SELAMAT DATANG

Sabtu, 27 Februari 2010

UMNO DAH LA BANGANG , BACUL PLAK TU...!!!

بسم الله الرحمن الرحيم

Tergelak besar saya dengan gelagat Umno yang akhir-akhir ini cuba mempromosikan dirinya sebagai juara rakyat, tapi bila dicabar ke hadapan, kecut habis dari hujung hingga ke pangkalnya! Sekali lalu, juara rakyat ini cuba menjadi hero dalam banyak isu, terbaru isu perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang.Tapi akhirnya juara rakyat kantoi sendiri bila negeri-ngeri yang dikuasai BN seperti Johor, Pahang dan Perlis juga tidak mengadakan perarakan Maulidur Rasul.

Dan petang tadi, juara rakyat ini sekali lagi bikin 1Malaysia gelak besar apabila parti itu menerusi Pemuda Umno Pulau Pinang dan algojo setianya Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Pulau Pinang (DPMMPP) menolak Debat Perdana Rakyat 2010 yang dianjurkan oleh Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang. Bagi membuktikan pepatah Melayu tidak 'tahu menari dikatakan tanah tinggi rendah' itu betul, Pemuda Umno dan DPMMPP memberi dua alasan kelakar mengapa mereka enggan berdebat. Pertama, mereka hanya mahu berdebat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng saja dan tidak melayan cabaran dari 'ikan bilis' (Pemuda PR). Kedua, mereka enggan berdebat dengan Pemuda PR yang dianggap sebagai 'kuda tunggangan' Guan Eng.

Jadi kini Sang Juara telah menunjukkan siapa dirinya yang sebenar. Jika cabaran daripada 'ikan bilis' untuk bedebat pun juara rakyat sudah nampak pucat muka dan ketaq lutut, apa lagi nak berdebat dengan 'ikan jerung' bernama Guan Eng yang telah lulus ujian ketahanan diri setelah dipenjara selama 18 bulan kerana membela budak perempuan Melayu yang dirogol oleh seorang pembesar Umno itu? Jika dengan 'kuda tunggangan' Guan Eng pun Pemuda Umno dan DPMMPP tak berani bertarung, apa lagilah nak bertarung dengan pemilik kuda yang pastinya lebih tangkas dari kudanya itu?

Alahai Pemuda Umno, alahai DPMMPP, tak payahlah menipu Melayu lagi. Cukuplah setengah abad hangpa menipu Melayu, menjual tanah Melayu, menyewa permit dan lesen orang Melayu kepada kaum kerabat hangpa daripada kaum Gerakan dan MCA. Semua orang Melayu Pulau Pinang tahu penipuan hangpa, semua orang Melayu tahu sebelah dari teloq hangpa sudah kena rebus oleh Gerakan dan MCA sejak setengah abad dulu lagi. Dengan teloq yang tinggai sebelah lagi itu hangpa memang tak berani berdebat punya, tak payahlah beri alasan-alasan yang tak logik itu lagi!!

Berdebat pun kecut teloq, nak jadi juara rakyat konon....piiiiirah!!-

Pendikar Gunung Kriang




JANGAN SAMPAI JADI MACAM NI.. MALU ORANG KERAJAAN

بسم الله الرحمن الرحيم

Siang kerani, malam GRO..

Ada kakitangan kerajaan terutama wanita bujang berjawatan rendah, sanggup menggadai maruah dengan bekerja sambilan sebagai pelayan pelanggan (GRO) di pusat hiburan di ibu kota, semata-mata ingin mengecapi kehidupan mewah. Wanita muda terbabit, kebanyakannya dari luar Lembah Klang, hanya bergaji bulanan tidak sampai RM1,000 dan ia tidak mencukupi menampung kehidupan termasuk membayar sewa rumah, ansuran kereta, alat solek, pakaian berjenama selain kos sara hidup lain. Lebih mengejutkan, ada antara mereka berlagak sopan termasuk memakai tudung di pejabat, tetapi menukar imej dengan berpakaian ranggi dan seksi sebaik memulakan tugas sebagai GRO pada sebelah malam. Seorang pegawai kerajaan memberitahu Harian Metro, dia pernah menemui gadis GRO di sebuah pusat hiburan di ibu kota yang bekerja sebagai kakitangan awam berjawatan rendah di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya.

“Gadis itu mendakwa dia bekerja sebagai kerani di sebuah pejabat kerajaan waktu siang dan menjadi GRO pada malam kerana memperoleh pendapatan sampingan lumayan. “Saya terkejut apabila gadis itu memberitahu dia bertudung ketika di pejabat. Untuk mengetahui sejauh mana kebenarannya, saya mengekorinya dan mendapati dia menggunakan kereta dengan nombor plat Putrajaya. “Gadis itu beritahu saya, dia terpaksa berbuat demikian kerana pendapatan bulanannya tak cukup menampung kehidupan di ibu kota,” katanya, semalam. Sebelum ini, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Omar Osman, mendedahkan ada kakitangan kerajaan berjawatan rendah terpaksa memandu teksi, berniaga di pasar malam dan kerja di stesen minyak, akibat desakan hidup dan kos sara hidup yang makin meningkat.

Beliau dipetik berkata, dengan gaji pokok serendah RM480 sebulan bagi pekerja am rendah, ia tidak cukup menanggung keluarga. “Jadi, kumpulan sokongan ini terpaksa membuat kerja sambilan seperti menjadi pengawal keselamatan, memandu teksi dan berniaga di pasar malam. “Mana mungkin selamanya mereka mahu makan ikan gred rendah yang dijual tiga longgok RM10.

Kadangkala isi perutnya (ikan) pun sudah terkeluar. Begitu juga dengan sayur, mereka juga ingin memberikan anak mereka makan sayur segar, bukan sayur layu yang murah. “Mereka juga teringin keluarga makan makanan berkhasiat. Namun, jika gaji tak cukup, bagaimana hasrat itu mahu dipenuhi,” katanya. Sejak tahun lalu, Cuepacs meminta kerajaan meneliti permohonan menaikkan antara 10 hingga 40 peratus gaji kakitangan awam, terutama kumpulan sokongan berikutan kos sara hidup semakin meningkat.

Ini berikutan pelarasan gaji 1.2 juta kakitangan awam belum dibuat sejak lebih sedekad lalu meskipun pelbagai insentif dan kenaikan elaun diberi dari semasa ke semasa. Semakan Harian Metro di laman web Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mendapati, seorang pembantu tadbir (perkeranian/operasi) dengan gred lantikan N17 berpendapatan kurang RM1,000 sebulan. Kakitangan seperti itu dibayar gaji RM656.30, Imbuhan Tetap Khidmat Awam RM80 dan Imbuhan Tetap Perumahan (RM180) sekali gus menjadikan pendapatan mereka RM916.30 sebulan.

Mengikut skim perumahan kerajaan, setiap kakitangan dan pegawai layak menduduki kuarters kerajaan, bergantung kepada jawatan. Bagaimanapun, masalah yang berlaku jumlah unit perumahan tidak mencukupi menampung kakitangan kerajaan. Justeru, ada yang terpaksa menyewa rumah dan ini sedikit sebanyak meningkatkan kos sara hidup. Sebagai contoh, sewa satu unit apartmen antara RM600 hingga RM1,000 sebulan, bergantung kepada saiz.- Harian Metro



SIAPA JUARA ROMPAK BALAK?

بسم الله الرحمن الرحيم

JENIANG, Walaupun pelbagai tuduhan dilontarkan terhadap kerajaan negeri Kedah namun hakikatnya Pakatan Rakyat berjaya melipat ganda pendapatan daripada pembalakan berbanding pentadbiran lama Umno-Barisan Nasional.

Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata Kedah berjaya memperolehi pendapatan sebanyak RM38 juta berbanding RM8 juta sahaja di bawah BN.

"Saya merasa hairan bagaimana kerajaan negeri dapat pulangan lumayan berbanding pulangan pembalakan zaman BN yang hanya dapat jumlah yang sikit dan ke mana perginya untung balak semasa pentadbiran mereka.

"Kejayaan kerajaan negeri mengamalkan tender terbuka menjadikan perancangan lebih teratur bagi menyalurkan projek kepada kontraktor-kontraktor bagi meneruskan pembalakan," kata Datuk Seri Azizan.

Beliau berkata Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia menganggu pentadbiran negeri dengan dakwaan berlaku penyelewengan pembalakan tetapi pada masa yang sama agensi itu gagal menyiasat mana perginya keuntungan pembalakan ketika pentadbiran BN.

"Kita dah tau taktik kotor BN yang sentiasa tutup penyelewengan mereka tetapi sengaja mengadakan cerita untuk menjatuhkan kerajaan negeri Kedah yang berada pada tahap yang memuaskan.

"Sistem tender secara terbuka memberi pulangan terbaik kepada kerajaan negeri kerana perbezaan tinggi sehingga puluhan ribu ringgit seekar daripada kontraktor untuk merebut kawasan pembalakan menjadikan keputusan adil dicapai tanpa berlaku penyelewengan kepada mana-mana kroni," tegas beliau.

Menurutnya Menteri Besar lagi kerajaan negeri membuat perancangan terbaru dengan bantuan Bank Islam Malaysia yang memberi pinjaman RM350 juta untuk membina Universiti Islamiah di Kedah.

"Projek kita bina Universiti Islamiah hanya RM350 juta dan jika kerajaan pusat atau BN nak bina universiti yang sama akan menelan mencecah belanja lebih RM1 bilion.

"Kerajaan negeri sentiasa merancang pengurusan kewangan sebaik mungkin tanpa berlaku sebarang pembaziran," katanya pada ceramah isu semasa bersama Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan di Jeniang, Kedah semalam.
Ceramah tersebut dihadiri lebih 50,000 penyokong Pakatan Rakyat. - suara-keaddilan.com

Suatu hal yang telah tercicir dari pemahaman kebanyakan umat Islam hari ini adalah mengenai hak milik umum (public ownership) menurut syarak. Setiap produk yang boleh dimanfaat oleh umum dan jumlahnya adalah banyak seperti balak adalah termasuk dalam harta milik umum. Islam tidak memberikan hak kepada sesiapapun termasuk negara untuk mengeksploitasikan kekayaan seperti ini. Ia tetap dimiliki secara mutlak oleh umum (seluruh warganegara Daulah). Bagaimanapun, ia boleh diolah menjadi harta dalam bentuk lain yang boleh dimanfaatkan bagi rakyat umum, misalnya, hasil jualan balak boleh dijadikan modal kepada pembangunan prasarana umum seperti hospital, sekolah, jalanraya dan seumpamanya. Namun untuk dijadikan sebagai hasil (perolehan) negara, tidak sama sekali! Jika berlaku ia merupakan suatu pengkhianatan oleh negara kepada warganegara.

Senario yang berlaku hari ini adalah bertentangan dengan Islam kerana sistem ekonomi yang menunjangi kehidupan adalah sistem ekonomi kapitalis. Dalam kapitalisme, kebebasan dalam kepimilikan (freedom of ownership) menjadikan siapa sahaja boleh memiliki apa-apa sahaja untuk dijadikan apa-apa sahaja dalam memenuhi tuntutan nafsu. Jadi, tak hairanlah hari ini, jika siapa saja yang memiliki kuasa mampu merompak harta umum habis-habisan sekalipun ia pemimpin yang mengaku beragama Islam kerana nafsu dan kejahilannya terhadap hukum hakam Islam menutup akalnya! Maka berbanggalah mereka dalam kejayaan aktiviti rompakan mereka terhadap rakyat melalui hasil balak, minyak, galian, tol, tarif elektrik, bekalan air dan seumpamanya! - jebbat.blogspot.com

MENGAPA MAHYUDIN DEDAHKAN????

بسم الله الرحمن الرحيم


Kekalutan hubungan Najib - Muhyidin kian menampakkan jurangnya. Terbaru kenyataan Muhyidin yang mendedahkan pertemuan antara Najib dengan Tengku Razaleig. Walaupun belia mendedahkan pertemuan itu dalam keadaaan kononnya untuk mengkritik Tengku, namun seakan ada agenda lain dari pendedahan tersebut.

Pagi semalam Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau hairan dengan tindakan dan kenyataan Tengku Razaleigh yang masih tidak sehaluan dengan keputusan kerajaan persekutuan mengenai isu royalti minyak Kelantan sedangkan pelbagai langkah penjelasan sudah diberikan.

Malah, Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, Ketua Umno Bahagian Gua Musang itu juga telah pun berjumpa dengan Najib berhubung perkara tersebut.

“Saya dimaklumkan beliau (Tengku Razaleigh) telah berjumpa dengan Perdana Menteri, tetapi saya tidak tahu apakah sebab dia hendak teruskan langkah itu.

“(Tindakannya itu) seolah-olah macam beliau seorang saja yang memperjuangkan hak rakyat Kelantan... (seolah-olah) kita ini tiada langsung pertimbangan,” katanya.

Kenyataan balas Najib yang terpaksa mengakui pertemuan tersebut, namun tidak mahu mendedahkan butir pertemuan itu sangat meragukan . Ia dilihat sesuatu yang bersifat sulit. Persoalannya mengapa Mahyudin mendedahkan pertemuan yang tak mahu didedahkan oleh Najib.Ia seakan menjelaskan lagi krisis yang di dakwa berlaku antara Najib dan timbalannya itu.

Pemerhati politik sedang menghitung langkah politik Mahyudin. Beliau dilihat sedang melakukan satu langkah yang mengguagat kedudukan Najib. Umum telah mendengar bagaimana mahyudin yang tidak berapa selesa dengan Najib melalui konsep satu Malaysia. Mahyudin yang berasal dari negeri kelahiran umNO - Johor dilihat masih merah darah melayunya.

Konsep satu Malaysia Najib jelas membelakangkan perjuangan mleayu yang kononnya menjadi darah daging umNO. Najib pula menyedari, tanpa konsep satu Malaysia BN akan ditolak bangsa selain melayu kerana kegagalan MCA, MIC dan Gerakan. Penerimaan pelbagai bangsa terhadap konsep Pakatan Rakyat yang persamaan hak untuk keadilan dan pembelaan bagi setiap yang dizalimi tanpa mebgira kaum sangat dibimbangi Najib.

Keghairahan Najib hingga membelakangkan perjuangan dan semangat Melayu sangat tidak disenangi Mahyudin dan mentornya Mahathir Muhammad. Longokan peruntukan kepada bangsa lain seperti gereja dan kuil serta pemansuhan beberapa badan khusus dan kementerian yang membela melayu dilihat merugikan melayu dan menghilangkan sifat umNo sebagai pembela melayu.

Kini Mahyudin sedang mengumpul kekuatan dan penyokongnya sendiri sebelum melanggar Najib. Najib pula sedang ghairah melanggar negeri Pakatan Rakyat. Penyokong tegar Mahyudin seperti Zahid Hamidi sedang mencatur strategi.... kita nantikan, apakah ulangan tuduhan seks kepada DSAI yang dicatur Mahathir akn menimpa Najib yang memang terpalit dengan pelbagai tuduhan seks termasuk Al Tantuya. Jika DSAI boleh diheret dengan tuduhan hina seperti itu, tidak mustahil mudah bagi Mahathir membongkar rahsia Najib yang pastinya dalam gengaman beliau semasa dibawah kabinetnya....

Kita nantikan... selepas segala usaha menyesakkan Pakatan Rakyat , samaada atau gagal.... maka pasti Najib akan menghadapi saat sakaratnya.... - anaksengat


Jumaat, 26 Februari 2010

Royalty Minyak: Henti Tipu Rakyat..! - Zaid Ibrahim...








Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamad dianggap kini terpesong dalam soal wang tuntutan negeri Kelantan mengenai hasil minyak.

Penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim (kiri) berkata Mustapa seolah-olah tahu perkara sebenar tetapi bersungguh-sungguh cuba mempertahankan dasar kerajaan pusat itu.

"Pertama, Mustapa kata Kelantan tidak berhak kepada royalti minyak dan cuma layak menerima "cash payment" atau bayaran tunai sebanyak 5 peratus.

"Itu memang betul kerana perjanjian 1975 di antara Petronas dan Kelantan (dan negeri lain) menggunakan perkataan "cash payment". Kerajaan Kelantan pun tak ada masalah dalam hal itu. Panggillah apa yang kamu suka, royalti atau "cash payment", tapi bayarlah," katanya dalam blognya.

Bagi Zaid apa yang dikatakan wang ehsan itu pula, adalah sesuatu yang lain kerana ehsan bererti pemberian atas sebab kasihan atau sebab politik.

"Kedua, Mustapa (kanan) kata perjanjian 1975 itu tak sah kerana sebab-sebab tertentu. Tidak pula jelas mengapa ia tidak sah. Kalau tak sah, mengapa Sabah dan Sarawak terus dibayar kerana mereka juga menandatangani perjanjian yang sama".

Beliau juga mempersoalkan jika perjanjian berkenaan tidak sah mengapa Terengganu dibayar semasa BN memerintah selama 19 tahun.

"Ketiga, Mustapa kata kawasan yang diiktiraf sebagai "territorial waters" atau kawasan perairan hanyalah tiga batu dari pantai. Apa alasan Tok Pa?" soal bekas menteri di jabatan perdana menteri yang satu ketika dahulu diamanahkan menjaga hal berkaitan undang-undang.

Menurut Zaid, Mustapa berhujah menggunakan Akta Darurat 1969 yang sudah tidak boleh dipakai lagi.

Katanya, yang wajib digunakan ialah undang-undang maritim antarabangsa yang dipersetujui oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan yang telah diterima oleh Malaysia.

"Dia kata lagi, negeri-negeri tidak berhak kepada hasil gas dan minyak dalam kawasan "Exclusive Economic Zone" (EEZ), iaitu 200 batu dari pantai, hanya Persekutuan Malaysia saja yang berhak kepada hasil dalam EEZ. Itu pun tak betul juga."

Menurut Zaid, hasil minyak dan gas ini selalunya didapati tidak kurang dari 12 batu dari pantai dan sekiranya batasan itu diguna-pakai, maka tiada negeri dalam Malaysia yang berhak kepada hasil minyak.

Tambahnya, sebahagian besar hasil minyak yang ada sekarang ini terletak dalam kawasan EEZ.

"Tidak ada undang-undang dalam dunia ini yang mengatakan hak kepada hasil minyak dari EEZ tidak boleh dituntut oleh sesebuah negeri. Hak negeri bergantung kepada perjanjian negeri-negeri dengan Kerajaan Persekutuan, " katanya.

Zaid kemudiannya menghuraikan sejarah Amerika dan memberikan contoh hak negeri Texas dan California kepada hasil minyak dalam EEZ bergantung kepada perjanjian negeri-negeri itu dengan Persekutuan Amerika Syarikat.

Bagi beliau, perkara yang sama harus digunakan bagi menentukan hak negeri di Malaysia.

"Adalah salah bagi Umno memesong rakyat dengan mengatakan hanya Persekutuan Malaysia saja yang berhak kepada minyak dalam EEZ dan negeri-negeri tidak ada hak.

"Hasil yang dibayar kepada Sabah dan Sarawak juga meliputi kawasan lebih dari 12 batu dari pantai. Mengapa terus bayar jika kata tak berhak?" katanya lagi.

Bagi Zaid, Umno cuma mencari helah untuk tidak mahu membayar pampasan kepada negeri Kelantan.

Katanya, jika BN yang memerintah Kelantan, sudah tentu mereka akan mencari hujah lain. Tetapi ia tidak semestinya dibayar terus.

Zaid seterusnya meminta Mustapa merenung seketika isu berkenaan dan menghentikan penipuan mereka menerusi iklan di media arus perdana untuk mengaburi mata rakyat.

Zaid berkata lagi dia dukacita dengan perkembangan itu dan menganggap Mustapa sebagai antara tiga atau empat menteri yang dihormatinya ketika dalam kabinet. Ini kerana kerajinan dan kecekapan pemikiran mereka.

Namun dalam hal ini, Zaid meminta Mustapa supaya tidak lagi meneruskan penipuan ke atas rakyat.

Mustapa yang juga pengerusi badan perhubungan Umno Kelantan, pada 26 Januari lalu mengumumkan kerajaan pusat bersetuju memberikan wang ehsan sebanyak RM20 juta kepada Kelantan pada Mac ini.

Namun jumlah itu dipertikaikan oleh kerajaan negeri manakala cara penyaluran tidak secara langsung juga dibantah.
Sumber - Malaysiakini

Tok Pa Pengkhianat No-1 Negeri Kelantan...!!!..







Tengok gambar dulu...

Lepas tu baca petikan berita:
Kerajaan Persekutuan memutuskan sebanyak RM20 juta "wang ehsan" diberikan kepada Kelantan yang akan dibayar pada Mac ini, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau juga menjelaskan Kerajaan Pusat tidak dapat menyerahkan sepenuhnya RM20 juta itu untuk ditadbir sendiri oleh Kerajaan Kelantan kerana khuatir "wang ehsan" itu akan di"SALAH GUNA" bagi tujuan lain.

Katanya wang itu akan dimanfaatkan dengan "TELUS" bagi membantu rakyat Kelantan meningkatkan tahap pendidikan, membasmi kemiskinan dan keperluan lain yang difikir perlu oleh satu Jawatankuasa Khas.
Sambung balik tengok gambar...
Ni projek Kerajaan Malaysia...
Nampak tak tarikh mula projek bila..?

Tarikh Mula: 1hb Dis.2008... Tarikh Siap: 31hb Julai 2009

Apa cerita Tok Pa..?

Ulang balik "kata-kata hikmat" dari Tok Pa...
Beliau juga menjelaskan kerajaan Pusat tidak dapat menyerahkan sepenuhnya RM20 juta itu untuk ditadbir sendiri oleh Kerajaan Kelantan kerana khuatir "wang ehsan" itu akan di"SALAH GUNA" bagi tujuan lain.
Betul ke ayat Tok Pa tu..? kira-kiranya Kerajaan Pusat geng Tok Pa tu lagi TELUS la dari Kerajaan Negeri Kelantan ya Tok Pa..?

TELUS... sebab tu la Projek yang patutnya makan masa 6 bulan je tak siap-siap sampai sekarang... bukan setakat tak siap, PEMBINAAN PUN TAK MULA LAGI..! setakat pacak papan projek merata-rata, tulis besar-besar dekat papan projek "Kerajaan Malaysia", "1 Lagi Projek Pembangunan Oleh Kerajaan BN", anak Kontraktor Kelas "F" pun boleh buat...!!!

Oi Tok Pa..! Jambatan 2 lorong dekat Manek Urai yang BN janji masa Pilihanraya Kecil Manek Urai yang regenya lebih 7 juta apa cerita..?

Jambatan ke-2 Sultan Mohamad ke-IV apa cerita..?

Duit Katering supplier gerai makan yang dok jamu orang ramai masa PM Murujib datang Kota Bharu dekat Kompleks Sekolah bulan Ogos tahun lepas tak sampai RM300,000 apa cerita..?

Bila nak bayar..?
Oi Tok Pa..! kalau dengan peniaga 100% Melayu ahli dan penyokong UMNO tak sampai RM setengah juta pun tak boleh nak jelas sampai sekarang.... ..

TAK PAYAH NAK SEMBANG PASAL "WANG EHSAN" LAAAAAA...!! !

HANCING MACAM SIAL...!!! PENGKHIANAT. ..!!!

Ptuih..! Ptuih..! Ptuih..! Ptuih..! Ptuih..!

--
Topeng Perak® Unmasked to Perisik Rakyat®


Rayuan terbuka Khalid: Mahu PAS jujur, komited kukuhkan PR

Oleh G. Manimaran

PETALING JAYA, Feb 23 — Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad tidak membuat merayu agar hukuman digantung jawatan selama enam bulan dikaji semula, tetapi mengemukakan “rayuan terbuka” dengan meminta PAS agar memperlihatkan “kejujuran dan komitmen” untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat (PR).

Dalam temu bual selepas tiga minggu berada di luar negara, Khalid berkata keputusan jawatankuasa disiplin akhir bulan lalu menimbulkan persoalan sejauh mana jujur dan komitednya PAS dalam PR, yang kini memerintah empat negeri dan mempunyai 80 kerusi di Parlimen.

Justeru beliau berharap PAS akan benar-benar komited untuk menghukum mereka yang memperlekehkan keutuhan PR sambil menegaskan, parti itu kini dinilai dengan keputusan jawatankuasa disiplin bulan lalu — mengenakan hukuman menggantung jawatan selama enam bulan ke atas dirinya manakala Datuk Dr Hassan Ali pula diberikan amaran.

“Rayuan saya kepada parti, PAS telah gagal dalam memperlihatkan kejujuran dan komitmen mereka dalam memantapkan Pakatan... mereka bukan setakat perlu menunjukkan dalam kata-kata tetapi juga menerusi tindakan mereka... tetapi PAS telah gagal dalam hal ini,” kata Yang Dipertua PAS Shah Alam ini.

Jawatankuasa disiplin mengumumkan keputusannya pada 29 Jan lalu.

Hasan merupakan Pesuruhjaya PAS Selangor dan Exco Kerajaan Negeri itu manakala Khalid adalah bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri.

Hukuman ke atas kedua-dua wakil rakyat itu merupakan yang pertama dibuat dan mendapat liputan meluas sejak PAS bekerjasama dengan PKR dan DAP membentuk PR selepas pilihan raya umum 2008.

“Bukan saya seorang sahaja yang dinilai tetapi juga parti kerana orang ramai sedang memerhatikan bagaimana kita menguruskan kita (parti sebagai komponen PR),” kata beliau kepada The Malaysian Insider malam tadi.

Yang Dipertua Shah Alam ini yang pulang ke tanah air Jumaat lalu dari Arab Saudi berkata, PAS telah gagal dalam memastikan keadilan dilaksanakan dan kelihatan melaksanakan keadilan dengan sebaik-baiknya.

Khalid mengulangi bahawa beliau tidak akan membuat rayuan terhadap hukuman yang dikenakan ke atasnya kerana lazimnya “ada harga” yang perlu dibuat tetapi gembira kerana matlamat iaitu memastikan Hasan dikenakan tindakan atas kenyataan-kenyataan memperlekehkan kerajaan PR telah berjaya.

“Hukuman saya cuma enam bulan tetapi hukuman ke atas Hasan kekal (selama-lamanya), beliau tidak boleh mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan Pakatan selama-lamanya,” katanya.

Khalid juga gembira kerana ada perubahan dalam nada Hasan sejak November lalu apabila menyentuh kedudukan PR.

“Saya nampak ada perubahan pada Hasan,” kata beliau yang turut yakin bahawa masalah di antara beliau dan Khalid sebenarnya boleh diatasi sejak awal lagi jika pucuk kepimpinan memanggil kedua-dua mereka dan mengadakan perbincangan.

“Bagaimanapun ia tidak dilakukan,” katanya yang mengakui menjejaskan lagi keadaan dan berakhir dengan siasatan jawatankuasa disiplin.

Sehubungan itu beliau merayu kepada kepimpinan PAS agar membuktikan kejujuran dan komitmen mereka kepada PR yang kini dipersoalkan sesetengah pihak.

[“Hukuman ke atas Hasan kekal (selama-lamanya),” kata Khalid.]

“Hukuman ke atas Hasan kekal (selama-lamanya),” kata Khalid.
“Rayuan saya ialah PAS membuktikan dengan mengambil tindakan tegas (ke atas mereka yang memudaratkan Pakatan)... ini rayuan saya.

“Dan, jika ini boleh dilakukan mereka (PAS) akan kelihatan lebih komited... saya mementingkan rayuan ini daripada rayuan peribadi saya agar hukuman saya dikaji semula,” katanya lagi sambil menambah, Islam juga mahukan pengikutnya memegang pada kata-kata mereka sebaik sahaja sesuatu janji atau keputusan dibuat.

Ia dirujuk kepada komitmen PAS kepada PR yang akan menyambut ulang tahun keduanya 10 Mac ini di Pulau Pinang.

“Mereka boleh berbuat demikian dengan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang cuba menjatuhkan Pakatan,” kata Khalid.

Dalam hal ini beliau juga merujuk kepada nasihat Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika Muktamar PAS 2008 yang meminta parti itu tidak meletakkan kaki di dua sampan pada masa yang sama.

Menteri Besar Kelantan itu memberikan pandangan sedemikian ketika munculnya isu bahawa PAS, selain berada dalam PR, juga sedang berusaha untuk membina usaha mengadakan perundingan membentuk kerajaan perpaduan bersama Umno-BN.

Nik Aziz merupakan antara pemimpin PAS yang menentang sebarang perbincangan ke arah kerajaan perpaduan.

Malah siasatan jawatankuasa disiplin juga bertolak daripada gesaan beliau agar diadakan Muktamar Khas PAS, yang dikemukakan Oktober tahun lalu untuk memilih barisan kepimpinan baru.

Dalam komennya Khalid juga meminta pemimpin-pemimpin PAS agar sedar dengan aspirasi untuk menjadi sebuah parti arus perdana yang memperjuangkan keadilan, yang terus dipantau oleh para pengundi.

“Kita harus berupaya untuk membuktikan bahawa kita boleh mempertahankan keadilan,” kata Khalid.

Sejak jawatankuasa disiplin mengumumkan keputusannya pada 29 Jan lalu pelbagai reaksi dikemukakan oleh ahli dan pemimpin PAS, antaranya menyifatkan keputusan jawatankuasa disiplin sebagai tidak adil.

Beberapa pemimpin PAS termasuk daripada kalangan sayap pemudanya telah melahirkan tidak rasa puas hati dengan dengan ada yang melabelkan sebagai “wayang” semata-mata.

Penasihat undang-undang PAS Hanipa Maidin pula menggesa jawatankuasa kerja pusat parti itu agar mengkaji semula keputusan jawatankuasa disiplin membabitkan kedua-dua pemimpin Selangor itu, yang telah mencetuskan reaksi tidak senang di kalangan sesetengah pihak.

Sehari selepas jawatankuasa disiplin mengumumkan keputusannya, Exco Pemuda PAS Abdullah Abdul Karim telah mempertikaikan keputusan jawatankuasa disiplin parti itu menggantung Khalid enam bulan sedangkan Hasan hanya diberi amaran.

“Keputusan jawatankuasa tatatertib PAS Pusat menggantung Khalid Samad selama enam bulan dan hanya memberi amaran bertulis kepada Datuk Hasan amat mengejutkan dan tidak boleh diterima sama sekali,” kata beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Pahang.

Reaksi pertama Exco Pemuda PAS itu juga mempertikaikan kredibiliti jawatankuasa disiplin.

Dengan membuat keputusan tersebut, dakwa beliau. jawatankuasa disiplin sama ada disedari atau tidak, telah membenarkan diri mereka dipergunakan untuk melindungi anasir-anasir anti-PR dalam PAS.

Senada dengan pandangan itu Khalid juga berkata, beliau walaupun telah dijatuhkan hukuman digantung jawatan dalam parti selama enam bulan tetapi tidak dinyatakan dengan jelas kesalahan yang dilakukannya.

“Tuduhan mengatakan saya membocorkan rahsia. Saya hanya melahirkan pandangan menerusi blog saya saya bukannya rahsia parti... tiada petunjuk jelas apa yang dimaksudkan dengan rahsia parti (dibocorkan),” katanya.

Anggota Dewan Rakyat penggal pertama ini mengatakan bahawa surat yang dikeluarkan oleh lembaga disiplin hanya mengatakan bahawa beliau didapati bersalah tanpa menunjukkan maklumat rahsia yang kononnya telah dibocorkan.

“Jika saya didakwa sebagai membunuh, sekurang-kurangnya saya akan dimaklumkan siapa yang saya bunuh, bila dan bagaimana ia berlaku,” kata beliau sambil menambah keadaan kini sudah berubah di mana ahli-ahli ‘aktif’ mempersoalkan tindak-tanduk pemimpin parti.

“Kini parti berkembang menjadi parti arus perdana, yang berjuang untuk keadilan kepada semua... bukan sahaja ahli-ahli PAS sendiri, tetapi keseluruhan rakyat dan bukan Islam... mereka bukan lagi mewakili kumpulan masyarakat yang kecil,” katanya.

Justeru kata beliau sudah tiba masanya PAS mengkaji semula tatacara pengendalian kes-kes disiplin supaya kelihatan telus dan ada unsur kebertanggungjawaban, bukannya hanya mencari kelemahan parti lawan.

Kata beliau, proses ke arah siasatan tidak harus diserahkan kepada setiausaha agung semata-mata.

“Ya, perlu ada tindakan bersama seperti jawatankuasa untuk meneliti aduan-aduan yang dikemukakan, yang ditapis sebelum dikemukakan kepada jawatankuasa disiplin,” kata beliau dengan merujuk kepada dakwaan bahawa beberapa laporan kukuh dibuat ahli-ahli parti diketepikan begitu sahaja termasuk kes Abdullah Karim.

PAS bangunkan markas tarbiyyah sebagai kolej universiti

KUALA LUMPUR, 25 Feb — Tapak markas tarbiyyah PAS di Taman Melewar, Gombak akan dibangunkan semula sebagai institusi pengajian tinggi yang menawarkan kursus bagi memenuhi keperluan industri negara, kata Naib Presidennya Salahuddin Ayub.

Beliau berkata penubuhan “Kolej Universiti Prof Dr Zulkifli Mohamad” itu mendapat persetujuan PAS pusat dan boleh membuat pengambilan pertama pelajar pada pertengahan tahun ini selepas kurikulumnya diiktiraf Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
Take home Fortune and Joy in the Maxis New Year Special!

Pembinaan institut itu menelan belanja hampir RM2 juta dan ditampung oleh wang sumbangan orang ramai dan dermawan, katanya ketika melawat tapak kolej universiti itu yang sedang giat dibina, hari ini.

Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Mohamad Noor Mohamad berkata Majlis Pendidikan PAS Pusat kini dalam proses mengemas kini kurikulum institut itu.

“Kita mahukan kursus-kursus yang ditawarkan adalah lebih menjurus kepada kursus-kursus keperluan industri dan bukannya kursus tradisi. Mengenai kelayakan, jika kursus kita menepati syarat-syarat saya rasa tiada masalah,” katanya. — Bernama

Khamis, 25 Februari 2010

Mana Dia Juak UMNO & PEKASA.. Takan Sengap Je Kot Bila MCA Tentang Hukum SEBAT

MCA Menentang Hukum Sebat. Mana Suara UMNO dan PERKASA?

NOTA EDITOR: Di bawah adalah kenyataan rasmi MCA berkenaan dengan hukum sebat kepada pesalah zina yang dilakukan oleh JAWI baru-baru ini. MCA berkata hukuman sebat itu berlawanan dengan Perlembagaan Persekutuan. Pendek kata, pendirian MCA tidak jauh beza dengan apa yang diperkatakan oleh media-media asing.

Ke hulu ke hilir puak2 UMNO dan Pro-UMNO dalam PAS memberitahu DAP anti Islam, PAS mesti bersama UMNO sebab DAP anti Melayu dan Anti Islam. Tengok-tengok dalam kelambu sendiri, anti Islam lagi teruk.

Tapi yang herannya, takda pula demonstrasi? Takda angkat kepala lembu? Takda pula bakar tokong oleh puak2 UMNO ni?

Kenapa? Sebab yang cakap ni MCA dan MCA adalah parti komponen Barisan Nasional. Dengan kata lain, bagi UMNO kalau anda sebahagian dari BN, anda bebas memaki dan mengutuk Islam.

Hahahahaha sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Terdedahlah kemunafikan dan pembohongan UMNO yang selama ini mendakwa memperjuangkan Islam.
Tulang Besi

Ps Di bawah adalah kenyataan rasmi MCA yang diambil dari Sin Chew Daily.


MCA lashes out at caning of Muslim women.
2010-02-20 15:02

LETTER
MCA views with concern the caning that was meted out against the three Muslim women recently and the disturbing trend of syariah law enforcement in our country. .

While MCA accepts that syariah laws are personal laws and syariah jurisdiction applies to Muslims only, its application should in no event contravene the Federal Constitution.

oleh Tulang Besi

Geng Pakatan Rakyat kenai ka dak Ahmad Lutfi nie..???

Jika Lutfi pun boleh dibiarkan keseorangan

Apabila orang macam Ahmad Lutfi Othman pun terabai dari segi pengurusan kesihatannya, apatah lagi jaminan ahli-ahli PAS atau Pakatan Rakyat yang 'cokea' di kampung-kampung.

Dalam menerajui Harakah sebagai Ketua Pengarangnya, peranannya bukanlah kecil anak.

Melibatkan dasar parti dan negara, memperjuangkan kehendak dan inspirasi ahli-ahli parti politik yang meletakkan harapan dan tanggungjawab ke bahunya demi merealisasikan cita-cita itu.

Terdedah pula pada pelbagai risiko dan ancaman akta-akta dracula di Malaysia.

Engiogram yang dilakukan memerlukan pemasangan stent di saluran darah jantung Lutfi yang memakan perbelanjaan yang agak tinggi.

Saya hairan apa jadi dengan peruntukan tabung negara bagi penyakit kronik. Difahamkan, jika adapun pembiayaan, dipaksa menjalani prosedur di hospital-hospital kerajaan yang memakan masa terlalu panjang dan tidak salah dinyatakan, pesakit akhirnya menjadi mangsa hospital-hospital itu. Meninggal dunia dan kuranglah satu kes dalam senarai menunggu.

Bagi kerajaan Pakatan Rakyat, berapakah sumbangan yang telah dibuat untuk kos rawatan ini. Kerajaan Kelantan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah - mungkin kah mereka menderma dalam senyap?

Apa yang pasti, Husam Musa Exco Kelantan ada menghulurkan peruntukan dari tabung Kijangnya.

Malang, seorang ketua pengarang akhbar seperti Lutfi, yang memainkan peranan yang sangat besar bukan sahaja untuk PAS tetapi juga untuk Pakatan Rakyat, dibiarkan tergedik-gedik menguruskan cubaan yang menimpanya.

Usaha kerajaan-kerajaan ini menghayati soal kebajikan satu negeri dipuji tetapi didapati masih tidak meluas jika dilihat apa terjadi dalam kes seperti ini ?


Masalah Kekurangan Air Akan Diatasi Segera – YAB Menteri Besar Kedah

disediakan oleh : Faiz Hj. Othman

ALOR SETAR, 25 Februari 2010 - Berikutan cuaca panas teruk yang melanda negara pada ketika ini, Negeri Kedah telah mengalami masalah kekurangan air di beberapa buah daerah. Walaubagaimanapun, situasi ini akan kembali pulih apabila pihak kerajaan negeri bercadang untuk membina empangan kecil di 2 buah lokasi stesyen pam air iaitu di Sungai Jeniang dan di Pinang Tunggal, Sungai Muda. Musim kemarau yang disifatkan Menteri Besar Kedah sebagai luar biasa dengan suhu kini pada 36°c ini telah mengakibatkan paras air sungai di beberapa batang sungai telah menurun sehingga 3.1 Meter.

Selain berpunca dari masalah kemarau, kebocoran paip juga merupakan punca berlakunya kekurangan air di beberapa kawasan dan perkara ini telah disampaikan kepada Syarikat Air Darul Aman (SADA) supaya menukar dan membaik pulih paip-paip saliran yang telah mencecah usia berpuluh-puluh tahun.

Dalam perkembangan lain, YAB Dato’ seri juga telah mengarahkan mahkamah untuk mengambil tindakan segera terhadap pemilik perumahan kerajaan negeri di beberapa kawasan yang enggan membayar balik pinjaman kepada pihak kerajaan. “Pihak kerajaan negeri kini perlu menanggung beban hutang sebanyak RM 27 juta kepada Kerajaan persekutuan akibat keengganan pemilik rumah membayar pinjaman.” beliau bercakap demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco semalam.

KEDAH COMMUNICATION & EVENTS SDN. BHD.


PERUTUSAN PRESIDEN SEMPENA MAULIDURRASUL : CINTA RASULULLAH TAK CUKUP SEKADAR CUTI UMUM BERARAK & BANNER

Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamiin. Selawat dan salam buat penghulu para pejuang, Rasul tercinta Muhammad s.a.w., para sahabat dan keluarga baginda, serta mereka yang mengikuti jalannya serta mencontohi perilaku baginda hingga ke hari pembalasan.

Sesungguhnya perasaan kita penuh dengan kerinduan kepada Rasulullah s.a.w. Sebagai seorang yang mencintai baginda, tentu sekali kita senantiasa terkenang akan sirah perjuangan dan lakaran pengorbanan Rasulullah s.a.w. sehingga kita semua dapat menerima cahaya keIslaman dan hidayah dari Allah untuk mengecapi nikmat berharga iman dan Islam.

Namun kita sebagai seorang Muslim perlu sentiasa bermuhasabah sejauh manakah kecintaan yang disebut dan diungkapkan ini benar-benar tertanam dengan kukuh di lubuk hati kita? Sejauh manakah kita melakukan apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW dalam lakaran perjuangannya, yang kemudiannya disambung tali-menali hingga ke hari ini?

Marilah kita menghayati firman Allah yang bermaksud: “Dan tiadalah Kami mengutusmu (Wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai pembawa berita gembira, dan pemberi amaran; akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu)”. (As-Saba’: 28)

Baginda Rasulullah s.a.w. telah pergi meninggalkan kita, dengan sama sekali tidak mewariskan kepada kita harta pusaka kekayaan, tetapi yang diwariskan adalah ilmu yang menjadi panduan hakiki, akhlak yang terpuji, sebuah perjuangan suci dan sebuah cara hidup yang sempurna.

Marilah kita sama-sama menjadikan sambutan ini menguatkan iltizam kita menegakkan sunnah baginda sepanjang tahun dan sepanjang hayat kita. Tidak cukup kita menunjukkan rasa gembira dengan bercuti, mengadakan perarakan dan berslogan mencintai Rasulullah. Akan tetapi gembirakanlah Rasulullah s.a.w. dengan mengamalkan dan menegakkan segala suruhan baginda, serta meninggalkan dan berusaha menghalang segala yang dibenci baginda.

Rasulullah s.a.w. meninggalkan sebuah perjuangan suci sebagai rahmat ke seluruh alam untuk kita sambung dan teruskan. Segala kezaliman, penyelewengan, rasuah, salah guna kuasa, jenayah, yang berlaku pada hari ini hatta dari seorang yang mengaku Islam, menunjukkan jauhnya si pelakunya dari tinggalan Rasulullah s.a.w. walau dia menyambut kelahiran baginda saban tahun.

Marilah sama-sama kita pasakkan keazaman untuk menyambung perjuangan Rasulullah s.a.w. hingga ke akhir hayat kita. Sebagai seorang individu, marilah pula kita menghayati dan mengamalkan peninggalan Rasulullah s.a.w. Seorang pemimpin meletakkan azam untuk menegakkan sunnah di dalam kepimpinannya. Sebuah kerajaan lebih-lebih lagi berkomited mengamalkan segala suruhan Allah SWT dan Rasul s.a.w. di dalam segala aspek pentadbirannya.

Semoga kita semua bertambah cinta kepada Rasulullah s.a.w. dan beroleh cinta Allah dan Rasul-Nya. Selamat menyambut Maulidur Rasul 1431.


DATUK SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG,

PRESIDEN PAS

Harakahdaily

Rabu, 24 Februari 2010

Tawadduknya Tok Guru

Semoga Allah panjangkan umur TG Nik Abdul Aziz

Tok guru solat di belakang orang biasa-biasa saja.. rasa-rasa tok guru yang mula ikut dulu sebab dilihat daripada kedudukan beliau yang tak sempat turun sepenuhnya...kenapa tok guru tak bentuk jamaah lain??..kerana itulah hebatnya tok guru..gambar ini diambil diputik semasa seminar pemikiran Islam

Saifuddin : Umno “tipu” rakyat Kelantan dengan putarbelitkan Akta Petroleum

Kerajaan Persekutuan Umno-BN harus berhenti memutarbelitkan Akta Pembangunan Petroleum 1974 semata-mata untuk menafikan rakyat Kelantan hak royalti minyak, kata Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution.

Sebaliknya parti pemerintah sepatutnya bertindak atas usul Pakatan Rakyat di Parlimen yang menuntut kesamaran terma "luar pesisir pantai" di bawah akta itu di atasi dan hak negeri-negeri mendapatkan royalti diperakui dengan jelas.

Saifudin berkata Umno-BN sengaja menggunakan definisi samar “luar pesisir pantai” untuk menafikan royalti minyak kepada mana-mana negeri yang jatuh ke tangan pembangkang, seperti Terengganu pada tahun 1999 dan Kelantan, sejak 1990.

Beliau berkata tindakan Umno-BN menggunakan duit rakyat untuk menyiarkan iklan-iklan di media arus perdana bagi menyokong dakwaannya bahawa Kelantan hanya layak mendapatkan wang ehsan adalah tidak bermoral.

"BN menafikan hak rakyat Kelantan mendapatkan royalti atas alasan terma "luar pesisir" pantai yang kabur dalam APP. Maksud APP adalah jelas terutamanya apabila negara kita tidak mempunyai telaga minyak dalam lingkungan 3-batu nautika," tegas Saifuddin.

"APP tidak dirangka dalam tahun 1974 dengan merujuk kepada telaga minyak yang tidak wujud; ia merujuk kepada realiti operasi yang wujud dalam industri minyak dan gas negara pada ketika itu - maknanya semua telaga minyak berada jauh dari pantai," jelas beliau.

Saifuddin menjelaskan usul yang dibawa oleh Pakatan ke Dewan Rakyat pada Disember 2009 berupaya memastikan APP dikemaskini selari dengan keadaan semasa.

"Semasa APP 1974 di rangka, Malaysia hanya mempunyai beberapa telaga minyak di luar pesisir pantai seperti carigali Tapis di Terengganu dan Temungo di Sabah," kata Saifuddin menjelaskan rujukan akta tersebut.

"Telaga-telaga minyak inilah yang menjadi rujukan utama kepada mereka yang merangka APP, apabila mereka memperkenalkan istilah "luar pesisir pantai" di dalam APP," tegas Saifuddin.


Tolak Desakkan Syabas Naik Tarif Air, Selangor Sedia Ke Mahkamah

Kerajaan Selangor bersedia ke mahkamah bagi mempertahankan tindakannya tidak membenarkan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) untuk menaikkan harga air.

Syabas bulan lalu menghatar notis undang-undang menuntut Selangor membayar pampasan tiga ratus tiga puluh sembilan juta ringgit kerana tidak membenarkan kenaikan harga itu tahun lalu.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendedahkan bahawa Syabas mendesak supaya harga air dinaikan 30 peratus pada tahun lalu, namun tuntutan itu di tolak oleh kerajaan negeri.

Syabas kemudian menuntut pampasan berkenaan dan dikatakan bercadang mengambil tindakan undang-undang jika tuntutan itu juga ditolak.

“Kerajaan negeri telah menerima nasihat dari panel guaman berhubung perkara itu yang mendapati Syabas tidak layak membuat sebarang tuntutan sedemikian kerana tiada hak dan tiada keperluan,"katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyarat mingguan Exco hari ini.

Menurut Khalid, sebarang keputusan untuk menaikkan tarif air perlu mendapat persetujuan kerajaan negeri, pemegang konsesi dan kerajaan pusat.

Beliau menambah, SYABAS turut melanggar perjanjian konsesi yang diberikan oleh kerajaan Umno-Barisan Nasional sebelumnya.

“Pelanggaran syarat oleh Syabas telah menyebabkan kerugian besar kepada rakyat Selangor. Oleh yang demikian kerajaan Selangor tidak sama sekali akan membenarkan syarikat itu menaikan tarif air,” tambah Khalid.

Khalid berkata kerajaan negeri tidak akan tunduk kepada sebarang tekanan daripada Syabas demi mempertahankan hak rakyat untuk mendapatkan bekalan air berkualiti pada harga munasabah.

“Kita sedia berdepan dengan Syabas di mahkamah jika syarikat itu mahu meneruskan cadang mengambil tindakan undang-undang. Tindakan kerajaan negeri ini sejajar dan bertepatan dengan agenda “Merakyatkan Ekonomi Selangor yang diperjuangkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor,"katanya.


Salahuddin Ayub dan Sivarasa Disiasat Bawah Akta Hasutan

Lapor Malaysian Insider;

Dua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) dipanggil polis berhubung dakwaan membuat kenyataan berunsur hasutan ketika satu perhimpunan umum di Pulau Pinang awal bulan ini.

Polis menyoal siasat R. Sivarasa dan Salahuddin Ayub, masing-masing Naib Presiden PKR dan PAS di pejabat wakil rakyat di bangunan Parlimen petang ini ekoran ucapan mereka di Seberang Jaya pada 7 Feb lalu.

“Kedua-dua kami disiasat di bawah Akta Hasutan,” kata Salahuddin yang pertama keluar selepas menemui polis.

“Ia kelihatan seperti skrip yang sudah pun disediakan,” kata Ahli Parlimen Kubang Kerian ini selepas ditemui polis kira-kira setengah jam.

Salahuddin berkata, polis menyoal siasat beliau berhubung ucapannya berkaitan dengan isu kalimah “Allah” tetapi enggan menjawab soalan mereka dengan menegaskan haknya di bawah Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah.

Sivarasa, wakil rakyat Subang pula berkata, beliau disiasat kerana menyentuh perbicaraan kes liwat Ketua Umum PR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang berjalan sekarang.

Beliau menyangkal kenyataan-kenyataannya berunsur hasutan.

“Saya tidak melihat apa-apa masalah bagi saya menjelaskan pandangan saya kepada orang ramai dan memberikan analisis politik agar rakyat boleh membuat rumusan mereka,” kata beliau yang merupakan salah seorang peguam pasukan Anwar.

Malah katanya, ucapan di Pulau Pinang bukan kali pertama menyentuh soal perbicaraan kes Anwar.

Oleh itu beliau mempersoalkan agenda pihak polis menyoal siasat beliau hari ini.

“Saya melihat ini sebagai usaha untuk menakut-nakutkan pemimpin Pakatan dan untuk menghalang kami daripada bercakap... tetapi tugas kami ialah untuk menjelaskan kepada publik tentang isu-isu penting,” katanya.

Selain beliau turut disoal siasat sepanjang tiga bulan yang lalu ialah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Ahli Parlimen Teluk Intan M. Manogaran dan Adun Kota Alam Shah M. Manoharan.

Sivarasa berkata siasatan dijalankan ekoran aduan polis sendiri, yang dibuat oleh Inspektor Irwandi Khirrudin Mohamad Rejal pada 8 Feb lalu dan mencabar polis polis mengenakan tuduhan hasutan terhadap mereka jika pihak berkuasa merasakan mereka benar-benar telah melanggar undang-undang.

Kedua-dua Sivarasa dan Salahuddin diwakili oleh peguam N. Surendran.

Kenyataan mereka direkodkan oleh dua pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Seberang Jaya.

Posted by MISAIMERAH

Kerajaan BN Dah Tak Ada Duit?

misaimerah

Bila Husam Musa kata Royalti minyak RM2 bilion,bukan RM20 juta tentu Kerajaan Bn akan terus nafikan nak bayar royalti dan tetap akan bayar duit ehsan kepada gerombolan Umno di Kelantan yang menguasai Jabatan Pembangunan Persekutuan(JPP).

Sebenarnya kerajaan pusat dah tak ada duit.Mana nak cari duit banyak tu nak bagi kat kerajaan Kelantan.Kerajaan Bn sekarang ni dah pandai jimat cermat.Potong sana potong sini bukan pasai apa cuma jimat tu sebab dah tak ada duit! Petronas untung setahun RM90 bilion pun duit tak tau pi mana.Mana nak gagau ,nak cekau RM2Bilion bagi royalti kat kerajaan Kelantan.Setakat umum projek pembangunan sebab nak pilihanraya di Sabah dan Sarawak bernilai jutaan ringgit itu hanya gelembong politik Umno-Bn saja.Lepas menang apa pun tak dapat.Dok rumah panjang tu la sampai bila-bila.Habuan pangkah Bn tu ada la yang lain-lain hanya tin kosong saja.

Semasa prk Bagan Pinang Umno -bn janji macam-macam kat abang-abang askar kita kat Bagan Pinang, last-last habuk pun tak dak.Umno bukan takat tipu orang kampung dan bandar yang buta politik tapi turut jadi penipu kepada askar-askar yang mempertahankan negara.

Pemimpin Umno-Bn hanya pandai bercakap bohong dalam media mereka dengan mengatakan ekonomi kita sudah pulih, kembali kuat ,pelabur pun suka melabur tapi hakikatnya adalah pembohongan mereka saja supaya rakyat percaya apa yang mereka cakap. Kadar baru tarif elektrik akan diumumkan, minyak petrol pula dijangka turut naik.Semua ini mencengkam rakyat bukan nak tolong rakyat.

Pemimpin Umno hanya pandai kata rakyat tak reti bersyukur sebab tak sokong bn sebab bn bagi projek, tapi kalu bagi projek bohong rakyat mana rakyat tak marah.Lembu pun reti marah kalau baling batu kena ekoq dia. Tak caya cuba baling tengok !

Jika Titah Tuanku Itu Difahami, Tidaklah Rakyat Jadi Begini

Penulis Tamu - pendikar gunung kriang,

Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah dalam pelancaran buku "Knowledge, Language, Thought and the Civilisation of Islam: Essays in Honor of Syed Muhammad Naquib Al-Attas" kelmarin bertitah ilmuan negara perlu didampingi dan bukannya dimusuhi pemerintah. Seterusnya baginda bertitah kejatuhan sesebuah negara bermula dengan kemunduran negara disebabkan budaya dan persekitaran politik yang membunuh perkembangan intelek kerana sifat takut dan gentar pimpinan yang sedang berkuasa yang merasakan kedudukan mereka mungkin tercabar.

"Pemikiran politik sedemikian amatlah destruktif. Pimpinan yang stabil dan negara yang maju sentiasa memilih pendirian untuk mendampingi dan bekerjasama dengan ilmuan," titah baginda.

Patik pacal yang hina dina ini sangat setuju benar dengan apa yang Tuanku titahkan itu. Budaya politik kita bukan saja anti-ilmuan tapi anti ilmu dan anti maklumat. Bukan sedikit ilmuan dan pemikir-pemikir kita yang terpaksa meringkuk dipenjara sebelum ini. Ada pula yang terpaksa bertapa di Kamunting kerana cuba menyebarkan idea yang tidak selaras dengan dasar konservatif pemerintah dan oleh itu perlu diasingkan dari masyarakat kerana didakwa 'membahayakan keselamatan negara'.

Kerana dasar negara yang anti-ilmuan, anti-ilmu dan anti-maklumat itulah juga hanya media yang selari dengan dasar konservatif kerajaan saja yang dibenarkan terbit di negara ini. Pas pernah memohon penerbitan akhbar hariannya sendiri - Purnama - kira-kira empat tahun lalu, tapi apa yang terjadi dengan permohonan itu hingga kini tiada siapa tahu. TV pula hanya membawa berita satu pihak sahaja, tidak ubah seperti media negara-negara Eropah Timur dan China di era kediktatoran komunis dahulu.

Walaupun ilmuan boleh berkarya dalam internet di negara ini, tapi sedikit kesilapan (baca: kelantangan) boleh menyebabkan mereka ditahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 malah Akta Keselamatan Dalam Negeri. Lagi pun dengan kelembapan capaian internet dan jumlah pengguna internet yang begitu kecil, rakyat terpaksa bergantung dengan berita dari media pemerintah yang berat sebelah itu. Apa yang Tuanku katakan bahawa 'kejatuhan sesebuah negara bermula dengan kemunduran negara disebabkan budaya dan persekitaran politik yang membunuh perkembangan intelek kerana sifat takut dan gentar pimpinan yang sedang berkuasa yang merasakan kedudukan mereka tercabar' memang tepat dan benar. Ia telah berlaku dan masih berlaku, walaupun ada pemimpin yang cuba berlagak mesra rakyat di bawah slogan 1Malaysia.

Sejak dulu dasar pemerintah tidak pernah mesra ilmuan, kecuali para ilmuan jadi-jadian yang sentiasa ingin menjilat kerajaan. Contohnya jka pemerintah kita mesra ilmuan, mereka akan dengar nasihat ilmuan yang menentang pelaksanaan PPSMI. Tetapi kerana ilmuan dimusuhi seperti yang Tuanku titahkan, dasar yang merugikan negara itu dilaksanakan pada tahun 1993, walaupun kebanyakan ilmuan menentang pelaksanaannya. Selepas enam tahun berlalu baru pemerintah sedar kesilapannya tidak mendengar suara ilmuan, tapi ribuan pelajar sudah dimusnahkan masa depan mereka dan RM12 bilion wang rakyat hangus untuk melaksanakan sebuiah kerja gila yang direncanakan secara sangat tergopoh-gapah.

Alangkah baiknya Tuanku jika titah Tuanku ini difahami oleh pemerintah yang kononnya mendahulukan rakyat, tapi tidak pernah bersimpati dengan suara rakyat itu. Dan tentunya Tuanku, jika pihak Istana sendiri rajin-rajin menegur pemerintah, tidak kira pemerintah di peringkat pusat atau di peringkat negeri, tidaklah berlaku banyak onar dalam politik tanah air termasuk mengganggu pemerintahan yang dipilih rakyat majoriti dan menukar ganti kerajaan yang sah dengan kerajaan lain sesuka hati mereka yang berkuasa di peringkat Pusat.

Daulat Tuanku!

http://pendikargunung.blogspot.com/

Hanya Kerana Lim Guan Eng Bukan Melayu?

Penulis Tamu - Zolkharnain Abidin,

SATU - Lim Guan Eng diserang oleh orang Melayu Umno dan orang yang mengaku Melayu dalam isu perarakan maulud. Melayu Umno di Perlis dan Pahang yang turut diperintah BN tidak pula menyerang kerajaan negeri mereka walau pun tiada perarakan maulud. Bukan baru tahun ini tetapi semenjak lama.

Alasan mereka, orang Melayu Pulau Pinang adalah minoriti. Jadi, perarakan maulud perlu diadakan untuk menaikkan semangat orang Melayu pulau itu supaya lebih kuat.

Sekali imbas alasan itu seakan betul. Tetapi semenjak sekian lama Melayu Pulau Pinang mengadakan perarakan, adakah Melayu di negeri itu semakin kuat? Rasanya tidak. Kedudukan Melayu di sana begitu begitu juga.

Justeru, mengapa Melayu Umno Pulau Pinang pertahankan sangat perarakan? Kerana Islam atau kerana Lim Guan Eng.

Kalau Ketua Menteri Pulau Pinang adalah Melayu, dan dia membatalkan upacara perarakan itu, rasanya orang Melayu Umno Pulau Pinang tidak marah.

Jadi mereka marah tiada perarakan itu bukan kerana perarakan itu tuntutan agama mereka tetapi kerana dia dibatalkan oleh Lim Guan Eng.

Melayu Umno pertahankan maulud bukan kerana agama tetapi kerana perkauman. Kerana Lim Guan Eng bukan Melayu.

DUA - Dr Aziz Bari kata, mengikut perlembagaan orang bukan Melayu boleh menjadi PM. Tambahnya, mungkin PM bukan Melayu lebih baik daripada Melayu. Contohnya, Lim Guan Eng yang dilihat lebih ikut buku dan lebih bekerja keras.

Percayalah, orang yang paling keras membantah pandangan pakar perlembagaan ini adalah orang Melayu Umno. Bagi mereka, hanya Melayu sahaja yang layak jadi PM biar pun Melayu itu korup atau lembik. Tak apa, asalkan Melayu.

Kalau Lim Guan Eng hebat setara mana pun dia tidak layak jadi PM, bukan kerana dia tidak bagus tetapi kerana dia bukan Melayu. Ditakdirkan Lim Guan Eng menerima Islam pun, dipercayai Melayu Umno tidak akan bersetuju.

Kenapa, kerana dia tidak bagus? Tidak, kerana dia bukan Melayu.

TIGA - Orang Melayu Umno marahkan Lim Guan Eng kerana kononnya dia mengutamakan Cina dan meminggirkan Melayu. Ya, Guan Eng memang Cina, dan kalau dia mengutamakan Cina, dia telah melakukan sesuatu yang betul.

Soalnya ialah, PM, TPM, sebahagian besar menteri adalah Melayu tetapi tidak membuat apa yang sepatutnya untuk orang Melayu.

Sepatutnya Melayu Umno marahkan menteri Melayu Umno yang tidak membela Melayu bukan marahkan Lim Guan Eng yang membela Cina.

Apakan daya, Lim Guan Eng adalah Cina dan dia dibenci oleh Melayu Umno hanya kerana dia Cina. Kalau dia Melayu bagaimana?


Selasa, 23 Februari 2010

Dok Nganga lagi PRU13 Dah Dekat Dah Nuu....

Pilihan raya ke 13 sudah hampir

Oleh Zulkifli Sulong

Selepas Kelantan dan Pulau Pinang diserang bertubi-tubi, kini giliran pimpinan PAS pula yang diserang. Serangan ini pula betul-betul permainan media kerana lain yang dikatakan oleh pimpinan PAS, lain pula yang disiarkan oleh media.

Yang menjadi sasaran nampaknya adalah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan terbaru Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.Kalau selama ini Bernama agak dilihat profesional dalam membuat laporan manakala akhbar Sinar Harian nampak sedikit adil dalam menyiarkan laporan untuk Pakatan Rakyat. Namun, kedua-duanya ada agenda tersendiri dan datang dengan nada yang sama, pecahkan PAS dan Pakatan Rakyat.


Berita Bernama yang melaporkan kononnya Presiden PAS, Abdul Hadi membantah campurtangan Australia dalam isu perbicaraan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, nampak sangat cuba untuk melagakan Presiden PAS itu dengan para penyokong Anwar.

Ini kerana, kalau diperhatikan, jelas Abdul Hadi ketika ditanya oleh wartawan adakah beliau membantah campurtangan Australia, Abdul Hadi menjawab tidak.

Saya kutip balik transkrip perbualan antara wartawan dan Abdul Hadi pada 19 Februari lalu di Kuala Terengganu:-

Wartawan: "Datuk Seri, ekoran campur tangan Australia, ada kemungkinan atau tidak PAS mengambil langkah membuat bantahan?"

Abdul Hadi: "Itu kita belum lagi membuat keputusan dan kita kena kaji dahulu, kita lihatlah. Sebabnya, dalam masa yang sama kita rasa malu nak bantah orang campur tangan jika kita sendiri ada keaiban. Cara yang lebih berkesan ialah kita memperbaiki diri kelemahan kita sendiri. Itu cara yang tepat. Dan kita kena siasat secara adil terhadap diri kita sendiri. Sebabnya, Islam mengharamkan kita membela kezaliman walau pun dari kalangan puak kita sendiri, negara kita sendiri. Konsep keadilan Islam adalah sejagat."

Memang menjadi sikap PAS menolak sebarang campurtangan asing ke atas negara ini sebagai sebuah negara yang berdaulat. Tetapi dalam masa yang sama, adakah kenyataan dan memorandum anggota Parlimen Australia dan ucapan pemimpin mereka meminta Malaysia mengkaji balik dakwaan ke atas Anwar itu campurtangan atau tidak.

Namun, sebagaimana dikatakan Abdul Hadi, kalau sistem keadilan kita sendiri sudah lemah, sudah tentu ada campurtangan asing.

Selepas menyiarkan Abdul Hadi membantah campurtangan Australia, akhbar Sinar Harian hari ini menyiarkan pula kenyataan Nik Aziz menyokong kenyataan para MP Australia itu. Berita muka depan bertajuk "Agenda halang Anwar" itu kelihatan positif kepada Pakatan Rakyat namun ia mempunyai racun yang berbisa.

Kenapa? Bagi saya kerana akhbar berkenaan mahu menonjolkan perbezaan pendapat dua tokoh besar PAS iaitu Abdul Hadi dengan Nik Aziz. Sebelum ini, Abdul Hadi 'bantah' sekarang Nik Aziz 'sokong'. Padahal jelas, Abdul Hadi juga berkata dia tidak bantah. Yang mengatakan Abdul Hadi bantah adalah media.

Akhbar Sinar Harian mula diterbitkan di Kelantan. Apabila ia diterbitkan, para penyokong PAS di Kelantan bagaikan dituba dengannya apabila masing-masing berebut-rebut membeli dan memuji akhbar itu apabila berita-berita mereka disiarkan.

Namun, menjelang pilihan raya 2008, tiba-tiba meletup Nik Aziz membuat kenyataan "Saya haramkan akhbar ini masuk ke pejabat saya". Ia berlaku selepas akhbar berkenaan membuat serangan yang bukan-bukan terhadapnya termasuk menyiarkan laporan apa yang belum berlaku lagi dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan.

Hari ini, Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man membidas akhbar Sinar Harian, semalam (21 Februari) kerana menyiarkan berita yang tidak tepat terhadapnya.

Katanya, berita nasional di muka surat N7 dengan tajuk besar ‘Saya kini dalam dilema’ dan sub tajuk ‘kesal dianggap ‘tangan ghaib’ PAS, punya kuasa singkir pesaing; Tuan Ibrahim’ , sebagai tidak tepat dan tersasar.

Menurutnya, laporan akhbar berkenaan bukan sahaja tidak betul, malah memasukkan kenyataan palsu yang direka-reka.

“Saya tidak menyebut perkataan sebagaimana yang disiarkan, lebih-lebih lagi kenyataan kononnya saya berada di dalam dilema, saya tidak berada di dalam dilema pun,” katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan Mesyurat Badan Perhubungan PAS Pahang di pejabatnya, dekat sini, semalam.

Akhbar berkenaan menyiarkan berita kononnya beliau berada di dalam dilema kerana ada pihak yang melabelkannya sebagai ‘tangan ghaib’ yang mempunyai kuasa menyingkir sesiapa sahaja termasuk pesaingnya pada pemilihan jawatan parti.

Sebelum ini, akhbar Umno, Utusan Malaysia juga membuat berita yang jauh sama sekali dari konteks sebenar apa yang dicakapkan Abdul Hadi. Berita itu berbunyi "Umno mula alami perubahan yang baik - Hadi"

Akhbar Umno jelas mengambil kenyataan itu dalam konteks yang salah ketika menyiarkan berita itu dalam keluarannya semalam, 18 Februari.

Jelas ia semacam bertujuan untuk melagakan Abdul Hadi dengan para pemimpin PAS yang lain kononnya Abdul Hadi bersedia untuk bekerjasama dengan Umno termasuk dalam isu perkongsian kuasa dan kerajaan perpaduan, iaitu tema yang selalu diperkenakan terhadap Abdul Hadi.

Di Pulau Pinang sebelum ini, Lim Guan Eng diserang bertubi-tubi. Sasarannya adalah memencilkan beliau dari orang Melayu yang sensitif dengan Islam khasnya pimpinan dan penyokong PAS. Ia juga bersifat 'double edge' atau gergaji mata dua...tarik makan, sorong pun makan.

Apabila pimpinan PAS membela Lim Guan Eng, mereka akan menyerang PAS sebagai kuda tunggangan DAP. Apabila PAS tidak membela, Lim Guang Eng akan terasing. Namun, sebagaimana biasa para pimpinan PAS tidak memikirkan hal itu sangat, bagi mereka yang benar perlu dibela dan semangat setiakawan sangat menebal di kalangan pimpinannya. Lalu mereka berbondong-bondong membela Lim Guang Eng dan kadang-kadang dilihat sebagai berlebihan. Lalu Umno pula berkata, memang sah PAS kuda tunggangan DAP sebagaimana fitnah yang dikenakan ke atas Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin di Perak.

Semua ini bagi saya hanya bunga-bunga atau tanda-tanda pilihan raya sudah dekat. Jadi bersedialah menghadapi pilihan raya yang akan penuh dengan permainan media kerana bunga-bunganya sudah jelas kelihatan.

Husam Musa Dilantik Pengerusi JK Khas Royalti Minyak

Pakatan Rakyat bersetuju melantik Datuk Husam Musa sebagai Pengerusi Jawatankuasa Khas berhubung isu royalti petroleum di empat buah negeri pengeluar minyak.

“Pakatan Rakyat bersetuju untuk menubuhkan jawatankuasa petroleum, melihat kepada keseriusan isu ini. Betapa banyak sumber negara diambil oleh Pusat dan hak negeri-negeri Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak dinafikan. Maka kita cadang untuk melantik Datuk Husam Musa mempengerusikan jawatankuasa khas bagi pihak Pakatan Rakyat," kata Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.

“Dalam pada itu juga, kita akan tetap akan turun dan jelaskan kepada rakyat bagaimana hak mereka dirompak oleh pemerintah, kerana kita takut dana yang sudah kurang sekarang ini tidak dibelanjakan untuk rakyat bawahan," tegas beliau.Baca di sini

CERAMAH ROYALTi MiNYAK

23 Feb. 2009 Selasa 9 malam

Stadium Pasir Mas, Kelantan

———–
Penceramah:

1. Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (MB Kelantan)
2. Datuk Paduka Husam Musa (Exco Kerajaan Kelantan), dan
3. Saifudin Nasution (Setiausaha PKR) -info daripada blog AL-Bakistani

zaid Pekenai sapa Tok Pa Petualang

Tok Pa
http://myzaidibrahim.wordpress.com/

Semasa saya dalam Kabinet dulu, Mustapa Mohamad adalah antara tiga atau empat orang Menteri yang saya hormati kerana kerajinan dan kecekapan pemikiran mereka. Lagi pun semasa saya menjadi timbalan beliau dalam Badan Perhubungan UMNO Kelantan dulu, saya tahu secara lebih dekat sikap dan sifatnya. Jadi saya amat duka cita melihat beliau yang sudah begitu terpesong dalam soal wang tuntutan negeri Kelantan mengenai hasil minyak. Seolah-olah dia tahu perkara sebenar tetapi bersungguh-sungguh benar mempertahankan dasar Kerajaan Pusat dalam hal ini.

Pertama, Mustapa kata Kelantan tidak berhak kepada royalti minyak dan cuma layak menerima “cash payment” atau bayaran tunai sebanyak 5%. Itu memang betul kerana perjanjian 1975 di antara PETRONAS dan Kelantan( dan negeri lain) menggunakan perkataan “cash payment”. Kerajaan Kelantan pun tak ada masalah dalam hal itu. Panggillah apa yang kamu suka, royalti atau “cash payment”, tapi bayarlah. Yang dikatakn wang ehsan itu pula, ia sesuatu yang lain kerana ehsan bererti kita beri atas sebab kasihan atau sebab politik.

Kedua, Mustapa kata perjanjian 1975 itu tak sah kerana sebab-sebab tertentu. Tidak pula jelas mengapa ia tidak sah. Kalau tak sah, mengapa Sabah dan Sarawak terus dibayar kerana mereka juga menandatangani perjanjian yang sama. Mengapa Terengganu dibayar semasa Barisan Nasional memerintah selama 19 tahun? Itu juga hasil perjanjian yang sama. Tok Pa kena jawab kepada rakyat soalan ini. Jangan buta-tuli ikut skrip saja.

Ketiga, Mustapa kata kawasan yang diiktiraf sebagai “territorial waters” atau kawasan perairan hanyalah 3 batu dari pantai. Apa alasan Tok Pa? Dia gunakan Akta Darurat 1969 yang sudah tidak boleh dipakai lagi. Yang wajib digunakan ialah undang-undang maritim antarabangsa yang dipersetujui oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan yang telah diterima oleh Malaysia, iaitu 12 batu.

Dia kata lagi, negeri-negeri tidak berhak kepada hasil gas dan minyak dalam kawasan “Exclusive Economic Zone” (EEZ), iaitu 200 batu dari pantai, hanya Persekutuan Malaysia saja yang berhak kepada hasil dalam EEZ. Itu pun tak betul juga.

Hasil minyak dan gas ini selalunya didapati tak kurang dari 12 batu dari pantai. Kalaulah ini batasan kepada hak negeri, maka tak ada negeri dalam Malaysia yang berhak kepada hasil minyak. Sebahagian besar hasil yang ada sekarang ada dalam EEZ. Tidak ada undang-undang dalam dunia ini yang mengatakan hak kepada hasil minyak dari EEZ itu tidak boleh dituntut oleh sesebuah negeri. Hak negeri bergantung kepada perjanjian negeri-negeri dengan Kerajaan Persekutuan. Misalnya, hak negeri Texas dan California kepada hasil minyak dalam EEZ bergantung kepada perjanjian negeri-negeri itu dengan Persekutuan Amerika Syarikat. Samalah juga dengan kita di Malaysia.

Adalah salah bagi UMNO memesong rakyat dengan mengatakan hanya Persekutuan Malaysia saja yang berhak kepada minyak dalam EEZ dan negeri-negeri tidak ada hak. Hasil yang dibayar kepada Sabah dan Sarawak juga meiputi kawasan lebih dari 12 batu dari pantai. Mengapa terus bayar jika kata tak berhak?

Sebenarnya negeri-negeri di Malaysia telah pun dengan ikhlas dan penuh kepercayaan kapada Tun Razak menyerahkan hak mereka, sama ada dalam kawasan perairan atau dalam EEZ kepada PETRONAS dalam tahun 1975 melalui “The Vesting Deed”. Sebagai balasan, PETRONAS bersetuju membayar wang tunai 2 kali setahun 5% dari hasil tersebut.
Pokoknya apa yang dipersetujui ialah, bagi setiap hasil bernilai RM100 yang PETRONAS dapat, maka RM5 perlu dibayar kepada negeri yang terlibat. Tak kiralah hasil itu datang dari telaga minyak 20 batu atau 200 batu dari persisiran pantai. Perjanjian 1975 itu tidak menyebut jarak kawasan. Itulah niat dan tujuan masa itu. Konsep seperti EEZ atau jarak kawasan perairan belum pun timbul pad masa itu kerana undang-undang antarabangsa hanya mula dipersetujui pada tahun 1982. Sebab itu perjanjian ringkas tahun 1975 menggunakan perkataan “offshore” atau persisiran pantai.

Makna dan niatnya ialah apa-apa yang PETRONAS dapat, ia kena bagi 5% kepada negeri. Tak disebut EEZ, tak sebut berapa batu, tak sebut kawasan perairan dan sebagai. Maka kerana itulah negeriu-negeri seperti Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak dengan penuh ikhlas telah “surrender” atau menyerah hak mereka segala-galanya kepada PETRONAS. Mereka yakin Kerajaan Pusat akan bertindak adil dan saksama dengan penuh jujur dan suci hati.

Hari ini sudah jadi lain cerita. UMNO mencari helah itu dan ini untuk tidak mahu bayar kepada negeri Kelantan. Kalaulah BN yang memerintah Kelantan, sudah tentu mereka akan mencari hujah lain. Tapi itu tak semestinya dibayar terus. Kita sudah tahu permainan politik ini. Politik macam inilah yang mengecewakan rakyat.

Saya harap Tok Pa renung seketika persoalan isu bayaran minyak ini. Usahlah mempertahankan penipuan ini. Pertahankan prinsip kerana kebenaran. Kalau Menteri lain tak mahu faham saya harap Pa boleh faham. Semua iklan untok cuba meyakinkan rakyat sebaliknya dalam hal ini akan gagal. Rakyat sudah faham , UMNO belum

Isnin, 22 Februari 2010

Ku Li: Iklan isu royalti kelirukan, cetus implikasi baru

Oleh G. Manimaran

KUALA LUMPUR, Feb 22 — Iklan penjelasan tuntutan wang royalti yang disiarkan kerajaan pusat menerusi akhbar-akhbar Bahasa Malaysia semalam menimbulkan lebih banyak implikasi dan kekeliruan berbanding penjelasan, kata Tengku Razaleigh Hamzah (picture) hari ini.

Justeru tegas beliau, iklan satu halaman itu sekali gus menunjukkan tiada negeri yang mempunyai hak untuk mendapatkan bayaran tunai ataupun royalti termasuk Sabah dan Sarawak.

Kata beliau, iklan muka penuh yang diambil oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan berhujah Kelantan juga tiada hak kepada bayaran minyak di bawah Akta Kemajuan Petroleum kerana sumber minyak yang menjadi persoalan terletak di kawasan tiga batu nautika, yang menafikan hak kesemua negeri.

“Iklan itu gagal untuk menyatakan bahawa kesemua minyak yang diperoleh di Malaysia ditemui di kawasan pesisir lebih dari tiga batu nautika, dan bagaimanapun Petronas (terus) membuat pembayaran kepada negeri-negeri ini.

“Dengan hujah yang diturunkan dalam iklan (semalam), Terengganu, Sabah dan Sarawak juga tidak layak menerima bayaran tunai lima peratus (biasanya dan dengan kurang tepat dirujuk sebagai royalti minyak).

“Kesemua terletak pada budi bicara kerajaan persekutuan,” kata beliau dalam pandangannya dikeluarkan hari ini.

Pada 28 Jan lalu beliau menegaskan pada satu ceramah perdana bahawa Kelantan layak menerima wang royalti lima peratus.

Pun begitu kata beliau, pada tahun lalu Petronas telah membayar RM6.2 bilion dalam bentuk bayaran tunai dengan RM3 bilion kepada Terengganu, RM2.3 bilion kepada Sarawak dan RM0.9 bilion kepada Sabah.

Ahli Parlimen dan Ketua Umno Bahagian Gua Musang ini menambah, oleh itu ada pihak tertanya-tanya atas dasar apa bayaran itu dibuat memandangkan petroleum hanya ditemui di kawasan luar pesisir tiga batu nautika.

Oleh itu tegas beliau, hujah untuk menafikan hak Kelantan daripada memperoleh bayaran tunai lima peratus atas dasar minyak berada di kawasan tiga batu nautika sebenarnya “satu penghinaan kepada kebijaksanaan” seseorang.

Semalam kerajaan pusat mengiklankan penjelasan isu tersebut dalam akhbar-akhbar Bahasa Malaysia dengan menyasarkan pendirian Tengku Razaleigh dan juga Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam iklan satu halaman yang disiarkan di Berita Minggu, Mingguan Malaysia dan Sinar Harian kerajaan pusat mendakwa kenyataan Tengku Razaleigh berhubung isu bayaran royalti kepada Kelantan hanya perlu dilihat sebagai pendapat peribadi beliau semata-mata.

Oleh itu, kerajaan pusat berkata sebarang keputusan yang diambil berkenaan hak pembayaran royalti perlu dibuat berasaskan peruntukan undang-undang yang berkaitan serta perjanjian-perjanjian yang ditandatangani di antara Petronas dengan kerajaan-kerajaan negeri.

Tengku Razaleigh, bekas pengerusi dan pengasas Petronas, menambah bahawa pembayaran wang tunai lima peratus adalah manfaat dinikmati rakyat tetapi telah dinafikan oleh Umno Kelantan selepas 34 tahun bekas perdana menteri Tun Abdul Razak Hussein meninggal dunia.

Katanya, tiada pihak dengan fikiran waras akan melakukan ini sebagai satu tindakan, yang kononnya akan memanfaatkan kedudukan jangka panjang Umno di Kelantan, malah di mana-mana sahaja orang memerhatikan perbuatan seperti ini.

“Saya dituduh meletakkan kepentingan negeri berbanding kepentingan parti. Bagaimanapun isu ini melangkaui (kepentingan) Kelantan.

“Hujah yang diletakkan dalam iklan semalan mengetepikan hak semua negeri dalam soal sumber alam semula jadi, yang merupakan hak kedaulatan mereka,” katanya.

Ia juga menafikan perjanjian antara Petronas dan negeri-negeri terbabit dan mengetepikan tujuan asal penubuhan syarikat tersebut, kata beliau.

“Salah satu implikasi segera diturunkan dalam iklan penjelasan rasmi oleh Kementerian Penerangan semalam ialah Terengganu juga tidak layak untuk mendapatkan bayaran minyak (tunai).

“Ini bermakna selepas memotong kesemua bayaran apabila Terengganu jatuh ke tangan pembangkang (pada 1999) dan digantikan dengan wang ihsan, tiada asas sama sekali bagi janji kerajaan untuk kembali kepada bayaran tunai.

“Kesemua minyak Terengganu ditemui jauh di kawasan pesisir pantai,” katanya.

Disebabkan itu menurut beliau, apa yang terpakai kepada Kelantan juga diguna pakai ke atas Terengganu.

“Pada akhirnya, ia bukan persoalan politik ataupun personaliti.

“Ia bukannya pasal saya atau sesiapa berkata, ataupun di mana PAS dan Umno berdiri,” kata Tengku Razaleigh sambil menambah, ia sebenarnya berkaitan dengan pematuhan kerajaan dengan perjanjian bertulis yang diluluskan oleh Parlimen dan sama ada menghormati prinsip demokrasi berparlimen.

Tegas beliau, sama ada hak orang ramai dipenuhi ataupun tidak ia bergantung kepada siapa mereka mengundi.

“Melayan Terengganu dan Kelantan dengan cara ini, kita menafikan hak mereka kepada wang yang mereka berhak untuk memiliki, menafikan hak kedaulatan negeri mereka dan mengikis demokrasi berparlimen,” katanya.

Bekas YDP Yadim Nakhaie saman bekas mufti Perlis Dr Asri RM1.5 juta

KUALA LUMPUR, 22 Feb — Datuk Nakhaie Ahmad, bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), hari ini memfailkan saman fitnah berjumlah RM1.5 juta terhadap bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin dan tujuh yang lain termasuk editor dan wartawan akhbar Sinar Harian.

Nakhaie, 57, memfailkan saman dan pernyataan tuntutan itu melalui Tetuan Ibrahim & Fuaadah di pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi Sivil di sini pada 11.22 pagi ini.

Dalam saman itu, Nakhaie sebagai palntif menamakan Asri, Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd, Akhbar Cabaran Sdn Bhd, Datuk Hussamuddin Yaacub, Sri Diah, Azmi Tarmizi, Lailatun Khalilah Nasir dan Siti Azila Alis sebagai defendan pertama hingga kelapan.

Hussamuddin merupakan penerbit akhbar Sinar Harian, manakala Sri Diah, Azmi dan Lailatun Khalilah adalah editor akhbar tersebut dan Siti Azila merupakan wartawannya.

Kumpulan Karangkraf merupakan pemilik akhbar Sinar Harian, dan syarikat Akhbar Cabaran pula adalah pencetak akhbar terbabit

Dalam pernyataan tuntutan itu, Nakhaie yang kini berkhidmat sebagai Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) mendakwa Asri telah mengeluarkan tiga kenyataan fitnah terhadapnya dalam satu persidangan media pada 1 Nov tahun lepas dan dua artikel yang diterbitkan oleh Sinar Harian pada 2 dan 5 Nov tahun yang sama.

Katanya, kenyataan fitnah itu telah memberi gambaran buruk bahawa beliau adalah pihak yang menjadi dalang dalam isu memorandum menentang pelantikan Asri daripada menjadi Yang Dipertua (YDP) Yadim, dan ada penyelewengan berlaku di insitusi tersebut.

Nakhaie juga mendakwa akibat daripada tindakan fitnah daripada defendan pertama yang dikeluarkan akhbar terbabit, kewibawaan dan reputasinya kian merosot.

Plaintif menuntut ganti rugi fitnah berjumlah RM1.5 juta daripada kesemua defendan, ganti rugi teladan, ganti rugi punitif, faedah pada kadar 8 peratus setahun ke atas ganti rugi am, teladan dan punitif dari tarikh pernyataan tuntutan difailkan sehingga ke tarikh penghakiman.

Sementara itu dalam sidang media di luar mahkamah, Nakhaie memberitahu pemberita bahawa beliau telah beberapa kali memberi peluang kepada Asri untuk membuat permohonan maaf dan membetulkan kenyataan tetapi beliau gagal berbuat demikian. — Bernama

Umno 'Jual" Islam Untuk Kepentingan Politik-Ustaz Idris Ahmad

Pasti Islam Se-Malaysia (PAS) mahu Umno memberikan jawapan kenapa mereka membuat bantahan terhadap isu Perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang sedangkan 3 negeri yang diperintah Umno mengumumkan tidak mengadakan sebarang perarakan.

Bergegar tujuh petala langit bila mendengar Umno begitu nekad dan bersemangat memperjuangan perarakan maulidur Rasul yang umum mengetahui bahawa itu bukanlah sebahagian amalan yang dituntut atau diwajibkan oleh Islam. Kerajaan Pulau Pinang dituduh sebagai cuba menindas orang Melayu dan cuba menafikan hak mereka untuk berarak. Umno menuduh Kerajaan Pakatan cuba melenyapkan syiar Islam dan macam-macam lagi pertuduhan yang bersifat rasis dan melampau.

Akhirnya, kejahilan Umno ditampar oleh jabatan agama di 3 negeri yang mereka perintah sendiri. Jabatan Agama Johor, Pahang dan Perlis memaklumkan minggu lepas kepada wartawan Malaysiakini bahawa mereka tidak akan mengadakan perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul tahun ini, kerana ia tidak dituntut oleh Islam.

Mujurlah masih ada Jabatan Agama yang berani untuk menempelak kejahilan Umno ini. Jika tidak Umno akan terus jadi kaduk naik junjung dan menatang penuh kejahilan mereka atas dasar politik dendam kesumat.

Seluruh negara tahu, Umno kini bagai cacing kepanasan selepas kalah PRU-12. Setiap bulan mereka mencari alasan untuk adakan demontrasi seluruh negara. Setiap hari mereka memikir untuk cari isu untuk menghentam Pakatan. Mereka cuba jadi juara rakyat, cuba jadi juara Islam. Setelah modal ‘Melayu’ tidak laku, mereka mereka cuba jual ‘Islam’ untuk kepentingan politik mereka. Tapi rakyat tidak bodoh, Umnolah yang jahil.

Kepada seluruh ahli PAS dan rakyat Malaysia, marilah kita bersama-sama membaca surah yasin supaya Allah memberi hidayah kepada ahli umno sempena meraikan Maulidur Rasul. Rasulullah sepanjang hidupnya tidak pernah berhenti berdakwah, hatta kepada orang munafik dan Fasiq.

PAS yakin, ramai ahli Umno yang semakin cerdik hari ini dan mahu memilih Islam sebagai jalan perjuangan. Mungkin kerana takut hilang kesenangan dunia mereka masih ragu-ragu untuk tinggalkan Umno. Kita bacalah Yasin dan doakan semoga mereka diberikan hidayah untuk tinggalkan Umno dan menyertai perjuangan Islam yang sebenarnya. Tinggalkan perjuangan perkauman yang sempit kerana akhir hidup ini hanyalah liang lahad yang dinisankan dengan tulisan jawi dengan malaikat sedia menanti.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

KERANDA PERTAMA DALAM ISLAM

بسم الله الرحمن الرحيم


Sayyidah Fatimah Az-Zahra adalah tokoh wanita panutan kaum muslimah, beliau yang pertama merencanakan keranda bagi jenazah. Ia pernah difitnah oleh kaum Syi’ah.

Hampir setiap mayat kaum muslimin yang akan dibawa ke kubur, dimasukkan ke dalam keranda. Di Timur Tengah, memang masih umum, jemaah takziah mengusung mayat tidak memakai keranda, sehingga tubuh si mayat terlihat. Namun untuk jenazah kaum muslimah, dimasukkan keranda, sehingga tidak terlihat oleh umum. Lalu siapakah yang mengenalkan keranda kepada umat Islam?

Dalam sejarah Islam, yang memperkenalkan keranda, khususnya untuk jenazah kaum muslimah, adalah Sayidah Fatimah az-Zahra, putri tercinta Rasulullah SAW. Ceritanya begini:

Suatu hari, Siti Fatimah merasa bahwa ajalnya telah dekat. Beliau berkata kepada Asma’ binti Umais, istri Khalifah Abubakar ash-Shiddiq, yang hampir setiap hari berada di rumahnya. “Saya kurang senang atas apa yang diperbuat terhadap wanita jika meninggal, yaitu hanya ditutupi dengan kain, sehingga bentuk badannya terlihat,” kata Fatimah kepada Asma’.

“Apakah engkau mau aku tunjukkan sesuatu yang pernah aku lihat di Habasyah (Ethiopia sekarang),” ujar Asma’.

“Coba tunjukkan?”

Asma’ membuat keranda dari pelepah pohon kurma, kemudian di atasnya ditaruh kain. Begitu Siti Fatimah melihat keranda tersebut, beliau sangat gembira dan tertawa seraya berkata, “Alangkah baiknya ini. Semoga Allah menutupimu sebagaimana engkau menutupiku (kelak). Nanti, jika aku mati, mandikanlah aku bersama Ali, dan jangan ada orang lain yang ikut memandikanku. Setelah itu, buatkan keranda seperti itu untukku.”

Siti Fatimah tahu ajalnya sudah dekat karena pernah mendapat bisikan Nabi bahwa ia akan menyusul meninggal tidak lama setelah Rasulullah wafat. Tepat enam bulan setelah Rasulullah wafat, Fatimah meninggal pada hari Senin malam Selasa, 3 Ramadhan 11 Hijriah pada umur 28 tahun.

Berita kematian Fatimah cepat sekali meluas ke seluruh Medinah, sehingga tidak lama kemudian para sahabat sudah berdatangan. Mereka berduyun-duyun mengunjungi kediaman Imam Ali, suaminya, untuk bertakziah. Para sahabat benar-benar merasa sedih. Sebab baru enam bulan Rasulullah meninggalkan mereka, kini putrinya, yang menjadi panutan mereka, menyusul ayahandanya. Sungguh suatu kejadian yang tidak diinginkan oleh mereka, karena Fatimah sangat dicintai dan dihormati oleh semua sahabat.

Sesuai dengan wasiat beliau, yang memandikannya adalah Imam Ali dan Asma’ binti Umais. Sedang yang bertindak sebagai imam salat jenazah adalah Imam Ali. Dalam riwayat lain disebutkan, imamnya adalah Abbas bin Abdul Muthalib, pamannya. Fatimah dimakamkan di Pemakaman Baqi, tidak jauh dari Masjid Nabawi. Dan yang menurunkan jenazah Fatimah ke liang lahad adalah Imam Ali, Abbas bin Abdul Muthalib, dan Fadhel bin Abbas.

Siti Fatimah dikenal sebagai wanita yang berakhlak mulia, sopan dan santun, tidak sombong, dan rendah hati, meski beliau adalah kesayangan Nabi. Fatimah juga dikenal sebagai wanita yang berperangai lemah lembut dan ramah dalam bertutur kata, serta tidak memiliki rasa ghil – rasa tidak senang dalam hati. Karena itulah, tidak salah jika beliau mendapat gelar Sayyidah Nisa’ Ahlil Jannah, sebab tanda-tanda penghuni surga adalah tidak ada rasa ghil dalam diri mereka. Karena itulah banyak penulis riwayat Siti Fatimah yang menolak anggapan bahwa Fatimah wafat dalam keadaan dendam kepada orang lain karena urusan duniawi.

Anggapan salah ini sering diembus-embuskan oleh kaum Syi’ah ekstrem, yang disangkanya biar dianggap sangat mencintai Fatimah, tetapi hakikatnya justru menorah citra buruk pada putri kesayangan Nabi ini. Beberapa contoh kisah di bawah ini bisa dijadikan bukti.

Menurut kaum Syi’ah ekstrem itu, sebagaimana dikutip Habib Ahmad bin Zein Alkaf dalam bukunya Fathimah At-Thohiroh ra, Fatimah meninggal dunia dalam keadaan dendam kepada Abubakar, karena persoalan warisan tanah yang dirampas oleh khalifah pertama dalam Islam itu.

Pantaskah Siti Fatimah RA mempunyai sifat dendam terhadap orang lain? Apalagi terhadap orang yang sangat berjasa terhadap ayahnya?

Fatimah adalah putri Rasulullah, yang otomatis telah mendapat pendidikan agama dari beliau, sehingga tidak diragukan lagi bahwa ia telah mewarisi sifat-sifat baik ayahnya, seperti al-akhlaqul karimah, akhlak yang mulia; al-‘afwu’indal maghdirah, pemberi maaf di saat dia dapat membalas; dan husnuzhan, berprasangka baik- serta sifat-sifat baik Rasulullah lainnya. Karena itulah, Rasulullah memberikan gelar kepadanya, Sayyidah Nisaa Ahlil Jannah, Penghulu Wanita Ahli Surga.

Dengan demikian dapat kita pastikan Siti Fatimah tidak mungkin mempunyai sifat dendam, karena sifat dendam itu bukan sifat ahli jannah. Dan yang pasti, beliau mempunyai sifat pemaaf, sifat yang menempel pada ahli jannah. Tuduhan bahwa Siti Fatimah meninggal dalam keadaan dendam, dalam kisah itu, merupakan fitnah sekaligus penghinaan. Sebab, sekali lagi, beliau jauh dari sifat-sifat itu.

Adapun tentang masalah warisan Rasulullah SAW, Siti Fatimah dan Imam Ali serta para istri Rasulullah dan keluarga pamannya, seperti Abbas, telah menerima dengan baik keputusan Khalifah Abubakar, karena keputusan tersebut sesuai dengan perintah Rasulullah. Begitu pula keputusan itu telah berlaku di zaman Khalifah Umar dan Khalifah Utsman, bahkan di zaman Khalifah Ali bin Abi Thalib tetap dilaksanakan.

Andai kata keputusan Khalifah Abubakar tersebut oleh Imam Ali dianggap tidak benar dan melanggar agama, pasti akan diubahnya, dan pasti warisan tanah itu akan diserahkan kepada pemiliknya. Keputusan Abubakar mengambil hak tanah Nabi juga didasarkan pada sabda Nabi sendiri, yaitu, “Kami para nabi tidak mewariskan, apa yang kami tinggalkan menjadi sedekah.” (HR Bukhari).

Dengan dasar hadits tersebut, peninggalan Rasulullah yang berupa sebidang tanah perkebunan di Fadak, dikuasai dan dikelola pemerintah, kekhalifahan. Selanjutnya, oleh Khalifah Abubakar, segala sesuatu dari hasil kebun tersebut digunakan untuk keperluan keluarga Rasulullah dan sebagian diberikan kepada fakir miskin.

Namun, yang mengherankan dan menjadi tanda Tanya, mengapa dalam masalah tanah Fadak para ulama Syi’ah selalu menjadikan Siti Fatimah sebagai pelaku tunggal, padahal bukan hanya beliau yang berkepentingan. Mengapa bukan Sayyida Abbas, paman Rasulullah, atau istri-istri Rasulullah? Pengikut Syi’ah itu katanya mencintai Fatimah, tetapi mengapa justru menjadikan beliau objek penghinaan?

Fitnah yang lain, Siti Fatimah berwasiat: kalau meninggal, beliau melarang para sahabat menyalatinya, bahkan mereka pun dilarang masuk ke rumahnya. Semua fitnah itu sudah terbongkar sebagaimana cerita di atas. Mungkin masih ada cerita fitnah lainnya, yang pada intinya mengadu domba Fatimah, sebagai anggota ahlulbait, dan para sahabat. Namun kita mesti tetap berbesar hati, sebab selalu saja ada ulama yang berpegang pada kebenaran dan akan meluruskan kisah yang sebenarnya pula, sehingga segala fitnah itu tersibak dan hilang dengan sendirinya sebagaimana lenyapnya kegelapan setelah fajar tiba.

sumber:http: //assalaf. blog.m3-access. com/posts/ 43982_Keranda- Pertama-dalam- Islam.html


Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails