SELAMAT DATANG

Selasa, 31 Ogos 2010

Antara 2 Tazkirah



Inilah Islam Hadhari, Inilah Islam Hadhari ciptaan Dollah Bedawi Inilah yang Islam dibangga-banggakan oleh Kerajaan UMNO BN Inilah Islam yang sangat digemari oleh orang-orang UMNO

Wanita UMNO, Puteri-puteri UMNO pasti amat menyokongnya Nak tau? Sejak ada Islam Hadhari lah kes buang bayi menjadi-jadi Syabas dan Tahniah kerajaan UMNOBN,,.. tapi Islam Hadhari hari ni senyaap je! Dah mogok ke?.. Sudah-sudah le tu,,.. tak payah lagi!

Ya Allah ! yang maha berkuasa! dan maha mengetahui ! Kau permudahkan lah jalan kami untuk mengubah dan berubah. Berikanlah kami kekuatan,Berilah kami jalan kemenangan dlm.PRU13. untuk kami membuat perubahan !!

Wanita di Bawah Naungan Islam : Bagaimana Seorang Perempuan Ber-’Iddah

20 Ramadhan 1431 H
Oleh: Said Abdul Aziz al-Jandul

Apabila terjadi perpisahan (perceraian) di antara pasangan suami-istri karena suatu sebab, maka sang istri wajib tinggal berdiam diri dalam waktu masa tertentu di mana ia tidak boleh menikah sebelum masa itu habis. Masalah ini dapat disimpulkan sebagai berikut:

Perempuan hamil, apakah ia dicerai atau suaminya meninggal dunia. Maka masa ‘iddah (menunggu berdiam diri) berakhir dengan kelahiran bayi yang dikandungnya. Allah Subhaanahu Wata'ala berfirman,

وَأُولَاتُ الْأَحْمَالِ أَجَلُهُنَّ أَنْ يَضَعْنَ حَمْلَهُنَّ

“Dan perempuan-perempuan yang hamil, waktu iddah mereka itu ialah sampai mereka melahirkan kandungannya.” (Ath-Thalaq: 4).

Dalam Hadits riwayat Malik, Imam Syafi’i, Abdurrazzaq, Ibnu Abi Syaibah dan Ibnu Mundzir yang bersumber dari Umar (bin Khattab), bahwasanya ia pernah ditanya tentang perempuan yang suaminya meninggal sedangkan ia dalam keadaan hamil. Maka beliau menjawab, “Apabila ia telah melahirkan bayi yang dikandungnya maka ia telah menjadi halal.”

Lalu ada seseorang dari kaum Anshar yang memberitahukan kepadanya bahwasanya Umar bin Khattab radhiyallahu ‘anhu juga pernah berkata, “Kalau sekiranya perempuan itu melahirkan, sedangkan suaminya masih di atas perbaringannya, belum dikebumikan, maka perempuan itu sudah menjadi halal.”

Hadits lain yang diriwayatkan dari Ibnu Mas’ud, bahwasanya ia berkata: “Barangsiapa yang hendak lebih jelas lagi maka sesungguhnya ayat yang ada di dalam Surah at-Thalaq: (“Dan perempuan-perempuan yang hamil, waktu iddah mereka itu ialah sampai mereka melahirkan kandungannya.” (Q.S.65:4)) diturunkan beberapa bulan saja sesudah Surat al-Baqarah.”

Perempuan yang meninggal suaminya, sedangkan ia tidak dalam kekadaan hamil, apakah meninggalnya itu sebelum terjadi hubungan senggama atau sudah terjadi, maka ‘iddah-nya ialah empat bulan sepuluh hari. Selama iddah ini ia tinggal di rumah tidak boleh keluar kecuali ada uzur yang dibenarkan agama, dan selama ini pula ia tidak boleh memakai wangi-wangian dan berhias atau perbuatan lainnya yang serupa, karena Allah Subhaanahu Wata'ala telah berfirman,

وَالَّذِينَ يُتَوَفَّوْنَ مِنْكُمْ وَيَذَرُونَ أَزْوَاجًا يَتَرَبَّصْنَ بِأَنْفُسِهِنَّ أَرْبَعَةَ أَشْهُرٍ وَعَشْرًا

“Orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu dengan meninggalkan istri (hendaklah para istri itu) menangguhkan dirinya (ber’iddah) empat bulan sepuluh hari’.” (Al-Baqarah: 234).

Perempuan yang masih dapat hamil dan bisa melahirkan, maksudnya bukan perempuan yang sudah mencapai usia monopause disebabkan sudah tidak haid lagi, juga bukan karena usianya masih kecil dan belum mencapai usia haid, apabila ia dicerai oleh suaminya maka ‘iddahnya ialah tiga quru’, artinya ia menunggu sampai tiga kali haid sesudah masa penceraian untuk memastikan bahwa ia benar-benar tidak hamil. Allah berfirman,

وَالْمُطَلَّقَاتُ يَتَرَبَّصْنَ بِأَنْفُسِهِنَّ ثَلَاثَةَ قُرُوءٍ

“Dan perempuan-perempuan yang ditalak hendaklah menahan diri (menunggu) tiga kali quru’.” (Al-Baqarah: 228).

Perempuan yang sudah mencapai usia monopause dengan berakhirnya masa haid karena sudah lanjut usia, seperti sudah berusia 50 tahuan atau lebih, atau perempuan yang usianya belum mencapai usia haid, maka ‘iddahnya apabila ditalak oleh suaminya adalah tiga bulan. Karena Allah Subhaanahu Wata'ala telah berfirman,

وَاللَّائِي يَئِسْنَ مِنَ الْمَحِيضِ مِنْ نِسَائِكُمْ إِنِ ارْتَبْتُمْ فَعِدَّتُهُنَّ ثَلَاثَةُ أَشْهُرٍ وَاللَّائِي لَمْ يَحِضْنَ

“Dan perempuan-perempuan yang tidak haid lagi (monopause) di antara perempuan-perempuanmu jika kamu ragu-ragu (tentang masa ‘iddahnya) maka ‘iddah mereka adalah tiga bulan; dan begitu pula perempuan-perempuan yang belum haid.” (Ath-Thalaq: 4).

Perempuan yang suaminya menghilang dan tidak diketahui keberadaannya, maka ia menunggu sampai empat tahun lamanya. Jika diperkirakan sang suami sudah mati, maka perempuan itu boleh menikah. Tetapi kalau suaminya diperkirakan masih hidup, maka ia tidak boleh menikah dengan lelaki lain, kecuali kalau sudah mencapai sembilan tahun lamanya dari kehilangannya.

KAN KE SURAU TU.. INGAT NI PUSAT PELACURAN KE?

SOH NGAJI MALAIH... DAH BESAQ BODO...!!! SATU GI ..... BODO TAK LEH AJAQ..... CHEGHEDIK TAK LEH TUMPANG!!!



'Kemeriahan' pertandingan rias pengantin dalam surau. sempena Karnival 'Juara' Rakyat anjuran MAYC & Umno Kuala Langat 9 Mei 2010. Macam-macam ada...

Note:
Ini bukan kes nak balas dendam.. ni kes nak sekolahkan blogger-blogger dan para penerbit media rasmi umno spt tv3 suku, rtm, utusan, berita hairan dan yang sewaktu dgnnya yang tak pernah sekolah agama. juga termasuklah MAIS dan JAIS.

TERLALU GHAIRAH BUATKAN DIRI NAMPAK BODOH


Rosmah beri Tazkirah Ramadan ka atau berucap? Ini contoh yang dibuat Umno dalam surau. Tapi siapa yang dok tercokoh kat depan dia tu? Ada yang bertutup litup, ada yang terngaga? Agak2 apa komen orang Umno pulak?

Pada minggu lepas bila saja media rasmi umno ni mainkan isu non muslim masuk ke surau, blogger2 serta semua penyokong tegar umno termasuklah MAIS dan JAIS... melalak menyalak bak beruk terkena belacan. Tiap2 hari mereka semua kononnya bercerita tantang agama.. merekalah kumpulan yang pandai agama, sayang agama dan mengamalkan agama. Kalau setakat blogger dan pemberita yang bangang tu jer xper la lagi.. ni MAIS dan JAIS pun terikut sama. Apa punya bangang MAIS dan JAIS aku pun x tahu. Maka setiap harilah kerja mereka semua tiada lainnya hanya menyalak...

Sayang seribu kali sayang bak kata saleem pun... kegembiraan mereka hanya sementara sahaja. Mana tidaknya... yang blogger2 ni dah tentulah sekolah agamanya setaraf dengan mangkuk tingkat jer. Yang MAIS dan JAIS ni tak pasal2 org lihat sebagai satu badan islam yang tak pernah belajar hukum hakam islam.

Kerana nak sgt nampakkan umno sebagai sebuah parti yg memperjuangkan islam, JAIS dan MAIS terpaksa membangangkan diri mereka. sehingga mereka terlupa sebelum ni banyak Masjid di malaysia telah dijadikan tempat tarikan pelancongan. Yang paling menampakkan kebangangan mereka pegawai2 MAIS dan JAIS ni x pernah belajar hadith ke yang menyatakan bolehnya non muslim ni masuk ke masjid?

Laa nie semuanya nampak semua dah kembali reda. Umno dah x berani nak jadikan isu ni modal politik murahannya. Blogger2 mereka dah mula menyedari mereka sebenarnya adalah blogger bodoh yang tak tahu hukum agama (ntah mandi wajib pun tak tahu agaknya). yang paling sedihnya taraf MAIS dan JAIS ni lebih teruk dari blogger2 umno yang bangang tu sendiri.

Ahad, 29 Ogos 2010

Tutup aurat sebelum masuk masjid: Pas

sinarharian

KUALA LUMPUR- Individu bukan Islam harus menjaga tatasusila seperti berpakaian sopan dan menutup aurat sebelum masuk ke rumah ibadat umat Islam bagi menghormati agama serta kesucian institusi itu.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, perkara berkaitan aurat dan adab harus diambil kira kerana setiap individu yang memasuki masjid atau surau harus berpakaian lengkap dan menutup aurat.

“Kes melibatkan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching baru-baru ini menyentuh kesalahan dari segi adab, tetapi dari segi hukum yang telah diputuskan, individu bukan Islam termasuk pelancong bukan Islam dibenarkan masuk atau melawat masjid serta ruang solat utama milik umat Islam.

“Pada asalnya, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-90 yang bersidang pada 1 Mac lalu telah memutuskan individu bukan Islam diharuskan memasuki masjid,” katanya ketika ditemui di Pejabat Agung Pas, di sini, semalam.

Salahuddin berkata, keputusan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) yang dilaporkan akan mengenakan tindakan berhubung perkara itu turut dilihat sebagai melawan keputusan Majlis Fatwa.

“Apa yang Mais lakukan seolah-olah melawan keputusan yang telah diputuskan Majlis Fatwa di mana individu bukan Islam dibenarkan memasuki rumah ibadat agama Islam," katanya.

'Merdeka' kan negara dari cengkaman kerajaan BN..

Merdeka: Rakyat perlu azam kerajaan baru

JERAI, 28 Ogos: Menjelang sambutan Hari Kemerdekaan negara 31 Ogos ini, rakyat disarankan supaya menanam semangat baru dan keazaman dalam jiwa untuk memastikan negara mempunyai kerajaan baru pada pilihan raya umum ke-13 yang akan datang.

Demikian dinyatakan oleh Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar (gambar) ketika mengulas ulang tahun Hari Kemerdekaan negara ke-53, Selasa ini.

Menurut beliau lagi, rakyat harus menyedari tempoh had pemerintahan dan kuasa yang ada pada Barisan Nasional (BN) sudah sampai ke penghujungnya.

Kata beliau lagi, dengan adanya pemerintahan baru ini, maka kebimbangan rakyat dalam pelbagai masalah yang sekian lama menjadi persoalan akan berakhir.

"BN tidak mampu untuk mengurus hal ekonomi rakyat dengan baik. Isu saman ekor belum selesai, datang pula isu air dan tanah.

"Pakatan Rakyat (PR) cadangkan pendapatan setiap rakyat adalah RM4 ribu, menghapuskan cukai dan membanteras penyelewengan yang berterusan di bawah pemerintahan BN," katanya.

Tambahnya lagi, walaupun saranan itu hanyalah sebagai cadangan tetapi ia menampakkan idea yang membina dari kepimpinan PR jika dibandingkan dengan BN.

Beliau juga berkata oleh kerana itu, rakyat tidak lagi harus berdiam diri atas cadangan yang telah dibuat oleh PR baru-baru ini.

"Sebagai bukti Kerajaan Negeri Kedah telah pun menurunkan harga cukai tanah di Kedah. Syarikat Air Darul Aman (SADA) dikorporatkan dan bukan diswastakan. Rakyat mendapat bekalan air bersih tanpa bebanan harga yang mahal.

"Dalam situasi ekonomi rakyat yang tidak menentu ini pelbagai sekatan dikenakan oleh Kerajaan Pusat. Slogan mereka rakyat didahulukan hanya mendahulukan rakyat dalam bebanan bagi merealisasikan hasrat dan pencapaian kerajaan diutamakan," tambahnya lagi.

Pengarah JAIS kompom UMNO..terang-terang menghina Majlis Fatwa Kebangsaan

Pengarah JAIS Menghina Majls Fatwa Kebangsaan

Di dalam usaha Khusrin Munawi (Pengarah JAIS) untuk melacurkan JAIS bagi kepentingan UMNO dan BArisan Nasional, beliau telah sanggup melanggar fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan yang berbunyi:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid. Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab. Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.
Khusrin Munawi dilaporkan oleh Utusan Meloya berkata:
“Orang bukan Islam adalah dilarang memasuki ruang solat kerana mereka ini dalam berkeadaan hadas besar apatah lagi berada di bahagian imam dan menyampaikan ucapan kepada umat Islam di dalamnya.

“Oleh itu, kita akan mendapatkan laporan dan penjelasan daripada nazir serta jawatankuasa surau berkenaan mengenai perkara ini. Jika dakwaan ini benar, kita akan memaklumkan kepada pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan tindakan tegas akan diambil,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah laman blog, http://anginperubahan.blogspot.com yang mendakwa Ahli Parlimen Serdang daripada DAP, Teo Nie Ching memasuki ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral dalam satu majlis penyampaian bantuan kepada ahli-ahli Pas, Ahad lalu.
Kenyataan Khusrin Munawi jelas menunjukkan beliau melanggar Fatwa MAjlis Fatwa Kebangsaan yang mengizinkan orang bukan Islam masuk ke dalam Masjid.

Ia membuktikan Khusrin telah melacurkan JAIS untuk kepentingan politik murahan UMNO dan beliau tidak layak lagi untuk menjadi Pengarah JAIS.

Tulang Besi

http://www.malaysiawaves.com

BUSUKNYA PERANGAI MELAYU

بسم الله الرحمن الرحيم

Wakil PERKASA Selangor cuba memberi rasuah RM 1000.00 kepada Jawatankuasa Surau Al-Huda Kajang untuk panaskan lagi keadaan ?

Wakil PERKASA Selangor cuba memberi rasuah RM 1000.00 kepada Jawatankuasa Surau Al-Huda Kajang Sentral agar mengembalikan semula bayaran yang telah mereka terima dari MP Serdang Cik Teo Nie Ching tempoh hari.

Jawatankuasa enggan menerima kerana tidak mahu isu ini disensasikan sebagai modal politik pihak tertentu. Jawatankuasa bagaimana pun sentiasa berlapang dada untuk menerima sebarang bentuk bantuan memandangkan surau yang baru sahaja dibina hasil dari derma orang ramai masih lagi berterusan menerima derma dari orang ramai.

“Kepada sesiapa yang ingin menghulur derma kami sentiasa alu-alukan. Namun kami tidak mahu isu ini dipolitikkan.” demikian dijelaskan oleh salah seorang jawatankuasa surau tersebut.

Mengenai tindakan MAIS mengambil alih surau tersebut, beliau berkata belum menerima sebarang surat hitam putih untuk diambil tindakan. Jawatankuasa tidak mempunyai masalah sekiranya pihak MAIS ingin mengambil alih surau tersebut memandangkan jawatankuasa yang dilantik bersifat sukarela disamping bersikap bertanggungjawab menerima amanah menguruskan surau tersebut. Namun pihak jawatankuasa berharap pihak MAIS tidak terburu-buru mengambil tindakan takut terpengaruh dengan asakkan sesetengah pihak yang cuba mensensasikan isu ini. Pihak MAIS juga disarankan mendengar penjelasan dari semua pihak yang terlibat ... DUN26 BANGI

Note: Celaka ... itu lah ungkapan yang aku dapat keluarkan pada wakil PERKASA yang cuba meRASUAH AJK Surau Al Huda Kajang seperti yang dilapurkan. Mereka cuba memperbesarkan lagi isu ini. Apa yang PERKASA cari? Membenci bukan Melayu?

Bro Berahim katak, tengok-tengok sikit anak buah kat bawah ni, jangan buat kerja kurang -ajar macam tu ... - zakriali

SURUH MENGAJI MALAS.. DAH BESAR BODOH

بسم الله الرحمن الرحيم

Bukan Islam Masuk Masjid, Dulu boleh sekarang tak boleh?.. err.. sudah tukar ka?

Mungkin benar apa yang Mat Sabu cakap tadi.. UMNO ni sedang lemas.. orang yang lemas akan melakukan apa saja untuk menyelamatkan dirinya malah jika tahi yang melintaspun mereka akan berpaut pada tahi itu..

Mengulas tentang kisah Kisah Ahli Parlimen DAP Teo Nie Ching yang telah memasuki Dewan Utama Surau Al-Huda pada 22 Ogos 2010,Utusan Malaysia semalam melaporkan di muka depannya, telah memetik Pengarah JAIS Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai berkata, perkara tersebut tidak harus berlaku kerana orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki masjid dan surau, apatah lagi ruang solat utama kerana mereka dikategorikan seperti wanita yang didatangi haid.

Kisah Ahli Parlimen DAP Teo Nie Ching yang telah memasuki Dewan Utama Surau Al-Huda pada 22 Ogos 2010 yang lalu telah disensasikan oleh berberapa buah blog Pro-UMNO, hinggakan ada yang yang menulis Nie Ching telah memasuki Surau tersebut dalam keadaan berbogel kerana tidak menutup rambut (contohnya seperti Rosmah Mansor).

Dan Ahli Parlimen DAP Teo Nie Ching pula yang mengulas isu kemasukannya ke dalam ruang solat utama di surau itu, berkata beliau hanya memenuhi jemputan."Pada hari tersebut mereka menjemput saya masuk. Saya double check sama ada boleh masuk atau pun tidak.

"Saya sudah mendapat keizinan daripada pihak surau untuk masuk ke dalam surau. Muslimin dan muslimat pun, mereka menjemput saya masuk," jelasnya lagi.- sepenuhnya di SINI

Kesalahannya adalah jelas disini iaitu Teo Nie Ching telah memasuki surau tersebut dengan tidak menutup aurat.. mungkin juga kerana Teo Nie Ching Ahli Parlimen dari DAP, maka tindakannya masuk keruang solat utama itu dianggap sebagai satu kesalahan yang amat besar oleh blogger-blogger pro UMNO..

Sedangkan Di dalam kitab I’lam as Sajid bi Ahkam al-Masajid karangan Muhammad Abdullah az-Zarkasyi ada dibahaskan tentang hukum orang musyrik masuk ke masjid selain Masjidil Haram. Menurut kitab tersebut, orang kafir dibolehkan masuk ke dalam masjid dan diam di dalamnya, sekalipun dia di dalam keadaan junub.

Ini berdasarkan hadith Baginda SAW yang menjelaskan bahawa pada zaman Baginda SAW orang-orang kafir masuk ke dalam masjid Baginda yang tidak diragukan lagi bahawa mereka itu dalam keadaan berjunub. (I’lam as Sajid bi Ahkam al-Masajid : 318)

Sebab keharusan ini kerana mereka beriktiqad bahawa tidak haram hukumnya ke atas mereka masuk ke dalam masjid dalam keadaan berhadas besar. Berlainan pula halnya dengan orang Islam, mereka ditegah masuk atau berada di dalam masjid dalam keadaan berhadas besar atau berjunub sebagaimana menurut ketentuan syarak terhadap mereka.

Jika Pengarah JAIS Datuk Mohammed Khusrin Munawi menganggap perkara ini tidak harus berlaku kerana orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki masjid dan surau..

Apa pula pendapat beliau tentang cadangan dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM ) sendiri untuk menjadikan Masjid sebagai destinasi Pelancongan pada tahun 2008 dulu.

Cadangan itu dikemukakan kerana menurut kajian yang dijalankan oleh JAKIM Pada masa itu antara masjid yang berpotensi besar menarik pelancong ialah masjid negeri dan Masjid Negara, Masjid Wilayah Persekutuan, Masjid Putra di Putrajaya, Masjid Terapung Tengku Tengah Zaharah dan Masjid Kristal Jerteh di Terengganu, Masjid Ubudiah Kuala Kangsar, Masjid Kampung Laut Kelantan dan Masjid Ulu Melaka, Melaka.

Masjid yang paling berjaya menarik pelancong ialah Masjid Negara. Menurut laporan, Masjid Negara mendapat kunjungan kira-kira 255,800 pelancong asing sepanjang 2007.- sepenuhnya sila baca di SINI.

Jadi… kenapa dulu JAKIM membenarkan bukan Islam mengunjungi Masjid tetapi kini Pengarah JAIS Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, perkara tersebut tidak harus berlaku kerana orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki masjid dan surau.

Adakah kerana Teo Nie Ching seorang Ahli Parlimen dari DAP dan beliau juga seorang Cina yang bukan Islam telah memasuki Surau maka kini UMNO/BN terpaksa mengubah pula undang-undang?

Mungkin benar apa yang Mat Sabu cakap tadi.. UMNO ni sedang lemas.. orang yang lemas akan melakukan apa saja untuk menyelamatkan dirinya malah jika tahi yang melintaspun mereka akan berpaut pada tahi itu.. atau seperti Lembu yang nazak setelah disembelih, sebelum dia mati dia akan tendang apa saja yang berada disekelilingnya…

Jadi apa saja yang dirasakan boleh menyelamatkan dirinya akan dipergunakan oleh UMNO biarpun kebanyakkan isu itu akan mencetuskan backfire kepada mereka..

Contohnya macam Isu Khutbah di Pulau Pinang baru-baru ini.. Mana Zahid Hamidi? Kenapa sudah diam sekarang ? - darisungaiderhaka

Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails