Guan Eng bidas MCA takutkan bukan Islam tentang Islam
LABIS, 25 Jan — Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mendakwa MCA membangkitkan isu negara Islam dalam kempen pilihan raya kecil Tenang kerana mahu menghalang bukan Islam daripada mengenali Islam.
Beliau berkata tindakan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menyerang PAS dengan membangkitkan isu negara Islam semata-mata mahu menimbulkan rasa “ketakutan” di kalangan bukan Melayu di Tenang terutamanya orang Cina.
“Dia (Dr Chua) tak mahu kita tahu antara satu sama lain, sebab itu tidak mahu kita kenali Islam.
“Memang itu yang mereka mahu, itu yang pemimpin MCA mahu.
“Ia penting, tapi kita tidak bimbang jika MCA gunakan isu negara Islam kerana isu ini dah digunakan sejak pilihan raya 2008 lagi,” katanya pada sidang media di sini.
Terdahulu, Dr Chua berkata akan terus menyerang PAS dengan memberi amaran kepada pengundi-pengundi bahawa sokongan mereka hanya akan memperkukuh kedudukan parti Islam itu dalam Pakatan Rakyat.
Beliau berkata berkata meskipun DAP menjadi rakan komponen dalam Pakatan Rakyat parti itu tidak mampu menghalang PAS daripada meneruskan dasar negara Islamnya.- TMI
Note: Kah..kah..kah..kah.. Cina DAP mahukan islam.. tapi umno tolak islam.. sedangkan umno mengaku islam.. Kah..kah..kah..kah.. Bukan islam (lim guan eng) bela islam.. tapi islam umno(najib dan penyokongnya)bela pelakon porno kutuk dan caci maki islam... lawak..lawak...
Note: Mana perginya kerajaan umno islam di Malaysia Sudah tiada lagikah? Tahniah umno kerana bisu dan terus membisu.. Tahniah perkasa kerana tak berani buat demo. Tahniah zol nordin kerana tak berani buat ulasan. Tahniah jamil khir kerana langsung tak ambil port. Tahniah harus sana sini kerana suruh chua soi lek minta maaf.. semoga teguran itu berserta dengan kesungguhan dan demi kerana Allah dan islam.. dan bukan hanya sekadar melepaskan batuk di tangga.
Khamis, 27 Januari 2011
LIM GUAN ENG BANGUN PERTAHANKAN ISLAM.. UMNO DIMANA?
HARI KELUARGA PAS PUTRAJAYA 2011 BERJAYA

Program tersebut telah disertai lebih 100 orang terdiri dari Ahli-ahli dan Penyokong PAS Kawasan.
Semua aktiviti yang dijalankan mendapat sambutan hangat. Program sukaneka yang disediakan meliputi aktiviti untuk semua peringkat umur seperti bowling padang, pancing botol, melukis untuk dewasa, mewarna untuk kanak-kanak, tuju kasut (lontaran Pejuang) Musang Berjanggut (Pilih Kasih), Lari Ikat Kaki (Tautan Kasih), Mencari Gula-Gula dalam tepung dan lain-lain.
Rata-rata ahli sangat gembira dengan permainan-permainan yang diadakan, lebih-lebih lagi permainan tuju kasut (lontaran Pejuang) kerana mengingatkan zaman silam sewaktu kanak-kanak dahulu.
"Kita sangat mengharapkan penyertaan pada hari ini lebih ramai dari kalangan ahli-ahli terutama para pimpinan di peringkat kawasan ini. Walau bagaimana pun kita amat memahami situasi di Putrajaya ini di mana rata-rata mereka adalah pegawai kerajaan, apatah lagi mereka sekarang sedang dipantau sama ada mereka adalah penyokong BN atau pun PAS.

Kita percaya kerajaan BN amat bimbang dengan suasana sekarang rata-rata pegawai kerajaan sudah terasa bahang pembohongan dan tektik BN yang menggula-gulakan pegawai kerajaanlam bajet yang lepas tetapi hari ini ternyata rakyat terpaksa membayar untuk semua itu apabila harga barangan melambung tinggi." ujar Sdr Roshidi Wahab selaku Setiausaha PAS kawasan ketika berucap merasmikan program hari keluarga tersebut mewakili YDP yang sedang berada di luar negara
"Saya mengucapkan tahniah kepada Urusetia khususnya Lajnah Tarbiyyah dan DewanMuslimat serta nisa’ Putrajaya kerana bertungkus lumus menjayakan program ini lebih-lebih lagi dalam suasana ramai rakan-rakan sedang berada di PRK Tenang kerana hari ini adalah hari penamaan calon namun keranaprogram ini dirancang lebih awal maka kita teruskan juga menjayakannya".ujarnya lagi.
Orang ramai yang hadir begitu berpuashati dengan program yang diadakan dan berharap program sedemikan yang boleh menghimpunkan ahli-ahli dan keluarga dapat terus diadakan pada masa-masa yang akan datang.
Di akhir program, hadiah-hadiah yang tak seberapa telah diberikan kepada pemenang-pemenang acara sukaneka. Makan tengahari disediakan oleh pihak penganjur. Agak berlainan pada tahun ini, sarapan pagi dibawa oleh setiap peserta program dan dikumpul serta kemudian dimakan bersama-sama sebagai tanda keakraban ukhwah sesama muslim disamping memohon keberkatan di dalam perjuangan. Program selesai tepat jam 1 tengahari.
"Saya mengucapkan tahniah kepada Urusetia khususnya Lajnah Tarbiyyah dan DewanMuslimat serta nisa’ Putrajaya kerana bertungkus lumus menjayakan program ini lebih-lebih lagi dalam suasana ramai rakan-rakan sedang berada di PRK Tenang kerana hari ini adalah hari penamaan calon namun keranaprogram ini dirancang lebih awal maka kita teruskan juga menjayakannya".ujarnya lagi.

Di akhir program, hadiah-hadiah yang tak seberapa telah diberikan kepada pemenang-pemenang acara sukaneka. Makan tengahari disediakan oleh pihak penganjur. Agak berlainan pada tahun ini, sarapan pagi dibawa oleh setiap peserta program dan dikumpul serta kemudian dimakan bersama-sama sebagai tanda keakraban ukhwah sesama muslim disamping memohon keberkatan di dalam perjuangan. Program selesai tepat jam 1 tengahari.
Langgan:
Catatan (Atom)