بسم الله الرحمن الرحيم
http://rubbertapperz.blogspot.com/2010/05/yasin-dan-solat-hajat-untuk-kamalnathan.html
Mufti Perak, Harussani Zakaria menegaskan hukum orang Islam mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan untuk orang bukan Islam adalah haram apatah lagi apabila ia dibaca di dalam khutbah Jumaat.
Katanya, perbuatan mendoakan supaya orang kafir memeluk Islam amat digalakkan agama Islam namun menggunakan pentas khutbah Jumaat untuk berdoa seperti itu dilarang agama.
“Mendoakan supaya orang kafir mendapat kesejahteraan dan kebahagiaan adalah haram di sisi Islam. Berdoa mengharapkan orang kafir menerima dan memeluk Islam tidak salah tetapi tidak kena pada tempatnya jika dibaca dalam khutbah Jumaat,” katanya ketika dihubungi, semalam. – berita hairan
Note: Kalau bacakan yasin dan buat solat hajat untuk keling ni harus ke? Kalau PR buat semuanya haram. Kalau BN buat semuanya harus... Yer la kan.. kalau dah nama pun Harus Sana Sini... tukar jer nama haram sana sini kan lagi baik
Selasa, 24 Ogos 2010
DOAKAN KESEJAHTERAAN BUKAN ISLAM HARAM : HARUS SANA SINI
Sudah sampai Masa PAS Ganti Umno
Parti Islam

PAS dan Pakatan Rakyat komited untuk mempertahankan apa telah termaktub di dalam perlembagaan negara mengenai Islam, Melayu, Raja-Raja Melayu dan bahasa Melayu. Inilah persepakatan di Konvensyen Pakatan Rakyat yang di tandatangani oleh pemimpin PAS, PKR dan DAP pada 19/12/2009.
Umno sepatutnya malu, setelah mengepalai negara hampir 53 tahun selepas merdeka, ekonomi bumiputera semakin jauh ke belakang. Kalau dinilai dalam peperiksaan, Umno mendapat nombor corot, kerana 53 tahun di dalam kelas masih buta huruf. Kenapa Umno perlu melalak hendak menyalahkan orang lain kerana gagal mencapai tahap ekonomi bumiputera. (Baca seterusnya.....)
PAS mencadangkan kepada Umno kena banyak muhasabah diri, kenapa terjadi demikian. Pemimpin Umno kena fikir, mereka ada kuasa membuat dasar, melaksana, semuanya berada di dalam genggaman Umno. Pemimpin Umno yang memerintah di negara ini, bukan Umno menjadi pembangkang. Banyak perkara mereka boleh lakukan, kalau pemimpinnya jujur untuk rakyat dan negara.
PAS berpandangan pencapaian ini tidak tercapai kerana Umno melaksanakan dasar Umnoputera. Agih projek bukan kepada mereka yang sepatut dapat, merekalah yang menjadi jutawan 10% dengan mengali babakan projek yang dapat melalui “hak istimewa orang Umno”. Siapakah yang menjual ekuiti 30% yang diperuntukan kepada bumitera setiap kali syarikat yang hendak di senaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur. Kemana pergi dana RM54 bilion untuk ekuiti bumiputera, sekarang hanya tingga RM2 bilion, bermakna RM52 billion lesap. Sekiranya pemimpin Umno amanah dan jujur dengan dana sebanyak RM54 bilion, sudah tentu pencapaian ekuiti bumiputera sudah melebihi 30%.
PAS pernah terlibat di dalam Majlis Perundingan Ekonomi (MAPEN) tahun 1990 dengan cadangan yang bernas untuk peningkatan ekonomi bumiputera dan pembelaan kepada kaum lain. Cadangan PAS di sambut baik termasuk di kalangan ahli MAPEN yang terdiri dari kalangan orang bukan Melayu di dalam majlis tersebut. PAS mengemukakan cadangan berdasarkan kepada prinsip keadilan dalam Islam yang sejagat. Malangnya cadangan tersebut dibangkul sampah oleh Dr Mahathir yang menjadi Perdana Menteri waktu itu.
PAS lebih berjaya menguruskan ekonomi dengan adil, iaitu membantu kepada mereka yang wajib dibantu. Pengalaman Pas di Kelantan selama 20 tahun berjaya mengangkat taraf hidup orang Melayu dan membantu bukan Melayu yang dhaif. Kesejahteraan dan keharmonian dapat dilihat dengan mata kasar. Begitu juga kejayaan Terengganu sewaktu pemerintahan PAS pada tahun 1999 hingga 2004 telah berjaya menaikkan taraf hidup rakyat Trengganu daripada miskin nombor dua kepada miskin nombor empat. Kerajaan PAS Terengganu juga telah memberi tanah khususnya tapak rumah kepada orang Cina dan kaum lain yang tidak bertanah, kerana mereka dalah golongan yang perlu dibantu. Kerajaan Kedah baru sahaja diambil alih oleh PAS dan Pakatan Rakyat, telah berjaya menunjukkan prestasi yang baik sehingga menjadi kehairanan bekas pimpinan Umno Kedah, macam mana Datuk Seri Azizan Razak berjaya memerintah Kedah walaupun dengan kekangan kewangan yang parah. Sampailah masanya PAS menggantikan Umno berdasarkan rekod dan prestasi negeri yang PAS pimpin untuk kesejahteraan rakyat berbagai kaum di negara ini.
Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat
Ahad, 22 Ogos 2010
hangpa Saja yang Boleh!!! Orang Lain Tak Blehh!!
PEKAN: Kecenderungan pihak pembangka

Perdana Menteri berkata pihak pembangkang akan semakin menjadi-jadi membuat janji apabila pilihan raya umum dilihat semakin hampir.
"Mereka akan buat apa-apa janji ini dan semakin dekat dengan pilihan raya, semakin banyaklah janji yang mereka akan tabur," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyampaian kuih raya Angkatan Tentera Malaysia di sini, Sabtu.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kecenderungan pihak pembangkang yang dilihat semakin galak membuat janji untuk rakyat.
Antara yang terbaru ialah kenyataan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa sasaran pakatan pembangkang ialah supaya setiap isi rumah menikmati pendapatan RM4,000 sebulan dalam tempoh lima tahun apabila gabungan pembangkang mengambil alih pentadbiran kerajaan pusat.
Najib berkata rakyat perlu bijak menilai setiap janji yang dibuat sama ada ia adalah janji yang berpijak di bumi yang nyata atau hanya sekadar fantasi semata-mata.
"Dalam sistem demokrasi, tiada ubatnya (menangani pelbagai janji sedemikian)melainkan kemampuan rakyat untuk membuat penilaian berdasarkan pemikiran matang dan rasional. (Janji yang dibuat) Itu perkara biasa... pada pilihan raya dulu pun macam-macam janji dibuat, pada kali ini mereka tambah lagilah janji-janji mereka.
"Sebab itulah kita (kerajaan Barisan Nasional) tetap dengan perancangan kita yang realistik seperti Model Baru Ekonomi, seperti NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara) dan sebagainya yang kita percaya satu perancangan yang disokong dengan fakta dan kajian yang mendalam," kata Najib.
Perdana Menteri berkata pihak pembangkang tidak pernah meneliti setiap janji yang dibuat itu sama ada ia boleh dilaksanakan atau tidak kerana apa yang penting mereka hanya inginkan sokongan rakyat untuk mendapat kuasa memerintah.
"Yang penting sekali mereka janji sesuatu yang menyeronokkan pengundi untuk menyokong mereka, ini semua strategi politik mereka sahaja," katanya.
Ditanya kecenderungan pihak pembangkang membuat pelbagai janji itu sebagai petanda pilihan raya umum ke-13 akan dilaksanakan tahun depan, Najib berkata: "Wallahualam...".
Najib kemudiannya turut menghadiri majlis mengacau dan penyampaian bubur lambuk secara percuma kepada orang ramai anjuran akhbar Kosmo!, Wanita Umno dan beberapa badan bukan kerajaan di Dataran Pekan di sini. - BERNAMA
Berbuka puasa bersama Guan Eng
Written by Ahmad Tajdid |
(Penulis menikmati juadah berbuka di majlis berbuka puasa anjuran Lim Guan Eng) Selain Guan Eng, turut hadir Penasihat DAP Lim Kit Siang, Naib Pengerusi DAP Kebangsaan Tengku Abdul Aziz Abdul Rahman (yang sajak bersongkok hitam), Ketua Pemuda Anthony Loke, Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor Teresa Kok dan Ean Yong Hian Wah, Ahli Parlimen PJ Utara Tony Pua dan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong. Beliau memberi contoh isu bazar Ramadan di Komtar apabila kerajaan negeri didakwa mahu menghalang para peniaga Melayu berniaga di bazar tersebut sedangkan isu sebenar adalah kegagalan syarikat penganjur menjelaskan sewa kepada pentadbiran Komtar. Bagaimanapun kerajaan negeri, katanya berusaha berunding dengan syarikat pemaju. Dalam satu kes di Kampung Pokok Asam, kerajaan negeri telah meminta pemaju menangguhkan operasi merobohkan rumah penduduk selama tiga bulan bagi membolehkan langkah penyelesaian terbaik dicapai. Ini jauh berbeza di beberapa hotel yang pernah saya hadiri untuk buffet Ramadan apabila para pengunjung bukan Islam turut sama berebut-rebut mendapatkan makanan. Sesetengahnya pula makan dan minum sebelum waktu berbuka. (Lim Guan Eng memberikan ucapan ringkas selepas berbuka) Pengerusi Perhubungan Umno negeri yang juga Menteri Pertahanan, Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi mendakwa kononnya kerajaan negeri mengarahkan nama Ketua Menteri dimasukkan dalam doa khutbah kedua Jumaat bagi menggantikan Yang di-Pertuan Agong. |
Hudud cara terbaik - Nik Abdul Aziz Nik Mat

Menteri Besar Kelantan itu berkata, pihaknya sedaya upaya melaksanakan undang-undang tersebut berdasarkan kemampuan yang ada di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri.
“Apa yang mampu untuk kita laksanakan di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri kita kan buat. Kita membatas penjualan arak, mengharamkan riba, melarang acara tari-menari di majlis-majlis keramaian, menguatkuasakan larangan menghidangkan minuman alkohol di hotel-hotel dan banyak lagi perubahan,”katanya ketika berucap di Majlis Perasmian Sambutan Hari Hudud Negeri Kelantan di sini semalam.
Kelantan sebelum ini meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) pada tahun 1993 sekali gus menjadi negeri pertama yang meluluskan undang-undang yang berkaitan hudud.
Dalam pada itu Nik Abdul Aziz berkata, peningkatan gejala sosial yang melanda negara kini adalah kerana undang-undang yang digunakan tidak berjaya mencegah kemungkaran yang berlaku dalam kalangan masyarakat.
Malah katanya, peningkatan gejala sosial pula kini sampai ke tahap yang sangat membimbangkan, ditambah lagi dengan purata setiap 16 minit satu kes kecurian di negara kita.
“Kes-kes buang bayi pula semakin membimbangkan di mana ia meningkat 154 peratus dengan 54 kes dari Januari hingga kini, berbanding hanya 42 kes pada tempoh yang sama tahun lalu. Begitu juga dengan peningkatan kes pembunuhan, rogol, ragut dan pelbagai jenayah lain,” katanya.
Nik Abdul Aziz berkata, hudud telah diberikan imej yang cukup buruk oleh media Barat dengan sokongan media sekular di dalam negara menjadikan masyarakat sering kali tersalah anggap tentang hukuman tersebut.
Perkauman: Rakyat perlu berpayung di bawah PR
Written by Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 21 Ogos: Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli yakin, Umno sedang cuba mencetuskan huru hara apabila cuba membangkitkan isu perkauman pada waktu ini. |
PAS ganti Umno jadi teras politik Melayu?
Kenyataan Presi

Majoriti rakyat terutamanya orang-orang Melayu memuji ketegasan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS kerana berani mempertahankan hak istimewa orang Melayu tetapi dalam masa yang sama beliau tegas menyatakan keadilan kepada semua rakyat perlu diberikan kepada semua bangsa selaras dengan tuntutran Islam.
Dalam keadaan yang terdesak untuk mendapat sokongan PAS, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin cuba menanggok di air keroh dengan memuji Presiden PAS dan dalam masa yang sama cuba melaga-lagakan PAS dengan DAP.
Tindakan Timbalan Presiden UMNO ini dibidas pula oleh Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon yang merupakan komponennya sendiri dengan nasihat supaya parti politik membuang budaya politik negative dan mewujudkan suasana yang lebih selesa dan harmoni.
Kesedaran beliau tentang hakikat parti-parti politik berdendam antara satu sama lain terutama selepas Pilihanraya umum 2008 wajar diikuti dan diamalkan bukan sahaja oleh Pakatan Rakyat tetapi juga oleh Barisan Nasional.
Impian PAS ganti UMNO
Selain Kelantan dan Terengganu, impian PAS untuk menggantikan UMNO berjaya selepas pilihanraya umum 2008 yang lalu dengan sokongan parti-parti Pakatan Rakyat yang lain di Kedah dan Perak.
Dengan PAS hanya ada 16 kerusi sahaja di DUN Kedah yang mempunyai 36 kerusi, kerajaan PAS boleh membentuk kerajaan Pakatan Rakyat dengan sokongan PKR dan DAP tetapi boleh tumbang bila-bila masa sahaja jika politik Pakatan Rakyat tidak berjaya diuruskan dengan baik di negeri ini.
Beberapa percubaan telah dilakukan oleh UMNO dan BN tetapi masih belum berhasil untuk menumbangkan Ustaz Azizan Abdul Razak dan kerajaan PAS di negeri Jelapang Padi ini seperti mereka menumbangkan Ir Nizar Jamaluddin, Menteri Besar PAS dan kerajaannya di Perak.
Di Selangor pula, PAS sedang mencari jawapan adakah orang Melayu masih bersama UMNO atau telah berhijrah kepada PAS dan PKR? Sekiranya orang Melayu bersama dengan PAS, orang Melayu tetap menjadi teras politik di negeri Selangor yang majoriti Melayunya tidak sampai 60 peratus.
Manakala di negeri-negeri lain seperti Johor, Pahang, Melaka dan Negeri Sembilan belum menampakkan perubahan yang drastik untuk bersama mendokong PAS sebagai bahtera yang boleh menyelamatkan orang Melayu kepada satu teras yang baru dan baik yakni Islam.
Di Johor, PAS telah berjaya memperolehi dua kerusi DUN,(iaitu DUN Sungai Abong dan DUN Maharani) sekarang ini. Berbagai perangsaraf mula dilancarkan bagi menghadapi gelombang kebangjkitan Pakatan Rakyat di Johor. Diantaranya, kain rentang yang mendakwa PKR akan menabalkan Chua Jui Meng, Pengerusi PKR Johor ditabalkan menjadi Menteri Besar Johor selepas PRU ke-13 nanti.
Di sini peranan Naib Presiden PAS, Sallehuddin Ayub yang dipertanggungjawabkan kepada pemerkasaan parti PAS perlu dibantu bagi
memastikan Johor juga menjadi pangkalan PAS dan tidak ketinggalan memberikan sumbangan beberapa kerusi parlimen kepada PAS dalam usahanya menggantikan UMNO.
Tindakan Mazlan Aliman, Ketua Penerangan PAS Johor yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang bertanggungjawab kepada hal ehwal tanah dan pembangunan wilayah menggempur kubu tradisi UMNO di kawasan-kawasan Felda seluroh negara berjaya membuka mata pimpinan UMNO bahawa PAS bukan lagi bercakap kosong untuk menggantikan UMNO. Kedudukan UMNO dan BN mula tergugat setelah kubu tradisi mereka di kawasan-kawasan Felda berjaya dipecahkan.
Di Pahang pula, kedudukan Tuan Ibrahim Tuan Man, seorang lagi Naib Presiden PAS yang dipertanggungjawabkan memimpin jentera PAS Pahang menambah 2 kerusi DUN PAS (Beserah dan Kuala Semantan) bagi menggantikan UMNO di negeri ini perlu dilipatgandakan lagi kerana sebelyum ini PAS pernah memperolehi 6 kerusi di DUN Pahang selepas pilihanraya umum 1999 yang lepas.
Berdasarkan kepada keputusan pilihanraya kecil Bagan Pinang baru-baru ini, peluang PAS untuk menggantikan UMNO di negeri Sembilan, satu-satunya negeri yang mengamalkan adat perpatih ini masih jauh lagi setalah PAS berjaya bertapak di negeri ini selepas memenangi DUN Paroi pada pilihanraya umum 2008 yang lepas.
Melaka menjadi satu-satunya negeri yang PAS belum pernah menang lagi dalam pilihanraya tetapi bukanlah satu perkara yang mustahil Melayu Melaka juga berubah menyokong PAS selepas ini.
Manakala di Pulau Pinang, PAS telah lama mengagntikan UMNO di Permatang Pasir tetapi gagal berkembang kerana 11 lagi kerusi DUN yang dikuasai oleh UMNO di Pulau Piang. Begitu juga di Perlis, PAS telah lama bertapak di DUN Santan tetapi masih gagal menggantikan UMNO di Perlis.
PAS dan UMNO, Silih Berganti
Dua buah negeri, yakni Kelantan dan Terengganu yang menjadi tonggak kekuatan politik orang Melayu di Semenanjong di mana UMNO dan PAS silih berganti menguasai kekuasaan politik di sini.
Di Kelantan, setelah PAS memerintah selama 18 tahun sejak tahun 1959 ianya berjaya ditumbangkan oleh UMNO pada tahun 1978 selepas kerajaan PAS di’mageran’kan. Begitu juga selama 12 tahun orang Melayu Kelantan memberikan harapan kepada UMNO sehingga tahun 1990 juga tidak Berjaya.
Sejak 20 tahun lalu, orang Melayu memberikan harapan kepada PAS untuk menguasai semula kekuasaan politik Melayu di Malaysia dengan menjadikan Kelantan pangkalan. Sejak itu, berlaku beberapa kali kebangkitan rakyat untuk membuat perubahan tetapi tidak berlaku secara menyeluroh.
Di Terengganu, selepas kerajaan PAS yang menang dalam tahun 1959 di negeri ini ditumbangkan dalam satu undi tidak percaya pada tahun 1961.Sejak itu, PAS mengambil masa 38 tahun untuk muncul semula menggantikan UMNO memerintah kerajaan Terengganu pada tahun 1999.
Kerajaan kedua PAS Terengganu yang dibina pada tahun 1999 hanya sempat bertahan selama sepenggal sahaja dan berkubur semula setelah kalah pada pilihanraya umum 2004. Sejak itu PAS sentiasa memasang impian untuk sekali lagi berkuasa di negeri Terengganu setiap kali pilihanraya umum diadakan.
Saya kira, satu seminar khas berhubung PAS Ganti UMNO perlu diadakan dengan beberapa tindakan berstrategi dan bersungguh-sungguh bagi menyakinkan Melayu terutama di Pantai Barat perlu dilakukan disamping tidak meninggalkan harapan baru yang diberikan oleh orang-orang bukan Melayu kepada PAS.