SELAMAT DATANG

Jumaat, 8 Januari 2010

PAS kutuk keras tindakan serang gereja

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 8 Jan: PAS mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak bertanggungjawab pihak tertentu menyerang gereja Metro Tabernacle, Desa Melawati, di sini awal pagi ini.

Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, tindakan sedemikian tidak mencerminkan sikap Islam yang sebenar terhadap penganut agama lain yang dijamin hak dan kebebasan mereka.

Bahkan, katanya, Allah dengan tegas melarang umat Islam bertindak terhadap mana-mana rumah ibadat penganut agama lain sebagaimana yang dinyatakan di dalam al-Quran.

Tambahnya, Rasulullah s.a.w. juga mengingatkan para sahabat yang menyertai peperangan supaya tidak membunuh mereka yang berlindung di rumah-rumah ibadat agama lain, sama sekali tidak bertindak membakarnya.

Begitu juga, katanya sewaktu pembukaan Mekah oleh tentera Islam yang dipimpin Rasulullah s.a.w. di mana penduduk yang berada di dalam rumah-rumah ibadat dijamin keselamatan mereka selain berlindung di rumah sendiri.

“PAS mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan menyerang gereja berkenaan,” tegasnya kepada Harakahdaily pagi ini.

Harakahdaily difahamkan, tingkat bawah gereja berkenaan musnah akibat serangan itu.



Kalimah Allah: Salahuddin cadang PAS adakan 'Wacana Ilmiah'

Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 8 Jan: Demi mendepani isu kalimah 'Allah', Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mencadangkan PAS bertindak secara progresif dengan menggunakan pendekatan 'Wacana Ilmiah' dengan masyarakat Islam dan bukan Islam.

"Saya sendiri akan membawa perkara ini (Wacana Ilmiah) dalam mesyuarat PAS akan datang, pada 10 Januari ini.

"PAS perlu ambil langkah proaktif ini (dengan) meyakinkan kumpulan-kumpulan masyarakat bukan Islam tentang (penggunaan) nama Allah menurut kita (Islam)," ujarnya kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian menjelaskan bahawa cadangan tersebut sebenarnya selari dengan keputusan jamaah PAS seperti yang diumumkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebelum ini.

Beliau turut mencadangkan PAS mengadakan 'Wacana Ilmiah' dengan beberapa badan bukan kerajaan (NG0) berkaitan Islam yang terbabit memperkatakan isu kalimah 'Allah' tersebut.

Ujarnya, PAS juga dicadangkan mengadakan Wacana Ilmiah dengan Ketua Paderi Katholik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam sebagaimana yang pernah ditunjukkan oleh para nabi, sahabat Rasulullah s.a.w serta cendekiawan Islam sepanjang zaman.

Dalam perkembangan yang sama, Salahuddin turut tidak menolak kemungkinan bahawa beberapa pihak tertentu cuba mengambil kesempatan atas sensitiviti umat Islam dan bukan Islam disebabkan isu tersebut.

"Tak mustahil pihak tertentu ini mengambil kesempatan dengan propaganda-propaganda murahan disebabkan isu sensitif ini," jelasnya.

Ditanya tentang kenyataan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Mohd Hassan Ali melarang rakyat bukan Islam menggunakan nama Allah, beliau berharap para pemimpin PAS yang lain boleh berpegang dengan keputusan Lajnah Politik PAS sebelum ini.

"Saya berharap kita (pemimpin PAS) yang lain tetap berpegang dengan keputusan parti.



Khamis, 7 Januari 2010

POLIS PARIS SIASAT NAJIB - free malaysia

بسم الله الرحمن الرحيم

MAK TAK BERANI LAGI SHOPPING DI PARIS - SEDIH MAK

Isu pembunuhan Altantuya Shariibuu dan dakwaan rasuah dalam pembelian kapal selam Scopene terus menghantui Perdana Menteri dengan pihak berkuasa Perancis berkemungkinan memanggil beliau untuk memberi keterangan sumber-sumber mengesahkan sebuah laporan polis akan dibuat di Paris tidak lama lagi bagi menyiasat tuduhan RM540 juta dibayar kepada syarikat kroni Najib Razak ( oleh sebuah syarikat Perancis untuk pembelian kapal selam itu.

Ini berikutan keengganan pihak berkuasa Malaysia, termasuk polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak telus menyiasat dakwaan itu walaupun pelbagai bukti di ketengahkan sejak beberapa tahun lalu, ketika Najib masih Menteri Pertahanan. Menurut sumber berkenaan semua dokumen dan laporan mengenai kematian Altantuya serta dakwaan rasuah berhubung pembelian dua kapal selam oleh kerajaan Malaysia sudah diserahkan kepada dua peguam Perancis.

"Kedua-dua peguam tersebut tiba di Malaysia kira-kira tiga minggu lalu untuk berbincang mengenai laporan polis yang akan dibuat di Paris tidak lama lagi,” kata sumber berkenaan.

"Pihak kami sudah serahkan semua dokumen termasuk keratan akhbar dan laporan media mengenai isu pembunuhan Altantuya dan Scopene,” tambah beliau.

Altantuya adalah bekas kekasih Abdul Razak Baginda yang dikaitkan dengan syarikat Peri Mekar. Syarikat itu dilaporkan menerima RM540 juta daripada pembekal kapal selam berkenaan menerusi perjanjian yang direstui oleh Najib. Abdul Razak adalah kenalan rapat Najib malah pernah bertindak sebagai penasihat kepada beliau. Altantuya mati dibom pada tahun 2006 apabila beliau dikatakan tiba di Malaysia untuk menuntut komisyen USD500,000 dari hasil penjualan kapal selam itu. Razak dibebaskan dari tuduhan bersubahat membunuh Altantuya tetapi dua pegawai polis disabit kesalahan atas tuduhan itu dan dihukum gantung.

Seorang penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang di upah oleh Abdul Razak membuat perakuan bersumpah mengesahkan bahawa Razak sendiri memberitahunya Najib mempunyai hubungan dengan Altantuya . Bala kini berlindung di luar negara tetapi sanggup memberi keterangan kepada SPRM dengan syarat disoal siasat di negara ketiga kerana bimbangkan keselamatannya jika kembali ke Malaysia. Tawaran itu tidak disahut SPRM. Bala sebelum ini turut mendedahkan adik Perdana Menteri, Nazim Razak mengugut beliau untuk menarik balik akuan bersumpah mengaitkan Najib Razak dengan kes Altantuya.

KAH KAH KAH… KAH KAH KAH…… ABISLAAA PELUANG BIK MAMA NAK SHOOPING DI PARIS….PUNAN NAK RASA MAKANAN DI CHEZ MAXIM……NAK GI LONDON JAMIN TAK BOLEH. - Tukar Tiub


Isu Perak: Pilihan raya atau tidak?



oleh Anak Sengat

Keputusan mahkamah tentang siapa Menteri Besar yang sah di Perak kian mendebarkan. Khabar angin yang masuk mengeluarkan asap panas di serata pelusuk negeri Perak.

Perkembangan politik Perak yang seakan muram kembali hangat menjelang keputusan mahkamah yang ditangguhkan.

Keputusan yang menentukan halatuju negeri Perak. Apakah isu nama Allah yang lahir dari keputusan mahkamah juga sesuatu yang dirancang untuk politik Perak? Segalanya tidak mustahil dalam politik Malaysia. malah banyak yang pelik dari tak peliknya.

Tinjauan di sekitar Ipoh sehari dua ini khususnya di bangunan umNO yang terletak bersebelahan dengan hotel Casuarina dan sebaris dengan istana Kinta sedikit menjemput persoalan.

Kebanjiran kereta setiap malam mengundang pertanyaan. Mesyuarat umNO di beberapa cawangan umNO khususnya sekitar Ipoh yang dijalankan seakan serentak satu arahan itu juga boleh menimbulkan tandatanya.

Keputusan mahkamah boleh diramal berdasarkan undang undang, kecenderungan politik dan sokongan kaum bukan melayu yang sedikit mempercayai Najib hasil satu Malaysia memberi sedikit kelegaan kepada umNO.

Usaha Najib melalui satu Malaysia yang sebenarnya menjelmakan konsep Malaysia malaysia yang diperjuangkan DAP dulu memberi harapan kepada bukan melayu. Konsep Satu Malysia ini tidak di fahami oleh kaum melayu. Mereka masih dibutakan dengan perjuangan kebangsaan umNO melalui slogannya.

Bajet Zamry yang mencetuskan sejarah bajet tercepat dan terengkas diluluskan di dunia membuktikan perhatian umNO beralih kepada kaum bukan melayu. Peruntukan khas kepada sekolah bukan melayu seperti SUWA melegakan Cina.

Walaupun peruntukan seperti itu ditentang sewaktu kerajaan Pakatan Rakyat, namun apa yang dibuat oleh Bn itu digambarkan sebaliknya.

Peruntukan sama di zaman DS Nizar menjadi MB dianggap khianat kepada melayu walaupun meluluskan peruntukan sama kepada sekolah agama, namun peruntukan sama kerajaan Kudeta Zamry dianggap keadilan kaum.

Inilah hipokritnya umNO. Ia juga melambangkan kebodohan penyokong yang menyokong dan mengiakan secara "mengkhinzir buta".

Ternyata detik 7 Januari akan menentukan halatuju politik Perak. Zamry seakan akur bahawa kuasa yang ada padanya sekarang adalah umpama kuasa kerajaan pasir berdengung. Ada tahta tanpa rakyat dan kuasa.

Walaupun beliau mengaum mengatakan ramai pelabur datang ke Perak...akal yang sihat akan melihat betapa bodohnya pelabur yang ingin melabur di dalam sebuah kerajaan yang terumbvang ambing melalui Menteri Besar yang masih dipertikaikan kuasanya di mahkamah.

Pelabur bukan bodoh sebagaimana bodohnya penyokong kudeta ini. Mereka tidak akan mjencagarkan pelaburan mereka dalam negeri yang tidak menentu politiknya.

Keyakinan beberapa perkara di atas menjadikan keyakinan semakin kuat bahawa pilihan raya adalah jalan terbaik buat penyelesaian kemelut politik Perak.

Itupun jika mereka meyakini mereka ada peluang untuk menang.


Harga Gula Naik..Harga Enjin JET Turun...


Enjin F5-E bernilai RM8.5 juta hingga RM28 juta


Ketua Pengarah JLKN, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil (kiri) bertukar dokumen dengan Ketua Pegawai Eksekutif BSN, Datuk Adinan Maning disaksikan oleh Ahmad Zahid Hamidi di Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur, semalam.

--------------------------------------------------------------------------------


KUALA LUMPUR 6 Jan. - Nilai sebenar untuk sebuah pesawat tempur, F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hanyalah antara RM8.5 juta hingga RM28 juta.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang menegaskan perkara itu berkata, nilai RM50 juta yang diperkatakan untuk sebuah enjin pesawat itu adalah tidak benar.

"Harga sebenar pesawat F5-E adalah sekitar RM8.5 juta hingga RM28 juta mengikut peralatan dan kecanggihannya.

"Jadi nilai RM50 juta yang diuar-uarkan sebelum ini adalah tidak benar kerana nilai pesawat termasuk enjin yang paling mahal adalah RM28 juta dan paling murah RM8.5 juta," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dengan Bank Simpanan Nasional (BSN) di sini hari ini.

Ia bagi pelaksanaan bayaran elaun pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Pada Jun dan November 2007, dua enjin pesawat F-5E yang berpangkalan di Skuadron 12 Scorpion Butterworth, Pulau Pinang dilaporkan hilang ketika proses penyenggaraan rutin.

Kehilangan enjin itu yang dijual sebagai komponen alat ganti kepada sindiket antarabangsa di luar negara dipercayai didalangi orang dalam syarikat penyenggaraan pesawat dan skuadron tersebut.

TUDM mula mengoperasikan pesawat F-5E pada 1974 dan pada 1999 perkhidmatan pesawat itu dihentikan setelah tugasnya diambil alih oleh pesawat MiG-29N dan F/A-18D.

Ahmad Zahid berkata, beliau berpuas hati dengan tindakan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini yang mendakwa seorang sarjan TUDM dan pengarah syarikat di Mahkamah Sesyen atas dakwaan terlibat dalam mencuri dan menjual enjin pesawat itu ke luar negara.


Iktibar daripada kemalangan YB Dato Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin


:: Gambar Sumbangan Dari http://perakexpress.com ::

Perak- 7 Januari: Kemalangan yang menimpa YB Dato’ Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin merupakan suatu takdir Illahi. Sama takdirnya, dengan jatuhnya Kerajaan Perak yang Dato’ Seri pimpin setahun yang lalu. Dan malapetaka yang berlaku kepada beliau adalah di hadapan Hotel Casuarina (berdekatan bangunan UMNO PERAK). Adakah ini suatu kebetulan?

Dengan penghakiman kes pencabulan demokrasi Negeri Perak masih belum selesai, seharusnya peribadi Dato’ Seri dijaga rapi terutamanya dalam aspek keselamatan diri dan keluarga beliau.

Tanpa mengaitkan kemalangan ini dengan unsur politik, semua kepimpinan PAS termasuk pihak Pas negeri, pusat khidmat masyarakat Dun Pasir Panjang dan Parlimen Bukit Gantang perlu memastikan beliau diiringi oleh seorang pengawal peribadi atau pemandu bagi segala urusan beliau.

Ini perlu bagi memastikan keselamatan beliau terpelihara. Sebagai suatu pengiktibaran, Almarhum Dato’ Prof Zulkifli Mohammad dan isteri juga mati disebabkan kecelakaan jalan raya. Sehinggakan kecelakaan beliau itu dikaitkan dengan motif politik yang memaksa kerajaan ketika itu dibawah kepimpinan Perdana Menteri, Almarhum Tunku Abdul Rahman terpaksa membuat ucapan dalam Dewan Parlimen menerangkan kematian Zulkifli Muhammad bukannya kerana angkara perbuatan khianat.

Ingatan ini bukan sama sekali menafikan takdir Illahi, kerana kita tahu jika takdir Illahi sudah sampai “Ia tidak akan dipercepat dan diperlambat walaupun sesaat” Walaubagaimanapun sebagai manusia yang diberi akal dan fikiran yang waras, kita boleh berusaha menghindarinya.

Sekian, terima kasih

Nukilan Ikhqoi.


Selasa, 5 Januari 2010

Kenyataan Rasmi PAS Mengenai Penggunaan Nama Allah Oleh Pihak Beragama Samawi

DI BAWAH ADALAH KENYATAAN PENUH PRESIDEN PAS

PAS sebagai parti Islam, amat menghormati prinsip kebebasan beragama seperti mana yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa untuk menerima mana-mana agama melainkan ia merupakan pilihan sendiri.

Prinsip kebebasan beragama ini juga telah termaktub di dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutaan.Walaupun demikian dalam konteks masyarakat di Malaysia, suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira di atas kepentingan awam bagi memelihara keharmonian berbagai kaum dan agama.

Setiap warganegara Malaysia wajib memelihara suasana dan keadaan ini. PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.

Walau bagaimanapun, penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.

PAS memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapatkan sokongan rakyat.Al-Quran telah menyarankan cara yang betul menggunakan perkataan Allah, sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah Al Imran ayat 64 yang bermaksud.

‘‘Katakanlah: Hai Ahli Kitab,marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti pemimpin dan sebagainya sebagai tuhan selain Allah’’.

PAS dengan tegasnya ingin menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif jahat yang boleh mengugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat.PAS dengan segala rasa penuh tanggungjawab bersedia untuk menjelaskan isu ini kepada semua pihak bagi mewujudkan suasana yang harmoni berdasarkan kepada prinsip keadilan sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan dan dijamin oleh Islam.

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang


Jangan kelirukan atau politikkan kalimah Allah - PAS



UMNO BELA NAMA ALLAH?

Ustaz Nazir

Bantahan demi bantahan telah dilakukan oleh pelbagai pihak terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan penggunaan kalimah ALLAH oleh penanut kristian termasuk dalam penerbitan akhbar Herald-The Catholic Weekly.

Kita hairan bagaimana pelbagai pihak khususnya badan-badan, NGOs, persatuan-persatuan yang mewakili orang melayu rata-rata membantah keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tanpa membawa alasan dan dalil yang jelas kenapa mereka menentang penggunaan kalimah Allah oleh agama lain . Kenapa pemimpin-pemimpin khususnya dari UMNO begitu bersungguh-sungguh membantah perkara ini, hanya dengan alasan pihak kristian mempunyai agenda yang tersembunyi.

Kenapa mereka sangat takut aqidah orang-orang melayu tergugat padahal merekalah yang menggubal dasar pendidikan negara, berbangga dengan sumbangan mereka dalam bidang pendidikan. Apakah mereka sudah lupa, bahawa merekalah yang telah mempunahranahkan tulisan jawi dari orang-orang melayu sedangkan tulisan jawilah yang banyak membantu orang-orang melayu memahami agama mereka.

Ternyata setelah 53 tahun UMNO memerintah negara, dasar pendidikan agama dikesampingkan. Mereka gagal memberi pendidikan agama yang secukupnya kepada rakyat untuk menjadi benteng mempertahankan aqidah mereka. Hari ini ilmu aqidah berada di mana? Sedangkan menurut hiaraki ilmu maka ilmu tauhidlah berada di kemuncak persada berbanding ilmu-ilmu lain. Namun apa yang berlaku hari ini ialah sebaliknya ilmu-ilmu tentang keduniaan lah mengambil tempat utama dalam hearaki ilmu. Maka sekarang mereka berkokok takut aqidah umat melayu diselewengkan dari penggunaan perkataan Allah oleh pihak lain.

Kenapa kita takut sekiranya ilmu aqidah yang diajar di sekolah-sekolah rendah kebangsaan dan menengah kebangsaan begitu mantap diajar kepada anak-anak kita. Masalahnya sekarang mereka yang bangkit menentang tidak pernah bangkit mempertahankan aqidah umat melayu, malah mereka sendiri tidak tahu ujung pangkal tentang aqidah. Mufti-mufti pula asyik mencampuri urusan politik kepartian dan tidak lagi menjadi seperti mufti-mufti terdahulu yang bertungkus lumus mengajar aqidah kepada umat. Malah ada mufti yang pandai mendedahkan bilangan sejumlah 250,000 umat Islam telah murtad tetapi tidak pandai memperbetulkan dasar pendidikan hari ini yang telah menjauhkan umat dari mengenali Allah yang sebenarnya, hingga ada di kalangan umat yang sanggup mempermain-mainkan hukum Allah.

Berbalik kepada isu perkataan Allah yang menjadi kontroversi hari ini, sepatutnya tidak menjadi sebarang masalah kepada kita membenarkan sesiapa sahaja menggunakan perkataan Allah untuk merujuk kepada Tuhan yang Esa yang menjadi kemuncak kepada pegangan murni umat manusia. Sesesat dan sejahat mana pun mereka naluri bertuhankan Tuhan Yang Sebenar (ALLAH) wujud di dalam jiwa mereka. Bahkan di dalam al-Quran sendiri ada menjelaskan bagaimana manusia yang ditimpa musibah seperti dilambung ombak yang dahsyat, pada ketika itu tidak ada yang lain yang mereka harapkan selain pertolongan Tuhan Yang Sebenar (ALLAH).

Allah adalah Zat Yang Maha Tinggi, Maha Mulia dan Maha Kuasa. Zat Pencipta seluruh Alam, langit dan bumi, matahari dan bulan dan seluruh yang ada. DIA adalah yang wajibul wujud, yang sudah pasti ADA dan yang mustahil tidak ada.

Menurut keterangan Raghib al-Asfahani, ahli bahasa yang terkenal, nama yang diberikan untuk Zat Yang Maha Kuasa itu ialah Allah. Kalimah ini telah lama dipakai oleh bangsa Arab untuk Yang maha Esa itu. Kalimah Allah itu, menurut al-Asfahani adalah perkembangan dari kalimah Al-Ilah. Yang dalam bahasa melayu kuno dapat diertikan Dewa atau tuhan. Setiap suatu yang mereka anggap sakti dan mereka puja, mereka sebutkan dia AL-ILAH.Dan kalau hendak menyebutkan banyak Tuhan,mereka pakai kata jama’, yaitu AL-ALIHAH. Tetapi fikiran murni mereka telah sampai kepada kesimpulan bahawa dari tuhan-tuhan dan dewa-dewa yang mereka katakan itu, hanya SATU jua Yang Maha Kuasa, Maha Tinggi, Maha Mulia.Maka untuk mengungkapkan fikiran kepada Yang Maha Esa itu mereka pakailah kalimah ILAH. Lalu mereka buangkan huruf hamzah yang ditengah, AL-I-LAH menjadi ALLAH.

Dengan menyebut Allah itu tidak ada lagi yang mereka maksud melainkan Zat Yang Maha Esa, Maha Tinggi, Yang Berdiri sendirinya itulah, dan tidak lagi mereka pakai untuk yang lain. Tidak ada satu berhala pun yang mereka namai ALLAH.

Dalam Al-Quran banyak bertemu ayat-ayat yan menerangkan, jika Nabi Muhammad s.a.w. bertanya kepada musyrikin penyemah berhala itu siapa yang menjadikan semuanya ini , pasti mereka menjawab: “Allahlah yang menciptakan semuanya!”

“Padahal jika engkau tanyakan kepada mereka siapa yang menciptakan semua langit dan bumi, dan menyediakan matahari dan bulan, pastilah mereka akan menjawab: “Allah!” Maka bagaimanakah masih dipalingkan mereka.” (al-Ankabut:61)

Dan banyak lagi Surat-surat lain mengandung ayat seperti ini.

Setelah kita tinjau keterangan Raghib al-Isfahani dari segi pertumbuhan bahasa(filologi) tentang kalimah Allah itu, dapatlah kita mengerti bahawa sejak dahulu orang Arab itu di dalam hati sanubari mereka telah mengakui Tauhid Rububiyah, sehingga mereka sekali-kali tidak memakai kalimat Allah untuk yang selain daripada Zat Yang Maha Esa, Yang Tunggal, yang berdiri sendiriNya itu. Dan tidak mahu mereka menyebutkan Allah untuk beratus-ratus berhala yang mereka sembah. Tentang Rububiyyah mereka telah bertauhid, Cuma tentang Uluhiyah yang mereka masih musyrik. Maka dibangkitkanlah kesedaran mereka oleh Rasul s.a.w. supaya bertauhid yang penuh; mengakui hanya SATU Tuhan yang menciptakan alam dan Tuhan Yang Satu itu sajalah yang patut disembah, tidak yang lain.

Dalam bahasa Melayu, kalimat yang seperti Ilah itu ialah dewa dan tuhan. Pada batu bersurat Terengganu yang ditulis dengan huruf Arab, kira-kira tahun 1303 Masehi, kalimat Allah Suhanahu wa Ta’ala telah diertikan dengan Dewata Mulia Raya. (Batu bersurat itu sekarang disimpan di Muzium Kuala Lumpur). Lama kelamaan, kerana perkembangan pemakaian bahasa Melayu dan bahasa Indonesia, maka bila disebut Tuhan oleh kaum Muslimin Indonesia dan Melayu, yang dimaksud ialah ALLAH dan dengan huruf lain pangkalnya (huruf T) dibesarkan, dan kata-kata dewa tidak terpakai lagi untuk mengungkapkan Tuhan Allah.

Dalam perkembangan memakai bahasa ini, di dalam memakai kalimat TUHAN, haruslah diingat bahawasanya berbeda maksud pemakaian itu diantara orang Islam dengan orang Kristian.
Kita orang Islam jika menyebut Tuhan, yang kita maksud ialah ALLAH. Zat Yang Berdiri SendiriNya, kepadaNya memohonkan segala sesuatu , tidak beranak dan tidak diperanakkan,dan tidak ada yang menandingi Dia sesuatu jua pun. Tetapi kalau orang Kristian menyebut Tuhan, yang mereka maksud ialah Yesus Kristus. Kadang-kadang bercampur-baur; menurut ajaran yang mereka pegang, bahawa Tuhan itu adalah “Triniti”, atau “Tri-tunggal”, yang tiga tapi satu, yang satu tapi tiga. Dia yang tiga tetapi satu itu ialah Tuhan Bapa, Tuhan Putera,(Isa Almasih) dan dan Rohul-Kudus. Dan selalu mereka mengatakan “Tuhan Yesus”
Sebab itu walaupun sama-sama memakai kata TUHAN, tidaklah sama erti dan pengertian yang dikandung.

Yang terpenting terlebih dahulu ialah memupuk perhatian yang telah ada dalam dasar jiwa, bahawa Zat yang Maha Kuasa itu mustahil berbilang. Adapun tentang pemakaian bahasa terhadapNya, dengan nama apa Dia mesti disebut, terserahlah kepada perkembangan bahasa itu sendiri.

Selain dari pemakaian bahasa Melayu tentang Tuhan itu, sebahagian bangsa kita pun memakai juga kalimat lain untuk Allah itu. Dalam bahasa Jawa, Allah disebut Gusti Allah, padahal dalam bahasa Melayu Banjar, Gusti adalah gelar bangsawan. Demikian juga kalimat Pangeran untuk Allah dalam bahasa Sunda, padahal di daerah lain Pangeran adalah gelar orang bangsawan atau anak raja. Dalam bahasa Bugis dan Makassar disebut Poang Allah Ta’ala. Padahal, kepada raja atau orang tua yang dihormati mereka mengucapkan Poang juga.
Orang Hindu-Bali, meskipun mereka menyembah berbagai berhala, namun mereka tetap percaya kepada Sang Hyang Widhi, ertinya Yang Maha Esa. Kepercayaan agama Hindupun sampai kepada puncak tertinggi sekali, iaitu kepada Sang Hyang Tunggal.

Lantaran itu dapatlah difahami keterangan Raghib al-Isfahani yang menyatakan bahawa ALLAH itu berasal dari kalimat AL-ILAH yan bererti Tuhan itu. Adanya kalimat AL-Ilah membuktikan bahawa kepercayaan-kepercayaan tentang adanya Tuhan telah tumbuh sejak manusia berakal, dan timbulnya kalimat ALLAH membuktikan bahawa fikiran manusia pun akhirnya sampai kepada, bahawa Tuhan Yang Maha Kuasa itu hanya ESA.Maka kedatangan Agama Islam ialah menuntun dan menjelaskan bahawa DIA memang Esa adanya.

Kepada pemimpin UMNO dan ahli-ahlinya kita nasihatkan perbetulkan dahulu aqidah kamu tentang Allah Yang Maha Esa. Esa pada Zat, Sifat dan Afa'alNya. Ketahuilah kamu bahawa selama ini kamu telah mensyirikkan Allah dengan menduakan sifat Allah Yang Maha Mengetahui dengan menghalalkan apa yang telah diharamkan oleh Allah.



Umno Peralat Agama Untuk Tipu Orang Melayu

Pendirian Pas mengenai isu Kalimah Allah sudahpun dijelaskan iaitu bukan Islam atau orang kafir boleh guna Kalimah Allah dan tidak mahu isu tersebut dipolitikkan. Sapa lagi yang akan berpolitik guna isu itu kalau bukan Umno.

Semua pihak menunggu-nunggu keputusan Pas itu yang dibuat secara bersama oleh pimpinan tertinggi Pas dan demi agama Islam yang diperjuangkan Pas sudah tentu keputusan itu dibuat berdasarkan hujah yang kukuh berdasarkan Al-Quran dan Hadis bukannya berdasarkan hawanafsu untuk tarik kepercayaan orang bukan Islam terhadap Pas.

Mana ulama-ulama yang pro Umno dan mufti yang bersekongkol dengan Umno dalam isu Kalimah Allah ini.Mengapa mereka lambat buat keputusan. Adakah mereka menunggu selepas Pas buat keputusan baru mereka nak buat kenyataan?Adakah Umno mahu perangkap Pas dalam isu Kalimah Allah ini?

Dulu Umno menuduh Pas adalah parti Komunis dengan tujuan supaya orang Melayu tidak menyokong Pas. Selepas itu Umno menuduh Pas parti Ekstrem dan pengganas dengan tujuan nak menjauhkan orang bukan Islam menyokong Pas. Itu cerita dulu-dulu.

Sekarang zaman dah berubah orang bukan Islam dah berani menyokong Pas ini yang membimbangkan Umno.Umno terpaksa cari jalan supaya Pas tidak terus disokong oleh orang bukan Islam.Umno sedar sekiranya orang bukan Islam terus bersama Pas dalam pilihanraya akan datang Umno akan lingkup dan hilang kelayakkan untuk kuasai Kerajaan Pusat.

Sekarang undi Melayu kepada Pas tidak berubah dan Umno ambil kesempatan ini untuk terus memperdaya orang-orang Melayu supaya terus menyokong Umno dalam pilihanraya akan datang. Dulu Umno tuduh Pas peralatkan agama agar orang Melayu menyokong Pas sekarang tuduhan itu digunakan Umno untuk peralatkan orang Melayu dengan guna isu agama seolah-olah Umno lah perjuangkan Islam untuk orang Melayu.Ini yang patut disedari oleh orang-orang Melayu dengan agenda politik Umno.

Kalau ahli Umno yang juga bekas Pengarah Yadim, Ust Nakhaie Hj Ahmad pun pertikaikan bini PM Najib yang tidak menutup aurat (Tak pakai tudung) apalah sangat dengan Pm Najib nak perjuangkan agama kalau bini sendiri tak dapat ditarbiahkan sebagai seorang pemimpin negara umat Islam.

Dasar pendidikan yang ada yang diajar tidak mampu menjadi benteng untuk menguatkan akidah umat Islam di Malaysia sebab itu kita merasa tergugat bila isu yang libatkan agama muncul tanpa disangka-sangka. Masing-masing jadi terkejut dan mula menuding jari antara satu sama lain.Kita tidak mampu untuk mengatasinya ,jadi lemah dan menuduh pihak yang menyokong sebagai talibarut dan agen pihak tertentu.

Apa yang kita buat bila ratusan ribu umat Melayu -Islam murtad?Kalau setakat cakap 'Tragedi Natrah' akan berulang, mengetap bibir geram tak ketawan hala apa yang kita dapat?Yang murtad keluar daripada agama Islam kita biarkan saja. Ini yang sepatutnya diperangi habis-habisan. Ini yang dilakukan Khalifah Abu Bakar As-Siddiq bila diangkat jadi Khalifah selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW.

MISAIMERAH

Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails