SELAMAT DATANG

Khamis, 16 Disember 2010

Nik Aziz sumbang 1/3 simpanan untuk PAS

Hafiz Irwan

KOTA BHARU, 16 Dis: Menteri Besar yang juga Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bercadang untuk menyumbangkan satu pertiga daripada wang simpanannya kepada PAS bagi memantapkan lagi parti dalam memperjuangkan Islam.

"Saya sudah maklum pada setiausaha saya minta semak duit dalam akaun ada berapa, kemudian bahagi tiga. Saya hendak beri kepada parti sebagai sumbangan dalam memantapkan gerakan daulah Islamiyah," katanya kepada pemberita selepas ditemui di kediamannya hari ini.

Tindakan itu sebagai tanda kesyukuran di atas keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menutup kes bersabit tajaan terhadapnya untuk mengerjakan haji melibatkan kos RM65,000 tahun lalu.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, dakwaan berhubung rasuah yang dilempar ke atasnya sebelum ini adalah berpunca dari rasa benci pihak tertentu lantaran kecekalannya memperjuangkan dasar Islam.

"Orang tuduh saya kerana benci dengan saya terus memperjuangkan Islam. Tapi, walau apapun, asal kita ini berada pada landasan yang benar, Allah tetap bantu kita dengan kebenaran.

"Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah SWT dengan keputusan itu," katanya.

Semalam, SPRM membuat keputusan menutup kes membabitkan Nik Abdul Aziz yang sebelum ini didakwa menerima wang tajaan RM65,000 untuk mengerjakan haji tahun lalu

Liwat II: Anwar sokong minta campur tangan Agong

WikiLeaks: Rakyat jangan lupa harga barang naik

Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 16 Dis: Walaupun isu WikiLeaks menjadi panas dalam politik Malaysia, namun PAS mengingatkan rakyat jangan pula lupa bahawa ia juga sebahagian daripada agenda media Barisan Nasional (BN) untuk mengalihkan isu kenaikan harga petrol, diesel, gas dan tepung pada 4 Disember lalu.

“Isu harga barang telah menimbulkan kemarahan rakyat, kerana mereka sudah mula terasa dengan kenaikan harga barang-barang keperluan harian,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
Katanya, kerajaan BN semakin takut dengan kemarahan rakyat terhadap isu kenaikan harga barang.
Malahan, ujarnya perkara ini telah menjadi bualan di kalangan rakyat peringkat bawah termasuk di kalangan penyokong tegar Umno.
Ini, tambahnya apabila minyak naik, ia memang akan melibatkan keperluan rakyat terus meningkat kerana kebanyakan barang dibawa menggunakan minyak.

“Isu WikiLeaks telah memberi peluang kepada media untuk mengalihkan isu kenaikan harga barang pada ketika ini,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Sebelumnya, kata beliau banyak jawapan pak pandir oleh pemimpin BN yang bertaraf menteri untuk dijadikan halwa telinga, supaya rakyat jangan marah, antaranya harga petrol lebih murah daripada Singapura, bukan kenaikan tetapi penyelarasan, bukan kenaikan tetapi subsidi dikurangkan, kerajaan kena naik harga minyak kerana mengelak daripada diseludup ke negara jiran.

Media pula, katanya diarahkan jangan meletakkan tajuk petrol naik, sebaliknya guna istilah penyelarasan.

Justeru, tegasnya PAS mengingatkan kepada jentera penerangan di peringat akar umbi mesti menaikkan kain rentang dan gunakan media baru seperti face book, twitter, blog untuk menaikkan amarah rakyat kepada BN yang tidak bijak menguruskan negara.

“Mesti garapkan isu ini supaya rakyat bangkit menolak kerajaan BN dalam PRU 13 akan datang,” ujarnya

Rabu, 15 Disember 2010

ISMAIL SABRI NI CIKGU KE MENTERI?

بسم الله الرحمن الرحيم

Tanam sendiri sayur kekang kenaikan harga pasaran - Ismail

BERA 12 Dis. - Rakyat diminta menanam sendiri sayur-sayuran sebagai cara menjimatkan perbelanjaan dapur sekali gus mengurangkan kesan kenaikan harga barangan itu di pasaran.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, selain menjimatkan perbelanjaan dapur, ia secara tidak langsung dapat menurunkan harga barangan tersebut di pasaran apabila permintaan terhadapnya berkurangan.

''Jika semua rakyat menyahut kempen FOMCA itu ia bukan sahaja menjimat perbelanjaan harian tetapi boleh membantu kerajaan mengurangkan import sayur-sayuran yang mencecah bilion ringgit," katanya kepada pemberita selepas merasmi kempen tersebut di Kompleks Rakan Muda Bera, di sini hari ini. - Utusan

Note: Kah..kah..kah..kah.. Minyak naik harga ni.. jom kita sama-sama menggali telaga minyak untuk menjimatkan perbelanjaan minyak... kah..kah..kah..kah... semua dah tanam tebu ke belum? kalau tak tanam tebu macam mana nak kurangkan kos beli gula? kah..kah..kah.. ikan naik harga kita sama-sama ke laut menahan pukat... kah..kah..kah..kah..

Note: Apa punya bengap la menteri malaysia ni semua. Jadi menteri tapi tak tahu tugas. Macam ni ke jawapan seorang menteri yang bertanggungjawab bila barang naik harga? Kalau macam ni nenek aku pun boleh jadi menteri. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ditugaskan untuk membantu rakyat menangani segala macam kenaikkan harga barang yang amat membebankan rakyat. Bukan mengajar rakyat macam mana nak buat pukat sendiri kalau nak makan ikan.

Note: Macam ni punya sengal pun boleh jadi menteri kan. Yer.. Seperti kawan umno aku kata.. Pemimpin-pemimpin umno akan melantik mereka yang bodoh-bodoh untuk menjadi orang bawahannya dengan tujuan si bodoh-bodoh ini hanya tahu mengangguk dan sekali gus si bodoh-bodoh ini tidak akan melawan tokeh. 53 tahun telah berlalu pemimpin berganti pemimpin si bodoh digantikan dengan si bodoh yang lainnya. Akhirnya Malaysia diperintah oleh orang bodoh... dan bertambah bodoh dari semasa ke semasa... Kah..kah..kah..kah..

Pegawai Pulau Pinang RM1,300, pusat hanya RM500

Harakahdaily

IPOH, 15 Dis: Pakatan Rakyat Perak menyokong penuh usaha Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berulangkali memberi bonus kepada kakitangan kerajaan negeri Pulau Pinang.

Terkini melibatkan semua 1,376 guru kelas agama fardhu ain (KAFA) di Pulau Pinang akan menikmati pembayaran khas RM100 sempena Maal Hijrah bermula minggu ini.

“Pemberian elaun tambahan dari kerajaan negeri ini merupakan insentif galakan yang bakal memacu lagi moral kerja bermutu di kalangan kakitangan kerajaan negeri Pulau Pinang,” kata Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs. Khalil Idham Lim ketika ditemui di sini.

Tambahnya lagi, seluruh kakitangan kerajaan negeri Pulau Pinang yang melibatkan beberapa jabatan menikmati tambahan pendapatan mereka, ini adalah hasil dari keputusan bijak rakyat negeri Pulau Pinang yang memilih pemimpin mereka dengan betul, syabas beliau ucapkan.

Sebelum ini bantuan khas sekolah sebanyak RM800 kepada setiap 7,812 anggota perkhidmatan awam negeri Pulau Pinang telah pun dibayar kepada 7,812 juta pada 1 Disember lalu, kata beliau lagi.

Sedangkan hanya RM500 yang diterima oleh anggota perkhidmatan awam persekutuan, katanya

“Dengan pembayaran RM500 duit raya sebelum ini dan RM800 bantuan khas sekolah sekarang, ini bermakna bahawa semua anggota pentadbiran awam negeri Pulau Pinang telah menerima RM1,300 secara keseluruhannya pada tahun ini

“Kerajaan Persekutuan telah memutuskan bahawa pemberian RM500 diberikan kepada mereka yang memegang jawatan D54 ke bawah, tetapi negeri Pulau Pinang berikan semua.

“Tindakan ini dikira suatu yang amat wajar, kerajaan yang mempunyai kakitangan yang bermotivasi akan akan memberi impak positif terhadap mutu kerja untuk memenuhi keperluan serta tuntutan seluruh rakyat negeri Pulau Pinang," katanya.

Menurutnya lagi yang juga Ketua Penerangan PAS Perak, Kerajaan Pusat sepatutnya mencontohi tindakan kerajaan Pulau Pinang dalam soal menjaga kebajikan seluruh kakitangannya, ini adalah suatu tindakan yang amat wajar, malangnya, rakyat terus dibebankan dengan kenaikan harga barang.

“Saya menyarankan agar negeri-negeri lain di seluruh Malaysia, khususnya negeri lain di bawah Pakatan Rakyat turut mengikut jejak Ketua Menteri Pulau Pinang yang memberi berbagai bantuan kepada kakitangannya, ” katanya.

“Nampaknya Kerajaan Negeri Pulau Pinang dibawah kepimpinan Lim Guan Eng lebih efisyen daripada Kerajaan Persekutuan dalam soal menjaga kebajikan kakitangan, rakyat sepatutnya memilih Pakatan Rakyat pada PRU 13 nanti kerana UBN gagal setelah setengah abad memerintah," ujarnya

Isu MB Kedah Kembali Panas

ALOR SETAR – Bekas ahli Pas kawasan Padang Terap, Zainol Ismail menafikan pembabitannya dalam penerbitan buku ‘Azizan Dalam Dosa’ yang mengkritik kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang disebarkan secara meluas di negeri ini sejak beberapa bulan lalu.

Menurutnya, dia didakwa oleh ahli Pas kononnya antara penulis buku terbabit, walaupun tuduhan itu tidak disertakan bukti.

“Saya tiada kaitan langsung dengan buku itu, tetapi ahli Pas menuding jari kepada saya kononnya sayalah penulis buku itu semata-mata kerana saya bekas wartawan Harakah dan pernah dipecat keahlian parti,” katanya.

Zainol yang juga bekas Exco Pemuda Pas Kedah dikenali sebagai Cikgu Non atau nama penanya, CN Al Afghani mendakwa, kaitan mengenai dirinya dengan buku itu disebarkan Yang Dipertua Pas kawasan Kulim Bandar Baharu, Hassan Abdul Razak.

“Saya dimaklumkan oleh rakan-rakan Pas bahawa Hassan membuat tuduhan itu dalam laporan mesyuarat Perhubungan Pas Negeri Kedah, dengan menyebut secara terang-terangan nama saya sebagai penulis. Dia juga ada menyebut penulis itu berasal dari Padang Terap dan berpindah ke Baling, semua orang tahu saya adalah orang yang dimaksudkan,” katanya.

Menurutnya, tuduhan turut dilemparkan kononnya dirinya yang mendapatkan penaja kewangan untuk menerbitkan buku itu daripada seorang tokoh korporat di Kuala Lumpur, termasuk mengaitkan Yang Dipertua Pas Putrajaya sebagai penerbit.

Berikutan itu, Hassan diminta mengemukakan permohonan maaf secara terbuka kepadanya dalam tempoh dua minggu setelah berita ini disiarkan.

“Saya mahu bersihkan nama saya yang sudah tercalar ekoran tuduhan itu. Saya mahu Hassan mohon maaf, jika beliau enggan, saya tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis mengenai fitnah itu,” katanya.

Ditanya mengenai pemecatan beliau sebagai ahli Pas pada 2001, Zainol berkata, ianya dibuat setelah ada pihak yang tidak berpuas hati terhadap tindakannya mendedahkan kepincangan yang berlaku membabitkan Tabung Memali Anak Yatim dan Balu.

“Setelah kes itu dibawa ke pucuk pimpinan, saya menerima surat pemecatan daripada Jawatankuasa Disiplin Pas Pusat,” kata bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 2001-2006 itu.

Sementara itu, Hassan ketika dihubungi berkata, beliau tidak gentar dengan amaran Zainol yang menuntutnya membuat kenyataan mohon maaf.

“Saya akui memang saya buat kenyataan dalam mesyuarat Pas Kedah bahawa Zainol antara penulis buku ‘Azizan Dalam Dosa’. Saya berani mengaku sebab saya ada bukti yang mengaitkan dirinya dengan tuduhan itu,” katanya.

Hassan turut mengalu-alukan tindakan Zainol untuk membuat laporan polis jika beliau enggan memohon maaf.

“Dia boleh buat laporan polis kerana tindakan itu dapat mendedahkan bukti serta membendung penularan buku itu yang dikatakan kembali aktif diedarkan di beberapa daerah sekarang ini.

“Saya tak takut kena saman sebab saya ada maklumat yang benar. Malah saya difahamkan, dia mula edarkan buku baru, bertajuk Azizan Dalam Dosa siri dua. Bagaimanapun, saya tak akan dedahkan maklumat itu selagi dia tak kacau saya,” katanya.

Menurutnya, walaupun nama penulis tidak dinyatakan pada buku itu, namun beliau percaya rakyat tahu siapa dalang di sebalik penerbitannya.

“Saya cuma mahu mengingatkan rakyat Kedah supaya jangan terpengaruh dengan isi kandungan buku itu. Anggaplah buku itu sebagai bahan bacaan hiburan sahaja, tapi jangan percaya bulat-bulat. Semua maklumat dalam buku itu tidak benar,” katanya

Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails