SELAMAT DATANG

Sabtu, 5 Disember 2009

Puluhan ribu rakyat berhimpun sokong Tok Guru

KOTA BHARU, 4 Dis: Pusat bandar Kota Bharu penuh sesak dengan kebanjiran lautan manusia menghadiri perhimpunan menyokong kepimpinan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Apa yang jelas ia ratusan kali ganda lebih ramai berbanding demontrasi mendesak Menteri Besar Kelantan meletak jawatan di hadapan Kota Darulnamim Selasa lalu, kata Ketua Penerangan PAS, Ahmad Baihaki Atiqullah.

Biarpun cuaca redup dengan hujan sekali sekala lebat, ia tidak menghalang puluhan ribu rakyat Kelantan hadir menyatakan kasih dan sayang mereka kepada Tok Guru Nik Abdul Aziz.
Ada yang datang dari Besut, Gua Musang, Jeli, Kuala Krai dan negeri-negeri lain bagi meramaikan lagi perhimpunan tersebut.Pelbagai sepanduk dapat dilihat, ada yang bertulis ‘Kita Sayang Tok Guru Kita’, ‘Kami Menyokong Kepimpinan Tok Guru Nik Aziz’, ‘Royalti bui-builah (bagi-bagilah)’ dan ramai yang memakai lilit kepala bertulis ‘We Love Tok Guru’.
Tidak kurang juga kelihatan ramai anggota polis yang terpaksa berkawal di sepanjang jalan.

Medan Ilmu di Jalan Tok Pati menyaksikan sokongan terhadap kepimpinan Tok Guru Nik Abdul Aziz tidak pernah surut.


Hadir sama anggota-anggota Exco kerajaan negeri, wakil-wakil rakyat, Ketua-ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan, Datuk Mohamed Daud dan penduduk bukan Islam serta pemimpin KeADIlan negeri.

Lebih menarik lagi apabila pemimpin masyarakat Cina, India dan Siam turut berucap di hadapan ribuan yang hadir.

Ah Seng mewakili masyarakat Cina menyatakan kaum tersebut di Kelantan dapat hidup aman damai di bawah pemerintahan PAS yang dipimpinan Tok Guru.
“Masyarakat Cina berdiri teguh di belakang Tok Guru. Kami masyarakat Cina menentang keras usaha-usaha pihak lawan yang mahu menjatuhkan Menteri Besar,” katanya diikuti laungan takbir orang ramai.

Tharuman wakil masyarakat India juga menyatakan masyarakat India di Kelantan memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada Tok Guru.

Ucapan dalam bahasa Tamil membuat orang ramai menjadi riuh rendah seketika.

Wakil institusi pondok tradisional di Kelantan, Ustaz Awang Yusof dari Pondok Gelang Mas, Pasir Mas secara terbuka meminta rakyat Kelantan tanpa mengira agama dan bangsa memberi sokongan padu kepada Tok Guru Nik Abdul Aziz.

Wakil KeADILan yang begitu bersemangat berucap berkata, ribuan rakyat yang hadir hari ini tidak dibayar sesen pun untuk hadir menyatakan sokongan kepada Menteri Besar.

“Tidak ada sebuah kerajaan yang bersih di negara ini kecuali Kelantan sepanjang ditadbir Tok Guru hampir 20 tahun,” ujarnya.

Beliau juga mencabar pemuda Umno berdebat pada bila-bila masa untuk membincang isu royalti yang menjadi hak milik rakyat negeri ini cuba dinafikan perdana menteri.

Pimpinan Pakatan Rakyat lebih terbuka berbanding pimpinan Umno-BN

http://misabah.blogspot.com

Berpolitik memang tidak boleh lari dari melakukan beberapa kesilapan, kadang-kadang tindakan yang dilakukan berdasarkan emosi atau situasi ketika itu. Tiga orang ADUN dari Perak telah melakukan pengkhianatan terhadap amanah rakyat dalam pilihanraya 2008 yang lalu sehingga tumbang kerajaan PR di Perak.

Pengkhianatan ini mengundang kemarahan rakyat yang kadang-kadang tidak boleh dikawal, akibatnya mereka melakukan tindakan-tindakan yang pada pandangan politik mereka wajar dan padan dengan pengkhianatan yang dilakukan. Antara tindakan yang kononnya mencetus kemarahan UMNO dan orang Melayu ialah memijak gambar.

Pada saya memijak gambar sebagai tanda protes kemarahan rakyat di atas pengkhianatan yang dilakukan oleh mereka masih lagi kecil berbanding dengan perbuatan mereka yang mengkhianati amanah rakyat dengan melompat menyertai BN.

Sekalipun mereka secara peribadinya tidak bersetuju dengan polisi kerajaan PR atau tidak setuju dengan MB atau apa sahaja sebab yang mereka tidak bersefahaman dengan kerajaan PR, samada mereka meletakan jawatan sebagai ADUN supaya boleh diadakan semula pilihanraya kecil, atau meletakan jawatan sebagai EXCO atau bersabar sehingga pilihanraya akan datang.

Akibat pengkhianatan ini menyebabkan sebuah kerajaan yang dibentuk atas semangat demokrasi dan mendapat kepercayaan majoriti rakyat tumbang. Kerajaan tumbang disebabkan perbuatan khianat ahlinya yang lari dari perjuangan adalah satu jenayah politik yang sangat besar.
Sebab itulah dalam Islam sendiri, tentera Islam yang lari dari peperangan yang sedang dihadapi atau mengkhianati pasukannya sendiri dengan menyokong pasukan musuh akan dihukum dengan hukuman yang sangat berat sehinggalah boleh dibunuh.

Namun kesilapan kecil yang mengundang isu yang dibesar-besarkan oleh media segera disedari oleh pimpinan DAP, lantas permohonan maaf segera diajukan. Ini menunjukkan keterbukaan pimpinan DAP yang segera memohon maaf kepada rakyat yang tersinggung dengan perbuatan yang dianggap bertentangan dengan nilai budaya dan adab ketimuran. Permohonan maaf secara terbuka itu disiarkan dalam dada-dada akhbar dengan jaminan tidak akan mengulanginya lagi. Rakyat wajar memuji dengan kenyataan maaf ini.

UMNO BN sejak dahulu sehingga sekarang terlalu banyak menyinggung perasaan rakyat, bahkan satu ketika dahulu dalam isu pindaan perlembagaan, raja-raja Melayu turut disinggung oleh UMNO BN dengan begitu biadab sekali. Pernah kita mendengar pemimpin UMNO BN memohon maaf kepada raja-raja Melayu ?

Dr Mahathir termasuk beberapa pimpinan UMNO pernah menuduh Anwar Ibrahim menumbuk dan mencederakan mukanya sendiri bagi menagih simpati rakyat, ternyata apabila dijalankan siasatan oleh Suruhanjaya Diraja terbukti Ketua Polis Negaralah yang mencederakan Anwar Ibrahim sewaktu dalam tahanan, pernah rakyat Malaysia mendengar permohonan maaf dari Dr. Mahathir dan pimpinan UMNO yang lain ?

Sebaliknya Anwar Ibrahim secara terbuka memaafkan Ketua Polis Negara dan juga memaafkan Dr. Mahathir. Anwar Ibrahim juga dimalukan dengan tuduhan yang cukup mengaibkan yang akhirnya merengkok dalam penjara untuk sekian lama, apabila mahkamah memutuskan sebaliknya, juga tidak kedengaran permohonan maaf dari pemimpin UMNO BN.

Datuk Zahid pernah membuat tohmahan dan fitnah jahat ke atas Menteri Besar dan Kerajaan PR Perak yang kononnya akan menutup semua tadika KEMAS seluruh Perak hujung bulan Disember 2008 yang lalu, akibatnya timbul keresahan rakyat. Ternyata dakwaan Zahid adalah palsu, bohong dan berniat jahat sama sekali, tidak ada satu tadika KEMAS pun yang diarahkan tutup oleh Kerajaan PR. Zahid Hamidi juga tidak pernah memohon maaf atas keterlanjurannya membuat kenyataan jahat dan fitnah itu kepada Menteri Besar Hj Nizar.

Dr. Mahathir juga pernah membuat kenyataan yang mengguris Sekolah Agama Rakyat termasuk ibu bapa dan pelajar sekolah agama rakyat yang kononnya melatih pelajar-pelajar menjadi pengganas, pelajar pasti juga dituduh dengan tuduhan yang sama.

Kenyataan yang paling mengguris dan menyinggung emosi umat Islam ialah penghinaan terhadap sunnah dan syariat Islam. Umat Islam membantah kenyataan ini, memorundum demi memorundum dihantat ke Pejabat Perdana Menteri. Pernah rakyat Malaysia mendengar permohonan maaf Mahathir ?

Tangkapan-tangkapan ISA ke atas rakyat yang tidak pernah dibuktikan bersalah di mahkamah sehingga anak dan isteri dipisahkan untuk sekian lama, juga rakyat tidak pernah mendengar permohonan maaf dari pemimpin UMNO BN. Dan banyak lagi pembohongan dan tindakan-tindakan biadab UMNO BN terhadap rakyat, pemimpin pembangkang, terhadap Islam sendiri dan sebagainya. Pemimpin UMNO BN tetap angkuh dan sombong sehingga boleh jadi ada yang mati dalam keangkuhan dan kesombongan. Pernyataan maaf bagi mereka cukup berat untuk dilafazkan.

Gambar Lim Guan Eng dibakar, gambar Hj Nizar dipijak, gambar Tok-tok Guru kita dikencing, poster-poster kita dikoyak dan sebagainya. Pemimpin UMNO BN sehingga sekarang masih tidak mahu bertanggung jawab dan memohon maaf bagi pihak parti dan ahlinya di atas perbuatan biadab yang sedemikian.

Inilah UMNO BN, pihak lain dianggap biadab dan tidak bertamaddun tetapi kalau datang dari mereka dianggap wajar dan bersopan. Begitulah UMNO BN dulu, kini dan selamanya tetap sama buruknya.



Umno, PAS, mufti bertemu di wacana perdana Kelantan

Mohd Nor Yahya

KOTA BHARU : Mungkin tidak banyak berlaku, PAS, Umno, ilmuan dan ahli akademik boleh bersama duduk semeja dalam wacana ilmiah membincangkan hal hal tertentu khususnya persoalan agama.

Namun ianya sekali lagi akan menjadi realiti apabila Kerajaan Kelantan akan menganjurkan wacana membincangkan tajuk ‘Islam Di Malaysia: Realiti dan Harapan’.

Wacana tersebut akan membariskan Exco kerajaan negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah, Exco Pemuda Umno Malaysia, Affandi Yusof, bekas Setiausaha Agung PAS, Datuk Mohd Nakhaie Ahmad dan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Wacana yang dijadual berlangsung pada jam 9 malam, 12 Disember ini bertempat di Dewan Konvesyen Kelantan Trade Centre akan dikendalikan Pensyarah kanan di Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi UKM, Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusof bertindak sebagai moderator.

Wacana tersebut dianjurkan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI).

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan,Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi, Ahmad Baihaki Atiqullah berkata, kesemua kelengkapan dari aspek teknikal sedang giat diusahakan bagi memastikan ianya memberi kepuasan terbaik kepada pengunjung yang hadir.

“Pihak penganjur juga akan memasang dua skrin besar di perkarangan dewan tersebut bagi menampung orang ramai,” ujarnya di sini.

Dewan yang serba canggih tersebut boleh menampung sehingga 1,800 orang.

Beliau berharap wacana tersebut dapat dijadikan garis panduan dalam usaha memartabatkan Islam di negara ini.

“Kami menjemput orang ramai terutamanya ahli akademik, tokoh-tokoh politik dari pelbagai parti, pegawai-pegawai kerajaan negeri dan persekutuan menimba ilmu di wacana terseut” katanya.

Wacana itu akan disiarkan secara langsung melalui http://www.mykelantan.tv.

Video : Aksi Datuk Azhar Ibrahim (BN) Tunjuk Punggung Dalam Dewan


Belum pun 15 minit bersidang, Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang di sini semalam kecoh apabila sembilan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) bertindak keluar dewan.

Tindakan itu dibuat apabila Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim sekali lagi digantung berikutan keengganannya memohon maaf kepada Sim Tze Tzin (PKR-Pantai Jerejak) yang mendakwa Azhar menunjukkan punggung kepadanya.

Semuanya bermula apabila Tze Tzin yang mengambil bahagian perbahasan Bajet 2010 pada pukul 9.45 pagi dan membangkitkan isu itu yang kemudian- nya mendapat perhatian Speaker, Datuk Abdul Halim Hussain.

Abdul Halim kemudiannya mengarahkan Azhar supaya memohon maaf kerana perbuatan itu seolah-oleh menghina Tze Tzin selain mempelawa Azhar menonton kembali tayangan video kejadian terbabit namun enggan dipatuhi Azhar.

Beliau kemudiannya mengumumkan Azhar digantung sehingga selesai persidangan yang menyaksikan semua ADUN BN keluar dewan. Kosmo



Jumaat, 4 Disember 2009

BTN sudah lama terpesong- Bekas Pengarah

Salmah Mat Husain

KOTA BHARU, Biro Tata Negara (BTN) yang diwujudkan kini bukan lagi untuk menjaga semangat bangsa dan cintakan negara, sebaliknya untuk menjaga kekuatan parti Umno.

Bekas Pengarah BTN Terengganu, Rosli Abdullah memberitahu modul kursus yang diajar dalam BTN khususnya selepas tahun 1998, lebih menekankan pengukuhan peserta kursus kepada pada parti pemerintah itu.

“Pada masa yang sama, peserta kursus juga turut diajar memusuhi pemimpin parti-parti pembangkang, khususnya ulama dalam PAS, lebih bersifat perkauman dan berbagai lagi,”ujarnya lagi.

Katanya, tindakan pemimpin kerajaan Selangor yang menghalang kakitangannya menghadiri kursus dalam BTN sebenarnya satu langkah yang baik memandangkan setiap peserta akan diasak sedemikian rupa untuk memenuhi impinan kerajaan Umno dan BN.

Beliau yang pernah diamanahkan sebagai Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan BTN Pusat, itu seterusnya memberitahu, propaganda termasuk tuntutan Hindaf juga turut dicanang kepada peserta kursus berkenaan.

“Modul kursus BTN khususnya diawal era 90-an, berbeza khususnya sewaktu dibawah seliawan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut ditekankan soal pendidikan Islam.

“Sekarang ni khususnya selepas tahun 1998, kursus berkenaan bukan sahaja tidak ditekankan soal pendidikan Islam, sebaliknya lebih menjurus pada propaganda Umno, perkauman dan memburukkan ulama’ khususnya dalam PAS,”ujarnya lagi.

Sambungnya lagi, masyarakat begitu mengagumi BTN sehingga antara tahun 1991 hingga 1998 merupakan zaman kegemilangan BTN kerana modul kursus yang diperkenalkan termasuk pendidikan Islam.

Namun tambahnya, kini ianya menjadi hambar kerana lebih bersifat politik demi untuk kepentingan parti pemerintah.

Beliau yang kini Timbalan Pengarah Tabung Amanah Tok Kenali juga memberitahu, keberkesanan kursus BTN sekitar tahun berkenaan juga menyebabkan rakyat turun ke bawah akibat kesan dari reformasi yang disuntik dari semangat kursus BTN, khususnya selepas penyingkiran Anwar.

“Kini mereka ingin melakukan perkara yang sama namun lebih sistemetik demi untuk kemenangan mereka dalam pilihan raya umum akan datang,”ujarnya lagi.

Jelasnya, kursus BTN dalam tempoh lima hari amat berkesan kepada peserta kursus dengan asakan serta cara mereka menyampaikan ceramah melalui modul yang telah disediakan kepada peserta.

Jelasnya, BTN kini juga telah terpesong dari matlamat asal penubuhan iaitu untuk menguatkan bangsa Melayu itu sendiri, yang mana kini tidak menumpukan soal bangsa apa lagi agama, sebaliknya menanam semangat perjuangan Umno pada jiwa peserta kursus.

Pada masa yang sama beliau turut menyokong langkah kerajaan Selangor menghalang kakitangannya mengikuti kursus BTN bagi mengelak sesuatu yang tidak diingini berlaku.

Bagaimanapun, menurutnya kerajaan negeri itu perlu mengadakan satu medan kursus khas untuk kakitangannya memandangkan setiap kakitangan awam perlu mengikuti kursus untuk kenaikan pangkat mereka.

Menurutnya lagi, kursus khas di bawah Menteri Besar perlu ditubuhkan sebagai alternatif baru untuk kakitangannya mengikuti kursus.

Pada masa yang sama, sambungnya masyarakat perlu didedahkan tentang intipati yang terdapat dalam kursus BTN agar mereka selamanya tidak diperbodohkan oleh kerajaan khususnya yang mengaitkan hanya Umno mampu memerintah negara.

“Fahaman atau ajaran sesat ini sewajarnya dibuang dari minda rakyat kerana Pakatan Rakyat juga mampu memerintah,”ujarnya.


Rabu, 2 Disember 2009

Nie Baru Politik Namanya.. Siapa Salah Kita Teguq Tak Kira Lawan @ Kawan...

Anwar & Sembilan MP PKR Kutuk Tindakan Memijak
dan Membakar Gambar Ahli Politik


KUALA LUMPUR: Sembilan ahli parlimen daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mengutuk tindakan membakar dan memijak gambar ahli-ahli politik sebagaimana yang dilakukan oleh Pemuda Barisan Nasional Pulau Pinang dan juga DAP di Perak baru-baru ini.

Malah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga telah mengeluarkan kenyataan keras tidak bersetuju dengan tindakan-tindakan seumpama itu.

Sementara itu sembilan ahli parlimen PKR yang diketuai oleh Datuk Zahrain Mohd Hashim (PKR-Bayan Baru) menyifatkan tindakan rakan-rakan mereka dari DAP memijak gambar bekas adun DAP, Hee Yit Foong dan dua adun PKR, Mohd Osman Jailu dan Jamaluddin Radzi sebagai satu tindakan kebudak-budakan, biadap dan kurang ajar.

Mereka juga turut menyifatkan tindakan balas yang dilakukan oleh Pemuda Barisan Nasional di Pulau Pinang sebagai biadap, kurang ajar dan tidak patut dilakukan.

Malah mereka menuntut siapa yang terlibat dalam memijak poster gambar tiga adun di Perak itu dan juga tindakan membakar gambar Lim Guan Eng di Pulau Pinang supaya segera memohon maaf.

"Ini bukanlah satu budaya orang Asia, malah bagi orang Melayu jika tersentuh kepala seseorang pun sudah dianggap biadap, inikan pula memijak gambar mereka. Jadi kami tidak setuju dengan perbuatan seumpama ini," kata Zahrain.

Malah katanya, perbuatan seumpama ini semua memberikan pengajaran yang tidak baik ke atas generasi muda.

Malah Mohd Yusmadi Yusof (PKR-Balik Pulau) berkata, tindakan-tindakan seumpama ini hanya akan menyebabkan pihak yang lain melakukan perbuatan yang serupa dan oleh itu ia hendaklah dielakkan.

Tujuh lagi ahli parlimen PKR yang turut hadir dalam sidang akhbar yang berlangsung di lobi parlimen itu ialah Wee Choo Keong (Wangsa Maju); N. Gobalakrishnan (Padang Serai); Zulkifli Noordin (Kulim-Bandar Baru); Abd Aziz Kadir (Ketereh); Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai); Ahmad Kassim (Kuala Kedah) dan Azan Ismail (Indera Mahkota).

Baru-baru ini pada Konvensyen DAP Perak, para delegasi ke persidangan itu telah bertindak meletakkan gambar poster ketiga-tiga adun yang mengisytiharkan diri mereka sebagai adun bebas itu di atas lantai dan bertindak memijak-mijak gambar ahli-ahli politik berkenaan.

Perbuatan mereka telah menyebabkan Pemuda Barisan Nasional Pulau Pinang mengadakan perhimpunan di Pulau Pinang dan membakar gambar poster Lim Guan Eng pula iaitu ketua menteri negeri tersebut yang juga setiausaha agung DAP


Umno Memang Busuk

Para peguam, doktor dan jurutera dalam PAS mengesahkan mereka menyertai parti Islam itu kerana tahu Umno sememangnya busuk sebelum bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata demikian lagi.

Mereka mengulas tulisan Mahathir dalam blognya yang mendakwa ada bekas pemimpin kanan Umno yang mendakwa "Umno kini busuk sehingga ke ususnya" (Umno is rotten to the core) ekoran amalan rasuah dalam parti itu.

Bagi Mahathir, pandangan itu kini sudah menular ke semua peringkat orang Melayu, bahkan ahli Umno juga.

Mahathir juga berkata, akibat dari pendapat sebegin,i hanya mereka yang kurang cerdik sahaja menyertai Umno manakala yang cerdik dan profesional menyertai PAS.

"Sebab itu tidak ramai ahli profesional yang dapat menjadi ahli Umno. Sebaliknya semakin ramai daripada pemimpin PAS terdiri daripada doktor, peguam, jurutera dan lain-lain profesyen," tulis Mahathir.

(Hanipa - peguam)

Mohamed Hanipa Maidin, salah seorang peguam yang menyertai PAS berkata, dia menyertai PAS kerana dari dahulu lagi tahu Umno ini busuk dengan rasuahnya.

"Saya dah tahu Umno ini busuk sebelum Mahathir cakap. Zaman Mahathir Umno pun busuk," kata Hanipa yang kini adalah AJK PAS Pusat dan Pengerusi Lajnah Guaman PAS.

Hanipa menyokong PAS sejak belajar undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa lagi. Beliau kemudiannya aktif dalam Pemuda PAS dan pernah menjadi Ketua Penerangan sayap PAS itu.

Turut bersama Hanipa kini adalah para peguam muda yang turut aktif dalam PAS.

Khalid Samad, seorang jurutera yang belajar di luar negara dan menyertai PAS sejak lewat 1980an dahulu juga bersetuju dengan pandangan Mahathir.

Beliau menyifatkan, tulisan Dr Mahathir itu sememangnya sudah boleh dijangka.

"Ia sememangnya sesuatu yang boleh dijangka kerana dasar perjuangan Umno hanya mampu menarik minat golongan yang sebegitu," kata Khalid kepada Harakahdaily.

Khalid menyertai PAS selepas PAS mengambil pendekatan kepimpinan ulamak lebih 20 tahun lalu. Bersama-sama dengan beliau, ramai sekali profesional yang menyertai PAS.

(Khalid Samad - jurutera)

Dr Mariah Mahmud, anggota Parlimen Kota Raja adalah bekas pensyarah perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia juga menyertai PAS kerana keyakinan beliau PAS adalah pilihan yang terbaik.

Bagi beliau, orang-orang yang cerdik kini mahukan satu perjuangan yang berlandaskan Islam dan PAS adalah pilihan terbaik dalam hal ini.

Mariah mula aktif dalam PAS sejak tahun 1990an lagi. Turut serta bersama beliau ketika menyertai PAS dahulu adalah ramai rakan-rakan doktornya.

Sebagaimana hujjah Dr Mahathir, Mariah memberikan lima sebab kenapa beliau memilih PAS dan tidak menyertai Umno yang sudah busuk sampai ke usus itu.

Pertama, bagi beliau, orang-orang yang cerdik akan memilih parti yang memperjuangkan Islam. PAS jelas dalam perlembagaannya memperjuangkan Islam.

Hujah kedua beliau adalah, perjuangan PAS yang dipimpin oleh ulama akan menyebabkan semua ahlinya sentiasa diperingatkan tentang matlamat akhir kehidupan.

Yang ketiga, hujjah beliau kenapa menyertai PAS adalah parti itu lebih terbuka dan demokratik di samping berprinsip.

(Mariah Mahmud - doktor)

"Bagi saya juga, berjuang di dalam PAS ini lebih memberikan kepuasan walaupun tiada ganjaran di dunia ini," katanya.

Hujjah Dr Mariah yang terakhir adalah, pemimpin PAS sentiasa terbuka dengan teguran dan sentiasa berlapang dada dengan ahlinya.

Di samping doktor, peguam dan jurutera yang disebutkan oleh Mahathir, PAS juga disertai oleh pelbagai pihak dari pelbagai profesyen kehidupan. Yang paling ketara adalah golongan ulama atau mereka yang belajar Islam secara rasmi.

harakahdaily

Umno bukan busuk sesama sendiri malah busuk hati sesama orang melayu dan Islam yang berbeza ideologi dengan mereka. Cakap saja perjuangkan bangsa dan agama tetapi dianaktirikan dalam segala aspek seperti yang berlaku di Kelantan. Sudah 19 tahun rakyat Kelantan dianaktirikan , bantuan ekonomi disekat, royalti minyak tidak dibayar walau satu sen pun dan sekarang baru terhegeh-hegeh nak nak bagi wang ehsan untuk kroni mereka kaya di Kelantan. Wang ehsan itu untuk kayakan kroni Umno bukan untuk orang Melayu dan rakyat Kelantan .

Kalau Pas Desak Barulah Saya Berhenti- Tok Guru

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu sudah lali dengan desakan supaya beliau meletakkan jawatan.

Tindakan sama sebelum ini katanya pernah beberpa kali dibuat pemimpin Umno negeri itu malah berpendapat tidak perlu melayan perkara tersebut.

"Kalau sebelum ini Tan Sri Annuar Musa yang membuat desakan seperti itu dan sekarang pemimpin Umno lain pula.

"Kalau hendak diikut dengan desakan mereka tidak boleh buat kerjalah kita. Saya sudah lali dengan desakan seperti itu," katanya ketika mengulas demonstrasi pagi tadi.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata, tiada sebab kenapa beliau harus tunduk kepada desakan tersebut kerana ianya datang dari Umno dan bukannya dari PAS sendiri.

"Saya ini pemimpin PAS dan bagaimana pula mereka (Umno) desak saya letak jawatan. Lainlah kalau PAS desak saya barulah saya boleh berhenti. Ini pemimpin parti lain yang tidak ada kena mengena," katanya lagi.

Malah kata beliau perhimpunan mendesaknya meletak jawatan diadakan bertujuan menutup banyak kepincangan lain yang berlaku termasuk pergolakan Umno di Terengganu, dua kerajaan di Perak dan perpecahan MCA serta PPP.

"Bagi melarikan perhatian rakyat terhadap isu tersebut maka dibuat perhimpunan di sini dengan harapan rakyat tidak ingat lagi terhadap isu yang lebih besar berlaku," ujarnya..

Memorandum itu diserahkan Setiausaha Politiknya Haji Anual Bakri Harun selepas menerima daripada Timbalan Ketua Umno Pasir Mas, Che Johan Che Pa.

Lebih 50 penyokong Umno berhimpun di hadapan pintu masuk ke Kota Darulnaim bagi mendesak Tuan Guru Nik Abdul Aziz meletak jawatan.

Desakan itu dibuat ekoran kenyataan Menteri Besar yang mahu mendoakan supaya Datuk Seri najib dibuka pintu hati dan mengembalikan royalti kepada rakyat Kelantan, namun sekiranya masih enggan dipohon dikenakan bala kepadanya.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga meminta penyokong PAS membaikot akhbar yang sengaja yang mengapi-apikan isu di Kelantan bagi menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat.

"Baik tak usah baca suratkhabar terbabit yang sengaja menjadi kesalahan PAS dan kerajaan negeri," ujarnya.

Demontrasi yang didalangi Umno bermula jam 10.25 berlarutan sehingga 11.35 pagi. Pada awalnya mereka enggan bersurai biar pun diminta berkali-kali oleh pihak polis. Namun hujan lebat yang turun kemudian menyebabkan mereka beredar.

Perhimpunan terbabit difahamkan diketuai Che Johan dan kemudian menyerah memorandum kepada Setiausaha Politik Menteri Besar.

Selepas menyerah memorandum itu yang dinamakan atas Jemaah Rakyat Prihatin Kelantan JRPK, mereka diminta bersurai oleh polis dan hanya seorang wakil sahaja dibenarkan berucap.

Namun mereka tetap berdegil biar pun pegawai polis mengarahkan mereka supaya bersurai dengan alasan ingin mendapat jawapan dari Menteri Besar.

Ekoran itu kira-kira jam 10.40 pagi Ketua Polis Kelantan, SAC 1, Datuk Abdul Rahim Hanafi hadir dan meminta mereka supaya bersurai kerana perhimpunan tersebut tiada permit.
Lebih 30 anggota polis dilihat mengawal keadaan.

"Polis terpaksa meminta mereka supaya bersurai segera dalam tempoh setengah jam memandangkan perhimpunan mereka tidak mempunyai permit.

"Walaupun penganjur memohon permit malam tadi namun kami tidak dapat meluluskan perhimpunan ini.

“Mana ada jabatan yang memohon malam tadi, pagi ini boleh luluskan. Sekurang-kurangnya kena tiga hari. Kena ikut prosedur," katanya kepada pemberita selepas itu.

harakahdaily

Penzalim yang degil wajar didoa bala - Ulama

M Faqih & Salmah Mat Husain

KOTA BHARU, 2 Dis: Ketua Unit Dakwah Halaqat, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Ustaz Abdullah Abdul Razak berkata doa meminta ditimpa musibah kepada orang yang membuat kezaliman bukan sesuatu kesalahan.

Bagaimanapun ia adalah pilihan terakhir selepas pihak yang melakukan kezaliman itu tetap berdegil selepas pelbagai kaedah lain digunakan.

"Doa itu senjata orang mukmin, tidak menjadi satu kesalahan dibaca selepas orang Islam sendiri menganiayai orang Islam lain.

"Dipanjatkan doa semoga dibuka pintu hati dan kalau tetap berdegil juga dipohonkan kepada Allah supaya ditimpa sesuatu musibah kepada mereka," katanyai disini semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mahu mendoakan diturunkan musubah kepada mereka yang menzalimi rakyat negeri itu ekoran keengganan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membayar wang royalti minyak.

Rakyat Kelantan katanya sedang dinafikan hak untuk mendapatkan royalti minyak dan itu adalah satu bentuk kezaliman yang tidak boleh dimaafkan.

Doa menurunkan bala kepada orang yang zalim katanya tidak lebih sebagai satu ugutan agar mereka gerun dengan janji Allah dan terbuka pintu hati untuk mengembalikan semula hak orang lain.

"Doa seperti itu tidak lebih sebagai satu ugutan atau peringatan kepada pihak yang cuba membuat zalim seperti disebut Tok Guru Nik Abdul Aziz," katanya lagi.

Dalam pada itu, Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan, Datuk Mohamed Daud Iraqi berkata, sirah zaman Nabi Muhammad saw memperlihatkan bagaimana baginda memanjatkan doa kepada Allah supaya diturunkan bala ke atas kaum Quraisy Mekah yang menganiaya baginda dan menentang dakwah Islam.

Ekoran itu katanya Allah Taala telah menurunkan kemarau selama tujuh tahun sehingga wujud asap dari langit.

Kata beliau adalah wajar didoakan semoga dibuka pintu hati orang yang cuba membuat aniayai kepada rakyat Kelantan supaya menunaikan tanggunggawab mereka.


Selain itu beliau juga menyatakan sokongan padu kepada Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, untuk terus menerajui kerajaan negeri dan mempertahankan tuntutan royalti minyak 5 peratus daripada kerajaan pusat.

Dewan Ulama katanya menyambut baik saranan Mursyidul Am Pas itu agar seluruh rakyat tanpa mengira fahaman politik untuk sama-sama membantu mempertahankan dan menuntut hak mereka itu.

Dalam kenyataan tiga muka surat bekas anggota Exco kerajaan negeri itu berkata buat masa ini mereka hanya mampu bermunajat dan berdoa agar dibuka pintu hati pihak yang terbabit sehinggalah hak rakyat mendapat royalti minyak itu ditunaikan.

"Penafian terhadap hak royalti, penukaran kepada wang ihsan dan penyerahan faedah petroleum itu kepada pihak lain adalah perbuatan khianat dan tidak bertamadun," katanya.

Mengenai kepimpinan Menteri Besar, Mohamad berkata Dewan Ulamak berpendirian menyokongnya mengekalkan kepemimpinan dalam kerajaan dan parti.

"Buat masa ini Tok Guru Nik Aziz dilihat masih mampu untuk meneruskan pentadbirannya. Ketokohan dan gaya pemerintahannya menjadi contoh yang terbaik sehingga disegani kawan dan lawan," katanya.


Selasa, 1 Disember 2009

Ingatkan Demo Tuntut Royalti

Demo oleh Umno di Kelantan supaya MB Kelantan Tok Guru Nik Aziz letak jawatan adalah selepas demontrasi di Pulau Pinang oleh Pemuda Bn yang suruh Ketua Menteri , Lim Guan Eng lertak jawatan.

Di Pulau Pinang Pemuda Bn bukan setakat demo saja malah gambar Lim Guan Eng turut dibakar. Inilah kerja bodoh orang yang hilang kuasa.

Sepatutnya Umno Kelantan buat demo tuntut hak mereka yang ditipu Kerajaan Pusat kerana tidak mahu bayar wang royalti bukan buat kerja gila orang yang hilang akal suruh MB yang bertungkus lumus tuntut royalti disuruh berhenti. MB Tok Guru sanggup berdoa untuk rakyat Kelantan dapat royalti diminta berhenti oleh mereka yang kemaruk nak tunjuk kuat di Kelantan.


Ratusan demo bantah Nik Aziz isu doa

Salhan K Ahmad
Dis 1, 09
12:16pm

kemaskini 2.26pm Beratus-ratus penduduk Kelantan mengadakan bantahan terhadap Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung hasratnya untuk berdoa memburukkan perdana menteri dan Umno.

Mereka berkumpul kira-kira setengah sejam bermula 10 pagi tadi di depan kompleks pentadbiran negeri Kota Darul Naim, yang menempatkan pejabat menteri besar, untuk menyerahkan memorandum kepada setiausaha pemimpin PAS itu Anual Bakhri Haron.

Memorandum itu mendesak Nik Abdul Aziz memohon maaf kepada Datuk Seri Najib Razak dan juga menggesa mursyidul am PAS meletakkan jawatannya.

Dikepalai timbalan ketua bahagian Umno Pasir Mas, Che Johan Che Pa, kumpulan penunjuk perasaan itu melaungkan desakan agar Nik Abdul Aziz melepaskan jawatan menteri besar, selain kain rentang yang membuat tuntutan yang sama.

Che Johan memberitahu Malaysiakini, perhimpunan dianjurkan oleh kumpulan Jemaah Rakyat Prihatin Kelantan (JRPK).


Beliau, sebagai pengerusi penaja organisasi tersebut, berkata JRPK baru ditubuhkan dua bulan lalu dan mempunyai 100 ahli di setiap bahagian Umno.

Tambahnya, perhimpunan itu dihadiri oleh anggota-anggotanya, termasuk persatuan nelayan, persatuan tinju serta persatuan penarik beca.

"Kita beri tempoh 24 jam kepada Nik Abdul Aziz untuk tarik balik kenyataan dan juga doa supaya Datuk Najib dan pengikutnya musnah," katanya ketika dihubungi selepas perhimpunan tersebut.

"Nik Aziz juga sudah terlalu lama memerintah sehingga berlaku penyelewengan dalam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK)," kata Che Johan lagi.

Tokoh PAS itu membuat ugutan berdoa laknat itu sebagai reaksi kerajaan pusat yang enggan memberi royalti minyak kepada Kelantan, sebaliknya membayar wang ehsan kira-kira RM1 bilion.

Nik Abdul Aziz kemudian menjelaskan bahawa doa yang dimaksudkan itu hanya meminta Allah memperbetulkan fikiran Najib iaitu memberikan royalti gas dan petroleum kepada negeri tersebut.

Malam tadi Pemuda PAS Kelantan membuat aduan polis apabila tercetus ura-ura satu perhimpunan akan diadakan di situ yang dikatakan anjuran JRPK.

Rancangan mengadakan demonstrasi itu dilaporkan disebarkan melalui mesej SMS mulai semalam.

BTN; ‘Topeng Demokrasi’ Umno Untuk Memecahbelahkan Rakyat Malaysia

Email : Bahrin Saniran

Naib Presiden Umno, Dato’ Seri Hishamudin tidak sama dengan apa yang diucapkannya berkaitan pembaharuan dalam Umno, yang mendakwa ada usaha dan kemahuan politik untuk berubah dikalangan pimpinan Umno.Sebaliknya, beliau sendiri, bukannya mahu menerima kenyataan, malah menyelar dan menuduh mereka yang mengutarakan isu berkaitan Biro Tata Negara (BTN).

Hishamudin berkata, saranan pemimpin Pakatan Rakyat mahu kerajaan memansuhkan program BTN adalah kerana ketandusan isu dan satu percubaan mengalihkan isu-isu dalaman.

”Apa? Saya pun tak faham ! BTN ni dah wujud lama ! Kenapa sekarang baru nak ditimbulkan ? Satu, saya rasa, mungkin mereka ketandusan isu; keduanya, saya percaya mereka nak alih pandangan dari masalah dalaman mereka sendiri,

”dan ketiganya, mungkin mereka bimbang bahawa BTN ini dapat betul-betul menekankan perkara yang cukup penting, iaitu dalam kita hendak membina negara bangsa dan dalam konsep satu Malaysia,”katanya.

Hishamudin berkata demikian dalam sidang media di Kampung Tok Jembal, dekat sini, (gambar kanan) ketika menjawab soalan wartawan berkenaan kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang, berkaitan isu terbabit.

Sehubungan itu, Pengerusi DAP Terengganu, Ng Chai Hing berkata, isu BTN bukan baru sekarang ditimbulkan dan bukan hanya berlaku dikalangan pembangkang, malah melibatkan pemimpin bukan Melayu dalam pakatan Barisan Nasional (BN).

Ng turut mempertikaikan kenyataan Hishamudin dan menyatakan pengisian kursus BTN tidak membawa kepada perpaduan dan integrasi nasional, malah bertentangan dengan konsep 1Malaysia.

Beliau mendedahkan, apa yang dialami oleh anak seorang rakannya, seorang pelajar Kolej Tuanku Abdul Rahman (Koleh TAR) yang menghadiri kursus anjuran BTN kira-kira dua bulan lepas.

Katanya, pelajar berketurunan Cina yang berasal dari Kuala Terengganu itu cukup sedih dan terhina kerana apa yang di ajar dalam kursus BTN adalah mengungkit isu-isu perkauman.

”Bukan sahaja mengungkit isu ‘ketuanan Melayu’ malah, pemimpin Pakatan Rakyat (pembangkang) termasuk orang-orang Melayu, Anwar Ibrahim dan Haji Hadi dianggap oleh penceramah BTN sebagai pengkhianat Negara,”ujar Chai Hing.

Kritikan Chai Hing turut disokong dan dikongsi bersama oleh Penolong Setiausaha PAS Terengganu Haji Hanafiah Mat@ Ramly.

Hanafiah ketika dihubungi berkata, BTN adalah ‘topeng demokrasi’ yang digunakan oleh Umno untuk memecahbelahkan rakyat Malaysia.

Menurutnya, BTN bermotifkan politik dan propaganda Umno, bukan program yang menimbulkan semangat patriotisma dan tidak akan membentuk negarawan yang mencintai Negara.

Sebaliknya, kata Hanafiah, ia adalah program untuk melahirkan individu yang ‘racist’, sayang kepada Umno dan kepimpinan Umno.

”Penceramah mengungkit tentang ketuanan Melayu, membangkitkan semangat kemelayuan, kononnya melayu itu Umno dan hanya Umno yang boleh menjaga Melayu,”jelasnya yang mendedahkan, beliau sendiri hadir dalam kursus BTN tidak berapa lama dulu.

Sejak kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mengambil keputusan menolak kursus BTN yang akan dianjurkan kepada para pegawai negeri, seminggu lalu, isu BTN kini menjadi panas dan menjadi percakapan umum.

Semakin ramai yang bekas peserta kursus BTN tampil dan membuat pengakuan bahawa ia satu kursus yang banyak memberikan kesan negatif, namun pemimpin Umno seperti Hishamudin, bukan mahu menerima dan bersikap rasional, malah melemparkan tuduhan pula..buletinonline.net

Kenangan Korban kat Rumah Aku





Selepas solat sunat aidiladha kami adik beradik menziarahi pusara mak & pak, selesai tahlil kat pusara kami balik untuk melaksanakan ibadah Korban. Alhamdulillah tahun ni kami adik beradik pakat beli sekoq lembu..... Kak Nah setumpok Bang P setumpok, Bang E dua tumpok, kakwan setumpok, aku setumpok dan Chaq setumpok.













Lepas saja sembelih dibantu oleh kawan-kawan dan sanak saudara aku masak, kelam kabut dibuatnya nak makan lepas orang balik solat jumaat. Alhamulillah sempat juga depa balik jumat pekena hidangan tradisi Nasi Putih daging masak tongyu pert rebut cicah ayaq asam ngan sup tulang......





Khutbah Aidil Adha 1430H Dibaca Di Masjid Telok Jawa Alor Setar Kedah Oleh Ustaz Mohamad Nazir

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 2 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ للهِ الَّذِي جَعَلَ يَوْمَ عِيْدِ الأضْحَى أَسْعَدَ الأياَّمِ لنَاَ . وَنَحْمَدُهُ عَلَى مَا أَوْلانَا وَنَشْكُرُهُ عَلَى نِعَمِهِ الَّتِى بِهَا وَالانَا. وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ…… فَيَا إِخْوَانِيْ ! اتَّقُوْا اللهَ وَأُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ
فرمان الله تعالى دالم أية 79-80 سورة الأنعام :
إِنِّي وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِي فَطَرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ حَنِيفًا ۖ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ وَحَاجَّهُ قَوْمُهُ ۚ قَالَ أَتُحَاجُّونِّي فِي اللَّهِ وَقَدْ هَدَانِ ۚ وَلَا أَخَافُ مَا تُشْرِكُونَ بِهِ إِلَّا أَنْ يَشَاءَ رَبِّي شَيْئًا ۗ وَسِعَ رَبِّي كُلَّ شَيْءٍ عِلْمًا ۗ أَفَلَا تَتَذَكَّرُونَ

Maksudnya : “Sesungguhnya aku hadapkan muka dan diriku kepada Allah yang menciptakan langit dan bumi, sedang aku tetap di atas dasar tauhid dan bukanlah aku dari orang-orang yang menyekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain)”. Dan dia (nabi Ibrahim) dibantah oleh kaumnya lalu dia pun berkata: “Patutkah kamu membantahku mengenai Allah, padahal sesungguhnya Ia telah memberi hidayah petunjuk kepadaku? Dan aku pula tidak takut (akan sebarang bahaya dari) apa yang kamu sekutukan dengan Allah, kecuali Tuhanku menghendaki sesuatu dari bahaya itu. (Sesungguhnya) pengetahuan Tuhanku meliputi tiap-tiap sesuatu, tidakkah kamu mahu (insaf) mengambil pelajaran?

Muslimin/mat yang dirahmati Allah S.W.T,

Selamat menyambut hari raya Eidil Adha diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Semoga kedatangan Eidil Adha kali ini lebih bermakna terutama dalam mencapai kebahagian hidup di dunia dan akhirat berasaskan Islam. Yakinlah kita bahawa tiada cara dan sistem hidup yang terbaik dalam mencapai kebahagian melainkan Islam. Setiap kali menyambut hari raya korban maka kita sentiasa diperingatkan tentang pengorbanan suci nabi Ibrahim sekeluarga dalam mengembangkan Islam bermula daripada pembinaan keluarga yang taat patuh kepada Allah.

Al-Quran turut menceritakan bagaimana nabi Ibrahim terpaksa berdepan dengan bapanya sendiri Azar yang bukan sahaja seorang penyembah berhala malah pembuat patung berhala itu sendiri seterusnya masyarakat sekeliling sehinggalah kepada raja berkuasa. Di sini kita dapat melihat tentang kehebatan nabi Ibrahim dalam berhujah dan berdakwah sehingga mengalahkan kesesatan. Malangnya kekuatan hujah dilawan dengan kuasa sehingga nabi Ibrahim dibakar di dalam unggun api yang marak membakar. Tindakan menolak hujah kebenaran adalah lahir daripada sikap takabbur dalam diri Namrud dan pengikutnya sehingga tidak mahu tunduk kepada kebenaran Islam.

Takabbur menjadi punca utama Iblis kufur kepada Allah dan juga betapa ramai umat manusia yang dirosakkan oleh penyakit hati yang paling merbahaya ini. Manusia biasanya menjadi takabbur apabila merasai dia lebih daripada orang lain dalam beberapa perkara antaranya ialah : [1] merasai ilmu lebih tinggi [2] amalan solehnya lebih banyak [3] rupa parasnya lebih cantik [4] tenaganya lebih kuat [5] keturunannya lebih baik [6] hartanya bertimbun [7] pangkatnya lebih hebat. Keadaan lebih parah sekiranya penyakit takabbur ini dihidapi oleh golongan pemimpin sehingga dia sanggup menggunakan kuasa yang ada dalam menyekat kebenaran.

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Firman Allah dalam surah al-Kauthar :

إِنَّا أَعْطَيْنَاكَ الْكَوْثَرَ فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ الْأَبْتَرُ

Maksudnya : Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat). Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya)

Ketika menyambut hari korban maka kita turut ingat tentang perintah Allah melalui surah al-Kauthar agar kita menghidupkannya dengan solat sunat hari raya dan juga ibadat korban yang begitu banyak kelebihannya. Menyingkap kepada pengajaran penting surah yang sama iaitu bagaimana nabi Muhammad s.a.w turut berdepan dengan manusia takabbur yang menolak dakwah Islam sebagaimana nabi Ibrahim a.s. Malah nabi pernah dituduh sebagai manusia yang putus keturunan atas alasan semua putera baginda mati ketika masih kecil padahal bangsa arab terutamanya menganggap bahawa anak lelakilah sebagai penerus keturunan sedangkan anak perempuan hanya mengikut keturunan suaminya bila sudah berkahwin.

Tuduhan liar dan jahat kuffar dijawab oleh Allah bahawa merekalah sebenarnya terputus nikmat di dunia apatah lagi di akhirat nanti kerana Islam terus berkembang, dakwah nabi terus berjaya dan diteruskan sedangkan amalan kuffar terus ditinggal dan dilupa sebagaimana kita jarang mendengar walaupun daripada mulut orang kafir sendiri bahawa mereka mengikut ajaran Firaun, Namrud, Abu Lahab dan sebagainya. Sedangkan Islam walaupun nabi Muhammad s.a.w telah meninggal kita lebih 1400 tahun yang lalu namun ia terus diperjuangkan sehingga hari qiamat.

Oleh itu kita mesti menjadi umat yang sentiasa mendapat nikmat daripada Allah di dunia dan akhirat dengan memahami dan melaksanakan Islam dalam setiap aspek kehidupan bermula daripada diri sendiri diikuti keluarga, masyarakat seterusnya negara. Pastikan kaum lelaki menjadi bapa yang baik kerana bapa terbahagi kepada tiga jenis iaitu [1] bapa yang terlalu garang sehingga hilangnya rasa kasih sayang dalam keluarga. [2] bapa dayus yang membiarkan anak dan isteri derhaka pada Allah seperti mendedah aurat, bergaul bebas sehingga kita begitu gerun dengan suatu kajian yang dibuat 2 dekad yang lalu yang menunjukkan bagaimana 2 daripada 3 pelajar sekolah pernah berzina dan apa yang lebih malang kebanyakan mereka berzina dalam rumah bukannya di luar. [3] bapa yang penyayang sebagaimana yang disarankan oleh nabi melalui sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Thobrani :

قَالَ الرَّسُوْلُ  : خَيْرُكُمْ خَيْرُكُمْ ِلأَهْلِهِ وَأَنَا خَيْرُكُمْ ِلأَهْلِيْ

Maksudnya : Sebaik-baik orang diantara kamu ialah orang yang berbuat baik kepada ahli keluarganya dan aku terbaik antara kamu sentiasa berbuat baik kepada ahli keluargaku

Pastikan anak-anak kita dapat menjadi manusia yang berguna kepada keluarga, agama dan negara semasa kita masih hidup dan bila kita sudah menghembus nafas terakhir nanti dengan memberi didikan agama yang sebaiknya. Didiklah anak supaya sentiasa berdoa untuk kedua ibubapanya terutama selepas kematian keduanya. Ibarat kata syair arab bahawa bukanlah dikira anak yatim semata-mata kematian ibubapa sebaliknya anak yatim yang sebenar ialah anak yang mempunyai ibubapa namun mereka lebih sibuk dengan urusan hidup sehingga mengabaikan perhatian kasih sayang dan didikan sewajarnya terhadap anak.

Muslimin/mat yang diberkati Allah S.W.T,

Firman Allah dalam ayat 1-4 surah al-Ghasiyah:

هَلْ أَتَاكَ حَدِيثُ الْغَاشِيَةِ وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ خَاشِعَةٌ عَامِلَةٌ نَاصِبَةٌ تَصْلَىٰ نَارًا حَامِيَةً

Maksudnya : Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal hari kiamat yang huru-haranya meliputi? Muka (orang-orang yang kafir) pada hari itu tunduk kerana merasa hina, Mereka menjalankan kerja yang berat lagi berpenat lelah, Mereka tetap menderita bakaran neraka yang amat panas (membakar)

Jika para jemaah haji yang berkumpul di padang Arafah pada 9 Zulhijjah sentiasa digambar tentang perhimpunan di padang Mahsyar nanti untuk dihisab tentang segala amalan kita di dunia ini samada baik atau jahat maka kita pada hari ini marilah sama-sama menghayati beberapa potong ayat daripada surah al-Ghasiyah yang kerap dibaca oleh nabi Muhammad s.a.w dalam solat Jumaat dan hariraya. Mengapakah surah berkaitan qiamat menjadi pilihan nabi pada hariraya yang biasanya dikaitkan dengan hari bergembira di mana di sana sepastinya ada hikmat tersendiri terutama memastikan kita bersiap sedia untuk bergembira bukan setakat di dunia malah yang lebih penting di akhirat nanti dengan menambah amal ibadat serta menjauhi maksiat.

Ketika bercakap tentang kaitan qiamat dengan cuaca dan keadaan bumi pada hari ini yang semakin berubah maka banyak telahan dan andaian telah dibuat. Bukan umat Islam sahaja yang sememangnya wajib percaya kepada berlakunya qiamat yang bercakap tentang dunia yang semakin kepada saat kehancuran malah ahli sains turut mengakui bahawa bumi ini bakal hancur akibat hentaman komet atau asteroid dan apabila berlakunya perlanggaran antara galaksi. Begitu juga apabila plat-plat bumi bergerak semakin pantas yang mengakibatkan pertembungan sesamanya di mana plat bumi bergerak semakin pantas ekoran tindakan manusia itu sendiri seperti pemusnahan hutan, penggondolan bukit, ujian nuklear dan penggerudian dasar laut.

Malah sebuah filem barat yang begitu laris ditayangkan berdasarkan teori ‘pengakhiran kalendar’ kaum Mayan, Mexico di mana mengikut teori ini kiamat akan berlaku pada 21 Disember 2012. Qiamat pasti datang dan ia semakin hari semakin hampir. Telah banyak tanda-tanda qiamat yang sudah berlaku di depan mata kita. Bergantung kepada kita samada mahu mengambil perhatian dengan meningkat amal ibadat serta menjauhi maksiat ataupun sebaliknya. Jadilah manusia yang pintar yang sentiasa bersedia dengan bekalan akhirat

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Bumi pada hari ini bagaikan tidak mesra dengan manusia akibat kerakusan manusia sendiri yang merosakkan bumi atau melakukan penderhakaan maksiat terhadap Allah. Malaysia sendiri mula merasa ancaman gempa bumi walau pun berada di luar kawasan ‘Lingkaran Api Pasifik’ sehingga terpaksa diadakan latihan kecemasan menghadapi gempa bumi terutama kepada rakyat yang berada di bangunan tinggi disamping syarat pembinaan bangunan tinggi ditambah agar mampu tahan daripada gempa bumi. Tidak cukup sekadar persiapan keselamatan fizikal dan material sahaja dibaiki sedangkan amalan rasuah, pecah amanah disamping maksiat terus bertambah.

Jika di Indonesia dan beberapa negara yang lain banyak bangunan yang runtuh dan nyawa yang terkorban akibat gempa bumi, ribut taufan, banjir besar, gunung berapi dan sebagainya tetapi di negara kita banyak binaan termasuk stadium, makmal sekolah, jalan bertingkat, masjid , jambatan dan sebagainya runtuh bukan disebabkan gempa bumi sebaliknya akibat amalan rasuah dan pecah amanah dalam proses pembinaannya. Media massa hari ini sibuk bercakap tentang integriti atau telus amanah dalam melaksanakan tugas terutama selepas Laporan Audit negara yang mendedahkan bagaimana 28 bilion wang negara hangus akibat pecah amanah dan sebagainya.

Benarlah amaran nabi Muhammad s.a.w iaitu apabila amanah diserahkan bukan kepada ahlinya maka tunggulah saat kehancuran. Malah kedudukan dalam indeks rasuah terus jatuh di mana Malaysia menduduki tangga ke 56 daripada 180 negara dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) dunia 2009 berbanding tangga 47 tahun lepas. Amalan rasuah yang begitu meluas menyebabkan rosaknya sistem kehakiman, tergugatnya tahap keselamatan, terjejasnya sistem ekonomi, parahnya masalah sosial. Bila rasuah dijadikan sumber rezeki maka kehancuran yang diraih. Tidak cukup setakat anak bilis yang diberkas sedangkan bapa jerung terus dibiar bebas. Nabi Muhammad s.a.w telah mengingatkan kita tentang fitnah akhir zaman termasuk amalan rasuah yang dijadikan budaya dan keperluan hidup sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Thobrani dan Abu Nu’aim daripada Muaz bin Jabal:

قال الرسول  : خُذُوْا العَطَاءَ مَادَامَ عَطَاءًا فَإِذَا صَارَ رَشْوَةً فِىْ الدِّيْنِ فَلاَ تَأْخُذُوْهُ وَلَسْتُمْ بِتَارِكِيْهِ يَمْنَعُكُمُ الفَقْرُ وَالحَاجَةُ

Maksudnya : Ambillah oleh kamu akan suatu pemberian itu selama ia masih sebagai pemberian. Tetapi apabila ia telah menjadi rasuah dalam pandangan agama maka jangan kamu mengambilnya. Namun kenyataannya kamu tidak akan dapat meninggalkan rasuah itu kerana kamu takut fakir dan kamu sangat berhajat untuk mengambilnya

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

خطبة كدوا

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ . أَمَّا بَعْدُ…….فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ …. فرمان الله تعالى دالم أية 103-107سورة الصافات :
فَلَمَّا أَسْلَمَا وَتَلَّهُ لِلْجَبِينِ وَنَادَيْنَاهُ أَنْ يَا إِبْرَاهِيمُ قَدْ صَدَّقْتَ الرُّؤْيَا إِنَّا كَذَلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ إِنَّ هَذَا لَهُوَ الْبَلاَءُ الْمُبِينُ وَفَدَيْنَاهُ بِذِبْحٍ عَظِيمٍ

Maksudnya : Setelah keduanya berserah bulat-bulat ( menjunjung perintah Allah) dan nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya atas tompok tanah ( untuk disembelih) serta Kami menyerunya :”Wahai nabi Ibrahim! Sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu”. Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan Kami tebuskan anak itu dengan sembelihan yang besar.

Muslimin/mat yang dirahmati Allah,

Ketika mengingati pengorbanan hebat nabi Ibrahim yang terpaksa menyembelih anaknya nabi Ismail melalui suatu arahan dalam mimpi benarnya maka kita ingat beberapa hadis nabi antaranya maksud sabda Rasulullah SAW, “Mimpi itu tiga jenis, iaitu mimpi yang benar berbentuk khabar gembira daripada Allah; mimpi sedih daripada syaitan dan mimpi yang disebabkan mainan jiwa seseorang.” (Hadis Imam Muslim). Maksud sabda Nabi SAW , “Tiada lagi kenabian setelah aku kecuali al-Mubasysyiraat (berita yang menggembirakan).” Sahabat bertanya apakah yang dimaksudkan al-Mubasysyiraat? Sabda Nabi, “Mimpi yang benar yang dimimpikan oleh orang soleh” (Hadis Imam al-Bukhari).

Kita faham bahawa al-Mubasysyiraat atau mimpi benar adalah berupa khabar gembira daripada Allah bagi hamba-Nya dengan memberi gambaran perkara baik yang bakal berlaku. Mimpi benar ini akan menjadi kenyataan dalam hidup seseorang itu. Mimpi benar juga boleh terjadi dalam bentuk peringatan terhadap hambanya mengenai perkara buruk yang bakal berlaku agar dia boleh berusaha untuk mengelaknya dari terjadi ataupun berbentuk amaran supaya jangan melakukan sesuatu maksiat. Al-Mubasysyiraat bukan bertujuan untuk menggubal hukum baru kerana segala ajaran mengenai Islam ini sudah sempurna sebelum Rasulullah s.a.w wafat. Oleh itu sebarang ajaran sesat yang mendakwa menerima wahyu atau hukum baru mestilah dijauhi. Dalami ilmu agama supaya tidak mudah terkeliru dan terpesong

Muslimin/mat yang dirahmati Allah,

Sempena berada pada hari raya korban juga kita mesti meningkatkan tahap pengorbanan dalam memperjuangkan Islam dan membantu saudara seagama. Penderitaan umat Islam yang sedang dibunuh di Selatan Thailand, Filiphina, Palestin, Iraq, Afghanistan dan sebagainya menuntut pembelaan sewajarnya daripada kita. Kita juga wajib memberi perhatian terhadap usaha Kristian dalam memurtadkan mangsa gempa bumi Padang, Indonesia. Semangat berkorban yang dihayati melalui kisah nabi Ibrahim sekeluarga sepatutnya disuburkan sehingga umat Islam dapat bangkit daripada terus menjadi mangsa kezaliman dan kekejaman musuh.

Kembalilah kepada system Islam bukannya terus berpegang kepada khurafat sesat bahawa ekonomi tidak maju tanpa riba, undang-undang Islam pembawa kemunduran, Islam menyekat kebebasan manusia dan sebagainya. Khurafat ini lebih merbahaya berbanding apa yang dihebohkan ketika beberapa kejadian sejadah berdiri dan sebagainya kerana rakyat sendiri mudah terpengaruh dengan benda mistik dan tahyul akibat ditanam kepercayaan karut melalui tv dan majalah supaya takut kepada hantu lebih daripada takutkan Allah serta percaya bahawa benda pelik boleh mendatangkan manfaat dan mudhorat bukannya berpegang bahawa hanya Allah sahaja yang berkuasa melakukan sesuatu. Islam telah meletakkan manusia di tempat selayaknya bila system Islam dilaksana. Sebaliknya apabila Islam diketepikan telah menjatuhkan manusia bersikap seumpama binatang buas yang setiap hari berfikir bagaimana mahu membaham mangsa apabila kepentingan diri didahulukan walaupun terpaksa mengorbankan orang lain

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Salam Eidil Adha diucapkan kepada seluruh muslimin dan muslimat. Bagi yang berkemampuan disarankan agar menghidupkan sambutan Eidil Adha ini dengan ibadat korban sebagaimana yang dianjurkan oleh Islam.

قَالَ الرَّسُوْلُ  : مَنْ كَانَ لَهُ سَعَةٌ وَلَمْ يُضَحِّ فَلاَ يَقْرَبَنَّ مُصَلاَّناَ – رواية ابن ماجه

Maksudnya : Sesiapa yang mempunyai kemampuan sedangkan dia tidak melakukan ibadat korban maka janganlah dia mendekati tempat solat kami

اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِيْ سَبِيْلِكَ فِيْ كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ , اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانِنَا المُسْلِمِيْنَ فِى عِرَاق وَفِى فَلَسْطِين وَفِى لبنان وَفِى سوريا وَفِى كَشْمِيْر وَفِى الهِنْد وفى أفغانستانِ وَفِى شِيْشَان وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إيندونيسيا وفى تايلند وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَقِيَامَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ


Ayatullah Ali Khamenei: Pengajaran Haji dalam mendepani neo-imperialisme

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Penyayang

Musim Haji kali ini adalah merupakan satu kelahiran semula secara spritual dan juga merupakan satu ufuk ketauhidan yang menyinsing segar ke seluruh pelusuk bumi. Aliran perlakuan ritualnya mengalir seperti satu arus sungai yang deras, mempersembah peluang kepada semua para hujjaj untuk mencuci bersih segala karat-karat dosa atau kealpaan dan akhirnya mengembalikan semula kesucian asal usul ketuhanan mereka.

Pembuangan segala sifat-sifat keangkuhan dan keistimewaan di tempat perlakuan Haji dan diikuti dengan pemakaian sehelai pakaian sama yang bernama ihram melambangkan satu umat Muslim yang satu dan juga mewajibkan satu seruan kesatuan dan kefahaman kepada umat Muslim seluruh dunia.

Seruan Haji “Tuhan kamu adalah tuhan yang Satu maka hanya kepadaNyalah kamu menyerah dan berilah berita gembira kepada golongan yang merendah diri” (al-Hajj : 34) dari satu sudut dan “[D]an Masjid yang Suci yang mana Kami telah menetapkan ia sama terbuka kepada semua orang, sama ada yang menghuni dalamnya atau penghuni khemah-khemah” (al-Hajj : 25) dari sudut yang lain dan ketika dalam melakukan kedua-duanya, Ka'abah sebenarnya melembagakan satu seruan kesatuan bagi persaudaraan Islam di samping seruannya ke arah ketauhidan.

Muslimin dari empat penjuru dunia yang telah berkumpul di tempat yang suci dengan niat suci bertawaf di sekeliling Ka'abah atau untuk menziarahi makam suci Rasul terpuji, selawat dan salam ke atasnya dan ke atas ahli keluarga Baginda, adalah diharapkan dapat menghargai peluang untuk memperkuatkan hubungan tali persaudaraan ini kerana ia dapat menyelesaikan banyak cabaran ummah Muslim.

Dewasa ini, kita dapat melihat dengan jelasnya bahawa tangan-tangan golongan yang berniat jahat kepada dunia Islam sangat sibuk, lebih daripada masa dahulu, dalam usaha mereka menanam bibit-bibit perpecahan di kalangan umat Muslim dan disebabkan itulah, umat sangat memerlukan integriti dan kesepakatan lebih daripada sebelum ini.

Hari ini, kuku-kuku musuh yang berlumuran dengan darah sangat sibuk dalam usaha mewujudkan suasana tragik di seluruh pelusuk dunia Islam; Palestin menderita di bawah cengkaman zalim Zionis dan sedang merana dengan cubaan dan dugaan yang berpanjangan. Masjid al-Aqsa berdepan dengan ugutan yang sangat dahsyat; rakyat Gaza yang tidak berdosa, walau telah mengalami pembunuhan beramai-ramai yang tidak disangkakan, masih terpaksa berhadapan dengan keadaan yang amat runcing yang tidak pernah dihadapi sebelum ini; Afghanistan, yang berada di bawah penjajahan tentera, menyaksikan kesengsaraan terkini setiap hari; di Iraq, ketidakstabilan telah merompak rakyatnya dari keharmonian dan ketenangan fikiran mereka; di Yaman pula, peperangan saudara telah menemplak umat Muslim demgan kehibaan yang baharu.

Umat Muslim seluruh dunia mestilah berhenti seketika dan bertanya bagaimana dan dari mana fitnah buta, peperangan, letupan, percubaan membunuh dan pembunuhan beramai-ramai yang telah mencengkam Iraq, Afghanistan dan Pakistan ini telah dicipta reka. Mengapakah rantau tersebut, sebelum masa dan ketika gerombolan-gerombolan askar Barat yang diketuai Amerika Syarikat menyergah negara-negara rantau itu dengan penuh sombong dan memeranjatkan tanpa dijemput, tidak pernah merana dengan tempoh dan jenis penderitaan sebegini panjang?

Golongan penjajah, dalam satu keadaan, akan melabelkan mana-mana pergerakan-pergerakan penentangan yang popular di Palestin, Lubnan atau di mana-mana tempat yang lain sebagai sesuatu yang bersifat pengganas dan, pada keadaan yang lain, merekalah gerombolan yang merencana atau yang mendalangi terorisme kaum yang ganas dalam kalangan negara-negara serantau.

Rantau Asia Barat dan Afrika Utara pernah suatu ketika dahulu dijajah dan dihina selama lebih daripada satu kurun oleh kerajaan-kerajaan Inggeris dan Perancis dan kemudiannya oleh AS dari blok Barat; kekayaan sumber asli negara-negara tersebut telah dirompak, semangat kebebasan mereka telah dihinjak-hinjak dan bangsa mereka telah dijadikan tawanan oleh kerakusan sifat agresif penjajah asing.

Walaupun begitu, hasil kesedaran Islam yang dikembarkan pula dengan penentangan nasional telah menjadikan kerakusan mereka mustahil untuk diteruskan. Kemustahilan ini dimustahilkan lagi dengan wujudnya kebangkitan semula satu kerinduan yang amat kepada kesyahidan dan kepulangan kepada Allah SWT dan kepada jalanNya, yang merupakan satu lonjakan yang maha kuasa dalam sketsa jihad Islami yang menyebabkan para penjajah, akibat telah dikesampingkan ke posisi yang tertekan dan defensif, menggunapakai agenda-agenda lapuk dengan pakaian baharu melalui perencaan muslihat dan bentuk baru penjajahan.

Walaupun begitu, syaitan pelbagai muka yang bernama penjajahan ini telah, pada masa kini, mengerahkan segala kekuatan mereka untuk memastikan Islam itu melutut dalam kekalahan, bermula daripada kekuatan bala tentera, penjajahan secara kejam dan melampau hinggalah kepada penghambaan rangkaian propaganda dan penggunaan lingkaran media penyebar penipuan serta fitnah.

Daripada agensi rangkaian pembunuhan hinggalah kepada kelucahan dan kebanjiran narkotik yang mensasarkan moral dan adab serta moral remaja dan akhir sekali, daripada serangan diplomatik yang berterusan ke atas mana-mana pusat penentangan dan perjuangan hingglah kepada tindakan provokasi dalam bentuk keangkuhan puak, kaum dan bangsa, perasaan sangka buruk dan serkap jarang serta permusuhan sesama saudara dan sahabat.

Kalaulah sifat kasih sayang, saling percaya mempercayai dan saling harga menghargai mengambil tempat dan posisi sifat-sifat yang diaspirasikan musuh Islam seperti ketidakpercayaan dan permusuhan dalam kalangan umat dan bangsa Muslim, nescaya sebahagian besar konspirasi jahat golongan yang memusuhi Islam mampu dikalahkan sekaligus cita-cita jahat mereka untuk memperluaskan cengkaman mereka ke atas negara umat Muslim dapat digagalkan.

Haji adalah merupakan salah satu daripada peluang-peluang keemasan untuk mencapai matlamat suci tersebut.

Orang Muslim mampu berdepan dengan syaitan pelbagai muka dan bentuk ini dan seterusnya berjaya mengalahkannya hanya sahaja melalui kerjasama sesama Muslim dan pengharapan kepada asas dan usul bersama seperti mana yang telah dirakamkan dalam al-Quran dan Sunnah NabiNya. Iran yang mengamalkan Islam, dengan mengikuti suri tauladan Imam Khomeini kita yang hebat, telah mengungguli penentangan yang begitu baik hasilnya ini. Musuh-musuh telah merasai betapa pahitnya rasa kegagalan bila berhadapan dengan Iran yang mengamalkan Islam ini.

Tempoh 30 tahun yang penuh dengan agenda jahat, konspirasi demi konspirasi dan rasa dengki dan iri hati, bermula daripada mementaskan satu rampasan kuasa hingga kepada memaksa peperangan selama lapan tahun, daripada perlaksanaan sekatan ekonomi hingga kepada pembekuan harta dan wang, daripada melancarkan satu peperangan psikologi dan konfrontasi media hingga kepada meletakkan batu halangan bagi menggagalkan perkembangan saintifik dan usaha mendapatkan ilmu-ilmu moden dan terkini, termasuk kemahiran nuklear oleh umat Iran dan akhir sekali provokasi dan campur tangan melampau ketika pilihan raya yang hebat dan bermakna baru-baru ini, kesemuanya telah berubah menjadi sketsa-sketsa kegagalan dan meletakkan musuh dalam kecelaruan dan ketermanguan, melestarikan satu ayat al-Quran dalam minda rakyat Iran: “Sesungguhnya tipu daya syaitan itu amat lemah” (An-Nisa': 76)

Di pelusuk dunia yang lain juga, yang menyaksikan rakyat mendepani kuasa-kuasa yang angkuh melalui usaha penentangan berdasarkan inspirasi keimanan dan keyakinan, golongan beriman telah mencapai kejayaan ketika golongan yang bongkak lagi angkuh akhirnya digelumangi dengan kekalahan demi kekalahan dan skandal demi skandal. Kemenangan penuh gemilang rakyat Lubnan dan kemenangan penuh moral dan maruah rakyat Gaza dalam tempoh tiga tahun yang lepas tegak berdiri sebagai bukti ampuh terhadap kenyataan ini.

Saya, secara penuh sedar dan faham, menyarankan kepada saudara-saudari, para hujjaj yang budiman secara umumnya, khususnya kepada para ilmuan dan para pendakwah dan penceramah dari negara-negara Islam yang telah bersama dalam perhimpinan-perhimpunan Haji, dan juga golongan yang mengetuai solat-solat Jumaat di mimbar-mimbar yang mulia, agar dengan segera melaksanakan kewajiban kamu yang utama; bongkarlah segala konspirasi musuh-musuh Islam kepada makmum dan mereka yang menghadiri majlis-majlis kamu.

Serulah manusia kepada kasih sayang dan kesatuan, jauhilah sejauh-jauhnya apa-apa pun yang boleh menimbulkan buruk sangka dan ketidakpercayaan sesama Muslim dan tujukanlah segala cemuhan kepada golongan yang angkuh dan bongkak serta kepada musuh-musuh umat dan juga kepada perancang-perancang di sebalik semua fitnah dan tipu daya yang diketuai oleh puak Zionis dan Amerika Syarikat dan, dengan kita berusaha sedemikian rupa, membantu merealisasikan amalan yang menolak golongan tidak beriman secara percakapan dan secara amalan.

Saya, dengan rasa rendah hati, berdoa kepada Allah, yang Maha Tinggi dan Berkuasa, agar menganugerahkan keredhaanNya dan keberkatanNya kepada saya dan kepada saudara dan saudari semuanya.

Ayatullah Ali Khamenei ialah pemimpin tertinggi Republik Islam Iran. Artikel ini ialah ucapan khas beliau kepada para hujjaj pada 1439 Hijrah (2009).


DOK TUNGGU APA LAGI - SEMUA PAKAT-PAKAT MAI MASUK PAS

"Umno kini busuk hingga ke ususnya" - Mahathir

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 30 Nov: Ketika semua media menyuluh apa yang berlaku dalam PAS, Tun Dr Mahathir menulis dalam blognya bahawa seorang bekas pemimpin kanan Umno bercadang untuk menyokong PAS kerana "Umno busuk hingga ke ususnya."

"Umno busuk daripada peringkat terendah hingga ke peringkat tertinggi," kata bekas pemimpin kanan Umno itu kepada Mahathir sebagaimana yang ditulis beliau dalam blognya.

"Yang tinggal katanya ialah orang yang berkepentingan yang berharap mendapat sesuatu kerana menyokong Umno. Mereka ini bukan nasionalis dan mereka tidak boleh diberi kepercayaan.

" Banyaklah lagi hujah-hujahnya akan sebab-sebab Umno tidak lagi akan diberi peluang untuk memerintah negara yang disayangi olehnya. Saya tidak akan hurai lebih lanjut. Hanya yang saya ingin sebutkan ialah pendapat beliau sudah menular ke semua peringkat orang Melayu, bahkan ahli Umno juga," tulis Mahathir lagi.

Berikut adalah tulisan penuh Mahathir dalam blognya Chedet yang disiarkan pada 30 November 2009 jam 12:07 tengahari.

1. Pilihanraya Umum ke-13 hanya dua tahun lagi. Saya sedang meneliti reaksi rakyat terhadap UMNO dibawah pimpinan baru. Saya terkejut. Saya terkejut kerana seorang bekas pemimpin UMNO yang kanan telah meluahkan perasaannya dengan berkata "UMNO is rotten to the core" (UMNO busuk hingga ke ususnya).

2. Beliau telah berkata yang beliau sedang memikir untuk menyokong PAS. Beliau juga berkata beliau telah bertemu ramai pemimpin-pemimpin UMNO yang telah bersara dan mereka speendapat dengannya.

3. UMNO busuk daripada peringkat terendah hingga ke peringkat tertinggi katanya. Di cawangan, ketua cawangan hanya berjuang untuk mengekal dirinya sebagai ketua sahaja. Kenapa? Sebabnya majoriti ketua cawangan dapat jadi pengerusi Jawatakuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dengan elaun tertentu dan kuasa untuk mengagih peruntukan. Berpeluang juga untuk jadi kontraktor Kelas F untuk projek kecil di luar bandar.

4. Untuk menentukan dirinya tidak dicabar ketua cawangan tidak akan benarkan sesiapa yang lebih terpelajar daripadanya masuk UMNO cawangannya. Lebih daripada itu kebanyakan peruntukan untuk jadi ahli UMNO, yang mana dia mesti melalui cawangan, tidak akan dilayan. Tujuannya ialah supaya cawangannya tidak mempunyai banyak ahli kerana mereka tetap akan menimbulkan masalah dan sukar dikawal, bahkan sukar disogok pun.

5. Sebab itu tidak ramai ahli profesional yang dapat menjadi ahli UMNO. Sebaliknya semakin ramai daripada pemimpin PAS terdiri daripada doktor, peguam, jurutera dan lain-lain profesyen.

6. Oleh kerana ketua cawangan biasanya tidak memiliki pelajaran yang tinggi dan beliau menentukan ahli lain dalam cawangannya mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih rendah daripadanya, maka apabila ketua terpaksa berhenti kerana sebab-sebab tertentu, maka penggantinya akan terdiri daripada yang kurang berkebolehan daripadanya. Dengan itu kualiti kepimpinan akan merosot sepanjang masa.

7. Tentu ada cawangan yang tidak seperti ini tetapi pengecualian hanya mengesahkan keadaan yang sebenar.

8. UMNO, kata bekas pemimpin kanan ini sekarang dipimpin oleh perasuah. Mereka menjadi ahli Majlis Tertinggi kerana sogokan wang. Orang ramai tidak akan serah nasib mereka kepada perasuah.

9. Penempatan perasuah dalam Kerajaan dan badan-badan lain juga memburukkan lagi imej UMNO. Sudah tentu perasuah akan dipilih sebagai calon UMNO dalam Pilihanraya Umum ke-13. Jika mereka diberi kemenangan maka negara akan dapat Kerajaan perasuah. Sebab itu beliau tidak akan sokong UMNO sebaliknya akan menyertai dan menyokong parti lawan. Katanya lagi hingga kini separuh daripada orang Melayu tidak merasai nikmat kerana Kerajaan-Kerajaan pimpinan UMNO menidakkan hak mereka sedangkan mereka juga orang Melayu walaupun mereka menyokong parti lawan. Mereka yang menyokong parti lawan bertambah sejak (Tun) Abdullah kerana ramai daripada ahli UMNO sendiri sudah tidak percaya kepada UMNO.

10. Yang tinggal katanya ialah orang yang berkepentingan yang berharap mendapat sesuatu kerana menyokong UMNO. Mereka ini bukan nasionalis dan mereka tidak boleh diberi kepercayaan.

11. Banyaklah lagi hujah-hujahnya akan sebab-sebab UMNO tidak lagi akan diberi peluang untuk memerintah negara yang disayangi olehnya. Saya tidak akan hurai lebih lanjut. Hanya yang saya ingin sebutkan ialah pendapat beliau sudah menular ke semua peringkat orang Melayu, bahkan ahli UMNO juga.

12. Rakan-rakan dalam Barisan Nasional semuanya berpecah dan lemah. Mereka tidak mampu menjayakan Barisan Nasional.

13. Masa semakin singkat untuk memperbaiki keadaan ini. Saya mencatat maklumat ini untuk pengetahuan umum sahaja.

Isnin, 30 November 2009

Perkasakan Tarbiyyah - Perkukuhkan Parti

Penulis Tamu - Nasrudin Hassan at Tantawi

1. Parti Islam Se Malaysia [ PAS ] adalah sebuah Gerakan Islam [ Harakah Islamiyyah ] yang mengambil pendekatan menyertai pilihanraya sebagai sebuah parti politik yang berdaftar .

2. Politik adalah sebahagian dari tanggungjawab perjuangan Islam yang wajib dilunas sebaik mungkin . Ianya menjadi alat atau wasilah untuk mendapatkan kuasa bagi mendaulatkan syariat Islam sebagai satu perundangan atau peraturan yang adil , telus , saksama dan bestari .

3. Namun begitu menang dan kuasa hanyalah wasilah perjuangan bagi mencapai matlamatnya iaitu redha Allah swt . [ الله غايتنا ] . Mutaakhir ini saya lihat ada beberapa perkara yang memerlukan allignment dan balancing di dalam PAS agar perjalanan atau pergerakkan PAS menuju destinasi [ matlamat ] tidak makan sebelah dan bergegar sepanjang jalan .

4. Ucapan dasar Presiden PAS telah menegaskan bahawa PAS mesti bergerak seimbang [ tidak makan sebelah ] dan tenang [ tidak bergegar ] dengan 3 fungsi utamanya iaitu :

a] Harakatut Tarbiyyah ,
b] Harakatud Dakwah dan
c] Harakatus Siyasiah .

5. Pada pengamatan saya , kini ramai [ sebahagian ] pimpinan dan anggota PAS agak berlebihan dalam menumpukan gerakkerja politik [ harakatus siyasiah ] sementara sangat tidak mengambil berat terhadap gerakkerja tarbiyyah . Mereka sanggup bersengkang mata untuk memastikan kemenangan kerusi mereka bahkan sanggup jua bertegang leher sesama sendiri demi sebuah strategi politik . Terlalu ghairah untuk menang besar dan menang cepat dalam pilihanraya sehingga mengorbankan sahabat seperjuangan dalam PAS .

6. Amal tarbawi seperti tiada lagi tempat dan ruang . Ukhuwwah sesama pimpinan dan anggota parti dilihat sinis . Mudah bertengkar dan bermasam muka . Sering dipengaruhi rasa curiga antara satu sama lain . Memandang sahabat seperjuangan seperti musuh yang dilapah dan disiat seluruh maruah dan aibnya di dada akhbar dan blog . Sukar bertolak ansur sebaliknya mudah bersengketa . Berbicara sesama sendiri seperti bicara dengan musuh .

7. Bukan sahaja parti bergerak secara tidak seimbang [ makan sebelah ] tetapi juga tidak tenang [ bergegar ] sepanjang jalan . Suara luar boleh masuk dan mempengaruhi sebahagian pimpinan PAS dengan mudah . Tahap thiqah [ kepercayaan ] kepada pucuk pimpinan parti semakin berkurangan . Budaya menghentam pimpinan secara terbuka semakin menjadi trend . Rahsia parti dan minit mesyuarat dibongkar tanpa rasa bersalah . Mereka berpolitik bukan hanya dengan musuh tetapi lebih hebat sesama sendiri .

8. Saya lihat perlunya kedudukan dan perjalanan parti kita ditimbang dan dibetulkan semula . Semua pihak sewajarnya ambil peranan ini dengan penuh insaf dan sedar . Kembalikan izzah berjamaah dengan semarak amal tarbawi . Bina semula wehdatul fikri dan wehdatul amal . Jaga kerahsiaan jamaah dengan mengenal pasti apa yang patut rahsia dan apa yang patut dedah . Fikrah Islam mesti jelas ! jangan biarkan ia kabur disebalik jerebu kemenangan .

9. Semua pihak mesti merendahkan sayap . Kembalikan suasana lazat dan seronok bekerja dalam jamaah . Pastikan berjuang untuk menambah pahala bukan berjuang untuk memperbanyakkan dosa dek kerana fitnah dan pertelingkahan sesama sendiri . Berlapang dada dan bersedia untuk dinasihati dan ditegur . Hidupkan semula amal tarbawi biarpun dengan gaya moden atau paling tidak , kekalkan warisan tradisi yang soleh seperti usrah , tamrin qiadi , mukhayyam tarbawi , liqa fikri , ijtima' tarbawi dan lain - lain .

10. Perkukuhkan parti kita [ PAS ] sebelum kita nak perkukuhkan parti orang lain . Fokus pada potfolio yang diamanahkan kepada kita . Usahlah kita ambil kerja orang lain atau dalam bahasa lain menggali tanah kebun orang lain . Menuding dan menilai kerja orang lain bagaikan nak rak tetapi malang kerja sendiri entah kemana failnya . Pada masa yang sama , perkasakan amal tarbawi . Jangan culas untuk hadhir program yang membina diri , aqidah dan fikrah . Usah berlagak pandai dan bijak . Rendahkan sayap demi amal jamaei . Kurangkan alasan atau jangan banyak sangat bermain alasan untuk tidak melibatkan diri dengan program amal tarbawi , kerana kelak menjadikan kita tidak seimbang [ makan sebelah ] .

PAS MENYOKONG KERAJAAN SELANGOR MELARANG KURSUS BIRO TATA NEGARA

ustazidrisahmad

PAS menyokong tindakan Kerajaan Selangor yang telah mengambil keputusan melarang kakitangan awam dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) milik negeri ini daripada mengikuti kursus Biro Tata Negara (BTN) berkuat kuasa serta merta. Ini adalah kuputusan yang bijak. Kursus Biro Tata Negara yang dijalankan selama ini memang tidak mendatangkan faedah dan membazir wang rakyat sahaja. Biro Tata Negara yang diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri hanya berperanan untuk indoktrinasi kepada peserta untuk benci kepada parti pembangkang dan menyokong umno/bn sahaja. Modul yang diselit ialah kononnya negara sedang mengalami ancaman perkauman. Kuasa Melayu semakin terhakis. Ini adalah modal lapuk yang dihidangkan kepada para peserta.

Pas juga kesal apabila pensyarah yang hendak mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran MA dan Phd perlu lulus kursus Biro Tata Negera. Mereka yang tidak sealiran tidak akan mendapat biasiswa walaupun akademik mereka cemeralang inilah yang pernah dialami oleh Saudara Ramadhan Fitri Alias bekas Presiden Mahasiswa Universiti Malaya walaupun beliau mendapat kelas pertama dan sijil dekan setiap semester. Tetapi apabila kursus Biro Tata Negara beliau gagal, kerana tidak memenuhi cita rasa golongan primitif maka beliau tidak layak mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi.




TGHA - Biar orang nampak kita lemah..

Oleh Songkok Putih

Saya masih tertanya-tanya perkataan yang menjadi tajuk artikel bicara saya kali ini.. Kata-kata itu keluar daripada mulut Presiden PAS sendiri dan di saksikan oleh orang kampong yang tak ada kepentingan politik.. tak ada blogger yang boleh merakamkannya untuk dijadikan bahan sensasi..

Kata-kata ini betul atau silap, boleh diterima atau tidak? Pendapat seperti ini mungkin memberikan persepsi negetif atau tidak terhadap Presiden PAS.

Pertemuan dengan Tuan Guru

Selepas berada di KL, saya balik ke kampong untuk beraya pada 26 November 2009. Dalam perjalanan pulang sebelum ke Karak saya singgah untuk mengisi minyak dan berehat sedikit. Saya parking betul-betul di belakang Toyata Furtuner PAS 12.

Terlintas dihati untuk bertemu Presiden, mana tahu dapat beberapa info terkini. Hasrat itu saya pendamkan sahaja.

28 November 2009, waris saya di Merchang buat korban dan juga sedikit makan untuk "naik rumah kedainya". Jemputan selepas Zohor. Saya keletihan dan banyak berjaga malam menyelesaikan beberapa masalah di TKO. Pagi itu saya banyak tidur. Saya hanya bertolak selepas Asar. (Dungun ke Merchang sekitar 40km) Sampai di sana terkejut saya melihat Toyata Furtuner PAS 12 ada di hadapan rumah kedai waris saya.

Saya masuk, orang lain dah tak ada, pasal majlis sudah tamat. Hanya ada orang kampong berdekatan sahaja. Hidangan baru, baru nak disediakan. Hanya dua hidangan Satunya untuk Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan satu lagi tak cukup korum untuk 4 orang. Saya duduk bersama dengan TGHA.

Dalam poket saya ada kamera, terlintas di hati, ambil gambar mesti best punya!! Tapi saya tak buat, nanti jadi macam kejadian ambil gambar TGHA di perkuburan, tengahari tapi flash menyala... terbiak biji mata saya masa tu!!

Peluang keemasan ini saya guna sepenuhnya untuk bertanyakan soalan isu semasa. Bermula isu Kelantan, Kemudian isu Perak, Kedah dan tak berapa sempat isu Selangor...

Jawapan TGHA cukup simple, pendek dan kadang-kala tak sempat habis soalan dah dijawabnya saling tak tumpah seperti sidang media... (Biasa lihat TGHA dalam siding media jawapanya pendek dan membuatkan kita tak puas hati..)

Saya bertanyakkan tentang kajian Prof. Abu Hassan. Saya juga bertanyakkan tentang ramai pimpinan membuat kenyataan di media. Saya bertanyakan mengenai media baru internet dengan blogger.

Semua jawapan ini mengubah persepsi saya terhadap beliau...

Saya tidak berniat untuk mendedahkan jawapan-jawapan tuan guru kepada umum. Saya juga tak ada tape rakaman untuk anda minta saya serahkan kepada sesiapa.

Jawapan yang diberikan ini untuk saya dan saya bersyukur kerana saya diberikan perluang mendapat maklumat yang sah daripada mulut tuan guru sendiri.

Saya juga ingin menasihati mana-mana blogger atau penulis apa salahnya kita berjumpa sendiri dan mendapat maklumat daripada tuan punya diri sebelum kita menulis sesuatu kerana berhati-hati itu adalah lebih baik bagi kita bila kita berhadapan dengan Allah Azawajala...

Sebelum pulang, sempat saya bercakap dengan "Rohman" (anak TGHA) tapi tak habis maklumat yang diberikan. Saya tak kenal Rohman, kalau "Ustaz Kholil" dia kenal saya, dan pernah menegur TKO kerana banyak penulisan berbentuk caci maki.. (dimaksudkan forum)

Saya Nampak satu sinaran dalam PAS dan Isu Kelantan akan selesai tidak lama lagi, jika benar maklumat yang disebutkan oleh TGHA kepada saya.

Ada satu perkara yang saya nak kongsikan di sini. Tuan guru menyebut "Biar orang Nampak kita lemah" asalkan kita ada kekuatan. Jangan kita Nampak seolah-olah kuat tetapi sebenarnya lemah. Jika musuh kita tahu kekuatan kita, sudah pasti mereka yang memusuhi gerakan Islam akan mencari jalan bagaimana hendak menghancurkannya.

Gerakan musuh cukup kuat mereka mempunyai perancangan yang rapi & terperinci. Saya juga dimaklumkan oleh TGHA masalah blogger juga sama berlaku di Mesir, Algeria dan Negara-negara Islam yang lain. Sebenar dunia Islam mengalami nasib yang sama bukan kerana kita berada dalam Pakatan Rakyat tetapi kerana kita membawa wadah Islam!

Kita kena membezakan antara kita berada dalam Pakatan yang disepakati dengan diri kita sendiri yang berwadah Islam. Kenapa kita sahaja yang nampak bermasalah sedangkan kita sebenarnya adalah tunjang PR?

Benarlah janji Allah s.w.t.... Tidak apa yang benar melainkan Dia!!!


Umno Takut Dengan Doa Orang Yang Kena Zalim

Isu royalti minyak yang dituntut Kerajaan Kelantan sampai sekarang tak diendahkan Umno-Bn yang merampas hasil minyak Kelantan tanpa bayar satu sen pun kepada Kerajaan Negeri.Adakah ini bukan satu bentuk kezaliman kepada rakyat Kelantan dan kerajaan yang memerintah Kelantan? Wang Ehsan akan bertukar royalti sekiranya Umno yang perintah Kelantan seperti yang berlaku di Trengganu.

Ini apa yang dilaporkan Berita Harian online, betul atau tidak baca saja, kalau tak betul dan provokasi itu dah memang kerja mereka:

Nik Aziz kelmarin berkata, beliau dan penyokongnya sudah mendoakan agar Perdana Menteri mengubah fikiran supaya memberikan royalti kepada negeri itu, jika tidak beliau akan berdoa supaya Allah menghapuskan masa depan Najib dan Umno.

"Saya doa tadi ramai-ramai minta Allah SWT perbetulkan pemikiran Perdana Menteri, biar dia beri (royalti)...kalau tak, kita doa supaya Allah musnahkan masa depan dia, parti dia, kumpulan dia, proksi dia semua akan musnah, tak mustahil benda ini akan berlaku," katanya. -Berita Harian online

Maka ulama-ulama yang pro Umno pun tentang keras apa yang MB Kelantan itu kata. Mereka bersuara apabila doa untuk Umno lingkup. Mereka bersuara apabila doa ditujukan kepada pemimpin Umno yang mereka sayang jika dimakbulkan mungkin periuk nasi mereka sendiri masuk pasir. Mereka tidak bersuara bila Umno nak bagi wang royalti ditukar wang ehsan yang jelas termaktub dalam perjanjian antara Petronas dan Kerajaan negeri Kelantan kena bayar 5 peratus hasil minyak dibayar dalam bentuk royalti kepada kerajaan negeri Kelantan bukan wang ehsan.

Ulama -ulama pro Umno ini tak pertikai dengan sikap Kerajaan Umno-Bn yang jadi munafik kerana mungkir janji dalam perjanjian antara Petronas dengan Kerajaan negeri Kelantan, yang mereka pertikai doa Tok Guru saja.

"Berdoa meminta Allah memusnahkan kehidupan dan masa depan orang lain tidak boleh, haram dan berdosa besar. Kalau kepada kafir harbi (tidak tunduk kepada pemerintahan kerajaan Islam) tidak mengapa. "Sesama Islam tidak boleh berdoa seperti itu. Kita digalakkan mendoakan kesejahteraan orang lain, terutama saudara seagama. Orang berdoa supaya Allah memusnahkan kehidupan orang lain perlu bertaubat dan perlu memohon maaf dengan orang yang dimaksudkan. Kita tidak boleh putuskan silaturahim," kata Mufti Perak Harussani Zakaria baca di sini

Sementara itu, Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut, berkata umat Islam yang berhajat supaya orang lain yang seagama dengannya menderita dan kehidupannya musnah sebenarnya mahu mencabar al-Quran yang menegaskan orang Islam bersaudara.

Mereka hanya bimbangkan keselamatan dan kesejahteraan Umno tapi bila rakyat kena zalim denganUmno, kena tipu dengan Umno, kena bunuh dengan Umno mereka diam mulut tterkunci rapat untuk berbicara hal-hal yang tidak menyebelahi Umno

- MISAIMERAH

Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails