SELAMAT DATANG

Rabu, 25 Mei 2011

Kenyataan Media - PAS : Benteng Ombak Penyelamat Ummah


Oleh: Nik Abdul Aziz Nik Mat

Pagi ini, saya sempat membelek beberapa akhbar yang menyiarkan laporan muka depan berkenaan pertandingan jawatan-jawatan utama di dalam Muktamar Agung PAS pada minggu hadapan. Calon-calon yang sudah mengesahkan menyertai pertandingan dan tidak kurang juga yang menarik diri dilaporkan secara meluas bahkan mendapat tempat di muka hadapan akhbar. Saya melihat laporan media massa yang meluas ini sebagai satu perkembangan yang menarik.

Bagi saya, ini menunjukkan PAS telah menjadi perhatian ramai. Mustahil jika PAS merupakan parti kecil yang bertaraf kampung dilaporkan secara besar-besaran melalui akhbar harian. Tentulah banyak mata yang sedang memerhati gerak langkah PAS pada hari ini. Samada mata memandang menanti pincangnya langkah atau cantiknya bunga silat, wallahua’lam. Apa yang penting, PAS bukan lagi menjadi parti yang tersisih dari arus politik perdana. Hal-hal dalaman ‘rumahtangga’ PAS pun dijadikan gosip panas sedangkan apa yang pasti siapa saja yang membarisi kepimpinan PAS, pasti semuanya akan tetap melawan UMNO / Barisan Nasional.

Hari ini, istilah ‘ulama’ dan ‘profesional’ dihidupkan kembali oleh akhbar dan media eletronik milik UMNO. Kononnya kedua-dua ini adalah inti yang berlawanan antara satu sama lain. Sedangkan hakikatnya tidak pernah wujud jurang antara ulama atau professional di dalam PAS kecuali jurang yang diada-adakan oleh UMNO/Barisan Nasional. Jikapun ada, kedua-duanya tidak lebih melainkan hanyalah caj positif dan caj negatif yang apabila bergabung menjadi arus eletrik yang cukup kuat untuk memberikan renjatan kepada UMNO/Barisan Nasional.

Tidak ada apa yang pelik jika kepimpinan PAS dilatari oleh individu yang datang dari pelbagai bidang pendidikan dan kemahiran. Di zaman Rasulullah SAW, sahabat-sahabat baginda mempunyai latar belakang yang pelbagai. Ada pakar strategi seperti Khalid bin al-Walid, ada penyair seperti Hassan bin Thabit, ada ahli korporat seperti Abdul Rahman bin Auf dan tidak kurang juga ahli ilmu seperti Abdullah bin Abbas dan Abddullah bin Umar radhiallahu anhum. Bahkan jika diteliti sejarah para sahabat Rasulullah SAW yang menjadi khulafa selepas baginda, semuanya datang dari latar belakang yang berbeza.

Abu Bakar RA seorang sahabat yang terkenal dengan kehalusan hatinya, mudah menangis dan menitiskan air mata kerana Allah SWT, berbeza dengan Umar al-Khattab yang agak kental jiwanya, sesuai berdepan dengan kerajaan Rom dan Parsi di zamannya. Umar juga seorang tokoh pentadbir yang bijak menyesuaikan dasar dengan situasi semasa, lalu lahirlah pada hari ini perbincangan tentang Fiqhu Umar. Ia merupakan satu mata pelajaran yang saya sempat pelajari sewaktu berada di al-Azhar dahulu. Oleh yang demikian, tidak ada yang pelik jika di dalam PAS, kepimpinannya dari pelbagai latar belakang.

Profesional di dalam PAS itulah golongan ulama, dan ulama di dalam PAS itulah professional. Semuanya menjadi batu bata membentuk benteng kukuh berdepan dengan ombak sekular. Hari ini, gelombang sekular sedang ganas membadai. Jika dulu, ada gelombang berwarwa biru, hari ini pula ia berwarna merah.

Alhamdulillah, di Kelantan saya berharap agar benteng ini terus kukuh mempertahankan kerajaan negeri yang ditegakkan di atas dasar Membangun Bersama Islam. Kita asuh generasi yang ada agar terus kekal dengan perjuangan Islam. Malangnya, usaha kita dituduh meracun pemikiran anak-anak. Hakikatnya, anak-anak muda inilah yang perlu dibentuk dengan pemikiran Islam ketika masih di bangku sekolah. Jika kita boleh mengajar mereka tentang kesedaran alam sekitar, menjaga kesihatan bahkan pendidikan seks pun dicadangkan diajar untuk pelajar sekolah, apa jijiknya jika pemikiran politik cara Islam diajar agar mereka dapat membezakan intan dan kaca?

Hairan saya, apabila akhbar-akhbar utama yang saban hari menyiarkan maklumat lucah di muka hadapan dan menayangkan cerita-cerita yang menjijikkan dibenarkan pula memasuki sekolah, bebas sahaja bertebaran di atas meja pusat-pusat sumber sekolah, sebaliknya apabila kita menjemput anak muda membaca al-Quran, kita dituduh meracun? Sungguh rabun mata hati mereka! Harapan saya, muktamar yang akan diadakan pada minggu hadapan ini akan membuahkan hasil yang terbaik untuk perjuangan Islam.

Kepada para perwakilan, pilihlah pemimpin yang bertaqwa kepada Allah SWT. Ikhlaskanlah hati, dan letakkanlah pertimbangan semasa memilih di atas neraca iman kepada Allah SWT. Insya-allah, saya yakin pilihan para perwakilan nanti adalah yang terbaik untuk meneruskan perjuangan PAS di persada politik tanah air. Sekian, wassalam.

TUAN GURU HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Menteri Besar Kelantan merangkap al-Mursyidul Am PAS

Bertarikh : 25 Mei 2011 / 21 Jamadil Akhir 1432

Ahad, 22 Mei 2011

BERITA KHAS: TRAGEDI TANAH RUNTUH, HULU LANGAT SELANGOR

Oleh: Pendekar Tanpa Nama

السلام عليكم

Korban Tanah Runtuh Anak Yatim Al Takwa FELCRA Semungkis Hulu Langat Selangor

انا لله وانا اليه راجعون …. الفاتحة

Berikut ialah senarai nama penuh mangsa yang diperoleh dari bilik gerakan bergerak yang dibuka di lokasi kejadian:

Enam belas yang terkorban ialah:

1) Mohd Kamarul Amizan, 11 tahun

2) Nurahimi Rosdi, 14
3) Dzahir Haziq M. Muin, 11
4) Ahmad Lokman Hakim, 11
5) Farid Ibrahim, 34
6) Mohd Azret Azahari, 8
7) Wan Ahmad Hasril Hazim, 11
8Zahid Assawal Zamri, 19
9) Mohd Mustakim Mamat, 12
10) Mohd Naerzein M. Nor, 8
11) Mohd Aiman Abdullah, 10
12) Shahrul Nurimran Adnan, 9
13) Mohd Zaid Azahari, 14
14) Mohd Imal Fahad, 9
15) Mohd Riezman Abdul Latif, 9
16) Mohd Hazim Sapri, 10

Sembilan yang terselamat ialah:
1) Aizat Khusairi, 12
2) M. Allaudin Sobri, 14
3) M. Syatiq Ibrahim, 21
4) Khairul Anuar Nasri, 9
5) M. Harris Izuddin Sahrul, 11
6) Zulkhairi Aminuddin, 13
7) Izzuddin Abdullah, 30
8Izuan Zakaria, 33
9) Mohd Akmal Mohd Jefri, 10

Lapan daripada mereka sedang dirawat di Hospital Ampang manakala Mohd Akmal di KPJ Kajang. 7 telah dikebumikan pagi td.

AL-FATIHAH..

TRAGEDI TANAH RUNTUH KAJANG

Al Fatihah. Tragedi tanah runtuh di rumah Persatuan Anak-anak Yatim Malaysia di Batu 14, Hulu Langat, Kajang,

KUALA LUMPUR 21 Mei – Dua mayat kanak-kanak telah berjaya dibawa keluar dalam tragedi tanah runtuh di rumah Persatuan Anak-anak Yatim Malaysia di Batu 14, Hulu Langat, Kajang, dekat sini hari ini.

Kedua-dua mayat itu dibawa keluar pukul 4.30 petang oleh pasukan penyelamat yang terdiri daripada Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Gambar Penghuni Rumah Anak Yatim Al-Takwa yang cedera

Antara 20 hingga 20 penghuni sebuah asrama anak yatim di Sungai Semungkis, Batu 14, Hulu Langat, dekat sini, dipercayai tertimbus akibat tanah runtuh, jam 2.20 petang tadi.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang ketika dihubungi Berita Harian Online sebentar tadi berkata, setakat ini tiga kanak-kanak berjaya diselamatkan.
Beliau bagaimanapun tidak dapat mengesahkan ada penghuni yang terkorban dalam kejadian itu.

Petikan dari mstar.com.my

Kira-kira 20 kanak-kanak tertimbus dalam tanah runtuh di Rumah Persatuan Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Batu 14, Hulu Langat pada pukul 2.30 petang.

Kini enam mayat kanak-kanak telah dikeluarkan manakala tujuh mangsa cedera.

Menurut Ahli Parlimen Hulu Langat, Che Rosli Che Mat, ahli-ahli bomba dan penduduk kampung mengeluarkan mangsa yang cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Kajang.

Laporan awal menyebut rumah anak yatim tersebut didiami kira-kira 30 penghuni.



Ahli bomba dan penduduk kampung bekerjasama mengeluarkan mangsa kanak-kanak yang cedera parah ekoran tanah runtuh di Rumah Persatuan Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Batu 14, Hulu Langat pada pukul 2.30 petang ini, sebelum dikejarkan ke Hospital Kajang.

Update-5:40 PM



Seramai 12 orang lagi penghuni Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Batu 14, Hulu Langat, dekat sini, dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh petang ini.

Sehingga petang ini, seramai tujuh mangsa telah dikeluarkan manakala dua kanak-kanak disahkan terkorban.

Rumah itu menempatkan 49 orang termasuk lima penjaga di mana seramai 28 orang terselamat dalam kejadian kira-kira jam 2.20 petang tadi.

Update -7:00PM



Menurut Ahli Parlimen Hulu Langat, Che Rosli Che Mat, pasukan mencari dan menyelamat terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan penduduk kampung mengeluarkan mayat dan mangsa yang cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Kajang.



Empat penjaga kanak-kanak tersebut masih belum ditemui
Setakat ini, seramai 9 orang telah berjaya dikeluarkan dengan tiga kanak-kanak terkorban dan enam cedera.



Walaupun dalam hujan lebat, kerja menyelamat oleh pihak berkuasa masih diteruskan bagi mengeluarkan 15 mangsa yang tertimbus termasuk empat kakitangan pengurusan rumah berkenaan.




Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebentar tadi mengarahkan Misi Bantuan Kemanusiaan Selangor, Yayasan Amal dan Briged Amal ke tempat kejadian tanah runtuh di Hulu Langat untuk memberi bantuan segera.Ini dinyatakan Khalid dalam laman Twitternya, sebentar tadi.







Berita semasa:
Seramai 24 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Hulu Langat, dekat sini, hari ini.
Setakat 7 petang ini, tiga mayat kanak-kanak berusia 11 dan 14 tahun dikeluarkan dari runtuhan itu manakala tujuh lagi ditemui cedera termasuk seorang lelaki dewasa, kata polis.

Penghuni yang cedera berusia antara 11 dan 17 tahun manakala lelaki dewasa itu dipercayai pekerja di rumah anak yatim berkenaan.
Semua yang cedera dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan dan setakat ini keadaan mereka tidak diketahui, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah pada sidang akhbar di sini hari ini. Beliau berkata rumah anak yatim yang terletak berhampiran bukit itu menempatkan 49 orang termasuk penghuni dan pekerja. Kesemua penghuni rumah itu adalah lelaki. - BERNAMA

Pencalonan Mohamad Sabu 'memberansangkan'


Abdul Rahim Sabri
Mei 21, 11
6:00pm

Bekas naib presiden PAS Mohamad Sabu mengesahkan bahawa beliau akan bertanding jawatan timbalan presiden dalam pemilihan parti Jun ini.

petrol price hike protest 2 100306 mat sabuKatanya beliau akan menghantar borang penerimaan pencalonan hari ini atau esok dengan serahan tangan kepada ibu pejabat parti.

"Saya akan teruskan (bertanding jawatan timbalan) tidak kira siapa bertanding (jawatan itu)," katanya.

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan jumlah pencalonan kawasan yang diperolehinya sebaliknya menyifatkannya "memberangsangkan" berbanding dua tahun lalu.

"Kalau jawatankuasa merahsiakan, maka kami pun merahsiakannya," katanya kepada pemberita di ibu pejabat parti itu petang ini.

Ditanya mengenai sokongan akar umbi terhadap beliau untuk memenangi jawatan tersebut, Mohamad berkata beliau tidak membuat penilaian berhubung perkara itu dan menyerahkan kepada perwakilan untuk membuat penilaian.

husam musa mat sabu nasharuddin mat isa 220409Mohamad merebut jawatan timbalan buat kali kedua dalam pemilihan kali ini. Dalam pemilihan 2009, beliau tewas dalam pertembungan dengan penyandang Nasharudin Mat Isa dan exco kanan kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa.

Seramai enam calon layak bertanding jawatan tersebut pada pemilihan kali ini termasuk Nasharudin yang menyatakan hasratnya untuk mempertahankan jawatannya itu.

Sementara itu, Dr Hatta yang turut hadir dalam sidang media memberitahu beliau akan meneliti terlebih dahulu jumlah pencalonan yang diterimanya sebelum menawarkan diri bertanding jawatan naib presiden.

pas muktamar 130610 hatta ramli 2"Kalau kehadiran saya untuk bertanding naib dapat meningkatkan (prestasi) parti berbanding orang lain, ada baiknya saya bertanding," katanya.

Sekiranya terdapat calon yang lebih baik dan hebat, katanya calon tersebut lebih baik diutamakan oleh perwakilan.

Dr Hatta kini merupakan bendahari PAS dan ahli parlimen Kuala Krai.

Seramai 14 calon layak bertanding bagi jawatan naib presiden. Setakat ini, hanya ketua penerangan PAS Idris Ahmad telah menawarkan diri untuk bertanding.

Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails