SELAMAT DATANG

Sabtu, 20 Februari 2010

Pengkhianat rakyat Kelantan

Mustapa terus ulangi Kelantan tiada hak terima royalti
Oleh Mohd Zuharman(malaysianinsider)

KOTA BARU, Feb 20 — Dalam ceramah balas yang diadakan di sini malam tadi, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed mengulangi pendirian kerajaan persekutuan bahawa Kelantan hanya berhak menerima wang ihsan, bukannya royalti.

“Royalti yang disebut pada ceramah di Stadium Sultan Mohamad IV bulan lalu tak betul kerana hakikat sebenar tidak ada royalti, yang ada ialah bayaran tunai.

"Itu pun sekiranya disahkan betul-betul ada minyak atau gas,” kata Pengerusi Umno Kelantan ini di sini malam tadi.

Pada 28 Jan lalu, bekas pengerusi dan pengasas Petronas Tengku Razaleigh Hamzah dalam ceramah yang dianjurkan pertubuhan bukan kerajaaan Gegar berkata, negeri itu berhak menerima royalti petroleum lima peratus.

Kata beliau rakyat Kelantan berhak kepada bayaran royalti berdasarkan perjanjian yang termaktub di bawah akta pembangunan petroleum yang digubal 1974.

Justeru kata Tengku Razaleigh, perjanjian dengan kerajaan pusat adalah sah dan tidak pernah terbatal di sisi undang-undang.

“Jika benar adanya minyak di perairan pantai Kelantan, dan wujud hasil pengeluarannya maka Kelantan berhak kepada tuntutan royalti sebanyak lima peratus,” kata beliau.

Dalam ceramahnya malam tadi, Mustapa mempertahankan fakta tiga batu nautika berdasarkan Undang-undang kemajuan Petroleum.

“Undang-undang negara mengatakan bahawa tiga batu nautika. Kalau minyak betul-betul dijumpai di dalam kawasan itu, maka ia wajib diberikan lima peratus dan disalurkan ke akaun kerajaan negeri.

“Tetapi jika sebaliknya adalah wang ihsan.

“Mengikut takrif wang ihsan ini kalau hendak beri (wang ihsan) tiada masalah dan tak nak bagi pun tak mengapa kerana itu atas budi bicara kerajaan persekutuan,” kata beliau.

Ceramah yang diadakan di pekarangan pejabat Umno Kelantan itu dihadiri 2,000 penyokong Umno-Barisan Nasional dengan mengibar sepanduk tertera kata-kata “Insya-Allah... wang ihsan” dan “Tok soh caro hok Ku Li royak” (jangan peduli kenyataan Ku Li).

Mengulas lanjut pertikaian isu tuntutan tersebut, beliau berkata, tidak termaktub dalam Akta Pembangunan Petroleum istilah royalti kecuali terma bayaran tunai.

Oleh kata beliau kebanyakan rakyat tidak diberi kefahaman secara terbuka takrif istilah berkenaan menyebabkan timbulnya pelbagai andaian di kalangan rakyat terhadap isu tersebut.

Namun atas rasa keinsafan dan tanggungjawab Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tetap mahu memberi wang ihsan kepada rakyat Kelantan sebanyak lima peratus, hasil daripada pengeluaran gas yang dijumpai di kawasan PM301.

Sebanyk RM20 juta bagi tahun 2008 akan disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) bulan depan.

Dalam pada itu Mustapa kecewa dengan sikap kerajaan negeri yang menuduhnya sebagai pengkhianat dan derhaka kerana tidak prihatin terhadap rakyat negeri sendiri.

“Dukacita juga rasa kalau banyak sangat tuduhan-tuduhan tidak berasas seperti itu dilemparkan pada kita. Mereka tidak tahu siang malam kita bekerja untuk rakyat dan negeri ini.

“Mereka (kerajaan PAS) lupa siapa yang meluluskan beberapa projek pembangunan yang ada di negeri ini, contohnya bangunan kedai medan selera di stadium, naik taraf lapangan terbang, Universiti Malaysia Kelantan dan banyak lagi.

“Saya yang bawa masuk projek-projek itu semua dulu. Tapi saya juga yang dituduh derhaka,” katanya.

Sementara itu, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali yang turut berucap berkata isu tuntutan royalti minyak Kelantan sekarang sudah menjadi satu pertikaian masalah perundangan.

Justeru, pertikaian antara kerajaan negeri dan persekutuan berhubung itu tersebut hanya mahkamah sahaja yang boleh putuskan.

“Kita perlu faham bahawa kita tertakluk dengan undang-undang perairan antarabangsa. Takrif undang-undang antarabangsa, kerajaan (Kelantan ) layak menerima bayaran lima peratus sekiranya minyak atau gas dijumpai dalam jarak tiga batu nautika.

“Ini dikatakan berlaku pertikaian dalam masalah perundangan kerana dalam perjanjian tidak disebut bayaran lima peratus perlu dibayar bila minyak dijumpai pada jarak 200 atau 300 batu nautika,” katanya.

Justeru Ibrahim, yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas mencabar kerajaan Kelantan supaya mengambil langkah rasional bagi membawa isu tersebut ke mahkamah agar pertikaian itu tidak lagi dijadikan bahan modal politik.

“Rakyat pun tidak pening kepala dengan isu minyak kerajaan negeri ini,” katanya.

Namun sebaliknya Ibrahim percaya kerajaan negeri tidak semudah itu akan bertindak sedemikian kerana itulah di antara senjata ampuh kerajaan PAS Kelantan menjelang pilihan raya umum ke-13.

“Sudah semestinya mereka akan guna isu minyak ini untuk kaitkan sentimen rakyat beritahu tentang kezaliman kerajaan pusat,” katanya.

Sambil menyifatkan kerajaan negeri seolah-olah terlalu takut pemberian wang ihsan disalurkan melalui JPP, Ibrahim berkata, “kebijaksanaan kerajaan pusat menguruskan pengagihan wang itu kepada rakyat akan menjejaskan kedudukan kerajaan negeri."

Tudung Pun tak pakai

Shahrizat rela kaunseling berbanding hukuman sebat
Oleh Neville Spykerman

KUALA LUMPUR, Feb 20 — Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (kanan) berkata beliau menghormati hukuman sebatan di bawah undang-undang Syariah tetapi berpendapat Islam juga membolehkan pendekatan pemulihan dan kaunseling.

“Salah tetap salah tetapi ada banyak cara untuk menangani isu ini termasuk pemulihan dan kaunseling,” kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ketika mengulas lanjut isu merotan tiga wanita Islam wanita berhubung kesalahan seks haram awal bulan ini.

Ketua Wanita Umno itu mengakui hakim-hakim Syariah mempunyai budi bicara untuk mengenakan hukuman sebatan tetapi menekankan, merotan wanita adalah isu sensitif.

Beliau menambah hukuman sebatan juga memberi ruang kepada mereka yang mengambil kesempatan dengan mendakwa kaum wanita di negara ini tiada suara.

Bagaimanapun Shahrizat menafikan mengenakan hukuman sebatan akan menjejaskan imej negara.

“Hanya mereka yang berfikiran sempit akan melihat dari sudut ini,” kata beliau.

Khamis lalu Sisters in Islam (SIS) membidas tindakan Jabatan Penjara melaksanakan hukuman sebatan ke atas tiga wanita Islam berhubung kesalahan mengadakan seks haram dengan menganggapnya sebagai satu diskriminasi terhadap kaum wanita.

SIS berpendapat bahawa melaksanakan hukuman sebatan ke atas mereka tindakan itu secara tidak langsung menggambarkan yang kerajaan cuba menyembunyikan layanan tidak adil dan memalukan ini daripada pengetahuan orang ramai.

Pada Rabu lalu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata tiga orang wanita Islam telah menjalani hukuman sebatan minggu lalu, menjadikan yang pertama menjalani hukuman ini di bawah undang-undang Syariah kerana mengadakan hubungan seks haram.

Hukuman dijalankan di Penjara Kajang 9 Feb lalu.

Tiga pesalah wanita itu bersama empat lagi pesalah lelaki dihukum sebat mengikut Seksyen 23(2) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 (Persetubuhan Haram) yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur antara Disember 2009 hingga bulan lalu.

Langkah melaksanakan hukuman sebatan ke atas wanita mencetuskan kontroversi tahun lalu selepas bekas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor yang dijatuhkan hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pada 20 Julai lalu setelah mengaku bersalah meminum arak di sebuah hotel di Cherating pada 11 Julai 2008.

Presiden Majlis Peguam Ragunath Kesavan berkata pihaknya juga terkejut dan kecewa dengan kenyataan Hishammuddin semalam bahawa tiga wanita Islam telah menjalani hukuman sebatan yang dikendalikan oleh Penjara Kajang.

Tobat Tak Berani haihhh...

Bubarkan Saja Dun Perak Biar Rakyat Tentukan -Dr Abdul Aziz Bari
Kerajaan rakyat atau kerajaan mahkamah?
- ABDUL AZIZ BARI

Saya tidak akan membincangkan aspek-aspek teknikal keputusan Mahkamah Persekutuan 9 Februari lalu. Pada saya aspek-aspek itu tidak penting bagi rakyat biasa kerana apa yang lebih kritikal ialah kesan keputusan itu kepada kedudukan kerajaan, khususnya, dan demokrasi umumnya.

Aspek teknikal undang-undang digunakan peguam untuk meyakinkan hakim-hakim bahawa pihak yang mereka wakili perlu menang. Bagaimanapun ada kesan akan timbul, baik pihak mana pun dihakimkan menang. Keputusan mahkamah akan memberi sisi dan ruang lingkup baru kepada peruntukan-peruntukan perlembagaan yang berkenaan.

Kes diputuskan Selasa itu memberi kesan langsung kepada Perlembagaan Persekutuan kerana peruntukan dipertikaikan dalam Perlembagaan Negeri Perak itu sama dengan apa yang ada di peringkat Persekutuan. Bahkan apa yang menjadi isu di Perak itu sama dengan kedudukan di seluruh dunia Komanwel yang melaksanakan sistem Demokrasi Berparlimen.

Kes itu boleh memberi kesan buruk kepada Barisan Nasional (BN). Sekarang tidak berlaku kerana entah bagaimana mahkamah tidak melaksanakan undang-undang secara konsisten sebagaimana kita lihat dalam kes mengenai kedudukan Speaker. Apabila melibatkan BN mahkamah semacam mencari jalan untuk menyelamatkannya, sedangkan apabila melibatkan kedudukan Pakatan Rakyat lain pula jadinya. Sepatutnya undang-undang dilaksanakan tanpa melihat bulu; siapa pun terkena, undang-undang tidak akan membantu. Saya sebutkan kes mengenai Speaker ini kerana krisis di Perak turut melibatkan kedudukan dan kuasa Speaker.

Berbalik kepada isu Menteri Besar dalam keputusan itu, saya sering mengatakan kerajaan atau eksekutif dalam sistem Westminster seperti Malaysia adalah milik Dewan. Ini kerana ia tidak dipilih secara langsung melalui pilihan raya terbuka seperti di Amerika Syarikat. Sebaliknya dilantik ketua negara atau ketua negeri daripada kalangan ahli Dewan: inilah caranya Perdana Menteri atau Menteri Besar atau Ketua Menteri dilantik.

Meskipun kuasa melantik itu adalah budi bicara, tidak bermakna Yang di-Pertuan Agong atau Raja atau Yang di-Pertua Negeri boleh berbuat sesuka hati dan melantik kerajaan mengikut selera mereka. Dalam suasana politik sekarang, parti-parti politik telah menentukan siapa patut mengetuai kerajaan yang mereka bentuk. Sebab itulah dalam konteks UMNO dan BN umpamanya, kepemimpinan dalam parti itu menentukan siapa jadi Perdana Menteri dan Menteri Besar umpamanya. Ini telah kita lihat secara konsisten selama lebih 50 tahun ini. Ertinya Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja dan para Yang di-Pertua Negeri mengikut sahaja apa yang dipersembahkan pemimpin politik.

Sememangnya begitulah dan itulah yang berlaku di United Kingdom yang merupakan asal dan prototaip kepada sistem kita amalkan ini. Yang bertempur orang politik, yakni Perdana Menteri Gordon Brown, memimpin Parti Buruh dan David Cameron, memimpin Parti Konservatif. Kita tidak mendengar penglibatan atau peranan Baginda Ratu Elizabeth meskipun beberapa minggu ini kita membaca bahawa ada kemungkinan berlaku keadaan di mana tidak ada parti menang dengan majoriti cukup dalam pilihan raya umum Mei ini.

Kalau itu berlaku di Malaysia kita akan sibuk membincangkan peranan dan kuasa istana. Tetapi di United Kingdom mereka menyinggung peranan dan sikap parti-parti lain yang boleh mempengaruhi pembentukan kerajaan, khususnya Parti Liberal Demokrat.

Salah satu perkara yang ditekankan Mahkamah Persekutuan dalam keputusan tersebut ialah sokongan majoriti boleh ditentukan dengan melihat faktor-faktor di luar Dewan. Hal ini timbul kerana kedudukan Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Nizar ketika itu dipersoalkan. Mahkamah menolak hujah Nizar yang mengatakan keadaan itu perlu dibuktikan dengan mengadakan undi tidak percaya di dalam Dewan. Pada mahkamah ini bukan satu-satunya cara kerana ia boleh dibuktikan dengan cara lain. Pendekatan ini tidak salah.

Bagaimanapun ia juga tidak betul seratus peratus. Apalagi di dalam keadaan dan senario yang berlaku di Perak pada hujung Januari dan awal Februari 2009 itu. Saya berpendapat adalah lebih baik jika ia diputuskan Dewan melalui undi tidak percaya atau bubarkan sahaja Dewan supaya pilihan raya baru dapat diadakan. Dalam keadaan kalut dan mengelirukan itu adalah lebih selamat dan muktamad jika keputusan dibuat rakyat sendiri. Biar mereka menentukan.

Di sinilah perlunya undang-undang mengambil kira ketelusan dan perlunya institusi lain, termasuk istana, tidak terlibat dan terseret dalam politik. Ini menuntut perlunya peruntukan Perlembagaan dilihat dalam konteks yang ada. Bukan dilihat dengan cara yang rigid dan terpisah dari apa yang berlaku. Sebenarnya mahkamah sendiri pun, dalam beberapa kes terdahulu, pernah mengambil pendekatan sebegini. Tetapi dalam krisis di Perak ini saya fikir semua orang tahu mengapa istana dan kemudian mahkamah mengambil pendekatan yang rigid tadi.

Pertimbangan itulah yang sebenarnya perlu diambil kira. Hanya dengan itu sahajalah kita dapat memutuskan kes mana patut diikut. Sama ada kes Adegbenro (1963) yang membolehkan sokongan majoriti ditentukan di luar Dewan atau kes Stephen Kalong Ningkan (1966), dibuat melalui undi tidak percaya.

Kedua-dua kes dari Nigeria dan Sarawak itu mempunyai sebab dan senarionya tersendiri. Kedua-duanya boleh digunakan dengan syarat kita sentiasa ingat sifat kerajaan di dalam sistem kita; khususnya sifat demokratik kerajaan itu. Ibarat mengambil hukum; kita perlu tahu sebab dan latar belakang sesuatu kaum itu. Bukan main pakai untuk mengesahkan kedudukan dan kepentingan kita. Sesiapa yang pernah mengerjakan haji tentu faham mengapa di sana, sewaktu tawaf umpamanya, kita tidak memakai mazhab Shafie dalam soal pembatalan wuduk.

Ini yang gagal dihuraikan lima hakim dalam keputusan dua minggu lalu itu. Saya berasa aneh apabila mereka hanya mengeluarkan satu penghakiman sahaja. Saya menduga bahawa mereka, meskipun sepakat dalam soal keputusan akhirnya, tentunya mempunyai sisi-sisi tertentu perlu dihuraikan. Tetapi ini tidak berlaku dan menyebabkan undang-undang perlembagaan kita berundur ke belakang hari itu.



* Profesor Dr Abdul Aziz Bari telah mengajar undang-undang selama lebih 20 tahun.

Dipetik daripada Sinar Harian Online

Khamis, 18 Februari 2010

SIRI TAZKIRAH BUAT AHLI , PENYOKONG PAS & PENDUDUK PUTRAJAYA KHASNYA

JIHAD PADA PANDANGAN ISLAM

Firman Alla di dalam al-Quran:

الَّذِينَ آمَنُوا وَهَاجَرُوا اللَّهِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْفَائِزُونَ

"Dan perangilah pada jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu (tetapi) janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang melampaui batas". Al-Baqarah, ayat 190.

Sesungguhnya jihad adalah merupakan kemuncak di dalam dakwah Islamiah.
Perjuangan para Rasul a.s. dan para sahabat dipenuhi dengan jihad. Bermula
daripada jihad hawa nafsu, berdakwah sehingga membawa kepada peperangan
memerangi para musyrik dan kuffar.

Jihad pada bahasa Arab, ditakrifkan sebagai berjuang habis-habisan untuk mencapai
sesuatu matlamat. Islam memilih jihad dan bukan "harb" (peperangan), walaupun
mempunyai makna yang yang hampir sama iaitu bermotifkan perjuangan tetapi "harb" lebih kepada perjuangan untuk sesuatu bangsa atau negara. Manakala jihad adalah
perjuangan suci untuk kepentingan umat manusia sejagat dan mempunyai makna
yang menyeluruh. Ini bermakna, jihad itu lebih bersifat mencapai satu perubahan.
Segala usaha dan tindak tanduk digabungkan ke dalam satu perubahan. Keluasan
maknanya menjangkau dari perjuangan individu hingga kepada kenegaraan, dari
melawan hawa nafsu hinggalah kepada peperangan melawan musuh di medan
pertempuran.

Jihad menurut Islam ialah perjuangan dan tindakan bersungguh-sungguh yang dilakukan oleh orang Islam sejajar dengan ajaran Allah s.w.t. bagi menentang hawa nafsu di dalam dan di luar dirinya, mempertahankan diri, harta benda, maruah, keluarga dan negaranya daripada serangan dan pencabulan musuh. Seseorang Islam mestilah berjuang untuk mempertahankan kehormatannya dengan beberapa cara yang tertentu, iaitu sama ada dengan harta benda, ilmu dan kebijaksanaannya, kuasa dan jiwanya sendiri. Maka dalam konteks ini jihad tidak memberi sebarang pengertian yang membolehkan seorang Islam menyerang dan menceroboh orang lain yang tidak menyerang atau menceroboh haknya.

Namun begitu Allah s. w. t. mengingatkan supaya dalam bertindak mempertahankan diri itu orang Islam tidak seharusnya melampaui batasan yang sewajarnya. Dalam hal ini, Islam mengutamakan tindakan yang adil dan mengutamakan sifat mulia dan beretika dalam melindungi hak manusia dan kehormatan moral mereka. Dengan itu Islam juga menyeru pihak musuh supaya menjaga hal yang sama ketika berlaku persengketaan, sebab itulah ditegaskan bahawa hak agama Allah itu sendiri mestilah dihormati dan dijaga dengan sebaik-baiknya. FirmanNya yang berbunyi:

وَقَاتِلُوهُمْ حَتَّى لَا تَكُونَ فِتْنَةٌ وَيَكُونَ الدِّينُ لِلَّهِ فَإِنِ انْتَهَوْا فَلَا عُدْوَانَ إِلَّا عَلَى الظَّالِمِينَ


Maksudnya; "Dan perangilah mereka itu sehingga tidak ada fitnah lagi, dan (sehingga) agama itu hanya untuk Allah belaka. Jika mereka berhenti (dari memusuhi kamu) maka tidak ada permusuhan (lagi), kecuali terhadap orang-orang zalim". Al-Baqarah, ayat 19.
Walaupun begitu dalam keadaan yang tertentu, iaitu ketika musuh telah bertindak ganas, seperti yang berlaku kepada Rasulullah s.a.w. ketika Baginda menghadapi pencerobohan yang menyeluruh daripada kaum musyrikin yang ingin membinasakan orang Islam dan agama Allah dengan serangan yang berlarutan dan tidak lagi berperikemanusiaan, maka Allah s.w.t. membenarkan orang Islam bertindak balas dengan menyeluruh juga seperti yang diterangkan oleh ayat yang al-Quran dengan firmanNya yang bermaksud:

"Dan bunuhlah mereka di mana saja kamu jumpa mereka, dan usirlah mereka dari tempat mereka mengusir kamu (Mekah)".

Ayat ini menjelaskan bahawa orang musyrikin Mekah telah bertindak di luar batasan perikemanusiaan dengan mengusir orang Islam dari tanah tumpah darah mereka dan bertindak sewenang-wenangnya membunuh orang Islam. Dalam keadaan ini orang Islam harus atau wajib membunuh mereka dan mengusir mereka dalam usaha menegakkan keadilan dan mempertahankan diri dan negara mereka.

Adalah agak mudah bagi kita untuk mengamalkan sikap murni dan akhlak mulia dalam keadaan biasa dan aman. Ini kerana suasana aman menjadikan akal dapat berfikir dengan baik serta menguasai diri. Namun, perkara ini menjadi begitu sukar dalam suasana peperangan tetapi Islam tetap dengan kemuliaannya. Islam mewajibkan mereka yang berperang di atas namanya terus beriltizam dengan peraturan dan akhlak sekalipun ketika di medan perang. Peperangan di atas nama Islam demi meninggikan kalimah Allah. Ia juga supaya manusia dapat menerima dan melihat keindahan Islam. Ini tidak mungkin dapat disaksikan dengan pertumpahan darah manusia. Islam sebaliknya meletakkan peraturan agar nyawa yang terkorban dikurangkan.

Inilah rahsia bagaimana Islam dapat berkembang pantas pada zaman kegemilangannya. Negara atau wilayah yang dimasuki oleh tentera Islam dengan pantas penduduknya akan beriman dengan ajaran Islam, tanpa sebarang paksaan, sebaliknya akhlak yang dipamirkan oleh tentera Islam. Tiada paksaan di dalam Islam untuk seseorang beriman dengan ajarannya. Kepercayaan dan keimanan sesuatu yang tidak mungkin terhasil dengan paksaan. Keimanan itu bermula dengan hati yang percaya. Sekiranya seseorang yang dipaksa itu mengucapkan sesuatu dengan lidah, namun jika hatinya tidak beriman, dia tetap dianggap tidak beriman. Pedang dan senjata tidak mungkin dapat memasukkan iman ke dalam hati manusia. Namun, fungsi pedang dan senjata untuk menghapuskan tangan yang menghalang iman masuk ke dalam hati manusia lain.

Untuk itu, Islam menetapkan agar pembunuhan hanya di medan perang dan tidak boleh diperluaskan ke luar medan. Hanya yang terbabit dalam peperangan dibunuh. Adapun golongan musuh yang tidak menyertai peperangan, mereka tidak dibunuh selagi tidak menzahirkan permusuhan dan penentangan bersenjata. Mereka ialah:

Pertama: Wanita dan kanak-kanak. Antara dalilnya, hadis daripada Ibn Umar r.a., katanya: "Sesungguhnya seorang wanita didapati terbunuh dalam satu peperangan (yang disertai Nabi saw), maka baginda pun melarang membunuh wanita dan kanak-kanak." (Riwayat al-Bukhariy dan Muslim). Kata al-Imam al-Syafiie dalam kitab al-Umm, jilid 4,
"Tidak diharuskan sesiapa pun di kalangan Muslimin untuk sengaja membunuh wanita dan kanak-kanak (dalam peperangan), kerana Rasulullah saw melarang membunuh mereka

Kedua: Orang tua dan orang yang uzur. Jumhur ulama menyatakan mereka ini tidak dibunuh, melainkan jika dikhuatiri terhadap tindakan dan perancangan mereka dalam peperangan. Dalilnya firman Allah yang bermaksud: "Dan perangilah di jalan Allah orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya Allah tidak menyukai mereka yang melampaui batas." (Surah al-Baqarah: ayat 190).

Ketiga: Mereka yang beribadat di rumah ibadat. Perkara ini diriwayatkan Ibn Abbas, katanya: Apabila Rasulullah saw mengirimkan pasukan tentera, maka baginda bersabda: "Keluarlah kamu (medan jihad) dengan nama Allah, perangilah di jalan Allah sesiapa yang kafir dengan Allah. Jangan kamu melanggar perjanjian, jangan kamu mengkhianati harta rampasan perang, jangan kamu rosakkan mayat, jangan kamu bunuh kanak-kanak dan ahli rumah ibadat."

Inilah keindahan Islam yang menjadi asas kejayaan Islam dan umatnya yang mengambil kira semua perkara yang berkaitan kepentingan individu dan masyarakat manusia, serhinggalah di medan perang sekalipun. Marilah sama-sama kita mendoakan agar umat Islam dan negara-negara yng didiami oleh mereka sentiasa deisejahterakan Allah s. w. t., sebagai tuan dan pengusa sekelian alam.

Nikmat Islam adalah sebesar-besar nikmat yang dikurniakan Allah kepada kita, dan nikmat ini perlu dipelihara dan dijaga hingga akhir hayat kita. Sebagaimana firman Allah s. w. t. dalam surah Ali Imran ayat 102 yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Tidak sempurna Islam kita, melainkan dengan ilmu dan amal. Manakala keindahan ilmu itu pula ialah hiasan diri dengan akhlak yang mulia. Ilmu tanpa akhlak tidak akan berfaedah. Penentuan kebaikan akhlak dan ketinggian moral diukur dengan agama dan akal. Ini memberi erti seseorang itu tidak akan sempurna agamanya kalau dia jahil tentang ajarannya dan kalaupun dia ada ilmu tidaklah sempurna ilmunya itu kalau akhlaknya tidak sempurna. Untuk menyempurnakan ilmunya itu, seseorang hamba itu perlu menggunakan akal fikirannya, untuk mempertimbangkan baik buruknya sesuatu perangai itu. Agama Islam adalah agama akhlak.

Sebagaimana sabda Nabi s. a. w. yang bermaksud: "Bertaqwalah kamu kepada Allah di mana sahaja kamu berada dan susulilah perbuatan jahat yang telah dilakukan dengan perbuatan baik yang memadamkannya, dan bergaullah kamu sesama umat dengan pergaulan yang baik". Jelasnya dari maksud hadis yang dibacakan tadi, menceritakan kepada kita semu untuk menjaga imej Islam, menampakkan keindahan Islam sesama Islam dan kepada yang bukan Islam juga ialah dengan pergaulan dan akhlak yang baik.

Di dalam ajaran Islam, sebagaimana yang telah kita maklumi, untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat, kita tidak hanya disuruh mencari akhirat dengan meninggalkan dunia, atau sebaliknya mencari dunia dengan meninggalkan akhirat. Kembali kepada sejarah umat Islam generasi pertama, iaitu generasi Nabi Muhammad, sahabat dan tabi'in yang dikatakan sebagai salaf mereka telah mewakili masa mereka dalam menampakkan kewibawaan ummah, mereka telah mentahkikkan apa yang dianugerah Allah kepada mereka iaitu sebagai khairun Ummah dan mereka juga menjadi Ummatan Wasatha. Jelasnya apa yang dijelaskan Allah di dalam al-Quran dalam dua ayat berikut telah mereka laksanakan. Firman Allah yang berbunyi:

كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَهُمْ مِنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ

Maksudnya: "Kamu adalah sebaik-baik umat yang dikeluarkan untuk manusia (sebagai umat contoh) kamu menyuruh orang membuat kebajikan dan melarang orang daripada kejahatan dan kamu beriman kepada Allah. (Ali Imran:110);

Sekiranya kita meneliti sejarah mereka yang terdahulu, yang telah maju dari segi dunia dan akhirat. Mereka telah memberi sumbangan kepada tamaddun dunia dengan ilmu pengetahuan duniawi dan ukhrawi, dan mereka juga tidak mengabaikan tugas dakwah mengajak orang ramai kepada tauhid, kepada amal baik, kepada akhlak mulia, sebagaimana yang mereka tunjukkan dalam hidup mereka. Majoriti umat berdisiplin dan berusaha memajukan diri demi untuk kepentingan diri dan masyarakat ramai. Inilah yang kita harapkan daripada masyarakat Islam kita hari ini.

Dalam usaha mencapai matlamat pembentukan akhlak terpuji, nilai-nilai keislaman perlu menjadi teras dalam kehidupan. Langkah menerapkan keimanan dan ketaqwaan dalam diri anggota masyarakat amatlah penting sebagaimana ditegaskan oleh Dr. Yusof al-Qardawi bahawa kepincangan di kalangan umat kini adalah berpunca dari dalam diri yang mementingkan diri sendiri dan meletakkan kesalahan di atas bahu orang lain.

Menurut hukum Islam, manusia akan memperoleh ganjaran setimpal berdasarkan usaha atau amal yang dilakukannya, baik perkara kecil atau besar mahupun yang tergolong dalam perbuatan atau sesuatu yang baik atau buruk.

Firman Allah bermaksud: "Barang siapa mengerjakan kebaikan sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasannya). Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan walau sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasannya)". (Surah az-Zalzalah, ayat 7-8)

SIRI TAZKIRAH BUAT AHLI , PENYOKONG PAS & PENDUDUK PUTRAJAYA KHASNYA

Beriman Tanpa Ragu

Iman adalah tasdiq fil qalbi (membenarkan dengan hati ). Hati benar-benar yakin dan percaya kepada Allah dan rasul-Nya. Tasdiq atau keyakinan yang tidak bercampur syak dan tidak ragu-ragu. Juga tidak ada rasa tidak puas hati, rasa tidak layak, rasa lapuk dan rasa was-was terhadap din sistem Allah SWT atau terhadap hukum-hukum Allah SWT. Keimanan yang penuh yakin dan tidak goncang lagi.

Keimanan seperti inilah yang akan melahirkan jihad dengan harta benda dan jiwa di jalan Allah SWT.

Hati yang telah memiliki iman akan berasa puas hati, tetap dan mantap. Hati ini akan mendesak tuannya untuk melaksanakan perintah-perintah Allah SWT. Hati ini mendesak supaya dia melak­sanakan Islam di dalam diri, masyarakat dan realiti hidup. Inilah tanda iman yang sudah bertakhta di hati. Ia tidak jumud. Apa yang dirasakan di dalam hati mesti disepadukan dengan amalan-amalan hidup. Jika berlaku di dalam hati lain dan di luar lain maka itulah yang dinamakan nifaq.

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasulnya kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta benda dan jiwa raga mereka pada jalan Allah, mereka itulah orang orang yang benar.” Al-Hujurat : ayat 49

Inilah iman yang hakiki. Iman yang tidak sabar-sabar lagi untuk berjuang dan beramal. Iman yang tidak rela atau tidak sanggup untuk memisahkan apa yang berada di dalam jiwa dengan amalan hidup harian.

Jika seseorang itu cuma mendakwa bahawa dia beriman kepada Allah SWT, tetapi masih ada peraturan-peraturan Allah SWT yang dirasakan tidak puas hati, tidak mahu dilaksanakan, rasa tidak sesuai, rasa sudah ketinggalan zaman atau rasa tidak perlu maka itu bukan iman yang hakiki kerana dia tidak menyatukan apa yang ada di dalam jiwa dengan tindakan di luar.

Sekarang, sebahagian besar praktik hidup masyarakat berjalan tanpa di pandu oleh iman. Mengapa terjadi sedemikian? Mungkin hati-hati mereka menerima syahadah, tetapi syahadah itu tidak masuk dan tidak meresap ke dalam hati. Jika sekiranya terdapat amalan-amalan yang berlawanan dengan ajaran Allah, maka itu bermakna apa yang ada di dalam hati dengan amalan dan tindakan luaran tidak dapat disatukan. Tindakan-tindakan yang salah itu menandakan iman yang lemah atau iman palsu. Ini kerana orang yang beriman pasti tidak sanggup memisahkan apa yang ada di dalam hati dengan apa ada di luar kerana pemisahan ini amat menyeksakan dirinya.

Itulah sifat orang yang beriman. Jika dia tidak dapat melaksanakan Islam dia akan berasa sakit dan tersiksa. Apabila wujud perasaan sebegini, barulah akan lahir usaha-usaha jihad. Dia akan mara ke hadapan bila-bila masa sahaja untuk berjihad dengan harta benda, jiwa dan amalan.

Itulah perasaan semulajadi atau dorongan semulajadi yang terdapat dalam jiwa orang yang beriman. Dia berasa perlu untuk melaksanakan tasawur Islam (gambaran Islam) yang terang benderang itu ke dalam jiwanya dan diterjemahkan ke dalam kehidupannya. Tasawur Islam cukup jelas dan terang dalam jiwanya. Tidak ada lagi satu ruang pun yang terselindung dan dia tidak sabar lagi untuk melihat Islam berjalan dalam kehidupannya.

Permusuhan antara orang mukmin dengan jahiliyah adalah permusuhan semulajadi yang terpancar daripada perasaan tidak sanggup lagi bersekutu dengan jahiliyah. Ia tidak sanggup lagi bercampur baur, bertolakansur atau berkompromi dengan jahiliyah. Sebab itu berlaku permusuhan antara Islam dengan jahiliyah. Kalau seseorang itu beriman tetapi dia tidak menolak jahiliyah, maka itu menunjukkan imannya sudah tidak berfungsi . Kalau dia seronok dengan jahiliyyah, hatta apabila melihat keluarga sendiri yang terlibat dalam jahiliyah dia masih membatu, maka ini adalah alamat yang jiwanya sudah berpenyakit.

Kita mestilah melawan jahiliyah. Jahiliyah cuma boleh di runtuhkan dengan iman. Iman tidak pernah bersatu dengan jahiliyah sehinggalah jahiliyah itu tunduk di bawah telunjuk iman.

Sesungguhnya iman pasti menang. Apabila kemenangan sudah berpihak kepada iman maka barulah Allah mengakui kita sebagai orang-orang yang benar iaitu As-Sadiqun. Iaitu orang-orang yang benar di dalam aqidah. Dakwaan juga benar sepertimana amalan.

Orang-orang yang beriman hanyalah orang-orang yang beriman dengan Allah dan Rasulnya, kemudian mereka ini tidak ragu-ragu. Mereka tidak ragu dalam semua hal yang di tanzilkan oleh Allah. Mereka tidak ragu dalam semua hukum dan amalan yang telah di tentukan oleh Allah. Ini iman yang benar, iman yang sahih dan iman yang mesti di praktikkan dalam kehidupan. Ia bukan hanya perkara yang boleh bermain di bibir, tetapi mesti berlaku dalam waqi’ harian.

Seseorang yang rasa ragu terhadap Allah, maka keraguannya itu dicerminkan dalam amalan hidup dalam berbagai-bagai bidang. Dia ragu terhadap hukum-hakam yang ditanzilkan Allah SWT dan ragu terhadap sunnah Rasullullah SAW.

Apabila seseorang menerima peraturan hidup yang lain daripada peraturan hidup Allah, maka itu bermakna dia ragu-ragu terhadap peraturan Allah. Jika seseorang mendakwa beriman kepada Allah tetapi masih minat, suka dan gerun kepada yang lain daripada apa yang Allah tanzilkan maka ini bukan sahaja dikira ragu-ragu bahkan dikira sudah meninggalkan iman.

Allah SWT peringatkan kita semua dengan ayat-ayat-Nya supaya kita sedar dengan perkara-perkara yang bolah memesongkan kita daripada iman yang sebenarnya. Dalam realiti sekarang, banyak perkara yang boleh meragukan dan memutarbelitkan kita. Oleh itu kita perlu tetapkan perjalanan tarbiyyah agar betul-betul berlandaskan apa yang telah ditetapkan Allah sehingga kita sampai kepada keyakinan yang bulat kepada sistem Allah, tanpa syak lagi.

Oleh: Ustaz Abdullah Thaidi

SUJUDLAH KEPADA PENCIPTAMU

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum warahmatullah,

Solat merupakan perintah yang sampaikan oleh Allah secara terus kepada Nabi Muhammad SAW berbanding dengan perintah yang lain seperti puasa, zakat, haji dan lain-lain.

Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah SWT yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah SWT dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah SWT dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.

Manusia paling dekat dengan Allah ketika sujud solat

DARIPADA Anas, katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sempurnakanlah sujud mu! Jangan membentangkan dua siku seperti anjing (tidur)."

Sujud ialah meletakkan kepala di bumi. Ketika sujud, fikiran berada lebih rendah daripada hati. Ulama mengatakan bahawa sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah SWT.

Sebenarnya ketika seseorang manusia itu mengerjakan solat, berpuluh-puluh iblis akan datang menggoda. Sesetengahnya datang pada setiap anggota badan supaya datang perasaan malas, was-was, terlupa bilangan rakaat, bimbang pada pekerjaan dunia yang ditinggalkannya, sentiasa hendak cepat, hilang khusyuk dengan mata sentiasa menjeling ke kiri ke kanan, telinga sentiasa mendengar orang bercakap serta bunyi-bunyian lain. Malah ada juga iblis yang duduk di belakang badan orang yang solat itu supaya ia tidak dapat sujud lama kerana penat atau sebagainya.

Ketika sujud kita digalakkan bertafakur beberapa ketika. Dari segi kesihatan, bersujud boleh mengelak penyakit pening atau migrain. Ini terbukti oleh saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari kita perlu bersujud. Ahli sains menemui bahawa ada beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

Dalam solat, cara sujud mestilah mengikut kaedah paling sempurna iaitu turun ke bawah dengan tangan, meletakkan ia ke bawah sebelum lutut. Kita dilarang meniru cara unta duduk iaitu cara duduk dengan lutut dulu. Hendaklah jadikan tapak tangan sama aras dengan kedua bahu. Tidak meletakkan (melebarkan) lengan di tanah seperti anjing. Meletakkan hidung dan dahi di atas bumi. Begitu juga dengan lutut. serta perut jari kaki. Menegakkan kaki dengan tumit berdiri tegak selari. Semua anggota disebutkan tadi dipanggil sebagai anggota sujud yang menentukan sempurna atau tidaknya sujud seseorang sedang solat iaitu seperti mana diperintahkan Rasulullah SAW.


Hikmah sujud

Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:

* membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
* membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
* melegakan sakit hernia (burut)
* mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
* melegakan paru-paru daripada ketegangan.
* mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
* kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
* meringankan bahagian pelvis.
* memberi dorongan supaya mudah tidur.
* menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
* pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
* bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
* mengurangkan kegemukan.
* pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions) .
* organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya. Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

Marilah kita sama-sama mengerjakan solat dengan khusyuk dan tawadduq kerana solat ialah tiang agama bagai orang Muslim.

Komen: PAS Parti Duit?

anafakir berkata...

Begitu lah bila 'dunia' mengambilalih pemerintahan dalam jiwa.Biar alim, biar warak, biar berilmu setinggi gunung, namun jika jiwa masih ketat dan kesumat dgn kemewahan dunia, lupa dan lalai dgn perjuangan menegakkan Islam maka mereka yg disebutkan di atas tu hanya berpura-pura.

Mereka munafik dalam perjuangan.Bila duit menjadi perantara dalam kehidupan berpolitik, maka tunggulah kehancuran jemaah yang dibina.Kalau dalam PAS pun masih ada mereka yang mengejar dunia maka PAS hanya tidak lebih sebuah tempat untuk menangguk kemewahan dunia dengan berselindung di sebalik jubah dan kopiah..jijik lah manusia sedemikian rupa.

Jika begini budaya dalam PAS maka mana bezanya mereka dgn parti politik lain.Jika benar begitu maka PAS lebih jijik, lebih buruk dan tercemar seluruh badan kerana mereka bertopengkan agama untuk menghalalkan matlamat dan segala cara untuk hidup mewah..teruknya manusia yg ada agama tetapi tewas juga dgn wang ringgit.Ada ilmu tetapi tidak berguna untuk mendidik diri..malanglah manusia sebegitu.Malang juga PAS di masa mendatang.


Pas Parti Duit?

misaimerah

Ini bukan aku yang kata .Aku cuma terbaca dalam blog Ust Zolkharnain Abidin- bila sauh dibongkar.Parti Pas ada macam-macam orang.Ada golongan profesional,ulama,ustaz,petani,nelayan dan juga buruh kasar. Ada yang senang ,sederhana,miskin dan juga golongan peniaga yang sokong Pas. Golongan yang jadi petani bila dapat hasil padi mereka keluarkan zakat kepada Pas melalui Pas cawangan-cawangan untuk gerakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang dijalankan oleh Pas.

Begitu yang yang jadi peniaga mereka turut menyumbang kepada Pas atas nama fisabilillah atau zakat untuk bantu Pas tambahkan sumber kewangan.Kalau harap duit yuran ahli berapa sen sangat Pas dapat.

Kata Ust Zolkharnain dalam blog beliau;


“Syeikh, PAS tiada masalah dengan dasar tetapi PAS akan rosak kerana orangnya. Anta laku dalam PAS bila anta banyak duit atau orang nampak anta pandai cari duit. Bila itu semua tidak ada, anta tunggulah. Sealim mana pun, anta tak akan dapat tempat.”

Panjang benar luahan hatinya. Entahlah, saya tidak berani mengiakan seratus peratus dakwaan itu. Namun, sekali pandang terasa benar juga dakwaan itu.

“Ini pengalaman ana syeikh…!” katanya. Ungkapan itu menjadikan saya mengakui bahawa apa yang didakwanya itu adalah benar. Mencecah 95 peratus.

Mendengar kata-katanya itu, ingatan saya pantas menangkap wajah beberapa individu kenalan saya. Suatu masa, ketika mereka berduit mereka disanjung dan dihormati. Nama mereka disebut dimana-mana. Kadang-kadang tersedak air pun nama mereka disebut.

Namun apabila mereka ditimpa musibah dan tidak mampu lagi menyumbang kepada PAS, mereka tidak disebut lagi. Nama orang lain pula mengambil tempat mereka.

Tetapi, apabila mereka berjaya dan berduit semula, nama mereka disebut semula. Mereka disanjung semula kerana mereka kembali berduit dan boleh menyumbang semula kepada PAS.

Itu yang saya faham daripada apa yang diucapkan oleh sahabat saya ini. Telefon bimbit saya semakin berbahang, bukan sahaja kerana terlalu lama dalam talian tetapi kerana isu yang dibualkan juga semakin panas.

“Tuuutt…”, talian telefon terputus. Agaknya telefon bimbit kami sudah tidak sanggup lagi turut terlibat dengan isu yang kami bincangkan.

“Macam ni syeikh…, PAS sekarang ni, ada kawan tetapi tidak pandai berkawan. Ada musuh tetapi tidak pandai berkelahi…”


Lowyar Bu### Hangpa Baru tau ka!!!

Zulkifli Noordin gemar publisiti murahan

Rizal Tahir

KOTA BHARU, 17 Feb: Anggota Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Noordin dianggap gemar mendapat publisiti murahan bagi mengalih perhatian rakyat terhadap masalah peribadinya.

Malah tindak tanduknya tambah keterlaluan apabila menyifatkan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai lupa sejarah.

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Hisham Fauzi berkata, kenyataan yang dibuat Zulkifli hanya ingin menarik perhatian masyarakat terhadapnya.

Oleh itu, beliau menasihatkan agar Zulkifli berhenti bermain wayang dan memberi tumpuan kepada tugas asas.

Tambahnya, dengan mengeluar kenyataan berkenaan, menunjukan keangkuhan Zulkifli, di mana beliau sahaja betul dan orang lain dianggap salah.

“Sepatutnya beliau lebih menumpukan kepada bagaimana boleh membantu rakyat yang diwakili di kawasannya.

“Beliau juga seharusnya melihat fakta bahawa beliau hanyalah seorang ahli Parlimen yang baru dan belum banyak pengalaman sebagai wakil rakyat,” katanya pada kenyataan media di sini, hari ini.

Semalam, anggota Parlimen Kulim Bandar Baru itu membidas kenyataan Mursyidul Am PAS kerana menyifatkan wakil rakyat yang keluar atau melompat parti sebagai pengkhianat rakyat dan negara.

Hisham berkata, Tuan Guru Nik Abdul Aziz seorang ahli politik yang lama dan sangat berpengalaman luas mengenai sepak terajang politik.

“Berbanding dengan Zulkifli, tidak mungkin beliau lebih memahami apa yang berlaku semasa kerajaan campuran BN-PAS dahulu,” ujarnya.

Khairy Kata Pemuda Tak Dak kerja ..... Najib bagi la kerja kat Khairy tuuu

Khairy: Tiada krisis dalam Pemuda Umno

Khairy menyatakan bahawa pertemuannya dengan Najib tiada kaitan dengan mesyuarat exco Pemuda Umno terdahulu.


Oleh Adib Zalkapli

PUTRAJAYA, Feb 17 — Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menjelaskan pergerakan itu tidak berhadapan dengan sebarang krisis dalaman, sebaliknya pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak petang ini hanya merupakan satu “kunjungan hormat”.

“Memang ada banyak spekulasi tentang pertemuan hari ini, saya ada membaca pelbagai portal hari ini. Tetapi kita kena faham bahawa pertemuan kami dengan Perdana Menteri secara kebetulan diadakan selepas pelbagai spekulasi muncul,” kata beliau kepada pemberita di pekarangan Pejabat Perdana Menteri.

“Ia tiada kaitan dengan mesyuarat exco kami yang lepas, ia bukan pertemuan untuk menyelesaikan krisis sebab tiada krisis langsung. Jelas, pertemuan hari ini berkaitan dengan masa depan kami,” kata beliau sambil menambah pergeseran dalaman pergerakan itu tidak disentuh langsung dalam pertemuan dengan Najib.

Khairy juga berkata banyak isu menyentuh pergerakan telah disentuh tetapi perbezaan pandangan akan terus wujud.

“Sebagaimana salah seorang exco saya sebut bahawa saya tidak menguruskan sebuah PIBG, tetapi sebuah organisasi politik dengan 700,000 ahli, salah satu organisasi politik paling berpengaruh di negara ini, jadi sudah tentu akan ada perbezaan pandangan. Sebagai Ketua Pemuda, saya kena terima,” katanya.

Khairy mengetuai Pemuda Umno sejak Mac lalu.

Khairy berkata antara perkara yang dibangkitkan dalam pertemuan dengan Najib ialah peranan yang boleh dimainkan oleh golongan muda dalam Umno.

Beliau memberitahu Najib telah meminta pergerakan itu mengemukakan syor berkaitan dengan pelbagai dasar kerajaan.

Pertemuan dua jam dengan Najib ini dihadiri oleh kesemua exco dan ia diadakan kira-kira dua minggu selepas perbincangan “panas” ekoran kenyataan seorang exco, Hishamuddin Yahya telah meminta Khairy agar meletakkan jawatan kerana tidak menunjukkan kepimpinan efektif

Bukan UMNO Kelantan Ja UMNO sedunia Jahil Murakkab

Umno Kelantan jahil tentang sambutan Maulud

Umno Kelantan menyifatkan kenyataan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkenaan sambutan Maulidur Rasul baru-baru ini adalah kompromi demi politik.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata ini kerana tidak sewajarnya kenyataan sedemikian keluar daripada mulut seorang tokoh ulama.

“Umno Kelantan dukacita dengan kenyataan Nik Aziz kerana Maulidur Rasul telah menjadi amalan di negara ini. – Bernama

Memang nak tergelak baca kenyataan Dato’ Pa di atas, semakin menampakkan kejahilannya mengenai agama.

Manakala Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata tidak cukup dengan sambut maulud setahun sekali, berarak, angkat sepanduk, berselawat, dalam masa yang sama kita tengok di hadapan mata kita, hukum-hukum Islam, perintah Allah Taala tidak diamalkan.

Sehubungan itu, beliau mengajak umat Islam supaya memahami bahawa dibangkitkan Rasulullah s.a.w. untuk mengajar manusia supaya beramal dengan Islam.

“Marilah kita sedar dan faham perkara besar dengan bangkitnya Rasulullah s.a.w. mengajar manusia supaya beramal dengan Islam,” ujarnya ketika menyampaikan ceramah di pekarangan Surau Istiqamah, Padang Nenas, malam tadi.

Sebelum ini, Kelantan tidak akan menganjurkan perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul kali ini meskipun Umno dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan mendakwa kerajaan Pulau Pinang pimpinan Pakatan Rakyat sebagai anti-Islam kerana didakwa merancang untuk membatalkan acara itu bulan ini.

“Kami tidak menganjurkan perarakan sebagaimana amalan sebelum ini. Tetapi sudah tentu perarakan diadakan di masjid-masjid di seluruh negeri, yang dianjurkan oleh orang ramai untuk melahirkan kecintaan mereka terhadap Nabi Muhammad,” kata Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob.

“Secara rasmi tiada perarakan yang ditaja oleh kerajaan negeri. Sebaliknya kami akan adakan syarahan agama di Stadium Sultan Muhammad IV pada 25 Feb dan disusuli dengan sembahyang khas,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Kebanyakan negara Islam menyambut hari keputeraan Nabi Muhammad SAW dengan perarakan selepas solat. Bagaimanapun Arab Saudi tidak mengadakan perarakan.


Rabu, 17 Februari 2010

DULU KINI SELAMANYA UMNO PENGKHIANAT & PENDENGKI

Umno Patut Minta Maaf Pada Kerajaan Pakatan Di Pulau Pinang Jika Pendedahan Ini Benar

Umno says that Lim Guan Eng, the Chief Minister of Penang, is anti-Malay. Umno also says that the Malays in Penang are being persecuted and are being given a raw deal. But Umno did not offer any statistics to back up this allegation. Maybe the following statistics, which Umno did not show, can help clear the air on how the Malays in Penang are ‘suffering’. Copy n paste -Lim Guan Eng Anti Malay?-Malaysia Today


Hebatnya Pemimpin Islam ni!

Presiden Pas sekeluarga selamatkan orang lemas

MARANG, 17 Februari: Bukan sahaja menyelamatkan aqidah umat tetapi sudah sampai kepada menyelamatkan nyawa manusia. Itulah yang dilakukan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersama keluarganya apabila menyelamatkan nyawa seorang yang lemas di Pantai Rusila berhampiran rumahnya.

(Gambar atas: Abdul Hadi keletihan selepas menyelamatkan mangsa lemas)

Ia berlaku pada 14 Februari lalu kira-kira jam 6.30 petang di Pantai Rusila, Marang iaitu berhampiran dengan rumahnya.

"Hari itu, lepas solat Asar Tok Guru pergi mengail di pantai depan rumahnya. Tiba-tiba dia tengok orang sedang terkapai-kapai lemas. Dia terus suruh anaknya terjun ke laut dan dia bersama-sama menarik orang itu," cerita Haji Omar, Pengerusi Masjid Rusila, yang terletak di sebelah rumah Abdul Hadi.

Mangsa yang dikenali sebagai Pak Mat Jaga, kata Haji Omar, adalah penduduk Kampung Belabor, iaitu kampung berhampiran pantai Rusila itu.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 6.30 petang, Abdul Hadi bersama dengan anaknya iaitu Abdul Rahman dan Khalil serta menantunya Zaharudin sedang memancing di pantai itu.

Mereka berkumpul sambil memancing sementara menunggu untuk menyembelih kambing untuk aqiqah cucu Abdul Hadi.

Tiba-tiba mereka mendengar seorang wanita berteriak 'orang lemas...orang lemas' sambil menunjukkan tangannya ke laut.

Menurut Abdul Rahman, 28, anak Abdul Hadi, ayahnya terus menyuruh beliau terjun ke laut dan menyelamatkan mangsa lemas itu.

"Saya terus ambil pelampung dan terjun ke dalam laut...saya cuba campakkan pelampung itu kepadanya tetapi tidak berjaya kerana ombak besar pada ketika itu. Saya kemudian tarik tangan beliau. Abang Khalil dan Zaharudin datang membantu dan menyeret ke pantai.

"Ayah kemudian turun ke dalam air bersama-sama kami memapah mangsa itu ke pantai," cerita Abdul Rahman kepada Harakahdaily.
Seorang penduduk tempatan yang kebetulan ada di situ telah merakamkan gambar keadaan Abdul Hadi bersama mangsa yang diselamatkannya dan memasukkannya dalam facebook beliau.

Ini adalah catatan beliau dalam facebooknya.

"Dalam usia 63 tahun, Presiden PAS Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang masih gagah dan pantas untuk menyelamatkan seorang pengunjung yang lemas di Pantai Rusila, Marang. Kejadian berlaku pada hari Ahad, 14 Februari baru-baru ini.

Pada saya, beliau adalah seorang ulama’ yang segani, pemimpin yang dihormati, dan hero yang tidak perlukan undangan atau dipuja…Kehidupan beliau amat sederhana, rutinnya tidak jauh berbeza seperti rakyat biasa. Memang suka berdamping dengan rakyat.

"Semoga Allah panjangkan usia beliau dan merahmati kepimpinannya."

Zaihan Daud, Setiausaha Peribadi Abdul Hadi juga mengesahkan kejadian itu.

Harakahdaily

Wakil rakyat lompat parti tanggung dosa- Mohd Asri

SHAH ALAM - Hukuman terhadap tindakan lompat parti oleh sebilangan ahli politik adalah berdosa dalam agama Islam kerana mengkhianati kepercayaan dan tidak menghormati keputusan rakyat.

Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, individu terbabit harus bertanggungjawab terhadap pemilihan rakyat berdasarkan parti politik yang diwakilinya.

“Individu terbabit perlu meletak jawatan sekiranya ingin lompat parti dan pilihan raya kecil baru perlu diadakan untuk melantik pemimpim lebih baik.

“Rakyat pilih mereka kerana percaya parti politik yang diwakilinya dapat memberi perubahan terhadap kawasan mereka,” katanya ketika dihubungi :Sinar Harian: semalam.

Mohd Asri berkata, pemimpin yang lompat parti tidak layak terus memimpin kawasan berkenaan dan harus memberi peluang kepada individu yang berkredibilti terhadap tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh rakyat.

“Walau bagaimanapun, sekiranya pemimpin tersebut dipilih bersandarkan ketokohannya,ia tidak memberi kesan kerana rakyat mempercayai kepimpinan individu terbabit selain parti politik yang diwakilinya.:

“Perkara ini juga perlu dijelaskan agar kesamaran tidak timbul untuk mengelak salah faham dalam kalangan rakyat,” katanya.:

Lewat kebelakangan ini, terdapat khabar angin bahawa 10 ahli politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan lompat parti bagi menyertai Barisan Nasional dan Parti Cinta Malaysia (PCM) .

Isu ini bermula apabila tiga ahli PKR Perak iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi, Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) mengisytiharkan diri mereka sebagai wakil Bebas Februari tahun lalu.

Terbaru, Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim meletak jawatannya pada 12 Januari lalu dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Sinar harian online

Najib Kena Perli Dengan Nelayan Langkawi

Ubi kayu rebus - Sindiran buat 1Najib

Artikel ini sebagai respon terhadap artikel propaganda Utusan Malaysia bertajuk Najib dijamu ubi kayu rebus di Kuala Chenang yang disiarkan hari ini...

Nelayan Langkawi Jamu Najib Ubi Rebus Sebagai Sindiran Kepada Kegawatan Ekonomi !

"Ubi kayu rebus dicicah kelapa parut dan sambal tumis ikan bilis mungkin juadah biasa bagi masyarakat nelayan Kuala Chenang di sini." begitulah laporan akhbar Utusan malaysia hari ini tentang Lawatan Najib Tun Razak yang disambut dengan jamuan Ubi kayu rebus oleh penduduk Pulau Langkawi itu.

Bagi Najib dan ahli Umno-BN itulah program mesra rakyat yang berjaya menaikan imejnya. Tetapi pada rakyat marhaien, juadah itu adalah sindiran tajam masyarakat Nelayan dan marhaien dinegara ini yang begitu terkesan dengan kegawatan ekonomi.

Mac ini sahaja kira-kira 50 ribu kakitangan kontrak Kerajaan akan ditamatkan perkhidmatan dan mereka pasti akan mengalami masalah kewangan selepas itu. Selain itu dasar penjimatan kerajaan telah menyebabkan guru sekolah yang berkursus kini hanya makan nasi bungkus. Ianya jelas sebagai implikasi dari kegagalan pengurusan kewangan negara.

Tetapi yang rakyat sedikit terasa, dalam keadaan kerajaan yang gawat ini tiba-tiba sahaja majalah Malaysian Business mengumumkan Nazir Razak yang juga adik kepada Najib sebagai orang yang ke-40 terkaya di Malaysia dengan kekayaan bernilai lebih AS$ 100 juta.

Tercekik pakcik makcik di Kuala Chenang yang sedang santai menjamu Ubi rebus bila membaca berita ini. Mereka pasti tidak lupa bahawa Syarikat kewangan CIMB yang diterajui Nazir pernah menerima bantuan Kerajaan sebanyak RM 3.5 Bilion pada Oktober 2008. Ketika itu Najiblah Menteri Kewangan Negara.

Dalam lawatannya di Kuala Chenang Najib hanya beri RM 7 juta kepada nelayan disitu untuk membina pelabuhan baru, tapi CIMB dapat RM 3.5 Bilion.

Rakyat pasti membuka mata dan faham akan hal ini. Dan Najib harus mengenang ubi rebus itu sebagai satu peringatan yang paling sinis dari rakyat Marhaien. Terima kasih kepada nelayan Kuala Chenang kerana memberikan simbolik yang begitu berkesan pada Najib. Kalau benar Najib mahu membuktikan yang dia berjiwa rakyat, selepas ini wajarlah beliau menjamu ubi rebus tiap-tiap hari sehinggalah keadaan ekonomi pulih.

Ustaz Idris Ahmad Ketua Penerangan PAS Pusat


Eishhh Nak kena Pie Demontrasi Depan kedutaan US plak nie...!!

Amerika pulak dah.. US Desak Najib Berlaku Adil Kepada Anwar

Ini adalah kenyataan dari Senator John Kerry Pengerusi Jawatankuasa Senat Mengenai Hubungan Luar, United States.


Setelah 50 Ahli Parlimen Australia mengorak langkah mendesak agar fitnah dan tuduhan palsu terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim digugurkan kini Amerika pula menambah tekanan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam Pengerusi Jawatankuasa Senat Mengenai Hubungan Luar, Senator John Kerry menegaskan kerajaan Malaysia perlu memastikan bahawa proses perbicaraan terhadap Datuk Seri Anwar perlu dijalankan mengikut lunas undang-undang serta keadilan.

"Saya menyeru kerajaan Malaysia khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memastikan prosiding undang-undang terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri mencapai resolusi yang keputusan yang adil dan saksama.

"Perbicaraan kes pertama terhadap Anwar telah menjangkau lebih 10 tahun, pertuduhan yang kemudiannya digugurkan oleh Mahkamah Persekutuan. Pertuduhan terbaru terhadap beliau hampir mirip kepada caj yang dikenakan terhadap beliau dahulu dan telah disabitkan kepadanya sejurus beliau dilantik semula sebagai Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang.

"Saya mendesak kerajaan Malaysia agar memberikan beliau segala perlindungan di bawah undang-undang negara sebagaimana beliau berhak sebagai Ahli Parliament dan warganegara serta menyelesaikan kes terhadap beliau dalam suasana yang mampu membina keyakinan terhadap kebebasan dan kredibiliti badan kehakiman Malaysia," kata kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat beliau.


Following are the statement released today by Senate Foreign Relations Committee Chairman John Kerry (D-MA) about Former Malaysian Deputy Prime Minister Anwar Ibrahim:

“I call on the government of Malaysia, and specifically on Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, to ensure a fair and equitable resolution of the legal proceedings currently under way against former Deputy Prime Minister Anwar Ibrahim.

“It has been over a decade since Anwar’s first trial, on charges that were later overturned by the Federal Court. The current charges closely mirror the ones levied years ago, and have been brought soon after Mr. Anwar’s resumption of his role as elected Member of Parliament and leader of the parliamentary opposition.

I urge the Malaysian government to accord Mr. Anwar every legal protection to which he is entitled as a Member of Parliament and as a citizen– and to settle his case in a manner that builds confidence in the impartiality and credibility of the Malaysian judicial system.”



Anwaribrahimblog



Nong Chik!!!! Awat Ingat Kami Bodo Kaaaa!!!!!!

Pemuda PAS mahu Nong Chik tarik balik ugutan kepada Penduduk Kg Baru

KUALA LUMPUR, 17 Feb: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) meminta Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin meminta maaf serta menarik balik ugutan terhadap penduduk Kampung Baru dan sekitar.

Ketuanya, Kamaruzaman Mohammad berkata, ini ekoran menteri itu yang mahu menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960 bagi memaksa penduduk Kampung Baru dan beberapa kampung lain sekitar ibu negara menyerahkan tanah mereka.

Katanya, seluruh negara mengetahui bahawa tanah Kampung Baru adalah Tanah Rizab Melayu dan kerajaan tidak boleh sewenang-wenangnya memaksa penduduk untuk menjual tanah mereka apalagi mengambilnya secara paksa menggunakan peruntukan undang-undang.

Tambahnya, kenyataan Nong Chik dalam rancangan Bual Bicara di TV3 baru-baru ini memperjelaskan lagi sikap tidak demokratik dan zalimnya pemimpin Umno terhadap rakyat dan orang Melayu khususnya.

Menurutnya, sebelum itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah turun ke Kampung Baru dan menjanjikan pembangunan di situ, sama seperti janji-janji manis yang ditabur oleh dua bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir dan Tun Abdullah.

Namun, ujarnya, tiada sebarang rundingan dan perbincangan tentang bentuk pembangunan yang diinginkan oleh penduduk.

“Nong Chik cuba memaksa penduduk menerima Draf Cadangan Pembangunan Kampung Baru oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang sehingga ke hari ini masih gagal dibentang di Parlimen,” katanya.

Sehubungan itu, DPPWP bertegas supaya semua draf atau cadangan pembangunan yang dikemukakan oleh DBKL hendaklah dibentangkan di Parlimen terlebih dahulu selepas menerima maklum balas dan cadangan rakyat.

Ini, katanya kerana DBKL adalah organisasi yang bertanggungjawab membangunkan ibu negara dan bukannya membangunkan ‘pekan koboi’ yang kecil.

“DPPWP menolak penggunaan Akta Pengambilan Tanah dalam urusan pembangunan dan mahu kaedah rundingan digunakan tanpa ada sebarang maksud yang bertindih atau prejudis kepada kepentingan rakyat,” ujarnya.

Harakahdaily.net/-

Nah Rasakan PR.. Nak 'tembak' BN Sangat Last Kena Batang Hidung Sendiri...

SPRM Cepat Siasat PKR Juga Guna INSANIAH Untuk Berpolitik

Mengata Dulang Paku Serpih, Mengata Orang Dia Pun Lebih Kurang jugak!!! Aku nak tergelak apabila aku membaca dengan penuh minat (petang ini) satu kenyataan dangkal oleh seorang orang kuat PAS (Ketua penerangan PAS, Idris Ahmad) dalam Portal Politik Pembangkang MalaysiaKini DI SINI, yang bertajuk : SPRM digesa siasat Umno adakan konvensyen di UiTM.

Hahaha! Betapa lawaknya kenyataan Ketua Penerangan PAS tersebut ! Lawaknya kenapa ??? Kerana kata pepatah orang tua-tua memang benar berbunyi "KUMAN DI SEBERANG LAUT NAMPAK, TAPI GAJAH DI DEPAN MATA (BUAT-BUAT) TAK NAMPAK !" .... Malunya PAS memiliki seorang Ketua Penerangan yang sebegini tidak cerdik dalam mengeluarkan kenyataan "menembak GENG SENDIRI di dalam portal" ! ....

Beliau (Idris Ahmad) mempersoalkan UMNO Pahang buat Konvensyen di Kampus UITM Jengka kononnya mengunakan fasiliti milik rakyat. Padahal Idris Ahmad buat-buat lupa kah? Atau buat-buat tak nampak kah? Atau sengaja kah nak bikin panasssss dengan PKR ??? ...


Baru saja berlaku tiga-empat bulan yang lepas (kalau tak silap aku Disember 2009), (RUJUK SINI) KONVENSYEN PARTI KEADILAN NASIONAL (PKR) IAITU RAKAN PERSEKETUBUHAN PAS & DAP PERINGKAT NEGERI KEDAH DARULAMAN TELAH BERLANGSUNG DI DEWAN KOLEJ INSANIAH , ALOR SETAR ? ... Ataupon Idris Ahmad langsung tak dijemput bersama-sama meraikan Konvensyen PKR Kedah tempohari??


Ataupun Idris Ahmad dah tak ingat bahawa KOLEJ INSANIAH KEDAH itu jugak milik Kerajaan yang datangnya dari duit Rakyat ???????????????????????????

Inilah Manusia yang berotak politik ... lebih-lebih lagi kalau berotak POLITIK MENGADU DOMBA & KOTOR ... Apa yang UMNO buat, memang SALAH di mata mereka, tetapi kalau ANWAR & THE GANG YANG BUAT, It's OKAYYYY !!! BERSIH !!! TELUSSS !!!

Depa kaya sungguh, hampa lagu mana..?? Pakat-pakat pi pangkah depa lagi.

Depa kaya sungguh, hampa lagu mana


Depa ada yang kaya masa dok dalam perut mak depa. Ada yang keluaq-keluaq dah kaya. Ada yang bila besaq, baru jadi jutawan. Tapi, yang tak buleh lari ialah bila mak bapa depa jadi ahli politik UMNO, MIC, Gerakan, MCA dan parti komponen Barisan Nasional, ramai dari depa dan kroni depa pun jadi kaya raya.

Hampa di kampung yang dok pangkah depa ada apa ?

Rokok sekotak, gula sekilo, batik sehelai, lawatan Cik Kiah ke Medan, tidur di hotel satu bilik dua belaih oghang, dan pi tengok Putrajaya.

Satu lagi, hampa mengaji tak cerdik. Bagi pink-form pun hampa tak kenai. Bukan salah ibu mengandung.

Kesian. Elektrik masih takdak, ayaq takdak, jalan berlubang sana-sini, harga barang naik, elektrik naik, tambang pengangkutan awam naik, yuran sekolah dok kena kelentong dengan menteri, nak kebumi mayat pun harga naik, tol lebuhraya kena kapak dan macam-macam cukai lagi yang hampa kena bayaq.

Hampa pi tanya Rosmah sat. Berapa harga sekilo bawang, harga susu, beras, cabai, tambang bas sekolah dan sebagainya ?

Mampuih tak buleh jawab.

Aci buat kuiz di TV. Pangge bini-bini menteri jadi ahli. Tanya soalan secara langsung harga barang-barang.

Hampa menang. Sahih punya !

Aku takpa. Aku takmau campok titik peluh menteri. Tagha duit tunai RM2 juta aku pun ada. Dulu aku isi red-form.

Cuma kesian kat hampa saja. Nak buka jalan motivasi.

Jadi, hampa dok kalut tertanya-tanya nak kena buat lagu mana.

Lagu ni lah. Pakat-pakat pi pangkah depa lagi. Kalau bulih tiap-tiap hari sekali - lagi bagoih. Bukanka ?



MAULIDUL RASUL TANDA KASIH SAYANG ?

PANDAI ! ORANG UMNO KATA SAMBUT MAULIDUL RASUL TANDA UMAT MUHAMMAD KASIH SAYANG DENGAN NABINYA DAN KERANA NABILAH ISLAM DI UTUSKAN OLEH ALLAH ! BAGUS ! CANTIK !

Di waktu kebelakangan ini ramai pula orang focus tentang peristiwa maulidul rasul, peristiwa setahun sekali ini nampaknya ramai yang kasih kepada rasul, pantang di sentuh sikit maka melentinglah umat yang merasakan diri mereka sebagai orang islam yang prihatin terhadap nabi

Al Hamdulillah ! ramai rupanya umat Muhammad di Malaysia ini yang cukup prihatin dan bersemangat tinggi sebagai umat islam dan umat Muhammad, betulkah demikian ? tidak tipu ? tidak bohong ? Atau main wayang saja ? Jika demikian marilah kita ubah diri kita masing-masing

UMNO adalah sejumlah besar penduduk di negara Malaysia, ahlinya di katakan hampir 4 juta, jika demikian mengapa mereka masih tidak mahu melaksanakan islam yang di bawa oleh rasul ! Mengapa mereka masih menjadikan semangat kebangsaan melayu sebagai dasar yang mereka perjuangkan ! Tidakkah mereka tahu bahawa semangat kebangsaan itu di larang oleh rasul ?

Di mana rahsia kasih sayang orang UMNO terhadap rasul ? Bolehkah orang UMNO kata bahawa mereka kasih terhadap rasul sedangkan perintah rasul mereka belakangkan ! Mari kita dengar Rasullullah s.a.w bersabda:

ليس منا من دعا الى عصبية ، وليس منا من قاتل على عصبية، وليس منا من مات على عصبية
Maksudnya:

Bukan dari kalangan kita mereka yang menyeru kepada semangat kebangsaan, dan bukan dari kalangan kita orang yang berjuang di atas semangat kebangsaan, dan bukan dari kalangan kita orang yang mati atas dasar kebangsaan
(Ruah Muslim wa Abu Daud)

Berdasarkan pesanan nabi Muhammad di atas, Apakah peluang UMNO yang berjuang atas dasar semangat kebangsaan ? Berdasarkan apa UMNO dan ahlinya mahu menyatakan kasih sayang terhadap nabinya ? Itu sebab Pak Karamu kata " Orang UMNO tak bohongkah ? Tak Tipukah ? ATAU apakah sebenarnya maksud kasih sayang tersebut ?

Zaman baginda Rasullullah juga terdapat golongan kebangsan seperti UMNO sekarang, mereka bertanyakan kepada baginda Rasullullah s.a.w ما العصبية يا رسول الله (Apakah semangat kebangsaan itu ya Rasullullah ?) Baginda menjawab pertanyaan orang qurais dari suku bangsanya " العصبية ان تعين قومك على الظلم (Yang di katakan semangat kebangsaan itu ialah bahawa kamu menolong kaum mu di atas dasar kezaliman)

Nah ! sekarang setelah di terangkan kepada kalian apa yang di tegah oleh nabi yang kalian katakan tanda kasih sayang itu, Apakah kalian masih bertegas dengan pendirian hendak berarak menyambut maulidul rasul nanti yang menandakan kasih sayang ? Masih merasakan kasih sayang terhadap rasul ? Mengapa tidak mahu ikut nasihat rasul ! Kalian ragukah dengan hadis di atas ? Atau hadis di atas sengaja hendak menakutkan kaliankah ?

Cubalah orang UMNO fikirkan baik-baik, apakah kesannya terhadap pendirian kalian yang di katakan kasih sayang terhadap rasul sedangkan nabi tidak mengakui kalian sebagai umatnya ! Apakah nabi bersifat zalim terhadap kalian ATAU kalianlah yang menzalimi diri kalian sendiri ! Pak Karamu memberi pandangan ini adalah ikhlas, ubahlah dasar perjuangan kalian kemudian barulah bercakap tentang kasih sayang

Selasa, 16 Februari 2010

Depa semua takpa

Siasat sama Menteri kepada setpol

Kayanya setiusaha politik kepada Menteri JPM ada duit tunai dalam tangan.Meniaga menatang apa?Takkan semua bayar tunai?Siasat jangan tak siasat.Dalam kita dok kalut dengan adegan ahli-ahli Parlimen PKR nak melompat jadi bebas dan dibesar-besarkan cerita Maulidur Rasul di Pulau Pinang kita dikejutkan dengan duit tunai yang dijumpai bersama dengan setpol Menteri JPM.SPRM jangan pilih bulu siasat saja daripada A sampai Z.

Lapor TVSelangor.com;

Boon Chye: Jangan Hanya Siasat Setpol Saja

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Lee Boon Chye menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya turut menyiasat menteri yang menjadi ketua kepada setiausaha politik yang ditahan bersama wang tunai RM2 juta.

Bercakap kepada TVSelangor, beliau berkata, siasatan itu tidak seharusnya menjurus kepada setiausaha politik semata-mata tapi perlu diperluas kepada individu yang dekat dengannya.

Ahli Parlimen Gopeng itu mengesyaki seseorang setiausaha politik memainkan peranan tertentu walaupun sebenarnya tidak ada kuasa untuk meluluskan sebarang projek ataupun kontrak, sebagaimana menteri.

"Jadi, adakah setiausaha politik itu lebih kepada menjadi sebagai agen daripada orang yang menerima rasuah. Ini sepatutnya disiasat dengan lanjutlah.

"Cuma menteri yang berkuasa untuk meluluskan projek dan kontrak. Jadi, sepatutnya SPRM bukan setakat menyiasat setiausaha politik tetapi turut menyiasat menteri yang terlibat," katanya.

Jumaat lalu, SPRM menahan seorang setiausaha politik kepada menteri kanan di pangsapurinya di Teluk Air Tawar, Butterworth Jumaat lalu.

SPRM yang melakukan serbuan kira-kira jam 3.30 petang turut menemui wang tunai berjumlah RM2 juta di pangsapuri berkenaan.

Semalam, Hasbie Satar, setiausaha politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop meletak jawatan tapi tidak menyatakan sebab peletakan jawatan itu.



Tidak Cukup Dengan Perarakan Maulidur Rasul Sahaja



Merungkai Kecurigaaan Misteri Kehilangan Pesuruhjaya PAS WP


Pesuruhjaya Pas Wilayah Persekutuan, Mohamad Nor yang dilapor hilang sejak Khamis lalu, selamat pulang ke rumahnya kira-kira jam 3 petang semalam tapi keberapa blogger curiga kehilangan itu ada kaitan dengan politik.

Walaupun Mohamad bukan Ahli Parlimen mahupun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tapi kehilangan ahli politik pembangkang di Malaysia, kerap kali berakhir dengan insiden lompat parti terutama kebelakangan ini.

Hal itu merungsingkan beberapa blogger pro-Pakatan Rakyat yang masih segar dengan insiden 'kehilangan' ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan ADUN Changkat Jering, Kapt (B) Mohd Osman Jailu yang berpaling tadah.

Mengikut Malaysia Insider, kepulangan Mohamad selepas beberapa hari kehilangannya disahkan oleh Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

“Saya dimaklumkan beliau sudah pulang ke rumah petang tadi dan beliau selamat. Beliau dikatakan pulang dari kawasan Temerloh, ya, tiada apa-apa masalah...” katanya ringkas.

Mohamad, 52, yang keluar rumah beliau Khamis lalu dikatakan tidak dapat dikesan sehingga pagi tadi.

Oleh itu laporan polis dibuat pagi ini.

Ketua PAS Wilayah Persekutuan selama dua penggal itu dikatakan keluar rumah untuk menghadiri mesyuarat Koperasi Muslimin Berhad pada sebelah malam Khamis lalu dengan memandu kenderaan Unser bernombor pendaftaran WJD 4469.

Sejak itu beliau dikatakan tidak kembali ke rumahnya.

Terdahulu. Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Kamaruzzaman Mohamad berkata laporan polis mengenai kehilangan beliau telah dibuat pagi tadi oleh keluarga mereka.


TEMERLOH: Pada ketika ini, Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Haji Mohamad Nor, yang dilaporkan telah hilang selama empat hari, dipercayai masih berada di Temerloh.

Andaian ini berdasarkan keretanya yang ditemui oleh Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pahang, Abdul Majid Hasan di Hotel Green Park, Bandar baru Temerloh, sebentar tadi.

“Selepas mendapat maklumat melalui SMS daripada Setiausaha PAS negeri tentang kehilangan Haji Mohamad Nor, saya tergerak hati untuk ke hotel tersebut. Dan saya dapati kereta jenis Unser merah dengan nombor plat WJD 4469, ada di situ. Bagaimanapun saya tidak menemui beliau,” katanya kepada SidangOnline.

Pada ketika ini, pasukan Unit Amal Kawasan Temerloh difahamkan sedang bertungkus lumus mencari beliau.

Sebelum ini, Haji Mohamad Nor dilaporkan tidak dapat dihubungi sejak Jumaat 12 Februari lepas.

Kali terakhir beliau dilihat adalah dalam mesyuarat Koperasi Muslimin Berhad dan beliau dilihat keluar dengan Unser merahnya, WJD 4469.

Menurut Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali, salah seorang ahli mesyuarat itu memberitahu, Haji Mohamad memberitahu, dia mahu berjumpa dengan kawan pada tengah malam itu.

Namun, sehingga kini beliau tidak pulang dan tidak juga dapat dihubungi, kata Lo' Lo'.

Sehubungan itu, beliau memohon ahli PAS berdoa agar PJ Wilayah Persekutuan itu berada dalam selamat dan dapat menghubungi keluarganya dengan segera.

"Saya memohon Unit Amal dan Briged Amal agar membuat skuad mencari segera," cadang Dr Lo' Lo'.

Dalam pada itu anaknya, Umar Mohamad Nor berkata, kali terakhir ayahnya dilihat adalah di kawasan rehat dan rawat Maran, Pahang pada Jumaat malam yang lalu dan keesokannya kira-kira jam 8.00 pagi, telefon beliau dikesan berada di Temerloh.

Menurut Umar, perkara ini tidak pernah lagi berlaku ke atas ayahnya kerana dia akan memberitahu kemana sahaja dia akan pergi.-harakahdaily


Ulasan GB

Kecurigaaan blogger terhadap misteri kehilangan PJ Wilayah selama beberapa hari yang lepas ada asasnya.

Pertama: Beliau dilaporkan hilang TANPA BERITA sejak Jumaat lalu, sekalipun oleh ahli keluarganya.

Kedua: Tidak dapat dihubungi dan tidak dapat dikesan sepanjang tempoh kehilangan itu, samada hpnya dimatikan, diarahkan supaya dimatikan atau dirampas.

Ketiga : Tempat terakhir ditemui di negeri yang sama dengan kehilangan kedua-dua ADUN Perak yang melompat sebelum ini. Modus operani kehilangan beliau sama dengan kehilangan dua ADUN Perak berkenaan.

Keempat : Sekalipun Ustaz Mohammad Nor bukan Ahli Parlimen dan ADUN, namun sebagai PJ Wilayah Persekutuan, beliau mempunyai pengaruh dan karisma sebagai bekas calon Putrajaya.

Apa-apa pun kita bersyukur kerana Tn Hj Mohamad Nor telah selamat. Kita menunggu penjelasan beliau terlebih dahulu. Samada beliau akan membuat kenyataan selepas ini, kita berharap beliau tidak resah atau gentar untuk memberitahu apa sebenarnya yang telah berlaku.


Banyaknya duit mana dapat RM2juta Tunai?

MISAIMERAH

Perletakkan jawatan Setiausaha Politik Menteri Jabatan Perdama Menteri ,Hasbie Satar dikatakan ada kaitan dengan terjumpanya longgokkan duit tunai RM 2juta dalam serbuan SPRM di sebuah pangsapuri di Telok Air Tawar di Pulau Pinang.

lapor mstar Online;

Hasbie Satar, setiausaha politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop meletakkan jawatan berkuat kuasa semalam, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri hari ini.

Kenyataan satu perenggan itu bagaimanapun tidak menyatakan sebab peletakan jawatan itu.

Kenyataan menteri itu memberitahu, Hasbie menyerahkan surat peletakan jawatannya yang berkuat kuasa semalam.

Nor Mohamed ketika ditanya sama ada Hasbie merupakan individu yang ditangkap dalam serbuan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Khamis lalu di Butterworth, beliau berkata:

"Saya hanya boleh sahkan kenyataan yang saya hantar itu hari ini."

Nor Mohamed yang bertanggungjawab ke atas Unit Perancangan Ekonomi (EPU) bagaimanapun tidak menyebut sebab-sebab peletakan jawatan berkenaan.

Hasbie adalah antara 27 pegawai yang dilatik ke jawatan tersebut pada April 2008 semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri.

Dia dilantik sebagai setiausaha politik kepada Nor Mohamed yang sebelum itu merupakan Menteri Kewangan II.

Semalam mStar Online melaporkan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang setiausaha politik kepada menteri kanan bersama longgokan wang tunai berjumlah lebih RM2 juta.

Wang tunai itu ditemui dalam longgokan wang RM5, RM10, RM50 dan RM100. Difahamkan pegawai SPRM dari Putrajaya yang menyerbu sebuah pangsapuri di Teluk Air Tawar pukul 3.30 petang Jumaat itu, turut merampas kenderaan pacuan empat roda yang didaftarkan di bawah nama sebuah syarikat yang berpangkalan di Pulau Tikus dekat sini.

Turut disita ialah sebuah kereta BMW yang didaftarkan di bawah nama individu dari Sarawak.

Tidak dapat dipastikan dari mana suspek memperoleh wang tunai sebanyak itu dan tujuan menyimpannya.

Sebelum ini, akaun bank suspek telah dibekukan bagi tujuan siasatan SPRM.

Pada 13 Disember lalu, The Star melaporkan bahawa SPRM menyiasat seorang setiausaha politik yang dikatakan mengumpulkan berjuta-juta ringgit nilai hartanah dalam tempoh yang singkat.

Pegawai penyiasat juga memperoleh arahan untuk menahan dan membekukan beberapa hartanah termasuk kereta dan rumah mewah bagi membantu siasatan di awah Akta Pengubahan Wang Haram.

Laporan itu turut menyebut, suruhanjaya itu menyita sekurang-kurangnya empat kereta mewah dan empat rumah mewah yang dipercayai milik setiausaha politik berkenaan yang berusia 30-an.

Selain itu, SPRM turut menyiasat pembelian beberapa hartanah di sekitar Lembah Klang yang dikatakan sebagai balasan meluluskan beberapa projek bernilai jutaan ringgit.

Laporan yang memetik sumber itu memberitahu, pegawai penyiasat turut mengenal pasti beberapa individu berkaitan kes terbabit dan akan memanggil mereka membantu siasatan tidak lama lagi.

BAIK KELUAR DARIPADA JADI MUSUH DALAM SELIMUT

Oleh Halik Zaman

PAKATAN RAKYAT pasti memerintah Sabah seandainya kerjasama dan perpaduan lebih kukuh terjalin diantara para pemimpin dan ahli-ahli gabongan Pakatan Rakyat Sabah. Ahmad Tamrin menegaskan demikian di salah satu rumah terbuka Tahun Baru Cina hari ini. Beliau di minta mengulas tentang beberapa orang kepimpinan PKR yang keluar dari keahlian PKR baru-baru ini.

Ahmad Tamrin menegaskan bahawa 'perpindahan' keluar beberapa orang wakil rakyat dari PKR sebenarnya adalah suatu bonus kepada PKR kerana ianya terjadi sebelum PRU13, dan mereka yang tidak 'ikhlas' dalam perjuangan telah menampakkan 'belang'. Sekurang-kurangnya kepimpinan pusat PKR akan lebih berhati-hati dalam pemilihan calon yang akan datang. Thambrin menyindir "daripada mereka menjadi duri dalam daging, lebih baik mereka keluar sebelum bernanah".

"Kita ibaratkan mereka keluar dari PKR sebagai suatu proses 'pemutihan' dalaman PKR. Alhamdulillah, Allah swt tidak mahu mereka yang tidak ikhlas ini untuk terus bernaung di bawah perjuangan suci PKR dan Pakatan Rakyat sebagai musuh dalam selimut." Ujar Ahmad Tamrin lagi.

Ahmad Tamrin juga menyentuh kenyataan akhbatr Tan Sri Zetty Ahtar, Governor Bank Negara yang menyatakan Malaysia akan kehabisan wang simpanan negara. Menurut Ahmad Tamrin, banyak kemungkinan yang memangkin punca kita kehabisan wang simpanan negara kerana pentadbiran Kerajaan UMNO/BN yang membazirkan wang negara dengan tidak terancang perancangan kewangan terlebih dahulu.

"Bukan menuduh tetapi mungkin, tidak mustahil sekiranya kepimpinan UMNO dan BN menggunakan wang tersebut untuk 'membeli' pemimpin-pemimpin PKR dan Pakatan Rakyat kerana BN akan berusaha sedaya-upaya untuk melihat Pakatan Rakyat berkubur" Tegas Ahmad Tamrin lagi.

Jika dilihat secara logikal, belum pernah terjadi kes kehabisan wang simpanan negara sebelum ini. Mengapa dan bagaimana ianya terjadi, hakikatnya hanya "mereka dan kuncu-kuncunya' sahaja yang mengetaui.

Menurut Ahmad Tamrin lagi, terlalu banyak pembaziran yang telah di lakukan oleh Kerajaan UMNO/BN. Banyak program-program yang hanya memberikan faedah kepada sebelah pihak dan ia sama sekali tidak menguntungkan rakyat. Banyak 'khabar-khabar angin' yang bertiup kesana-sini mengenai pemborosan yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu.

"Kalau dah sekali main golf diluar Negara, berjuta ringgit di habiskan, jangan cakaplah bila bab membeli-belah. Seandainya benar, mengapa kita hanya melihat begitu sahaja wang rakyat Malaysia di belanjakan demi kepentingan seseorang ?" Sindir Ahmad Tamrin lagi,.

Hakikat kini, rakyat terpaksa menanggung beban ekoran pemborosan yang di lakukan oleh Kerajaan UMNO//BN. Adakah mereka sedar rakyat sedang menderita dek kenaikan harga barangan asas dan PM sendiri telah mengumumkan bahawa segala subsidi akan di tarik balik. Tidakkah perkara sebegini akan menambah beban dan sengsara rakyat Malaysia ?

"Seandainya benar akan dilaksanakan kenaikan harga petrol pada Mei nanti, di mana RON 95 akan di naikkan sebanyak RM3.70 dan RON 97 akan di naikkan sebanyak RM3.90, bukankah ini menjerat leher pengundi pengundi semua? Para pemimpin UMNO yang berjawatan memang tidak akan terasa apa-apa kerana Kerajaan tanggung mengisi minyak kereta mereka sepenuh-penuhnya. Yang menjadi mangsa adalah pengundi pengundi, rakyat yang menanggung segala mala-petaka yang UMNO ciptakan," Tegas Ahmad Tamrin lagi.

Ahmad Tamrin tidak menolak segala kemungkinan bahawa kenaikan kos sara hidup akan meningkat lebih tinggi lagi. Bagaimana rakyat dapat meneruskan kehidupan mereka seandainya ini terjadi ? Bagaimana rakyat pedalaman dapat hidup dalam kesempurnaan sedangkan mereka terjerat dalam kenaikan harga barangan asas makanan ?

"Sebagai rakyat, kita harus bijak dalam memberi undi di PRU yang akan datang, Seandainya kita mahu anak cucu kita hidup dalam kesengsaraan, maka undilah BN, tapi jika kita inginkan kehidupan yang lebih baik dan terjamin maka barisan Pakatan Rakyat bersedia untuk merubah segalanya seandainya diberikan peluang dan ruang mentadbir Kerajaan Sabah khasnya dan Kerajaan pusat amnya." Ujar Ahmad Tamrin.

Jelas Thambrin, Pakatan Rakyat tidak expose formula meninggikan ekonomi rakyat yang dirancangkan oleh Pakatan Rakyat kerana akan tiba masanya Pakatan Rakyat beri tahu rakyat dalam manifesto Pakatan Rakyat kepada pengundi pengundi. Tunggu dan lihat sahaja akan tiba masanya yang sesuai.

Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails