SELAMAT DATANG

Isnin, 25 April 2011

Mesyuarat PAS Putrajaya Terlaksana dengan Lancar.

23 April 2011, Putrajaya: PAS Putrajaya dengan jayanya dapat menjalankan mesyuarat agung kali ke-7 di Auditorium 2 Pusat Kejiranan Presint 16 Sabtu lalu dengan penuh tertib tanpa sebarang kekecohan dan masalah. Walaupun terdapat serba sedikit perdebatan berkaitan laporan tahunan dan permasalahan menjalankan aktiviti di Putrajaya, semuanya dapat diperbincangkan dengan penuh semangat ukhuwwah Islam.

Yang Dipertua PAS Kawasan Putrajaya, Ustaz Drs. Mohamad Nazir Zakaria yang mengekalkan jawatannya tanpa bertanding, menyifatkan mesyuarat agung kali ini sangat mengujakan dengan ramai ahli yang tampil berbahas terhadap laporan tahunan dan juga usul yang dibentangkan. ‘’ Ini sangat baik dan menunjukkan bahawa ahli PAS Putrajaya makin berkembang dari sudut kualiti dan juga kuantiti, dan ini akan menggerunkan UMNO dan BarisanNasional di Putrajaya’ kata beliau.

Perasmian mesyuarat telah dibuat oleh YB Datuk Paduka Haji Husam Musa, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang pada permulaan ucapannya menyatakan beliau mempertahankan kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang,

DatukHusam Musa menegaskan parti Islam itu hanya perlu “disegarkan” dengan dibawa elemen-elemen baru yang boleh memperkukuhkan parti itu menghadapi pilihanraya umum ke-13. Beliau juga menceritakan antara pimpinan PAS yang beliau pernah berkhidmat semasa mula bekerja sepenuh masa dalam PAS adalah Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bahkan banyak memperolehi pengalam ilmu dan politik dari Tuan Guru Haji Hadi Awang.

Beliau mengingatkan ahli PAS di Putrajaya agar sentiasa istiqamah dan bersungguh-sungguh dalam menjalankan tangungjawab jamaah dan seterusnya memenangkan PAS padaPilihanraya Umum ke-13 nanti. Beliau turut menyatakan bahawa kemenangan PAS di Putrajaya sesungguhnya akan memberikan impak yang besar kepada situasi politik negara.

Sebelum itu bagi jawatan Timbalan Yang DiPertua dan Naib yang DiPertua turut dimenangi tanpa bertanding apabila beberapa calon untuk jawatan tersebut menarik diri dan di dalam mesyuarat khas AJK Kawasan telah bersetuju secara syura memilih Tuan Haji Saad Said sebagai TYDP dan Sdr kamaruzzaman Mohamad (Mantan Setiausaha Pemuda Pas Pusat) sebagai NYDP. Setiausaha sessi lalu, Saudara Ahmad Roshidi Wahab dan pemangku Timbalan Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan, Saudara Lokman Hakim Ibrahim terpilih sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja bersama 10 lagi calon yang terdiri dari campuran muka lama dan baru. Tidak mengkesampingkan peranan muslimat perwakilan telah mengamanahkan 2 muka baru sebagai AJK iatu Sdr Nor Asyikin Ramli dan Puan Suriani Wahab. Seramai 23 orang bertanding bagi jawatan tersebut. Manakala untuk jawatan Ketua Urusan Ulamak, dimenangi oleh Ustaz Mohd Rezha Ahmad.

Untuk Pencalonan AJK Kerja PAS Pusat, mesyuarathanya memutuskan hanya tiga jawatan diputuskan dalam mesyuarat agung iaitu, Presiden, Timbalan Presiden dan NaibPresiden dan jawatan-jawatan lain diserahkan kepada Jawatankuasa Kerja PAS Putrajaya yang baru. Pencalonan yang diputuskan setelah pengundian dijalankan adalah Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang sebagai Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai Timbalan Presiden dan Datuk Paduka Husam Musa, Sallahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar sebagai NaibPresiden.

Mesyuarat agung yang bermula pada sebelah pagi ini berakhir jam 3 petang dengan ucapan penangguhan oleh Yang Dipertua Kawasan Ustaz Drs. Mohamad Nazir Zakaria yang mengharapkan komitmen Jawatankuasa yang baru sahaja dipilih agar melipat gandakan usaha demi kejayaan menyampaikan dakwah di Putrajaya ini khususnya.

Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails