi menteri.

Saya cuba, saya cuba dan sempat jugaklah saya bayar sedikit sebanyak duit pampasan kepada hakim-hakim yang kita pecat dulu. Tapi masa tu bukan main susah lagi, nak bayar duit tu pun banyak tentangan daripada menteri-menteri kabinet, termasuklah Perdana Menteri kita sekarang ni, bukan main tak setuju.

Tapi Alhamdulillah Pak Lah sokong saya, dapatlah bayar sedikit sebanyak. Saya cadangkan kita buat pilih hakim dengan lebih baik. Kita jangan pilih hakim-hakim orang UMNO, kita pilih hakim-hakim yang boleh jadi hakim, seperti yang dituntut dalam Islam, hakim yang adil. Tapi usaha-usaha itu tak sempat saya laksanakan dengan sepenuhnya.

Kerajaan tangkap beberapa orang di bawah ISA, dengan tak ada salah apa, tak tau salah apa. Seorang pemberita wanita, seorang wakil rakyat wanita dan seorang penulis blog, Raja Petra, ISA. Maka masa itulah saya kata, “ini kerajaan tak boleh kita sokong lagi, tak boleh, kerana dia cakap satu dia buat lain”. Maka sebab itulah saya sekarang ni bersama-sama dengan Pakatan Rakyat, dengan Parti PAS, KeADILan dan DAP.

Tapi peliknya ambo ni banyak ceramah ni jemputan PAS banyak, kebetulanlah agaknya. Tiap-tiap minggu ni orang PAS jemput ambo. Ambo pun terimalah, sebabnya banyak benda kita nak jelaskan, banyak benda kita nak jelaskan, terutamanya kita orang-orang Melayu, orang Melayu Islam. Banyak isu yang dipusing pusing pusing oleh kerajaan ini hinggakan orang Melayu keliru.

Tadi kita dengar soal minyak. Ini pun keliru juga. Bukan yang kita keliru, dia buat rakyat keliru. Sebab dia jahat. Ini orang jahat ni. Tak nak bagi duit kepada rakyat ni orang jahat. Kalau Tengku Razaleigh sendiri kata kena bayar, bayarlah! Apa nak pusing pusing lagi, apa nak pusing?

Tengku Razaleigh tu orang UMNO, menteri masa tu, dia PETRONAS punya pengerusi. Kalau penasihat undang-undang Nik Saghir masa itu kata kena bayar, bayarlah! Itu kerajaan yang ada maruah. Tapi dia pusing lagi, pusing pusing, sebab dia tak nak bayar. Dia tak nak bayar sebab dia nak aniayakan Parti PAS, itu sebabnya. Dia tak apalah rakyat ni, dia bagi duit sikit-sikit dekat pilihan raya, dia rasa rakyat puas hati.

Bagi baja sikit-sikit rakyat puas hati. Bagi kain sarung puas hati. Tapi saya nak menyeru rakyat, kita orang Melayu yang ada maruah ni, kita jangan mudah dibeli la lepas ni. Dia beli pun bukan duit dia, duit kita, apa yang heran. Dia pakai duit kita.

Tapi dia bohong. Awang Adek dengan Dato Pa ni kawan baik ambolah. Tapi kalau dia bohong tu kita kena cantas dialah lepas pada ni. Awang Adek, di mana ni, dia berucap minggu lepaslah, dia kata, “wang ehsan dengan royalti ni serupa jah, serupa”. Dia kata, “serupa”.

Lepas tu lawyer UMNO kelmarin kata, “oh, tak boleh Kelantan minyak ni”. “Dia lepas pada 3 batu dalam laut ni”, dia kata, “bukan hak Kelantan dah”. Dia kata, “3 batu”. Dia ambik di mana 3 batu? Dia kata, “undang-undang darurat”. Ni lawyer ni serupa telur jugak, ada lawyer Gred A, ada lawyer Gred C. Dia hak 3 batu hak darurat hak dia royat tu tahun 1969. Pada tahun 1982 dia undang-undang antarabangsa ni Malaysia pun sign jugak. Perairan kita ni dah 12 batu dah. Tak dok dah 3 batu hak dia sebut tu. Tapi bila kecek dengan lawyer Gred C lagu nilah. Lepas tu minyak tu dia tak kira.

Perjanjian kita dengan PETRONAS ni tak dok kira berapa batu. Dia kira atas darat atau dalam laut, lagu tu jah. Dua jah perkataan diguna, orang putih kata onshore, atas darat, offshore, dalam laut. Kalau ada minyak gak bayarlah kor kita.

Tapi pasal apa dia tak sir bayar, tuan-tuan? Sor tu dia tak sir, dia nak suruh orang PAS, dia nak buat nyaknyor kor Kerajaan PAS lah, sor. Kedua sebabnya, bekali tak dok pitih dah bekali lani, tak dok pitih nak bayar. Dia bukan, dia bukan tak faham undang-undang, dia tak dok pitih.

Duit habis koksir dah. Beli kapal selam hak tak leh tenggelam, tiga ribu juta. Lepas tu kapal selam dua tu, tuan-tuan, dua kapal selam tu, serupa kita beli keretalah, serupa kita beli kereta. Dia bukan beli semasa beli jah belanjanya, tiap-tiap bulan kena servis, minyak hitamlah, tayarlah, breklah. Kapal selam kita dua ni, setahun seratus lima puluh juta belanja. Tak dok pitih dah. Sebab tu dia tak sir bayar ni.

Dan banyak jugak rakyat tak tau, rakyat tak tau, kerajaan negeri buleh lima percent di bawah perjanjian tu, semua kerajaan negeri termasuk Sabah Sarawak lima percent daripada duit hak kita buleh dengan minyak ni, kerajaan persekutuan pun buleh lima percent jugak. Kalu kita buleh lima riyal, kalaulah kita buleh 100 dalam minyak, lima riyal kor Kelantan lima riyal kor pusat. Tapi dia tak royat hak ni ni. Dia ambik belaka. 95 riyal tu ambik ke dia belaka. Sebab tu dia tak leh bayar. Dia ambik lebih pada ni dah. Sebab tu bila kita merintah seksok masuk jel belaka puak-puak ni ni!

Jadi orang royat kor ambo, dia orang kata, bakpor gak Kerajaan Barisan Nasional ni kuat benar, bekeng benar loni, bekeng? Ceramah ni ni, lepas ni ni polis cari ambo la lepas ni ni. Di Kampung Baru malam tu, oh, serang. Permit ada, serang. Dikepung malam tu. Dato Husam sendiri tak leh berucap, kena berhenti. Minggu lepas. Dia takutlah tu. Dia gerun benar lani. Dia lagu mana-mana pun kalu buleh tak dok pilihan raya ni lepas pada ni. Ah, jadi kalu nak buat perancangan, saya serulah kepada kawan-kawan kita dalam PAS, buatlah ceramah cepat-cepat takut ceramah pun tak leh dah lepas pada ni. Zaman komunis mulor pun buleh ceramah, lani tak leh ceramah dah. Ni la Malaysia. Sebab demo ni takut. Dok, ambo tidak gurau ni, takut ni takut sungguh. Mahathir kata dah, bila Pakatan Rakyat (berkuasa) dia kata dia nak lari negeri lain dah, ni Mahathir sendiri.

Kita lani sebenarnya kuat, sebab tu dia bekeng ni. Sebab tu polis duk igat, tanya begotu, ambik begoni. Kelmarin Anwar Ibrahim sendiri kena siasat, soal siasat lima jam. Kes begapo tak tahulah, fitnah la, hasutan la, macam-macam kes la dalam bok ni dia reka. Lani lima belas orang dah. Tak lama Yang Berhormat Salahudin hero kita ni pun tak kena buat masuk jel jugak. Dia lani duk igat orang lani. Sebab kalu dia tak igat puak-puak kita, kalahlah dia pilihan raya sekali lagi. Sah kalah dah. Sepuluh ribu situ, lima ribu sini, tiap-tiap malam.

Jadi inilah kerajaan hak ambo royat sakni, kerajaan hak zalim ni dia sampai masa. Dan ambo harap orang-orang Jeli pun kena faham jugaklah. Hak samah seriyal ni kita merintah pun kita wakil rakyat PAS pun buleh buwi jugak. Tapi hak Kelantan mintak dua ratus juta duit minyak tu kena buwi la mugo hak kita. Jangan jadi jahat, kita sekolah orang putih pun! Kita kena buwi. Kalu kita buwi kor Sabah Sarawak, bakpo tak leh buwi kor orang Melayu ni hak kita nak bela ni, hak Ibrahim Ali nak bela bedo’oh ni? Oloh, ambo pening dengan UMNO, jurucakap UMNO lani Ibrahim Ali. Tak dok dah parti keramat ni, parti keramat parti kuat ni tak dok dah. Hak bela dia ni Zulkifli Nordin hak PAS tolak mulor, PAS tolak dah, KeADILan tolak pulak. Ni la hero-hero lani, UMNO.

Dia tak dok dah orang nak bela dia lani, puak-puak tu jah. Najib, oh, dia Rosmah jah bela dia, hak lain tak dok dah. Mahyuddin tak bela dia. Mahyuddin kecek kot ni sokmo. Najib gi kot ni dia gi kot ni. Inilah keadaan sekarang. Jadi kita kena kuat-kuat belaka. Kita kena bersatu dalam Pakatan Rakyat. Kita kena tolong antara satu sama lain. Kita lawan betul-betul puak-puak zalim ni. Tak boleh dah.

Rakyat kita sesak, masih sesak. Duit banyak, harta banyak, rakyat susah. Bakpo dia ni? Tapi dalam laporan hak ambo baca takdi, pukul lima petang, dalam negara ASEAN ini Malaysialah banyak sekali jutawan-jutawan. Billionaire, orang hak ada duit seribu juta lebih, Malaysialah ramai sekali. Ah, orang UMNO-lah. Parti MCA pun ada jugak. Malaysialah ramai daripada Singapura, ramai daripada Indonesia, ramai daripada Filipina, ramai daripada Thailand, ramai daripada Burma, ramai daripada Vietnam. Ramai hak kaya bedo’ohlah, hak seribu juta alah ke atas. Ni duit kita belaka ni. Duit baso kaya cepat ni kan duit tipu belaka. Dia kaya cepat ni dua jah, loteri sor, tipu sor. Dia kalu kita kerja betul ni payah nak kaya, lambat, lambatlah.

Tapi Malaysia megahlah. Mahathir anak dia millionaire, Mokhzani millionaire, Mirzan millionaire. Ni hero Malaysia ni. Anak dia. Oh, Najib pun tak sah kiralah, mugo dia ada, Genting pun hak dia punya, adik dia pun orang kuat, bini dia pun kaya. Jadi kita dalam Malaysia ni ramai orang kaya, puak-puak dia tu. Hak lain ni gak, oh, nak bayar yuran sekolah anak payah lani. Inilah keadaan ekonomi negara kita. Kita kena tukar tu. Kita kena pilih kerajaan hak cakna ke rakyat. Kita kena pilih kekayaan hak ada dengan kita ni kita bagi kepada rakyat, bukan bagi kepada kita.

Jadi kalu nak tukar ni tukar kerajaan negeri tak cukup. PAS merintah Kelantan saja tak cukup. Kalu nak minyak ni kena buh kita di Putrajayalah. Ambo janji kita buwi selalu kepada Kelantan. Sedap kecek, bukan ambo Perdana Menteri, kecek sajalah. Tapi nak royatnya puak-puak kita ni muafakat. PAS dengan DAP kita tahu. PETRONAS ni kita akan buat sekian jelas. Hari ni tak dok sapo tau duit PETRONAS gi mana tak tau. Parlimen tak tau.

Yang Berhormat Salahudin ni tanya sokmo dalam Parlimen ambo duk perhati mulor. Mulor ambo duk dalam UMNO pun perhati jugak. Duk perhati tanya mintak soalan ni soalan ni tak dok jawab gor satu jugak. Tak dok, sulit. Perdana Menteri jah tau. Jadi borlah lagu ni nya, cukuplah. Biarlah kita cari kerajaan ni kita buleh tukar. Kalu Pakatan tak jadi seksok di Putrajaya kita tukar pulak, tak apa.

Tak ada erti orang Melayu, kata Melayu ni bersohor berani. Tok Janggut la lawan British. Ingat dok Tok Janggut? Jadi kita nak Tok Janggut tu tak dok dah. Kita nak Tok Janggut baru pulak di Kelantan. Kita nak tunjuk berani. Berani bukan gocoh orang. Berani gak bila pangkah tu pangkah Pakatan la pulak. Biar kita merintah Malaysia ni kita tengok, supaya kita dapat bela petani, kita bela orang-orang nelayan yang miskin, kita bela orang-orang FELDA, inilah kerajaan yang, Sabah dan Sarawak, yang kerajaan perlu bela, ramai orang miskin.

Jadi saya harap sedikit sebanyak inilah penjelasan yang saya bawa hari ini. Kita yakin, kita yakin bahawa rakyat Malaysia bersatu di bawah kita. Dia buleh guling. Di Perak dia guling kerajaan. Dia berjaya sekali dengan sokongan-sokongan lawyer gred C dalam mahkamah. Ini telur-telur busuk ni kita akan buang semua, lawyer yang tak reti peraturan perundangan yang asas! Tapi nak bersih ni kita kena kuasa dululah. Tapi inilah agenda kita dan saya percaya dengan pertolongan tuan-tuan, insya’Allah, kuasa rakyat suatu hari akan mengatasi kuasa-kuasa yang ada pada hari ini.

Sekian, assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh.

(Maaf kerana sebahagiannya dalam loghat Kelantan)

Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails