Sabtu, 21 Ogos 2010
Khutbah: Kenyataan politik sempit Zahid Hamidi
| Mohd Sabri Said |
| GEORGETOWN, 20 Ogos: Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) tidak pernah mengeluarkan arahan supaya nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng dimasukkan dalam doa khutbah ke dua solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin sepertimana yang dinyatakan oleh Pengerusi Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
"Kerajaan negeri dan JHEAIPP menafikan perkara itu dan menggangap ia adalah mainan politik Datuk Zahid Hamidi untuk bangkitkan kemarahan masyarakat Islam," terangnya. Abdul Malik berpendapat kejadian itu merupakan sabotaj untuk menggambarkan kerajaan negeri tidak prihatin terhadap khutbah yang disampaikan di masjid-masjid. Ini katanya, setelah gagal memainkan isu kononya Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat menzalimi peniaga Melayu di Bazar Ramadhan, peniaga Melayu tepi jalan serta bermacam-macam usaha lagi. Tindakan tersebut disyaki sengaja dicipta untuk melagakan kerajaan negeri dengan pihak istana sepertimana yang berlaku di Johor dalam isu kain rentang sehingga mencetuskan kemurkaan Sultan Johor. Katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Maung, Umno dan Barisan Nasional (BN) amat cemburu setelah dua tahun pentadbiran kerajaan negeri berjaya membuktikan perkembangan agama Islam mendapat keutamaan. "Tidak lain mereka hanya cemburu bila kerajaan negeri berjaya membuktikan perkembangan Islam diberikan keutamaan, contohnya menambah peruntukan kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (Maipp) dari RM12.5 juta kepada RM24.3 juta iaitu pertambahan 100 peratus selain bantuan Ihya Ramadhan dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang dihentikan semasa pemerintahan BN dulu," ujar beliau. Umno, kata Malik, lebih tertekan apabila kerajaan negeri mengambil sikap terbuka untuk menganjurkan program Sambutan Bulan Al-Quran, anugerah kepada para huffaz sejak diperkenalkan pada tahun 2008 yang mana mendapat sambutan yang memberangsangkan. Keprihatian Ketua Menteri hadir dalam majlis agama Islam umpamanya program Ihya Ramadhan, Maulidur Rasul dan majlis berbuka puasa yang sedang rancak disusun di masjid-masjid sememangnya menggusarkan pihak tertentu kerana sebelum ini tidak pernah dilaksanakan oleh Ketua Menteri terdahulu. Kepada rakyat, pesannya, jangan terpengaruh dengan usaha buruk itu jika mahukan Negeri Pulau Pinang terus maju. "Kita yakin majoriti rakyat tidak mudah terpengaruh dengan cara sebegini. Cabaran yang diterima tidak akan membantut dan melemahkah usaha kita memartabatkan agama Islam di negeri ini," tambahnya. Sementara itu, Yang Dipertua Maipp, Ustaz Elias Zakaria ketika dihubungi menafikan apa yang diperkatakan oleh Zahid Hamidi dan menyifatkan semua itu merupakan kenyataan palsu. |
Mantan Pengarah Jabatan Penyelidikan Jenayah Komersil Persekutuan BEBAS..Tapi b/mana dengan perancang komplotnya..??
Ramli bebas - bagaimana pula dengan perancang komplot?


Awas Jerangkap Samar UMNO guna sentimen ISU HINA RAJA..!!
Panas: UMNO Kian Terdesak Serta Kembali Guna Sentimen "Hina Raja", Selepas Kes Di Johor Kini Timbul Pula Taktik Yang Serupa Di Pula Pinang !!
Macam-macam hal pula berlaku dalam politik negara sekarang ini. Mungkin akibat langkah terdesak, kini puak-puak UMNO memainkan semula sentimen "raja" bagi menimbulkan kemarahan orang Melayu terhadap parti pembangkang. Sebelum ini kita mendengar berita bahawa terdapat kain rentang yang menghina Sultan Johor di temui di kawasan Batu Pahant dan sekitarnya. Kain rentang yang kononnya menunjukkan PKR negeri menyokong penuh bekas Menteri Kesihatan dan Ahli Parlimen Bakri yang kini merupakan Pengerusi Perhubungan PKR Johor iaitu Chua Jui Meng (foto) diangkat menjadi Menteri Besar Johor. Apa yang lebih mengejutkan, gambar Chua diletakkan bersebelahan dengan gambar Sultan Johor pada kain rentang terbabit. Rasionalnya supaya rakyat Johor terutamanya orang Melayu marah dan benci terhadap PKR. Pihak polis juga telah mengambil keterangan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akibat kejadian tersebut. Begitu cepat pihak polis menyiasat, berbanding dengan kain rentang menghina Sultan Terengganu (Agong) yang dibuat oleh puak-puak penyokong Idris Jusoh di Terengganu dulu. Polis bertindak pantas seperti kilat apabila laporan dibuat oleh puak-puak UMNO, tetapi "slow n steady" bila laporan dilakukan oleh pihak sebelah sini. Soalnya sekarang, siapakah yang berani membuat kain rentang sebegitu rupa agaknya?. Tidak masuk dek akal PKR Johor sebodoh itu. Bahkan umum mengetahui dalam undang-undang tubuh kerajaan negeri Johor seseorang Menteri Besar itu perlulah berbangsa Melayu. Makanya, sudah pastilah kerja-kerja jahat ini dilakukan oleh puak-puak UMNO BN sendiri sebenarnya. Mereka takut Johor tumbang dalam pilihanraya umum akan datang. Lantaran itulah terpaksa melakukan apa sahaja, hatta menggunakan sentimen "raja dihina" bagi menagih simpati orang Melayu mempertahankan kuasa UMNO di negeri tersebut. Sementara itu Chua Jui Meng berkata kain rentang yang memaparkan gambarnya dan Sultan Johor sengaja dinaikkan untuk menimbulkan kemurkaan sultan terhadap parti pembangkang itu.Zahid Pula Buat Provokasi Baru Di Pulau Pinang
Memang sudah dijangka, akhirnya satu lagi "jerangkap samar" dilakukan oleh mereka. Kali ini di Pulau Pinang pula. Menteri Pertahanan selaku Ketua Perhubungan UMNO negeri, Zahid Hamidi semalam membantah penggunaan nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di beberapa masjid, baru-baru ini. Beliau berkata berkata, penggunaan nama Setiausaha Agung DAP itu dalam khutbah Jumaat dikesan sejak minggu lalu di beberapa masjid sekitar sini, Permatang Pauh dan Jelutong. Perkembangan itu, tegasnya, amat mengejutkan kerana seolah-olah ada usaha pihak tertentu untuk mencemarkan nama Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama Islam di negeri ini. Tambah menarik Zahid juga menegaskan pihaknya mempunyai bukti berhubung perkara itu dan sedang meneliti sama ada wujud arahan tertentu daripada Jabatan Agama Islam Pulau Pinang atau Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP). Maka gemparlah seluruh negara atas apa yang berlaku. Soalnya sekarang, apakah benar kejadian itu berlaku atau mungkin ia juga merupakan satu lagi provokasi yang dilakukan oleh puak-puak UMNO yang sudah terdesak itu. Apa sahaja yang dilakukan oleh Lim Guan Eng di Pulau Pinang sekarang ini, semua serba tidak kena. Beri bantuan kebajikan salah, hadir majlis penyerahan zakat salah, bagi bonus raya RM400 kepada kakitangan kerajaan salah. Pendek kata semua salah, dan hanya UMNO sahaja yang betul. Inilah senario yang berlaku sekarang ini sebenarnya.[Apapun, rakyat perlu bijak menilai isu yang dibawa ini. Semuanya hanyalah untuk menakutkan rakyat kononnya kaum Cina sudah mula menunjukkan taring untuk berkuasa dan menghna raja-raja Melayu. Zahid lupa bahawa di negeri-negeri lain termasuk Johor, Pahang dan banyak lagi itu memang hanya nama Sultan dan kerabat baginda sahaja yang disebut dalam doa selepas khutbah Jumaat. Malah di Pahang ini hanya nama Sultan Pahang dan Tengku Mahkota yang disebut, kenapa nama Agong tidak disebut. Apakah itu juga menjadi kesalahan kepada Zahid Hamidi. Inilah yang dikatakan membuat tindakan tidak pakai otak. Mana mungkin nama Lim Guan Eng disebut dalam doa selepas khutbah Jumaat. Beliau bukannya beragama Islam, lantaran itulah Zahid sengaja mahu menjadi kes ini sebagai isu baru bagi menimbulkan sentimen kemarahan kepada orang Melayu di Pulau Pinang khasnya dan seluruh negara amnya].
Doa selepas Tarawikh yang dibaca oleh Sheikh Muhammad Al Mohaisany di Masjidil haram
Doa selepas Tarawikh yang dibaca oleh Sheikh Muhammad Al Mohaisany di Masjidil haram. Beliau ditangkap oleh Puak2 Toghut Arab Saudi sejurus slps pembacaan doa ini. Sayu dan cukup mendalam. Hayati doa yg hebat ini dan ayuh berdoalah bersama. Semoga kemenangan itu milik Islam! Amiin.
UMNO TOLAK HUDUD
Khamis, 19 Ogos 2010
EZAM MOHD NOR DIHERET KE JAWI
Gara-gara celupar di Twitter, Ezam diheret ke JAWI atas tuduhan Qazaf

Gara-gara tulisannya di laman Twitter, Ezam Mohd Nor kini diheret ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) atas tuduhan membuat tuduhan qazaf terhadap bekas bosnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Aduan tersebut akan dikemukakan oleh Ketua Pemuda PKR (AMK) Shamsul Iskandar Md Akin - regu lama Ezam dalam sayap parti itu - kepada bahagian penguatkuasaan JAWI petang ini.
Invalid Domain NameInvalid Domain Name
"Kita percaya, ini adalah laporan pertama melibatkan Twitter dikemukakan kepada JAWI," kata Shamsul (kanan).
Beliau yang juga pengerusi PKR Melaka berkata, aduan tersebut dibuat berdasarkan empat tulisan ringkas Ezam di laman blog mikro itu, antaranya:Imbang Penuh
"Saya juga telah lihat betapa jijiknya kerana kuasa politik seorang isteri sanggup biarkan suaminya fitnah orang untuk tutup perangai kejinya yang meliwat."
Menurut seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997, "mana-mana orang yang menuduh orang lain melakukan zina (atau liwat) tanpa mengemukakan, mengikut hukum syarak, empat orang saksi lelaki atau ikrar orang yang dituduh itu adalah melakukan suatu kesalahan."
Jika disabitkan dengan kesalahan qazaf, seseorang boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Shamsul memberitahu, beliau akan hadir ke pejabat JAWI pada jam 2.00 petang ini dengan diiringi beberapa pemimpin sayap itu dan aktivis PKR. -Malaysiakini
Wayang Murahan BN
Pada tahun 1969, kerana kuasa BN telah mula terhakis. Isu perkauman dimainkan. Ketika itu tiada internet. Ketika itu maklumat sampai begitu perlahan dan lambat. Maka ribuan anak muda Melayu terpengaruh dengan agenda Ketuanan Melayu. Ribuan telah tercedera dan ratusan terkorban. Hasilnya BN kembali memerintah untuk beberapa dekad lagi. Modalnya, hasut orang Melayu agar bangkit membunuh semua bangsa Cina dan lain - lain. Biar nyawa rakyat tergadai asalkan kuasa Umno terbela.Hari ini, pelakon "filem" terhebat Chua Soi Lek sekali lagi berjaya membawa wataknya dengan begitu berkesan. Watak sebagai penjahat untuk orang Melayu. Watak sebagai penghasut agar keharmonian kaum ini tergugat. Lakonannya mantap. Ramai orang Melayu terpengaruh dengan lakonannya khas Perkasa dan Muhyidin Yassin. Slogan - slogan mengeji, laungan amarah, dan jeritan membela Melayu dipekikkan. Laporan polis segera dibuat. Tujuannya agar memulakan cetusan api kecil agar pergaduhan yang mereka nantikan itu benar - benar terjadi.
Lihatlah betapa jijiknya permainan BN. Perhatikan betapa biadapnya mereka terhadap nyawa rakyat Malaysia. Nyawa kita tidak bernilai yang bernilai bagi mereka adalah kuasa yang merampas wang rakyat. Rakyat Malaysia amnya lihat saja wayang murahan yang dimainkan oleh BN. Orang Melayu bukalah mata seluas - luasnya, selama ini ketika rumah saudara - mara dirobohkan di Kampung Berembang ada Perkasa dan Umno membela mereka ini? Tidak. Sekarang mereka cuba menjadi hero kerana mereka tahu kuasa mereka semakin tipis dan bakal hilang selama - lamanya. Hero dengan menjadi hero jadian ketika kuasa sudah tiada. Hero seperti inikah yang kita mahukan. Ketika mereka senang merompak wang rakyat, wajah kita, rumah kita, langsung tidak dihiraukan. Sekarang, sibuk mahu menjadi panglima besar Melayu zaman Kesultanan dahulu kala.
Buat Chua Soi Lek, Muhyiddin Yassin, Perkasa dan siapa sahaja yang melompat tak kena gaya. Jangan terkejut gaya anda semua menyebabkan rakyat semakin jauh dari anda. Jangan samakan kebodohan anda dengan rakyat Malaysia. Kami perhati dan kami nilai. Tindak - tanduk yang seperti badut ini bakal dihukum. Kami rakyat Malaysia terhibur dengan wayang kos rendah anda, tapi nilai yang harus kamu semua bayar teramat tinggi. HILANG KUASA!!
PEGUAM, HAKIM MALAYSIA KAKI MAKSIAT
بسم الله الرحمن الرحيم
Sistem Kehakiman Malaysia Penuh Dengan Skandal Memalukan
RPK Bongkar Skandal Peguam Negara Dengan Azailiza Mohd Ahad
Hari ini, Associated Press melaporkan, "Seorang hakim Malaysia berkata pada hari Isnin menganggap tuduhan hubungan di antara peguam pendakwa kerajaan dan lelaki yang telah menuduh ketua pembangkang Anwar Ibrahim liwat adalah benar tetapi hubungan itu tiada kompromi dengan kes."
Okey, isu di sini adalah mahkamah tanpa ragu-ragu bahawa dakwaan bahawa penolong pendakwa raya Farah Azlina Latif mempunyai hubungan dengan saksi utama pendakwaan dalam perbicaraan Anwar Ibrahim Sodomy II adalah benar. Mahkamah tidak peduli sama ada hubungan ini akan berterusan atau tidak. Ia hanya peduli bahawa hubungan ini akan menganggu kes perbicaraan.
Dengan kata lain, adakah ada berlakunya ‘perbincangan' berlaku sepanjang hubungan sulit itu? Dan mahkamah meyakini tiada pujuk rayu sebelum tidur, hanya hubungan sulit semata-mata. Jadi tiada kesilapan dalam melaksanakan keadilan dan oleh itu tuduhan terhadap Anwar tidak perlu digugurkan.
Mengapa Peguam Negara tidak mahu mengesahkan atau menafikan dakwaan seorang ahli pasukannya mempunyai hubungan dengan saksi utama? Bukankah mudah jika dia hanya menafikannya dan menyelesaikan keseluruhan masalah itu?
Dia tidak bersedia untuk menjerut lehernya, terutamanya, kerana beliau mengetahui ianya benar dan jika dia cuba untuk menidakkannya, lebih banyak najis akan dilemparkan padanya. Tetapi apa yang lebih penting, dia bimbangkan bahawa jika dia menafikannya, kemudian kami akan mengeluarkan satu lagi dakwaan hubungan, kali ini membabitkannya dan Datuk Azailiza binti Mohd Ahad, Ketua Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa Jabatan Peguam Negara.
Ya, semua orang tahu tentang hubungan ini. Ia bukan rahsia. Peguam Negara dan Azailiza kerap melakukan perjalanan ke luar negeri bersama dan, untuk menyelamatkan sedikit wang cukai, mereka berkongsi sebuah bilik hotel daripada menempah bilik-bilik berasingan.
Aiyah! Saksi utama pendakwaan Saiful Bukhari Azlan ada hubungan dengan DPP Farah Azlina Latif. Kemudian pembantu Perdana Menteri Najib Tun Razak Khairil Annas Jusoh ada hubungan dengan Saiful Bukhari Azlan. Dan sekarang Peguam Negara pula ada hubungan dengan Ketua Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa Azailiza Mohd Ahad.
Kelihatannya banyak hubungan haram yang berlaku dalam Istana Keadilan (Palace of Justice). Dengan Ketua Hakim Negara secara haram mengahwini isteri kedua di Thailand dan kemudian merosakkan bukti untuk lepas daripada pendakwaan, seperti mana seorang ahli Parlimen dari Sabah, ia membuatkan kita merasa takjub bagaimana mereka mempunyai masa yang cukup untuk bersedia menghadapi kes-kes di mahkamah. - Raja Petra Kamarudin
Mana UMNGOK/PERKOSA
بسم الله الرحمن الرحيم
PERKASA mahu presiden MCA disiasat
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) meminta pihak polis menyiasat Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berhubung kenyataannya berhubung ekuiti bumiputera yang didakwanya "berbaur hasutan" dan "tidak mengambil kira sensitiviti bumiputera".
Dalam laporan polis oleh setiausahanya, Syed Hassan Syed Ali, NGO Melayu itu mendakwa kenyataan Dr Chua dalam Kongres Ekonomi Cina pada 14 Ogos lalu tidak bertanggungjawab dan bertujuan memecahbelahkan keharmonian kaum.
"Dr Chua seharusnya menyedari kenyataan beliau boleh mencetuskan kegelisahan dan ketidakpuasan hati kaum bumiputera khususnya orang Melayu kerana Perlembagaan Persekutuan dengan jelas memberikan keistimewaan kaum bumiputera sebagaimana peruntukan Artikel 153," laporan polisnya dipetik.
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) meminta pihak polis menyiasat Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berhubung kenyataannya berhubung ekuiti bumiputera yang didakwanya "berbaur hasutan" dan "tidak mengambil kira sensitiviti bumiputera".
Dalam laporan polis oleh setiausahanya, Syed Hassan Syed Ali, NGO Melayu itu mendakwa kenyataan Dr Chua dalam Kongres Ekonomi Cina pada 14 Ogos lalu tidak bertanggungjawab dan bertujuan memecahbelahkan keharmonian kaum.
"Dr Chua seharusnya menyedari kenyataan beliau boleh mencetuskan kegelisahan dan ketidakpuasan hati kaum bumiputera khususnya orang Melayu kerana Perlembagaan Persekutuan dengan jelas memberikan keistimewaan kaum bumiputera sebagaimana peruntukan Artikel 153," laporan polisnya dipetik.
Dalam laporan polis itu juga, Syed Hassan mendakwa kenyataan Chua yang tidak bertanggungjawab itu "kalau terus dimainkan akan pasti mencetuskan perbalahan kaum di negara ini".
"Perkara ini tidak boleh dibiarkan berlarutan dan kami mahu pihak polis membuat penyiasatan menyeluruh mengenai kenyataan Dr Chua ini dan membawa beliau ke muka pengadilan.
"Tindakan tegas perlu diambil oleh pihak polis agar perkara ini menjadi satu pengajaran kepada pihak-pihak lain agar tidak mempersoalkan kedudukan istimewa kaum bumiputera khususnya orang Melayu sebagaimana yang telah diperuntukkan di bawah Perlembagaan Negara dan tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan," kata Syed Hassan.
Sehubungan itu, dalam laporan polis tersebut, Syed Hassan mahu polis menyiasat Chua di bawah seksyen 3 (1) (f) Akta Hasutan 1948 dan seksyen 4 akta yang sama.
Syed Hassan mendakwa, akta tersebut dengan jelas memperuntukkan bahawa sesiapa yang membangkitkan perasaan tidak puas hati dan kegelisahan rakyat dengan mempersoalkan keistimewaan sesuatu kaum "adalah menyalahi undang-undang dan boleh diheret ke mahkamah dan dituduh".
Sementara itu, dalam sidang media sejurus selepas membuat laporan polis, ahli Majlis Tertinggi PERKASA Amier Hassan membantah sekeras-kerasnya tindakan Chua yang didakwa menyentuh mengenai hak bumiputera.
"Kita membantas sekeras-kerasnya. Dan kita harap polis dapat menyiasat dengan terperinci sebab kesalahan sudah berlaku.
"Kalau kita bercakap tentang Akta Keselamatan Dalam Negeri pun, apa yang diperkatakan oleh Chua Soi lek itu sudah menjadi ancaman kepada keselamatan dalam negara kita. Apabila berlaku sesuatu prejudis, kerajaan mesti bertindak," katanya.
Kira-kira 15 penyokong PERKASA hadir membantah tindakan Chua itu dan mereka mengibarkan beberapa poster antaranya berbunyi "Chua Soi Lek Sudah Kurang Ajar".
note: Ni baru betul MCA kudakan UMNGOK...
Bookmark & Share
XSending message...
Make sharing easier with AddThis for Firefox.
Harussani? AKU Tak Pecaya haihhhhhh.....
"Hang percaya Harussani?"
Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN
Mufti Pe
rak, Tan Sri Harussani Zakaria memang terkenal dengan isu-isu kontroversi. Malangnya ada isu-isu yang dibawanya itu tidak lebih daripada "serkap jarang". Saya tidaklah sampai menuduh beliau sebagai pembawa berita palsu atau yang belum disahkan kerana ia tentulah tidak baik kepada imejnya sebagai seorang ulama terkemuka. Cuma banyak pihak terkilan dengan sikapnya, yang kadang-kadang dilihat boleh (atau bersedia) diperalat oleh golongan berkepentingan.
Memang ulama tidak wajar mengasingkan diri daripada politik, malah wajar mengungguli politik Islam, tetapi pendekatan Harussani begitu canggung sekali.
KUTIP FAKTA SALAH
Saya pernah menemuramahnya semasa saya mengetuai akhbar Siasah hampir lima tahun lalu. Terasa selesa berdepan dengannya. Bagus penjelasannya, tetapi saya perlu berhati-hati dalam editing, bimbang bukan sahaja beliau terlepas cakap tetapi mengutip fakta yang susah hendak disahkan.
Harussani
semasa hangat isu perpaduan PAS-Umno menegaskan: "Saya mufti, takkan saya berbohong."
Bagaimanapun pendedahannya bahawa ada pemimpin Umno dan PAS berjumpa dengannya berbincang dan meminta pandangan beliau berhubung dengan cara untuk menyatupadukan kedua-dua parti itu disanggah keras pemimpin tertinggi PAS. Diakui wujud pertemuan seorang Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dengannya, tetapi ia sama sekali tiada kena mengena dengan isu kontroversi itu.
Saya sendiri, yang menghormatinya atas kelantangan dan sikap terus-terangnya, tidak sanggup menuduh beliau berdusta. Tetapi apabila saya membaca "pendedahannya", seperti dilaporkan Utusan Malaysia (ya, akhbar mana lagi), bahawa sudah ada "perlembagaan baru" yang didakwanya disediakan parti politik tertentu, saya sekadar menggelengkan kepala.
Menurut beliau, "perlembagaan baru" itu menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga Islam yang dijamin Perlembagaan sekarang. (Maka berpestalah Utusan Malaysia kerana ia bertepatan dengan momokan akhbar berkenaan tentang ketuanan Melayu yang makin terpinggir selepas pilihan raya umum 2008, yang jelas sasarannya mahu ditujukan kepada Pakatan Rakyat).
Saya tersenyum apabila membaca laporan seterusnya ucapan Harussani dalam Wacana Perpaduan Ummah Dalam Kesedaran Penghakisan Hak Orang Melayu, di Ipoh itu: "Kebetulan saya ada memberi satu ceramah di Alor Setar. Ada seseorang datang dan memberikan saya tiga buah buku perlembagaan yang dikehendaki pihak tertentu."
Saya menelefon seorang kawan minta pandangannya tentang kenyataan Harussani itu. Jawabnya, "hang percaya Harussani?" Saya terdiam. "Dia suka dengar cerita orang dan mudah percaya, kemudiannya menjadi bahan utama dalam ceramahnya pula," tambah kawan saya itu lagi.
Tiba-tiba saya menjadi kasihan kepada Mufti Perak ini. Sudah banyak kali beliau menyampaikan kepada umum khabar sensasi yang diterimanya, yang saya pasti belum sempat disahkan kebenarannya.
JANGAN NAIF
Siapalah saya untuk menasihatinya agar menyelidiki dengan mendalam berita yang didengarnya sebelum menyebarkan kepada umum. Maaf kalau saya memperingatkan beliau agar jangan naif sangat dengan percaturan politik.
Apabila ditanya siapa dan parti politik mana yang terlibat dalam mewujudkan perlembagaan baru itu, seperti dilaporkan berita muka depan Utusan Malaysia, 17 Ogos lalu, Harussani enggan mendedahkan kerana "kesannya terlalu besar sehingga boleh mencetuskan peperangan besar di negara ini".
Maka semakin tersenyum simpullah saya seorang diri pagi Selasa itu. Saya pasti, seperti juga dalam dakwaannya bahawa ada pemimpin tertinggi PAS berjumpa dengannya mengenai rundingan Umno-PAS, Harussani tidak akan menjelaskan siapa dalang perlembagaan baru itu
Kerajaan PR Kerajaan Rakyat BN Kerajaan Kemaruk Duit Rakyat
YANG TIDAK PERNAH UJUD SEMASA BN MEMERINTAH
بسم الله الرحمن الرحيم
Kakitangan awam Pulau Pinang dapat bonus RM400
Semua 3,577 kakitangan awam di Pulau Pinang akan menikmati bonus istimewa RM400 bagi menyambut Aidilfitri.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan dari Pejabat Ketua Menteri, geran kewangan istimewa yang membabitkan perbelanjaan RM 1.5 juta diluluskan oleh exco kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini.
Pembayaran RM400 itu akan dibuat pada 3 September ini, iaitu kira-kira seminggu sebelum Hari Raya Aidilfitri.
“Pembayaran istimewa sekaligus sebanyak RM400 sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini menunjukkan bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang menghargai perkhidmatan awam negeri Pulau Pinang.
“Exco negeri Pulau Pinang berharap penjawat awam negeri akan terus berazam untuk bekerja lebih gigih untuk meningkatkan lagi kualiti sistem penyampaian dan memberi perkhidmatan lebih baik,” kata ketua menterinya, Lim Guan Eng.
Menurut Lim, sejak Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran, usaha yang jitu lagi berterusan dilaksanakan bagi mencorakkan penjawat awam profesional ke arah bertaraf dunia.
Katanya, Pulau Pinang tidak mampu untuk melonjak kepada status Bandaraya Antarabangsa tanpa usaha penjawat awam negeri memacu ke arah menjadi penanda aras antarabangsa.
Tindakan populis ini bukan yang pertama diambil oleh Lim sejak DAP menerajui kerajaan negeri Pulau Pinang.
Sebelum ini, kerajaan negeri turut menghadiahkan RM500 dan anugerah negeri kepada pekerja bawahan yang bekerja keras membersihkan longkang dan parit di negeri itu. Selain itu, bayaran RM100 juga dibuat kepada semua warga emas berusia 60 tahun ke atas di negeri itu.
Mari tolak tahyul gila Umno - "Umno kalah, Melayu kalah"
Oleh Mohamad Sabu
Pandanga
n tahyul, 'Umno kalah Melayu kalah' harus dibuang jauh ke lautan luas kerana pandangan seumpama itu merupakan satu tafsiran mengarut dakwa, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu. Katanya, kepimpinan Umno lazimnya membuat kenyataan sekiranya Umno kalah pasti masyarakat Melayu akan hidup dalam suasana kelam kabut atau tertekan sebagaimana zaman Jepun adalah tahyul gila buatan parti Melayu itu.

Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Abul Kassim dalam sidang medianya di Tingkat 28 Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) pagi tadi menafikan kenyataan Zahid itu dengan menganggap ia adalah kenyataan berbau politik yang sempit.