SELAMAT DATANG

Khamis, 26 November 2009

Anwar menang saman, NSTP diarah bayar RM 100 ribu

Harakahdaily




KUALA LUMPUR, 25 Nov: Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan News Straits Time Berhad (NSTP) membayar ganti rugi berjumlah RM100 ribu kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Mahkamah turut mengarahkan NSTP membayar RM20 ribu sebagai kos mahkamah.

Keputusan itu diumumkan Hakim Harminder Singh Dhaliwall di Mahkamah Tinggi Jalan Duta petang tadi.

Pada 2003, Anwar memfailkan saman terhadap NSTP dan bekas ketua pengarang kumpulan Tan Sri Abdullah Ahmad, di atas artikel yang bertajuk 'Anwar’s Link To US Lobbyist' yang disiarkan pada 2002.

Anwar menuntut RM100 juta bagi ganti rugi am, ganti rugi teladan, ganti rugi tambahan, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Artikel itu menyentuh dakwaan hubungan Anwar dengan pelobi Washington DC, hubungan kewa- ngan beliau dan organisasi dikenali Asia Pacific Policy Centre (APPC) dan tuduhan dalam akuan bersumpah oleh bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Murad Khalid.



'Jangan larang Nik Aziz letak jawatan'

Jimadie Shah Othman
malaysiakini

Anak Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berharap tiada pihak yang yang melarang ayahnya meletak jawatan jika beliau berhasrat berbuat demikian "kerana ayahanda telah tua dan keletihan".

"Ayahanda telah tua dan keletihan. Dia telah memberi yang terbaik. Jika suatu hari dia menyebut hasrat meletakkan jawatan, jangan ada yang bodoh datang mengatakan tidak dan jangan," tulis Nik Abduh Nik Aziz dalam blognya semalam..


"Jika tidak, saya akan memanggilnya, 'Wahai si bodoh!', tulis Nik Abduh Nik Aziz yang juga exco Dewan Pemuda PAS pusat.

Tulisan Nik Abdul itu menyemarakkan lagi spekulasi mengenai kemungkinan berlakunya peralihan kuasa dalam barisan kepimpinan di Kelantan.

Nik Aziz yang juga mursyidul Am PAS, memegang jawatan menteri besar Kelantan sejak 19 tahun yang lalu.

Sebelum ini, terdapat cadangan supaya Nik Aziz menamakan bakal penggantinya lebih awal supaya tidak timbul kekalutan apabila tiba masanya beliau melepaskan jawatan.

Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah dilaporkan berkata, proses peralihan yang lebih panjang secara terancang dapat memastikan kestabilan dalam parti.

Bagaimanapun, exco Kanan negeri, Datuk Husam Musa, antara yang disebut-sebut sebagai pengganti Nik Aziz pula dilaporkan tidak berhasrat dan tidak mahu namanya dikaitkan dengan perkara itu.

Satu lagi nama yang disebut-sebut, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob yang juga timbalan pesuruhjaya PAS negeri.

Beliau yang baru pulang daripada perkhemahan Pemuda PAS di Sepang baru-baru ini juga akur terhadap desas-desus peletakan jawatan yang mengocak politik Kelantan mahu dinafikannya sebelum ini.

Katanya, melalui kiriman SMS yang diterimanya, terdapat juga ura-ura peletakan jawatan seorang pemimpin kesayangan Nik Aziz.

Dalam artikel panjang berjudul 'Abdul Ariffahmi Abdul Rahman – Moga Awan Berarak Lalu', Nik Abduh mempertahankan bekas ketua pegawai eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) itu yang didakwanya tidak harus dibiarkan bersendirian mempertahankan diri.

Beliau dlihat menyerang balas bekas pegawai perhubungan korporat PMBK, Syed Aziz Syed Abdul Aziz yang dipecat Abdul Ariffahmi pada 11 November lalu dan kemudiannya mendedahkan di blog dakwaan salah urus menantu Ni Aziz itu.

Nik Abduh menyifatkan tulisan Syed Azidi - penulis blog Kickdafella itu - sebagai "hukuman melalui tulisan" dan "sama seperti hakim yang menghukum dalam keadaan mabuk kedarah arak terlarang."

Nik Abduh - yang sebelum ini yang mencetuskan kontroversi apabila mengkritik sesetengah pembantu Nik Aziz sebagai "ulama mi celup" - kini dilihat konsisten mengulanginya.

"Saya tahu mereka tidak menyetujui pelantikan (Abdul) Ariffahmi. Tetapi mereka telah berusaha untuk membantu menjadikannya harapan yang terlangsai buat ayahanda.

"Tetapi ada yang tidak begitu. Ada yang hanya berusaha untuk membersih diri sendiri dan meninggalkan ayahanda dalam perangkap dan kekeliruan.

Nik Abduh juga mengumumkan hasranya melepaskan semua jawatan politik dan ahli Majlis Perbandaran Kota Bharu bermula tahun depan bagi "membuka buku baru".

Siapa Selepas Tok Guru Nik Aziz?

Oleh Zolkharnain Abidin

SATU - Puteri nabi Syuib mencadangkan kepada bapanya supaya mengambil nabi Musa bekerja kerana dia ‘qawiy - kuat’ dan ‘amin - amanah’. Sifat ‘kuat’ nabi Musa terbukti semasa dia secara berseorangan mengangkat penutup telaga yang biasanya hanya mampu diangkat oleh beberapa orang lelaki yang gagah untuk memberi minum kambing-kambing puteri nabi Syuib. Selepas mengangkatnya, dia beredar dan berehat jauh daripada kedua-dua puteri nabi Syuib itu. Musa tidak mengambil kesempatan di atas kelemahan mereka. Itulah ‘amanah’ nabi Musa.

Semasa nabi Sulaiman menawarkan kepada tenteranya mengenai usaha membawa singgahsana Balqis ke hadapannya, jin ifrit bersedia membawanya sebelum nabi Sulaiman bangun dari tempat duduknya. Namun ada seorang lelaki alim bersedia membawanya sebelum mata nabi Sulaiman berkelip. ‘Kepantasan bekerja’ yang ada pada orang alim itu disyukuri oleh nabi Sulaiman.

Nabi Yusof ditawarkan oleh raja Mesir dengan jawatan di dalam kabinet kerajaan itu. Nabi Yusof memohon diberikan jawatan menteri kewangan. Katanya, dia mampu memikul tugas itu dengan baik kerana dia seorang yang ‘hafiz - bijak mengawal’ dan ‘alim - bijak ekonomi’.

DUA - Kelantan bergolak lagi. Kali ini dengan isu salah seorang exco kerajaan negeri itu yang katanya, ada usaha untuk menggulingkannya. Saya rasa pergelokan Kelantan dalam isu ini sukar diredakan. Ini bukan isu TGNA ditaja ke Mekah, atau isu PMBK, isu Ariffahmi atau Azidi, tetapi ini adalah isu siapakah bakal menggantikan TGNA sebagai MB?

Penggal ini dilihat umum sebagai penggal terakhir TGNA sebagai MB Kelantan. Biasanya, MB adalah Pesuruhjaya PAS negeri. Dan biasanya juga, salah seorang daripada tiga Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri akan dilantik mengambil tempat Pesuruhjaya.

Bakal Pesuruhjaya PAS negeri pula bukan dipilih oleh bekas Pesuruhjaya tetapi oleh Presiden. Sekiranya bekas Pesuruhjaya itu masih ada, dia mungkin boleh mencadangkannya kepada Presiden, namun semuanya terletak di tangan Presiden. Mendapat restu AJK PAS Pusat pun, dalam perkara ini hanyalah ‘formality’ sahaja.

Justeru, siapakah yang bakal dipilih oleh Presiden sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan? Juga, sebagai MB Kelantan selepas TGNA? Nyata perkara ini bukan mudah tetapi rumit, sukar, sulit, rencam, sensitif dan …

TGNA dan PAS Pusat tidak boleh menunggu sehinggah saat-saat akhir, atau menyerah kepada keadaan mengenai individu yang layak menggantikan TGNA. Dan, TGNA juga dipercayai telah ada di dalam kepalanya orang yang bakal menggantikannya.

Siapa pun orang itu, ciri-ciri yang dimiliki oleh Musa, Yusof dan orang alim pada zaman Sulaiman hendaklah dimilikinya.

Orang itu hendaklah alim, walau pun tidak sealim TGNA tetapi sekurang-kurangnya dia tahu untuk bertanya dan merujuk kepada orang alim. Maksudnya, dia tahu bila sepatutnya dia bertanya dan bila pula dia tidak perlu bertanya kepada orang alim.

Dia juga hendaklah kuat dan amanah serta pantas dan cekap bekerja. Dia tidak perlu sepantas lelaki alim pada zaman Sulaiman, tetapi dia perlu tangkas untuk mendepani perubahan dan keperluan.

TIGA - Apa pun, sesiapa sahaja boleh menawarkan diri ke jawatan itu seperti Yusof menawarkan dirinya, menunjukkan kebolehan sendiri seperti orang alim pada zaman Sulaiman melakukannya dan melahirkan kekuatan dan amanah seperti yang dilakukan oleh Musa.

Yusof menawarkan dirinya kerana dia tahu dia memang mampu melakukannya. Orang alim pada zaman Sulaiman pula terus melakukannya sebaik sahaja memaklumkan bahawa dia mampu melakukannya sementara nabi Musa pula melakukannya tanpa sebarang niat untuk menarik perhatian atau meminta balasan.

Kalau ciri-ciri nabi Musa, orang alim zaman Sulaiman dan nabi Yusof ada pada mana-mana salah seorang exco Kelantan sekarang, bagi saya itulah orang yang layak menggantikan TGNA. Dan, yang paling mustahak, hendaklah orang itu bukan orang Umno.

(Nota: Gambar di atas sekadar hiasan sahaja dan tiada kena mengena dengan kiriman ini)


Rabu, 25 November 2009

PERUTUSAN AIDILADHA YDP PAS PUTRAJAYA

Bagi pihak PAS Kawasan Putrajaya, saya mengucapkan Selamat Aidiladha kepada seluruh umat Islam khususnya di Putrajaya supaya kita menghidupkan hari yang mulia ini dengan membangkitkan semula semangat, bersedia untuk berkorban segala nikmat yang diberikan oleh Allah SWT, mengambil contoh daripada Nabi Ibrahim a.s. yang menjadi contoh dan teladan kepada seluruh umat Islam.

Firman Allah Taala yang bermaksud: "Dan sesiapa yang tidak suka kepada ajaran agama yang dibawa oleh Nabi Ibrahim, dia adalah orang yang membodohkan dirinya sendiri, kerana sesungguhnya Tuhan memilihnya di dunia ini (menjadi nabi dan rasul) dan di akhirat nanti dia termasuk di kalangan orang-orang yang salih (yang mendapat martabat yang tinggi di sisi Allah). Ingatlah apabila Tuhan berfirman kepada Ibrahim: Serahlah diri kamu (yakni Islam), Ibrahim menjawab: Saya Islam, menyerah diri kepada Allah Tuhan semesta alam. Ibrahim memberi wasiat kepada anak-anaknya, begitu juga Nabi Yaakub (memberi wasiat yang sama): Wahai anak-anakku, sesungguhnya Allah memilih kamu satu agama iaitulah agama Islam, maka janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan kamu menjadi orang-orang Islam yang sebenar." (Surah al-Baqarah: 130-132)

Apakah Islam yang sebenar yang dianut oleh Nabi Ibrahim a.s.? Iaitulah Islam yang berasaskan akidah tauhid, mengesakan Allah pada zat-Nya, sifat-Nya, hukum syariat-Nya dan segala perkara yang menjadi hak istimewa bagi Allah SWT dan menolak sebarang bentuk syirik, menyengutukan Allah dengan sesuatu yang lain pada perkara-perkara yang menjadi hak istimewa bagi Allah SWT dalam perkara ibadat, termasuk juga dalam perkara cara hidup yang diwajibkan mengabdikan diri kepada syariat Allah SWT sama ada cara ibadat, sunat, wajib, diri dan harta benda termasuklah juga cara hidup yang berkait dengan individu, yang berkait dengan makanan, pakaian, pergaulan.

Cara hidup yang berkait dengan keluarga, masyarakat dan negara, politik, ekonomi, pendidikan dan lain-lain mestilah berlandaskan syariat Allah SWT, tidak melakukan syirik dengan menerima cara hidup berlandaskan syariat dan hukum- hakam ciptaan manusia yang dinamakan ideologi, teori dan sebagainya kerana Allah SWT meluaskan perkara ini dengan firman-Nya yang bermaksud:

"Adakah mereka itu mempunyai sekutu-sekutu yang lain daripada Allah Taala yang mengadakan hukum syariat dalam perkara yang tidak diizinkan oleh Allah Taala." (Surah asy-Syura: 21)

Dalam perkara tauhid, menentang syirik ini, kita memerlukan islah dan tajdid, memerlukan pembaharuan kerana berlakunya perubahan masa dan keadaan. Perkara ini dijelaskan dalam sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Perbaharulah iman kamu. Lalu para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimanakah kami memperbaharukan iman kami? Sabda Rasulullah s.a.w.: Perbaharulah iman kamu dengan lailahaillallah."

Dengan makna menegakkan tauhid dalam semua perkara, dalam ibadat dan seluruh cara hidup yang luas sebagaimana yang disebutkan tadi, mestilah berlandaskan kepada ajaran Allah SWT dan menolak segala bentuk syirik, yang lain daripada Allah SWT. Di mana kefahaman tauhid dan menolak syirik memerlukan pembaharuan. Pembaharuan supaya umat Islam sentiasa memahami bagaimana Islam adalah sesuai di sepanjang zaman.Islam boleh menghadapi perubahan masa dan tempat yang berlaku sepanjang kehidupan manusia.

Di sana ada perkara yang qathiyat dan disebut dengan sawabit, yang tetap yang tidak berubah dalam perkara rukun- rukun ini, dalam perkara prinsip akidah, dalam perkara halal dan haram, dalam perkara yang diputuskan yang tidak berubah dalam kehidupan manusia. Dan di sana ada perkara yang disebut dengan mutaghayirat, yang berubah mengikut keadaan dan masa seperti cara bermesyuarat, cara mempertahankan umat dan negara, cara memberi penyampaian dan kefahaman kepada manusia di mana cara ini berlaku perubahan dalam kehidupan manusia. Agama membenarkan kita melakukan perubahan.

Apa yang menjadi masalah pada hari ini berlakunya syirik, menyengutukan Allah dalam perkara yang terang-terang dan nyata, yang dinaskan oleh Allah, mengadakan hukum sendiri dalam perkara yang tidak diizin oleh Allah dan hilangnya semangat keyakinan kepada Allah SWT sehingga menjadi pergantungan kepada wang ringgit, harta benda, pangkat dan kedudukan, mengatasi keyakinan kepada Allah Taala.

Maka di sini menunjukkan adanya berhala baru yang dipuja oleh manusia di zaman kini iaitulah wang ringgit, bantuan kewangan dengan berbagai-bagai nama yang boleh merosakkan iman dan keyakinan seseorang kepada syariat Allah SWT, sanggup meninggalkan syariat kerana mengejar kewangan, kemewahan dan kesenangan dunia.

Kita perlu menyedari musuh-musuh Islam membiayai penentangan terhadap Islam melalui kewangan, melalui Bank Dunia, Tabung Kewangan Antarabangsa dan berbagai-bagai agensi, gerakan-gerakan zionis antarabangsa yang menyumbang kewangan bagi menyesatkan umat Islam supaya menjadi murtad sama ada meninggalkan agama secara total ataupun meninggalkan syariat Allah secara sedikit demi sedikit, sebagaimana yang diberi amaran oleh Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Kamu akan terikut-ikut dengan perjalanan ajaran orang-orang yang terdahulu daripada kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sedikit demi sedikit sehingga mereka masuk ke dalam lubang biawak, kamu akan ikut masuk sama. Lalu para sahabat bertanya: Adakah mereka itu Yahudi dan Kristian, ya Rasulullah? Jawab Rasulullah s.a.w.: Maka siapakah?"

Inilah kefahaman yang perlu disampaikan kepada umat Islam terutama pada hari raya yang mulia, ketika kita menghadapi tokoh nabi-nabi dan rasul-rasul, Nabi Ibrahim a.s. yang menentang syirik dan menegakkan tauhid di mana seluruh umat Islam merayakan hari ini di samping jemaah haji yang berhimpun di Mekah.

Sebaik sahaja mereka memakai ihram, mereka bertalbiah menyahut seruan Allah yang bermaksud: "Ya wahai Tuhan, ya wahai Tuhan, tiada sekutu bagi-Mu. Ya wahai Tuhanku, sesungguhnya segala kepujian, segala nikmat menjadi milik-Mu, begitu juga pemerintahan menjadi milik-Mu, ya wahai Tuhan."

Mudah-mudahan dengan sepatah dua ucapan perutusan ini memberi pengajaran kepada kita khususnya masyarakat Islam di Putrajaya ini. Semoga kita menjadi benar-benar hamba yang taat setaat apa yang ditunjukkan oleh Saidina Ibrahim dan keluarganya

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA KORBAN DARI PAS KAWASAN PUTRAJAYA

Ustaz Mohamad Nazir bin Zakaria
YDP PAS Kawasan Putrajaya


Buat Je Pilihanraya SPR Oiiiii!

Kota Siputeh: Mahkamah tangguh DUN kosong


Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan penangguhan sementara perintah Mahkamah Tinggi yang mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya mengadakan pilihan raya kecil DUN Kota Siputeh.

Semalam, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin menolak permohonan SPR untuk menangguhkan perintah tersebut.

Keputusan Mahkamah Rayuan itu diumumkan kira-kira jam 7.30 malam. Esok merupakan tarikh akhir bagi SPR melaksanakan perintah mahkamah tinggi supaya mengeluarkan writ pilihan raya kecil DUN Kota Siputeh.

Berikutan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini, SPR boleh menangguhkan pengeluaran writ tersebut untuk mengumumkan tarikh penamaan calon dan hari pengundian.

Keputusan hari ini dibuat sebulat suara oleh panel hakim yang diketuai oleh Datuk Sulong Matjeraie. Dua lagi hakim ialah Datuk Kang Hwee Gee dan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abd Aziz Abdul Rahim.

Mengikut undang-undang, apabila SPR telah mengeluarkan writ tersebut, maka ia tidak boleh dibatalkan.

Sebelum itu, peguam kanan persekutuan, Kamaluddin Md Said berhujah bahawa wujud keadaan tertentu yang membolehkan penangguhan itu dibuat.

Katanya, jika SPR sudah menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian, dan jika rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi kemudiannya dibenarkan, maka pilihan raya kecil itu adalah satu pembaziran dana awam.

Kamaluddin juga menegaskan, jika pilihan raya kecil diadakan, ia mungkin menyebabkan ada dua wakil rakyat, jika rayuan SPR dibenarkan.

Manakala peguam kanan Sulaiman Abdullah, yang mewakili speaker DUN Kedah, Dr Abdul Isa Ismail pula berkata, jika mahkamah membenarkan penangguhan itu, ianya hanya menghalang perjalanan perlembagaan kerana kerusi tersebut telahpun diisytiharkan kosong.

"Apabila sesebuah kerusi diisytiharkan kosong, maka pilihan raya mesti diadakan dalam tempoh 60 hari dan writ pilihan raya hendaklah dikeluarkan esok," katanya.

Sulaiman berkata, juga tidak ada keperluan segera untuk memberi penangguhan kerana Mahkamah Rayuan boleh mendengar rayuan SPR sebelum tempoh 60 hari itu.

Maka katanya, tidak ada keperluan segera untuk mahkamah membenarkan penangguhan.

Tambahan lagi, katanya, mengikut undang-undang, mahkamah tidak boleh memberi sesuatu penangguhan terhadap mana-mana perintah yang dipohon.


SATU MALAYSIA AKU (Najib) & BN (Bini Najib) NAK SAPU

SUNGGUH ATAU RETORIK SEMATA?

Penulis Tamu - ibnabdullah awab

SATU MALAYSIA - Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.

Saya koi-koi merangkak untuk mengikuti secara berkesot dan berdengket, berusaha untuk menghayati gagasan Satu Malaysia - Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan. Setelah dijanakan kepangkuan negara - rakyat jelata hampir sepuloh bulan. Sebagai teras dan paksi utama pedoman real perjalanan memerentah. Tanpa merujuk dengan Al Quraan, Hadis Rasulallah, Ijmak dan Kias.

Ledakan semboyan dari PM baru ketika mana mencari tapak, urusbena identiti sendiri. Selepas Tun Lah berjaya dinyahkan oleh DS Najib. DS Najib berusaha untuk kambus tenggelamkan saki baki peninggalan Islam Hadhari dan Wawasan 2020 retorit PM terdahulu, agar rakyat melupainya. Untuk lonjak fokas rakyat kepadanya DS Najib dalam memuji, memuja angguk dan ampu.

Waswas 2020 pencetusnya dah pi, diikuti Islam Hadhari tinggal pergi. Sampaikan Menteri Pelajaran kerah Kem. Pelajaran dan Jab. Pelajaran ketika itu, tidur tak lena memikirkan ampu kena kena, untuk memertabat rukun Islam Hadhari Imamnya Abdullah Badawi. Duit rakyat, piteh negara dikhianati, buku teks mata pelajaran Agama Islam wajib dimasukkan rukun Islam Hadhari. Hatta ustaz dan ustazah tinggal sekolah hadhir kursus mempelajari rukun hakam Islam Hadhari berkali-kali abai mengajar.

Hatta terdapat Universiti pembodek utama UM no kerana penguasa utama U itu jenama dan trademark lantekan UM no. Dah tubuh dah Kerusi - Meja tiang Islam Hadhari. Pantas mendapat tajaan, nak tanya sikit ada lagi ka nizam Islam Hadhari apa dah jadi! Apa dah jadi! Duit rakyat bejuta rugi, bukan nak ganti malah buat lagi kerja gila babi.

Saya tengok dan saksikan jatuhnya pencetus pengasas Islam Hadhari dan Waswas 2020 keduanya pemimpin UM no dipuja pada mulanya dan ditahta. Kedua-duanya menjadi mantan dan dua-dua mereka maseh hidup. Mereka mantan Presiden Umno / PM dan mantan Pengerusi BN. Saya sekeluarga dan rakyat jelata sedang menyaksikan pula peganti pembawa baton sekarang (anak sulung PM2) belari pusing dari Perlis hingga Sabah. DS Najib berusaha untuk mendapatkan semula kepercayaan rakyat kembali sokong UM no - BN. Berpandukan idea menarah diatas bahan, menggunakan kosmatik - cat Jotun diatas kapal usang yang membilang hari untuk karam.

Justeru saya meyakini inspirasi gagasan Satu Malaysia - Rakyat didahulukan; Pencapaian diutamakan akan berdepan jawapan cemerlang melintang, iaitu kandas seperti Islam Hadhari dan Waswas 2020. Hatta lebeh cepat dari gegas Islam Hadhari. Sama-sama kita kelih tengok. Kenapa? Inspirasi gagasan Satu Malaysia - Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan. Rakyat jelata dan, ahli UM no - dan BN pun waham tidak faham. Tidak sekata menerima menterjermahkannya. Untuk SATUkan UM no dan damaikan UM no; satukan BN DS Najib terkial-kial berhempas pulas, sesak nafas. Inikan pula gagasan raksaksa geruda Mount Monggolia jenama Satu Malaysia?

Walau sekalipun DS Najib guna perkhidmatan Perunding dunia dan Serunding negara untuk bersih bodi mendapatkan tempat dipermata dunia serta dikaca rakyat jelata. Mengiringinya sebilangan besar rakyat ragu dan tidak mempercayai mampu dikotakan Najib terhadap semboyan selogan sendiri. Kerana dirinya yang terpalit dan terbabit titik dan garis hitam, sentiasa mengelak untuk mem bersihkannya seperti menyuci terkena najis babi atau anjing, dengan sekali air tanah diyakini melalui keadilan telus mahkamah.

Jenama cap Satu Malaysia bukan cap ayam cap sauh macam Islam Hadhari dan Wawasan 2020, mampukah ianya bertahan dan menawan? Baik Waswas 2020 maupun semboyan Islam Hadhari, kedua-dua retorit tidak umph dan mantop. Ianya lekeh tak bermaya untuk memenuhi ruang dan liang-liang pemerentahan PM6 dan Presiden UM no Baru yang baru YAB DS Najib. Hatta kedua-dua mantan semboyan dan retorit itu tidak mampu dan berdaya taham dalam bertembung lawan.

Kesepaduan keturunan suara keramat rakyat menyokong PR - PAS, DAP dan Keadilan. Apalagi kerajaan negeri-negeri PR mendapat pengiktirafan sebagai kerajaan telus dan bebas rasuah. Tetapi kerajaan pusat dan kerajaan negeri UM no BN berbelit dengan rasuah yang cemar. Ianya adalah pengesahan resmi seperti Laporan Ketua Audit Negara 2008 Tan Sri Ambrin Buang.

Saya tabik hurmat kepada PM6 DS Najib diatas kesungguhannya gagah perkasa tibai canang, pukui gong tiup napiri, memperkenalkan politik baru untuk negara yang dia menjadi PMnya dengan SATU MALAYSIA, yang PM-PM sebelumnya tidak terfikir dan terdaya. Walau lama gagasan Malayisian Malaysia diidamkan DAP dulunya, UM no tuduh pukoi macam-macam. Kini Najib merealisasinya dalam wajah dan bahasa baru tetap matlamat yang sama, serupa seperti labi-labi dan kura dari spesis yang sama.

Apabila Najib kemukakan idea bernas DAP yang di basi UM no dulu. Tung-tung tidak ada sebelah mata, sebelah jari dan sebelah kaki. Penyanggah dan penuduh bukan-bukan kepada pimpinan DAP dulu depa maseh hidup, perkasa kembali mereka menyanggah retorit Najib. Inilah dinamakan pendekar cendawan, kuman di Ulam Bator nampak, gajah pelupuk mata terhalang pandang.

Dengan semboyang keramat berakit berbahtera (walau tak segah segagah kapai selam 1 & 2 negara Scorpone) menjelmakan Satu Malaysia dengan beberapa paksi utama yang menjadi tali tangsi membelit dan melilit. Kadangkala saya nampak kesungguhan paksi-paksi utama Satu Malaysia selayaknya dimuatkan kedalam teksi dihanyutkan kedalam laut mati. Kerana paksi-paksi dimuntahkan keluar untuk direalisasikan kepangkuan negara dan rakyat.

Rakyat menyaksikan pula pemuntah Satu Malaysia itu sendiri kaya dan sarat muatan penyakit dalaman yang ia sendiri sengaja tidak mau mengubatinya. Waaima melalui doktor pakar atau pun dari dukun dan bomoh. Untuk pulehkan kepercayaan rakyat dari perasangka was-was dan 1,000,000 persoalan, yang baur dan menanah. Bahawa PM6 Satu Malaysia free dari segala jenis penyakit.

Ketika memuntah untuk merealisasikan teras utama untuk negara kepada penghayatan rakyat Indeks Pretasi Utama - KPI dan Bidang Keberhasilan Utama Negara - NKRA. Sama ada PKI mau pun NKRA, kedua-duanya diperkukuhkan dengan rukun-rukun teras dan pepulor. Serius dan bermatlamatnya DS Najib untuk jayakan Satu Malaysia, makanya dari jala dinaik taraf kepada pukat laut dalam. DS Idris Jala melalui lubang tingkap menjadi Menteri taktau fortfolio di JPM untuk kuntau dan pantau KPI.

Hatta perlantekkan pelek dalam benar, Anak Jala ini juga di atas bijaklaksana, genius sini menjual harta benda MAS ketika menjadi Bos di MAS. Digandakan kerja menggalas Ketua Eksekutif Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestai (Pemandu) kepada penumpang-penumpangnya adalah menteri-menteri dan sewaktu dengannya. Eh! Ehh!! Ehhh!!! La! Laa!! Laaa!!! Tuah anak Jala bukan macam hampa.

Wawasan 2020 menjadi waswas 0202 entah kemana haluan dipupuskan oleh kelahiran Islam Hadhari. Sehingga Imam Islam Hadhari tidak lagi memimpin UM no sebagai Presiden, PM dan Pengerui BN. Tentulah dikalangan pemimpin utama dan tidak utama UM no dan BN bersekali dengan Iman Hadhari barangkali semua rukun Islam Hadhari pupus dari mata hati meratib dan menyebut.

Kini disogokkan pula menghafal dan juta-juta duit negara - duit rakyat digunakan untuk mempergunakan semua ruang dan cara-cara untuk rakyat menghafal rukun teras dan pepulor Indeks Pretasi Utama - KPI dan Bidang Keberhasilan Utama Negara - NKRA kepada rakyat menghayati terus menjadi kuli kepada Najib dalam memperkasakannya menjadi Presiden UM no, PM dan Pengerusi BN.

Pencetus idea Satu Malaysia ini sebelum itu merupakan pencetus dan kepala kudeta rampasan kuasa di negeri Perak Darul Redzuan dari Kerajaan Sah Pakatan Rakyat - PR kepada kerajaan haram kudeta UM no - BN. Gerembolon terancang, terawalnya melakukan rampasankuasa atas nama peralihan kuasa UM no Perak dengan memecat beberapa tokoh digantikan dirnya DS Najib dan DS Dr Ahmad Zahid Hamidi menjawat Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Perhubungan UM no Perak.

Gestapo mereka dengan gelojoh membiarkan komponan BN lain menjadi pemerhati dan pak angguk dan tak sempat angguk ketika berlaku kudeta UM no dalam negeri Perak bukan BN, menerusi kroni jadian Dr Zambry Cambry, kini Zam Cam bermatian bersilat berkuntau menjalankan kerajaan kudeta dalam keadaan tak ketahawan punca arah dan hala.

Disaat mana DS Najib menjadi PM6 negara kita, mengiringi merai serentak menyambut jawatannya ketika itu adalah penyakit ekonomi negara merudum serta meleset dan wabak penyakit selesema babi H Satu N Satu. Bersekali wabak penyakit-penyakit tersebut bersamanya adalah penyakit kronik genetik UM no - BN iaitu rasuah, gilakuasa, tamak dan sebagainya melanda komponan parti-parti utama dalam BN yang menunggu kemusnahan itu.

UM no sendiri menghadapinya dengan luka parut terperuak diketika masa yang sama PPP, MIC, Gerakan dan MCA. MCA kini sedang menghadapi kehancuran dan kemusnahan sebaik keputusan EGM disempurna. Hakikatnya komponan-komponan parti BN mereka umpama kacang lendir tua atau ketula tua yang tinggal hanya pulor dan rangka; lompong dan kosong dalamannya. MCA dah bertemu pawang untuk mengubatinya iaitu pawang dalaman dari BN sendiri yakni pengerusinya sendiri.

Mana-mana gagasan atau semboyan baru dikemukakan sekalipun ianya retorit, pasti ianya akan berhadapan dengan penyokong setuju angguk dan berdada dengan pembantah kontra disemukakan bersama hujahnya. Begitulah juga takdir dan nasib dihadapan pelaksanaan SATU MALAYSIA - Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan. Dikalangan penentang SATU MALAYSIA - Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan, bersekali dengan Indeks Pretasi Utama - KPI dan Bidang Keberhasilan Utama Negara - NKRA cacat celanya selogan SATU Malaysia dan isi-isinya kerana ianya dilontar dan dikemukakan kepada rakyat dan negara diumpamakan seperti penjual ubat profesional di Chow Kit Road dan di Jalan Raja Bot.

Iaitu seperti penjual ubat kulit petah berbicara, dihadapan penuntun mengelilinginya melihat gelagat dan telatah petah penjual ubat menceritakan mujarabnya ubat hasil usaha keluarannya sendiri. Ubat kulit saya ini bukan SATU penyakit dapat disembuhkan, tetapi SATU beli dozen penyakit pasti sembuh. Seperti kurap, panau, kudis buta dan jerawat. Bersungguh-ungguh mengulangi dan berikhtiar penuntun dikelilinginya mempercayai cerita tentang bagus dan umphnya ubatnya.

Ketika petah menerangkan khasiat dan kiafat penyakit, ditengkoknya setempek kurap bunga. Di leher dan perut di penuhi panau, ditangan kiri penuh dengan kudis buta. Hatta tangan kanannya sentiasa didagu memicit nanah jerawat batunya memenuhi sebahagian mukanya. Pendek dan panjang kata, ubat yang dijaja oleh si penjual ubat tadi yang serba serbi mujarab khasiatnya apabila diguna disapu. Tetapi hakikatnya bertentangan dan berlawanan dengan penyakit mini market berada pada badannya yang jelas kenampakkan.

Begitulah juga fenomina yang sedang dan terus diperkatakan semboyan SATU MALAYSIA - Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan. Bersama Indeks Pretasi Utama - KPI dan Bidang Keberhasilan Utama Negara - NKRA kerana rakyat alaf ke21 ini, telah celek maklumat dan kaya informasi dilangit terbuka jalor lebar membuat penilaian dan meletakkan garis kepercayaan dan piawaian diluar mata dacing. Kerana dikalangan rakyat mengenali diantara ganasnya lanun penyamun di bandingkan dengan saorang ustaz atau munsyi yang laduni.

Ujian serta mendepani cabaran langsung untuk diselesaikan adalah mengambil tindakkan dan menjalankan hukuman dan menyelesaikan telus masalah-masalah besar dan berprofil tinggi yang melibatkan pelakunya adalah seperti si penjual ubat diatas. Menyelesaikan rampasan kuasa kudeta dan kerajaan haram UM no BN Perak Darul Ridzuan. Penyelewangan dan kandal raja rasuah PKFZ - Zon Bebas Pelabuhan Klang yang melibatkan tokoh utama BN. Rasuah tunai RM10,000,000.00 dari AP Bintulu DS Tiong King Sing juga Ketua BBBN di Parlimen kepada Presiden MCA jua Menteri Pengangkutan DS Ong Tee Keat, mereka berbohong dalam Parlimen dan luar Parlimen. Kini mereka segar bugar, relex menghadapi tuduhan macam pisang sebiji dikerkah kera.

Mereka sesetengah rakyat melihat kebal dan tebal macam kebalnya tetak tak lut seperti datuk mahaguru seni silat lincah. Tiong dan Ong tokoh utama mewakili parti maing-masing dalam komponan BN menghadapi tuduhan umpama hulu keris digenggam rapat, manakala mata dan luknya dihala terus keperut pemimpin tertinggi UM no sekarang atau mantan pemimpin. Barangtentu tidak ada biji mata, atau mata cemea yang berani pantas bertindak keatas lanun penyamun ini, kerana mereka berangkai dalam BN. Tom tom bak, pecah sebiji pecah semua. Njit njit semut sapa sakit naik atas. Biar pecah diperut jangan dimulut. Pandai makan bijak simpan. Kena aku;kena semua, kerana kita semua serupa dan sama songlap rasuah harta rakyat, harta negara.

PDRM, SPRM, Mahkamah dan AG tak makan saman dengan mereka. PDRM, SPRM, Mahkamah dan AG mereka buta, mereka capit, mereka mandul dan mandom berdepan dengan kepincangan rasuah di kalangan profil tinggi dalam tempayan BN. Tetapi mereka bingkas dan pantas sampai jadi mayat di kerjakan di pejabat mereka sendiri. Sungguh sebagaimana SPRM lakukan kepada mendiang Teoh Beng Hock. Bendera 200 keping SPRM dengan berpandukan mata celek UM no breng menyiasat.

Tetapi rasuah tunai RM10,000,000.00 mengaku terang tang tang tidak ada bokti jelas untuk pendakwaan. Inilah rakyat katakan kerja ikut etika haram jadah. Istana toyol di Shah Alam milik mantan MB Selangor SPRM mata buta cari tak jumpa, kaki kudung tak sampai kepremis.

Justeru Hassan gembala lembu sudah pasti tidak berupaya berdepan lanun penyamun, tetapi bermayanya ia menghadapi lawan kepada musuh utama UM no - BN iaitu PR dan komponannya DAP, PAS dan Keadilan. Kontraktor Zaki yang membina real kereta api tak sudah, hakikatnya haram dia tak pernah naik kereta api, sebab tu la dia cincai sebagai kontraktor kela donia Cuma capa ayam. Cap ayam pun boleh pakai jubah itam berendam. Watak-watak ini komponan pakej menguatkan membendung dalam melindung keburukkan dan kehancuran kepada badan penyelamat tali hayat UM no - BN dan komponannya.

Manakala penegak dikalangan media swasta kroni adalah Media Prima melalui semua saloran TVnya seperti TV3, TV7, TV8, TV9 menjadi penyakit tb adalah yang menghidup dalam merealisasi kerancakkan BN dilensa tv. SPR, SPRM, PDRM, Mahkamah dan banyak lagi adalah perkakas utama dan tulang belakang dalam mendinding usaha-usaha untuk menyelamat UM no - BN khususnya kepimpinannya dari pucuk pusat, pucut negeri serta dipucuk kawasan.

Kalau semua-semua ramuan diatas, berkualiti dan berintegriti dalam menjalankan tugas mereka untuk negara tercinta, bukan menjadi pecacai barua UM no - BN. UM no - BN dah lama menjadi aruah dalam negara kita mungkin 20 tahun dahulu dah berkubur. Seperti berkuburnya USNO, Semangat 46 dan lain-lain tanpa kubur bernisan tanda.

Rencana dari : IBN ABDULLAH AL AWAB

Baguihnya Rakyat Malaysia Tak Tengok 'Muka' Lagi Dah Beli Dah...!!!

Perodua Alza jadi model terlaris


Oleh WAN NAJIB WAN DAUD

KUALA LUMPUR 23 Nov. - Selepas 10 hari tempahan awal dibuka menjelang pelancaran model baru kenderaan pelbagai guna (MPV) pertama keluaran Perodua hari ini, sejumlah 3,500 buah berjaya dijual.

Pengarah Urusan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua), Datuk Syed Abdull Hafiz Syed Abu Bakar berkata, MPV itu yang berupa 'MPV-kereta' dikenali dengan nama Perodua Alza, disasarkan menjadi model terlaris di pasaran selepas model ViVa dan MyVi.

Katanya, buat permulaan 50 buah Perodua Alza akan berada di atas jalan esok dan tempoh penghantaran untuk pembeli dijangka mengambil masa tiga bulan.

Bagaimanapun, beliau menambah tempoh tiga bulan adalah masa paling maksimum dan Perodua mampu membuat penghantaran awal sebaik sahaja pengeluarannya berada di peringkat maksimum.


"Daripada jumlah 3,500 buah yang ditempah itu, 20 peratus pembelinya memilih transmisi automatik yang mewakili pembeli bujang dan 80 peratus pula memilih versi premium manual manakala transmisi automatik mewakili golongan pembeli berkeluarga dari umur 30 hingga 40 tahun," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sempena pelancaran model Perodua Alza yang dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini hari ini.

Perodua Alza yang dibangunkan dengan kos RM300 juta dan dijangka pulang modal dalam tempoh dua tahun, sebagai pelengkap kepada rangkaian produk Perodua sebelum ini iaitu kereta Viva dan juga MyVi.

Ia merupakan gabungan model kereta Toyota Passo Sette dan Daihatsu Luminas dan dijangka memperoleh jualan sehingga 4,000 buah sebulan.

Perodua Alza dijual pada harga antara RM56,000 hingga RM65,000.

Versi yang dipertingkatkan pula akan berada di pasaran menjelang Mac tahun depan dan harganya pula RM6,000 lebih mahal berbanding harga model lain.

Menurut Abdull Hafiz, tempahan dijangka meningkat selepas pelancarannya hari ini di kesemua 180 buah cawangan di seluruh negara.

Beliau berkata, pihaknya telah meningkatkan jumlah pengeluaran semasa dalam usaha memenuhi tempahan model terbaru itu dan berharap para pembeli tidak perlu menunggu begitu lama untuk mendapatkan kenderaan mereka.

Mengulas lanjut katanya, Perodua Alza dijangka menyumbang kepada peningkatan penguasaan pasaran Perodua di Malaysia kepada 31.5 peratus pada tahun depan berbanding 31.1 peratus pada 2008.

"Jumlah keseluruhan industri bagi segmen MPV ketika ini ialah dalam lingkungan 40,000 dan dijangka dengan kemasukan Alza pertambahan pasaran akan meningkat sehingga 30 peratus," katanya.

Selasa, 24 November 2009

Nik Aziz Sudah Lakukanya, Kini Giliran Najib Pula

oleh pendikar gunung kriang,

Baru petang tadi diberitakan TG Nik Aziz mengumumkan menantunya, Ariffahmi Abdul Rahman telah menerima nasihatnya untuk meletak jawatan sebagai CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

Tahniah Tuan Guru! Bukan semua pemimpin yang berani menasihati anak menantu atau saudara mara terdekat melepaskan jawatan selepas dilanda kontroversi. Hanya pemimpin berjiwa besar sahaja berani melakukannya. Semasa Pak Lah menjadi PM dahulu ramai pihak yang memintanya melakukan apa yang TG Nik Aziz berani lakukan hari ini terhadap menantunya Khairy Jamaludin yang dilanda pelbagai kotroversi itu. Tapi sayangnya Pak Lah tidak cukup berani seperti Nik Aziz untuk melakukannya.

Jika kontroversi yang sama melanda PM 1Malaysia yang bernama Najib itu, cuba teka, adakah Najib akan seberani TG Nik Aziz atau penakut seperti bekas bossnya juga?

Hari ini tersiar berita yang bakal menguji keberanian Najib apabila adiknya, Datuk Seri Nazir Tun Razak bersama isterinya, Datin Seri Azalina Aziz didakwa menguasai saham CIMB bernilai RM30 juta. Perkara itu didedahkan oleh Chegubard di dalam blognya, http://chegubard.blogspot.com. Pendedahan Chegu Bard adalah berdasarkan Laporan Audit CIMB 2008, halaman 69 yang menyatakan Nazir memiliki 28,253,261 unit saham manakala Azalina pula memiliki 400,000 unit saham berdasarkan laporan yang sama, di halaman 71. Jumlah pemilikan saham Nazir dan Azalina tersebut tidak termasuk saham yang dilupuskan atau dijual pada tahun yang sama.

Itu cuma salah satu cerita mengenai Nazir. Sebelum ini pun ada cerita-cerita negatif lain mengenai adik Najib itu.

Sekarang kita hendak lihat apa reaksi Najib. Adakah Najib akan berani bertindak sesuatu seperti TG Nik Aziz atau diam buat-buat tak tau saja? Sebelum ini kita telah melihat apa yang Najib lakukan apabila ditimpa kontroversi. Dalam banyak kes, Najib sebelum ini mengambil jalan selamat: diam menikus sebiji macam Pak Lah!

Soalnya kini, adakah Najib akan menjadi pemimpin berjiwa besar, seberani TG Nik Aziz?


~ pendikar gunung kriang

Mukhriz bukan calon BN di Kota Siputeh

Barisan Nasional akan menamakan calon yang sesuai selain anggota parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir jika mahkamah memutuskan kekosongan kerusi DUN Kota Siputeh, kata timbalan perdana menteri.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata langkah itu bukan bermakna Mukhriz tidak sesuai tetapi bagi memberi peluang kepada orang di
kawasan itu.

Katanya, Mukhriz boleh membantu dalam kempen pilihan raya kecil nanti berikutan beliau mempunyai pengaruh dan diterima baik ramai pengundi di kawasan parlimen itu.

"Di kawasan parlimen (Jerlun), Mukhriz menang lebih banyak majoriti daripada calon kita di peringkat DUN (Kota Siputeh). Ini bermakna satu penerimaan yang baik.

"Jadi, beliau (Mukhriz) boleh mempengaruhi, boleh turun membantu, tak kira siapa calon yang akan ditetapkan nanti," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Mineral Negara ke-7 di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Mukhriz, yang juga timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri, disebut-sebut akan menjadi calon bertanding jika berlaku pilihan raya kecil DUN Kota Siputeh dalam kawasan parlimen Jerlun

sumber:malaysiakin

## Ustaz Azizan pula jangan dok ikut pangai ho haa p dok pilih calon yang bukan2... IR, Dr. tak penting sangat yang penting pandai berkhidmat untuk rakyat.... Ingat ! silap pilih calon ada yang boikot PRK Kota Seputih tu. U mau Ingat haaa....



Orang Kampung Hujan-Hujan Ni Buat Apa

MISAIMERAH

Hujan yang turun tak henti-henti telah menyebabkan banjir di Kedah , Perak , Kelantan dan Trengganu. Kampung aku dah tiga kali banjir dah .Apa yang mampu orang kampung buat bila rumah di tenggelami banjir? Sawah padi dah tenggelam tiga kali. Nak toreh getah pun tak boleh pokok basah.

Pendapatan mereka terjejas teruk. Bagi yang bekerja kilang mungkin ada 'income' bulanan tapi bagaimana yang bergantung hidup kepada sawah padi dan pokok getah? Pemimpin politik yang menjerit tentang negara kebajikan mesti turun padang bantu kesusahan yang mereka alami. Jangan hanya pandai tunjuk muka bila tiba musim pilihanraya, tapi bila tiba musim banjir lari ke luar negeri atau bila tiba musim cuti sekolah bawa anak bini melancong ke luar negara sedangkan rakyat yang undi bagi mereka menang dibiarkan tanggung sengsara harungi banjir selang seminggu sekali.

Kalau nak bagi bantuan mangsa banjir jangan pilih bulu, jangan kira ideologi politik Pas atau Umno. Banjir datang tak kira Pas atau Umno semua kena, semua jadi susah dan hidup dalam keadaan serba kekurangan.



Ahli Parlimen PAS rakam tahniah kepada Nik Aziz dan Ariffahmi



Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 24 Nov: Ahli parlimen PAS merakamkan ucapan tahniah kepada Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan menantunya, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman kerana mendahului keputusan parti berbanding kepentingan peribadi dan keluarga.

Ahli parlimen Parit Buntar, Dr. Mujahid Yusuf Rawa dalam satu sidang media di lobi parlimen pagi tadi berkata, tindakan Nik Aziz yang menerima keputusan parti untuk menasihati Ariffahmi meletakkan jawatan merupakan satu tindakan yang mempamerkan ketinggian integriti beliau sebagai seorang Menteri Besar.

"Kami (ahli parlimen PAS) mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar Kelantan (Nik Aziz) kerana telah menerima keputusan yang telah dibuat oleh PAS pusat agar beliau menasihati Ariffahmi meletakkan jawatan."

"Ini satu tahap integriti yang saya kira cukup baik bagi pihak menteri besar kerana akur tentang keperluan untuk menjaga kepentingan PAS termasuk kepada menantu beliau,Ariffahmi yang juga akur dengan keputusan yang dibuat oleh parti bagi memelihara kepentingan dan kesejahteraan serta integriti parti," katanya.

Mujahid yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat turut berharap agar tindakan Nik Aziz itu dapat dicontohi oleh pemimpin-pemimpin parti lain dan juga rakyat.

"Kami mengalu-alukan keputusan itu dan ia boleh menjadi satu contoh yang baik kepada orang ramai betapa integriti perlu diletakkan lebih utama daripada apa-apa sahaja kepentingan,"

"Kami menyokong, kami harap ia boleh jadi contoh kepada orang lain tentang sikap yang ditunjukkan oleh Tok Guru Nik Aziz dan juga menantu beliau sendiri yang sanggup membuat keputusan itu di atas kepentingan integriti dan juga parti," katanya lagi.

Tindakan Nik Aziz dan Ariffahmi juga ujarnya membuktikan bahawa PAS merupakan sebuah parti yang terbuka dan menjaga disiplin.

"Ini memberikan gambaran bahawa PAS ini bukanlah satu parti yang hanya membuat sesuatu mengikut kehendak tetapi ada batas-batasnya dan mereka akur dengan kehendak dan kepentingan lebih tinggi iaitu jawatankuasa pas pusat," ujarnya.

Sidang media berkenaan turut disertai Ahli Parlimen Pasir Puteh Muhammad Husain, Ahli Parlimen Padang Terap Nasir Zakaria dan Ahli Parlimen Sik Che Uda Che Nik.

Nasir dalam pada itu menyifatkan tindakan Ariffahmi meletakkan jawatan sebagai tindakan bijak untuk jangka masa panjang.

"Tindakan Ariffahmi satu langkah yang jauh ke hadapan dan saya kira ia sepatutnya menjadi satu contoh kepada rakyat dan pemimpin malaysia dalam usaha memelihara integriti terutamanya kerajaan dalam berhadapan isu-isu yang dikatikan dengan nepotisme dan sebagainya," katanya yang juga Exco Dewan Pemuda PAS Pusat.

Semalam Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS selepas pertemuan dengan pimpinan parti di kediaman Menteri Besar, JKR 10 mengumumkan persetujuannya menasihati Ariffahmi meletakkan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Pertemuan semalam turut disertai Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Mursyidul Am, Datuk Haron Din, dan Bendahari Dr. Hatta Ramli

Takiyuddin Hassan dilantik Penolong Setiausaha Agung PAS

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 24 Nov: Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat baru baru ini telah bersetuju melantik Datuk Takiyuddin Hassan sebagai Penolong Setiausaha Agung PAS.

Beliau akan membantu Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali dalam hal-hal berkaitan pendaftaran ahli baru PAS, pendaftaran pertubuhan berkaitan PAS dan hal ehwal pakatan rakyat.

Di peringkat PAS negeri Kelantan, beliau adalah Timbalan Yang Di Pertua PAS kawasan Kota Bharu.

Selain itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bunut Payung merupakan exco kerajaan negeri Kelantan memegang potfolio sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan.



Konvensyen Blogger PAS 2009

ustazidrisahmad

Tarikh : 20 Disember 2009 (Ahad)
Tempat : Markaz Tarbiyyah PAS, Taman Melewar
Masa : 8.00 pagi-2.00 petang
Pendaftaran:RM10.00

Peserta

1. Blogger PAS dan Blogger penyokong PAS (atas jemputan dan daftar melalui email).
2. Ahli Jawatankuasa Penerangan Pas Pusat
3. Ketua dan Setiausaha Penerangan Dewan Ulamak, Dewan Pemuda, Dewan Muslimat Pas Pusat
4. Pengerusi IT Dewan Ulamak, Dewan Pemuda Pas Pusat, Dewan Muslimat Pas Pusat.
5. Ketua Penerangan dan Setiausah Penerangan negeri-negeri.
6. Pengerusi IT Negeri-negeri.
7.Ketua Penerangan dan Setiausaha Pas Kawasan-Kawasan
8. Ketua/Setiausaha Lajnah Penerangan Dewan Ulamak,Dewan Pemuda, Dewan Muslimat Negeri-Negeri
9.Ketua/Setiausaha Lajnah Penerangan Kawasan-Kawasan



Hasil Judi 2.37 Billion: Oh.. Malaysia Tanahairku

oleh YB Nasir Zakaria

Saya Buat pertama kali dikejutkan dengan pendedahan yang amat DAHSYAT. RM 2,370 juta bukanlah angka yang kecil. Tetapi inilah hasil negara yang diagihkan kepada seluruh rakyat Malaysia.
Ada beberapa fakta hebat dalam perbahasan peringkat jawatankuasa di parlimen pada hari rabu 18 November 2009.

Pertama: Penyertaan begitu ramai Ahli Parlimen Bukan Muslim yang mendesak supaya judi dihapuskan.

Kedua: Tiada seorangpun Ahli Parlimen BN yang menyokong supaya judi dihapuskan.

Ketiga: Hasil judi DISEMBUNYIKAN daripada pengetahuan rakyat Malaysia. Ia terus dimasukkan ke dalam Akaun yang disatukan. Ada maklumat sahih mengatakan ia disembunyikan di bawah hasil kastam. Tiada BUTIRAN atau KOD hasil!!

Keempat: Ini adalah pendapatan yang diperolehi oleh kerajaan. Sudah tentulah keuntungan industri judi ini puluhan kali ganda lagi. Akaun boleh sahaja dimanipulasi. Perolehan Syarikat judi tentulah berkali ganda berbanding cukai yang dibayar

Kelima: Judi disalurkan kepada Sukan, Kebajikan, Sosial, Kebudayaan dan Kesihatan.

Keenam: Special Draw dimulakan untuk membantu mangsa JE di Bukit Pelanduk ia bermula 1998. Sekarang sudah ada 6 syarikat yang menganjurkan Special Draw. Setiap Syarikat 12 Kali. Ia menjadikan Special Draw dianjurkan 72 kali Setahun!!

Ketujuh: Pertaruhan biasa adalah sebanyak 3 hari seminggu iaitu Hari Rabu, Sabtu dan Ahad.

Lihatlah Faktanya

Syarikat Perjudian Kutipan Tahun 2008 (RM)

Genting Malaysia Berhad 949,802,170

Sport Toto 509,739,584

Magnum Corporation 396,477,793

Pan Malaysia Pools 270,764,197

Pan Malaysia Racing 138,576,130

Daily One Corporation 18,082,749

Sandakan Turf Club 18,182,034

Sarawak Turf and Equestrian Club 29,776,000

JUMLAH 2.37 BILION

OOOHHH Malaysia Tanahairku... Lu PIKIRLA SENDIRI Rujuk Handsard mukasurat 113-119

Husam tidak tinggalkan Kelantan, PAS

Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan, Datuk Husam Musa berkata beliau tidak akan meletakkan jawatan, malah akan meneruskan perjuangannya terhadap parti dan negeri.

Beliau menafikan laporan akhbar Utusan dan Mingguan Malaysia bahawa beliau akan meletakkan jawatannya dalam parti dan sebagai exco kanan kerajaan negeri Kelantan.

Katanya, beliau menyifatkan laporan media itu telah disalaherti kerana beliau sedang menjalani rawatan sakit pinggangnya di sebuah hospital di Kota Bharu serta terpaksa mengambil cuti dan tidak hadir pada programnya.

"Saya sakit belakang. Jumpa doktor dan doktor minta saya dapatkan rawatan, rehatkan tulang belakang saya dan kurangkan aktiviti.

"Apa kena mengena sakit belakang saya dengan letak jawatan? Letak semua pulak tu? Mana perjuangan saya? Mana parti dan kerajaan yang saya membantu menjayakannya sekian lama?

"Di hujung jalan kami akan berpisah? Membuka ruang pada lawan menerobos masuk dalam detik yang kritikal ini?" katanya menerusi laman blognya di cetusan-hati.blogspot.com.

Husam berkata laporan Utusan Malaysia tidak akan melemahkan beliau kerana sebelum ini telah banyak serangan telah dibuat terhadap Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga mursyidul am PAS.

"Tok Guru telah cuba dimalukan. Cuba dipinggirkan kerana pendiriannya yang tegas dan hasratnya yang jelas untuk membawa negara kita menuju perubahan.

"Saya sebagai murid dan 'budak' Tok Guru, mengangkat bendera putih semata-mata kerana Utusan cuba mengagendakan kami?" katanya.

Mingguan Malaysia semalam melaporkan Husam dikatakan mahu melepaskan semua jawatan dalam parti dan juga kerajaan yang merupakan satu lagi episod yang menggambarkan perpecahan dan kekusutan dalam parti itu.

Namun hasrat itu tidak dipersetujui oleh Nik Abdul Aziz. BERNAMA


Nak Sokong Pas Atau Sokong Puak Dalam Pas?

MISAIMERAH

Mutakhir ini ada macam-macam puak dalam Pas. Percaya atau tidak puak ni wujud dalam Pas? Dalam Muktamar Pas yang lalu pertandingan tiga penjuru yang berlaku bagi merebut jawatan Timbalan Presiden Pas antara Husam Musa, Mat Sabu dan Nasharuddin Mat Isa menggambarkan akan kewujudan sikap berpuak-puak dalam Pas. Memang menang kalah adat bertanding dan itu lambang demokrasi tapi sikap berpuak-puak ini berterusan hingga sekarang.

Semasa isu UG memuncak Pas telah terbahagi kepada dua kelompok besar yang menyebelahi Presiden Pas dan yang menyebelahi Murshidul Am Pas. Walaupun ada penafian tapi ini kenyataan. Jika ada dua orang yang bersembang lalu orang Pas yang lain datang dia akan bertanya- "anta sokong Murshidul Am ka atau Presiden? ". Itu ayat yang terkeluar daripada mulut orang Pas hingga sekarang. Itu dua puak yang terbesar dalam Pas.

Di Selangor ada juga puak yang sokong Hasan Ali ,PJ Pas Selangor dan juga ada puak yang sokong Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam. Masing-masing tak sehaluan dalam beberapa perkara hinggalah Khalid Samad dipecat sebagai Timbalan PJ Pas Selangor sedikit masa lalu.

Husam Musa pun ada pengaruhnya sendiri yang berterabur di seluruh negeri.Di Kelantan pula ada yang menyokong Husam dan ada yang menyokong puak lain untuk lawan Husam. Mat Sabu pun sama ada juga yang sokong Mat Sabu sehingga digelar 'parti Mat Sabu'.Nasa dengan 'team' UG nya. Banyak puak dalam Pas ni. Kalau tak betul apa yang aku kata itu terpulang pada pandangan masing-masing.

Dulu kita kata kat Umno parti berpuak-puak, ada 'team A dan team B', Team Mahathir dan Ku Li, Team Mahathir dan team Anwar, Team Pak Lah dan team Najib, nepotisme, kronoisme. sekarang apa yang dikata kepada Umno itu sedang menjangkiti Pas sikit demi sedikit.




Transkrip penuh sidang media Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz

Bismillahirrahmanirrahim

Hari ini saya sudah didatangani oleh pemimpin pusat yang mengandungi Presiden Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr. Harun Din, dan juga wakil parlimen daripada Kubang Kerian dan Kuala Krai.

Semuanya menasihati saya supaya menjaga nama baik pimpinan Islam khasnya PAS sendiri untuk menasihati menantu saya supaya mengundur diri dari Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Sewaktu saya lantik dulu saya lantik dia dalam mesyuarat penuh, dalam mesyuarat itu ada LA, ada penasihat undang-undang, dan beliau tak ada komen apa, tapi oleh kerana fitnah melalui macam-macam surat layang dan sebagainya, maka saya dinasihati supaya elak diri dari fitnah ini berkembang. Itu sahajalah.

Jadi menantu tok guru sekarang ini akan letak jawatan?
Ya

Bila nak letak tu?
Tarikh itu terserah kepada dia.

Tapi tadi tok guru kata apa yang brelaku fitnah dan bukan kebenaran, jadi kenapa pula disuruh letak jawatan?

Saya lantik menantu saya ini, saya sebut dia menantu, tapi fitnah yang dilempar blogger , surat-surat layang, saya pun terima banyak, untuk jaga nama baik pimpinan Islam, maka saya dengan segala senang hati untuk jaga (elak) fitnah.

Nabi kita pernah sebut kerpada Siti Aisyah, bahawa nabi bercadang nak roboh kaabah yang ada sekarang, nak bina balik supaya sama dengan kaabah zaman nabi Ibrahim, tapi tak jadi nak buat bimbang takut orang Arab yang baru masuk Islam, bawa fitnah dan sebagainya, Orang lain, blogger nak tuduh itu dia punya pasal la, dia tanggung dosa menyusahkan orang.

Adakah tok guru lepas ini akan rombak juga pengurusan PMBK?

Itu masalah kedua. Masalah sekarang ini menantu saya itu terlalu banyak kecaman dilempar kepadanya oleh orang yang tak bertanggungjawab.

Jadi ini tak ada kena mengena dengan siasatan SPRM?

Siasatan SPRM tu siasatlah. Itu kerja dia. Tapi fitnah itu yang jadi (punca suruh letak jawatan). Nabi kata fitnah ini benda tidur,sesiapa yang gerak dia akan dilaknat Allah, itu pemfitnah punya fasal. tapi (letak jawatan) ini nak jaga kepimpinan parti Islam Semalaysia.

Yang mana satu tuduhan, tulisan itu fitnah?

Terlalu banyak, saya pun terima terlalu banyak surat layang, surat layang tak ada tandatangan, zaman sekarang orang baca dalam internet seluruh dunia.

Masa pelantikan (Arif) tok guru dapat pandangan dari semua pihak ya?

Saya sudah sebut dalam mesyuarat,dan mesyuarat senyap, termasuk YB LA sendiri.

Adakah dalam keadaan sekarang pimpinan PAS Kelantan tak beri sokongan pada tok guru, sebab tak ada pun yang beri kenyataan , bahawa sudah dibincang dalam mesyuarat, bahawa pelantikan (Arif) sudah dapat restu semua pimpinan?

Itu tak payah. Saya tak perlu kenyataan (sokongan) terbuka begitu. Tapi oleh kerana fitnah yang dibuat oleh blogger semua sekali yang semua orang boleh baca.Dan nama baik kepimpinan Islam akan menjadi cacat. (setakat itu sahajalah)


Transkrip penuh sidang media Abdul Ariffahmi

Macam mana pendirian saudara Arif?

Pertama sekali saya ingin nyatakan saya dapat terima keputusan dengan hati yang lapang, dan sedar keputusan dibuat untuk jaga nama baik kepimpinan dan jaga nama baik Parti Islam Semalaysia, dan juga nama baik kerajaan negeri Kelantan.

Saya juga berterima kasih kepada tuan guru kerana beri kepercayaan kepada saya untuk berada di PMBK selama 8 tahun, dan jawatan terakhir saya sebagai CEO semenjak Syawal, dan saya amat hargai kepercayaannya.

Saya juga pohon sokongan dan dokongan dari semua pimpinan PAS samaada di negeri kelantan, atau di pihak PAS pusat untuk sama-sama berusaha hapuskan tuduhan-tuduhan yang saya sifatkan sebagai fitnah dalam blog tertentu dan saya yakin saya tidak bersalah.

Penerimaan keputusan ini atas sifat jaga jemaah Pas sendiri, dan jaga kerajaan negeri dan jaga nama baik tok guru.

Bila saudara akan lepas jawatan?

Saya akan tengok rekod cuti saya, berapa hari ada, lepas itu saya akan kira, saya akan buat keputusan bila tarikh yang sesuai untuk saya lepaskan jawatan.

Dalam hal ini adakah saudara dinasihat lepas jawatan atau saudara tawar diri untuk lepas jawatan?

Saya hanya menerima arahan, saya seperti biasa saya sentiasa patuh kepada pimpinan, terutama arahan ini, gesaan ini keluar dari mulut tok guru sendiri. Saya sentiasa setia dan patuh pada dia, dan saya terima dengan hati terbuka.

Kenapa saudara tak letak serta merta, bukankah itu lebih baik?

Sebelum ini saya ada merujuk kepada dia, atas desakan yang dibuat ke atas saya, tapi pada masa itu dia minta saya tidak letak jawatan, dan atas asas itu saya teruskan tugas saya sebagai CEO kerana itu arahan dari beliau sendiri untuk teruskan.

Tadi saudara sebut semua fitnah yang dilempar ke atas saudara dalam PMBK dan sebelum ini adalah fitnah, kalau itu fitnah adakah akan ambil sebarang tindakan undang-undang?

Sebenranya beberapa orang peguam sedang kaji semua tuduhan dan saya sedang teliti dan akan dengar nasihat para peguam dan lihat secara teliti, dan pada masa sesuai nanti kita akan lakukan apa yang patut.

Saya nak ulang lagi, apa yang dtulis dalam blog tertentu sebelum ini yang menyatakan saya telah diminta meletak jawatan dan rentetan itu arahan telah dikeluarkan, saya tak terima arahan itu, dan saya telah pergi ke KL merajuk, itu tak betul, saya hanya terima arahan pada hari ini sahaja, dan saya boleh terima keputusan ini dengan dada yang lapang dan insya ALLAH saya akan sentiasa setia, dan sentiasa hormati tok guru sebagai bapa mertua saya dan pemimpin kita semua.

Apa rancangan masa depan?

Itu belum pikir lagi, mungkin berniaga.


PEMIMPIN UMNGOK BERANI KE BUAT MCM NI ?

KOTA BHARU, Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz bersetuju untuk menasihati Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Ekselutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Persetujuan itu diumum Nik Aziz pada satu sidang media selepas pertemuan dengan pimpinan PAS di kediaman Menteri Besar, JKR 10 pagi ini. Pertemuan tersebut disertai Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Mursyidul Am, Datuk Haron Din, Naib Presiden Salahudin Ayub dan Bendahari Dr. Hatta Ramli.Mereka telah mengemukakan cadangan kepada Nik Aziz agar menasihatkan Ariffahmi melepaskan jawatan. Menurut Nik Aziz, keputusan itu dibuat bagi menjaga nama baik pimpinan islam khasnya pas sendiri sekaligus menyelesaikan kemelut politik yang sedang berlaku di negeri itu.

"Semua (yang hadir) menasihati saya supaya menjaga nama baik pimpinan Islam khasnya PAS sendiri untuk menasihat menantu saya supaya mengundur diri dari Perbadanan Menteri Besar (PKMB),"

"Fitnah yang dilempar blogger , surat-surat layang, saya pun terima banyak, untuk jaga nama baik pimpinan Islam, maka saya dengan segala senang hati untuk jaga (elak) fitnah," katanya.


Beliau dalam pada itu memberitahu akan meminta Ariffahmi yang juga menantunya berbuat demikian. Bagaimanapun, terserah kepada Ariffahmi bila dia mahu meletakkan jawatan tersebut.

"Tarikh tu terserah kepada dia," katanya lagi.

Nasihat peletakan jawatan itu juga tegasnya adalah disebabkan oleh fitnah dan kecaman yang terlalu banyak diterima Ariffahmi.

"Masalah sekarang ini menantu saya tu terlalu banyak kecaman dilempar kepadanya oleh orang yang tak bertanggungjawab,"

Dalam pada itu, Ariffahmi yang turut hadir pada sidang media tersebut menerima keputusan tersebut dengan hati yang terbuka memandangkan ianya dilakukan untuk menjaga nama baik banyak pihak.

"Saya dapat terima keputusan dengan hati yang lapang, dan sedar keputusan dibuat untuk jaga nama baik kepimpinan dan jaga nama baik PAS, dan juga nama baik kerajan negeri Kelantan," katanya.

Beliau turut berterima kasih kepada Nik Aziz yang memberikan kepercayaan penuh kepada kepadanya sepanjang berada di PMBK.

"Saya juga berterima kasih kepada tuan guru kerana beri kepercayaan kepada saya untuk berada di PMBK selama 8 tahun, dan jawatan terakhir saya sebagai CEO semenjak Syawal, dan saya amat hargai kepercayaannya," katanya.

Mahkamah tolak permohonan tangguh pilihan raya di Kota Siputeh

Harakahdaily

PUTRAJAYA, 23 Nov: Mahkamah Tinggi mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar mengadakan pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Kota Siputeh, Kedah segera dan menolak permohonan SPR untuk ditangguhkan.

Ia perlu diadakan dalam tempoh 60 hari berkuat kuasa 16 November lalu, kata hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin dalam keputusannya hari ini.

Bagaimanapun Jabatan Peguam Negara yang mewakili SPR mahu memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Seminggu sebelum itu, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa SPR wajar mengadakan pilihan raya kecil di kerusi berkenaan selepas didapati wujud kekosongan.

Namun Jumaat, 20 November lalu, SPR memohon hakim itu agar menangguhkan keputusan tersebut.

SPR memfailkan permohonan itu pada Rabu, 18 November selepas Alizatul mengisytiharkan kerusi DUN itu kosong dan memutuskan bahawa Datuk Abu Hassan Sharif bukan lagi wakil rakyat kawasan berkenaan selepas gagal menghadiri persidangan DUN dua kali berturut-turut tanpa kebenaran.

Pada Sept 1, Speaker DUN Kedah memfailkan semakan kehakiman selepas SPR menerima sijil cuti sakit Abu Hassan berikutan ketidakhadirannya dalam persidangan DUN serta mengisytiharkan bahawa tidak berlaku kekosongan bagi kerusi itu dan wakil rakyat BN itu masih merupakan ADUN kawasan berkenaan



Isnin, 23 November 2009

Nasharuddin dikejar ke IJN

KUALA LUMPUR, 23 Nov: Ahli Parlimen Bachok Nasharuddin Mat Isa yang hadir ke persidangn parlimen pagi tadi dikejar ke Institut Jantung Negara (IJN) selepas mengadu sakit dada jam 11.45 pagi tadi.

Beliau yang juga Naib Presiden PAS, sebelum itu ditemani Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar dilihat berjalan kaki ke klinik parlimen apabila mengadu sakit dibahagian otot dada..

Bagaimanapun, selepas melalui ujian electrocardiaogram (ECG), doktor tidak dapat mengenal pasti punca sakit dadanya.

Beliau kemudian dibawa dengan kerusi roda menaiki ambulan untuk dirujuk ke IJN.


Tok Guru dan Pakatan

zaidibrahim

Bila saya mencadangkan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat dilantik ketua Pakatan Rakyat, riuh-rendah kedengaran suara menyokong dan menentang. Ramai yang memberi pendapat mereka. Ada pula yang menuduh kononnya ini strategi saya nak jadi ketua Pakatan. Kata mereka saya tak hormat Anwar Ibrahim apabila membuat cadangan ini. Nampaknya masih ada yang tak faham atau pura-pura tak faham. Jadi eloklah kita teliti kembali apa yang saya sarankan.

Premis utama dalam cadangan saya itu ialah kita perlu kepada seorang “spiritual leader”, sama saperti Mahatma Gandhi sewaktu zaman India memperjuangkan kemerdekaan dahulu. Kita tahu pemimpin seperti itu diperlukan untuk menerajui gerakan Pakatan. Pemimpin politik biasa, walau bagaimana hebat dan handal sekali pun, tidak akan cukup kuat untuk melawan gergasi Barisan Nasional.

Yang saya maksudkan sebagai pemimpin spiritual ini adalah seorang pemimpin yang tidak ada cita-cita nak jadi Perdana Menteri atau apa-apa jawatan besar. Ini sama seperti Gandhi yang tidak mahu apa-apa jawatan, hanya setakat menyokong Jawaharlal Nehru sebagai Perdana Menteri India merdeka. Yang Gandhi mahu hanyalah India yang merdeka, bersatu dan bebas dari penjajahan. Pemimpin seperti ini bergerak atas keluhuran perjuangan. Samalah saperti Mandela, dan Imam Khomeini . Pemimpin saperti ini disayangi oleh rakyat kerana prinsip dan sifat humanisme beliau. Dia tidak ada masalah peribadi, tidak ada skandal, tidak ada cita-cita duniawi melainkan perjuangan untuk menegakan keadilan dan melawan kezaliman.

Jadi bila saya toleh kiri dan kanan dan saya lihat hanya Tok Guru Nik Aziz ada kelayakan tersebut. Beliau diterima oleh semua kaum dan agama. Maka saya terus mencadangkannya kerana saya berpendapat hanya apabila kita letak pertarungan Pakatan vs BN atas perjuangan spiritual melawan kuasa yang rakus dan rasuah, barulah rakyat akan bersemangat dan bangkit bersuara untuk memihak kepada kita. Formula politik lain memang ada tapi saya rasa ia tak cukup dan tak padan untuk menggerakkan satu usaha besar menggantikan BN sebagai kerajan pilihan rakyat.

Soal jawatan Perdana Menteri itu terserahlah kepada wakil-wakil rakyat Pakatan sesudah mendapat kerusi yang cukup untuk membentuk kerajaan yang baru. Itu perkara mudah kerana Tok Guru pun tahu dan bersedia menerima orang lain yang lebih sesuai untuk menjadi PM. Cadangan saya ini juga sama seperti dengan keududukan Pengerusi Parti Buruh atau Konservatif di UK yang tidak pernah pun menjadi Perdana Menteri. Tugas mereka adalah menjaga perpaduan dan kekukuhan parti. Saya tegaskan di sini bahawa buat masa ini memang tak ada mana-mana wakil rakyat yang lebih sesuai dan berupaya daripada Anwar Ibrahim untuk menjawat jawatan Perdana Menteri apabila Pakatan memperolehi undi majoriti rakyat nanti. Jadi penyokong dan peminat Anwar Ibrahim tak usahlah bimbang.

Yang penting sekarang ialah menentukan apa yang perlu dilakukan untuk menjayakan kemenangan Anwar dan Pakatan Rakyat. Apakah yang akan menggerakkan tsunami politik baru untuk memberi kuasa kepada rakyat melalui Pakatan? Sesudah Mac 8, 2008, ada orang kata bahawa Pakatan seolah-olah sudah hilang tenaga sekarang. Menurut Merdeka Centre dalam kaji selidik baru-baru ini, BN masih lagi akan menang jika pilihan raya umum diadakan hari ini. Malah BN dikatakan tetap boleh mengekaklkan dua pertiga kerusi Parlimen. Begitu membimbangkan sekali persepsi ini terhadap Pakatan.

Itulah sebabnya saya mahu para penyokong kita tanpa mengira kaum dan agama berfikir bagaimana kita nak memperkukuhkan Pakatan dan cuba mencari cara dan pendekatan baru. Kita jangan cepat panik atau takut kepada perkara-perkara kecil dan sampingan yang memang menjadi adat politik. Yang penting kita mesti pastikan Pakatan tidak lari dari landasan utamanya iaitu menolak BN untuk memberi ruang bernafas kepada rakyat menikmati keadilan, demokrasi dan kebebasan yang sebenar tanpa dicengkam salah guna kuasa, rasuah dan diskriminasi.

Yang utama mestilah kemenangan Pakatan kerana ia bererti kejayaan kepada rakyat. Saranan saya bukan sahaja kepada rakyat untuk berusaha gigih ke arah mencapai matlamat ini tetapi juga kepada para pemimpin dan ahli komponen Pakatan supaya berkorban dengan bersikap jujur dan ikhlas untuk berkhidmat kepada rakyat. Malah lebih baik lagi, para pemimpin dan ahli komponen Pakatan harus mengurangkan ketegangan dan salah faham sesama sendiri. Kita boleh buat demikian dengan cara bersabar dan bersifat maaf-memaafkan, cepat-cepat berbaik semula jika berlaku silap faham. Ingatlah rakyat mahu melihat kita bersatu sebelum kita merayu kepada rakyat untuk bersatu-padu menyatakan sokongan kepada kita.

Saya harap semua ini dapat diperjelaskan dengan jujur dan ikhlas di Konvensyen Pakatan Rakyat pada 19 Disember ini. Saya juga harap kita dapat temui kata maufakat tentang hal-hal penting dalam Pakatan Rakyat, dan berusaha menjernihkan apa-apa yang keruh. Dengan ini saya juga ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadah haji kepada mereka yang akan mengerjakan ibadat yang mulia ini di Tanah Suci Makkah. Semoga semangat baru untuk menegakan keadilan dan menolak kezaliman akan terisi di hati sanubari kita semua. Labbaik Allah humma labbaik.


SIDANG DUN KELANTAN : Kadar Kemiskinan Rakyat Kelantan Bhg2





SIDANG DUN KELANTAN : Kadar Kemiskinan Rakyat Kelantan Bhg1







Laporan letak jawatan, provokasi 'mematikan' Husam

Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 23 Nov: Exco Kelantan, Datuk Husam Musa percaya usaha 'mematikan' karier politik beliau belum berakhir apabila beberapa laporan yang bersifat provokatif terhadap beliau disiar di muka depan beberapa media pro Umno semalam.

Ianya berkaitan desas desus bahawa beliau mahu meletak jawatan ekoran beberapa krisis yang sedang melanda negeri itu.

"Mingguan Malaysia sekali lagi 'memandang tinggi' pada saya dengan berita provokatif muka depan.

"Dulu saya diserang bertubi-tubi menjelang Muktamar PAS.

"Agenda 'mematikan' saya nampaknya belum berakhir, tulisnya dalam blog http://cetusan-hati.blogspot.com.

Semalam, Utusan melalui Mingguan Malaysia melaporkan Husam mahu melepaskan jawatan dalam kerajaan mahupun dalam parti.

Akhbar itu yang turut memetik beberapa sumber melaporkan, Husam telah menghantar surat meletak jawatan kepada Menteri Besar Kelantan, minggu lalu namun tidak dipersetujui Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz.

Nik Aziz juga seperti dilaporkan akhbar itu, telah mengarahkan Husam bercuti lima hari untuk berehat dan menenangkan fikiran.

Mengulas provokasi itu Husam memberitahu, beliau kesal dengan sikap media tersebut yang sengaja cuba mencetuskan kesan negatif terhadap beliau.

"Hari ini (semalam), Utusan cuba berbagai cara menghubungi saya untuk 'pohon penjelasan'. Semasa Utusan bersiap 'meletupkan' berita itu semalam sepatah penjelasan saya tidak diminta.

"Beratus sms, kegelisahan begitu ramai orang dan deringan talipon sejak awal pagi adalah bukti 'berita' yang sengaja dimasak sebegitu rupa telah mencetuskan kesan negatif yang bukan sedikit," jelas beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan.

Selain cubaan mematikan karier beliau, laporan tersebut juga dakwanya cuba memalukan dan meminggirkan Nik Aziz akibat dari ketegasan pemimpin yang disegani itu.

"Tok Guru telah cuba dimalukan. Cuba dipinggirkan kerana pendiriannya yang tegas dan hasratnya yang jelas untuk membawa negara kita menuju perubahan.

"Saya sebagai murid dan 'budak' Tok Guru, mengangkat bendera putih semata-mata kerana Utusan cuba meng-agendakan kami? soalnya.

Dalam tulisan tersebut, Husam turut menjelaskan pertemuan beliau dengan Nik Aziz Khamis lalu hanya untuk memaklumkan nasihat doktor yang mahu beliau mengurangkan aktiviti dan merehatkan tulang belakang.

Ianya langsung tiada kaitan dengan dakwaan mahu meletakkan jawatan seperti yang dilaporkan.

Dan masalah cuti sakit tegasnya, tidak boleh dikaitkan dengan mahu meletak jawatan.

"Apa kena mengena sakit belakang saya dengan letak jawatan? Letak semua pulak tu?

"Mana perjuangan saya? Mana parti dan kerajaan yang saya membantu menjayakannya sekian lama? Di hujung jalan kami akan berpisah? Membuka ruang pada lawan menerobos masuk dalam detik yang kritikal ini?" soal beliau lagi.

Semalam, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga telah menafikan dakwaan dilapor Utusan itu dan menempelak sikap media yang cuba menimbulkan perkara yang tidak benar.



Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails