SELAMAT DATANG

Sabtu, 27 Mac 2010

Mengapa Perlu Politik???

Pemuda dan Pemudiku.

Kembali kepada punca adalah perlu apabila, keadaan berkecamuk dan bercelaru dalam memahami sesuatu, kerana kehidupan perlu diteruskan dengan terus berada dilandasan yang benar walau penuh dengan dugaan.

Aku perturunkan ringkasan ucapan Ali Khamenei mengenai politik, semoga ianya menjadi renungan kita bersama walaupun mungkin berbeza aliran fahaman.

Jelinglah sebelah mata.....

Segala hal yang dilakukan oleh manusia sebahagiannya berkaitan dengan masalah individu yang hanya mencakup sebagian kecil dari aktiviti -seperti mencari nafkah, kegiatan spiritual, hubungan perasaan, dan hubungan sesama individu dengan berbagai hal, namun bahagian yang lebih besar dari aktiviti manusia adalah kegiatan di tengah masyarakat yang dilakukan secara bersama-sama atau yang disebut dengan politik; politik ekonomi, politik sosial, politik ketenteraan, politik budaya, politik tempatan dan politik internasional.

Itu semua merupakan bahagian utama dari kegiatan manusia dalam kehidupannya. Mengapa utama? Karena politik tersebut pada hakikatnya mengarahkan manusia kepada tujuan dan arah tertentu. Kebanyakan kegiatan manusia adalah aktiviti makro (besar) yang secara menyeluruh mengarahkan aktiviti individu hingga yang terkecil sekalipun. Agama berkaitan dengan keduanya, dalam tindakan individu maupun di kancah politik yang ruangnya sangat luas dalam kehidupan manusia.

Langkah pertama Rasulullah SAW setelah hijrah, adalah pembentukan pemerintahan dan pusat kegiatan politik masyarakat, atau banyak bukti lainnya yang menunjukkan perkaitan antara agama dan politik. Ya, Islam yang murni menilai politik sebagai bahagian yang tidak dapat dipisahkan dari agama dan menyeru seluruh umat Islam untuk memahami dan mengamalkan politik.

Tidak hanya agama Islam, bahkan dalam semua agama Allah SWT tercakup masalah politik, keilmuan, kehidupan, dan masalah-masalah sosial. Agama adalah pengatur kehidupan manusia di semua sisi termasuk politik.

Fenomena imperialisme yang menjerumuskan puluhan negara dan jutaan umat manusia ke dalam kepedihan yang paling menyayat, merupakan salah satu akibat dari pemisahan ilmu pengetahuan dan politik dari spiritual, serta pemisahan antara pemerintahan dan moral di Eropa. Muncul Perang Dunia I dan II, merebaknya komunisme, runtuhnya hubungan kekeluargaan, membanjirnya kerosakan moral, dan tiupan badai kapitalisme radikal, merupakan imbas dari pemisahan tersebut.

Ketika kita mengatakan bahwa politik kami sama dengan agama kami dan agama kami sama dengan politik kami -yang diungkapkan oleh Almarhum Ayatollah Mudarres dan ditekankan kembali oleh Imam Khomeini-memiliki makna yang jelas.

Dipandang dari sisi lain maka artinya adalah bahwa politik kita harus religius. Tidak semua politik baik. Sebagian orang memandang politik sebagai sebuah aktiviti politik murni yang tidak ada kecenderungan kepada agama. Tujuannya adalah agar politik tersebut terlaksana. Ini tidak benar, politik harus religius.

Segala hal yang diharamkan dalam syariat juga harus diperhatikan dan diberlakukan dalam politik. Meski demikian terdapat dua bahaya yang selalu mengancam politik: pertama, jika sampai politik terpisah dari moral dan menjauh dari spiritual dan maknawiyah, yaitu ketika setan telah menguasai politik, ketika hawa nafsu telah menyembelih politik, ketika kepentingan pihak arogan di masyarakat menguasai politik serta menyeretnya ke sana ke mari. Jika bencana ini telah menjangkiti politik, maka seluruh sisi sosial masyarakat akan mengalami kerusakan. Bahaya politik lainnya adalah ketika kendali politik dipegang oleh orang-orang berpikiran dangkal, keanak-anakan, dan lemah, dan ketika keluar dari tangan orang-orang yang mampu dan jatuh ke tangan orang-orang yang tidak layak.

Menjalin persahabatan cara Rasulullah s.a.w.

KITA sering diingatkan supaya berhati-hati dalam memilih kawan. Rakan yang baik akan membawa kebaikan, sebaliknya yang jahat membawa kemudaratan.

Persahabatan Nabi Muhammad SAW dengan Saidina Abu Bakar adalah ikatan persaudaraan yang perlu dicontohi umat Islam. Mereka sama-sama terbabit dalam perniagaan sehingga menjadi sahabat karib. Kedua-duanya mempunyai akhlak mulia, sama haluan dalam perjuangan sehingga terjalin kasih sayang dan kemesraan.

Persahabatan Rasulullah SAW dengan Abu Bakar adalah contoh terbaik umat akhir zaman dalam memperjuangkan agama. Ia sewajarnya dijadikan panduan bagi umat Islam memilih kawan yang baik. Keutamaan Abu Bakar di mata Rasulullah dijelmakan menerusi sabda Baginda bermaksud: “Jika ditimbang keimanan Abu Bakar dengan keimanan umat sekaliannya, nescaya akan berat lagi keimanan Abu Bakar.” (Hadis riwayat al-Baihaqi).
Rasulullah SAW juga meluahkan isi hatinya kepada Abu Bakar seperti dinaqalkan dalam buku susunan Syed Ahmad Semait, Sepuluh Yang Dijaminkan Masuk Syurga, katanya: “Semoga Allah merahmatimu! Engkau adalah sahabatku! Engkau telah membenarkanku ketika orang lain mendustakanku, engkau telah membantuku ketika orang lain membiarkanku, engkau telah beriman kepadaku ketika orang lain mendustakanku, engkau telah mententeramkan hatiku ketika hatiku sedang dalam keadaan keluh kesah. Sesungguhnya tiada siapa pun, biar apa pun sekali yang dilakukannya buat diriku yang dapat menyamai apa yang dibuat olehmu.”

Allah SWT memilih Abu Bakar sebagai teman karib Rasulullah SAW dalam mendokong usaha dakwah amat bertepatan sekali.

Mencari kawan yang baik dan mampu membimbing ke arah kebaikan
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Teman yang baik dan teman yang tidak baik itu diumpamakan seperti pembawa kasturi dan peniup api, maka si pembawa kasturi mungkin memberikan kasturi itu kepada kamu atau kamu dapat membelinya, atau kamu dapat mencium baunya yang wangi. Bagaimanapun peniup api mungkin membakar pakaianmu atau kamu dapat mencium baunya yang busuk.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Rasulullah SAW menggariskan beberapa perkara bagi memilih teman atau kawan yang baik, antaranya :

Hendaklah bersahabat dengan orang yang bertakwa dan beriman
Sabda Baginda bermaksud: “Jangan kamu bersahabat melainkan dengan orang yang beriman dan jangan berikan makan kecuali kepada orang yang bertakwa.” (Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi).

Hindari daripada berkawan dengan yang buruk perangai dan akhlaknya
Ibn Asakir menceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Jauhilah kawan yang buruk (akhlak dan perangainya), kamu akan dikenali sepertinya.”

Sabda Baginda lagi : “Seseorang itu berada atas cara hidup kawannya, maka perhatikanlah tiap seorang daripada kamu, siapakah yang didampinginya.” (Hadis riwayat at-Tirmizi dan Abu Daud).

Menegur kesilapan kawan di atas perkara yang benar
Ubadah Ibn As-Samit berkata: “Rasulullah SAW mengikat janji dengan kami supaya dengar dan patuh ketika susah dan senang, yang disukai dan dibenci dan jangan merebut sesuatu dari tuannya kecuali ada bukti kekufurannya. Begitu juga, kami hendaklah berkata benar di mana saja kami berada tanpa takut akan penghinaan daripada seseorang yang suka menghina, semata-mata kerana Allah.” (Hadis riwayat Muslim).

Membantu kawan ketika kesempitan
Daripada Ibn Umar bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Seorang Muslim dengan Muslim yang lain adalah bersaudara, dia tidak menzaliminya dan tidak mengelakkan diri daripada menolongnya, sesiapa yang melepas hajatnya, sesiapa yang melepaskan saudaranya daripada sesuatu kesempitan, maka Allah akan melepaskan satu kesempitan daripada kesempitan-kesempitan hari kiamat, dan sesiapa yang menutup (keaiban) saudaranya, maka Allah akan melindunginya pada hari kiamat.” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

INTIPATI

Mencari sahabat sejati:

◦Persahabatan Rasulullah SAW dengan Abu Bakar adalah contoh terbaik umat akhir zaman dalam memperjuangkan agama.
◦Mempunyai kawan yang baik mampu membimbing kita ke arah kebaikan.
◦Sahabat hendaklah dicari daripada kalangan orang beriman dan bertakwa.
◦Sahabat yang mempunyai perangai dan akhlak yang buruk hendaklah dijauhi.

LAKSANA HUDUD SELESAI MASALAH : NAJIB KENA TANGGUNG DOSA NI

Gejala buang bayi: Perlu kepada kaedah pencegahan
Idris Ahmad


Parti Islam Semalaysia (PAS) memandang berat gejala pembuangan bayi di negara ini. Perbuatan durjana yang lebih teruk daripada zaman jahiliah sebelum baginda dibangkitkan menjadi Rasul. Gejala ini amat memalukan negara, kebetulan majoriti yang terlibat ialah orang melayu Islam. Fenomena yang berlaku menunjukkan gejala yang tidak bermoral ini semakin parah dan menggambarkan kegagalan kerajaan yang ada pada hari ini gagal untuk mendidik rakyat menjadI manusia yang berguna dan tahu tentang nilai hidup mereka.

Peristiwa ini amat memalukan Islam kerana orang Melayu mewakili penduduk yang beragama Islam. Secara tidak langsung akan merosakkan imej Islam di pandangan orang bukan Islam di negara ini.

Parti Islam Semalaysia (PAS) melihat bahawa kerajaan Umno/BN pada hari ini tidak serius dalam menanggani masalah ini. Ia bukan mencari jalan untuk menutup punca supaya gejala ini tidak berlaku. Ia lebih kepada program yang bersifat menyapu sampah di bawah karpet. Program yang dilaksanakan untuk mengatasi masalah akhlak lebih beroreintasikan perniagaan sesama kroni. Sebab itu projek Rakan Muda dan PLKN semuanya oreintasi untuk mengkayakan kroni sahaja. Akhirnya matlamat tidak tercapai, sebaliknya wang negara lesap begitu sahaja walau terpaksa membelanjakan wang berbilion ringgit.

Sepatutnya dalam menanggani masalah pembuagan bayi ia mesti bertindak sebagai mana kaedah Islam iaitu “Saddu Zara’ik” menutup pintu kerosakan. Kerajaan sepatutnya mengawal pusat hiburan, memperkatatkan peraturan iklan yang menghairahkan, mewajibkan pelajar Islam memakai tudung, mengawal pergaulan bebas, kempen menutup aurat, kempen jauhi zina.

Selain daripada mendidik dan mengawal maka kaedah yang paling berkesan ialah mesti kembali kepada hukum yang Allah kenakan kerana hukum Allah mempunyai roh iaitu “nakala minallah” yang Allah akan melontarkan kegerunan untuk pelaku maksiat menjauhkan perbuatan zina. Sudah banyak cadangan yang kerajaan cadangkan, kita tidak dengar satu pun cadangan untuk kembali kepada apa yang diajar oleh ajaran Islam.

Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat



Jangan Biar talibarut Yahudi Menang Di Hulu Selangor

Pengundi Parlimen Hulu Selangor Wajib Tumbangkan Talibarut Israel
misaimerah


Tidak ada penyakit yang tidak dapat diubati kecuali penyakit tua dan ketetapan Tuhan iaitu mati. Ajal yang menjemput kita tidak lambat sesaat dan lebih sesaat pun untuk hantar kita ke alam barzakh. Yang pergi tetap pergi perjuangan melawan kezaliman Umno-Bn mesti diteruskan demi masa depan anak cucu kita dan negara yang kita sayangi ini.

Pihak Suruhanjaya Pilihanraya macam dah tak sabar nak adakan pilihanraya kecil di Parlimen Hulu Selangor tidak seperti acahan dan main-main adun Titi Tinggi di Perlis yang merajuk tak dapat jadi Exco. Perangai MCA dan Umno sama dalam hal yang libatkan kebendaan. SPR dan Speaker dun Perlis boleh pulak main tarik tali isu perletakkan jawatan adun Titi Tinggi.

Di celah- celah keributan penglibatan kerajaan Umno-Bn yang jadi tali barut Israel dengan mengambil syarikat APCO sebagai perunding imej negara untuk promosikan 1Malaysia Allah menguji kita dengan diadakan pilihanraya kecil di Hulu Selangor.Allah bagi pilihan kepada kita sebagai umat Islam dan orang Melayu masih mahukah lagi bersekongkol dengan parti Umno -Bn yang jelas melukakan hati umat Islam di Malaysia dan seluruh umat Islam di dunia.

Tidak guna Pemuda Umno berkokok lantang , menyalak-nyalak benci Israel kerana membunuh umat Islam Palestine tapi dalam masa yang sama Umno-Bn salurkan projek kepada syarikat Israel Laknatullah. Harakahdaily dalam beritanya Apco serlahkan Umno talibarut Israel memetik kata-kata Naib Presiden Pas Mahfuz Omar yang menganggap Umno tali barut Israel:

Beliau berkata demikian kerana Umno tidak mampu menyatakan komitmennya terhadap syarikat tersebut walaupun syarikat itu dikatakan umum sebagai pro zionis Israel.
"Ini serlahkan bahawa Umno adalah tali barut Yahudi zionis kerana dia (Umno) tak boleh menyatakan pendirian (tentang Apco)," jelas beliau petang tadi.

Tidak cukup dengan itu, kata beliau, tidak mustahil kerajaan Malaysia turut memberikan maklumat yang strategik pada Apco kerana Apco tidak berupaya memberikan nasihat yang strategik.

"Kalau Umno tidak diberi maklumat yang strategik seperti demografi negara, bagaimana Apco nak beri nasihat supaya Najib dilihat baik, 1Malaysia direalisasikan.

"Dengan maklumat strategik ini, bermakna keselamatan negara sendiri terdedah pada pihak luar,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau menyuarakan rasa curiga pada kerajaan kerana melantik Apco secara tender yang eksklusif sedangkan Apco dibayangi oleh beberapa pemimpin zionis Israel seperti Shimon Stein (bekas Duta Kehormat Israel ke Jerman), Profesor Ittamar Rabinovich (bekas Duta Besar Israel ke Amerika Syarikat), Doron Bergerbest-Eilon (bekas Jeneral Major di Agensi Keselamatan Israel, ISA), David Heral (anggota perisik di ISA), Oded Raz (bekas Pegawai Kanan di ISA) dan Elliott Abrams (proksi Yahudi, bekas pembantu khas kepada Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush).

"Kesemua mereka jelas pro zionis Israel, sebab itu rakyat perlu diberitahu atas asas apa mereka ini dipilih," jelasnya.

"Dengan pemilihan Apco ini, apakah membabitkan individu di dalam kerajaan sendiri kerana ini bukan tender terbuka, dilanti khusus untuk perbaiki imej Najib."

Pendedahan Ahli Parlimen Machang di Parlimen Saifuddin Nasution mengenai buruknya akhlak pemimpin Umno yang menjadikan arak sebagai hidangan sambut majlis ulang tahun perkahwinan dan adanya pemimpin Umno yang tertidur di meja judi menggambarkan pemimpin Umno semakin jauh daripada nilai-nilai agama Islam yang amat menitik beratkan akhlak yang terpuji. Arak dan judi dah jadi teman setia Umno.Jauhkan diri anda daripada Umno yang semakin korup dan sesat.


UMNO Talibarut Yahudi

Apco serlahkan Umno tali barut Israel

oleh MP Pokok Sena

Keputusan kerajaan melantik Apco Worldwide sebagai syarikat perunding komunikasi 1Malaysia menyerlahkan Umno sebagai tali barut Israel.

Umno tidak mampu menyatakan komitmennya terhadap syarikat tersebut walaupun syarikat itu dikatakan umum sebagai pro zionis Israel. "Ini serlahkan bahawa Umno adalah tali barut Yahudi zionis kerana dia (Umno) tak boleh menyatakan pendirian (tentang Apco),"

Tidak mustahil kerajaan Malaysia turut memberikan maklumat yang strategik pada Apco kerana Apco tidak berupaya memberikan nasihat yang strategik.

"Kalau Umno tidak diberi maklumat yang strategik seperti demografi negara, bagaimana Apco nak beri nasihat supaya Najib dilihat baik, 1Malaysia direalisasikan.
"Dengan maklumat strategik ini, bermakna keselamatan negara sendiri terdedah pada pihak luar,”

Saya rasa curiga pada kerajaan kerana melantik Apco secara tender yang eksklusif sedangkan Apco dibayangi oleh beberapa pemimpin zionis Israel seperti Shimon Stein (bekas Duta Kehormat Israel ke Jerman), Profesor Ittamar Rabinovich (bekas Duta Besar Israel ke Amerika Syarikat), Doron Bergerbest-Eilon (bekas Jeneral Major di Agensi Keselamatan Israel, ISA), David Heral (anggota perisik di ISA), Oded Raz (bekas Pegawai Kanan di ISA) dan Elliott Abrams (proksi Yahudi, bekas pembantu khas kepada Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush).

"Kesemua mereka jelas pro zionis Israel, sebab itu rakyat perlu diberitahu atas asas apa mereka ini dipilih,"

"Dengan pemilihan Apco ini, apakah membabitkan individu di dalam kerajaan sendiri kerana ini bukan tender terbuka, dilanti khusus untuk perbaiki imej Najib."

Dato'Mahfuz Omar
Naib Presiden PAS
Ahli Parlimen P.Sena.

Betoi Ka PAS dah lupa kerja dakwah?????

Oleh ZULKIFLI YAHAYA


Kerajaan negeri Kedah menganjurkan Kem Anak Soleh di enam buah sekolah di Kedah. Hanya selepas dua hari pengumuman mengenainya dibuat, tempahan untuk 1240 peserta yang terdiri dari pelajar sekolah rendah itu habis diisi. Begitulah hebatnya sambutan yang diberikan ibu bapa terhadap program penghayatan Islam untuk anak-anak.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Badan-badan Bukan Kerajaan dan Pembangunan Insan, Sains dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Dr Ismail Salleh berkata, program tersebut akan dijadikan program wajib setiap kali cuti sekolah.

Menurutnya, keruntuhan akhlak remaja Islam hari ini bermula dari dalam rumah kerana anak-anak tidak mahu dan tidak tahu sembahyang.

Kem Anak Soleh adalah program biasa. Bukan projek bernilai berjuta-juta. Mengajar kanak-kanak bersembahyang dan patuh kepada perintah Allah. Tetapi akibat melupakan 'kerja kecil' inilah banyak kerosakan besar berlaku dalam masyarakat.



Ketua Pengarah Pendaftaran Negara (JPN), Dato' Alwi Ibrahim mendedahkan bahawa pada tahun 2009 seramai 17,303 anak luar nikah didaftarkan. Seramai 16,541 tahun 2008 dan 16,100 tahun 2007.

Dalam tempoh lima tahun lalu JPN mencatatkan 74,723 anak luar nikah dari kalangan umat Islam. Angka itu amat menakutkan bagi golongan beriman walaupun ia tidak menjadi apa-apa kudis terhadap konsep 1Malaysia.

Jika dalam isu-isu yang membabitkan wang ringgit atau kenikmatan duniawi yang tercalar manusia cepat-cepat melahirkan bantahan, demonstrasi, memorandum dan segala macam protes diluahkan terhadap pihak yang dianggap bertanggungjawab. Namun berbeza pula dengan isu keruntuhan moral.

Parti-parti politik boleh berhimpun di hadapan kompleks pentadbiran kerajaan untuk membantah isu keputusan bekalan air, kenaikan harga minyak atau menentang cubaan kerajaan guna ketegasan untuk mengutip tunggakan perumahan awam. Tetapi mereka tidak pula berhimpun untuk mendesak kerajaan mengambil tindakan segera terhadap kegawatan akhlak yang melanda rakyat negara ini. Isu perut kempis (kelaparan) menjadi lebih besar daripada isu 'perut besar' yang telah menjahanamkan zuriat keturunan manusia.

Hari ini jika kita menatap media maklumat, maka pelbagai jenis kehancuran akhlak dapat dibaca. Kejahatan yang tidak pernah didengari dulu, kini muncul. Seolah-olah dunia ini sudah lengkap dengan inovasi kejahatan.

Manusia yang melakukan kerja dakwah sejak zaman Rasululah SAW tidak pernah berkurang bahkan bertambah sejajar pertambahan manusia. Malangnya pertambahan kebatilan lebih cepat dan melebar. Jika dakwah hanya di masjid, surau serta premis yang munasabah dengan kerja penyebaran ilmu dan kesedaran; tetapi mesej maksiat dan mungkar masuk ke dalam setiap rumah melalui peti televisyen dan media kedua.

Kerja dakwah perlu permit dan tauliah tetapi penyebaran kebatilan dibenarkan kepada sesiapa sahaja. Ia semacam diizinkan kerana sebahagian besar mungkar hari ini tidak lagi dianggap mungkar jika masyarakat umum menerimanya.

Ia gabungan pemikiran sekular dan demokrasi. Misalnya homoseksual dan lesbian dibenarkan di Barat kerana majoriti menerimanya. Di negara kita walaupun belum ke tahap itu tetapi banyak sudah perkara-perkara yang dulunya haram tetapi sekarang 'nampak macam halal' apabila masyarakat umum tidak lagi membantah. Itu semua adalah bibit-bibit kehancuran akhlak dan agama.

Persoalannya, apakah isu-isu yang berkaitan dengan kemungkaran dan melakukan kerja-kerja pengislahan tidak lagi menjadi keutamaan kepada parti-parti politik sekarang? Tentulah yang dimaksudkan ialah parti Islam kerana parti sekular seperti Umno tiada agenda Islam dalam perjuangan justeru tiada apa-apa kesalahan bagi mereka jika tidak melakukan kerja amar makruf nahi mungkar.

Hanya satu parti Islam di Malaysia iaitu PAS. PAS kononnya lebih banyak mengatur program ceramah perihal isu duniawi dan kuasa daripada menyusun program menyedarkan masyarakat supaya menjauhi kemungkaran, menunaikan solat dan mengamalkan cara hidup Islam. Soal dakwaan itu betul atau tidak tidak perlu dijawab. Apa yang penting ialah memahami realiti tentang kehancuran moral masyarakat yang semakin parah hari ini, walhal langkah mengatasi kemelut itu terlalu sedikit.

Di kalangan masyarakat Islam yang belum kenal perjuangan Islam, mengajak mereka menjauhi mungkar dengan mengamalkan Islam tentulah lebih penting daripada mengajak mereka menjauhi Umno. Sebab apabila mereka sudah kenal Islam maka secara automatik mereka akan membenci perjuangan sekular yang berkiblatkan kebendaan.

Dalam pilihan raya kampus yang diadakan di IPTA di negara ini, kawasan fakulti pengajian Islam biasanya dimenangi dengan mudah oleh kumpulan pro-Islam. Dr Mahathir sewaktu menjadi Perdana Menteri telah menghentikan bantuan kepada sekolah agama rakyat. Tujuannya untuk mematikan terus sekolah agama rakyat. Dengan terus terang dia memberitahu bahawa sekolah agama rakyat adalah tempat melahirkan kader-kader PAS yang tentunya menjadi ancaman kepada Umno.

Dengan hujah tersebut, jelaslah mengatur program pengislahan terhadap masyarakat yang semakin menjauhi agama menjadi lebih penting dari menyedarkan mereka perihal isu semasa. Tiada perlu mengorbankan salah satu antara kedua-dua kerja tersebut tetapi mengetepikan kerja dakwah dan pengislahan sangatlah merugikan.

Program Kem Anak Soleh anjuran kerajaan negeri Kedah adalah antara agenda untuk mengislahkan masyakat. Perlu ada berpuluh-puluh lagi program seumpama itu dibuat, terutama oleh sayap-sayap parti politik Islam di samping yang dibuat oleh kerajaan yang dikuasai PAS.

Jumaat, 26 Mac 2010

1 MALAYSIA AKAN KU SAPU RAKYAT DIKETEPIKAN ROSMAH DIUTAMAKAN

WOI MUSIBAT..!! CUBA KO TUNJUK KAT AKU MANA PERGINYA PEJUANG MELAYU UMNO ? MANA PERGINYA KATAK PERKASA YANG KATANYA MEMBELA MELAYU ?

بسم الله الرحمن الرحيم

Mana Pergi Ibrahim Ali Pejuang Ketuanan Melayu? Sebab Perkara Ini Tidak Berlaku Di Pulau Pinang Atau Negeri Pakatan Rakyat Yang Lain Maki Mampuih Pi La Kot..



Dalam kejadian 12 rumah yang didakwa rumah setinggan di Kampung Denai Pinggiran, Kempas, Johor telah dirobohkan oleh Pejabat Tanah dan Galian daerah, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Seramai 12 pegawai dan 112 anggota polis telah ditempatkan di kawasan berkenaan untuk memastikan keselamatan dan ketenteraman awam berada dalam keadaan terkawal bagi mengelakkan berlaku kejadian tidak diingini.


Anak kecil ini sedang bersuka ria sambil berterima kasih kepada kerajaan umno?

Satu lagi kampung Melayu bakal hilang dari muka bumi, mereka dah tinggal di sini selama 36 tahun dan di halau keluar tanpa sebarang pampasan.... Selama 36 tahun itulah mereka telah dijanjikan berbagai oleh sang penguasa bagi menjamin penguasaan mereka..

Ketika Kampung Buah Pala menghadapi nasib yang sama Media UMNO/BN riuh rendah mencanangkan kekejaman yang kononnya dilakukan terhadap penduduk oleh kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang walhal tanah Kampung BUah Pala itu telah dijual semasa era Koh Tsu Koon lagi.. dan penduduk Kampung Buah Pala juga telah diberikan pampas an yang setimpal. Kalau Kampung Buah Pala yang dianngap setinggan, penduduk diberikan pampasan RM250,000.00 dan lot rumah, apa bezanya dengan Kampung Denai Pinggiran ini? Adakah kerana Kampung Buah Pala terletak didalam Negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat dan Kampung Denai Pinggiran ini terletak didalam negeri yang diperintah oleh UMNO/BN maka layanan terhadap penduduk berbeza?


Kemana menghilang pejuang-pejuang Bangsa, kemana menghilang Presiden Perkasa? Adakah kerana tidak menguntungkan mereka penduduk Kampung Denai Pinggiran dibiar sendirian meratap hiba mengenang nasib mereka?










Inilah nasib orang melayu di bumi Johor.....Moga UMNO terus perintah Johor! - anak sungai derhaka



PENGECUT RUPANYA YERRR

HAHAHA.. FITNAHLAH LAGI... BERANI KAU TAKUT...!!!

بسم الله الرحمن الرحيم

Nak kena panggil ke balai tau plak takut....

Ini adalah jawapan dari Zulkifli Nordin ketika ditanya media berkenaan kenyataan fitnahnya terhadap DSAI dalam satu sidang akhbar di Parlimen semalam.

"Saya tak pernah sebut nama sesiapa pun, ia cuma dalam konteks ucapan tentang budaya fitnah politik yang melanda di dalam negara, budaya fitnah terhadap Anwar, fitnah terhadap Tok Guru Nik Aziz dan fitnah terhadap Perdana Menteri, itu tujuan dia bukan untuk dedah sesiapa pun".

"Berkaitan dengan nama yang mengarahkan siapa, saya tak sebut, isu dia tentang isu budaya fitnah politik yang berlaku bukan orangnya.

"Saya tidak berniat untuk mengaibkan orang melainkan perlu atau saya diletakkan dalam keadaan terpaksa maka saya sebutlah tapi dalam konteks ucapan saya tidak ada keperluan pun," ketika ditanya media bersama tiga rakan Bebas dalam satu sidang akhbar di Parlimen semalam.

Berhubung kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan bahawa pihak polis akan memanggil beliau berhubung dakwaan tersebut, Ahli Parlimen itu akan meneliti untuk memberi butiran lanjut.

"Setakat ini apa yang saya lihat, dari segi undang-undang tidak ada keperluan sebab apa yang saya sebut cuma nak mengambarkan budaya fitnah yang sedang berlaku sesuai dengan kekhuatiran Tuanku, itu sahaja, "Tapi kalau KPN panggil untuk bincang lanjut, saya akan tengoklah macam mana keadaan," kata beliau.



Khutbah Dibaca di Surau al-Mujahidin Taman Surada

Rasulullah s.a.w DiPertahan Hukum Allah DiPerjuang



السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ


Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 31 surah Ali Imran :



قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ


Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani



Kasih dan cinta kita kepada nabi Muhammad s.a.w tidak pernah padam malah terus membara dalam diri. Kita pernah mendengar bagaimana para sahabat nabi sanggup mati demi mempertahankan baginda daripada sebarang penghinaan mahu pun serangan terhadap batang tubuh nabi. Malah ‘Urwah ibn Mas’ud yang diutuskan oleh kaum Quraisy kepada Rasulullah SAW pada Tahun Perjanjian Hudaibiah bila melihat penghormatan para sahabat terhadap nabi lalu memberitahu kafir Quraisy bagaimana jika Nabi SAW berwuduk, air wuduknya menjadi rebutan para sahabat hingga mereka hampir berbunuh-bunuhan kerananya.




Tidaklah nabi SAW berludah dan berkahak, melainkan mereka menadahnya dengan telapak tangan mereka, lalu menggosok-gosokkannya ke muka dan badan mereka. Tiada sehelai rambut nabi SAW yang jatuh ke tanah, kecuali mereka berebut-rebut mengambilnya. Apabila nabi mengeluarkan suatu perintah, mereka segera melakukannya. Apabila nabi berbicara, mereka merendahkan suara di hadapannya. Mereka tidak menajamkan pandangan mereka kepada nabi SAW kerana membesarkannya. Pernah tercatat bagaimana telah berjalannnya suatu operasi penghantaran skuad pembunuh untuk membunuh Kaab bin Al Asyraf seorang Yahudi Bani An Nadhir kacukan Arab di mana dia adalah penyair terkenal dan bangsawan.




Rasulullah menjatuhi hukuman bunuh keatas kerana Kaab menggubal syair-syairnya menghina Rasulullah, Ummu Mukminin dan para Sahabat. Apabila Rasulullah membuat tawaran untuk sesiapa menjalankan operasi ini, bangunlah Muhammad bin Maslamah bersama beberapa sahabat yang lain di mana mereka bukan sahaja berjaya membunuh Kaab bin Al Asyraf bahkan membawa bersama kepala Kaab dan dicampakkan di hadapan Rasulullah tanda bukti dan kejayaan. Tanda kasih kepada Rasulullah. Tanda sanggup korbankan diri untuk mempertahan dan membela Rasulullah.





Kita pada hari ini buat sekian kalinya dituntut untuk mempertahan kemulian nabi apabila 3 buah akhbar Sweden dengan penuh biadap menyiarkan kartun menghina Nabi Muhammad s.a.w.dengan lakaran tubuh nabi seperti seekor anjing. Tunjukkan tanda kasih kita kepada nabi dengan apa sahaja kemampuan yang ada. Biar nyawa melayang bukti cinta pada nabi untuk meraih Syurga yang tinggi, biar darah merah mengalir bukti kasih pada nabi untuk merasai betapa lazatnya air kolam Kauthar di akhirat nanti.

Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,



عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : كُلُّ مَوْلُودٍ يُولَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ أَوْ يُنَصِّرَانِهِ أَوْ يُمَجِّسَانِهِ ……...(متفق عليه)


Maksudnya : Setiap anak yang lahir adalah lahir dalam fitrah. Dua ibu-bapanyalah yang menjadikannya yahudi atau nasrani atau majusi…….


Jika pada 9 Mac lalu menyaksikan pelancaran buku berkaitan Natrah yang diKristian oleh ibubapa asalnya dari Belanda setelah dirampas daripada ibuapa angkatnya melalui mahkamah maka pada 11 Mac sekali lagi negara menyasikan bagaimana kes hampir sama yang melibatkan penjagaan anak kecil apabila Mahkamah Tinggi Ipoh menyerahkan hak penjagaan 3 orang anak bagi seorang muallaf bernama Muhammad Riduan Abdullah, kepada seorang ibu kandung yang bukan beragama Islam walau pun penghakimannya tidak begitu jelas ekoran belum ada lagi penghakiman bertulis dari mahkamah terbabit disamping masih peringkat rayuan untuk menangguh keputusan hakim.




Kini masalah Ummu Salamah, 13, dan Abu Bakar, 12, dilaporkan tinggal bersama-sama ibu mereka di Ipoh, manakala Ummu Habibah, 2 masih dijaga oleh Muhammad Ridhuan sendiri masih terumbang-ambing. Apa yang jelas ialah Islam tidaklah menghalang secara mutlak akan hak penjagaan ibu atau bapa non muslim terhadap anak apabila salah seorang dari mereka memeluk ajaran Islam , melainkan meletakkan syarat yang ketat demi menjamin agama dan kesejahteraan insaniah manusia itu sendiri.




Penghakiman ini menuntut kita untuk sama-sama bangkit mempertahan akidah anak kecil ini disamping memberi sokongan moral termasuk doa kita kepada Muhamamd Ridhuan yang begitu tertekan sejak berusaha sedaya mungkin dalam mempertahankan agama anak-anaknya hingga kini. Kes ini juga memberi isyarat jelas kepada kita supaya lebih bersungguh dalam memperkasakan kuasa dan peranan Mahkamah Syariah kerana dalam kes seperti ini ada peruntukan mahkamah syariah dalam melarang seseorang daripada menyerah anak kepada orang bukan Islam memandangkan hukum berkaitan muallaf sepatutnya dibicara di Mahkamah Syariah. Ingatlah bahawa masalah agama lebih penting daripada segala-galanya dan jangan memandang ia suatu masalah kecil

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Firman Allah dalam ayat 32 surah al-Isra’ :



وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا ۖ إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا


Maksudnya : Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).



Ketika negara masih panas dengan isu penderaan terhadap kanak-kanak yang ada membawa kepada pembunuhan ditambah dengan pembuangan bayi yang tidak berdosa disamping isu pengajaran seks di sekolah yang belum selesai. Kini kita dikejutkan pula dengan kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bahawa seramai 17,303 anak luar nikah Melayu atau tidak sah taraf didaftarkan di seluruh negara sepanjang tahun 2009 iaitu purata 47 orang sehari anak luar nikah ini dilahirkan.




Oleh itu semua pihak bertanggungjawab dalam menangani masalah yang semakin kronik ini. Ibubapa wajib memberi didikan agama dan menjaga pergerakan anak-anak kerana banyak kes hari ini harga diri anak-anak lebih murah daripada anak ayam apabila ibubapa lebih bimbang anak ayam yang tidak pula ke reban daripada anak sendiri terutama anak gadis yang tidak pulang ke rumah walau pun telah lewat malam. Kerajaan pula wajib menutup pintu-pintu zina yan dibuka luas dengan lesen yang diikitiraf seperti kelab malam, pesta hiburan, rancangan tv, majalah tidak senonoh dan sebagainya.




Kita boleh mencontohi kerajaan Acheh yang mempunyai polis syariah yang diberi kuasa untuk mengambil tindakan kepada rakyat yang memakai pakaian yang menyalahi syarak disamping pasangan-pasangan yang belum kahwin boleh ditangkap di tempat terbuka termasuk tepi pantai. Pergaulan antara jantina yang berbeza mesti dibataskan termasuk di sekolah, pejabat, tempat kerja dan majlis umum yang lain.




Pendidikan seks yang mahu dilaksanakan juga wajib berteraskan Islam bukannya mengikut acuan barat yang hanya takut pada penyakit AIDS bukannya takut kepada Allah sehingga menggalakkan zina asalkan memakai kondom sebagai contohnya. Pendidikan seks cara Islam contohnya diberi kefahaman dari awal tentang masalah aurat, penjagaan mata dan anggota yang lain daripada pintu zina, pemisahan tempat tidur anak-anak yang berlainan jantina serta penerapan bahawa tidak boleh bergaul bebas apatah lagi berzina dengan menggalakkan perkahwinan serta hukuman yang berat bagi sesiapa yang berzina

Sidang Jumaat yang berkati Allah,



Bumi Palestin buat sekian kalinya kembali bergolak akibat tindakan kejam zionis yahudi yang berusaha untuk meruntuhkan Masjid Aqsa bagi dibina kuil Haikal Sulaiman. Yahudi buat sekian kalinya cuba menipu dunia bagi menghalalkan tindakan jahat mereka dengan alasan bahawa Masjid Aqsa dibina atas kuil purba milik mereka. Kita pernah ingat bagaimana yahudi cuba menjatuhkan kemuliaan nabi Muhammad s.a.w kononnya bangsa arab dilahirkan hasil penzinaan antara nabi Luth a.s dengan anak perempuannya ’Urubah namun pendustaan yahudi jelas ditolak kerana bangsa arab lahir daripada keturunan nabi Ismail a.s yang merupakan anak nabi Ibrahim a.s yang juga sepupu kepada nabi Luth a.s.




Oleh itu kita sebagai umat Islam bermaruah wajib bangun menyatakan bahawa Palestin terutama Masjid Aqsa milik umat Islam. Kita tidak akan sama sekali menyerahkan walau pun satu inci tanah wakaf milik seluruh umat Islam itu kepada zionis yahudi walau pun terpaksa melayang nyawa, menumpah darah ke bumi. Ketika kita begitu benci kepada kejahatan dan kezaliman zionis yahudi maka kita begitu sedih dan marah apabila pemimpin negara sanggup bersekongkol dengan syarikat pro zionis yahudi dalam mengurus banyak perkara penting berkaitan negara. Malaysia bagaikan dikawal oleh zionis yahudi atas sikap yang bacul dan tidak bertanggungjawab ini.




Tambah sedih lagi apabila lesen judi yang diluluskan semakin bertambah disamping ada laporan agensi berita asing bahawa kerajaan bercadang mempertimbangkan agar pertaruhan atau judi sukan dibenarkan di negara ini. Dunia terbalik apabila orang bukan Islam lebih bersungguh dalam memerangi judi sedangkan orang Melayu ang majoritinya Islam terus seronok bergelumang dengan najis judi dan hasil haramnya. Apabila musuh dijadikan penasihat utama, racun djadikan ubat penawar maka tunggulah saat kehancuran yang lebih dahsyat jika tidak ditangani dengan segera dan bersungguh. Umat Islam hanya berjaya bila meletakkan sistem al-Quran di hadapan untuk diamalkan dalam kehidupan seharian. Sebaliknya umat Islam terus mundur dan terjajah dalam negara mereka sendiri bila membelakangi sistem al-Quran. Islamlah nescaya kita selamat dunia dan akhirat
Firman Allah dalam ayat 101 surah al-Baqarah :



وَلَمَّا جَاءَهُمْ رَسُولٌ مِنْ عِنْدِ اللَّهِ مُصَدِّقٌ لِمَا مَعَهُمْ نَبَذَ فَرِيقٌ مِنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ كِتَابَ اللَّهِ وَرَاءَ ظُهُورِهِمْ كَأَنَّهُمْ لَا يَعْلَمُونَ



Maksudnya : Dan apabila datang kepada mereka seorang Rasul dari sisi Allah (Nabi Muhammad s.a.w), yang mengesahkan apa yang ada pada mereka, sebahagian dari orang-orang yang telah diberikan Kitab itu melemparkan Kitab Allah ke belakang mereka, seolah-olah mereka tidak mengetahui (kebenarannya).



بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ



KHAIRY NAK BODEK KOT-KOT BOLEH JADI MENTERI

Nazri Aziz Bidas Khairy Pertikai Peranan TV Selangor

KUALA LUMPUR 25 MAC: Kecaman Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin terhadap operasi TV Selangor pada sidang Dewan Rakyat hari ini, dibidas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

"Buatlah apa yang kamu mahu lakukan. Negara ini mengamalkan demokrasi. Biasalah stesen tv mesti ada isu-isu tertentu mahu disokong. Bagi saya, tidak ada masalah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui TV Selangor di lobi Parlimen apabila diminta mengulas kecaman Ketua Pemuda Umno itu yang menyatakan TV Selangor tidak memberi ruang kepada Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN).

Dakwaan Khairy yang turut mempersoal kempen boikot terhadap Utusan Malaysia, sebuah akhbar kawalan Umno BN dari membuat liputan pada majlis anjuran Pakatan Rakyat, sebenarnya tidak tepat.

Menantu bekas Perdana Menteri itu juga melabel laman tv web ini sebagai wadah propaganda Pakatan Rakyat dan kerajaan Selangor.

"Fungsi tv ialah melaporkan. Selagi apa yang dilaporkan tidak melanggar undang- undang dan berada pada landasan yang betul. Kalau nak sokong mana- mana parti tidak kisahlah," kata Mohamed Nazri.

Sementara itu, Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul menyifatkan kecaman itu dibuat berikutan pemimpin UMNO BN mula terasa bahang laporan paparan TV Selangor.

"TV Selangor ini satu dari beratus yang ada. Sekarang kita ada tv1, tv2, tv3 dan kalau pun ada 15, 20 atau 30 saluran tv pun, hanya TV Selangor yang melaporkan perkembangan parti, jadi rakyat dengarlah kita.

"Maklumat yang Tv Selangor paparkan terus dari sumber yang betul, Pakatan Rakyat," kata Johari lagi.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pula menganggap laporan TV Selangor mengimbangi berita media arus perdana yang sering memberi imej buruk terhadap Pakatan Rakyat.

"Hanya TV Selangor sahaja melaporkan dasar yang diusahakan kerajaan Selangor dan Pakatan Rakyat demi membantu rakyat," kata Khalid.

Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali mempertahankan kewibawaan TV Selangor dan menegaskan laman tv web ini mengamalkan kebebasan media dan bergerak atas landasan profesionalisme.

"Utusan selalu memutar belit fakta tentang Pakatan Rakyat. Melaporkan fitnah. Jadi, apa pilihan yang kita ada? Sebab itu, kita tidak mahu Utusan membuat liputan bagi Pakatan Rakyat," kata Azmin.

DRAMA JILAT LUDAH

Zul Noordin mahu minta maaf pada PM

KUALA LUMPUR, 24 Mac — Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin (gambar) berkata beliau akan berjumpa dan meminta maaf kepada individu tertentu termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menjadi mangsa fitnah melibatkannya.

“Saya dah jumpa, dah cerita dan minta maaf kepada orang tertentu yang kena fitnah disebabkan duti yang telah saya laksanakan. Alhamdulillah diterima baik.

“Ada juga akan datang yang saya akan jumpa beberapa orang tertentu yang kita telah aibkan atau fitnahkan yang saya terlibat...(Perdana Menteri) saya akan jumpalah, kalau dia nak jumpa,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Beliau sebelum itu membuat pendedahan mendakwa ditawarkan ganjaran besar untuk mengaitkan Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dengan kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu ketika membahas usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini.

Zulkifli juga mendedahkan bahawa beliau telah mengaitkan anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dengan kes pembunuhan sekitar tahun 2004.

Katanya beliau bersedia untuk disoal siasat tetapi tidak akan membuat laporan polis mengenai perkara itu kerana ingin menyelesaikannya sendiri.

“Sebab bila kita buat laporan polis, nanti benda tu jadi ‘public’ dan ada orang yang akan aib...ada mangsa-mangsa ini tak mahu diaibkan. Jadi pendekatan Islam ialah jangan aibkan orang tapi selesaikan masalah itu,” katanya.

Ditanya mengenai jenis ganjaran besar yang ditawarkan kepadanya, Zulkifli berkata: “Tawaran boleh dalam pelbagai bentuk, tak semestinya duit...macam-macamlah.”

Beliau juga enggan mendedahkan pihak yang membuat tawaran berkenaan di luar dewan dan akan mendedahkannya jika diberi peluang pada masa depan.

“Kita ada etika, benda yang kita tak cakap dalam Parlimen, kita tak cakap di luar (Parlimen).

“Saya juga tak bercadang nak dedahkan macam Datuk Zahrain (Anggota Parlimen Bayan Baru), mungkin dia berasa dia perlu dedahkan, saya kira peringkat ini tak perlulah saya nak dedahkan,” katanya.

Minggu lepas, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang menjadi wakil Bebas selepas keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuat pendedahan mendakwa Anwar berbohong kononnya Yang di-Pertuan Agong dan Panglima Angkatan Tentera merestui rancangan 16 Sept 2008 untuk Anwar mengambil alih kuasa pemerintahan negara.

Mengenai perasaannya selepas membuat pendedahan tersebut, Zulkifli berkata: “Boleh tidur aman la, malahan saya rasa satu beban dah lepas, terutama yang pasal PM dan Nazri.” — Bernama



Krisis Istana: Setiausaha Sulit Sultan Kelantan ditahan polis

TERKINI

Oleh Mohd Zuharman

KOTA BARU, 25 Mac — Setiausaha Sulit Sultan Kelantan, Datuk Wan Hashim Wan Daud yang pagi tadi mengumumkan mengenai pemecatan Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Pemangku Raja, malam ini ditahan polis dipercayai untuk siasatan.

Wan Hashim yang diumumkan pelantikan sebagai Setiausaha Sulit Sultan Kelantan minggu lalu dilihat dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini kira-kira pukul 8.40 malam.

The Malaysian Insider difahamkan Wan Hashim diambil di rumahnya sebelum di bawa ke IPK.

Pelantikan Wan Hashim dan kenyataan yang dibuat oleh beliau sejak seminggu dilihat merumitkan lagi krisis Istana Kelantan.

Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra (kanan) bersalaman dengan exco dan pegawai kerajaan negeri ketika tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa hari ini. – Foto Bernama

Dalam pada itu pihak polis didapati turut mengadakan kawalan di sekitar Masjid Muhammadi.

Malam ini pihak kerajaan negeri telah mengadakan solat hajat di masjid berkenaan.

Istana Pemangku Raja di Telipot juga difahamkan dikawal rapi pasukan kawalan keselamatan.

Sementara itu seorang yang mengiringi Wan Hashim dilihat keluar dari IPK kira-kira pukul 10.30 malam, namun Setiausaha Sulit tidak kelihatan.

Polis tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Sementara itu menurut sumber, satu mesyuarat tergempar Majlis Perajaan Negeri (MPN) diadakan di Istana Telipot malam ini.

Kira-kira pukul 11 malam beberapa anggota MPN dilihat memasuki kawasan istana.

Sepuluh minit sebelum itu Pengelola Istana Diraja Kelantan Datuk Abdul Halim Hamad Halim pula kelihatan memasuki istana.

Sumber memberitahu The Malaysian Insider bahawa mesyuarat itu diadakan bagi melantik pengerusi baru MPN ekoran perkembangan pagi tadi.

Dalam pada itu Bernama melaporkan Tengku Muhammad Faris Petra tenang dan mampu tersenyum walaupun dalam keadaan kemelut cubaan “merampas kuasa” melibatkan kerabat diraja Sultan Kelantan.

Baginda yang tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra pada 6 petang tadi dari Singapura, mampu melemparkan senyuman dan lambaian kepada rakyat dengan disambut pembesar Istana serta beberapa anggota exco Kerajaan Negeri Kelantan termasuk Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakub.

Sewaktu berjalan menuju ke kenderaan rasminya, baginda dihampiri para wartawan yang ingin bertanyakan reaksi baginda mengenai pengumuman Wan Hashim bahawa Pengerusi MPN, Tengku Abdul Aziz Hamzah telah mendakwa Sultan Kelantan melantik beliau sebagai Pemangku Raja yang baru menggantikan baginda berkuat kuasa serta merta.

Tengku Muhammad Faris Petra hanya sempat menjawab sambil berjalan: “Tokleh (tidak boleh),Tokleh (tidak boleh), nanti biar sudah. Ginilah kirim salam kat semua orang,” katanya dengan tersenyum dan berlalu menaiki kenderaan baginda.

Laporan awal hari ini menyatakan bahawa Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra didakwa telah melucutkan jawatan anakandanya, Tengku Mahkota, Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Pemangku Raja berkuat kuasa serta-merta.

Titah tersebut didakwa disampaikan baginda kepada Tengku Abdul Aziz dan dibacakan oleh Wan Hashim di Istana Mahkota di sini hari ini.

Bagaimanapun, susulan daripada pengumuman itu yang dihebahkan di laman web media utama, Setiausaha Majlis Perajaan Negeri (MPN) Datuk Mohd Aiseri Alias berkata Tengku Muhammad Faris Petra Tengku Ismail Petra kekal sebagai Pemangku Raja kerana pelantikannya mengikut dua pertiga daripada 17 anggota majlis MPN pada 29 Mei tahun lalu.

Beliau, yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, berkata pengumuman Wan Hashim awal hari ini mengenai pemecatan Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Pemangku Raja dan digantikan Pengerusi MPN, Tengku Abdul Aziz Hamzah berkuatkuasa serta merta adalah tidak terpakai kerana ia tidak mewakili MPN.

“Ia adalah sama sekali tidak mewakili keputusan Majlis Perajaan Negeri Perkara 11 (1) Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan memperuntukkan mana-mana keputusan majlis (MPN) tidak akan sah dan terpakai kecuali sekurang-kurangnya dua pertiga daripada anggota yang hadir dan mengundi bersetuju dengan keputusan itu,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata Tengku Abdul Aziz, abang kepada Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah telah bertindak secara berseorangan tanpa memanggil MPN bersidang.

Mohd Aiseri berkata oleh kerana Tengku Muhammad Faris Petra dilantik ekoran Sultan Kelantan tidak boleh menjalankan tugas hal ehwal negeri mengikut Perkara 22A (1) (b) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan Bahagian yang kedua, maka Tengku Muhammad Faris Petra akan terus menjalankan tugas-tugas sebagai Pemangku Raja yang sah sehingga MPN membuat keputusan seterusnya mengikut undang-undang.

Pada sidang media yang sama, Ahmad berkata pendirian kerajaan negeri adalah mengikut Perlembagaan negeri.

“Kita tetap dengan undang-undang dalam Perlembagaan. Apapun yang berlaku kita merujuk kepada Perlembagaan negeri iaitu Tengku Muhammad Faris Petra kekal sebagai Pemangku Raja. Pemangku Raja masih lagi pemangku walaupun ada pihak lain isytihar pemangku telah digugurkan,” katanya.

Beliau berkata perkara itu tidak perlu lagi dibincangkan dan tidak perlu dilakukan pindaan perlembagaan serta tidak perlu diadakan Sidang Dewan Undangan Negeri tergempar.

Ahmad berkata sebagai usaha kerajaan negeri menghentikan kemelut Istana, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Shafie Ismail telah membuat laporan polis berhubung kenyataan Wan Hashim berhubung mengenai pelantikan Tengku Abdul Aziz sebagai Pemangku Raja.



Kena tang PKR punya kerusi laju saja nak pilihanraya

Hangpa tengok gelagat SPR ni.Tak sampai sejam selepas arwah meninggal,dah kecoh dah nak buat pilihanraya.Agak-agak la bai.Hormat la sikit.


Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor Tak Lama Lagi
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

PETALING JAYA: Kematian Ahli Parlimen Hulu Selangor, Allahyarham Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad malam ini membuka laluan kepada satu lagi pilihan raya kecil bagi edisi ke-10 selepas pilihan raya umum 2008.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar bagaimanapun berkata, pihaknya perlu menunggu notis kekosongan daripada Speaker Dewan Rakyat berhubung kekosongan kerusi berkenaan.

"Mengikut prosedurnya kita perlu mendapatkan notis kekosongan daripada Speaker Dewan Rakyat terlebih dahulu.

"Selepas notis dikemukakan, SPR akan bermesyuarat sebelum mengumumkan kekosongan kerusi berkenaan secara rasmi," katanya kepada mStar Online di sini malam ini.

Allahyarham meninggal dunia di kediamannya di Batu 9 1/2, Jalan Cheras, Kajang, akibat barah otak, kira-kira 9.27 malam ini, demikian menurut adiknya Md. Hambali Ahmad.

Zainal Abidin, 71, merupakan bekas Timbalan Menteri Besar Selangor.

Sebelum ini, Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan bahawa Allahyarham mengambil cuti sakit.

Mengulas lanjut, Wan Ahmad berkata pilihan raya kecil akan diadakan kerana kekosongan berkenaan berlaku dalam tempoh tiga tahun dari tarikh pertama kali Dewan Rakyat bersidang.

"Bagi kes kekosongan ini, pilihan raya kecil akan diadakan bagi memilih wakil rakyat baru kerana ia masih berada dalam tempoh tiga tahun selepas Dewan Rakyat bersidang buat pertama kali... iaitu selepas pilihan raya umum yang lalu," katanya.

"Melainkan jika tempohnya melebihi tiga tahun daripada tarikh awal Dewan Rakyat bersidang... pilihan raya kecil tak perlu diadakan sehinggalah Parlimen dibubarkan," katanya.



Al-Fatihah: Ahli Parlimen Hulu Selangor Meninggal dunia

KUALA LUMPUR 25 Mac 10: Ahli parlimen Hulu Selangor, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia pada jam 9.27 malam tadi di rumahnya di Batu 9 1/2, Jalan Cheras, Kajang akibat barah otak.

Zainal Abdidin, 71 adalah juga bekas Timbalan Menteri Besar Selangor.

Sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Selangor, Zainal merupakan orang kuat Umno Selangor dan pernah menjadi Exco kerajaan negeri selama lapan tahun dan Ketua Umno Bahagian Hulu Langat selama 14 tahun.


Pada Mac 2005, beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan Umno dan menyertai PKR.
Zainal Abidin berjaya memenangi kerusi Hulu Selangor dengan mengalahkan calon BN dari pari MIC, P Palanivel pada pilihan raya umum yang lalu.


Pengguguran Tengku Faris tidak sah - Setiausaha MPN


Mohd Nor Yahya

KOTA BHARU, 25 Mac: Setiausaha Majlis Perajaan Negeri (MPN), Datuk Mohd Aiseri Alias berkata, pengisytiharan yang dibuat Datuk Wan Hashim Wan Daud yang melucut kedudukan Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhamad Faris Petra (gambar) adalah tidak sah.

“Saya merujuk kepada salinan perisytiharan yang dibuat oleh YB Mulia Tengku Seri Utama Raja, selaku pengerusi Majlis Perajaan Negeri dan Wan Hashim bertarikh 24 Mac yang menamatkan pelantikan Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Pemangku Raja adalah sama sekali tidak mewakli keputusan Majlis Perajaan Negeri,” katanya kepada media di sini petang ini.

Kata beliau Perkara 11 (1) Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan memperuntukkan mana-mana keputusan Majlis Perajaan Negeri tidak akan menjadi sah dan terbatal melainkan sekurang-kurangnya dua pertiga daripada ahli-ahli yang hadir dan mengundi bersetuju dengan keputusan itu.

Oleh itu katanya, Pengerusi Majlis Perajaan Negeri telah bertindak secara bersendirian tanpa memanggil anggota-anggota Majlis Perajaan Negeri bersidang.

“Ini jelas bahawa tindakan di atas adalah salah dan bertentangan dengan undang-undang tersebut dan ia tidak terpakai,” katanya ketika menunggu keberangkatan pulang Tengku Muhammad Faris Petra di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra petang ini.

Pagi tadi Wan Hashim yang mendakwa sebagai Setiausaha Sulit Sultan Kelantan mengumumkan Tengku Muhammad Faris Petra dilucutkan daripada jawatan sebagai Pemangku Raja berkuat kuasa hari ini. Beliau digantikan oleh Pengerusi Majlis Perajaan Negeri (MPN), Tengku Abdul Aziz Hamzah iaitu bapa saudara kepada Raja Perempuan Kelantan.

Sedangkan semalam Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad menjelaskan hanya Pemangku Raja dan Majlis Perajaan Negeri mempunyai kuasa sekarang memandangkan Sultan Kelantan masih gering.

Mohd Aiseri yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (SUK) berkata, Pemangku Raja dilantik di atas sebab Sultan gering dan tidak boleh menjalankan tugas hal ehwal negeri.

Mengikut Perkara 22A(1)(b) Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan Bahagian Kedua, maka Pemangku Raja akan terus menjalankan tugas sebagai Pemangku Raja yang sah sehinga Majlis Perajaan Negeri membuat keputusan seterusnya berdasarkan undang-undang.

Mohd Aiseri juga berkata, majlis pengurniaan pingat dan darjah kebesaran sempena ulangtahun keputeraan Sultan Kelantan tetap akan diadakan di Balai Besar pada 30 Mac ini.

"Malam ini akan diadakan solat hajat di Masjid Muhammadi yang dijangka dihadiri pemimpin kerajaan negeri dan pegawai-pegawai kanan kerajaan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, kerajaan negeri berdiri teguh di belakang Pemangku Raja berdasar kepada peruntukan undang-undang.

Ditanya cadangan Kelab Penyokong Kerajaan Negeri supaya diadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri bagi menyelesaikan konflik membabitkan istana, katanya ia dianggap tidak perlu buat masa ini kerana undang-undang yang ada sudah cukup jelas.

Pengerusi Persatuan Pegawai Tadbir Negeri, Shafei Ismail berkata, persatuan berkenaan tetap dengan berpendirian awal mendokong Pemangku Raja berdasar kepada undang-undang.



Rabu, 24 Mac 2010

Apa orang kata, PAS dan DAP bertaut juga

Subky Latif

MACAM-macam orang kata: PAS sudah diperalat DAP; PAS telah menggadai prinsipnya kerana bersekutu dengan DAP; tiada lagi PAS dihormati oleh muafakatnya dengan DAP; bahkan dengan persefahaman itu PAS dikatakan tiada lagi memperjuang Islam dan kepentingan orang Melayu.

Tiada dihirau oleh PAS. Bertambah kerap gambar kelihatan Tok Guru Haji Abdul Hadi Awang bersama Lim Kit Siang. Dan Tok Guru Nik Abdul Aziz pula menolak berpecah PAS dan DAP sekalipun beberapa wakil rakyat PKR meninggalkan Pakatan Rakyat.

Menteri Besar Kelantan itu sangat gembira dengan hubungan yang ada kerana ia membuka ruang dakwah orang bukan Islam, malah beliau merasakan DAP sudah tidak sensitif lagi dengan pandangan Islam yang dibawa oleh PAS.

Jalinan yang ada itu mulanya justeru politik yang menimpa Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bolehlah dikatakan peranan dan kebijaksanaan Anwarlah yang merapatkan kedua parti itu boleh berada di bawah satu bumbung.

Dikenang kejadian lampau, seolah-olah tiada lorong bagi kedua parti pembangkang itu untuk bekerjasama malah untuk berdekat-dekat.

Pernah bertempur PAS pusat dengan Dewan Pemuda PAS pusatnya atas isu kemungkinan kerjasama PAS dan DAP. Di hujung kepimpinan Datuk Asri, pernah beliau menyebut kemungkinan kerjasama kedua parti itu apabila soalan itu ditanya wartawan.

Pemuda menolak sekalipun kenyataan Datuk Asri itu berlandas kepada teori kemungkinan. Bagi kumpulan popular PAS masa itu, teori kemungkinan tidak terpakai dalam isu itu. Bahkan ia dikatakan suatu yang mustahil.

Malah DAP sendiri tidak boleh dilihat bersua dan bertemu PAS. Akan payah ia menghadapi situasi apabila masyarakat Cina menempelaknya sudah bersekongkol dengan PAS.

Dalam majlis keramaian pemimpin DAP menjauhi pemimpn PAS dan pemimpin PAS mengelak dari berdekatan dengan DAP. Pemimpin kedua pihak hanya boleh berada dalam satu pentas forum di universiti saja.

Apabila Tengku Razaleilgh Hamzah yang memimpin S46 mengadakan hubungan dengan PAS dan DAP, Ku Li mengadakan pertemuan yang berasingan.

Hubungan yang seperti itu pun menyebabkan PAS dan DAP terpaksa memahamkan orang ramai bagi menjernihkan keadaan. Terpaksa PAS mengeluarkan kenyataan menyamakan keadaan itu seperti hubungan diplomasi antara Malaysia dengan Singapura.

Malaysia tiada hubungan diplomatik dengan Israel. Singapura ada hubungan itu dengan Israel. Tetapi ia tidak menghalang Malaysia meneruskan hubungan dengan Singapura.

DAP juga membuat penjelasan yang sama tetapi yang digunakan ialah hubungan Malaysia dengan Amerika. Boleh Malaysia mengadakan hubungan dengan Amerika sekalipun Amerika bersaudara dengan Israel.

Itulah situasai politik yang disusun oleh UMNO selama-lamanya. Tetapi ia sudah berubah. Kedua-duanya sudah bersama dan ziarah menziarahi. Adalah politik yang menimpa Anwar membuka medan baru bagi kedua PAS dan DAP.

Dengan hubungan yang ada, kalau ditakdirkan PKR tidak ada seperti yang diinginkan oleh UMNO, maka sudah boleh keduanya tidak menggunakan khidmat pihak ketiga.

Sekalipun yang terjadi pada Anwar itu satu musibah yang perit bagi Anwar dan ia satu tragedi kepada Malaysia, tetapi ia seperti memberi rahmat kepada PAS dan DAP. Jika Anwar tidak dibuang Dr. Majathir dari UMNO dan kerajaan, maka tidak diketahui apa yang memungkinkan PAS dan DAP berkawan seperti abang adik?

Apa yang ditunggu bagi mendekatkannya sedang gandingan antara DAP dan PAS itu adalah satu tuntutan yang penting bagi politik Malaysia untuk keluar dari kuasa politik satu parti?

Tidak tahu apa yang ada dalam otak Dr. Mahathir, dia membuang Anwar dari kumpulannya dan menyimpannya di Penjara Sungai Buluh. Apabila Anwar ditahan serta beberapa orang lagi penyokongnya, Ustaz Fadzil Noor, Presiden PAS ketika yang berada di Jalan Pahang, Kuala Lumpur bersama Mahfuz Omar (kini datuk) memanggil saya.

Perintahnya supaya kami memanggil parti-parti politik dan individu yang terkemuka dalam masyarakat termasuk DAP. Datang Lim Kit Siang dalam satu perjumpaan di Markaz Taman Melewar. Perjumpaan itu membentuk GERAK bagi menyatakan tentangan terhadap tindakan ke atas Anwar.

Geraklah yang menggerakkan permulaan hubungan antara DAP dan PAS. Markaz Tarbiyah itulah yang memainkan peranan tempat pertemuan kedua pihak dan nasib malang Anwar yang menemukan mereka.

Tempoh berbulan madunya tidak lama. Probokasi Dr. Mahathir dan UMNO menyebabkan muafakat Barisan Alternatif PAS-DAP itu tidak lama. Tinggallah Barisan Alternatif dengan PAS, KeADILan dan PRM sedang Anwar terus terbelenggu di Sungai Buluh.

Setelah beberapa tahun mahkamah membebaskan Anwar. Apabila Anwar berada di luar penjara, dia memainkan peranan membawa semula DAP dan PAS dalam satu jalinan baru bersama KeADILan yang sudah menjadi PKR.

Kerjasama ketiganya memukul terus Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum 8 Mac, 2008 hingga BN hilang majoriti dua pertiga di Parlimen, ia gagal menawan Kelantan dan ia merudum pula di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Ia juga kecewa di Wilayah Persekutuan.

Ia masih tiga parti tetapi tidak berlawan sama sendiri dalam pilihan raya. Lepas itu baru mereka membentuk parti kumpulan kedua yang dinamakan Pakatan Rakyat dan menjadikan Anwar sebagai ketua pembangkang pemimpin de fakto Pakatan itu.

Anwar cuba dibinasakan lagi sebagai usaha membinasakan Pakatan Rakyat. Peranan Anwar itu penting dan masih penting. Teori UMNO ialah jika Anwar binasa, PKR binasa dan Pakatan Rakyat juga binasa. Tetapi peranan Anwar itu sudah merapat kukuh muafakat PAS dan DAP.

Jika ditakdir Anwar dibinasakan, ia tidak lebih dari pemimpin boleh datang dan boleh pergi. Kit Siang, Ustaz Hadi, Tok Guru Nik Aziz juga boleh pergi, tetapi PAS, DAP dan PKR sudah berada pada rel yang selesa.

ASAL USUL UMNO

Menurut 1 riwayat yang soheh tentang asal usul UMNO (sebutan AMNO) : sebelum nama AMNO diberi nama asalnya PEKEMBAR....ni waktu Dato Onn Jaafar ler, bila Tengku amik alih di cuba nak tukaq nama PEKEMBAR tu tp tak da idea. Satu hari Tengku balik p Kuala Nerang (Tengku suka daerah ni sebab dia penah jadi DO dan sebab tu juga anak dia, dia bagi nama Tengku Nerang).

Dalam lawatan tersebut Tengku terserempak dengan seorang wanita yang sedang melenyek pisang untuk memberi makan anak kecilnya maklumlah orang kampung, itulah makanan untuk sikecil, mana la mampu nak beli Nestum. (mungkin Nestum pun tak wujud lagi masa tu.
Setelah pisang dilenyek lalu hendak disuap ke mulut si kecil, sambil ternganga mulut si ibu menyebut AM CHE NO..... AM CHE NO.....AMMMNO ..... LAU-LAU KAP lalu pisang lenyek tersebut masuk ke mulut si kecil....

Tersenyum Tengku melihat dan mendengar telatah si ibu dengan si kecil..... haaa dah ada ilham untuk menamakan PEKEMBAR dengan nama baru fikir Tengku.

lalu dinamakan lah PEKEMBAR itu UMNO (sebutan AMNO) maknanya kalau masuk UMNO bukan kerana AMM (makan) bodohlah orang ituuuuuuuuuu fikir Tengku. Memang orang-orang UMNO itu gheja mereka mentekedarah. TAMAT



Selasa, 23 Mac 2010

Timbalan Presiden Rasmi EGM PAS Kawasan Labuan

Tiada Erti Jemu Dalam Perjuangan Islam

LABUAN 23 MAC, Ahli PAS Labuan diseru supaya mengambil iktibar kisah kecekalan Nabi Nuh A.S. yang berdakwah kepada kaumnya selama lebih 1000 tahun tanpa merasa jemu. Kisah yang dirakamkan di dalam Al-Quran meceritakan kaum Nabi Nuh memasukkan anak jari ke dalam telinga-telinga mereka setiap kali Nabi Nuh menyeru kaumnya beriman kepada Allah. Tidak cukup dengan itu kaumnya menutup muka mereka dengan baju apabila Nabi Nuh menukar seruannya menggunakan bahasa isyarat.
Demikian seruan Ustaz Nasharuddin Mat Isa Timbalan Presiden PAS ketika berucap merasmikan Mesyuarat agong PAS kawasan Wilayah Persekutuan Labuan kali ke12 bertempat di sebuah hotel di Bandar Labuan 20 Mac lalu.

Seruan dakwah PAS kepada masyarakat belum lagi sampai ke tahap seperti yang dialami Nabi Nuh sebaliknya sokongan masyarakat kepada PAS semakin hari semakin bertambah terutama sekali keyakinan Non Muslim kepada perjuangan PAS. Beliau mengambil contoh keyakinan sokongan ini sehingga salah sebuah patung di kuil masyarakat India di pakaikan dengan bendera PAS, tambah Ustaz Nasharuddin.

Menyambung ucapannya Ustaz Nasharuddin berkata; Seharusnya ahli PAS mesti merasa bangga berada di dalam PAS kerana PAS adalah satu satu nya gerakan yang menyeru masyarakat mendaulatkan Islam di Malaysia. Ustaz Nasharuddin membawakan tulisan Dr Yusof Al Qardhawi berkenaan bandingan pahala perjuangan para sahabat di masa Nabi Muhammad SAW berbanding pada masa kini adalah menyertai parti gerakan Islamiyah yang menurut Dr Yusof Al Qardhawi, PAS adalah satu satu nya gerakan yang memenuhi ciri ciri tesebut.

Tambah beliau lagi ahli PAS harus pandai meyampaikan method dakwah yang efektif yang kena tepat pada sasaran madu’ kita. Rasulullah SAW tidak meninggalkan kita dengan method dakwah yang rigid yang tidak bersesuaian dengan akal masyarakat setempat. Ustaz Nasharuddin menceritakan satu kisah di mana Rasulullah SAW mengajar seorang Arab yang baru memeluk Islam berkenaan bilangan rakaat dalam solat fardhu tetapi Arab tersebut gagal mengingatinya. Apabila sahabat Rasulullah SAW yang merupakan seorang penyair mengajar dengan cara penyampaian syair barulah Arab tersebut dapat mengingatinya kerana Arab itu juga adalah seorang penyair. Beliau juga memetik pesanan Allahyarham Ustaz Fadhil Noor bahawa ahli PAS mesti sekurang kurangnya mewaqafkan satu jam sehari untuk kerja kerja Islam samada memikirkan strategi atau menghadiri program program anjuran PAS.

Mengakhiri ucapan beliau Ustaz Nasharuddin menyarankan supaya di wujudkan sebuah markaz bagi penduduk Labuan untuk mendapatkan ilmu. Dengan kewujudan markaz ini barulah ahli PAS dapat mendekati penduduk Labuan di samping itu beliau menggalakkan penyertaan ahli PAS di dalam persatuan, NGO, RELA dan seumpamanya bagi mempromosikan PAS di kalangan penduduk Labuan. Ahli PAS adalah berbeza daripada orang lain tetapi janganlah perbezaan kita itu menjauhkan orang ramai daripada mendekati kita.

Kehadiran perwakilan dan ahli PAS Labuan dalam mesyuarat agong kali ini amat menggalakkan dan ia adalah paling ramai dalam sejarah program-program yang pernah diadakan sebelum ini,dan saya selaku YDP mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga di atas kehadiran perwakilan dan ahli terutama sekali kepada Timbalan Presiden yang sudi menjengah kami di pulau ini serentak merasmikan mesyuarat agong kali ini. ujar Hj Hamir Yang DiPertua Pas kawasan Labuan,



Bersuara lagi Rupanya Mantan PM niii

Pak Lah: Tiada keperluan gugur ‘Tuhan’, diganti ‘Allah’
Oleh Syed Mu’az Syed Putra


KUALA LUMPUR, 23 Mac — Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata, tiada keperluan untuk meminda prinsip pertama Rukun Negara bagi menggantikan “Tuhan” dengan “Allah” kerana sebarang pindaan hanya akan menimbulkan polemik baru.

Oleh itu kata beliau, kepercayaan kepada Tuhan boleh dipegang bersama oleh seluruh rakyat

Malaysia iaitu sama ada beragama Islam, Kristian, Hindu atau Buddha.

Abdullah memberitahu, istilah “Tuhan” yang digunakan dalam Rukun Negara dan bukannya kalimah “Allah” adalah kerana ia sesuai dipegang oleh semua rakyat Malaysia tanpa menentukan bahawa mereka perlu menganut sesuatu agama.

Beliau mengulas cadangan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya

Rukun Negara yang dirangka selepas peristiwa 13 Mei 1969, dipinda untuk memasukkan perkataan “Allah” menggantikan istilah “Tuhan” ekoran polemik penggunaan kalimah “Allah” oleh bukan Islam.

Dalam kenyataannya itu, Abdul Hadi berkata kerajaan seharusnya meneliti perbahasan berhubung isu “Allah” dari sudut positif dan mengambil langkah untuk melakukan pindaan bagi menggantikan perkataan “Allah” dengan “Tuhan” memandangkan penganut Kristian dan bukan Islam juga menggunakannya.

Abdullah berkata, jawatankuasa yang merangka Rukun Negara pada masa dahulu telah pun membincangkan akan perkara ini iaitu prinsip pertama dalam Rukun Negara iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan.

“Rukun Negara itu dijadikan sebagai rukun yang boleh dipegang bersama oleh semua rakyat Malaysia tanpa menentukan mereka harus menganuti sesuatu agama tertentu.

“Apa yang dikehendaki adalah supaya mereka menjadi rakyat yang mempunyai agama. Itu yang menjadi perkara utama yang ditekankan semasa perbincangan Rukun Negara itu.

“Maka dengan itu, Kepercayaan Kepada Tuhan itu boleh dipegang bersama oleh semua rakyat Malaysia sama ada mereka yang menganuti agama Islam, Hindu mahupun Buddha,” kata beliau selepas merasmikan Seminar Kebangkitan Gerakan Islah Di Alam Melayu di Institut Kefahaman Islam Malaysia.

Beliau berkata, perkara itu tidak menjadi masalah kepada rakyat, malah empat prinsip lain dalam Rukun Negara turut diterima oleh rakyat Malaysia.

“Jadi kalau prinsip Kepercayaan Kepada Tuhan ini diubah, ia mungkin akan menimbulkan masalah lain pula dalam kalangan rakyat. Saya ingat tidak perlu untuk kita meminda Rukun Negara yang telah ada sekarang.

Seminar selama dua hari itu bertujuan menghargai pemikiran dan sumbangan tokoh-tokoh pemimpin masyarakat terdahulu terutama dalam membawa kegemilangan Islam di Nusantara.

Sebanyak 10 kertas kerja dibentangkan dalam seminar tersebut oleh para cendekiawan dari pelbagai latar belakang dan institusi.

Dalam pada itu, Abdullah menyifatkan keputusan bekas presiden MCA, Tan Sri Ong Ka Ting untuk bertanding semula bagi jawatan tertinggi MCA itu dalam pemilihan parti 28 Mac ini adalah hak individu.

“Itu pilihan beliau, selagi seseorang itu masih menjadi ahli dalam parti, jika mereka hendak menawarkan diri untuk bertanding itu tidak menjadi masalah kerana mereka ada hak untuk berbuat sedemikian.

“Malah dalam perlembagaan juga tidak menghalang seseorang individu itu daripada bertanding cuma kebiasaannya sudah menjadi adat jika sudah bersara itu, bersara sahajalah.

“Tetapi bagi saya adalah lebih baik ingat siapa diri kita,” katanya.

Beliau berkata, mungkin ada sebab atau masalah tertentu dalam MCA sehingga menyebabkan bekas presiden terpaksa kembali campur tangan.

“Kita tidak tahu apa sebab itu sehingga menyebabkan bekas Presiden terpaksa berpatah balik. Tetapi ini semua bergantung kepada perwakilan untuk memilih siapa yang lebih berhak untuk menjadi pemimpin mereka.

“Kita akan lihat apa yang terjadi nanti, tunggu sahaja keputusan pemilihan parti MCA.

“Kita lihat siapa yang akan perwakilan pilih sebagai pemimpin,” katanya lagi

POLIS MALAYSIA YAHUDI

Bujang Susah

بسم الله الرحمن الرحيم

Keseluruhan tender pembinaan sistem komunikasi yang akan ditukar dari analog kepada digital telah pun diserahkan secara rasmi kepada Asiasoft (M) Sdn. Bhd. (no. Syarikat : 150529-H).

Syarikat ini adalah milik penuh kepada syarikat tunggalnya iaitu Asiasoft Pte. Ltd. Yang berpengkalan di Singapura. Nilai penuh tender yang diberikan kerajaan Malaysia ialah RM1 billion tetapi dikecilkan menjadi RM42 juta.

Apa yang mencurigakan ramai penyelidik ialah ‘individu’ yang bertanggungjawab membina sistem itu. Individu tersebut dikenalpasti sebagai bekas tentera Israel yang berkhidmat sebagai programmer semasa di Israel.

Programmer yang bernama Izhak David Naskar yang memegang pasport Israel bernombor 10902695 itu masih lagi warganegara Israel. Jadi, bolehkah kita menganggap ini suatu kebetulan?

Paling membimbangkan ialah Izhak bukanlah tentera atau programmer biasa, beliau adalah ‘pakar’ sistem komputer yang telah memenangi anugerah daripada Kementerian Pertahanan Israel. Malah beliau juga bertanggungjawab membina sistem risikan berteknologi tinggi untuk pasukan pertahanan Israel sekitar 1970 hingga 1987.

Seorang lagi rakan Izhak yang bertanggungjawab membina sistem komunikasi PDRM ialah Ido Sccheschter yang memegang pasport Israel bernombor 56626252. Ido pula lebih mencurigakan kerana selaku ahli pasukan yang bertanggungjawab membina sistem komunikasi untuk PDRM bersama-sama Izhak, hingga saat ini beliau masih lagi seorang tentera Israel yang sah bukannya tentera pencen.

Apakah yang menyebabkan PDRM mengambil orang-orang Israel ini? Adakah kerana terdesak atau didesak?

Bukankah lebih baik jika melantik programmer-programmer dari kementerian pertahanan Iran yang sememangnya lebih pakar dari Israel. - Blog Chegu Bard

Bawah ni kisah Jehan Miskin

Ada polis baik dan ada polis yang jahat, kami hanya karyawan yang mendedahkan hakikat yang wujud dalam masyarakat, demikian luahan kata pelakon Jehan Miskin menerusi sebuah klip video ringkas ketika membangkitkan isu rasuah polis.

"Contoh mudah, polis tidak mahu menunjukkan bahawa mereka adalah perasuah. Untuk melakonkan babak, adegan seperti itu pun, polis akan bertanya, kenapa anda mahu tonjolkan perkara buruk mengenai negara anda?

"Saya kata tidak (bukan niat memburukkan), kita bukannya ingin menunjukkan perkara buruk mengenai negara kita. Kita tunjukkan hal buruk itu kerana ia adalah perkara yang benar-benar berlaku," kata pelakon filem Qaisy dan Laila itu.

Di sana, tambah pelakon yang berdarah keturunan Afghanistan itu, ada polis yang baik dan ada polis yang jahat, dan bukanlah menjadi suatu kesalahan untuk membuat pendedahan seperti itu.

"Jadi, apa salahnya jika kita menunjukkan sikap polis yang jahat itu? Kamilah cermin masyarakat. Daripada karya kami, masyarakat dapat lihat di mana mereka bagus atau tidak, atau kelakar," tambah beliau lagi.

Beliau berkata demikian dalam laman portal YouTube di bawah klip video pendek di bawah program 'Your Grandfather's Road' dengan judul 'Malaysian Film Industry?'.

Tayangan klip video pendek selama 2:58 minit itu turut mengutip beberapa pendapat pemikir, pelakon, pembikin filem termasuk ahli politik negara berhubung industri perfileman negara.

Untuk rekod, filem-filem negara sehingga kini ketandusan dalam menyiarkan jenayah-jenayah rasuah polis. Sebaliknya, filem dan drama Gerak Khas banyak menampilkan sikap-sikap polis yang baik sahaja, di samping pertuturan dialog yang kerap membosankan khalayak. -erapakatan

Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails