SELAMAT DATANG

Sabtu, 6 Mac 2010

Harussani Bantai Pas Perak ,Sokong Kerajaan Perpaduan

misaimerah

Mufti Perak Dato' Harussani Zakaria menyokong penuh idea kerajaan perpaduan Pas -Umno di Perak selepas pru 12 yang lalu dan sekarang setelah sekian lama beliau bersuara sokong kerajaan perpaduan yang dipersetujui pimpinan tertinggi Pas tapi Ustaz Ahmad Awang yang masa itu jadi PJ Pas Perak jadi batu penghalang kerjasama kerajaan perpaduan di Perak.

Kata Harussani dalam laporan Utusan Malaysia Online;

Beliau menceritakan keangkuhan Pas Perak yang menolak mentah-mentah cadangan penubuhan kerajaan perpaduan di negeri itu, walaupun secara dasarnya ia diperkenan oleh Sultan Perak, Raja Azlan Shah dan juga dipersetujui oleh kepimpinan tertinggi parti itu.

"Apabila dikemukakan cadangan penubuhan kerajaan campuran antara Pas dan Barisan Nasional (BN), Pesuruhjaya Pas Perak, Ahmad Awang terus berkata, kita tidak akan bersekongkol dengan orang Islam (UMNO) yang zalim, lebih baik berkawan dengan kafir (DAP).

"Saya tanya hadis dan ayat mana yang dipakai kerana setahu saya ada hadis mengatakan tolonglah saudara kamu yang zalim dan dizalimi. Saya kata jika BN ini zalim, saya tawarkan wakil rakyat Pas menjadi Menteri Besar dan yang lain akan jadi Exco bersama BN.

"Sultan secara dasarnya berkenan dengan cadangan ini, tetapi dia (Ahmad) masih berkeras menolaknya. Saya kata al-Quran menyebut jika sayang kepada kafir maka kita adalah kafir, beliau (Ahmad) kata dia menggunakan kaedah fikah dalam perkara itu.

"Kemudian saya kata mana boleh kaedah fikah digunakan apabila ia bertentangan dengan nas al-Quran, ia tidak boleh dipakai," katanya.

Mengimbas kembali perkara itu, Harussani berkata, cadangan itu bermula selepas pilihan raya umum apabila DAP dan BN masing-masing mendapat 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bermaksud Pas akan menjadi penentu kepada kerajaan yang akan dibentuk.

Katanya, beliau dilantik sebagai orang tengah dan persoalan yang timbul ialah daripada 28 wakil rakyat BN hanya seorang Cina.

"Kenapa Pas tidak boleh bergabung untuk membentuk kerajaan yang sudah pasti akan memperoleh majoriti 100 peratus Melayu memerintah.

"Saya telah berjumpa dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan dan berbincang hampir dua jam, pada awalnya beliau tidak bersetuju tetapi akhirnya dia kata idea itu bagus tetapi tidak dapat memberi keputusan kerana ia bergantung kepada Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Saya maklumkan bahawa tidak berapa rapat dengan Hadi, jadi jika cadangan itu baik saya minta beliau (Nik Aziz) maklumkan kepada Hadi. Semasa dalam perjalanan balik iaitu berada di Cameron Highlands, Hadi telah hubungi saya dan bersetuju dengan cadangan itu.

"Tetapi Hadi kata dia tidak boleh buat keputusan kerana ia bergantung pada negeri iaitu Pesuruhjaya Pas Negeri (Ahmad). Saya juga telah hubungi Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din dan dia juga bersetuju," katanya.

Jelas Harussani, semasa sampai di Ipoh beliau yang optimis dengan cadangan itu yang turut disokong kepimpinan tertinggi Pas telah menghubungi Ahmad, tetapi malangnya jawapan yang diterima amat mendukacitakan.

Beliau mendakwa, Pas Perak sebenarnya telah diperalatkan oleh DAP bagi memenuhi kepentingan tuntutan politik mereka.

"Contohnya semasa orang Melayu berbaring di atas jalan raya bagi menghalang laluan kereta Sultan Perak pada masa itu, langsung tiada orang DAP turut serta dan apabila saya tanya, mereka (orang Cina) berkata itu kerja Melayu, kami banyak lagi kerja lain nak dibuat," katanya-Utusan Malaysia Online

Ustaz Ahmad Awang kena jawab apa yang Harussani kata, jawab ustaz jawab .Mungkin Ustaz Ahmad Awang tak mau bergelumang dengan parti taik yang disebut Tun Mahathir yang dah busuk hingga ke ususnya.

Lagu buat Zulkifli Nordin

Ini lirik lagu yang dinyanyikan Allahyarham R.Azmi tuju khas buat Zulkifli Nordin sesuai sangat dengan apa yang Penyelaras Pakatan Rakyat Zaid Ibrahim yang doakan supaya Zulkifli Nordin keluar daripada Pakatan Rakyat

memang nasib saya tidak baik
dapat bini bodoh campur cerdik
saban hari dia suka bersolek
sampai otak saya jadi naik pelik

cakap salah tak cakap salah
jadi semua serba salah

jikalau sudah dia kerja di dapur
nasi dimasak jadi bubur
ikan disiang semua hancur
perencah dibubuh habis bertabur

ditegur salah tak tegur salah
jadi semua serba salah

kerja di rumah cukupnya malas
baik menyapu baik berkemas
bangun tidur pukul lima belas
laki yang mana hati tidak panas

dilarang salah tak larang salah
jadi semua serba salah

muka naik pucat badannya pun letih
disuruh bikin kopi dibikinnya teh
disuruh beli roti dibelinya kueh
laki yang mana tidak berleter

dibilang salah tak bilang salah
jadi semua serba salah

disuruh ambil gelas diambilnya cawan
disuruh ambil piring diambilnya pinggan
disuruh ambil mentega diambilnya belacan
hati yang mana kita boleh tahan

diajar salah tak ajar salah
jadi semua serba salah

disuruh ambil parang diambilnya pisau
disuruh ambil beg diambilnya pau
disuruh beli mee dibelinya kueh teow
disuruh beli rokok dibelinya sentil tembakau

diturut salah tak turut salah
jadi semua serba salah

Kata Zaid Ibrahim;
"Semua benda dia tak setuju dengan kita, dia nak berhenti, munasabah,” ujarnya.

"Kalau kita masukkan semua Islam sebagai panel, dia pula akan kata, dua orang Islam itu tidak cukup Islam. Jadi apa kita perlu buat?-harakahdaily

Jumaat, 5 Mac 2010

Jaga-Jaga Mohsin ,Ustaz Dah Nak Solat Hajat

Ahli Majlis Syura Ulama Pas Ustaz Ahmad Awang kata beliau akan solat hajat 7 hari 7 malam jika Mohsin MP Bagan Serai tak letak jawatan atau kosongkan kerusi Parlimen Bagan Serai.Daripada senario adegan pemimpin pakatan rakyat dan MP yang melompat jadi bebas ada baiknya bai'ah yang dilakukan pemimpin Pas yang bertanding dalam pru-12 yang lalu menjadi ikutan pula oleh calon-calon daripada parti Keadilan yang beragama Islam.Sekurang-kurangnya mereka tidak berani untuk bertindak di luar batasan perjanjian.

Lapor Malaysiakini;

Ahli parlimen PKR, Mohsin Fadzli Samsuri diberi tempoh tujuh hari supaya mengosongkan kerusi Bagan Serai ataupun menghadapi tindakan dikenakan solat hajat supaya dihukum oleh Allah.

Ahli Majlis Syura Ulama PAS Ahmad Awang (kiri) berkata pihaknya akan menganjurkan solat hajat selama tujuh hari tujuh malam supaya Mohsin diberikan hukuman setimpal kerana mengkhianati perjuangan.

“Kita beri tempoh tujuh hari supaya beliau letak jawatan. Jika tidak kita akan anjurkan solat hajat tujuh hari tujuh malam supaya Allah menghukumnya kerana khianat pada perjuangan.

“Bentuk hukuman tersebut, biarlah Allah sahaja yang menentukannya,” kata Ahmad yang juga pesuruhjaya PAS negeri Perak pada pilihan raya umum sebelum ini.

Bekas naib presiden PAS itu mengulas tindakan Mohsin yang keluar PKR dan menjadi wakil bebas dengan alasan tidak bersetuju dengan pendirian PKR berhubung isu kalimah Allah.Baca di sini

MISAIMERAH



Nik Aziz dirawat di Hospital USM

Lan Jusoh

KOTA BHARU, 4 Mac: Menteri Besar tidak hadir menyambut keberangkatan pulang Sultan Kelantan dari Singapura hari ini disebabkan beliau dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian sejak petang semalam.

Setiausaha Politiknya, Wan Nik Wan Yussof berkata, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak dapat hadir pada majlis tersebut kerana masih mendapat rawatan di hospital.

Kata beliau, kepenatan tugas harian menyebabkan jantungnya tidak stabil sehingga terpaksa mendapat rawatan di Unit Rawatan Jantung pagi semalam.

“Dan pada sebelah petang doktor menasihatkan Menteri Besar berehat di wad bagi memulihkan keadaan jantungnya.

“Keadaan kesihatan Tuan Guru agak terganggu sejak seminggu lalu disebabkan kepenatan kerana menghadiri banyak program di merata tempat,” katanya di sini.

Oleh itu katanya, Menteri Besar tidak dapat memenuhi banyak undangan termasuk di Kuala Lumpur sehari dua ini disebabkan keadaan kesihatannya belum lagi mengizinkan.

Pada Julai 2004 Tuan Guru Nik Abdul Aziz menjalani koronari angiogram, iaitu memasukkan wayar ke dalam saluran jantung untuk melihat penyumbatan di Unit Kardiologi HUSM.

Selepas itu beliau dipindahkan ke Institut Jantung Negara bagi menjalani rawatan koronari angioplasty dengan memasuk bateri menguatkan pergerakan jantungnya.

Wan Nik berkata, keadaannya sekarang beransur pulih dan doktor menasihat supaya banyak berehat.



Rabu, 3 Mac 2010

Usul royalti: Tak salah kami sokong, kata BN Kelantan

oleh G. Manimaran dan Mohd Zuharman

KOTA BARU, 3 Mac — Barisan Nasional (BN) Kelantan mempertahankan tindakan wakil rakyatnya mengambil bahagian dalam perbahasan usul yang dibawa kerajaan negeri Kelantan untuk merujuk tuntutan royalti minyak di mahkamah.

Sehubungan itu, Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan Datuk Mohd Alwi Che Ahmad berkata pihak yang mempersoalkan tindakan mereka kelmarin sebenarnya tidak faham rasional pendirian wakil BN.

“Adun BN hanya menyokong agar usul dibahaskan dan kami mengambil bahagian dalam perbahasan.

“Tetapi apabila sampai masa untuk mengundi, kami tidak mengundi... ini kena faham. Kalau kita tidak menyertai perbahasan, bagaimana kita hendak menyatakan hujah kita (pendirian BN dan kerajaan pusat) dalam isu pertikaian ini... mereka (kerajaan negeri) hendak mentafsir menerusi mahkamah, jadi kami berhujah supaya bawa kes ini ke mahkamah,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

Beliau yang juga Adun Kok Lanas dan Setiausaha BN Kelantan berkata, Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein (gambar) mungkin salah faham dengan sebab pihaknya berbuat demikian.

“Orang yang faham fahamlah dengan apa yang berlaku. Kalau tidak faham, maka tak fahamlah mereka dengan keadaan di Kelantan,” katanya lagi sambil menambah suasana di Kelantan berbeza dengan negeri lain termasuk Terengganu.

Hishammuddin merupakan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu.

Justeru Mohd Alwi menambah, Hishammuddin “sepatutnya berkata (memberitahu wartawan) akan merujuk kepada kami sebelum berkata demikian”.

“Apa yang kami lakukan ini bertujuan mempertahankan kerajaan, sebab itu Pemuda Umno (pusat) membuat kenyataan yang betul (bahawa tindakan kami adalah betul),” kata beliau lagi.

“Hanya satu panggilan yang memisahkan saya daripada Hishammuddin... beliau (sepatutnya) telah menghubungi saya untuk mendapatkan penjelasan,” katanya lagi.

Malah Mohd Alwi berkata, beliau telah berbincang dengan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed dan juga timbalannya Datuk Dr Awang Adek Husien sebelum usul itu dibahaskan.

“(Dalam suasana ini) kita kena bertindak sebagai ahli politik yang tenang, bijak dan matang... ini adalah mainan politik... ini sudah jadi satu pertikaian, jadi biar bawa ke mahkamah,” katanya.

Beliau berpendapat bahawa jika pertikaian itu dibawa ke mahkamah ia tidak boleh dijadikan bahan percakapan kerana boleh dianggap prejudis.

Mohd Alwi diminta mengulas laporan bahawa kemungkinan mengambil tindakan terhadap anggotanya yang menyokong usul dibawa kerajaan negeri Kelantan untuk membawa tuntutan royalti minyak ke mahkamah.

Semalam, Hishammuddin yang juga Menteri Dalam Negeri berkata parti itu akan mendapatkan pandangan daripada ahli-ahli parti di peringkat akar umbi sebelum mengambil tindakan.

Kesemua Adun bangun sebagai menyatakan sokongan kepada usul itu untuk dibahaskan, termasuk Mohd Alwi, Mat Yusof Abdul Ghani (BN – Nenggiri) dan Datuk Abdul Rashid Aziz (BN – Kuala Balah).

Adun Barisan Nasional yang tidak berdiri ialah Datuk Nozula Mat Diah (BN–Paloh) dan Adhan Kechik (BN – Bukit Bunga) manakala Datuk Noorzahidi Omar (BN – Pengkalan Kubur) tiada dalam dewan ketika itu.

Bagaimanapun ketika usul diluluskan tiada wakil BN dalam dewan, kata Mohd Alwi.

“Sebab itu ia diluluskan 39-0 bukannya 45-0,” katanya.

Oleh itu kata Mohd Alwi, terserah kepada pucuk kepimpinan jika mahu mengambil tindakan.

“Kami ini bukan bodoh... jangan kata sembarangan,” kata Mohd Alwi sambil menambah, “kami tidak bertindak sembarangan.”

Dalam pada itu, Noorzahidi yang juga Setiausaha Umno Kelantan berkata, kalau salah keenam-enam Adun BN perlu dikenakan tindakan.

“Kalau undi tanda sokongan isu tersebut dibawa ke mahkamah, bagi saya tak salah.

“Sebab sebelum ini pun kerajaan persekutuan memang mengalu-alukan supaya kes tersebut dibawa ke mahkamah,” katanya.

Usul tersebut dikemukakan selepas selesai sesi soal jawab secara lisan.

Usul berkenaan berdasar kepada peruntukan Peraturan Tetap Dewan Negeri Kelantan Perkara 30 (1) bagi cadangan menangguh persidangan kerana merundingkan perkara-perkara mustahak bagi orang ramai.

Usul terbabit berbunyi, “bahawa DUN memberi mandat kepada MMK bagi pihak kerajaan negeri mengambil apa-apa tindakan mahkamah yang bersesuaian bagi mendapatkan bayaran tunai yang terhak kepada rakyat dan kerajaan Kelantan mengikut perjanjian dan penyerah hakkan kuasa-kuasa petroleum sama ada di daratan atau di lautan negeri Kelantan yang ditandatangani pada 1975.

“Seperti mana kehendak undang-undang tunggal yang berkaitan dengan pengeluaran petroleum iaitu Akta Pembangunan Petroleum 1974, pada bila-bila masa yang difikirkan oleh kerajaan negeri.”


Hoiii! Kami Penat Cari Tebang Buluh Nak Bagi Hangpa Jadi MP

Celaka Sungguh !


Ini keluhan penyokong-penyokong yang kecewa dengan sikap MP Pakatan Rakyat yang keluar parti jadi bebas.

Sapa lagi nak keluaq,nak lompat celaka sungguh,dajjal sungguh itu keluhan pengundi-pengundi di Parlimen Bagan Serai,Parlimen Nibong Tebal dan Parlimen Bayan Baru.Bagan Serai tu majoriti pengundi Melayu kawasan Utara Perak.

Yang mengundi pangkah calon MP Bagan Serai yang melompat tu bukan main penat lagi buat kerja,letih tak terkata ,tak tidoq malam woi nak bagi hang pa diangkat jadi Ahli Parlimen.Yang cari buluh nak pacak bendera,tampal poster ,kempen setengah mampoih tup-tup angin tak dak,ribut tak dak tengok-tengok dah lompat jadi bebas tak dak parti.Memang celaka sungguh ,muka tempek kulit babi ka apa ka.Katanya MP Bagan Serai tu melompat kerana isu 'Kalimah Allah'.Oooo bila keluaq parti pandai sabit-sabit nama Allah pulak.Suluh muka depan cermin tu woiii.

Dah tiga MP Keadilan melompat ni,berapa lagi nak melompat kita pun tak tau.Dalam dok nafi-nafi 3 dah lompat.Yang lompat pula status ahli parlimen.Agenda apa hang pa main ni.Berapa nilai hang pa semua pada Umno?Berapa berapa berapaaa?Nasib baik la hang pa MP-MP ni duduk kat Malaysia kalau hang pa dok kat negeri lain paling kurang teloq ayam kemuruk dah singgah kat muka dah.Tu kira paling kurang tu kalu lebih lagi ingat dah makan nasi pakai wayar dah,silap-silap singgah batu 2.Tapi rakyat Malaysia ni baguih-baguih belaka tak macam negeri lain!

Mana-mana tempat yang MP tu melompat pru akan datang bagi kesan buruk kepada pengundi yang pilih pakatan rakyat.Ada yang dah meluat dengan politik kotor akan menyepi diri, mereka pikir dua kali nak undi parti yang sama kalu parti yang melompat dipilih lagi.

catatan suatu perjalanan



Warkah buat Anwar Ibrahim

Saya tidak pasti apakah surat terbuka saya ini akan dibaca oleh saudara atau tidak. Putri sulung saudara, Nurul Izzah Anwar dalam satu kesempatan pertemuan di Parlimen tidak lama dahulu, ketika saya ke sana atas urusan kerja, memberitahu saya yang banyak tulisan saya yang mengkritik saudara telah memberi kesan yang sangat mendalam terhadap keluarga saudara. Atas sebab itu, saya tidak kecil hati jika saudara tidak mahu membaca tulisan ini.

Sebagai seorang yang tidak pernah bergelar ahli Umno, sebelum dan selepas, dahulu, kini dan selamanya, percayalah, segala apa yang disebut orang sebagai kritikan, komen atau kupasan saya tentang saudara adalah datang dari seorang kawan, bukan seorang musuh! Cuma mungkin, saya bukanlah kawan saudara seperti Zahrain Hashim ataupun Nallakarupan, saya tidak kenal saudara berpuluh tahun dan saya juga tidak kaya seperti mereka.

Saya tidak pernah terlibat dengan reformasi 1998, tetapi saya antara yang hadir dan mengisi borang keahlian bila Parti Keadilan Nasional (PKN - sekarang PKR) dilancarkan pada 4 April 1999 di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur. Pada tahun 1998, ketika saudara sedang hangat memimpin massa menggoncang pemerintahan Mahathir, yang kemudiannya popular dengan nama gerakan reformasi, saya telah ke UUM Kedah melawat junior-junior saya yang masih ada di sana. Dalam perjalanan pulang, saya telah singgah di Kulim, di rumah ayah angkat saya, Ustaz Wahab, seorang pendakwah bebas, juga ahli jawatankuasa Persatuan Ulama Negeri Pulau Pinang ketika itu. Rumahnya di Jalan Ayer Merah, berhampiran dengan Kolej Matrikulasi MARA Kulim, tempat pengajian saya sebelum ke UUM.

Dalam kesempatan pertemuan itu, Ustaz Wahab telah bercerita tentang saudara kepada saya, tentang pertemuannya dengan saudara di rumah saudara di Bukit Damansara sebelum saudara ditangkap. Bersandarkan keperibadiannya yang saya kenal, saya percaya apa yang dia percaya, iaitu saudara tidak bersalah! Bahkan Ustaz Wahab telah membawa saya melihat rumah saudara di Cherok Tokun, Bukit Mertajam, sebuah rumah tipikal orang utara, rumah kayu bertiang tinggi yang mana bahagian bawah kemudiannya diubahsuai menjadi tingkat bawah rumah, jadilah ia rumah dua tingkat, keseluruhan rumah saudara dicat warna putih.

Ustaz inilah, ayah angkat saya inilah yang membawa saya menyertai PKN @ PKR, sehinggalah saya berjaya mendaki tangga kepimpinan parti, menjadi Exco AMK selama dua penggal, sebelum saya mengambil keputusan mengucap sayonara pada bulan Julai 2007. Dahulu saya menyertai parti ketika saudara menghadapi pertuduhan liwat kali pertama, saya cukup percaya saudara dizalimi, sampai hari ini pun...

Ketika saya meninggalkan parti dahulu, saya ada mengatakan yang parti sudah rosak akidah perjuangannya, keutamaannya adalah kedudukan pemimpin-pemimpin besar tertentu dan permainan politik berkaitan dengan bagaimana mempertahankan kedudukan itu.

Hari ini ia semakin menampakkan kebenarannya, pemimpin-pemimpin besar inilah, yang kebanyakannya diangkat saudara sendiri, semakin meninggalkan saudara.

Tidak kiralah Zahrain Hashim, Nallakarupan dan Datuk Nasha yang hanya seminggu bersama saudara, semuanya dari air tangan saudara. Yang lain termasuklah silver frog dari Perak, Jamaluddin Md Radzi dan Osman Jailu yang berdosa meruntuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat di sana.

Ketika saudara mengangkat Zahrain Hashim sebagai Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, semata-mata kerana dia adalah sahabat saudara puluhan tahun, tindakan saudara telah ditentang hebat oleh AMK Pulau Pinang yang ketika itu di bawah teraju Amizudin Ahmat, tetapi saudara pertahankan keputusan saudara. Saudara lihat sekarang, Amizudin memang seorang yang lantang dan kadang-kadang lepas cakap, tetapi dia kekal setia dengan perjuangan keadilan, sedangkan yang kononnya "sahabat 30 tahun" saudara itu, Zahrain Hashim meninggalkan saudara setelah berjaya mendapat gelaran Datuk Seri, tentulah harganya menjadi semakin mahal sekarang ini.

Atas kerisauan yang sama, walaupun telah meninggalkan PKR ketika itu, saya menulis mempersoalkan tindakan saudara melantik Datuk Fauzi Abd Rahman sebagai Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Pahang (sekarang Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Pahang). Sumpah, saya menulis itu bukan kerana saya benci atau bermusuh dengan Datuk Fauzi, bahkan anaknya adalah rakan baik saya. Saya cuma prihatin dan bimbang, kata orang tempat jatuh lagi dikenang, ini pula tempat bermain!

Saya bimbang dengan bekas elit Umno yang biasa dengan kemewahan, yang biasa dengan kereta menjalar, rumah dan pejabat besar, apakah mereka betah untuk kehilangannya? Apakah pula cita-cita mereka, adakah hanya kerana "sahabat" Anwar seperti Zahrain dan Nallakarupan tadi?

Dalam tulisan Sayonara saya dahulu, saya turut mengatakan yang agenda rakyat sudah terkebelakang, isu rasuah tinggal sebagai rencah ceramah, bukan lagi berupa gerakan penentangan, reformasi tercicir di dalam peraturan tetap Angkatan Muda sekadar hiasan slogan. Ketika itu ada kalangan angkatan muda yang pernah bersama saya mempersoalkan hujah saya ini.

Hari ini, kalaupun tidak sepenuhnya, sebahagiannya telah terbukti betul. Orang-orang seperti Zahrainlah, seperti Nallakarupan, seperti Jamaluddin dan Osman Jailu yang ucapannya berdegar-degar, kononnya bercakap soal perjuangan telah membenarkan apa yang saya tulis. Tiada gerakan penentangan di bawah pimpinan mereka yang boleh disenaraikan, bahkan yang bercakap berdegar-degar inilah yang akhirnya menjadi petualang perjuangan.

Ramai orang menelah, terutama dari kalangan Umno, Ezam adalah trojan horse ketika dia mengambil keputusan menyertai Umno. Namun apa yang jelas hari ini, trojan horse ini lebih ramai di dalam PKR, seperti Zahrain, seperti Jamaluddin, seperti Osman Jailu, dan mungkin juga seperti Zulkifli Noordin. Kebanyakan yang menjadi trojan horse di dalam PKR ini pula adalah "orang pilihan" saudara.

Ada juga cerita tentang "orang pilihan" saudara ini dalam PKR Pahang. Umum mengetahui wujudnya krisis kepimpinan di sini, terutama di antara Datuk Fauzi dengan Azan Ismail, Ahli Parlimen Indera Mahkota. Orang bertanya saya, siapa cantas siapa ini? Saya kata susah mahu cakap, sebab dua-dua "orang Anwar."

Dalam keadaan PKR sedang berhadapan dengan krisis kesetiaan yang teruk inilah, saudara dihadapkan pula dengan kes pertuduhan liwat versi kedua. Orang yang menuduh saudara namanya Saiful Bukhari Azlan, nama yang saya tidak pernah jumpa ketika masih aktif dalam AMK dahulu. Saya tertanya-tanya, berdasarkan latar belakangnya, mengapakah dia yang saudara pilih untuk bekerja dengan saudara, sedangkan AMK dari seluruh negara mempunyai ribuan calon yang berkelayakan, bahkan ramai dari mereka sanggup bersukarela tanpa dibayar sesen pun, asal sahaja makan minum mereka terjaga.

Masalah ini belum lagi dicampur dengan krisis dalaman parti-parti komponen Pakatan Rakyat yang lain seperti PAS yang masih belum kebah dari dihantui dengan pertembungan kumpulan pro perpaduan dan pro pakatan. Saya faham dalam hal parti lain, saudara hanya mampu memberi nasihat dan pandangan, bukan memberi arahan. Bagi saya, ia sudah satu kejayaan besar jika saudara mampu menyelesaikan masalah pertuduhan liwat kali kedua ini dan paling penting, masalah dalaman PKR yang belum berubat itu.

Untuk kali kedua inipun, saya tetap percayakan kata-kata ayah angkat saya dahulu, yang saudara tidak bersalah dan dizalimi. Saya meninggalkan parti dahulu bukan kerana saya percaya apa yang Ezam percaya, tetapi kerana saya cemuih (kata orang utara) dengan politiking dalaman parti, lebih dari itu saya tidak nampak aura perjuangan di wajah bekas-bekas elit Umno yang saudara angkat sebagai pemimpin PKR, sepertimana saya sudah tidak percayakan Ruslan Kassim bila saya bersalam dengannya ketika dia menjadi calon dalam Pilihanraya Kecil Teluk Kemang lama dahulu, dia bersalam tidak melihat muka orang! Yang saya nampak adalah mata yang mengintai peluang kekuasaan, pangkat dan kedudukan, mata yang sedang mabuk kepayang.

Atas sebab karamah insaniyah, apakah sekali lagi saya harus bangkit membela saudara? Saudara sendiri lihat, yang tidak ramai lagi reformis yang mengikuti perbicaraan saudara yang kali kedua ini. Saya yakin, mereka juga seperti saya, masih percaya yang saudara tidak bersalah dan dizalimi, soalnya ke mana mereka? Saya rasa sebelum terlambat, saudara mesti berbuat sesuatu.

Saya berani mengatakan yang kesalahan saudara adalah kerana saudara tidak mencuba untuk berkenalan dengan mereka, mendalami kelebihan dan pemikiran mereka. Mereka mungkin bukan "sahabat" saudara puluhan tahun, mereka juga mungkin bukan teman bermain tenis saudara, mereka bukan dari kalangan saudagar kaya-raya.

Mereka sudah tentu tidak mampu menyumbang harta-benda, tetapi percayalah, mereka adalah pejuang paling setia. Walaupun hari ini mereka tidak lagi menghurungi mahkamah setiap kali perbicaraan saudara berlangsung, tetapi dari jauh mereka tetap menyokong dan berdoa untuk saudara. Mulai sekarang, saudara sudah patut memulakan langkah baru, membina persahabatan baru, dengan anak-anak muda yang tidak pandai berbatik dan berkot ini, di sebalik ini, kebanyakan dari mereka sebenarnya berpendidikan tinggi.

Dari segi ini, penghormatan saya jauh lebih besar terhadap Dr. Wan Azizah Wan Ismail, isteri saudara, berbanding dengan saudara sendiri. Wan Azizah benar-benar membawa sosok pejuang dari kaum ibu. Sewaktu saudara masih di dalam penjara, saya banyak kali singgah di rumah saudara di Bukit Damansara dan berceramah di sana.

Dia seorang ibu sejati, cuba mengenali, cuba memahami, cuba mengambil tahu, siapa anak muda yang tiba-tiba muncul di sekeliling perjuangan ini. Bahkan saya sampai menyimpulkan yang sokongan terhadap saudara tidak pernah surut ketika itu walaupun saudara merengkok di Sungai Buloh adalah kerana tarikan sikap keibuan Wan Azizah (entah kebetulan entah tidak, nama ibu saya juga Azizah).

Sekali lagi perlu saya tegaskan, saya tidak pernah membenci, tidak pernah memusuhi saudara. Biasalah bila orang muda menegur, bahasanya panas dan pedas. Di sebalik itu, sampai hari ini saya masih tetap mendoakan kerahmatan hidup saudara sekeluarga.



SYABAS ADUN N KELANTAN

Adun BN Kelantan sokong usul royalti mungkin ‘dihukum’

PETALING JAYA, 2 Mac — Barisan Nasional (BN) kemungkinan mengambil tindakan terhadap anggotanya yang menyokong usul dibawa kerajaan negeri Kelantan untuk membawa tuntutan royalti minyak ke mahkamah.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein (gambar) berkata parti itu akan mendapatkan pandangan daripada ahli-ahli parti di peringkat akar umbi sebelum mengambil tindakan.

Ekoran itu kesemua Adun bangun sebagai menyatakan sokongan kepadal usul terbabit termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Mohd Alwi Che Ahmad, Mat Yusof Abdul Ghani (BN – Nenggiri) dan Datuk Abdul Rashid Aziz (BN – Kuala Balah).

Adun Barisan Nasional yang tidak berdiri ialah Datuk Nozula Mat Diah (BN – Paloh) dan Adhan Kechik (BN – Bukit Bunga) manakala Datuk Noorzahidi Omar (BN – Pengkalan Kubur) tiada dalam dewan ketika itu.

Usul tersebut dikemukakan selepas selesai sesi soal jawab secara lisan.

Usul berkenaan berdasar kepada peruntukan Peraturan Tetap Dewan Negeri Kelantan Perkara 30 (1) bagi cadangan menangguh persidangan kerana merundingkan perkara-perkara mustahak bagi orang ramai.

Usul terbabit berbunyi, “bahawa DUN memberi mandat kepada MMK bagi pihak kerajaan negeri mengambil apa-apa tindakan mahkamah yang bersesuaian bagi mendapatkan bayaran tunai yang terhak kepada rakyat dan kerajaan Kelantan mengikut perjanjian dan penyerah hakkan kuasa-kuasa petroleum sama ada di daratan atau di lautan negeri Kelantan yang ditandatangani pada 1975.

“Seperti mana kehendak undang-undang tunggal yang berkaitan dengan pengeluaran petroleum iaitu Akta Pembangunan Petroleum 1974, pada bila-bila masa yang difikirkan oleh kerajaan negeri.”

“Kita mungkin akan ambil tindakan terhadap mereka (anggota BN DUN Kelantan) dan akan dapatkan pandangan dari ahli-ahli parti di peringkat akar umbi untuk selesaikan kedudukan mereka yang timbulkan isu sensasi (royalti minyak) ini,” kata Hishammuddin.

Beliau yang juga Menteri Dalam turut menyelar keputusan DUN Kelantan untuk membawa usul tuntutan royalti minyak terhadap kerajaan pusat ke mahkamah.

Beliau berkata tindakan itu adalah tidak wajar kerana terdapat saluran lain yang boleh digunakan dalam menyelesaikan isu itu.

“Bagi saya mereka ini melihat isu royalti ini dalam konteks polemik dalaman atau luaran dan saya rasa ini adalah tidak wajar.

“Kita dalam konteks parti Barisan Nasional (BN) dan Umno telah membuat pendirian yang jelas bahawa apa yang tidak faham, gunakan saluran yang sedia ada untuk fahamkan diri sendiri,” katanya kepada pemberita selepas Program Pemantapan Petugas Menangani Jenayah di Kota Damansara dekat sini.

Hishammuddin mengulas keputusan sidang DUN Kelantan semalam yang sebulat suara meluluskan usul membawa tuntutan royalti minyak ke mahkamah.

Sementara itu, mengulas mengenai isu lompat parti yang melanda pemimpin dan anggota dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), beliau menasihatkan agar setiap ahli Umno dan BN supaya tidak terlalu gembira menerima berita itu.

Beliau berkata apa yang berlaku dalam PKR jelas menunjukkan bahawa untuk memerintah sesebuah negeri bukan perkara yang mudah kerana ia melibatkan amanah dan tanggungjawab kepada rakyat.

“Apa yang berlaku dalam PKR jangan melalaikan kita... jangan mengizinkan kita leka dalam agenda yang telah kita umumkan pada rakyat.

“Perkara yang telah dijanjikan kepada rakyat untuk membuat tranformasi dalam parti, ianya tidak bergantung kepada kedudukan parti lawan,” kata Hishammuddin ketika mengulas mengenai bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin yang mengumumkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menyertai Umno, Ahad lepas.

Mohammad Fairus, yang juga bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Penanti, berkata keputusannya keluar dari PKR adalah kerana sudah hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap para pemimpin parti itu terutamanya dalam perkara yang membabitkan Islam dan Melayu.

Mai Tengok Hujjah UMNO .....saya rasa.... mungkin....... saya rasa mungkin..... Hujjah Budak Tadika (BHG1)





Mai Tengok Hujjah UMNO .....saya rasa.... mungkin....... saya rasa mungkin..... Hujjah Budak Tadika (BHG 2)





Mai Tengok Hujjah UMNO .....saya rasa.... mungkin....... saya rasa mungkin..... Hujjah Budak Tadika (BHG 3)





Selasa, 2 Mac 2010

Najib: Cakap Pandai Buat Dak

TELADANI SIFAT TERPUJI RASULULLAH: USTAZ NAJIB TUN RAZAK

بسم الله الرحمن الرحيم


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mahu umat Islam mencontohi dan mengambil teladan empat sifat Nabi Muhammad iaitu sidiq (benar), amanah, tabligh (menyampaikan) dan fatanah (bijaksana) kerana ia adalah ciri-ciri penting untuk mencapai kecemerlangan.

Perdana Menteri berkata, empat sifat itu hendaklah dijadikan inspirasi dan diadaptasikan bagi memacu meningkatkan ummah yang progresif.
"Maka sudah tentu pemimpin masyarakat, pentadbir, golongan profesional dan seluruh umat umumnya perlu berusaha memiliki sifat ini dan mencontohi tingkah laku Rasulullah dalam setiap tindakan dan pekerjaan," kata Najib dalam perutusan sempena sambutan Maulidur Rasul 1431 Hijrah, hari ini.

Najib berkata, agenda Rasulullah yang memperkukuh institusi perpaduan sesama manusia bagi memperkasa ummah secara progresif sewajarnya disuntik ke dalam setiap denyut nadi umat Islam agar terus terpahat kukuh sepanjang zaman.

“Begitulah hebatnya kegigihan Rasulullah dalam mendidik umat yang pada peringkat awalnya adalah masyarakat jahil, bersengketa dan berpecah-belah akhirnya bersatu padu dan bersatu hati.
"Oleh itu, sempena kita memperingati Maulidur Rasul, bersamalah kita merintis perpaduan melalui kepelbagaian kaum, agama dan kepercayaan bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang utuh lagi kukuh," katanya.

Najib juga berkata, dalam sirah perjuangan Rasulullah, tiada kejayaan yang mudah diperoleh Baginda dan sahabat melainkan melalui perancangan, perundingan dan pelaksanaan yang penuh strategi dan konsisten.

Peristiwa Peperangan Khandak misalnya membuktikan Rasulullah dan sahabat Baginda menggunakan minda yang efektif melalui mesyuarat untuk merancang dan bertindak secara kolektif dan kreatif melalui kepelbagaian strategi.

Maka dalam peperangan itu, tentera Islam di bawah pimpinan Rasulullah berjaya mengalahkan musuh, katanya.
Najib berkata, sebaliknya dalam peperangan Uhud, oleh kerana pasukan Baginda tidak berdisiplin dan tiada perancangan sistematik, mereka menerima kekalahan.

“Sesungguhnya Allah memberi isyarat dan menunjukkan dengan jelas betapa pentingnya perancangan yang strategik dalam menentukan kejayaan.

“Iktibarnya, kita juga memfokuskan beberapa perancangan dan misi besar untuk memaju dan memakmurkan negara,” katanya.

Katanya, bagi mentransformasi dan membina negara bangsa, selain Gagasan 1Malaysia dengan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’, tonggak lain ialah Program Transformasi Kerajaan (GTP), Model Ekonomi Baru (MEB), Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) dan Wawasan 2020.

"Gagasan 1Malaysia akan memacu bangsa Malaysia untuk mencapai Wawasan 2020, manakala MEB dan RMK-10 adalah komitmen serta landasan terakhir kita untuk dinakhodai 10 tahun akan datang sebelum menjelangnya 2020,” katanya. - Bernama

Sumber: Berita Harian, 28/02/2010

Wahai Najib contohilah Rasullullah dengan sebenar-benarnya!!!

Alhamdulillah, Najib nampaknya telah mula mengintai cara islam dan mula mengambil teladan dari Rasullullah. Namun, mungkin Najib masih kabur hingga beliau hanya nampak empat sahaja ciri yang boleh diteladani dari Rasullullah.

Sepatutnya beliau harus benar-benar mencontohi Rasullulah sebagai ketua negara dengan menerapkan Islam secara syumul yang dengan itu pasti umat akan mendapat perlindungan daripadanya. Najib seharusnya mencontohi Rasullullah dalam menerapkan sistem pemerintahan Islam, sistem ekonomi Islam, sistem sosial Islam, sistem perundangan Islam, polisi pendidikan Islam, polisi luar negeri Islam dan merealisasikan Daulah Khilafah.

Wahai Najib berubahlah dengan menghilangkan kejahilan kepada pengetahuan dan keimanan. Kamu telah diberi kuasa memimpin sebuah negara, maka gunakanlah peluang ini untuk mendapatkan keredhaan Allah yang cukup mulia dengan mengubah sistem sekular yang kamu warisi ini kepada Islam!!!

- jebbat.blogspot.com



Isnin, 1 Mac 2010

Bekas setiausaha agung PKR akui lebih 10 MP bakal keluar


Oleh G. Manimaran

KUALA LUMPUR, 1 Mac — Bekas setiausaha agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Salehuddin Hashim hari ini secara terbuka mengakui lebih ramai Ahli Parlimen parti itu akan keluar — dipercayai lebih daripada 10 orang.

Menjawab soalan desas-desus akan ada 10 anggota Dewan Rakyat akan keluar dalam waktu terdekat, Salehuddin (gambar) membayangkan jumlah itu “mungkin lebih.”

“Ya (akan ada yang akan keluar)... tolak kumpulan sosialis, tolak NGO, tolak kroni... anda kira sendiri, anda akan dapat jawapan,” kata beliau kepada wartawan ketika menemani Ahli Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng umum keluar PKR dan jadi Ahli Parlimen Bebas di sini.

Justeru itu apabila ditanya sama ada Barisan Nasional (BN) akan memperoleh balik majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat, beliau yang turut telah keluar PKR bulan lalu memberitahu:

“Mereka keluar jadi ahli bebas, Pakatan Rakyat akan hilang satu pertiga (kedudukan kerusi) tetapi tidak bermakna BN akan menang (dapat balik) majoriti dua pertiga,” katanya.

Salehuddin juga berkata Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan apa yang patut untuk memujuk supaya tiada lagi wakil rakyat keluar PKR.

“Tetapi jangan sangka yang keluar parti itu tiada semangat reformasi.

Salehuddin juga mengaitkan perkembangan semasa ini berpunca daripada sikap pucuk kepimpinan parti “mengejek mereka yang keluar PKR macam kebudak-budakkan.”

“Bila-bila lama-lama ejek orang, maka orang keluar, rumah kita sendiri tak ada orang lagi, kita seorang sahaja,” katanya.

Selain itu katanya sikap kepimpinan yang mengamalkan “pelukan asmara” dengan hanya gemar menerima orang baru tetapi pada masa yang sama meminggirkan ahli dan pemimpin lama menjadi punca kepada keadaan sekarang.

Ditanya sama ada beliau yang memainkan peranan mendalangi tindakan wakil rakyat dan pemimpin PKR keluar parti, Salehuddin dengan ketawa besar menjawab: “Adakah anda maksudkan saya pengarah strategi, saya nak kata saya tidak pernah gigit orang, saya bukan pengarah strategi.”

“Saya dijemput oleh Tan Tee Beng,” katanya dengan diturut diakui Tan sendiri.

Hari ini Tan mengumumkan keluar parti, sekali gus menjadi wakil rakyat Bebas.

Tiga minggu lalu Salehuddin juga hadir pada sidang media Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim yang mengambil pendirian yang sama.

Ketika ditanya sama ada tindakan ahli-ahli Parlimen PKR menjadi wakil rakyat Bebas akan mewujudkan blok baru di Parlimen, Salehuddin berkata, anggota PKR sudah mengambil pendirian mereka dan kemungkinan ada wakil dalam DAP dan PAS juga mahu berbuat demikian.

Kini di Parlimen BN mempunyai 137 kerusi manakala PKR dan DAP masing-masing 28 dan PAS pula 23 serta seorang dari Parti Sosialis Malaysia. Lima yang lain ialah wakil rakyat Bebas termasuk dua bekas anggota PKR.

BN memerlukan 11 kerusi untuk kembali menguasai majoriti dua pertiga di Parlimen.



MP Nibong Tebal keluar PKR, jadi wakil Bebas

TERKINI

Tan (kanan) bersama bekas setiausaha agung PKR Datuk Salehuddin Hashim


Oleh G. Manimaran

KUALA LUMPUR, 1 Mac — Ahli Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan keluar parti itu berkuat kuasa hari ini — seminggu selepas menghadap lembaga disiplin.

Tan akan bertindak sebagai wakil rakyat Bebas tetapi bukan “mesra-BN” dalam erti kata sebenar.

“Saya akan jadi wakil rakyat Bebas di Parlimen tetapi bukan anggota Dewan Rakyat mesra-BN, kalau mesra-BN bermakna tidak bebas,” kata beliau tetapi mengharapkan kerajaan pusat memberikan peruntukan kepadanya untuk terus membantu penduduk kawasannya.

Dengan perkembangan ini beliau menjadi Ahli Parlimen PKR kedua keluar parti itu dalam tempoh tiga minggu ini.

Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim berbuat demikian awal bulan lalu.

Semalam bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang Mohd Fairus Khairuddin meninggalkan PKR untuk menyertai Umno.

Mengumumkan keputusannya pada sidang media di sini pagi ini, Tan, 38, beliau memutuskan keluar selepas permohonan maafnya kepada kepimpinan parti tidak diterima selepas menghadap lembaga disiplin Rabu lalu.

Selain itu Tan yang juga Ketua PKR Cabang Jelutong berkata walaupun sudah memohon maaf tetapi ada kepimpinan tertinggi mahu beliau meninggalkan parti.

Tan, bekas pemimpin yang pernah dipecat dari Gerakan pada tahun 2000 dan menyertai PKR Januari 2007 memberitahu, beliau membuat keputusan

untuk meninggalkan PKR kerana ketiadaan saluran khusus dalam parti itu untuk mengemukakan masalah.

“Bukan sahaja mereka gagal menyelesaikan masalah, mereka mengenakan tindakan disiplin terhadap saya tanpa menyiasat aduan yang saya kemukakan.

“Malahan saya diberi amaran untuk tidak mengkritik kepimpinan parti dan rakan sekutu secara terbuka.

“Ini adalah sangat tidak adil kerana saya selalu menyangka kepimpinan Pakatan Rakyat boleh menerima kritikan terbuka dengan tujuan untuk

mengatasi sebarang kelemahan dan meraikan perbezaan pendapat,” katanya.

Tan berkata, apa yang terjadi membuktikan kepadanya bahawa kepimpinan parti tidak boleh disentuh langsung.

Beliau juga mahu mengambil tindakan undang-undang ke atas Ketua Menteri Lim Guan Eng dan timbalannya Prof Dr. P Ramasamy dan Ahli Parlimen Jeluntong Jeff Ooi yang juga ketua staf Pejabat Ketua Menteri atas dakwaan mencampuri urusan proses tender terbuka.

“Saya sangat kesal dengan sikap kepimpinan PKR yang sanggup mengorbankan maruah dan prinsip hanya kerana mahu memastikan impian ke Putrajaya tercapai.

“Malah mereka sehingga sanggup mengambil sikap menutup mata dengan masalah yang dihadapi oleh PKR Pulau Pinang akibat keangkuhan Lim Guan Eng,” katanya yang akan bercuti di luar negara sehingga sidang Dewan Rakyat bersidang 15 Mac ini.

Keputusan itu akan dimaklumkan kepada PKR dan Parlimen hari ini.

Kata Tan, beliau tidak sanggup tunduk kepada sikap kediktatoran dan cara kerja Lim.

“Saya berharap ahli PKR yang tertekan akan terus berjuang untuk mendapatkan keadilan dan rakan wakil rakyat yang baik daripada DAP akan berani untuk berkata benar,” katanya.

Tan menambah beliau sedar PKR dan Pakatan Rakyat tidak akan membawa apa-apa perubahan seperti yang dilaungkan.

“Malahan mereka angkuh menyatakan tidak akan menitis walau setitik air mata kalau kehilangan mana-mana wakil rakyatnya.

“Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah atas rasa kasih saying yang mereka tunjukkan kepada saya selama ini.

“Bagaimanapun adalah sangat malang kerana tiada sebarang tindakan jelas yang telah diambil oleh Anwar sebagai seorang pemimpin untuk

menyelesaikan masalah dalaman parti dan Pakatan Rakyat yang begitu ketara,” katanya lagi.



SAMPAH-SAMPAH TOLONG BOH DALAM TONG SAMPAH UMNO

Fairus Ambil Kursus Korek Kuari Di Luar Negara?

Penulis Tamu - pendikar gunung kriang


Akhirnya, seperti yang diramalkan sejak sekian lama
bakal berlaku, benar-benar berlaku: musang kembali
ke sarangnya, Fairus Khairuddin, mantan Timbalan
Ketua Menteri Pulau Pinang, hari ini mengumumkan
keluar daripada PKR dan menyertai Umno.

Alasan dia menyertai Umno kononnya untuk mempertahankan prinsip memperjuangkan agama, bangsa dan negara serta kepentingan rakyat Malaysia, tidak penting, yang penting musang kembali ke sarangnya. Dan bila musang kembali ke sarangnya, ia memudahkan kerja PKR, kerana musang berbulu ayam adalah lebih bahaya daripada musang berbulu musang.

PM Tok Najib yang kelihatan sangat teruja dengan kepulangan Fairus ke sarang musang, mengalu-alukan kedatangan Fairus menyertai Umno:

"Selamat datang Fairus... kita akan jaga dia dengan baik, saya percaya dia boleh bagi sumbangan yang besar kepada Umno untuk membela nusa dan bangsa," kata Najib seperti dilaporkan mStar.

Semasa Fairus di dalam PKR dahulu dia sering dilabel sebagai Timbalan Ketua Menteri bermasalah kerana sering mengambil cuti sakit (sakit perut), tidak amanah dan suka berdolak dalik. Harap kini Fairus sudah kembali sihat walafiat dan tidak sakit-sakit lagi seperti dahulu dan dengan itu dapatlah berjuang untuk nusa dan bangsa musangnya..

Cuma sesuatu yang masih menjadi tanda tanya ialah alasan Fairus meletak jawatan ADUN Penanti pada April 2009 dulu kononnya ialah untuk menyambung pengajiannya di luar negara. Tapi sekarang tiba-tiba Fairus muncul di Kuala Lumpur. Tidak tahulah sama ada Fairus sudah habis belajar di luar negara atau kini sedang bercuti.

Kalau sudah habis belajar, kursus apa agaknya dia ambil, belum satu tahun sudah selesai? Kursus korek kuari ke?

~ pendikar gunung kriang


BUANG HAK MANA YANG TAK ELOK TUUUU....KITA NAK BAWA MAI YANG ELOK SAJA KE PUTRAJAYA NIII

Syukur mereka keluar - Syed Husin

Harakahadaily

KUALA LUMPUR, 1 Mac: "Selepas Fairus Kamarudin, dua lagi tokoh kontroversi PKR dijangka akan keluar parti dan menyokong Umno," kata Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali dalam satu kenyataan medianya pagi ini.

Ekoran itu, katanya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu mengucap syukur ke hadrat Allah (SWT) kerana Fairus Khairuddin akhirnya meninggalkan Parti.

Sejak beliau menyertai Kerajaan Pulau Pinang dan selepas meletakkan jawatan sehingga terkini, beliau merupakan liabiliti, kata Syed Husin dalam kenyataannya.

Bagi beliau, Fairus tiada pilihan lain dari meletakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri kerana beliau ketika itu disiasat SPRM dan prestasinya tidak memuaskan.

"Apabila berhenti, beliau menuntut supaya parti melunaskan hutang untuk dua buah kereta mewahnya dan membayar beliau RM15,000 sebulan buat selama-lama yang ditentukannya. Tidak ada sebab bagi Parti melayan tuntutan itu. Lagipun Parti tidak mampu berbuat demikian," kata Syed Husin.

Menurutnya, atas rasa belas kasihan terhadap anak isterinya seorang baik hati, PKR memberikannya “kerja” dengan bayaran bulanan sebanyak RM4000.

"Beliau tidak puas hati dan oleh itu terus memburukkan pimpinan Parti. Kini beliau sudah berjumpa dengan pemimpin Umno yang boleh membayarnya jauh lebih besar dari itu," katanya.

Fairuz memberikan alasan kaum dan agama kerana tindakannya.

"Sangat memalukan. Beliau sendiri, kawan-kawannya dan Allah mengetahui sebab sebenar," kata Syed Husin.



UMNO PULAU PINANG TAKUT TENGGELAM : GURU-GURU JADI MANGSA FITNAH

بسم الله الرحمن الرحيم

Petang kelmarin, sorang kawan aku berjawatan Guru Besar di sebuah sekolah di Pulau Pinang maklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) mula panggil cikgu-cikgu sekolah dan pegawai-pegawai di JPN dan PPD untuk disoal siasat kerana dituduh sbg pro parti pembangkang (PAS dan PKR). DAP takdak pun, pasai bangsa Cina tak pernah buat naya kpd kaum sendiri walaupun depa bukan beragama Islam.

Katanya cikgu-cikgu ni dituduh manjadi anggota atau ahli PAS atau PKR dan ada juga yang dipanggil kerana dianggap menyokong Pakatan Rakyat. Maka ramailah yang kena panggil. Aku dimaklumkan juga seramai 42 guru dan pegawai telah dipanggil dan depa ni disoalsiasat bertubi-tubi dan diperlakukan seperti penjenayah perang.

Yang heran tu, arahan ni mai dari Perhubungan UMNO Pulau Pinang. Senarai nama katanya dihantar oleh Bahagian-bahagian UMNO di Pulau Pinang. Zahid Hamidi dikatakan telah bawa senarai nama dan pertuduhan tu kepada Pengarah JPN Pulau Pinang, Haji Ibrahim Bin Ahmad. Pengarah JPN P.Pinang ditekan dan dipaksa untuk ambik tindakan kpd guru-guru ni. Kalau Pengarah JPN tak ambil tindakan kepada guru-guru, maka Zahid Hamidi akan ambil tindakan kepada Pengarah JPN P.Pinang.

Akibat tekanan hebat ni, maka Timbalan Pengarah JPN dan beberapa Ketua Sektor JPN P.Pinang telah turun ke setiap daerah dan menyoal siasat guru-guru ni. Ada guru yang katanya terpinga-pinga dan tidak percaya dengan tuduhan yang dilemparkan kpd depa. Ada juga guru yang dipaksa mengaku terlibat dengan PAS dan PKR. Ada guru yang pi kuliah agama dengar ustaz baca kitab pun dituduh PAS. Mcm-mcm lagi dakwaan yang kawan aku habaq

Yang peliknya pasai apa UMNO P.Pinang dok kacau JPN? JPN dan cikgu-cikgu ni bukannya depa yg bayag gaji. Lagipun UMNO ni bukannya kerajaan. Dia hanya parti politik. DAP yang memerintah P.Pinang pun tak pernah ambil tindakan kpd kakitangan Kerajaan Negeri yang pro UMNO dan BN. Malah DAP bagi kebebasan dan hak kpd kakitangan Kerajaan Negeri untuk pilih mana-mana parti yg depa mau.

Kalalulah mcm ni pun angkara bermakna amat durjanalah UMNO. UMNO masih kolot dan primitif dan otordog.
UMNO sebenagnya pelingkup Melayu. Penuh dengki khianat. Hati busuk dan penuh dendam kesumat. Nampaknya Lim Guan Eng lebih cerdik dan dihormati. Tak sama dengan Zahidi Hamidi yang bodoh, dungu, jahat dan berhati iblis. Zahid Midi ni penjahanam dan pelingkup Melayu.

Ingatlah masa hampa akan sampai. Kalau dalam PRU-13 nanti Pakatan Rakyat memerintah Malaysia, siaplah hampa. Talibarut yang jahat dan durjana yg dok jadi informer di JPN dan PPD seluruh negara akan dihukum kerana dosa menjahanamkan bangsa sendiri. Hampa ingat hampa akan berkuasa selamanya ka?

Aku pesan kat member aku tu, supaya senaraikan nama-nama talibarut UMNO yang dok jadi hantu dan bangsat di sekolah, PPD dan JPN. Masa akan sampai untuk depa pulak. Depa yg memulakan permainan jahat ni, dan depa pasti akan dihukum bila tiba masanya.......kesian cikgu-cikgu di Pulau Pinang.....tak pasai-pasai kena panggil mengadap dan dituduh serta dilayan mcm penjenayah oleh Ketua Sektor Pendidikan Pulau Pinang yang mnjadi jurucakap UMNO semasa sesi soalsiasat......-kedahLama



LEMBU BODOH HARGANYA MAHAL... UMNO BODOH...???

بسم الله الرحمن الرحيم

Kenapakah la UMNO ada ketua PEMUDA macam nie.. nie boleh dikatakan statement bingai je..macam orang tak reti nak berpolitik dan lulus tahap TADIKA UMNO jaa nie... takan bila ada rombakan KABINET kat PUTRAJAYA sana lalu kira menteri tu pon bingai laa tak boleh buat kerja bodoh tunggul... jadi patut laa selama nie seorang menteri tu pegang jawatan sampai REPUT dan BERAKAQ kaki sebab dia layak... layak apanya kalau org macam SAMY VELLU dan KAK FIDAH tuu dok bukan main lama paa jawatan menteri tuu.. Tujuan tukaq adalah nak mempelbagaikan idea.. cuba tengok cara menteri Kerja Raya dulu dan sekarang pada hemat saya sudah jauh bezanya.... itu tujuan tukaqnya....nie tak TUKAQ sikit terus hukum orang tak reti....

Kalau macam hang kata nie kira MB Negeri Sembilan pon sama la jugak macam Kedah... EXCO dia pon kira bingai laa sebab Mat Hassan nak rombak jugak EXCO dia.. Mat Hassan tu kan BN/UMNO... jadi kira hang kata nie serupa laa Kedah Dengan Negeri Sembilan.. Tak gitu..... tapi Mat Hassan kata lain pulak... eishhhh awat otak hangpa pikaiq tak selaras dgn 1Malaysia nie..

Apa laa tak reti bercakap baik diam lagi baguih org tengok hang...kusyuk dan tohmadinah... kalau bercakap macam nie la jadinya...


Rombakan Exco mudahkan BN rampas Kedah: Badrol

ALOR SETAR - Pergerakan Pemuda UMNO :Kedah menyifatkan tindakan merombak barisan Exco negeri seperti yang diumumkan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak secara tidak langsung menunjukkan adanya kepincangan dalam kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) Kedah.

Ketuanya, Badrol Hisham Hashim berkata, rombakan yang dijangka dibuat dalam seminggu dua ini membuktikan terdapat beberapa anggota Exco sedia ada tidak mampu melaksanakan tanggungjawab.


Exco Kerajaan Negeri Sembilan akan dirombak

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan mengesahkan akan merombak barisan Exco Kerajaan Negeri tidak lama lagi, selaras agenda untuk menambah lonjakan pres-tasi pentadbiran Kerajaan Negeri pada tahun ini.

Beliau berkata, rombakan itu juga berikutan tempoh pelantikan Exco sedia ada selama dua tahun tamat Mac ini dan lantikan semula perlu dibuat selepas itu. “Kita lantik (Exco) selama dua tahun sejak Mac 2008 dan saya akan buat pelantikan semula. Saya akan susun semula portfolio untuk memperlihatkan agenda lonjakan prestasi tahun ini,” katanya.

- Anakkedahoo7



Sah TOK PA & Awang ADIK PETUALANG


YAB Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat

10.33am : Cadangan daripada YB ADUN Ayer Lanas - mencadangkan agar Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan bagi pihak Negeri Kelantan memikirkan tindakan-tindakan yang sesuai termasuklah tindakan mahkamah bagi memastikan Akta Pembangunan Petroleum 1974 dipatuhi. Cadangan disokong sebulat suara termasuk oleh pihak pembangkang.



CERAMAH MAT SABU DI PUTRAJAYA DAPAT SAMBUTAN

PUTRAJAYA; Meriah malam tadi majlis minum malam bersama Mat Sabu tak terkira sekali. Bertempat di Dewan serbaguna Presint 8, kehadiran adalah di luar jangkaan. Biasanya ceramah Mat Sabu di tempat lain dihadiri ramai pengunjung luar selain pengunjung tempatan. Uniknya malam tadi, di Putrajaya kehadiran Mat Sabu dihadiri ramai penduduk tempatan yang rata-rata adalah pegawai kerajaan termasuk ahli UMNO.

Jarang sekali warga Putrajaya hadir begitu ramai dalam program yang dianjurkan seumpama itu. Ini menunjukkan orang ramai ingin tahu maklumat sebenar isu-isu semasa dari sumber lain yang lebih tepat dan benar. Selama ini, media arus perdana sering memutar belitkan isu-isu yang berkaitan dengan PAS dan Pakatan Rakyat, juga isu-isu berkaitan dengan rasuah serta isu perkauman yang sengaja dibangkitkan oleh UMNO/BN semata untuk kesinambungan politik mereka.

Malam tadi kedua-dua penceramah iaitu Mat Sabu dan YB Hj Khalid Samad Ahli Parliumen Shah Alam berjaya merungkai persoalan tersebut. Penjelasan dan pendedahan mereka dengan bahasa yang begitu mudah cukup mencuit dan memegunkan orang ramai.

Ceramah Mat Sabu yang sememangnya penuh dengan humor dan celoteh yang mencuit hati tidak menganjakkan orang ramai sehinggalah Mat Sabu menamatkan ceramah tersebut. 3 jam lebih program ceramah rupanya masih tidak memuaskan orang ramai yang hadir. Mereka ingin tahu banyak lagi isu yang tidak sempat dikupas dan diulas.

Sebelum majlis ceramah dimulakan, orang ramai dijamu dengan jamuan meehun, mee goreng, laksa utara, pulut durian, pulut ikan masin yang jarang disediakan dalam program seumpama itu istimewa pula makanan ini ditaja oleh AJK kawasan sendiri.

Bagi menjayakan program jamuan, orang ramai menderma pula setiap kupon dengan sumbangan RM 10.00. Semua yang hadir dengan rela hati dan ikhlas masing-masing menyumbang pula untuk dana pas kawasan apaila kutipan derma diisytiharkan oleh pengerusi majlis. Majlis berakhir tepat jam 11.30



Pemuda Pas Kena Berani....

MISAIMERAH

Pemuda Pas kena berani berubahkata Naib Presiden Pas Salahudin Ayob yang juga mantan Ketua Pemuda dulunya.Berani ada macam-macam berani.Berani berhujah ,berani berdebat dan yang lebih penting lagi Pemuda Pas kena berani menghalang mana-mana pemimpin Pas yang cuba-cuba 'berkhalwat' dengan Umno atas tujuan politik! Yang ni Pemuda Pas nak kena berani sangat-sangat ni.

Bila sebut pasai Pemuda Pas kena berani teringat aku akan pilihanraya kecil di Bagan Pinang tahun lepas.Dalam prk Bagan Pinang markaz Pemuda Pas yang berkampung di Bagan Pinang kena serang dengan Pemuda Umno.Kalau bukan Pemuda Umno sapa lagi yang buat kerja tu?

Dua tiga kejadian yang berlaku dalam prk bagan Pinang menampakkan kelemahan Pemuda Pas daripada segi mental dan fizikal.Dah kena pukoi kena ganyang baru la nak menjerit-jerit kami tak takut,kami akan bersedia dan macam-macamlah kata semangat yang meruap-ruap tapi habuk pun tak dak!Kalu Pemuda berani pertahan akidah ,pertahan dasar perjuangan parti itu itu belum cukup bagi Pemuda Pas.Kena lebih pada tu.Bukan nak ajaq Pemuda Pas suruh lawan tumbuk,suruh berkelai dan jadi samseng tapi Pemuda Pas kena jadi berani kalau bab-bab macam tu terjadi!

Pemuda Pas kena bersikap 'kalau nak kena pukoi pun biarlah parut di depan bukannya parut atas belakang'. Tu kata salah seorang pemimpin Pas yang besa jadi Pemuda dulu-dulu .Khalifah Islam yang empat tu pun hebat-hebat belaka ada yang cenge (garang),tegas dan berani bila berdepan musuh Islam tapi dalam masa yang sama mereka juga hebat dalam menjadi pemerintah yang adil.

Lapor harakahdaily;

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menyeru Pemuda PAS supaya berani membuat perubahan dan melakar sejarah baru dalam suasana politik negara yang penuh mencabar.

"Pemuda pasti berjiwa besar, membuka luas minda, tidak terjebak dalam emosi dan sentimen yang menyempitkan perjuangan.

"Pemuda juga mesti berani berubah, berani untuk melakar sejarah kerana itulah sifat pemuda" katanya yang merupakan mantan Ketua Pemuda PAS pada sesi lepas.

Beliau tidak bimbang soal aqidah dan daya juang yang ada dalam diri pemuda selagi sistem tarbiyyah PAS dipandu dan terus diperjuangkan oleh kepimpinan ulamak yang sedia ada pada hari ini.

Jati diri pemuda juga katanya tidak boleh dibina di atas emosi dan sentimen bagi berhadapan dengan suasana politik yang semakin mencabar.

"Apa yang penting bagi pemuda ialah terus maju ke hadapan, kerana cabaran hari ini tidak sama dengan cabaran 30 tahun yang lalu.

"Hari itu telah berlalu, hari ini era yang baru, politik yang memerlukan pemikiran baru, pemikiran yang lebih bijaksana dalam mengharungi bahtera perjuangan ini.

"Hari ini mesti ada nilai tambah, diri kita mesti terus belajar dan terus belajar" katanya.

Beliau merasmikan majlis penerangan dan pelancaran Polisi Latihan Kompetensi Bersepadu Pemuda PAS di Hotel Qualiti Shah Alam semalam.-Harakahdaily

ROSMAH MANSOR (RM) JANGAN DOK PERASAN FIRST LADY

Rosmah Mansur Bukan "First Lady"- Aziz Bari
Lapor Suara Keadilan .com

Datin Seri Rosmah Mansor hanya bertaraf isteri kepada seorang Perdana Menteri sahaja dan tidak layak menggelar atau menganggap diri beliau sebagai Wanita Pertama Malaysia atau "First Lady" disisi Perlembagaan, kata pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Dr Abdul Aziz Bari.

Dalam konteks gelaran Wanita Pertama Malaysia usaha meletakkan gelaran itu pada bukan yang hak adalah sesuatu yang tidak bermoral dan tidak bersopan menurut pakar perlembagaan itu.

"Wanita Pertama Malaysia ialah Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dan tidak boleh mana-mana pihak membuat tuntutan ke atas penghormatan itu hatta isteri Perdana Menteri sekali pun.

"Rakyat negara ini harus faham protokol kepimpinan negara sebagaimana yang dipertuntukkan dalam Perlembagaan," Prof Abdul Aziz.

Menurut Perkara 32 (2) dalam Bab 1 berkaitan "Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, dan isterinya" jelas dinyatakan, " Isteri Yang di-Pertuan Agong (digelar Raja Permaisuri Agong) hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang lain di dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong".

"Oleh kerana Yang DiPertuan Agong mestilah seorang lelaki maka isteri baginda menjadi Permaisuri Agong dan bagindalah yang menurut Perlembagaan memegang gelaran Wanita Pertama Malaysia bukannya mana-mana pihak lain," jelas Prof Abdul Aziz lagi.

Ditanya mengenai laporan media yang sering mengaitkan Datin Seri Rosmah sebagai "Wanita Pertama", beliau menyatakan perkara itu menyalahi protokol negara dan tidak menghormati kedudukan mulia Permaisuri Agong.

"Dalam Perlembagaaan termaktub dengan jelas dalam Perkara 70 berkaitan kekananan Sultan, Raja dan Yang DiPertua Negeri selepas Yang DiPertuan Agong dan Permaisuri Agong," tegas beliau.

Perkara 70 (1) berhubung "Keutamaan Raja dan Yang di-Pertua Negeri" menyatakan "Tertakluk kepada keutamaan Yang di-Pertuan Agong dan Isterinya, Raja dan Yang di-Pertua Negeri bagi Negeri-Negeri hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang lain dan setiap Raja atau Yang di-Pertua Negeri hendaklah, di dalam Negerinya sendiri, diberi keutamaan daripada Raja dan Yang di-Pertua Negeri yang lain".

Perkara 70 (2) pula menyatakan, "Tertakluk kepada Fasal (1), Raja hendaklah diberi keutamaan daripada Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri dan, antara mereka sendiri, mengikut tarikh mereka menjadi Raja, dan Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri hendaklah, antara mereka sendiri, diberi keutamaan mengikut tarikh mereka dilantik sebagai Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri; dan jika Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri dilantik pada hari yang sama, maka yang lebih tua hendaklah diberi keutamaan daripada yang lebih muda".

"Maksud kedua-dua fasal dalam Perkara 70 tersebut ialah selepas YDP Agong dan Permaisuri kekananan atau "seniority" Sultan, Raja dan Yang DiPertua Negeri adalah mengikut tarikh mereka dilantik memegang jawatan masing-masing. Umpamanya yang paling kanan selepas YDP Agong dan Permaisuri Agong ialah Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan diikuti oleh yang lain.

"Tidak disebut dalam Perlembagaan isu kekananan Perdana Menteri dalam hirarki kepimpinan negara. Kalau Perdana Menteri tidak disebut apa lagi isteri kepada Perdana Menteri!," ujar beliau.

Prof Abdul Aziz menasihati media dan agensi kerajaan supaya mempelajari sistem protokol negara sebelum memberi apa-apa gelaran kepada mana-mana individu.

"Malaysia bukannya sebuah republik seperti Amerika Syarikat di mana Presiden adalah Ketua Kerajaan dan juga Ketua Negara, dan isteri beliau adalah Wanita Pertama.

"Malaysia mengamalkan sistem raja berperlembagaan yang mana YDP Agong adalah Ketua Negara dan Permasuri Agong adalah Wanita Pertama.

"Saya berpendapat menamakan Rosmah sebagai wanita pertama hanya helah politik oleh kuncu-kuncu beliau untuk menaikkan namanya," jelasnya lagi.
Dzulkarnain Taib-Suara Keadilan.com

MISAIMERAH at 18:59

Tanpa Nama
2010 Februari 27 20:09

Jika begitu, ini bermakna Najib telah menderhaka kepada Raja kerana membiarkan isterinya menggunakan gelaran 'wanita pertama' secara berleluasan. Membiarkan isteri berbuat demikian bermakna Najib ada hati untuk menjadi seseorang yang setaraf dengan Yang Dipertuan Agung.

Tuk Ketuo
2010 Februari 27 20:34

Nak bona jadi yang pertamo apo nak buek hontam yo la bro...

Jebon
2010 Februari 28 20:44

Alahai kesiannya dia... Tak apa lah kak rosmah, nanti mintak cerai dan cuba kawin dengan agong pulak. Itu pun kalau agong nak. Kalau agong pun tak nak, kekal dengan gelaran BIK MAMA je lah. Glamor juga...

Mohd Fairus sertai Umno

Bekas timbalan ketua menteri I Pulau Pinang Mohd Fairus Khairuddin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang meletakkan jawatannya April tahun lalu, menyertai Umno hari ini.

Keputusan beliau menyertai Umno diumumkan selepas menghadiri Perjumpaan Kepimpinan Tertinggi Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Bersama Perdana Menteri Malaysia yang turut dihadiri Datuk Seri Najib Razak.

Terdahulu Fairus dengan berpakaian ahli Pertubuhan Silat Seni Gayong menyambut ketibaan Najib, yang juga Presiden Umno, di lobi hotel tempat berlangsungnya majlis itu.

Fairus menyertai Umno kira-kira dua minggu selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengumumkan beliau antara lapan kes berprofil tinggi bebas tuduhan rasuah.

Sementara berita lain rumah Ketua Umno Cheras ,Syed Ali Alhabshee dipecah masuk dan kerugian RM400,ooo banyak tuu..

Selain barang kemas bernilai kira-kira RM400,000, beliau berkata mangsa turut kehilangan wang tunai RM10,000 yang disimpan di dalam peti besi di biliknya.-Bernama



DATO' ZAHID HAMIDI MULA BODEK MUHYIDDIN MAHU JADI TPM

oleh SanusiDin

UMNO Bahagian Permatang Pauh ibarat ‘menunggu retak menanti belah’.. Kenyataan Pengerusi Perhubungan Negeri, Dato’ Ahmad Zahid Hamidi membayangkan bahawa UMNO berada dalam keadaan sakit yang cukup kritikal dan sukar disembuhkan.

Namun dalam masa yang sama Dato Ahmad Zahid lupa bahawa sebenarnya bukan UMNO Permatang Pauh yang menunggu untuk hancur, tetapi UMNO seluruh P.Pinang dan seluruh Negara akan dihancurkan dalam PRU-13 nanti.

Dalam banyak hal, nampaknya Dato Zahid lebih cenderung kepada Timbalan Perdana Menteri, TS Muhyiddin Yassin. Bodek beliau agak nampak jelas. Tindak tanduk yang beliau lakukan seolah-olah beliau mahu menjadi orang no. 2 negara apabila TS Muhyiddin jadi PM nanti. Oleh itu, beliau akan melakukan apa saja bagi menyakinkan TS Muhyiddin bahawa dia layak diangkat jadi TPM nanti.

Terbaru, Dato Zahid yang merupakan Pengerusi Perhubungan UMNO P.Pinang telah meminta Pengarah Pendidikan Negeri mengambil tindakan terhadap guru-guru yang dianggap pro pembangkang di Pulau Pinang. Beliau telah mengganggu Pengarah Pelajaran Negeri dengan pelbagai ugutan dan kata dua.
Tindakan akan diambil kepada Pengarah Pendidikan sekiranya Pengarah tidak ambil tindakan kepada guru-guru yang dicop sebagai pro pembangkang. Dato Zahid meminta semua UMNO Bahagian mencungkil dan mencari nama-nama guru di sekolah dan pegawai-pegawai yang bertugas di institusi pendidikan di P.Pinang yang dianggap sokong pembangkang (PAS dan PKR).

Maka bertebaranlah juak-juak UMNO yang berada di peringkat bahagian menyenaraikan nama-nama secara teka-takaan dan membuta tuli, kononnya mereka sudah buat kerja kuat. UMNO juga ada memasang spy yang bertugas sebagai pegawai di Jabatan Pelajaran Negeri.

Salah seorang yang terlibat dipanggil untuk disoal siasat ialah Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pendidikan Islam, JPN P.Pinang. Beliau telah dituduh menentang dasar-dasar kerajaan dan tidak member kerjasama kepada UMNO dalam aktiviti yang dianjurkan. Satu tuduhan yang langsung tidak munasabah.

Inilah permainan kotor UMNO Pulau Pinang. Dato Zahid lakukan tindakan ini kerana ingin membodek TS Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran. Secara logiknya, dapatlah kita sama-sama fikirkan akan wajaran dan rasionalnya tindakan tersebut. Amat malang dan amat tidak masuk akal tindakan yang dilakukan oleh Dato Ahmad Zahid. Tindakan beliau telah heboh di seluruh Pulau Pinang. Semua guru telah tahu akan kes ini.

Guru-guru menjadi semakin marah dan makin membenci UMNO. Mereka ingat UMNO sudah berubah seperti yang disarankan oleh Perdana Menteri. Rupa-rupanya masih sama dengan UMNO sebelum PRU-12 dulu. UMNO makin hilang akal. Makin kebudak-budakan dan makin ketinggalan zaman. Pemikiran mereka makin kolot. Malah tindakan mengacau guru-guru menyebabkan ibu bapa atau waris di sekolah makin membenci UMNO.

Murid-murid juga dimaklumkan bahawa guru-guru yang mereka saying telah dituduh oleh UMNO sebagai pembangkang. Sedangkan guru-guru inilah yang bertungkus lumus mendidik dan membina anak bangsa agar berakal dan bijak untuk menjadi pemimpin Negara. Pada masa yang sama pemimpin UMNO asyik menggunkan kuasa untuk menjaga kedudukan dan mengaut harta dan wang rakyat. Pelajar-pelajar hari ini sudah cerdik. Mereka mulai menaruh dendam dan membenci UMNO yang tidak habis-habis menganiayai bangsa sendiri.
UMNO Pulau Pinang tidak pernah berusaha untuk memajukan dan meningkatkan martabat orang Melayu. Dalam keadaan mereka kalah pun masih mahu berdendam dan berdengki dengan kakitangan kerajaan.

Adalah lebih baik jika mereka ini dikuburkan terus agar mereka terus lenyap dari muka bumi ini. Ini kerana, ada mereka pun Melayu tidak ke mana. Mereka gagal menjaga dan memajukan Melayu Pulau Pinang. Paling malang, mereka bertindak sebagai pemfitnah dan penjahanam bangsa Melayu dan kakitangan kerajaan (guru) yang berjuang siang dan malam memartabatkan anak bangsa melalui pendidikan.


Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails