SELAMAT DATANG

Sabtu, 17 April 2010

Saingan empat penjuru di Hulu Selangor

(Kiri ke kanan) Calon-calon PRK Hulu Selangor: P. Kalamanathan (BN-MIC), Datuk Zaid Ibrahim (PKR), Johan Md Diah (Bebas), dan VS Chandran (Bebas). — Gambar oleh Jack Ooi

TERKINI

Oleh G. Manimaran
KUALA LUMPUR, 17 April — Pilihan raya kecil kerusi Hulu Selangor — pilihan raya kecil pertama di Selangor selepas Mac 2008 — menyaksikan saingan empat penjuru.

Pakatan Rakyat (PR) yang turun untuk mempertahankan kerusi itu, yang dimenangi pembangkang itu buat julung kali pada 8 Mac 2008, menghadapi saingan Barisan Nasional (BN), dan dua calon Bebas.

BN diwakili oleh Ketua Penerangan MIC P. Kamalanathan manakala PR pula Datuk Zaid Ibrahim.

Dua calon Bebas pula terdiri daripada Johan Mat Diah dan S. Chandran — kedua-duanya masing-masing ahli Umno dan MIC.

Walaupun pilihan raya kecil ini tidak akan membawa kesan signifikan termasuk impak ke atas barisan kerajaan BN atau PR, tetapi dari segi moral ia dilihat sangat penting bagi kedua-dua ikatan berkenaan.

Jumlah empat calon bertanding ini jauh lebih kecil berbanding 37 set borang penamaan calon dikeluarkan oleh SPR setakat semalam. Seorang guru, J. Anuradha mendakwa gagal menyerahkan borang penamaan calon atas alasan dihalang kononnya lewat tiba di pusat penamaan calon.

Sementara Kamalanathan dan Zaid masing-masing akan menggunakan simbol BN dan Parti Keadilan Rakyat, Chandran memilih lambang jam dan Johan pula cangkul.

Kamalanathan dan Zaid bukan merupakan pengundi bahagian Hulu Selangor ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan keempat-empat calon yang mengemukakan borang penamaan diterima tanpa senarang bantahan.

“Apabila penamaan calon ditutup pukul 10 pagi, hanya empat borang penamaan calon diterima dan tidak ada bantahan yang diterima,” kata Pegawai Pengurus Pilihan Raya Nor Hisham Ahmad Dahalan kira-kira 12.15 tengah hari.

Zaid merupakan calon pertama mengemukakan borang penamaan calon iaitu sebaik sahaja sesi mengemukakan borang penamaan calon dibuka.

Beliau tiba di kawasan pusat penamaan calon kira-kira 8.53 pagi dengan diiringi Ketua Umum Pakatan Ralyat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP Lim Kit Sing, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub dan serta pemimpin-pemimpin kanan PR.

Beliau diikuti Kamalanathan kira-kira 30 minit kemudian dan Chandran dan Johan.

Rombongan BN diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Berdasarkan urutan nama diumumkan oleh SPR selepas selesainya sesi mengemukakan borang penamaan calon dan bantahan, Chandran berada di barisan utama, dan disusuli oleh Kamalanathan, Zaid dan Johan.

Difahamkan nama pada kertas undi akan tertera ikut kedudukan tersebut.

Pengundian bagi kawasan pilihan raya ini, yang mempunyai 64,500 pengundi, akan diadakan pada 25 April ini.

Kamalanathan, Chandran dan Johan merupakan muka baru dalam pilihan raya manakala Zaid pernah bertanding di kerusi Kota Baru pada 2004.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad daripada PKR pada 25 Mac lalu kerana barah otak.

Kawasan pilihan raya parlimen itu mempunyai 64,500 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 63,701 pengundi biasa dan 799 pengundi pos.

Katanya 32,380 pengundi terdiri daripada pengundi lelaki manakala 32,120 adalah wanita.

Pada 8 Mac 2008, Allahyarham Zainal menewaskan Timbalan Presiden MIC Datuk G. Palanivel dengan majoriti 198 undi manakala undi rosak yang direkodkan adalah sebanyak 1,466.

Calon Bebas Johan dipecat Umno

HULU SELANGOR, 17 April — Ahli Jawatankuasa Pemuda Umno Shah Alam, Johan Mat Diah yang bertanding pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor sebagai calon Bebas tergugur keahlian dari parti itu.

“Sah, dipecat,” kata Setiausaha Kerja Umno Datuk Abdul Rauf Yusoh kepada The Malaysian Insider di sini hari ini.

Ikut perlembagaan parti sesiapa yang bertanding sebagai calon Bebas ataupun menyokong boleh dipecat dari parti.

Johan (gambar), 31, merupakan salah seorang daripada empat calon yang bertanding pilihan raya kecil kerusi Hulu Selangor.

Penamaan calon berlansung pagi ini.


Jumaat, 16 April 2010

Debat Olok-Olok PAS - UMNO




Ceramah Al-Marhum Dato Fadil Nor Berkaitan Isu Debat Olok-olok



Ceramah Al-Marhum Ustaz Fadzil Noor bagus untuk diimbas

Buat Ahli-Ahli PAS Yang tak sempat dengan al-Marhum



Khamis, 15 April 2010

MIC Hulu Selangor: ‘Kata anak tempatan, mengapa berbohong?’

Oleh G. Manimaran

KUALA LUMPUR, 15 April — MIC Hulu Selangor mempersoalkan kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Isnin lalu menjanjikan bahawa calon “anak tempatan” akan diturunkan bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi Hulu Selangor.

“Hari itu (Isnin lalu) timbalan perdana menteri mengatakan anak tempatan... tapi hari ini orang luar dibawa masuk. Apakah ini bukan cakap bohong?

“Kalau mengatakan bahawa hendakkan anak tempatan, dan jika tidak mahu Datuk G. Palanivel juga, lebih baik pilih V. Mugilan atau Balasundram (naib ketua MIC Hulu Selangor,” kata Ketua Penerangan MIC Hulu Selangor Raily Muniandy ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Bahagian itu diketuai oleh Palanivel.

“Kami ada ramai calon anak tempatan, yang berpelajaran... mengapa hendak membawa calon luar, dari Bahagian Selayang... calon yang pernah kalah dalam saingan Ketua Pemuda MIC bahagian (di Selayang),” katanya lagi.

Semalam beliau mewakili MIC Hulu Selangor berkata pihaknya hanya mahukan Palanivel, Ahli Parlimen empat penggal tetapi tewas dua tahun lalu, dikembalikan sebagai calon.

Katanya, jika Palanivel yang disyorkan MIC tidak diterima ahli-ahlinya akan protes.

Semalam mereka menegaskan bahawa mereka tidak akan menerima calon lain yang tidak direstui parti, antaranya Mugilan yang merupakan Timbalan Ketua Pemuda MIC pusat.

Kira-kira 4.30 petang tadi, kemelut calon bakal mewakili MIC berakhir dengan pengumuman rasmi nama Ketua Penerangan pusat parti itu, P. Kamalanathan untuk bersaing di Hulu Selangor.

Dengan pengumuman itu Kamalanathan akan berhadapan dengan calon Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor.

Pengumuman dibuat oleh Timblan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Kita memilih beliau kerana pengundi mahukan orang baru sebagai wakil rakyat.

“Beliau seorang yang kuat bekerja, lurus dah seorang yang pegang janji,” kata Muhyiddin ketika mengumumkan Kamalanathan sebagai calon BN di Bilik Gerakan BN Bukit Sentosa, Bukit Beruntung.

Kamalanathan disahkan sebagai calon tengah hari tadi selepas siri perbincangan dan pertemuan dengan Muhyiddin dan kalangan pemimpin MIC hari ini.

Raily mengakui bahawa beliau secara peribadi kecewa dengan keputusan dibuat oleh MIC pusat dan BN hari ini.

“Bagaimana saya hendak keluar dan menjelaskan kepada mereka supaya mengundi. Kami akan pasang bendera seperti tetapi belum pasti sama ada akan keluar mengundi.

“Saya pun tidak boleh kawal ahli-ahli saya daripada keluar mengundi,” kata beliau beberapa cawangan sudah mula tutup bilik operasi mereka dan begitu bilik operasi utama MIC Hulu Selangor di Kuala Kubu Baru.

“Pejabat Datuk Palani (ibu pejabat MIC Hulu Selangor) sudah ditutup sejak 12 tengah hari. Kalau pejabat utama sudah ditutup, bayangkan sendiri cawangan-cawangan lain,” katanya

ADUN Bakar Arang keluar PKR

Oleh Syed Jaymal Zahiid

KUALA LUMPUR, 15 April — Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Arang di Kedah, Tan Wei Shu mengumumkan beliau keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini dengan menuding kelemahan kepimpinan parti itu sebagai alasannya.

“Saya membuat keputusan ini kerana saya telah dipergunakan oleh kepimpinan parti untuk berkhidmat demi kepentingan beberapan individu tertentu,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

Keputusan itu dilihat sebagai kritikal ketika Pakatan Rakyat-PKR berhadapan dengan cabaran mempertahankan kerusi Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini.

Wakil rakyat ini sememangnya menjadi fokus arena politik tempatan sejak kebelakangan ini.


Ketidakhadiran pada Majlis Pelantikan Exco Kerajaan Negeri Kedah yang baru di Istana Anak Bukit 10 Mac lalu menimbulkan teka-teki mengenai kedudukannya dalam PKR.

Malah tindakannya yang dikatakan mengambil cuti sejak minggu lalu telah menimbulkan spekulasi kemungkinan beliau akan keluar PKR.

Tan yang memegang jawatan Exco selama dua tahun tidak dilantik semula ke jawatan tersebut berkuat kuasa 10 Mac lalu dan tempatnya diambil alih oleh seorang lagi wakil rakyat PKR iaitu ADUN Sidam, Tan Show Kang.

Seorang lagi penyandang yang tidak dilantik semula ialah ADUN Pantai Merdeka, Abdullah Jusoh daripada PAS.

Bagaimanapun Pengerusi PKR negeri, Ahmad Kassim ketika ditemui selepas majlis berkenaan berkata, beliau yakin ADUN Bakar Arang itu akan terus bersama PKR berdasarkan perbualan terakhir mereka menerusi telefon minggu lalu.

“Beliau memberitahu saya masih setia dan menyokong perjuangan PKR. Cuma beliau rasa sedikit terkilan dan mengambil cuti.

“Saya yakin beliau akan terus setia dengan perjuangan parti berdasarkan jaminan mulut beliau sendiri,” katanya.

Ahmad berkata, lagi pun tiada guna bagi Tan melompat parti kerana ia tidak memberi sebarang kesan kepada kerajaan negeri.

Jangan lupa semua ni ...enjin hilang dan tak boleh menyelam





Pengundi di Hulu Selangor bukan saja melawan Apco-Umno-Bn tapi sudah lupakah kita kepada macam mana enjin jet boleh di bawa lari keluar negara dan hanya dua orang saja didakwa terlibat dengan kecurian enjin jet tersebut.

Apakah rakyat tak merasa rugi membeli kapal selam yang alami kerosakkan hingga tak boleh menyelam. Beli kereta baru tapi tak boleh start enjin rugi! rugi! rugi!


Hulu S'gor: Kamalanathan lawan Zaid

Pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini akan menyaksikan ketua penerangan MIC, P Kamalanathan menentang Datuk Zaid Ibrahim dari PKR yang mewakili Pakatan Rakyat.

Pemilihan Kamalanathan itu diumumkan oleh Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin sambil mendapat tepukan gemuruh daripada ribuan penyokong BN di Bukit Sentosa, petang tadi.

Turut hadir ialah pemimpin parti komponen BN termasuk presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu.

Kelibat timbalan presiden parti itu, Datuk G Palanivel yang ditolak oleh BN sebagai calon Hulu Selangor, tidak kelihatan.

Bagaimanapun , seorang lagi calon yang disokong oleh BN tetapi tidak dipersetujui oleh pemimpin MIC, iaitu timbalan ketua pemudanya, V Mugilan hadir dan beliau dilihat sebagai anatara pemimpin parti itu yang bersalaman dengan Kamalanathan sebaik sahaja keputusan diumumkan.

Nama Kamalanathan memang telah disebut-sebut sebelum ini sebagai calon kompromi selepas pucuk pimpinan BN dikatakan menolak cadangan MIC untuk mencalonkan Datuk G Palanivel bertanding di situ.

Penyokong akar umbi, khususnya dari Umno sejak kematian ahli parlimen Hulu Selangor, Datuk Zainal Abidin Ahmad pada 25 Mac lalu secara terang-terangan menolak Palanivel.
Mereka mendakwa beliau tidak cekap dan gagal membangunkan Hulu Selangor meskipun menjadi ahli parlimen selama empat penggal.

Sebaliknya, mereka yang menentang Palanivel mencadangkan timbalan ketua pemuda MIC, V Mugilan sebagai gantinya.

Mugilan adalah anak tempatan di Hulu Selangor tetapi pemimpin atasan MIC tidak merestui cadangan itu.

Ini kerana tidak ramai pemimpin atasan MIC memegang jawatan ahli parlimen ataupun ahli dewan undangan negeri dan jika Mugilan menang dia akan mempunyai kelebihan.

Pada mesyuarat tergempar jawatankuasa pusat MIC yang diadakan malam tadi, MIC berkeras mahukan hanya Palanivel sebagai calon mereka.

Mesyuarat itu juga mengambil keputusan untuk memecat timbalan ketua Pemuda MIC, V Mugilan sekiranya dia dipilih sebagai calon BN dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Samy Vellu berjumpa dengan Muhyiddin awal pagi ini di pejabat timbalan perdana menteri di Putrajaya tetapi Muhyiddin dikatakan terus tidak berganjak dan menolak timbalan presiden MIC itu.

Sebagai kompromi, difahamkan Palanivel akan dilantik sebagai senator dan timbalan menteri kerana bersetuju memberi laluan kepada Kamalanathan.

Kamalanathan, adalah ketua perhubungan awam Beras Jati Sdn Bhd, sebuah syarikat peruncitan beras.

Beliau dipertanggungjawabkan oleh pemimpin MIC untuk menjenamakan semula parti itu selepas pilihan raya umum 2008 yang keputusannya memalukan mereka

Kamalanathan juga adalah seorang blogger, yang seringkali dijemput menghadiri rancangan ehwal semasa dan juga pensyarah sambilan di sebuah kolej swasta.

Meskipun bukan anak tempatan Hulu Selangor, Kamalanathan menetap di Rawang, sebuah pekan yang tidak jauh dari kawasan pilihan raya itu.

32 Rahsia Israel

aku amik dari web ni, tuk kongsi sama2
http://www.tranungk ite.net/v10/

Berikut ialah 32 Rahsia Israel yang mungkin boleh menjadi panduan kepada kita untuk menentang negara itu dan beberapa isu kontroversi yang masih hangat diperkatakan masa kini.

1. Tahukah anda bahawa selain ras Yahudi, dilarang membeli atau menyewa tanah di Israel?

2. Tahukah anda bahawa setiap ras Yahudi yang ada di seluruh dunia menjadi Negara Israel secara otomatik?

3. Tahukah anda bahawa penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel harus menggunakan kenderaan dengan cat dan warna khusus untuk membezakan antara ras Yahudi dan bukan Yahudi?

4. Tahukah anda bahawa Juruselam bahagian timur, Tebing Barat, Gaza dan Bukit Golan dianggap oleh masyarakat antarabangsa khususnya pihak Barat dan Amerika Syarikat sebagai kawasan yang dijajah Israel dan bukan merupakan bahagian dari Israel.

5. Tahukah anda bahawa Israel membekalkan 85% air bersih hanya utk ras Yahudi dan membahagikan baki 15% utk seluruh penduduk Palestin yang menetap dikawasan Israel? Realitinya, Israel membekalkan 85% air bersih hanya untuk 400 penduduk Yahudi di Hebron, sementara baki 15% hanya untuk dibekalkan kepada 120 ribu penduduk Palestin di daerah itu.

6. Tahukah anda bahawa Amerika membekalkan US$5 million daripada pendapatan cukai setiap tahunannya untuk menyumbang kepada Israel?

7. Tahukah anda bahawa Amerika terus memberikan bantuan ketenteraan kepada Israel sebesar US$1.8 million setiap tahun? Dan tahukah anda bahawa jumlah sebesar itu sama dengan sumbangan Amerika kepada seluruh negara di benua Afrika?

8. Tahukah anda bahawa Israel juga mendapat bantuan tambahan sebesar US$4 million dari Amerika yang terdiri dari pesawat pejuang F 16, Apache dan Blackhawk? Dan kerana Amerika merupakan negara penyumbang utama bagi Israel, maka ia wajib memberikan semua kemudahan yang diminta Israel utk menjamin kekuasaannya di Timur Tengah.

9. Tahukah anda bahawa pemerintah Amerika telah menekan Kongres tentang pelanggaran Israel dalam penggunaan senjata yang mereka sumbangkan? Khususnya pada tahun 1978,1979 dan tahun 1982 pada perang di Lubnan dan penggunaan senjata nuklear pada thn 1981.

10. Tahukah anda bahawa Israel adalah satu-satunya negara di Timur Tengah yang menolak menandatangani larangan pengembangan senjata nuklear? Dan menolak pasukan pemeriksa senjata PBB untuk memeriksa tempat persembunyiannya?

11. Tahukah anda bahawa sebelum tertubuhnya Israel psds tahun 1948, ia sudah memiliki loji penembangan senjata nuklear?

12. Tahukah anda bahawa Pegawai Tinggi Israel di Jabatan Perang mengakui secara terang-terangan bahawa tetera Israel membunuh semua tahanan perang Palestin tanpa proses pengadilan?

13. Tahukah anda bahawa Israel meledakan tempat kediaman diplomat Amerika dan menyerang kapal perang induk Amerika, Liberty di perairan antarabangsa pada tahun 1967? Walaupun serangan itu membunuh 33 tentera Amerika dan mencederakan 177 lainnya, tetapi Amerika sama sekali tidak melakukan sebarang tindakan terhadap Israel. Hanya dgn alasan bahawa tentera Israel tersalah sasaran. Bayangkan kalau serangan itu dilakukan oleh sebuah negara Islam.

14. Tahukah anda bahawa Israel merupakan negara yang paling banyak melanggar resolusi keamanan PBB? Jumlah resolusi yang diabaikan oleh Israel sebanyak 69 buah. Bayangkan seandainya sebuah negara Islam mengabaikan 1 resolusi PBB, apa yang akan dilakukan oleh Amerika Syarikat?

15. Tahukah anda bahawa pemerintah Israel menggunakan sistem politik konservasi terhadap identiti ras Yahudi agar tetap menjadi warga negara itu?

16. Tahukah anda bahawa Mahkamah Agung Israel telah menetapkan Perdana Menteri Ariel Sharon sebagai tertuduh dalam kes pembunuhan penduduk Palestin Shabra dan Syatilla pada 16 Sept 1982 di Lubnon yang mengorbankan lebih dari 1000 orang Palestin terdiri kanak-kanak, wanita dan org tua?

17. Tahukah anda bahawa pada tanggal 20 Mei 1990, seorang tentera Israel menyuruh para buruh Palestin yang sedang menunggu bas supaya duduk berbaris di atas tanah. Kemudian tentera itu menembak mereka dari jarak setengah meter? Tahu pulakah anda bahawa pemerintah Israel menyatakan tentera itu tidak bersalah dan bahkan mendapat penghargaan khusus dari pemerintah Israel?

18. Tahukah anda bahawa sampai tahun 1988, semua kedai di Israel hanya boleh menempelkan keterangan kerja kosong dengan perkataan: kerja kosong hanya utk ras Yahudi, mencari seorang penulis dengan syarat ras Yahudi?

19. Tahukah anda bahawa Jabatan Luar Negara Israel membayar 'dana' kepada media Amerika untuk memunculkan imej positif Israel kepada masyarakat Amerika dan Eropah?

20. Tahukah anda bahawa Sharon mengajak parti radikal Molodeit untuk menjadi rakan utama dalam kabinetnya? Padahal parti itu berideologi radikal dengan tekad mahu membersihkan Israel dari ras bukan Yahudi dan pengusiran secara paksa seluruh warga Palestin dari Israel?

21. Tahukah anda bahawa Perdana Menteri Israel pertama David ben Gorion sepakat dengan langkah pengusiran seluruh ras Arab dari Israel?

22. Tahukah anda bahawa rahib besar di Israel Ofadya Yosef yang juga pengasas Parti Syas (parti terbesar ti3 Israel) mendukung kekejaman tentera Israel untuk membunuh warga Palestin? Bahkan ia mengeluarkan arahan radikal supaya diteruskan usaha-usaha membunuh warga Palestin.

23. Tahukah anda bahawa pelarian Palestin merupakan pelarian terbesar di dunia?

24. Tahukah anda bahawa penduduk Kristian Palestin bersatu dengan penduduk Palestin muslim untuk melawan penjajah Yahudi?

25. Tahukah anda, walaupun Mahkamah Agung Israel sedah mengeluarkan keputusan larangan penyeksaan dalam proses pemeriksaan, tetapi Shinbet (Badan Risikan Israel) tetap terus menyiksa setiap pejuang Palestin dalam proses pemeriksaannya?

26. Tahukah anda bahawa walaupun Israel terus mengganggu proses belajar, mengajar dan merosak seluruh prasarana pendidikan, Palestin tetap menjadi negara terbesar melahirkan doktor?

27. Tahukah anda bahawa setiap manusia mempunyai hak sama yang dijamin oleh undang-undang HAM antarabangsa yang diterbitkan pada 10 Disember 1948? Tetapi tahukah anda bahawa undang-undang itu sama sekali tidak berlaku bagi penduduk Palestin? Kerana dihalang dengan ditandatangani atas persetujuan Oslo?

28. Tahukah anda bahawa majoriti buku sejarah di dunia menyatakan negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang negaranegara Arab terlebih dahulu kemudian merampas kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan bahawa serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri.

29. Tahukah anda bahawa Israel sebagai negara penjajah sama sekali tidak terikat dengan Konvensyen Geneva untuk menjaga hak dan keselamatan warga Palestin?

30. Tahukah anda bahawa perintah Perdana Menteri Israel Ariel Sharon sudah tidak disegani lagi oleh tentera Israel? Salah satu contohnya adalah ketika dia melarang tentera Israel untuk melakukan genjatan senjata dan dilarang menembak, tetapi tentera Israel terus menyerang, menembak orang awam Palestin dan menghancurkan tempat tinggal mereka. Insiden paling memalukan adalah pembunuhan 3 wanita Palestin, padahal mereka sedang berada dalam kem pelarian?

31. Tahukah anda bahawa Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 thn yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?

32. Tahukah anda bahawa bekas Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela mangatakan bahawa Israel adalah negara rasisme dan aprtheid seperti Afrika Selatan sebelum di bawah kepimpinannya?

1 Israel = 1 Indonesia = 1 Malaysia



"setelah begitu banyak kebaikan yang Allah curahkan kepada manusia, sedikit sahaja yang mahu berterima kasih kepada-Nya. Maka bagaimana pula kita, hamba Allah yang kerdil ini, boleh tidak lena malam hanya kerana jasanya tidak dikenang seseorang."

JANGAN KECIL HATI. Kita kan hamba!! :)

Klik gambar


Tidak beriman: Khalid minta Harussani nafi, tarik balik


Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 15 April: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad meminta Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria menarik balik atau menafikan kenyataan yang disiarkan dalam akhbar Selangor Kita di bawah tajuk ‘Khalid Samad tidak beriman - Mufti’.

Bercakap dalam satu sidang media di lobi Parlimen hari ini, Khalid berkata, beliau memberikan tempoh selama tujuh hari kepada Harussani untuk membuat penjelasan berhubung kenyataan itu sebelum tindakan undang-undang diambil terhadapnya.

"Sekiranya kenyataan ini bukan dari dia dan tidak tepat, maka saya minta dia untuk menafikan. Sekiranya dia tidak nafi, saya minta dia tarik balik.

“Kalau dia tidak tarik balik, maka dalam tempoh tujuh hari saya akan mulakan tindakan undang-undang terhadap dia kerana ini merupakan satu kenyataan yang cukup tidak bertanggungjawab dan tidak layaklah seorang mufti untuk mengeluarkan kenyataan yang seperti ini dengan sewenang-wenangnya," katanya.

Khalid turut menegaskan, jika benar Harussani membuat kenyataan itu, beliau seharusnya mendapatkan penjelasan daripadanya terlebih dahulu.

"Lebih-lebih lagi dia tidak ada menghubungi saya untuk mendapat apa-apa penjelasan, nampak seolah-olah mufti membuat fatwa berdasarkan kepada laporan surat khabar dan khabar angin.

"Kalau nak buat satu pandangan seharusnya dia bertanya pada saya apakah sikap dan pendirian saya, tapi tidak menghairankan, dia mengeluarkan kenyataan seperti ini kerana berhubung jawatankuasa antara agama pun dia terus membuat fatwa tanpa mendapatkan penjelasan daripada pihak kementerian itu sendiri. Ini satu budaya yang perlu dicegah kerana ia menimbulkan imej buruk kepada Islam itu sendiri," tegasnya.

Menurut Khalid, Harussani membuat kenyataan itu berdasarkan pandangan Khalid mengenai Enakmen Undang-Undang Islam Negeri Selangor.

Beliau menyatakan pandangan bahawa undang-undang itu boleh dipinda kerana ia satu pentadbiran dan peraturan berhubung matlamat-matlamat tertentu dan cara mencapainya menurut Islam.

"Isu yang ditimbulkan ialah berhubung dengan isu enakmen undang-undang Islam Negeri Selangor. Undang-undang Islam Negeri Selangor ini ialah undang-undang pentadbiran. Ianya bukan hukum qat'ie. Ianya merupakan pentadbiran, peraturan yang berhubung matlamat-matlamat tertentu, cara nak capai matlamat itu seperti mana yang ditentukan oleh Islam. Caranya itu ada kaedah yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Selangor. Ia bukan satu peraturan yang ditetapkan oleh Al-Quran. Sebab itu saya cakap ia boleh ditegur dan dipinda," jelasnya.

Mengulas lanjut mengenai akhbar Selangor Kita, Khalid memberitahu, ianya diedarkan di kafetaria ahli Parlimen untuk bacaan umum.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan akhbar berkenaan akan diedarkan di Hulu Selangor untuk memburuk-burukkan Pakatan Rakyat sempena pilihan raya kecil.

Akhbar berkenaan mula disedari kewujudannya apabila diedarkan sewaktu Sambutan Majlis Maulidur Rasul Peringkat Negeri Selangor, Februari lalu.

"Ada satu lagi surat khabar yang dikeluarkan, kita rasa yakin ia dikeluarkan oleh Umno Barisan Nasional khususnya Umno Selangor dan diberi nama Selangor Kita. Tapi pihak Umno menafikan ianya dikeluarkan oleh mereka tapi kita yakin ianya dikeluarkan mereka sebab tidak ada orang lainlah yang nak lawan kita macam ini kecuali mereka. Tapi biasalah, baling batu sembunyi tangan ini memang dasar Umno.

"Akhbar ini diedarkan di kafetaria ahli Parlimen untuk dibaca oleh MP. Tidak mustahil ia juga akan diedarkan di Hulu Selangor.

"Kita tidak tahu akhbar ini daripada siapa sebab tidak ada sebarang maklumat yang dipamerkan kecuali syarikat yang mencetaknya iaitu Penerbitan Darul Ehsan," katanya.

Ditanya sama ada beliau akan membuat laporan polis berhubung perkara itu, beliau berkata tidak akan melakukan demikian.

"Ini isu politik, tak payah report polislah. Polis pun sudah banyak kerja. Ini isu poliik, jadi kita lawan cara politik," katanya.

Turut bersama beliau pada sidang media itu ialah Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Abdullah, Muhammad Husain (Pasir Puteh), Mohd Nasir Zakaria (Padang Terap) dan Mohd Firdaus Jaafar (Jerai).



Mesej utk Kawan-Kawan yg kerja Kilang


Assalamuallaikum


Dok perati la ni, suasana di kilang-kilang makin meriah; budak-budak yg fresh grad, belum sempat konvo, kilang dah sambaq ambik kerja. Hat dah kerja, pakat mula lompat kilang. operator pulak lagi hebat, kerja x sampai sebulan terus tukaq kilang. Ada satu kilang di kaw industri lama Kulim, kawan habag sorang operator tu mai kerja pukul 8:00 1st day orientation, dok dekat setengah jam, 9:30 keluar pi bilik ayaq, lepas tu x masuk-masuk dah...terus belah.

Ringkasnya la ni musim "employee market" (pasaran pekerja); pekerja boleh pilih nak kerja kilang mana, berapa lama dll. Gaji ciput kalu, besok pagi jugak depa belah!

Ada pulak satu kilang tu, dulu ramai kena VSS; budak-budak yg kena VSS tu dpt duit puluh-puluh ribu; la ni hat kena VSS tu x kiralah yg duit masih ada ka yg lingkup kena tipu dgn cacing ka apa ka, la depa pakat masuk balik kerja di situ. Hat yg dulunya menganggur sebab kena VSS sekarang dah x tanam anggur dah.

Merata tempat org dah ada kerja.

Cumanya, dok perati-perati tengok, majoriti pekerja-pekerja kilang hari ni dah mola lupa zaman VSS baru-baru ni; dlm kekalutan depa dok lompat kilang-kilang tu, depa x ingat dah keperitan kena VSS & tunggu nak kena VSS tu. Masing-masing dah mola lupa, umpamakan kita bawak keta laju kat hi-way, bila sampai tempat accident, ada mayat terbarai tengah jalan, kita pun slow dan org lain pun slow jugak. Lepas tu x sampai 1km, kita dan org lain juga pakat mula pecut laju semula, mcm biasa, mcm tarak pa-pa.

Alah, accident jalan raya ni jadi kat semua org kecuali kita sorang saja.

Mcm tu jugak dengan bab kena buang kerja di kilang ni; dah 1km selepas zaman VSS baru-baru ni kita semua dah mula lupa, kita semua dah mula jadi alpa.

Mailah kita sama-sama belajar drpd episod kena VSS @ dada berdebar-debar nak kena VSS hari tu. Marilah kita prepare apa yg patut kot-kot beberapa musim lagi cycle VSS dan zaman kilang-kilang buang org ini akan kembali lagi.

Kepada yg x pernah ada back-up tu, mailah sama-sama fikir mcm mana nak cari backup. Kalau yg sebelum ni x pernah menabung, mungkin eloklah mula belajar simpan sikit duit gaji bulan-bulan tu, kalau tak banyak pun, kalau boleh simpan 1/7 drpd gaji bulan-bulan tu dah kira baguis sangat dah tu. Kpd yg tak pernah buat bisness, mungkin elok try belajar buat bisness kecil-kecilan secara part-time apa yg patut; buatlah sikit-sikit, insyaallah lama-lama jadi bukit.

Ada kawan tu, waktu zaman sebelum VSS baru-baru ni dia dah mula buat bisness part-time tu, bila mai musim VSS, lagi rancak dia pulun. Dlm dok berdebar, alhamdulillah dia tak masuk dlm senarai nama nak kena VSS hari tu. Sambil kerja sambil pulun buat bisness part-time tu; dia kata tunggu sikit lagi, insyaallah kalau terus pulun, bolehlah kot dia dapat pendapatan lebih kurang ataupun lebih drpd gaji sebulan dia kat kilang tu.

Maka itu, untuk kwn-kwn semua, jgn dok alpa dengan perkembangan rancak di kilang-kilang industri sekarang ni. Semua ini hanyalah sementara; so kalau yg belum ada bisness part-time backup atau yg tak pernah menabung tu, jomlah kita mola buat sikit-sikit start hari ini.

Sekian. Moga ada manafaatnya.
moniermatdin@ yahoo.com
14.4.2010


Buat Malu Negara ISLAM.. Tak ada pendirian..janji boleh jilat... terus sokong

Nuklear : PAS cadang sokong pendekatan Turki

KUALA LUMPUR, 14 April: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) meminta Malaysia berpendirian seperti Turki yang konsisten dalam isu penggunaan tenaga nuklear dan tidak bersikap double standard.

"Saya harap Malaysia mengambil sikap yang sama dengan Turki iaitu sikap yang konsisten dan tidak double standard, berani dan tegas supaya hak diberi kepada Iran seperti yang diberi kepada negara lain," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Beliau berkata, Amerika Syarikat bersikap double standard terhadap Iran apabila memohon sokongan Malaysia bagi memainkan peranan dalam pelucutan senjata nuklear yang ingin dimajukan negara itu.

Abdul Hadi dalam perbahasan di Dewan Rakyat hari ini kesal dengan tekanan yang dibuat terhadap Iran meskipun negara itu telah membuat kenyataan terbuka bahawa mereka hanya ingin memajukan teknologi nuklear sebagai tenaga alternatif daripada sumber yang lain.

Sedangkan ujarnya, Israel yang telah mempunyai teknologi nuklear sejak sekian lama tidak dikenakan apa-apa tindakan sebaliknya bebas melakukan apa sahaja.

"Di sana berlakunya double standard dalam polisi yang dilakukan Amerika Syarikat. Ada negara yang boleh melakukan apa sahaja seperti Israel yang tidak menandatangani perjanjian mengharamkan senjata nuklear dan Israel telah mempunyai teknologi ini sejak tahun 60-an lagi.

"Sepatutnya satu tindakan yang tegas diambil terhadap Israel tapi apa yang berlaku ialah Iran yang membuat kenyataan terbuka bahawa mereka mahu memajukan teknologi nuklear untuk tenaga alternatif daripada sumber yang lain ditekan habis-habisan dan diberi amaran yang keras dan sudah dibuat keputusan untuk melakukan sekatan terhadap Iran,” ujarnya.

Perkara itu dibangkitkan sebagai menyentuh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menyertai Presiden Barack Obama dan pemimpin dunia lain pada Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear di Washington hari ini.

Sidang kemuncak itu bermula selepas Washington melancarkan proses melobi yang sengit untuk beberapa hari untuk meraih sokongan dunia bagi memberi tekanan kepada Iran mengenai program senjata nuklear negara itu.

Dalam pada itu, Abdul Hadi turut meminta Malaysia sebagai anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) mendesak OIC mengadakan satu sidang khas berhubung keganasan Israel terhadap Palestin yang masih lagi berterusan.

"Seterusnya, saya ingin menyentuh tentang apa yang berlaku di Palestin, tentang tindakan Israel yang mengura-ura untuk menghalau penduduk Palestin dari kampung halaman mereka dan pencerobohan terhadap Masjid Al-Aqsa yang masih lagi berleluasa.

"Malangnya media menutup perkara ini yang menyebabkan pertumpahan darah dan korban sedemikian rupa.

"Malaysia sebagai negara OIC diharapkan supaya mendesak diadakan satu sidang khas OIC berkait keganasan Israel ini," tegasnya.

Beberapa negara yang memiliki senjata nuklear seperti Amerika Syarikat (AS), Rusia, China, United Kingdom dan Perancis bersikap double standard dan hipokrit apabila bercakap soal bahaya senjata tersebut yang didakwa dimiliki oleh Iran, sedangkan dunia tahu Israel adalah negara yang sememangnya memiliki senjata nuklear.

Mengikut Dr. Avner Cohen, pengarang buku “Israel and the Bomb”, Israel dianggarkan memiliki 200 lebih peluru berpandu nuklear atau nuclear warheads.

Selain itu Israel mempunyai keupayaan mengembangkan kekuatan nuklearnya, keupayaan menyerang negara lain (striking capacity), keupayaan nuklear juga senjata nuklear, serta secara rasmi mempunyai polisi tidak mengakuinya dan juga tidak menafikannya. Stesen Nuklear Dimona Israel terletak di Padang Pasir Negev.

Israel tidak dipersoalkan oleh negara-negara lain terutamanya AS. Polisi yang telah dimeterai antara AS dan Israel pada 26 September 1969 telah membenarkan Israel membangunkan senjata nuklearnya tanpa disoal oleh AS atau oleh mana-mana negara lain.

Malah Israel adalah negara yang paling berahsia mengenai senjata nuklearnya dan ia tidak diperlukan untuk mendedahkannya kepada Badan Dunia Mengenai Tenaga Atom iaitu International Atomic Energy Agency (IAEA), namun badan itu beria-ia mengenakan siasatan paling terperinci terhadap Iran yang didakwa mempunyai keupayaan nuklear.

Lebih jelas lagi AS didapati bersikap membisu mengenai senjata nuklear Israel. Bahkan Presiden Barack Obama telah bersetuju untuk mematuhi polisi 40 tahun yang membiarkan Israel menyimpan senjata nuklear tanpa mendedahkannya kepada pemeriksaan antarabangsa,

Tiada semakan secara rasmi perjanjian mengenai polisi itu yang dikatakan dimeterai pada 1969 antara Richard Nixon dan Golda Meir, Perdana Menteri Israel ketika itu.

Dalam laporan pada 3 Oktober 2009, The Washington Times menyebut 3 sumber tanpa nama yang mengatakan Obama mengesahkan kepada Benyamin Netanyahu, PM Israel, bahawa beliau akan mengekalkan polisi ‘don't ask, don't tell’. Apabila Obama bercakap mengenai polisi dunia tanpa senjata nuklear ia dianggap tidak realistik untuk Israel, tetapi ia tetap disebut dengan mengatakan hal itu ditujukan hanya kepada Korea Utara dan Iran sahaja.

Rabu, 14 April 2010

Kekanda Ana Abd. Baser Kembali Ke Rahmatullah

Pagi tadi ana mendapat berita sedih bahawa kekanda sulung (seibu sebapa) ana, Abdul Baser bin Haji Zakaria, telah meninggal dunia awal pagi tadi. Inna lillahi wa inna ilayhi raaji’un. Dari Allah s.w.t. kita datang dan apabila tiba masanya, kita akan pulang ke pangkuan-Nya. Ana mendapat panggilan dari kekanda ke3 ana pagi tadi sekitar 7.30 pagi sekembali dari menghantar anak-anak ke sekolah. Pemergian yang tak diduga. Almarhum berusia 49 meninggal akibat penyakit kencing manis. Hari ini cukup 1 tahun 2 bulan jarak kembalinya ibu ana ke rahmatullah. Sewaktu ibu ana meninggal beliau begitu sedih hingga terkeluar kata-kata ingin mengikut ibu bersama.

Selama setahun setengah yang lalu beliau berada di Putrajaya bekerja bersama ana dan adik ana dan baru-baru ini beliau menyatakan hasrat ingin pulang ke kampung selama-lamanya, tak nak lagi tinggal di Putrajaya, mungkin beliau sudah terasa masanya sudah tiba.Tiada siapa yg boleh menduga takdir Ilahi.....banyak suka duka dikongsi bersama...dalam erti kata yang lain,air yang dicincang tidak akn diputus,Begitulah yang boleh digambarkan tentang akrabnya hubungan persaudaraan kami ini..Rabbul izzati punyai rancangan sulit tersendiri. Mungkin ada hikmah di sebalik pemergiannya ini.
Hangatnya hubungan ini masih terasa di sum-sum tulang ana ini.ana perlukan seribu swadaya yang mampu menggamit cakerawala hati agar ana lebih bisa menempuhi hidup yang mendatang. Dia pergi tidak kembali, tidak akan sesekali. Kini ana sedang menghitung hari pula menuggu giliran dijemput azali. Tetapi, sudahkah bersedia..??tepuk dada tanya iman.
Kepada para sahabat sudilah apa kiranya menghadiahkan setangkai doa dan segugus al-fatihah buatnya.....amin ya rabbal'alamin.


Ahad, 11 April 2010

Mak Ngah Som Telah Kembali Kerahmatullah....

Assalamulaikum semua sahabat2 ana

Innalillahiwainnailaihirajiun, semoga rohnya di rahmati Allah. Kepada sahabat handai, para jamaah surau2 tempat ana mngajar, ana minta tolong sedekah al-Fatihah buat ibu saudara ana ini yang baru disemadikan selepas asar tadi (10 April).

Untuk pengetahuan sahabat2 sekelian, dialah yang banyak membantu mak ana mengasuh kami adik beradik semasa kecil, semasa mak dan pak ana bersawah.

Jiran sebelah rumah kami yang juga mak menakan ana nilah tempat pertama disinggahi dan dijengak bila kami adik beradik pulang ke kampung. kalau balik kampung, seharian kadang 4-5 kali kami menjengaknya. Banyak memori bersama mak ngah som, senda guraunya buat kami senang dan rapat dengannya. Masih ingat kata-kata arwah mak ana bila kami baru sampai balik ke kampung, kata arwah mak; "hangpa tak pi buat laporan dulu ka kat rumah mak ngah som?"

Yang tak dapat ana lupakan, semasa ana mengaji kat pondok di Kelantan dulu, walau hidupnya tak seberapa bersama suaminya pak ngah mat (meninggal beberapa tahun yang lalu), setiap kali ana nak balik ke pondok mesti dihulurnya duit zakat padi. Budinya takkan dilupakan sehingga akhir hayat ana, Begitu banyak memori bersamanya yang tak dapat ana nukilkan disini kerana terlalu sedih mengenangnya, apatah lagi ana tak dapat pulang menziarahi jenazahnya. Khabarnya jenazahnya dibawa pulang dari rumah anaknya di Sanglang untuk disemadikan di perkuburan kampung ana. SEMOGA ROHNYA DIRAHMATI ALLAH

Ya ALLAH, kau ampunkanlah semua dosa2nya dan tempatkanlah dia dikalangan org2 yg soleh dan beriman...amin... Al-Fatihah...


Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails