SELAMAT DATANG

Isnin, 25 Oktober 2010

Go GeouS : Muda. Sihat. Rejuvinasi








Sila Lawat - http://www.gogeous-putrajaya.blogspot.com/

Anti Penuaan Dari Hujung Rambut ke Hujung Kaki

Anda mahu kelihatan menawan, menarik , cantik, cergas dan sihat dari luar dan dalam, dapatkan produk Go Geous.

•Produk yang mempunyai piawaian standard antarabangsa.
•Produk pertama di Asia yang menggunakan stem sel dari spesis buah epal dari Swizerland yang dikenali Uttwiler Spatlauber.

•Mempunyai 92% kolagen
•Diformulasi dengan tujuh bahan semulajadi dan supplement terbaik.
•Produk yang halal.

Apa dia Go Geous?

Go Geous diformulasikan dengan bahan-bahan istimewa termasuk PhytoCellTecTm Malus Domestica, sel stem tumbuhan aktif pertama yang terbukti berkesan untuk melindungi sel.

PhytoCellTecTm Malus Domestica adalah sel stem dari buah epal yang diperbuat dari teknologi pembiakan sel yang dipaten. Teknologi pembiakan sel tumbuhan ini direka untuk pertumbuhan sel kalus dari sepsis buah epal dari Switzerland yang hampir pupus.
Sel stem epal ini kaya dengan faktor epigenetik dan metabolit yang menjamin umur panjang sel .
PhytoCellTecTm Malus Domestica adalah revolusi anti penuaan untuk rejuvinasi sebenar, melindungi jangka hayat sel stem kulit, melambatkan penuaan sel-sel penting dan memerangi kronologi penuaan.

PhytoCellTecTm Malus Domestica telah memenangi hadiah tahun 2008 inovasi untuk bahan aktif terbaik di Eropah.

Go Geous mempunyai piawaian antarbangsa dan produk pertama di Asia yang menggunakan apple stem cell yang mengandungi 92% kologen.

Go Geous diadun dengan formulasi tujuh bahan semulajadi dan supplement terbaik seperti Acai Berry, Ekstrak Pine Bark, Ekstrak Grape Seed, L-Arginine, Ekstrak Kolagen dan diperkaya dengan campuran buah beri yang terdiri dari Strawberry, Bilberry, Raspberry, Elderberry, Blackcurrant dan Red Beet.

Go Geous adalah gabungan formulasi yang sempurna di dalam satu sachet yang membekalkan nutrisi dan membaik pulih sel-sel tubuh anda di samping member segala keperluan kepada tubuh anda

Alami kehebatan tubuh anda dengan Go Geous.

Kandungan Go Geous:

PhytoCellTec Tm Malus Domestica (Apple Stem Cells), Hydrolyzed Fish Collagen, Acai Berry Extract, Pine Bark Extract, Grape Seed Extract, L- Arginine HCL, Mixed Berry (Strawberry, Bilberry, Raspberry, Elderberry, Blackcurrant, Red Beet), Sucralose, Maltodextrin.

Cara guna:

Campurkan satu sachet ke dalam 200ml air. Untuk diminum sekali sehari sebelum atau selepas sarapan atau sebelum tidur. ( untuk lebih sedap dicampurkan dengan air berperisa seperti Ribena dan Sunkist.

Kelebihan Go Geous:

•Menggalakkan pertumbuhan dan rejuvinasi sel.
•Meningkatkan stamina dan tahap tenaga.
•Memperbaiki tahap kepekaan dan prestasi mental.
•Memperbaiki peredaran darah.
•Meningkatkan tahap immunisasi badan

•Meningkatkan kadar metabolisme
•Mengurangkan berat badan berlebihan
•Membantu mengeluarkan toksik
•Anti penuaan
•Menegangkan dan melembapkan kulit secara maksimum
•Membantu mencerahkan kulit
•Mengurangkan risiko barah dan membantu pesakit yang mempunyai masalah jantung, sembelit, diabetis, buasir
•Turut berkesan kepada pengguna yang mengalami Osteoarthritis dan Osteoporosis
•Memperbaiki tekstur kulit

DAPATKAN PRODUK GO GeouS ANDA SEKARANG

Untuk Keterangan Lanjut, Sila Hubungi Saya Ustaz Nazir

012-2230140

Muhyiddin 'Galas' Projek Ke PRK Galas

misaimerah

Menjelang hari penamaan calon pilihan raya kecil Dun Galas, esok, kini kedua-dua parti sedang bersiap sedia mempamerkan kekuatan menjelang perarakan.
Bandar Gua Musang yang terletak hampir 200 kilometer dari Kota Bharu dan 300 kilometer dari Kuala Lumpur mulai dilimpahi manusia. Ramai yang tidak dikenali kelihatan di sana-sana.

Biar pun hari penamaan calon agak luar biasa kerana diadakan pada hari bekerja, namun ia tidak menghalang kedatangan tenaga kempen dari luar.

Tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tersebut dianggap banyak pihak sebagai tidak mesra pengundi. Mengambil kira hari mengundi juga jatuh pada hari bekerja, kerajaan negeri menjadikan 4 November ini sebagai cuti umum di Kelantan.

Manakala petugas parti di kalangan penduduk tempatan dan pembantu dari luar mulai memasang sepanduk dan lambang parti di kawasan mereka malam sehingga awal pagi tadi.

Semalam juga berakhir teka teki siapa calon Barisan Nasional (BN), apabila Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Setiausaha Umno Gua Musang, Abdul Aziz Yusof.

Pengumuman itu mengiyakan telahan yang dibuat banyak pihak sebelum ini, orang kuat Tengku Razaleigh Hamzah dipilih sebagai calon bagi meneruskan cabaran merampas semula Dun Galas.

“Nampaknya usaha Ku Li untuk memastikan orang kanannya diberi tempat benar-benar menjadi kenyataan. Saya juga diberitahu Ku Li memberi kata dua itu kepada pemimpin kanan Umno di Kuala Lumpur.

“Difahamkan Ku Li hanya menerima pelantikan sebagai pengarah jentera pilihan raya BN sekiranya calon dipilih atas kehendaknya,” kata seorang aktivis Majlis NGO Kelantan.

Beliau juga mendakwa Ku Li menolak cadangan banyak pihak dalam Umno untuk memberi peluang kepadanya sebagai calon di Galas.

Katanya Ku Li sudah melihat dari awal lagi pengaruhnya tidak mampu lagi menarik simpati pengundi di Galas.

“Ku Li sudah tidak ada apa-apa kuasa dan kedudukan dalam Umno sekarang. Jadi sekarang tidak ada apa-apa yang mampu beliau janjikan kepada rakyat Galas.

“Lagi pun rakyat Gua Musang kenal siapa Ku Li. Kalau tanpa ada Kesedar yang bertanggungjawab membangunkan kawasan hulu Kelantan, tiada projek besar yang mampu dilaksanakan kerajaan pusat,” ujarnya lagi.

Muhyiddin juga seperti tidak serik apabila terus menabur janji ketika janji 2009 di Manek Urai belum membuahkan hasilnya.

Jambatan yang menyeberangkan Sungai Lebir di Kampung Manek Urai lama belum kelihatan selepas lebih setahun pilihan raya Dun berkenaan berlalu.

Semalam tiba-tiba Timbalan Presiden Umno itu mendakwa kerajaan pusat memperuntukkan RM180 juta bagi membina 1,500 unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Kata beliau rumah itu untuk disewakan dan dijual kepada penduduk miskin dan berpendapatan rendah.

“Projek PPR ini adalah satu nikmat besar kepada rakyat di Gua Musang, kalau nak tunggu kerajaan negeri melaksanakannya, ia adalah sesuatu mustahil, ibarat menunggu bulan jatuh ke riba.

“Walaupun kerajaan Pusat membelanjakan RM180 juta bagi membangunkan projek ini, namun paling istimewa rakyat berpeluang memilikinya kelak pada harga kira-kira RM35,000 seunit atau menyewanya pada kadar RM124 sebulan,” katanya ketika melancarkan Projek PPR Gua Musang di Kompleks Sukan Kesedar semalam.

Gimik kerajaan BN itu dianggap banyak pihak sebagai ketinggalan jauh di belakang memandangkan kerajaan negeri sejak lebih 10 tahun lalu menyediakan lebih 1,500 lot rumah di Tanah Putih.

Kini Tanah Putih sudah bertukar dari hutan belantara menjadi penempatan tersusun. Isunya sekarang rakyat perlu memiliki tanah untuk membina kediaman sendiri dan bukan lot di atas angin.

Lagi pun tidak ramai yakin kemampuan Muhyiddin untuk menunaikan segala janji tersebut ketika kantung duit kerajaan BN sudah kering.

Ada pihak berhujah kerajaan BN di bawah Datuk Seri Najib Razak kini mengharapkan sumbangan dari duit judi Nombor Ekor, Magnun dan apa-apa sahaja bentuk perjudian bagi menampung dana kerajaan.

Kalau sebelum ini keputusan bagi setiap cabutan numbor dibuat sekali sebulan, namun sekarang sampai enam atau tujuh kali dalam tempoh tersebut. Dan setiap cabutan dibuat pengusaha tempat perjudian dapat mengumpul pendapatan sehingga RM7 juta.

Seorang bekas pegawai polis mendakwa tidak ramai yang tahu kepincangan pengurusan kewangan negara di bawah Najib sekarang.

“Pemimpin BN hanya menuduh kerajaan Pulau Pinang menggunakan hasil duit judi untuk warga emas, sedangkan sumber pendapatan kerajaan BN diambil dari judi disenyapkan,” katanya.

Mengambil kira banyak kepincangan urus tadbir negara dan kebimbangan Najib kemaraan Pakatan Rakyat menjejak kaki ke Putrajaya pada pilhan raya umum ke-13, bebanan berat sedang dipikul Abdul Aziz di Galas sekarang.

Abdul Aziz yang sekadar berpendidikan setakat SPM tidak mampu untuk menjelaskan perkara sebenar yang berlaku dalam negara kepada rakyat. Pengundi Galas perlu mengambil kira perkara ini.

Pilih pemimpin yang tidak menghiraukan soal dosa dan pahala bakal mengundang bala kepada penduduk Dun Galas.-Harakahdaily Umno tabur impian rumah rakyat di Galas

Itulah Umno parti yang dah nak habis umur

misaimerah

Tadi pi minum jumpa kawan dok cerita tak habis-habis lagi pasai Perhimpunan Umno di PWTC dewan yang Umno kata keramat . Cerita sudah tentu berkaitan 'ugutan' Presiden Umno dan pembodeknya yang jadi tukang karut Ketua Pemuda Umno Malaysia Khairy Jamaludin nak pertahan Putrajaya walau apa cara sekalipun. Walaupun hak Melayu katanya terkunci kemas dalam peti besi Perlembagaan tapi kuncinya kena Umno yang pegang . Orang lain tak boleh pegang kalau pegang ...

Kata orang membujur lalu melintang patah.Semangat bukan main nak pertahan hak Melayu sampai kata 'hilang Melayu hilanglah Umno'. Teringat pantun berat penumbuk Labu (Nasib Si Labu-Labi);

Besi maha besi
Besi datang dari Kedah
Nak pergi biaq pergi
Biar tinggal gusi dengan lidah

Umno pun sikit hari lagi jadi lagu tu la.

Kata kawan saya tu , "Orang kalau nak mati memang dia meracau macam-macam, keluar habis segala maluak dan apa saja yang terlintas difikiran , wasiat semua kepada keluarga sebab nak pi buat selama-lamanya. Itulah Umno parti yang dah nak habis umur ." Baca juga di sini.

Naib Presiden Umno Zahid Hamidi kata dalam Umno ada Abu Lahab .Semua pelahap! Dalam banyak- banyak abu yang disebut Zahid ada satu lagi abu yang ditakuti Umno iaitu 'abu mayat' yang semakin hampir kepada Umno.Beliau juga kata mamak ka , malabari ka semua kira Melayu...Gambar atas sebelah kiri bini Presiden Umno suap pulut kuning dalam mulut PM Najib selepas habis perhimpunan agung Umno (mStar online).
Posted by MISAIMERAH at 11:22

Group Go Geous Putrajaya: Go GeouS : Muda. Sihat. Rejuvinasi

Group Go Geous Putrajaya: Go GeouS : Muda. Sihat. Rejuvinasi: "Anti Penuaan Dari Hujung Rambut ke Hujung Kaki Anda mahu kelihatan menawan, menarik , cantik, cergas dan sihat dari luar dan dalam, dapatk..."

Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails