SELAMAT DATANG

Sabtu, 10 April 2010

Ada Hati Nak Bertanding lagi..........

Palanivel: ‘Bagi peluang kedua, tolak PRU-13 jika tak puas hati’

Oleh G. Manimaran

HULU SELANGOR, 10 April — “Bagi peluang kedua, cuba sekali lagi.”

“Jika tidak berpuas hati, (anda) boleh buang dalam pilihan raya (umum) tahun 2012,” demikian rayu Timbalan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel semasa persinggahan keempat beliau di bahagian Parlimen Hulu Selangor, malam tadi.

Kira-kira 9 malam tadi beliau berucap merasmikan Program Latihan dan Peningkatan Kemahiran Untuk Wanita anjuran Persatuan Penganut Dewa Ying Jun Miao di Bukit Beruntung.

Palanivel juga merayu kepada pengundi-pengundi Hulu Selangor yang ditemuinya sepanjang semalam agar memberikan peluang kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Untuk kerajaan yang kuat, untuk Parlimen yang kuat, undi masyarakat Cina sangat penting... kami memerlukan sokongan masyarakat Cina.

Masyarakat Cina mesti menyokong MIC, MIC akan menyokong calon MCA, Gerakan.

“Saya rayu kali ini pengundi-pengundi Cina akan menyokong calon MIC,” katanya yang ditemani beberapa pemimpin MIC ketika singgah di Bukit Beruntung.

“Saya tewas pada tahun 2008 dengan perbezaan undi kira-kira 0,04 peratus, tidak sampai setengah peratus. Oleh itu saya mengharapkan sokongan anda semua,” kata Palanivel lagi.

Pada 8 Mac 2008, Palanivel ditewaskan oleh wakil PKR Datuk Dr zainal Abidin Ahmad, yang juga bekas timbalan menteri besar ketika kerajaan negeri BN, dengan perbezaan 198 undi.

Kira-kira enam jam sebelum itu semasa berucap kepada kira-kira 50 orang pengundi Cina di Tokong Kuen Yin Kerk di Kampung Assam Kumbang, Kuala Kubu Baru, Palanivel meminta masyarakat Cina supaya memberikan peluang kepada Najib yang genap setahun sebagai Perdana Menteri minggu lalu.

Najib meraikan setahun genap sebagai perdana menteri di bahagian Hulu Selangor.

“Saya minta satu peluang, berikan beliau satu peluang,” katanya.

Palanivel, Ahli Parlimen Hulu Selangor sejak 1990 tetapi tewas dalam saingan kali kelima dua tahun lalu tidak “berkempen” sebagai calon rasmi tetapi atas status penyelaras kawasan Parlimen Hulu Selangor.

Palanivel dilantik sebagai penyelaras bahagian itu Oktober lalu.

Atas kapasitinya itu kata Palanivel, beliau menyelesaikan masalah dan permintaan penduduk tempatan termasuk berusaha mendapatkan peruntukan kewangan.

Semalam beliau menyerahkan sebahagian peruntukan yang dipohon penduduk tempatan Januari lalu.

Palanivel menyerahkan cek bernilai RM300,000 kepada wakil persatuan Cina di Kuala Kubu Baru, semalam.

Pertemuan dengan rakyat semalam bermula dengan majlis penyerahan tiga cek bernilai RM300,000 kepada dua persatuan masyarakat Cina di Kuala Kubu Baru dan disusuli dengan sesi beramah mesra dengan masyarakat Orang Asli di Changkat Bintang, berhampiran Slim River, dan Kampung Orang Asli Serigala dan satu lagi pertemuan dengan masyarakat Cina di Bukit Beruntung.

Kedua-dua penempatan Orang Asli yang menyumbang kira-kira 120 undi merupakan kubu kuat bagi calon BN termasuk ketika dua tahun lalu.

Bagaimanapun BN gagal memperoleh undi sepenuhnya daripada masyarakat Cina di Kuala Kubu Baru dua tahun lalu.

Kira-kira 10 malam beliau meneruskan perjalanan ke Hulu Rening, berhampiran sempadan Genting Highlands untuk menemui pengundi-pengundi Melayu.

Palanivel memulakan siri pertemuan 3 petang semalam sehingga tengah malam seolah-olah beliau merupakan calon Barisan Nasional (BN). Pasukan Palanivel ini melalui perjalanan hampir 200 kilometer sehingga tengah malam.

Setakat ini, pengesahan rasmi menyebut hanya nama Palanivel telah dikemukakan kepada pucuk kepimpinan BN.

Pucuk kepimpinan MIC dan BN enggan mengesahkan sama ada ada nama-nama lain disalurkan kepada Najib yang juga Pengerusi BN.

The Malaysian Insider yang mengekori beliau dari 3 petang mendapati Palanivel memperlihatkan iltizam walaupun wujud cakap-cakap kemungkinan tidak dipilih sebagai calon.

Pembantu-pembantunya pula kelihatan bertungkus-lumus melakukan kerja-kerja asas dengan mengemaskinikan profil beliau termasuk apa yang telah beliau lakukan sejak menjadi wakil rakyat kali pertama 20 tahun lalu.

Malah, beberapa pembantunya yang ditemui berkata Palanivel hanya mahu memberi tumpuan menjalankan tanggungjawabnya sebagai penyelaras dan tidak kisah dengan cakap-cakap bahawa ada usaha mahu mensabotaj beliau daripada diturunkan semula calon.

Umno Hulu Selangor juga masih meneruskan gesaan supaya pemimpin mereka diletakkan di Hulu Selangor walaupun Najib sudah mengumumkan ia sebagai kerusi MIC.

Nampaknya kerja-kerja asas itu dilakukan kerana Palanivel tidak mahu mengambil mudah dan membuang masa sekiranya beliau dipilih semula.

Selain Palanivel, sumber-sumber memberitahu Ketua Penerangan MIC P. Kamalanathan dan Timbalan Ketua Pemuda MIC V. Mugilan juga disebut-sebut sedang diperhalusi pucuk kepimpinan.

Kedua-dua mereka juga berada di Hulu Selangor malam tadi menemui pengundi tempatan.

Ketika berucap di kawasan penempatan Orang Asli di Kampung Serigala, Palanivel berkata, “kerusi Parlimen Hulu Selangor sangat penting bagi BN.”

Dewan serbaguna yang Palanivel berucap sudah dihiasi dengan bendera-bendera kecil BN dengan digantung satu potret Palanivel dengan mesej tertera “Calon kawasan Parlimen Hulu Selangor”, sekali gus menunjukkan ia kubu kuat BN,

The Malaysian Insider difahamkan potret itu dipasang dua tahun lalu tetapi tidak diturunkan sehingga sekarang. Turut digantung di sisi ialah potret bekas menteri besar Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo.

“Ini pilihan raya yang sangat penting. Kita dapat satu peluang bertanding di kerusi Parlimen.

“Setiap undi Orang Asli adalah undi untuk perdana menteri, itu penting. Beliau akan berikan perhatian khas untuk masyarakat Orang Asli,” kata Palanivel sambil meminta penduduk Orang Asli turun di Kuala Kubu Baru dengan simbol tradisi mereka pada hari penamaan Sabtu depan.

Jatuhkan Umno-Bn di Hulu Selangor Jika Prihatin Dengan Umat Islam Palestine

misaimerah

Semua pengundi di Hulu Selangor yang prihatin dengan umat Islam Palestine yang hari-hari dibunuh oleh tentera regim Zionis -Israel mesti mengalahkan BN di Hulu Selangor. Kita tak mampu nak ke Gaza, Palestine untuk bantu umat Islam Palestine. Sekarang Allah bagi kita peluang untuk ajar talibarut Israel di Malaysia yang bagi projek kepada syarikat pro Israel , Apco Worlwide dengan jutaaan ringgit tanpa memikirkan bahawa secara tidak langsung membantu Israel membunuh umat Islam Palestine.

Peluang terbuka luas untuk menunjukkan bantahan rakyat yang bencikan Israel dengan tidak mengundi BN di Hulu Selangor. Peluang keemasan ini seharusnya jadi medan bantahan yang seluas-luasnya dan kita sebagai umat Islam dan rakyat Malaysia yang lain mewakilkan pengundi-pengundi di Hulu Selangor untuk jatuhkan BN sebagai pengajaran kepada mereka jangan subahat dengan syarikat pro Israel.

Timbalan Menteri Pengangkutan Robert Lau Meninggal Dunia


Ahli Parlimen Sibu meninggal dunia

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Robert Lau Hui Choi meninggal dunia di kediamannya di sini pada pagi Jumaat, setelah sekian lama menghidap barah.

Mendiang Lau berusia 68 tahun.

Setiausaha sulitnya, Peter Hu mengesahkan Lau, yang juga Anggota Parlimen Bandar Sibu, meninggal dunia pada pukul 11.10 pagi dan persiapan sedang diadakan untuk membawa jenazah mendiang ke kampung halamannya di Sibu.

Bernama



Blogger Umno sahkan berlaku perebutan calon di Hulu Selangor - Pemimpin Umno Selangor ancam Boikot!

Oleh: Pria Malaya

Ternyata bangkai gajah tidak dapat ditutup hanya dengan timbunan daun kering..kebusukannya pasti juga teserlah..Umno dan Najib kini berhadapan dengan keadaan yg cukup genting..hakikat ini tentunya tidak dirasai oleh Umno luar Hulu Selangor, tetap bahang dan kepanasannya dirasai oleh kepimpinan dan ahli/penyokong Umno Hulu Selangor sendiri... Mereka menuntut supaya calon melayu dari Umno untuk bertanding..mereka sanggup menghantar memorandum kepada Najib demi mempertaruhkan seorang calon berbangsa Melayu sebagai ayam sabung mereka menentang calon Melayu dari parti PR..bahkan lebih dari itu, mereka mengugut akan memboikot PRK kali ini jika tuntutan mereka tidak diendahkan.. Persoalan kini, apakah Najib lebih mengutamakan pandangan dari penduduk Hulu Selangor sendiri, atau hanya mengambilkira pandangan dan suara dari pihak luar Hulu Selangor..sama2 kita saksikan babak seterusnya... Ikuti pengakuan khas mengenai kemelut dalaman Umno/BN ini oleh seorang blogger Umno (csimelayu.blogspot.com) yang melaporkan langsung dari Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor, yang kemudiannya disahkan oleh seorang blogger fanatik Umno, House PK...wallahua'lam..


SPY LEMAN MELAPORKAN DARI HULU SELANGOR! PANAS DAN MEMBARA!

Dua tiga hari ni spy asyik meninjau kawasan di P094 Hulu Selangor. Bukannya apa, cuma nak menikmati keadaan disitu sebab selepas ni pasti sesak dan padat akibat dari pilihanraya kecil yang bakal berlangsung. Dalam pada spy meronda, terdengar juga kekalutan di kem Barisan Nasional sendiri tentang calon yang bakal mereka pertaruhkan disitu.

Walaupun Najib dah memberikan petunjuk bahawa calon dari MIC yang bakal dipertandingkan, namun masih ada lagi Ketua-ketua cawangan UMNO di Selangor yang tak berpuas hati. Mengikut tafsiran mereka, hanya calon UMNO sahaja yang boleh menang di kawasan Hulu Selangor. Mungkin puak-puak ni dah menilik kat bomoh siam kot sampaikan begitu konfiden sekali bahawa hanya calon UMNO sahaja yang layak menang.

Kadang-kadang, spy heran sungguh dengan perangai segelintir orang UMNO ni. Ada sesetengahnya emosi mereka mengalahkan perempuan yang dah menopous. Dan ada pulak yang perangai mengalahkan budak-budak kecik berumur 6 tahun. Spy kata macam tu sebab, spy dikhabarkan tadi, ada pemimpin-pemimpin UMNO di Selangor ni sanggup nak boikot pilihanraya di Hulu Selangor hanya semata-mata kerana Najib tak mahu menurut kehendak mereka supaya diletakkan calon UMNO.

Apa cerita ni bai..? Macam mana lu orang jadi pemimpin bahagian dan cawangan? Lu orang ingat Najib buat keputusan bagi MIC bertanding di Hulu Selangor tu ikut sedap hati dia saja ke? Kalau dah sampai nak buat memorandum dan juga ugut nak boikot hanya semata-mata mahu kehendak korang dipenuhi, tak ke bodoh namanya tu? Baik korang pakat-pakat letak jawatan macam si Ketua Wanita MCA tu. Kalau si Mei Fun yang pompuan tu pun boleh letak jawatan kerana mempertahankan prinsip dia, korang tu yang jantan patut malu kerana korang sanggup "menderhaka" kepada pemimpin tertinggi. Berani ke korang letak jawatan andaikata Najib letak juga calon MIC disitu?

Pemimpin-pemimpin UMNO di Selangor ni ingat dorang ni masih memerintah lagi ke? Sedar tak yang dorang ni dah jadi PEMBANGKANG di negeri tu? Ehhh..., korang tu dah bukan tuan di negeri Selangor tau tak? Negeri korang tu dah tergadai kepada Pakatan Rakyat tau. Jangan korang buat-buat lupa pulak ye. Spy nak tanya disini, kalaulah diletakkan calon UMNO di Hulu Selangor dan ditakdirkan KALAH, mana puak-puak yang mendesak nak sangat calon UMNO kononnya kehendak akar umbi ni nak letak muka? Sepatutnya semua kepimpinan UMNO di Selangor patut memikirkan bagaimana nak menang, bukannya sibuk berebut siapa yang patut jadi calon.

Jangan fikir Najib dan juga semua pemikirnya tu buta dan tuli dengan kehendak masyarakat setempat di Hulu Selangor. Bagaimana pulak kalau ditakdirkan andai calon MIC yang dipertaruhkan nanti beroleh kemenangan dipihak Barisan Nasional? Mana korang nak sorokkan "kemaluan" korang bai...?

Semua harus ingat, Selangor adalah negeri yang dikuasai pembangkang. Kerusi Hulu Selangor juga adalah milik pembangkang sebelum ini. Jadi kalau kalah pun tak menjadi masalah dan menang pun tak akan mengubah senario politik negeri Selangor. Barisan Nasional tetap menjadi PEMBANGKANG di negeri itu.

Apa susahnya, jikalah calon dari MIC kalah, PRU13 ada point yang cukup kuat untuk dicalonkan wakil dari UMNO pula.

Jika MIC menang kali ini, bermakna konsep persefahaman didalam parti Barisan Nasional akan lebih utuh dan persepsi masyarakat india di seluruh negara terhadap MIC serta permuafakatan yang ditunjukkan didalam Barisan Nasional akan kembali diyakini.

Itu saja bai..., tak perlu la kecoh-kecoh sedangkan kerjanya belum tentu dibuat atau tidak. Sedangkan puak-puak PR dan mula buat kerja tau. Anwar pun dah mula sumbangkan "wang ehsan" di Hulu Selangor. Puak-puak UMNO ni sedar ke tak?

Satu sahaja nasihat spy kepada kepimpinan dan juga pendukung wadah UMNO di negeri Selangor, berilah sokongan yang tak berbelah bahagi kepada Datuk Seri Najib.

Pada pandangan peribadi spy, Najib bukanlah seperti Tun Lah. Corak politik dan juga percaturan Najib adalah 10 kali lebih baik dari cara yang diamalkan di zaman Tun Lah. Dan barisan pemikir yang berada di belakang setiap keputusan PM kita ini juga bukan calang-calang individu.

Jadi marilah kita sama-sama bina kembali apa yang telah hilang didalam UMNO/Barisan Nasional pada PRU12 lalu. Kekuatan dan semangat perpaduan yang runtuh sewaktu zaman gelap Tun Lah dan menantunya patut kita gilap semula demi menjulang kembali maruah UMNO dan juga Barisan Nasional.

Takkanlah kita sanggup selama-lamanya berada dibawah belenggu pemerintahan kafir DAP, sosialis PKR dan munafiqun ulamak politik PAS. Dan yang paling teruk, takkanlah kita sanggup ber PM kan Anwar Ibrahim si penggemar lelaki tu?

Walaupun dah jadi lumrah manusia itu akan berbeza pendapat dan pandangan, namun spy harap kita boleh lupakan sekejap mengenai perbezaan pendapat kita demi untuk mencapai matlamat yang sama.

UMNO dan Barisan Nasional perlu kembali kuat untuk kesejahteraan rakyat dan juga kemakmuran negara.

Kalau kita asyik bercakaran waima soal calon pilihanraya kecil pun kita masih nak bertegang leher sampai tak ingat dunia, alamatnya terkuburlah kita bersama ego serta keangkuhan kita yang tak sehebat manapun nanti.

Spy harap, pemimpin serta pendokong parti UMNO di Selangor jangan menjadi seperti Pak Kaduk.

Yang menang hanyalah sorak sedangkan kampung sendiri habis tergadai.

Sedar atau tak yang pasti puak-puak di kem Pakatan Rakyat sedang bersorak melihat kamu semua meroyan bercakaran sesama sendiri.

Dengan izin..., Please grow up and behave like a real matured man !



Pakatan Rakyat : Perjuangan memperkasa rakyat tetap diteruskan

NIK NAZMI NIK AHMAD




Ulang tahun kedua keputusan Pilihan Raya Umum 8 Mac 2008 ditandai dengan beberapa pemimpin dan Ahli Parlimen keluar dan dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat.

Sayang sekali semua ini berlaku ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berdepan dengan perbicaraannya di mahkamah.

Pembelotan dan pemecatan bukanlah perkara baru dalam politik Malaysia. Pas pernah memecat Timbalan Presidennya, Datuk Hassan Adli yang menentang lembaga disiplin parti dalam krisis di Kelantan pada tahun 1977.

Lima tahun kemudian, Datuk Asri Muda, Presiden Pas ketika Datun Hassan dipecat, bersama isterinya Datin Sakinah Joned yang ketika itu ialah Ketua Muslimat Pas serta empat lagi Ahli Parlimen Pas meletak jawatan daripada parti Islam tersebut. Ketika itu Pas hanya tinggal seorang Ahli Parlimen yang bernama Nik Aziz Nik Mat dari Pengkalan Chepa. Pada tahun 1989, Ustaz Nakhaie Ahmad selaku Naib Presiden Pas memilih untuk menyertai UMNO.

UMNO sendiri kehilangan pengasas mereka yang juga Presiden pertama iaitu Datuk Onn Jaafar apabila cadangan beliau untuk membenarkan orang bukan Melayu menyertai parti tersebut ditolak.

Hakikatnya, Pas adalah sayap agama UMNO dan terpisah menjadi satu entiti politik berlainan tidak lama selepas 1951. Ketika Tun Dr Mahathir menjadi Presiden dan Perdana Menteri, Presiden kedua dan ketiga UMNO, Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn tidak mahu menyertai UMNO (Baru) dan berada di luar parti sehingga mereka meninggal dunia.

Dalam parti-parti lain Barisan Nasional juga, kita tahu bahawa ada yang membelot daripada MCA dan Gerakan dengan saling bertukar antara parti ini untuk beberapa waktu. MIC juga kehilangan pemimpin dan ahli yang membentuk IPF. Kita juga boleh memanjangkan kisah sejarah pembelotan politik ini di Sabah dan Sarawak.

Lompat parti

Di kalangan parti pembangkang, DAP juga pernah berdepan dengan wakil rakyatnya yang melompat parti. Ini turut melanda Keadilan sejak dari mula. Timbalan Presiden Chandra Muzaffar, Ketua Pemuda Ezam Mohd Noor dam rakan-rakannya semua telah meninggalkan parti. Juga Datuk Nallakarupan dan kini sebahagian mereka yang dipilih pada 8 Mac 2008.

Meskipun Anwar secara peribadi telah meminta maaf untuk mutu calon yang diketengahkan pada Pilihan Raya 2008, tidak wajar kita melihat situasi ini tanpa mengakui bahawa budaya politik dangkal daripada ‘elected dictatorship’ yang menindas rakyat sekian lama.

Politik telah menjadi sumber kekuasaan semata-mata, atau paling tidak, untuk naungan – atau istilah yang kini digunakan ‘kabel’. Bahkan buat sekian lamanya, hubungan ini adalah satu-satunya perkara yang diperlukan untuk mara ke depan dalam sesetengah parti. Tambahan pula, sistem keselamatan sosial kita tidak berfungsi. Seringkali penjawat awam kita hanya bertindak apabila ‘kabel’ politik ini digunakan.

Hasilnya, rakyat yang memerlukan bantuan tidak ada tempat merujuk kecuali kepada wakil rakyat. Harapan rakyat kepada Ahli Yang Berhormat terus meningkat sambil kuasa sebenar Parlimen dan Dewan Negeri merosot. Justeru para wakil rakyat tidak lagi hanya menjadi penggubal dasar, namun turut terpaksa menjadi pelobi perniagaan, pegawai kebajikan, pengutip sampah malah kaunselor perkahwinan!

Dalam banyak sesi saya bersama penduduk yang saya wakili, berdepan dengan semua masalah ini dan menyedari inilah yang biasanya dimahukan rakyat biasa daripada wakil rakyat mereka.

Bukanlah saya dan rakan-rakan seperjuangan ingin merungut. Tujuan kami bertanding dalam pilihan raya sendiri jelas untuk berkhidmat kepada rakyat. Ini hanyalah satu gambaran skop kerja yang dihadapkan kepada kami.

Cabaran Keadilan bukan saja kerana kami sebuah parti baru. Kami bercita-cita untuk membawa persekitaran politik Malaysia yang lebih baik sebagaimana yang tertera dalam dasar utama perjuangan kami “untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang adil dan negara yang demokratik, maju dan bersatu”. Ini bermaksud menentang corak dan gaya politik Malaysia yang korup, terpecah dan bersifat autoritarian.

Ini bukannya mudah kerana akan menjejaskan mereka yang hidup senang dengan gaya dan persekitaran politik lama. Mereka akan cuba menghalang usaha membawa gaya dan persekitaran politik baru ini, sekali gus bertukar menjadi babak-babak drama yang kita tonton selama ini.

Keadilan lahir daripada rakyat biasa. Kami hadir berjuang dengan hati dan minda di kampus universiti dan kampung, pada waktu Reformasi, dibasahi keringat, air mata dan jiwa rakyat.

Pada waktu itu, berdepan dengan pancutan air daripada trak FRU dan dimasukkan ke lokap dan penjara adalah satu kebanggaan. Pengorbanan mereka pada zaman awal Reformasi sangat membanggakan: ada penjawat awam yang dipindahkan ke kawasan ceruk, ada usahawan yang kehilangan kontrak sementara ada mahasiswa dikenakan amaran dan dibuang dari universiti.

Apa yang menyatukan semua reformis pada waktu itu bukanlah isu-isu klise dalam politik Malaysia iaitu kaum dan agama tetapi ia satu sikap kemanusiaan untuk bangun membela keadilan dan kebebasan.

Reformasi menafikan pandangan bahawa rakyat Malaysia adalah jenis individu yang hanya pentingkan diri sendiri. Pemimpin dan ahli kita bukanlah mereka yang jatuh daripada langit tetapi rakyat biasa yang hadir menyatakan sikap daripada kemarahan dan kesabaran yang diuji. Kita akan terus menyatakan sikap untuk prinsip yang sama.

Melihat kepada riak wajah rakyat pada waktu itu, segelintir berpendapat bahawa perjuangan ini hanya berjangka pendek kerana kejayaan akan hadir dalam masa singkat. Ada yang kecewa kerana pada tahun 1999 Keadilan hanya memenangi 5 kerusi di kawasan majoriti Melayu dan ramai tokoh-tokoh utama parti tewas. Maka, sebahagian daripada mereka pergi meninggalkan parti. Tetapi itu bukanlah prestasi tercorot parti.

Sayap Pemuda

Masa paling perit yang dihadapi ialah pada tahun 2004 ketika UMNO-BN menguasai 90 peratus daripada kerusi Parlimen dan Keadilan hanya mengekalkan kerusi Parlimen Permatang Pauh. Ada yang menyimpulkan bahawa Malaysia tidak bersedia untuk sebuah politik progresif pelbagai kaum dan Keadilan akan berakhir sama seperti Semangat 46. Malah ada yang terus menyanyikan nada yang sama pada hari ini.

Reformis dan mereka yang setia dengan parti terus berjuang dalam keadaan itu. Saya pulang dari United Kingdom setahun kemudian dan terus menyertai Keadilan Cabang Kelana Jaya. Cabang tersebut adalah satu daripada yang terbaik, namun begitu pun mesyuarat kami masih hanya berlangsung di kedai mamak atau rumah ahli parti kerana tidak mampu menyewa premis untuk dijadikan pejabat.

Ketika ramai yang menyepikan diri, mereka yang berdedikasi terus memastikan semangat Reformasi hidup. Kami menganjurkan pertandingan boling untuk bertemu anak muda dan mengumpul dana bagi Angkatan Muda.

Projek kelas tambahan percuma dimulakan beberapa bulan sebelum Pilihan Raya apabila beberapa rakan termasuk saya berkumpul, merangka dan menggantung kain pemidang, menyebarkan risalah dan mendidik pelajar. Kami tidak didorong untuk mendapatkan kontrak pada satu hari nanti, tetapi kerana kepercayaan kami bahawa ini adalah parti yang diperlukan oleh Malaysia dan ia mesti dibina daripada akar umbi.

Ketika sayap pemuda sedang membina semula kekuatannya, kami berkelana seluruh negara untuk menyebarkan risalah, memotivasikan ahli-ahli yang tidak aktif dan memberi ceramah kepada masyarakat. Saya masih ingat seorang daripada pimpinan Angkatan Muda, Kesavan yang mengisytiharkan dengan bangga bahawa beliau hanya akan berkahwin jika memenangi Pilihan Raya Umum Ke-12 di Hutan Melintang, Perak. Kami tertawa – jika prestasi lepas mahu dijadikan ukuran, Kesavan mungkin membujang seumur hidupnya. Ketika saya berhenti di kawasan beliau untuk membantu sebaran risalah, orang ramai tidak tahu bahawa Keadilan masih wujud dan aktif.

Apapun memegang amanah kuasa rentetan kejayaan 8 Mac 2008 adalah mencabar (termasuk YB Kesavan yang menang dan melegakan rakan-rakan serta keluarga dan kini boleh berkahwin).

Dari satu segi, terdapat reformis yang mahu melupakan hal lalu dan merangka haluan baru negara, mencari peluang yang dinafikan kepada mereka akibat jaringan politik ketika UMNO-Barisan Nasional berkuasa. Dengan jangkaan yang begitu, menjadi seorang wakil rakyat di Malaysia adalah mahal dan membebankan.

Ada juga mereka yang menjadikan politik seperti skim cepat kaya untuk mereka dan pengikut mereka. Mereka mahu mengekalkan budaya politik jelek, hanya dengan menggantikan nama baru.

Apabila kerajaan Pakatan Rakyat bertegas dengan komitmen untuk memastikan urus tadbir yang baik, pertanggungjawaban dan ketelusan sebagai garis asas pentadbiran, ada yang mengugut parti dengan kedudukan kerusi wakil rakyat mereka sebagai pertaruhan. Selain itu, ada misalnya cuba memalukan kepimpinan di media massa seperti apa yang berlaku kepada Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor. Mereka ini mendahulukan kepentingan diri mereka dan tidak menghormati usaha keras dan susah payah Anwar membina

Reformis senyap

Pakatan Rakyat sebagai sebuah gabungan parti-parti yang boleh dipercayai boleh menjadi kerajaan satu hari nanti. Itu belum termasuk usaha lawan untuk mematikan hayat politik beliau, khususnya dengan kesnya di mahkamah.

Apabila tuntutan mereka tidak dipenuhi oleh parti, mereka keluar dan mendakwa kecewa dengan pendirian parti terhadap isu Islam dan Melayu sambil menyatakan kekecewaan dengan rakan lain dalam kepimpinan Pakatan Rakyat. Mereka cuba menggambarkan diri mereka seorang negarawan yang sangat berprinsip, walhal hakikatnya motif mereka adalah cetek dan jahat.

Ketika mereka semua mendapat tempat sebagai tajuk utama media, ramai ahli, reformis dan pemimpin yang komited dalam Pakatan Rakyat meneruskan perjuangan mereka dalam senyap. Mereka melakukan semua ini tanpa habuan dan sambutan, bahkan berdepan dengan godaan serta risiko lain yang banyak.

Seorang ADUN memberitahu bahawa beliau menerima banyak panggilan daripada BN dan ejen mereka untuk melompat parti. Beliau kini mempunyai hutang kad kredit sehingga RM40,000 semata-mata untuk memenuhi komitmennya kepada pengundi. Beliau meyakinkan saya:

“Saya boleh terima tawaran mereka dan hidup dengan senang. Tapi bagaimana saya mahu tunjukkan muka kepada para pengundi yang memberikan kepercayaan mereka kepada saya sebagai wakil cita-cita parti?”.

Contoh lain: saya bertemu dengan seorang rakan di masjid dan beliau mengatakan tidak mahu terlalu ke depan selepas 8 Mac 2008. Kerana beliau telah bekerja kuat untuk membantu kemenangan yang ada, saya bertanya sebabnya. Beliau berkata bahawa “Saya tidak mahu dilihat mengambil kesempatan ketika parti telah berkuasa”.

Membina sebuah gerakan yang dapat terus menjiwai cita-cita murni dan mengajak seluruh jamak masyarakat Malaysia untuk bersama berdepan dengan sebuah sistem yang korup dan bersifat autoritarian tentu saja tidak mudah. Tetapi kita tiada pilihan lain.

Ada yang berpendapat bahawa kejayaan 2008 adalah tanda bahawa perjuangan ini akan tamat dan berhasil. Ini adalah satu pandangan yang tersasar. Hatta kita menawan Putrajaya sekalipun, perjuangan ini mesti diteruskan. Perjuangan memperkasakan seluruh rakyat Malaysia, menghidupkan mesej kebebasan dan keadilan di bumi bertuah ini akan tetap diteruskan. Perjuangan ini diteruskan selagi mana ada rakyat Malaysia menderita dan memerlukan bantuan.

Tugas ini mungkin tidak dapat diselesaikan semasa hayat kita, tetapi sebagaimana Presiden Amerika Syarikat John F Kennedy pernah menyebut – tugas ini perlu dimulakan. Dengan memulakan langkah perjuangan ini, dengan izin Allah SWT satu hari nanti kita akan meninggalkan dunia ini dengan mengetahui bahawa kita telah melakukan apa yang perlu bagi memastikan generasi akan datang mewarisi Malaysia yang lebih baik.


* Nik Nazmi Nik Ahmad ialah Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor dan ADUN Seri Setia.


hijau kuning



Pulon Kedah Pulon.. Menang piala FA.. beraksi Piala AFC secara automatik


Juara dapat tiket automatik Piala AFC


KUALA LUMPUR - Selain memburu Piala FA pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok, Negeri Sembilan dan Kedah juga akan bertarung untuk merebut tiket ke saingan Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) pada tahun depan.

Ini kerana hanya juara Piala FA akan mendapat tempat secara automatik untuk beraksi pada kejohanan yang dianggap persaingan kelas kedua selepas Piala Liga Juara-juara Asia (ACL) yang membabitkan kelab-kelab dari benua Asia, kata Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Azzuddin Ahmad.

“Satu lagi tempat akan diberikan kepada pasukan yang menjuarai Liga Super pada musim ini,” katanya.

Pada tahun ini hanya Selangor yang muncul juara Liga Super dan Piala FA pada musim lepas (2009) menjadi wakil tunggal Malaysia pada kejohanan itu setelah naib juara Liga Super, Perlis menolaknya.

Kali terakhir Negeri Sembilan beraksi pada Piala AFC adalah pada 2007 manakala Kedah turut beraksi pada tahun lepas, namun kedua-dua pasukan hanya sekadar melengkapkan perlawanan pada peringkat kumpulan.:

Azzuddin berkata, selain Piala FA dan tiket ke Piala AFC, juara akan menerima RM100,000 manakala RM50,000 kepada naib juara.

FAM menjangkakan 70,000 peminat akan membanjiri Stadium Nasional di mana 25,000 tiket dijual di Kedah, 30,000 di Negeri Sembilan dan baki 15,000 akan dijual di Stadium Nasional pada hari perlawanan, bermula 9 pagi. - Bernama


Jumaat, 9 April 2010

Zul Noordin , Zahrain ikut Najib ke Amerika



Malaysiakini dalam beritanya Dua MP Bebas sertai rombongan PM ke Amerika ;

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abd Aziz, yang bertanggungjawab berhubung hal ehwal parlimen mempertahankan keputusan kerajaan untuk membawa dua ahli parlimen Bebas mengiringi lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke Amerika Syarikat.

Datuk Seri Zahrain Hashim (Bebas-Bayan Baru) dan Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim Bandar Baru), kedua-dua mereka sebelum ini ahli PKR, akan ke Washington, Rabu depan bagi menyertai rombongan Malaysia ke Kaukus Kongress Amerika Syarikat.

"Disebabkan kekerapan MP pembangkang membuat undian secara blok (memerlukan kehadiran MP untuk mengundi) pada setiap kali sidang Parlimen, saya memutuskan bahawa tiada MP Barisan Nasional yang akan dibawa keluar negara apabila parlimen bersidang.

"Juga adalah tidak adil bagi memaksa MP pembangkang mengiringi Perdana Menteri untuk lawatan ini.

"Mereka akan menuduh saya tidak berlaku adil kerana mereka juga memerlukan jumlah berkenaan bagi pengundian secara blok.

“Jadi, yang boleh pergi ialah hanya MP Bebas,” katanya di lobi parlimen.-Malaysiakini

Alasan yang diberikan Nazri itu hanya sekadar untuk mengiakan pemergian dua MP Bebas tersebut yang digelar 'anjing penyerang BN' oleh Saifuddin Nasution MP Machang. Zul Noordin dakwa beliau ditawar ganjaran untuk fitnah Najib dalam isu Altantuya tapi hingga sekarang tidak dedahkan siapa yang terlibat.Musa Hasan KPN kata beliau akan siasat dakwaan Zul itu.

Mungkin Najib, Zul Noordin dan Zahrain akan tidur sebilik di Amerika , mengatur 'strategi ' seterusnya untuk digunakan dalam prk Hulu Selangor. Sapa tak nampak beb! macam-macam depa buat rancangan di sana. MISAIMERAH

Umno terus memburu dosa


http://episodeperjuangan.blogspot.com/

Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi,
Ketua Pemuda PAS.

1. Permulaannya saya bersyukur apabila Umno menghentikan amalan mengalung bunga ke Tugu Kebangsaan walaupun ianya adalah suatu tindakan yang terlalu lewat setelah mereka bergelumang dengan amalan syirik itu sejak 22 tahun yang lalu setelah Fatwa Syirik dari Majlis Fatwa Kebangsaan digazetkan .

2. Saat semua pihak menumpukan perhatian kepada gaya pendekatan Datuk Seri Najib selaku Perdana Menteri yang dikatakan mula mendapat sokongan 68% , tindakan Datuk Najib menghentikan amalan syirik yang sekian lama diamalkan oleh Kerajaan UMNO dan BN sangat dialu - alukan.

3. Amalan syirik ini pernah dihentikan seketika di zaman Tun Dr Mahathir tetapi malang edisi syirik itu terus disuburkan kembali oleh pendiri mazhab Islam Hadhari di zaman Tun Abdullah . Alhamdulillah , Datuk Seri Najib kembali menghentikannya dan harapan kita agar ia terus dihentikan buat selama - lamanya .

4. Namun malang , apa yang dikatakan UMNO ialah sebuah parti yang dasarnya terus memburu dosa dan selesa untuk terus bergelumang dengan dosa . Manakan tidak , sejurus mereka menghentikan amalan syirik mengalung bunga ke tugu kebangsaan , mereka cipta satu lagi dosa besar yang lain iaitu Judi Sukan .

Firman Allah di dalam Surah al-Maidah ayat 90-91 yang bermaksud :

“ Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak dan judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah semata-mata kotor dari perbuatan syaitan. Oleh itu, hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian antara kamu dengan sebab arak dan judi adan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan dari mengerjakan sembahyang. Oleh itu mahukah kamu berhenti daripda melakukan perkara keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil ?”.


5. Perdana Menteri telah mengemuka cadangan untuk menghalalkan Judi Sukan di dalam negara kita sewaktu menghadhiri Persidangan Asia Credit Suisse kali ke 13 di Hong Kong . Saya kira ini adalah cadangan yang sungguh tidak bertanggungjawab . Bukan sahaja tidak mengambil kira soal dosa pahala tetapi juga dilihat sebagai satu usaha untuk terus menjerumuskan negara dan rakyat ke lembah maksiat serta mungkar .

6. Antara hikmah mengapa Islam mengharamkan judi adalah sepertimana yang dinyatakan oleh Sheikh Dr. Yusof al-Qaradawi antaranya :

a- Kerugian mendorong pihak yang kalah untuk mengulangi lagi, barangkali dengan ulangan yang kedua itu dapat menutup kerugiannya yang pertama. Sedang yang menang, kerana didorong oleh enaknya kemenangan, maka ia tertarik untuk mengulangi lagi. Kemenangannya yang sedikit itu mengajak untuk dapat lebih banyak dan sama sekali dia tidak ingin untuk berhenti.


Begitulah berkaitnya putaran dalam permainan judi, sehingga hampir kedua putaran ini tidak pernah berpisah. Dan inilah rahsia terjadinya pertumpahan darah antara pemain-pemain judi.


b- Hobi ini merosakkan masa dan aktiviti-aktiviti kehidupan dan menyebabkan si pemain-pemainnya menjadi manusia yang tamak, mereka mahu mengambil hak milik orang tetapi tidak mahu memberi .


Selamanya pemain judi sibuk dengan permainannya, sehingga lupa akan kewajibannya kepada Tuhan, kewajibannya akan diri, kewajibannya akan keluarganya dan kewajibannya akan ummat keseluruhannya .


Tidak terlalu jauh kalau orang yang asyik itu akan berani menjual agamanya, harga dirinya dan tanah airnya, demi permainan judi. Kecintaannya terhadap hidangan ini akan mencabut kecintaannya terhadap barang lain, atau nilai apapun.


Keasyikan ini dapat menaburkan benih permainan judi dengan segala macam cara. Sampai pun tentang harga dirinya, keyakinannya dan bangsanya, akan rela dikorbankan demi terlaksananya pekerjaan yang sia-sia ini.


Betapa benarnya dan indahnya susunan al-Quran yang mengkaitkan arak dan judi ini dalam satu rangkaian ayat dan hukumnya, sebab bahayanya terhadap pribadi, keluarga, tanah air dan moral adalah sama.


Betapa benarnya al-Quran yang telah menjelaskan kepada kita, bahwa arak dan judi adalah salah satu daripada perbuatan syaitan; dan kemudian diikutinya dengan menyebut berhala dan azlam serta ditetapkannya kedua hal tersebut sebagai perbuatan yang najis dan harus dijauhi.

Judi yang terdapat di dalam sukan :


a- Menentu dan mengatur perlawanan


· Sebelum pertandingan bermula keputusan perlawanan sudah ditentukan

· Sogokan akan diberikan kepada atlit atau pegawai perlawanan untuk mengatur keputusan pertandingan


b- Bertaruh keputusan pertandingan


· Peminat sukan akan bertaruh untuk satu-satu pertandingan contoh bola sepak. Peminat akan bertaruh dari segi keputusan pertandingan mahupun jaringan.


Impak sekiranya perjudian ini diteruskan di dalam sukan negara kita:


a. Mencemarkan imej Malaysia selaku sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi .


b. Kualiti dan mutu sukan di Malaysia juga akan merosot sekiranya unsure-unsur perjudian sudah bertapak di dalam arena sukan di Malaysia . Ini kerana pertandingan yang diperjudikan itu telah diatur kemenangan mahupun kekalahan masing-masing .


c. Menjejaskan kepercayaan yang datang dari peminat-peminat sukan .


d. Bayaran yang dibuat kepada seseorang secara personal demi merealisasikan pertaruhannya akan menyebabkan hubungan di antara ahli sukan yang sepasukan boleh terjejas.

p/s :


Judi juga adalah di larang di dalam agama hindu (rujukan web http://bali.stitidharma.org/judi-dalam-pandangan-hindu/)


Semua Pakat Meluat Kat UMNO

MCA Meluat Pangai UMNO

Dalam laporan Malaysiakini Konvensyen BN, wakil MCA bertindak keluar dewan melaporkan;Baca kat bawah......

Usaha Barisan Nasional untuk merampas Selangor dari Pakatan Rakyat dengan agenda konvensyennya di Shah Alam, hari ini menerima tamparan apabila 15 perwakilan MCA Kapar bertindak meninggalkan majlis itu.

Ketua MCA Kapar, Datuk Song Kee Chai yang dihubungi melalui telefon berkata antara punca tidak puas hati mereka ialah kerana MCA dianak-tirikan pada konvensyen berkenaan. Antaranya hanya lagu BN dan Umno dinyanyikan sedangkan lagu parti komponen lain tidak diendahkan.

“Konvesyen itu dianjurkan oleh BN, jadi menyanyikan laguUmno tidak mencerminkan semangat BN dan juga 1Malaysia,” kata Song lagi.Baca lanjut klik di atas.

Kalau adik beradik Umno dan sepupu sepapatnya pun dah meluat dengan perangai assobiyyah Umno kita nak sokong Umno buat apa lagi?Pembohongan demi pembohongan dan menafikan pembabitan syarikat pro Israel dalam projek 1Malaysia dan meresapnya pengaruh perisik Yahudi dalam PDRM secara semberono dan lawak menghilangkan kepercayaan rakyat kepada Umno-Bn.

Umno hanya berubah untuk bolot kekayaan negara untuk suku sakatnya. Umno hanya bimbangkan kesusahan kroni-kroninya untuk cari makan di Selangor bukan bimbangkan keselamatan negara yang digadai kepada musuh negara dan musuh umat Islam keseluruhannya.

Pengundi yang bijak akan menyekat kemaraan Umno-Bn di Hulu Selangor.Pengundi yang bijak berfikir betapa mudahnya keselamatan negara dibolosi agen Israel akan mengajar Umno bahawa rakyat bawahan tidak se pekak dan setuli Umno yang tidak mahu mendengar jeritan rakyat yang sayang negara ini supaya tidak digadai dengan harga yang murah.

Kuek Ser Kuang Keng & Regina Lee
Apr 7, 10
3:05pm

Konvensyen BN, wakil MCA bertindak keluar dewan



Usaha Barisan Nasional untuk merampas Selangor dari Pakatan Rakyat dengan agenda konvensyennya di Shah Alam, hari ini menerima tamparan apabila 15 perwakilan MCA Kapar bertindak meninggalkan majlis itu.

Ketua MCA Kapar, Datuk Song Kee Chai yang dihubungi melalui telefon berkata antara punca tidak puas hati mereka ialah kerana MCA dianak-tirikan pada konvensyen berkenaan.

Antaranya, hany
a lagu BN dan Umno dinyanyikan sedangkan lagu parti komponen lain tidak diendahkan.

“Konvesyen itu dianjurkan oleh BN, jadi menyanyikan laguUmno tidak mencerminkan semangat BN dan juga 1Malaysia,” kata Song lagi.

Selain itu, katanya, hanya tetamu dan pemimpin utama dari Umno yang dijemput duduk di pentas utama. Mereka termasuk Datuk Mohd Zin, Datuk Seri Noh Omar, Shafei Abdullah dan seorang lagi.

Tiada tetamu ataupun pemimpin parti komponen lain yang dijemput ke pentas utama.

Menurut Song apa yang menghangatkan lagi suasana ialah ketika ucapannya, Noh Omar yang juga timbalan pengerusi perhubungan Umno Selangor berkata orang Melayu telah banyak berkorban demi rakan-rakan bukan Melayu.

Menurut Noh, rakyat bukan Melayu sepatutnya berterima-kasih kerana diberikan kerakyatan.

Noh Omar jug

a memetik ucapan daripada presiden keempat MCA, Tun Tan Siew Sin dan presiden kelima MIC, Tun VT Sambathan pada zaman era tahun 1960an yang memuji Umno kerana memberikan kerakyatan kepada bukan Melayu.

Song berkata bahagiannya menganggap ucapan Noh itu satu penghinaan kepada masyarakat Cina dan India di negara ini.

Di sebalik memulaukan sebahagian besar aktiviti konvensyen itu, Song dan ahli-ahlinya akan kembali petang ini untuk menghadiri pelancaran kempen 'BN Mampu Berubah, Sayangi Selangor Yakini BN dan Selangor Take Over Plan (STOP) PRU 13.

Sementara itu, setiausaha agung MIC, S Murugesan juga melahirkan rasa kurang senang kerana tiada pemimpinnya diletakkan di pentas utama.

"Nampaknya mereka seperti tidak menghormati kami,” katanya.

Bagaimanapun katanya, aduan sudah disampaikan kepada pengerusi penganjur, Mohd Zin yang berjanji memperbetulkan keadaan.

"Mereka telah meletakkan kerusi tambahan di pentas dan berjanji kepada saya bahawa lagu Umno tidak akan dinyanyikan pada sessi petang apabila Perdana Menteri, Najib Razak tiba.

"Jadi buat masa ini, saya tiada masalah,” katanya.

Ketika dihubungi, Mohd Zin yang juga ahli parlimen Sepang berkata dia tidak menyedari berlaku tindakan meninggalkan konvensyen itu kerana Song tidak bercakap dengannya.

"Apa isunya? Saya tidak melihat sebarang isu,” katanya sambil menambah bahawa dia tidak menerima sebarang aduan rasmi.

Beliau juga mempertahankan lagu Umno dinyanyikan pada sessi sebelah pagi dengan alasan kerana jawatankuasa majlis itu diketuai oleh Umno.

Mohd Zin meminta pihak media supaya tidak menjadikan perkara berkenaan sebagai isu dan mengingatkan bahawa hanya lagu BN dimainkan pada sessi petang.

“Bagaimanapun jika saya membuat silap, saya sanggup memohon maaf,” katanya.

Kita Tengok 1Malaysia Melayu Hulu Selangor Nak Pangkah Sapa

Ayat-ayat cinta Umno punah, MIC bertanding di Hulu Selangor

Walaupun Umno Selangor menggunakan ayat-ayat cinta, ayat -ayat power bahkan sanggup melutut di hadapan PM Najib tapi tu semua tak mampu goyahkan hati dan perasaan Najib untuk dengar hati dan perasaan Umno Selangor untuk bertanding di prk Hulu Selangor. MIC juga pilihan PM Najib. Najib kecut perut akan gertakan Samy Vellu yang siang-siang lagi kata kerusi Hulu Selangor milik MIC.

Hari ini dalam ucapan Konvensyen BN Selangor Najib kata hanya MIC yang akan dicalonkan bertanding prk Hulu Selangor.Konvensyen BN Selangor juga tercemar kerana sikap Umno telah menyebabkan parti komponen BN, MCA telah cabut lari kerana tak tahan dengan sikap Umno yang racis walaupun dalam tong yang sama.

Malaysian Insider dalam laporannya Najib sahkan Hulu Selangor kerusi MIC melaporkan;
Ada Power lagi Ghupanya

Teka-teki siapa bakal tanding di kerusi Parlimen Hulu Selangor berakhir hari ini dengan jaminan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa MIC akan meneruskan tradisi cabaran mewakili Barisan Nasional (BN).

“Biar saya mengatakan di sini, kerusi Hulu Selangor akan ditandingi seorang calon dari MIC sebab ia kerusi MIC,” kata beliau dalam ucapannya pada Konvensyen BN Selangor di sini hari ini.

Dalam Malaysiakini pula PM :MIC bertanding di Hulu Selangor tapi tak sebut calon melaporkan;

"Kerusi (parlimen) Hulu Selangor akan ditandingi oleh seorang calon dari MIC, kerana itu kerusi MIC," kata Datuk Seri Najib Razak kepada pemberita di Shah Alam hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak mengumumkan siapakan calon dari MIC itu.

"Biar calon ditentukan oleh pengerusi BN (Najib) sebab saya nak kita menang," kata Najib yang juga pengerusi BN.

Bagaimanapun kata beliau, calon akan diputuskan oleh Pengerusi BN.-Malaysiakini

Umno tentu rasa menyesal tak sudah dengan sikap Najib yang belakangkan suara akar umbi ahli-ahli Umno yang mahukan calon Melayu bertanding di kawasan Hulu Selangor yang majoriti pengundinya orang Melayu.Pengundi Melayu yang beragama Islam mesti bersatu hati bersama pengundi bukan Melayu untuk tumbangkan BN di Hulu Selangor.Tindakan MCA yang bertindak keluar dewan dalam konvensyen BN Selangor itu merupakan suara hati orang Cina di Selangor yang bencikan Umno-Bn.
Lapor Malaysiakini lagi;

Sementara itu, naib ketua Umno bahagian Hulu Selangor, Datuk Adnan Buyong, ketika diberitahu mengenai pengumuman najib itu berkata:
"Nak tanya apa? Pemimpin sudah umum. Dia pemimpin kita, apa dia cakap kita kena terimalah," katanya.

Ditanya sama ada ia akan memberi kesan negatif kepada pengundi, Adnan menjwab:

"Kita sebelum ini bagi pandangan sahaja. Dia mungkin ada kajian dia (yang tersendiri). Dia pemimpin, makam (kedudukan) kita tak sama.

"(Ketawa) Apa dia kata kita kena terimalah," kata Adnan.

MISAIMERAH



HAHAHA.. START BULAN MEI NI KITA SEMUA BOLEH MATI NAK BELI PETROL

Bulan Mei - petrol RM3.70 sen seliter ?


Jangan ada yang sasau dan naik sawan Mei depan. Sasau kerana tentu harga barang akan naik mencanak. Bukan setakat pembeli yang sasau, peniaga juga akan sasau kalau setiap hari terpaksa 'berkelahi' dengan pembeli kerana harga barang tiba-tiba jadi mahal. Kesian pembeli dan peniaga, kerana mereka 'rakyat', bukan kerajaan. Tahap sawan juga pasti meningkat, sawan 'bermusim'. Apa tak sawan? Jika sekarang ni pun rakyat teruk menjerut poket dan perut bagi meneruskan kehidupan, tentu makin teruk 'sawan'nya bila harga minyak petrol akan cecah RM3 dan lebih bulan depan. Apapun 'modal' ini sungguh berguna untuk P094, hulu Selangor !

kumanddieaf-SkyNet News Asia melaporkan minyak di Malaysia akan naik sehingga RM3.70 seliter pada 1 Mei nanti. Hidup UMNO !!! UMNO pembela rakyat.

Pergi mampos sama Cifut Anwar, petualang negara. Biar Anwar masok penjara sampai tua. Kita bela UMNO . UMNO berjasa kepada Melayu.

Pergi mampos sama Kumanddie. Pada 1hb Januari 2010 tahun ini, Kumanddie cakap Najib nak naik minyak di antara RM3.50 sehingga RM3.90 seliter. Tapi sampai sekarang tak naik-naik pon. Kumanddie nie CIA kot. Cuba nak pecah-belahkan Umat Melayu.

PUTRAJAYA, Jan 8 – The mechanism for fuel pricing in Malaysia has finally been finalized and controlled under one mechanism, which also takes the high and lower income group people into consideration, according to Finance Trade Minister Tan Sri Anuar Ali.
“From May 1, the fuel will be pegged at RM 3.90 per litre for RON97, while RON95 will increase to RM 3.70 per litre. However, the prices of national-made vehicles will be lowered by at least 40 percent. For example, a full-spec family sedan Proton Persona 1.6 litre engine will cost around RM 23,000.00 excluding road tax and insurance. Import tax and excise duty will be revised to only 30 percent, from the current 200 percent. Imported vehicles such as the new Toyota Camry 2.4 litre engine will cost around RM 65,000.00.” he said.

The mechanics has been said to be undertaken by a team of experts from Australia and Canada who were earlier briefed on the issue of subsidy in this country, whereas after consideration by the transport minister, they have signed the constitution that the system will be made on May 1, the day it goes into effect.

Under the new system, there will be a major effect on the existing consumers who have already purchased a vehicle and to those who are in the midst of repaying the loan of their vehicle to their financial institutions.

Ahmad Tajuddin said the government might also re-introduce a cash return annually to Malaysians who own a 1,500 cc and below vehicle. The amount have yet to be decided but he assured that the amount will compensate the price of fuel by at least half to eligible Malaysians based on bumi quota.

– SkyNet News Asia

Kahkahkah........ padan muka kita semua. Kamu semua mungkin ada yang jadi miskin selepas 1 Mei nanti. Tapi jangan risau, berita tu dah lapok. Kerajaan sudah bersetuju untuk turun sedikit harga minyak. Mungkin akan menjadi RM3.00 seliter kalau tidak silap saya. Sedikit je tu. Sikit kepala b*****..

Jadi bagi mereka yang tidak ada basikal dan motor, bolehlah menempahnya sekarang. Selepas 1 Mei nanti, bukan setakat motor kapcai naik harga, basikal tua pon mungkin akan naik harga juga.

Selepas isu minyak bermula , kita tunggu kehadiran peristiwa WW3 pula menjelma. Kita sama-sama saksikan. Wallahualam bissawab.
- albanjari

NAJIB BODOH..!!! BLOGGER UMNO KATA, BUKAN AKU KATA

NAJIB BODOH...


(print screen dari blog darulehsantoday)

Hahaha.. Artikal dibawah ni aku ambil dari blog darulehsantoday. sejak bila pulak blogger umno ni baru terperasan yg tuan presidennya ni bodoh? Bukan ke sejak azali lagi memang dah bodoh ? kalau dah najib tu bodoh, bermakna sampah2 yang menyokong najib ni lagi la seribu kali bodoh... hehehehe.. selamat membaca...

NAJIB BODOH... hanya itulah perkataan yang sesuai untuk najib yang menolak mentah-mentah suara rakyat hulu selangor, sudah terang-terang rakyat dan pengundi menolak calon mic, najib masih lagi bangang mahu meletakan calon mic disana. sejak bila suara manoriti mengatasi suara majoriti? dalam pentadbiran najib yang baru berusia setahun jagung suara mainoriti nampaknaya lebih di utamakan oleh najib.

Hari ini, najib menghampakan seluruh rakyat dan pengundi hulu selangor, di shah alam petang tadi, najib mengumumkan satu berita yang boleh membawa petaka yang cukup besar buat bn selangor, pengumuman mic sebagai wakil bn untuk bertanding di hulu selangor boleh di ibaratkan najib dah awal-awal standby kubur untuk bn.

Kenapa suara majoriti penduduk hulu selangor tidak mahu di dengar oleh najib? adakah dia nak tunjuk yang dia bagus dalam segala hal politik, atau dia memang bodoh sombong orangnya, hanya najib yang mampu menjawab, mungkin akan ada yang kata, najib letak calon mic untuk menguji kekuatan dan jentera dan gerak kerja mic, jawapan aku senang, sejak bila mic ada jentera sendiri, nanti yang pasang poster yang bergaduh yang berparang pun umno juga, jadi kanapa mesti hulu selangor menjadi tempat untuk menguji kekuatan mic, pergi mampos dengan semangat muafakat bn, buat apa nak muafakat kalau kerusi yang sepatutnya kita boleh menang tapi disebapkan salah pilih calon akhirnya kerusi itu kita kalah, itu bukan muafakat, itu bodoh namanya. terang-terang mic sudah lumpuh sekarang ini, mic ibarat seperti melukut di tepi gantang, so najib tak perlulah nak mengadai kerusi yang bn telah menang, dari tinjauan det dan gap berberapa hari ini, bn sudah menang kerusi hulu selangor kalau calon melayu umno bertanding di sana, tetapi kenapa najib masih berdegil untuk meletakan mic di situ.

Wanita umno sekarang ini sudah berkampung di hulu selangor, ada berberapa tempat yang di hulu selangor yang jentera wanita dah masuk, cuba najib pi tanya dengan jentera wanita, siapa calon yang penduduk sana nak, aku yakin 100% jentera wanita akan kata, penduduk di sini minta calon melayu umno, aku cukup yakin, kerana ada tempat-tempat yang wanita masuk buat survay tu akan dan gap dah pernah masuk. buat apa kita nak habiskan tempoh berkempen untuk memujuk pengundi supaya memilih calon yang mereka tak minat, sedangkan dalam tempoh selama itu kita sudah boleh menyerang pakatan sial dengan semaksimum yang boleh, tak ke bodoh strategi politik macam tu.

Aku akan tegakan kan balik gambar najib kalau 15 hari bulan ini, najib umum calon bn dari umno. Esok akan upload kan klip video suara penduduk hulu selangor yang meminta bn meletakan calon melayu umno dan suara ini bukannya datang dari mulut orang melayu, tapi permintaan dari kaum cina. - darulehsantoday



Munafiq : CAKAP TAK SERUPA BIKIN

Hari Tu Menteri Kata Sekolah Tak Boleh Berpolitik...Tapi ini apa dia..???

oleh AnakKedah007.blogspot.com

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiFdcPBsaebu-AZpBkIMhTy8tgRpp0Tvnft63gJsZnwsBDzC79DZGbQOkYvZA8wispnSS4-ESZ0GPgwMdqjqigtIc4mj7z44hJtd8ZB_qLpNtFa8OULRiah4EsOHsLqG2yo6cj9mAW60HZr/s1600/CCF07042010_00000.jpg

KATA MENTERI PELAJARAN :



Teguran Kami Berfakta - MAFREL

“Teguran kami berasas”

Pengerusi Badan Pemantau Pilihan Raya (Mafrel), Syed Ibrahim Syed Noh menyifatkan teguran badan itu terhadap tindakan Barisan Nasional (BN) meluluskan pelbagai projek di Hulu Selangor sebagai berkempen sebelum hari pengundian pilihan raya kecil Parlimen bermula adalah berasas.

Katanya, teguran tersebut selari dengan fungsi dan peranan badan itu dan tetap melakukan sama terhadap mana-mana pihak yang melakukan perkara sama tanpa memihak kepada sesiapapun.

“Kami adalah badan bebas yang tidak terikat dengan mana-mana pihak dan tidak bersikap pilih kasih dalam melaporkan kesalahan.

“Laporan kami berdasarkan pemerhatian yang dilaksanakan dengan tidak mengehadkannya terhadap pihak tertentu sahaja,” katanya kepada :Sinar Harian, :semalam.

Menurutnya, Mafrel sedia bekerjasama dengan setiap pihak, termasuk parti politik, tanpa melibatkan elemen politik dalam setiap laporannya.

Kelmarin, Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar menggesa SPR mengkaji semula peranan Mafrel sebagai pemantau pilihan raya yang dilihat sebagai alat kepada pembangkang dan didakwa bersikap tidak bebas dalam menyatakan pandangannya.

Syed Ibrahim turut mengulas kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berhubung laporan pilihan raya kecil (PRK) yang gagal dihantar badan bebas itu.

Katanya, sebahagian tuduhan tersebut tidak benar kerana mereka telah menghantar laporan PRK Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai.

“Sebahagian PRK itu berlangsung secara berturutan dan masih dalam proses untuk diteliti.

“Kami akan menyiapkan laporan tersebut sebelum PRK Hulu Selangor,” katanya.

Beliau berkata, Mafrel sedia berkongsi maklumat kerana terdapat kejayaan yang diperoleh berdasarkan cadangannya dan dilaksanakan SPR.

Abdul Aziz kelmarin, mendakwa Mafrel gagal menghantar laporan sembilan PRK yang berlangsung sebelum ini dan kecewa penggunaan media sebagai saluran untuk mengkritik SPR.S/H



Geng Zahrain pon nak makan angin di oversea...

Pengikut Zahrain sedia isytihar lompat

Mohd Sabri Said

BAYAN BARU, 8 April: Seperti biasa, menjelang kempen Pilihan raya Kecil Parlimen Hulu Selangor, beberapa orang individu yang bersekongkol dengan tindakan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim dikatakan sedang bersiap sedia untuk melompat parti.

Mereka yang dulunya merupakan Jawatan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) sekitar Bayan Baru telah ditamatkan perkhidmatan ekoran prestasi yang buruk kerana tidak mampu melakukan kerja membantu kerajaan Pakatan Rakyat negeri.

Berita tersebut kini tersebar luas kononya 200 orang pengikut Zahrain turut kecewa dan mahu meninggalkan Pakatan Rakyat untuk menyertai Umno.

Majlis penyerahan borang Umno kepada Pengerusi Umno Negeri, Dato' Seri Zahid Hamidi dijangka diadakan di sebuah hotel di sini.

Program tersebut dirancang bagi menggandakan propaganda Barisan Nasional (BN) untuk meraih simpati rakyat terhadap parti itu setelah dimalukan pada pilihan raya umum ke-12 lalu di samping sebagai bahan kempen menjelang Pilihan raya Kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini.

Bekas Ahli Parlimen PKR itu akan diperkudakan oleh Umno nanti sehinggalah selesai pilihan raya kecil itu bagi mengatakan bahawa perjuangan Umno sebenarnya benar dalam menjuarai rakyat dalam apa hal sekali pun.

Harakah Daily

JANGAN LA MARAH.. AKU MINTA MAAF OK ? AMPUNKAN SEGALA SALAH SILAP AKU..

Konvensyen BN: Noh Omar minta maaf

Lee Way Loon

Timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Selangor, Datuk Noh Omar hari ini memohon maaf berhubung ucapannya di konvensyen BN Selangor semalam sekiranya ia menyinggung perasaan mana-mana pihak.

"Saya telah membaca petikan ucapan daripada mendiang Tun Tan Siew Sin dan Mendiang Tun Sambanthan," kata Noh yang juga menteri pertanian dan asas tani.

Dalam ucapannya, Noh memetik ucapan Tan dan Sambathan pada 1960-an yang memuji orang Melayu kerana memberi kerakyatan kepada bukan Melayu.

"Saya tidak berniat untuk menyinggung perasaan mana-mana kaum, bagi saya ianya adalah bahan sejarah yang amat penting demi memastikan Negara ini terus berada dalam keadaan aman dan rakyat berbilang kaum dapat hidup harmoni sesuai dengan konsep 1Malaysia.

"Di samping itu, tujuan saya membaca petikan ucapan-ucapan tersebut adalah untuk mengukuhkan lagi semangat kerjasama dan setiakawan di kalangan ahli dan para pemimpin parti-parti komponen Barisan Nasional.

"Jika petikan ucapan tersebut tidak sesuai lagi dibaca di zaman sekarang dan boleh menyinggung perasaan mana-mana pihak, maka saya mohon maaf," katanya ketika membaca kenyataan bertulis.
Noh membuat permohonan maaf itu dalam satu sidang akhbar khusus untuk akhbar Cina di kafeteria Parlimen petang ini.

Sidang akhbar itu diusahakan oleh setiausaha Kelab Penyokong BN, Huan Cheng Guan.

Noh berkata beliau mengadakan sidang akhbar itu untuk media berbahasa Cina sahaja kerana mereka sahaja yang menyiarkan petikan tersebut./Malaysiakini

Khamis, 8 April 2010

RM100.00 : Nak Tiru, Tiru bagi Betoi-Betoi

PR bagi RM100 setahun, BN pula RM100 lima tahun

oleh Khalil Idham Lim

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, kelmarin dengan sikap yang tidak membina dan menghargai usaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah Pakatan Rakyat (PR) dengan menyifatkan pemberian RM100 setahun kepada warga emas di Pulau Pinang sebagai suatu yang memalukan.

Saya tidak pasti apa yang dimalukan oleh Sharizat, kerana rasa malu kepada dirinya dan kementerian yang diketuainya adalah sepatutnya lebih tinggi kerana tidakpun melakukan apa yang dilakukan oleh Lim Guan Eng.

Andaian cetek Shahrizat yang menumpang jadi menteri dengan kerusi Sanator itu baginya kerajaan negeri pimpinan DAP itu sebenarnya meletakkan nilai warga emas di negeri tersebut sebagai kurang daripada RM10 sebulan.

Sedangkan kementerian dan kononnya Kerajaan Malaysia yang makmur di bawah pentadbiran BN sejak 52 tahun memerintah Malaysia tidak pernah melakukan seperti apa yang dilakukan walaupun di Pulau Pinang sendiri.

Bukankah sepatutnya dan kalaulah Shahrizat matang berpolitik, cubalah puji sedikit walaupun ianya dari Pakatan Rakyat, nyatakan yang sebenarnya, yang baik kenalah disokong. Kalau rasa mampu saingilah dasar itu dengan membuat dasar yang sama untuk negeri lain yang dikuasai BN, bukankah BN mendakwa ekonomi Malaysia makin baik.

Dengan sombong dalam berita yang saya saksi di TV3 dengan katanya, "Saya rasa malu bila terbaca Guan Eng beri RM100 setahun kepada warga emas. Kalau nak dikira tak sampai RM10 sebulan. Pemberian itu kononnya sebagai pernyataan penghargaan. Sebagai menteri yang menjaga kebajikan saya rasa malu”.

Tidak tahu apa yang ibu menteri ini maksudkan. Bagi saya dia malu kerana tidak mampu buat macam Guan Eng buat dan, dia telah dipintas oleh dasar kebajikan kepada rakyat oleh sebuah negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat.

Angkuhnya Shahrizat sehingga dia tawarkan ucapan takziah kepada warga emas di Pulau Pinang kerana nilai mereka kepada kerajaan Pakatan Rakyat baginya hanya kurang daripada RM10 sebulan. Sedangkan dalam Islam banyak mana yang diberi bukan ukuran, namun keikhlasan dan kemampuan yang ada itu adalah ukuran yang utama di sisi Allah SWT.

Realitinya Umnolah yang sering meletakkan nilai orang Melayu lebih murah daripada sekilo ikan kering dengan menggunakan wang memancing undi setiap kali pilihan raya. Bayangkan kalau Guan Eng bagi RM100 untuk setahun, BN bagi kepada rakyat RM100 untuk lima tahun, mana lebih murah dan memalukan. Ertinya nilai dan maruah orang Melayu Umno khususnya cuma dibayar dengan nilai tidak sampai RM2. Hanya RM1.6666666666 sahaja sebulan.

Kenyataan Shahrizat bagi saya akan menambahkan kebencian rakyat Malaysia khususnya warga emas kepada Umno dan BN. Pengkhianat ini ternyata perlu dinyahkan dari peta politik Malaysia. Tahulah rakyat akan menghukumnya bila tiba masanya nanti.

YB Drs Khalil Idham Lim adalah Adun Titi Serong dan Setiausaha Sekretariat Pakatan Rakyat Negeri Perak

Karpal Singh digantung 10 hari

Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 7 April: "Duduk atas kerusi dan jadi diktator," kata-kata sinis Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang membawa kepada penggantungannya menghadiri sidang selama 10 hari.

Bercakap dalam suatu sidang media di lobi Parimen, beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, kenyataannya itu adalah suatu hak sebagaimana menurut pada aturan mesyuarat 18.2, memandangkan Pandikar Amin acap kali mengetepikan usul-usul Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Menganggap hukuman yang dialami itu sebagai sesuatu yang tidak adil, beliau turut menyindir Pandikar Amin.

"Barangkali Tuan Speaker perlu berehat," beliau menambah.

Bercakap pada sidang media yang sama, Datuk Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS berkata, sekiranya Pandikar bersikap adil dan menunaikan hak sebagaimana termaktub dalam Aturan Mesyuarat, kritikan ke atas beliau tidak akan berlaku.

Beliau turut menyuarakan rasa simpati dengan hukuman yang dikenakan ke atas Karpal.

Sebelum pada itu, Ahli Parlimen Batu Tian Chua mempersoal kredibiliti Pandikar Amin kerana menolak suatu usulnya pagi tadi di Dewan Rakyat.

Ekoran itu, Dewan Rakyat menjadi kesoh.

Kekecohan tersebut kemudiannya mendorong Karpal melabelkan Pandikar Amin sebagai diktator.

Menyedari teguran itu, Pandikar Amin mencabar Karpal mengulangi kenyataannya itu.

Karpal secara jelas mengatakan Pandikar Amin cuba menjadi seorang diktator di Dewan Rakyat



Rabu, 7 April 2010

Apabila bukan Islam gunakan istilah Islam

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 6 April: Anggota Parlimen Padang Terap, Nasir Zakaria menyifatkan tindakan beberapa anggota Parlimen bukan Islam menggunakan kalimah Islam ketika berbahas dalam Dewan Rakyat melambangkan Islam bakal berkembang pesat di negara ini.

Beliau mengulas ucapan anggota Parlimen DAP dari Kepong, Dr Tan Seng Giaw yang menggunakan istilah-islah Islam ketika berucap.

"Dr Tan Seng Giaw (Kepong) dalam perbahasannya minta supaya Pasir Salak (Datuk Tajuddin Abdul Rahman) menjauhi sifat mazmumah, ujub, riyak dan takbur.

"Dia kata kena bersifat dengan sifat mahmudah, ikhlas, adil, itqan...

"Tak lambat dah kot orang cina akan terima Islam. InsyaAllah," tulis Nasir dalam laman komuniti Facebook beliau.

Sebelum ini, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengalu-alukan tindakan anggota Parlimen Taiping, Nga Koo Meng yang membaca beberapa ayat Al Quran dalam ceramahnya.

Bagi beliau, tidak salah orang bukan Islam membaca al Quran itu kerana dia bukannya menghina al Quran.

Untuk itu, Nik Aziz telah mengutuskan satu surat kepada Nga agar beliau terus tekun dalam ujian yang dihadapinya.

Nga telah dicemuh dengan pelbagai kata nista ekoran tindakannya membaca ayat-ayat al-Quran dalam satu ceramahnya.

Peguam PAS, Mohamed Hanipa Maidin dalam satu diskusi ilmunya di Masjid Bandar Tasik Puteri baru-baru ini menolak Nga bersalah dalam kes ini.

"Apa salahnya dia orang bukan Islam membaca ayat Al Quran kerana dia hanya mahu menguatkan hujjahnya bukannya menghina al-Quran," kata Hanipa dalam diskusi ilmu itu.



Isnin, 5 April 2010

WAYANG KULIT: PAKAT MAI TENGOK



Apa Ke Jadah Namanya Itu Wahai SPR, Jika Bukan Kempen?

Penulis Tamu - pendikar gunung kriang

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi amaran kepada semua pihak supaya berhenti berkempen menjelang Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor kerana tempoh kerja-kerja itu belum lagi bermula. Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, ini kerana tempoh rasmi berkempen hanya bermula selepas selesai tempoh penamaan calon iaitu pada 17 April.

"Saya meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) dan polis meningkatkan pemantauan aktiviti kempen pihak terbabit sekarang. Mana-mana pihak yang bertanding hendaklah mematuhi undang-undang iaitu hanya dibenarkan berkempen selepas hari penamaan," katanya kepada mStar Online di sini hari ini.

(Sumber: mStar)
PGK: SPR kata tak boleh kempen..tak boleh kempen....tak boleh kempen? Salah dengar kah saya, SPR kata tak boleh kempen hingga hari penamaan calon? Habis yang setiap kali berita di TV ada cerita mempromosikan Najib dan kerajaan BN itu apa ke jadah namanya jika bukan kempen? Habis yang akhbar-akhbar arus perdana sudah mula memburuk-burukkan PR itu, apa ke jadah namanya jika bukan kempen? Dan agensi-agensi kerajaan sudah mula turun padang ke Hulu Selangor, apa namanya itu, jika bukan kempen?

Apakah makna kempen itu hanya terhad kepada ceramah yang diadakan kepada orang ramai? Apabila kerajaan mengadakan pelbagai kempen, misalnya kempen kesedaran H1N1, kempen mencegah denggi dan sebagainya mengapa semua aktiviti termasuk hiburan dan sukan juga dikategorikan sebagai kempen?

Dan satu lagi yang Najib kelmarin ronda hampir satu Hulu Selangor, rasmi majlis itu dan majlis ini dan berucap berdegar-dengar nak panggil apa tu, jika bukan kempen?

Kalau SPR benar-benar ikhlas, tolong beritahu RTM dan pengurusan TV swasta serta akhbar arus perdana supaya jangan berkempen untuk BN. SPR juga tolong jaga mulut PM dan menteri-menterinya supaya jangan turun padang ke Hulu Selangor awal sangat, kerana penamaan calon belum bermula lagi. Tak acilah, ada yang boleh berkempen, ada yang tak boleh!


Hulu Selangor : PAS kesal Najib ugut dan perdaya Peneroka di Pentas Felda

oleh Idris Haji Ahmad

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal dengan tindakan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengunakan pentas Felda untuk mengugut para peneroka ketika melancarkan Yayasan Kelana Ehsan (YKE) di Felda Sungai Tengi, Kuala Kubu Sabtu lepas.

Beliau yang juga Pengerusi BN mengingatkan para peneroka di Hulu Selangor bahawa BN hanya akan memberikan bantuan dan memacu kepada perubahan jika mereka memberikan kemenangan besar kepada BN dalam Pilihanraya kecil parlimen disitu. Ya! bantuan hanya diberikan jika BN menang. Beliau lupa bahawa BN telah menang besar di kesemua tiga DUN dalam Parlimen Hulu Selangor pada 2008, tapi hari ini baru nak buat ikrar pembangunan dengan nada mengugut.

Ugutan yang berbentuk janji yang ditabur diseluruh negara, sama seperti Timbalannya Muhyiddin yang turut turun berkempen minggu lepas. Sehingga ke hari ini BN gagal memberikan jawapan berhubung isu 4 orang guru yang terpaksa tinggal didalam bilik kecil dibawah kelas tempat mereka mengajar sejak tiga tahun lalu di Ulu Baram.

BN menang di Parlimen Baram pada 2008, namun nasib guru-guru ini tidak berubah. Janji perubahan dan memacu pembangunan hanya tinggal sebagai slogan Pilihanraya. Inilah juga yang akan berlaku kepada Hulu Selangor jika BN kembali disitu. Pengundi juga harus ingat bahawa, jika BN menang sekalipun, mereka hanya mampu memberikan janji kosong kerana Kerajaan negeri masih dalam tangan Pakatan.

Peneroka Felda sentiasa menjadi sasaran Najib, sedangkan hakikatnya beliau hanya menumpang kejayaan Felda yang diwariskan oleh Ayahnya, Tun Razak.

Najib memberi peringatan serius kepada warga Felda di Hulu Selangor bahawa 25 haribulan (hari pengundian) mereka kena undi BN. Hanya dengan memberikan bantuan dan kepercayaan kepada BN barulah Yayasan Kelana Ehsan akan diarahkan untuk membantu mereka. Ini jelas, gula-gula politik Najib.

PAS mengingatkan peneroka Felda agar tidak terpedaya dengan projek perumahan RM 32 juta yang turut diumumkan Najib. Projek yang terletak di kawasan Felda Soeharto seluas 14 hektar yang melibatkan pembinaan sebanyak 250 unit rumah bakal dijual kepada para peneroka dengan harga RM42,000 bagi rumah kos rendah dan RM75,000 bagi rumah kos sederhana rendah.

PAS harap peneroka memahami hak mereka. Rumah ini akan dijual kepada peneroka, bukan diberikan secara percuma. Ya! bukan percuma, kena beli pakai duit peneroka sendiri. Najib mengakui bahawa mana-mana peneroka yang mahu membelinya boleh memohon pinjaman dari mana-mana institusi kewangan (Bank) atau membuat perjanjian sewa beli dengan Felda. Harus diingat bahawa harga RM 42 ribu dan RM 75 ribu ini adalah harga pokok, belum dicampur dengan kadar faedah. Dengan mengambil kira tempoh pinjaman selama 20-30 tahun, nilainya adalah sekitar RM 100 ribu-RM 120 ribu.

Tanpa mengundi BN, para peneroka masih boleh membeli rumah itu atau rumah lain yang lebih baik, kerana rumah yang bakal dibina itu bukan diberikan percuma, masih ada pilihan.

PAS juga mengingatkan para peneroka agar tidak lupa kes 25000 peneroka, yang ditindas oleh Felda. Sehingga kini Felda masih gagal memulangkan RM 425 juta duit peneroka terbabit yang disimpan dalam Tabung Tanam Semula, walaupun mahkamah telah keluarkan arahan. PAS mahu peneroka bertanya kepada Felda, ke manakah duit itu telah pergi hingga mereka tidak mampu mengembalikannya kepada peneroka yang menuntutnya?

Jika wang tabung pun boleh lesap, inikan pula projek perumahan yang baru dipecah tanah. Peneroka juga jangan lupa bahawa banyak lagi projek perumahan yang masih terbengkalai diseluruh negara, dan perkara yang sama tidak mustahil akan berlaku, walaupun ketika itu peneroka sudah dikehendaki membayar duit pinjaman Bank. Di mana Felda mahu cari duit RM 32 juta untuk selesaikan projek berkenaan sedangkan hutang RM 425 juta belum mereka selesaikan?

PAS yakin, peneroka yang bijak akan menolak BN. Fikir-fikirkanlah sebelum anda menyesal dikemudian hari.

PAS mengingatkan Perdana Menteri agar sedar kedudukannya dan tidak mengunakan kedudukannya sebagai Perdana Menteri untuk turun berkempen di Hulu Selangor. Gaji beliau semasa turun memecah tanah pada sabtu lepas di Felda Soeharto adalah dibayar dari duit rakyat bukan duit BN. Beliau perlu hormati tarikh sebenar dan tidak berkempen mengunakan jentera Kerajaan sebelum hari penamaan calon. Kalau mahu berkempen gunalah jentera BN sepenuhnya, jika tidak rakyat dengan jelas sudah melihat bahawa jentera BN begitu lemah sehingga terdesak meminjam jentera Kerajaan yang digajikan dengan duit rakyat.

PAS menyeru agar seluruh jentera Pakatan terus mengasak BN di Hulu Selangor dan seluruh negara. Pastikan gambar-gambar jentera Kerajaan yang BN gunakan diambil dan disebarkan untuk perhatian rakyat.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Pakatan Rakyat umpama perjanjian Fudhul menolak kezaliman

20 Rabiulakhir 1431H
Dzulfikar Mashoor

GOMBAK, Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr. Dzulkifli Ahmad (gambar) menasihatkan seluruh ahli dan penyokong PAS supaya memperkukuhkan muafakat Pakatan Rakyat demi menolak kezaliman angkara segelintir pemimpin Umno BN.

Menurut beliau, muafakat PAS bersama-sama DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat itu boleh dianggap sebagai manifestasi pada penyertaan Rasulullah s.a.w dalam 'Perjanjian Fudhul' pada era Jahiliah.

"Inilah (Perjanjian Fudhul) suatu perjanjian untuk melindungi rakyat marhaen di Makkah (supaya) kezaliman ditolak bersama-sama oleh semua pihak, tidak mengira ideologi dan sebagainya."

"Sebab itu, kita membawa pendekatan ini (muafakat Pakatan Rakyat) sebagai kaedah politik PAS (yang) secucuk dengan nas ini (Perjanjian Fudhul)," jelas beliau pagi tadi.

Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Kebudayaan dan Kesenian PAS Pusat berkata, budaya menolak kezaliman di Makkah itu walaupun berlaku ketika Rasulullah s.a.w berusia 16 tahun, tetapi Rasulullah s.a.w mengiktiraf muafakat politik (tahalluf siyasi) tersebut selepas Baginda diangkat menjadi Rasul.

"Sesungguhnya aku telah menyaksikan termeterainya perjanjian di rumah pakcikku, Abdullah bin Jud'an. Seandainya aku diundang untuk memeterai perjanjian (iaitu) menentang kezaliman dan menegakkan keadilan, pasti akan aku sambut," maksud Hadith Rasulullah s.a.w, seperti diperjelaskan oleh Dr. Dzulkifly.

Ujarnya lagi, penubuhan Pakatan Rakyat telah memecahkan tembok-tembok perkauman antara rakyat yang dicipta oleh parti-parti pemerintah atas titik persamaan yang sama iaitu menolak segelintir kepemimpinan Umno BN yang zalim.

Sehubungan itu, beliau mengajak seluruh ahli PAS dan rakyat marhaen mendukung wawasan PAS yang diperjuangkan oleh Mursyidul Amnya Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presidennya Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Bercakap dalam Majlis Perasmian Jubli Perak dan Mesyuarat Agong Tahunan PAS Kawasan Batu kali ke-25, beliau turut memuji keterbukaan DAP dalam menolak kezaliman Umno BN melalui wadah Pakatan Rakyat.

"Untuk menumbangkan kezaliman (Umno BN), para pemimpin DAP umumnya bersedia mengiktiraf Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan (Hak Istimewa kaum Melayu) dan beberapa kepentingan yang lain.

"(Keterbukaan DAP) kerana mereka juga menghayati semangat serta kepentingan untuk bersama-sama (melalui Pakatan Rakyat) untuk tumbangkan Umno BN dalam masa terdekat ini (Pilihan Raya Umum ke-13)," ujarnya.

Lanjutan itu, beliau secara peribadi mengalu-alukan beberapa parti lain iaitu Parti Rakyat Se-Malaysia (PRM) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) supaya menyertai muafakat Pakatan Rakyat.

"Apa juga ideologi, PRM, PSM dan apa jua parti sekali pun, Pakatan Rakyat boleh mengurus perbezaan...asalkan atas paksi yang jelas (iaitu) menolak kezaliman," ujar.

Sempena pilihan raya kecil Hulu Selangor yang dijangka berlangsung tidak lama lagi, beliau turut menyeru PAS supaya memperkasa jenteranya agar calon Pakatan Rakyat boleh memenangi kerusi Parlimen tersebut.

Turut menyertai Dzulkifli, Cikgu Ishak Surin (YDP PAS Kawasan Batu), Ustaz Iimran (Ketua Penerangan PAS Batu), Vincent Lee (Ketua Pengarah Himpunan Penyokong PAS), Dr. Tan Seng Giaw (Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan), Ariffin Salimon (Pemangku Presiden PRM) dan Koh Swe Yong (Setiausaha PRM). -END

Harakahdaily.net/-

KALAH MAMPUIH BN, MENANG KITA TAK HERAN SELURUH JENTERA KERAJAAN DIGUNAKAN.

SATU FAKTOR SAHAJA BN BOLEH TUMBANG SEKALI LAGI DI HULU SELANGOR

Oleh: WFAUZDIN NS

WALAUPUN PRK Parlimen Hulu Selangor dilihat tiada bezanya dengan beberapa PRK sebelum ini, tetapi bagi Najib PRK kali ini sama pentingnya dengan Pilihanraya Umum. Maruah sekujur batang tubuh Najib terletak di tangan pengundi-pengundi di Hulu Selangor dan KPI Najib selaku Pengerusi Perhubungan Umno Selangor akan diuji di sini. Keputusan samada PR menang atau kalah tidak memberi kesan besar kepada PR kerana Bn masih berkuasa di Parlimen walau apa jua keputusannya nanti. Tetapi, jika Bn tewas sekali lagi di Hulu Selangor kesan besar adalah terhadap Najib,

Sehubungan itu, Najib memilih Hulu Selangor sebagai tempat menyambut ulang tahun pemerintahannya di bawah konsep 1 Malaysia. Bermula dengan isu Altantuya, Najib menerajui pemerintahan di negara ini dengan menyambut ulang tahunnya dengan isu APCO/Israel pula. Ternyata dasar baru iaitu MEB yang kununnya untuk merealisasikan keadilan untuk semua kaum menjadikan rakyat semakin keliru arah perjuangan Umno di bawah Najib.

Dasar baru yang di`klon' dari dasar PR ini ternyata hanya `madah berhelah' dari Najib kerana asas untuk merealisasikan dasar ini tidak wujud di dalam pentadbiran Najib. Masalah rasuah, kronisme, kezaliman, sistem kehakiman yang pincang dan berbagai lagi perkara mudharat masih berleluasa di waktu ini. Masalah-masalah tersebut masih gagal ditangani oleh Najib dan ini menunjukkan apa jua dasar yang diperkenalkan oleh Najib tidak releven lagi. PERKASA, sebuah pertubuhan yang kununnya berjuang untuk orang-orang Melayu sendiri pun naik pening dengan dasar MEB ini. Memang mereka akan pening kerana Presiden mereka sendiri pun `pening'.

Jika tidak percaya, cuba kita tanya pemimpin MCA, MIC atau Gerakan tentang apa yang mereka faham tentang MEB ini. Saya pasti sudah tentunya kita akan mendapat jawapan yang berbeza dari jawapan yang kita perolehi dari pemimpin Umno. Jangan ditanya kepada pimpinan bawahan dari MCA, MIC, Gerakan atau Umno di peringkat akar umbi kerana mereka hanya tahu dan kenal MEB ini melalui akhbar Utusan atau TV 3 sahaja.

Dulu Umno menuduh DS Anwar pengkhianat Melayu kerana ingin menghapuskan DEB kununnya itulah senjata pusaka zaman berzaman orang-orang Melayu seperti keris telanjang logo Umno itu. Maka, pencacai-pencacai Umno seperti Ezam pun berkokok menuduh DS Anwar pengkhianat Melayu. Pemuda-Pemuda Umno pun menaikkan sepanduk, " Jangan Sentuh DEB". Profesor kangkung pun turut bersuara kununnya untuk mempertahankan Melayu. Sekarang di mana suara Ezam dan Pemuda Umno? Di mana suara Profesor kangkung?

Berbalik kepada PRK Hulu Selangor yang pastinya penting buat Najib untuk membuktikan kata-katanya bahawa Bn sebenar lebih baik dari PR diterima atau tidak oleh pengundi-pengundi di Hulu Selangor. Najib tidak berfikir panjang lagi untuk meluluskan apa jua peruntukan atau projek yang diminta oleh penduduk di Hulu Selangor buat ketika ini. Tanpa diminta pun, kerajaan pusat akan luluskan walaupun sekadar membuat gimik pecah tanah. Penghuni-penghuni di felda tiba-tiba mendapat durian runtuh. Lebih dari itu nanti akan ada Menteri yang sanggup memikul penjolok buah sawit masuk ke ladang-ladang sawit.

Seandainya Bn tumbang sekali lagi di dalam PRK Hulu Selangor ini nanti, maka Najib wajar letak jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Selangor. Mengikut lojik akal, Bn tidak akan tewas apabila seluruh jentera kerajaan telah mula digunakan termasuk media. Bn akan tewas hanya dengan satu faktor sahaja iaitu dengan kecerdikan pengundi di Hulu Selangor./

Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails