SELAMAT DATANG

Jumaat, 1 Oktober 2010

Jus Delima Dari Republik Islam Iran

TABURAN PERMATA SDN BHD

Menjana Ekonomi Ummah

"Dan Dialah yang menurunkan hujan..Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari pohon-pohon tamar (kurma) dari mayang mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman."
- Surah Al-An'am:99

Buah delima atau ar-rumman dalam bahasa Arab disebut tiga kali dalam
Al-Quran. Ia antara pokok di syurga.

Khasiatnya tinggi kaya dengan zat sodium, riboflavin, thiamine,
niacin, vitamin C, kalsium dan forsforus. Ia juga sejenis penawar
kerana kandungan antioksidan yang tinggi bagi penyakit jantung, cepat
tua dan barah.

Kajian yang dijalankan telah membuktikan bahawa meminum Jus Buah
Delima setiap hari dapat membantu memperbaiki perjalanan darah,
mengurangkan tekanan pada pembuluh darah dan memelihara jantung. Ia
juga mempunyai antioksida yang sangat kuat bagi melawan kanser -
Dr. Hasan Mukhtar, University of Wisconsin Medical School

Kami menjual Jus Buah DELIMA yang asli dari Iran.


Harga Runcit
1 Pek Berharga RM1.50 (Pek Kecil 200ml)
1 kotak berharga RM60.00 mengandungi 40pek

Harga Runcit
1 Pek Berharga RM1.50 (Pek Kecil 200ml)
1 kotak berharga RM60.00 mengandungi 40pek

Harga Boleh Dirunding

Sedia untuk diminum.

Agen Diperlukan

Penghantaran disediakan di Lembah Kelang.

Keterangan Lanjuta Hubungi/SMS : 012-2230 140
atau e-mail: ydpputrajaya@gmail.com

N0 41B, Jalan Diplomatik, Presint 15, 62050 Putrajaya

Rabu, 29 September 2010

PAS Anggap Pertahan Galas 1 Cabaran

Cara 1 Malaysia Sambut Raya : Menteri tak tahuan keluluoiii

UNDI UMNO/BN DAPAT SAHAM KE NERAKA

Tengku Adnan Ahli Parlimen Putrajaya pernah sarankan Arak diturunkan harga dan kelab malam dibuka hingga 5 pagi.

Jamuan Raya PAS Putrajaya Meriah.

PUTRAJAYA, 28 Sept. : Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Putrajaya yang diadakan pada 26 September 2010 seperti tahun- tahun sebelumnya menarik kehadiran rakyat pelbagai kaum di Putrajaya. Majlis bermula pada jam 6 petang.

Menurut Pengarah program Sdr Roshidi Wahab, penglibatan seluruh pimpinan dan ahli dalam menjayakan program ini amat membangakan, memandang kawasan Putrajaya merupakan kawasan yang didiami oleh kebanyakan pegawai kerajaan maka sebab itu majlis dimulakan jam 6 petang, al-maklumlah pada waktu itu para penguasa sedang sibuk

“Orang ramai yang datang ke majlis ini telah dihidangkan dengan nasi tomato, lemang, nasi himpit, satey dan pelbagai jenis kueh raya serta menu istimewa kambing panggang.

“Kami menyediakan makanan untuk anggaran kehadiran sekitar 500 hingga 1000 orang sahaja. Tetapi nampaknya kehadiran lebih dari yang dijangka” katanya

Ustaz Nazir yang juga Yang Dipertua PAS Putrajaya pula berkata PAS Putrajaya akan mengadakan majlis yang lebih besar pada tahun hadapan bagi menampung kehadiran rakyat di Putrajaya.

"Saya mewakili PAS Putrajaya mengucapkan ribuan terima kasih kepada tetamu yang hadir dan menganggap keberanian mereka yang kebanyakan adalah pegawai kerajaan datang ke majlis jamuan ini adalah petanda kemenangan Pakatan Rakyat amnya dan PAS Putrajaya khususnya pada PRU 13 nanti". Katanya

“ Kita juga menyediakan duit raya untuk kanak-kanak yang datang bersama ibubapa mereka dan keriangan jelas pada wajah mereka". Kata Ustaz Nazir. Majlis tamat pada jam 9 malam

Isnin, 27 September 2010

Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails