SELAMAT DATANG

Sabtu, 1 Ogos 2009

DEMO ISA: HAMPIR 436 ORANG DITAHAN

120,000 sertai perhimpunan anti-ISA









KUALA LUMPUR 1 OGOS: Kira-kira 20,000 orang membanjiri ibunegara hari ini untuk menyertai perhimpunan anti-ISA anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI).

Mereka berdepan dengan anggota polis yang melepaskan tembakan gas pemedih mata serta tembakan meriam air di lokasi perhimpunan mereka di kompleks membeli belah SOGO, sekitar Masjid Jamek, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Raja Laut, Dataran Merdeka, di Masjid Negara serta di ibupejabat PAS di Jalan Raja Laut.


Mereka mula berkumpul jam 2 petang di tempat-tempat berkenaan dan anggota polis, termasuk Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang bertindak meleraikan orang ramai, termasuk menangkap, melepaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air.

Polis bertindak menutup semua jalan menuju ke pusat bandar dan ke Istana Negar sejak awal pagi lagi.

Bagaimanapun, GMI gagal menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong. Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) yang pro-ISA gagal menyerahkan memorandum kepada istana.

Perhimpunan itu berakhir pada jam 3.45 petang selepas pemimpin Pakatan Rakyat meminta mereka bersurai selepas berucap di ibupejabat PAS di Jalan Raja Laut.

Dipercayai hampir 200 orang ditahan.



"Kami bukan datang nak merusuh" - Norlaila

KUALA LUMPUR, 1 Ogos - Norlaila Othman, isteri kepada tahanan ISA yang sudah dikurung tanpa bicara di Kamunting selama hampir lapan tahun, menjadi mangsa dalam operasi tangkapan pihak polis di Kompleks Pertama, berdekatan Sogo, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, jam 12.50 tengah hari tadi.

Beliau yang juga merupakan aktivis Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) ditahan bersama enam yang lain, termasuk anaknya, Suhaib, dan pada jam 1.30 tengah hari masih lagi berada dalam trak polis dekat pejabat FRU Cheras.

"Keadaan dalam trak sekarang panas. Kami belum diambil apa-apa keterangan lagi, tak tahu sama ada akan ditahan atau hanya dibiarkan di sini dahulu," katanya ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.


Ditanya apa yang dilakukan beliau bersama rakan-rakannya yang lain ketika ditangkap, Norlaila berkata: ""Kami sedang membeli minuman dan makanan ringan dekat Kompleks Pertama. Kami pun tak pakai baju merah. Memang kami ada bawa poster dan ikat kepala anti-ISA tapi belum sempat dipamerkan.

"Ada beberapa anggota polis wanita minta tengok bahan-bahan yang kami bawa. Kami enggan beri. Tiba-tiba sekumpulan polis, sebahagiannya dari cawangan khas, SB, lebih kurang 20 orang datang mengerumuni kami dan terus masukkan kami dalam trak.

"Kami datang bukannya nak merusuh, malah saya adalah mangsa kepada kezaliman ISA. Tiada sebab kami ditahan. Ketika itu ramai lagi yang berhimpun di situ selain kami tapi nampaknya kami yang menjadi sasaran operasi polis. Rasanya ada 1,000 orang ketika itu dekat Sogo."

Norlaila memang dikenali umum sebagai aktivis dan bloggers yang paling lantang menentang ISA dan mendedahkan kezaliman penahanan tanpa bicara itu. Beliau turut menyusun buku mengenai ISA dan kini kerap menulis dalam akhbar Harakah mengenai pengalamannya menggerakkan usaha memansuhkan akta tidak berperikemanusiaan itu.

Suaminya, Mat Sah Satray dikurung hampir lapan tahun dan merupakan antara tahanan paling lama di Kamunting. harakahdaily

Himpunan berjaya, GMI akan hantar Memo 10 Deklarasi ISA kepada Agong secepat mungkin

Tarmizi Mohd Jam
Sat | Aug 01, 09 | 4:46:31 pm MYT

KUALA LUMPUR, 1 Ogos - Sidang media khas yang diketuai Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi antara lain memutuskan akan menghantar Memorandum 10 Dekralasi ISA kepada Yang Dipetuan Agong dalam masa terdekat.

Sidang media turut dihadiri Lim Kit Siang; Dato Mustapha Ali, Dato' Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub, Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh serta beberapa pimpinan Pakatan Rakyat yang lain. Demikian lapor wartawan Harakah, NYZA AYOB dari Pejabat Agung PAS.

Oleh kerana sekatan dan kekangan polis yanga agak ketat, menyebabkan tiada siapa dari pimpinan GMI dan Pakatan Rakyat yang bolos ke Istana Negara. Sebaliknya semua kumpulan penyokong berpecah dan akhirnya menuju ke Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut.

Antara tuntutan 10 Deklarasi ISA itu ialah mahu kerajaan melaksanakan siasatan awam dan menyiasat semua kes penyiksaan, penganiayaan, kezaliman dan tidak berperikemanusiaan ISA selama ini.

Anwar menyifatkan Himpunan MANSUH ISA berjaya mencapai sasaran apabila lebih 100,000 penyokong Anti-ISA berkumpul di merata tempat sekitar Kuala Lumpur setelah di halang secara tegar oleh pihak polis.

Dianggar lebih 200 orang ditahan sebelum dan semasa perarakan. Antara ahli parlimen Pakatan Rakyat yang ditahan termasuklah Dr. Mujahid Yusuf Rawa dan Sivarasa Rasiah. Tengahari tadi pula, Norlaila Osman, Narshitah Mohd Nor dan Aiman Athirah Al-Jundi juga turut ditahan.

Kesemua mereka yang ditahan dipercayai telah di bawa ke IPD Cheras. Para peguam kini sedang berusaha untuk menyelesai dan membebaskan ke semua tahanan tersebut. - tmj_

Perhimpunan mansuhkan ISA berjaya - Cif Komander

Ahmad Tajdid
Sat Aug 01, 09 5:57:15 pm MYT

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Hrkh) - Walaupun gagal menyerahkan memorandum menggesa ISA dimansuhkan ke Istana Negara ekoran sekatan pihak polis, Cif Komander Himpunan Mansuhkan ISA, Salahuddin Ayub tetap menganggapnya sebagai berjaya.

Ketika dihubungi Harakah sebentar tadi, Salahudin berkata walaupun banyak rintangan dan halangan yang dihadapi para peserta perhimpunan, mereka telah menunjukkan semangat yang tinggi untuk terus berhimpun secara aman.


Menurutnya, walaupun kerajaan BN menggunakan media massa dan pasukan polis untuk menggagalkan perhimpunan itu, kehadiran puluhan ribu rakyat daripada segenap lapisan masyarakat membuktikan sokongan padu mereka agar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan.

"Walaupun memorandum tidak dapat diserahkan kepada Istana Negara, kita amat terharu dengan semangat yang ditunjukkan rakyat yang berkumpul secara aman bagi menggesa ISA dimansuhkan," katanya.

Menurutnya, disiplin dan kesabaran tinggi ditunjukkan para peserta perhimpunan dalam menghadapi provokasi dan tindakan ganas pihak polis membuktikan bahawa rakyat negara ini sudah matang dalam melaksanakan hak-hak mereka yang digariskan Perlembagaan termasuk hak berhimpun secara aman.

Ini katanya terbukti apabila tiada harta benda awam yang musnah dalam perhimpunan membabitkan puluhan ribu orang itu.

Mengulas tentang jumlah tangkapan yang tinggi pada perhimpunan kali ini, Salahuddin berkata pihak Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) telah menyediakan 30 peguam untuk memastikan mereka yang ditahan selamat dalam tahanan polis dan dibebaskan segera.

Beliau yang juga Naib Presiden PAS mahu kerajaan BN melihat perhimpunan hari ini sebagai isyarat jelas daripada rakyat yang menuntut akta zalim itu dimansuhkan.

GMI juga, katanya akan terus mengadakan program susulan bagi menggesa ISA dimansuhkan.

"Kita juga akan tetap menyerahkan memorandum kepada Istana Negara pada minggu hadapan," katanya.

Beliau turut mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta perhimpunan dan pihak yang membantu menjayakan perhimpunan itu.- tajdid _

Takziah buat keluarga Hamdan dan penduduk Dun Permatang Pasir

Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga dan penduduk Dewan Undangan Negeri (Dun) Permatang Pasir di atas pemergian ADUN Permatang Pasir, Ustaz Dato' Hamdan Abdul Rahman ke rahmatullah pada pagi ini.

Pemergian beliau ini bukan sahaja dirasai oleh seluruh keluarga Allahyarham dan penduduk Dun Permatang Pasir, tetapi juga merupakan satu kehilangan besar kepada seluruh pendukung gerakan Islam, khasnya PAS.

Allahyarham Ustaz Dato' Hamdan adalah seorang pejuang gigih yang telah lama berkhidmat kepada gerakan Islam dalam pelbagai peringkat kepemimpinan.

Selain pernah memimpin PAS Pulau Pinang selama 11 tahun, beliau turut aktif dalam beberapa gerakan dakwah termasuk ABIM pada 1970-an. Beliau juga adalah merupakan aktivis sosial yang cemerlang sehingga diberi kepercayaan berada dalam pimpinan PEMADAM Pulau Pinang pada satu ketika dahulu.


Wakil rakyat sejak 1999

Berkat komitmen berterusan ini, Allahyarham telah dipilih oleh rakyat Permatang Pasir untuk menjadi wakil rakyat sejak dari tahun 1999 lagi.

Allahyarham Dato' Hamdan adalah seorang pemimpin yang tawaduk kerana tidak suka menonjolkan diri walaupun mempunyai latar belakang pendidikan yang baik. Selain mempunyai kelulusan pendidikan Inggeris di peringkat Senior Cambridge, beliau juga adalah lulusan Rubu' Thanawi dalam bidang agama serta beberapa kali mengikuti kursus dalam pengurusan kastam.

Sumbangan beliau juga sangat besar kepada negara kerana beliau pernah berkhidmat dalam Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, sebelum aktif dalam politik.

Dalam Majlis Ulang Tahun Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang pada minggu sudah, beliau telah dianugerah pingat Darjah Pangkuan Negeri yang membawa gelaran Dato'.

Bagi pihak seluruh pimpinan dan ahli-ahli PAS, saya merakamkan jutaaan takziah dan berharap seluruh keluarga, sahabat handai dan penduduk Permatang Pasir dapat bersabar dengan ketentuan Ilahi ini. Saya berdoa semoga Allah SWT melimpahi rahmat ke atas roh beliau dan mudah-mudahan beliau ditempatkan bersama-sama roh para solihin dengan izin Allah SWT, Insya Allah.

DATO' SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
31 Jualai 2009 _

PAS jamin himpunan secara aman - Salahuddin Ayub

Harakahdaily Foto Wan Zahari Wan Salleh
Fri Jul 31, 09 3:40:46 pm MYT
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Hrkh) - Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) tidak pernah mencabar mana-mana pihak bagi mewujudkan ketegangan dalam demonstrasi menentang Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) esok, kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub.

"Saya hendak mengulas kenyataan polis semalam bahawa dua kumpulan saling cabar-mencabar. Saya tidak tahu (perkara itu).

"Saya rasa, sepanjang sidang media, ceramah atau sebarang sebaran yang kita keluarkan atas nama GMI, kami tidak pernah menggunakan kata-kata yang mencabar mana-mana pihak.

"Jadi tidak timbul masalah mengatakan kedua-dua pihak ini saling cabar-mencabar," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PAS di ibu negara hari ini, dipetik dari Malaysiakini.

Turut hadir dalam sidang media itu, Ketua Muslimat PAS Nuridah Salleh dan Setiausaha Pemuda PAS Kamaruzaman Mohamad.

Sambil menayangkan laporan Berita Harian hari ini yang berjudul 'Dua kumpulan saling mencabar', Salahuddin berkata, berdasarkan rekod terdahulu, pakatan pembangkang mempunyai pengamalam menganjurkan perhimpunan aman.

Tambahnya, ia terbukti dalam perhimpunan menuntut pilihanraya bersih pada November 2007 dan perhimpunan menuntut pemansuhan dasar pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI), Mac lalu.

Salahuddin mengulas kebimbangan polis terhadap kemungkinan berlaku ketegangan dalam demonstrasi esok akibat provokasi daripada dua kumpulan berbeza � GMI dan kumpulan penyokong akta itu Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris).

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar hari ini dilaporkan berkata, berdasarkan pemerhatiannya, sudah wujud unsur hasutan dan provokasi di antara kedua-dua kumpulan terbabit.

Sebagai pemimpin kanan PAS, Salahuddin juga menjamin perhimpunan esok akan berlangsung secara aman kerana ia telah dirancang sejak setahun lalu.

"Saya sebagai chief commander ingin perjelaskan bahawa himpunan esok akan diadakan secara aman. Notis ini telah kita berikan kepada rakyat Malaysia enam bulan lalu.

"Kalau ada pihak kata kita sengaja cari sebab bertembung dengan kumpulan satu lagi (Pewaris dan pro-ISA), saya ingin katakan, kita merancang program ini setahun lalu," katanya.

Pemimpin atasan Pakatan Rakyat, termasuk penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, tokoh DAP Lim Kit Siang dan Presiden PAS Dato' Seri Abdul Hadi Awang akan menyerahkan "deklarasi rakyat" kepada pihak Istana Negara.

Perarakan ribuan penyokong pembangkang dan 83 NGO bersama Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), yang menganjurkan perhimpunan itu, bergerak mulai jam 2 petang dan dijangka sampai sejam kemudian di Lebuh Raya Mahameru.

Sementara kumpulan penyokongnya pula akan berhimpun di Padang Merbok, sebelah Bank Negara, dan Pasar Seni pada masa yang sama sebelum bergerak ke Dataran Merdeka dan kemudian ke Istana Negara bagi menyerahkan memonrandum kepada Yang di-Pertuan Agong.- azm _

NAJIB TERUSKAN JUGA PERBUATAN HARAM.

PM Najib 1Malaysia, masih meneruskan perbuatan syirik dan haram dengan bertafakur dan meletakkan kalungan bunga di Tugu Negara sempena Hari Pahlawan yang disambut setiap tahun pada hari ini.

Walaupun desakan dan tuntutan penguatkuasaan fatwa itu telah berulang kali di bangkitkan di Parlimen supaya Kerajaan Persekutuan menguatkuasakan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan pada 08 Okober 1987 yang telah di fatwakan sebagai "SYIRIK" (Hansard Parlimen artikel 39), namun ianya masih belum dikuatkuasakan oleh Kerajaan Persekutuan sehingga ke hari ini, apa sudah jadi beb.....

Dimanakah suara Mufti Harussana Sini, Ustazah Mashitah dan Dato’ Jamil Khir Baharom (Menteri Hal Ehwal Agama), apakah anda semua sudah bisu dan kelu lidah untuk menasihati ketua 1Malaysia kamu itu. Takut kena sergah dengan B1N1 Rosmah ke? Atau takut kehilangan jawatan....


Isu letak kalungan bunga Tugu Negara adalah lebih berat lagi berbanding dengan Perhimpunan Mansuhkan ISA esok. Apakah dua perkara ini pun korang yang berpendidikan Islam tinggi melangit pun tak dapat nak bezakan.

Janganlah memekak terlolong bercakap soal halal haram tentang Perhimpunan Mansuh ISA, tetapi buat buta mata dan pekak telinga untuk menegur BOS Besar korang tu, memang sah korang semua ni Pencacai, Penjilat dan Pengampu kepada Tuan korang.

Harus di ingat amanah dan tanggung-jawap korang kepada Agama dan Rakyat Malaysia, bukannya kepada Tuan Besar korang tu, dan segala gaji yang korang dapat dan gaji Tuan korang juga dari hasil cukai Rakyat Malaysia.

Jadi berkhidmat untuk Negara bukannya kepada Parti yang menerajui Negara. Kini sudah terbukti siapakah yang mempersenda dan mempermainkan Agama Islam selama ini.

Benggong.... punya manusia.

ADUN PAS meninggal dunia

TERKINI : ADUN Pakatan Rakyat (PAS) bagi DUN Permatang Pasir, Pulau Pinang, Dato' Hj. Mohd. Hamdan Abd.Rahman telah kembali kerahmatullah di IJN KL pagi ini, demikian menurut sumber yang saya perolihi dari talifon dan sms seorang kenalan sebentar tadi.

Menurut sumber itu beliau telah mendapat pengesahan dari saudara terdekat almarhum dan Bendahari PAS Pusat, Dr. Hatta Ramli. Malumat itu juga telah mengesahkan bahawa sehingga berita ini diterbitkan, jenazah masih berada di IJN Kuala Lumpur.

Semuga rohnya ditempatkan ditempat yang terpuji...Al Fatihah..
Bekas Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, juga merupakan Calon Barisan Alternatif yang mewakili PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS), bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.11 PERMATANG PASIR di Kawasan PERMATANG PAUH. Berkhidmat sebagai ADUN N.11 Permatang Pasir selama 2 penggal (1999-2004 dan Penggal 2004-2008). Berumur 59 Tahun, beristeri dan mempunyai 6 orang cahaya mata.


Pendidikan/Latihan.

* Mendapat Pendidikan awal di Sek. Wan Mohamad Saman, Sg Korok, Alor Setar, Kedah.
* Dipilih memasuki Special Malay Class Di bawah Jabatan Pelajaran negeri selama 3 Tahun.
* Lulusan Senior Cambridge Pada Tahun 1965.
* Mendapat pendidikan Agama Islam di bawah Majlis Agama Islam, Kedah sehingga tamat Tahun IV pada tahun 1968.
* Mengikuti Program Intensif Pentadbiran Awam di Institut Tadbiran Awam (INTAN) Pada Tahun 1975.
* Mengikuti Kursus Pentabiran Umum di Kolej Pentadbiran & Latihan Kastam & Eksais Di Raja Malaysia di Melaka Pada tahun 1977.

Pengalaman Berkerja :

* Pernah berkhimat sebagai Guru Bahasa di Maktab Sultan Abdul Hamid, Kedah dari tahun 1965 - 1966.
* Berkhidmat sebagai Pegawai Pentadbir dalam Kerajaan Negeri Kedah mulai tahun 1966 sehingga 1977.
* Berkhidmat sebagai Pegawai Pentadbir di Jabatan Kastam & Eksais Di Raja Malaysia dari tahun 1977 sehingga 1983.

Jawatan Dalam NGO :

* Pernah menjadi AJK Majlis Belia Malaysia peringkat negeri (MBN) dalam tahun 1973.
* Pernah menjadi Pengerusi ABIM Bahagian Alor Setar bandar serta Setiausaha ABIM Negeri Kedah dari tahun 1973 hingga 1976.
* Pernah menjadi AJK PEMADAM Negeri Pulau Pinang, mewakili PAS negeri dari tahun 1989 - 1999.
* Menjadi AJK PEMADAM Daerah Seberang Perai Tengah mulai 2008.

Penglibatan Dalam Politik:

* Pengarah Bilik Gerakan PAS Negeri dari Tahun 1983 - 1986.
* Bendahari badan perhubungan PAS negeri Pulau Pinang 1985 - 1989.
* Ketua Lujnah Penerangan PAS Kawasan Tasek Gelugor dari Tahun 1984 - 1986.
* AJK Lujnah Ekonomi Dewan pemuda PAS Pusat 1985 - 1986.
* Yang DiPertua PAS Kawasan Kepala Batas 1989 - 1997.
* Pengarah Jentera Pilihanraya PAS Negeri Pulau Pinang 1990 - 1998.
* Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang 1989 - 2003.
* Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang 2007 - 2008.
* Ahli Dewan negeri Pulau Pinang. 1999 - 2004 (Penggal Ke-10).
* Terpilih semula sebagai Ahli Dewan negeri Pulau Pinang dari 2004 - 2008 (Penggal ke - 11).
* Terpilih semual sebagai Ahli Dewan Negeri Pulau Pinang. 2008 - (Penggal Ke-12).

Khamis, 30 Julai 2009

Adun dakwa salah guna dibuat BN

SHAH ALAM: Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah, antara tujuh wakil rakyat Pakatan Rakyat yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penyelewengan wang peruntukan kerajaan negeri, semalam mendedahkan penyelewengan wang didakwa dilakukan ketika pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram itu mendakwa, bekas Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Kampung Gurney, Ulu Yam Baru, Selangor, Lee Hing Huat, yang dilantik BN melesapkan wang tunai berjumlah RM90,000 pada 2005.


Yong mendakwa, Lee yang mewakili MCA ketika itu menyalahguna kuasa dengan memindahkan sejumlah wang itu daripada akaun JKKK Kampung Gurney ke akaun peribadinya pada 23 September 2005.

Pengerusi DAP Selangor itu berkata, penyelewengan itu dikesan selepas Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri dan menukar semua Pengerusi JKKK dan AJK, selain mengemas kini akaun.

"Bagaimanapun, penyelewengan ini sudah dikesan sebelum Pakatan Rakyat memerintah, tetapi pihak berkuasa tidak mengambil tindakan terhadap laporan dibuat," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini.

Yong berkata, bekas Bendahari JKKK kampung itu, Wong Kang Foo membuat laporan polis berhubung penyelewengan dilakukan Lee itu pada 31 Disember 2005, tetapi tiada tindakan.

bharian


Rabu, 29 Julai 2009

IBU TUNGGAL PERLU BANTUAN

Di bawah ini adalah email yg saya terima dari sahabat yg pernah mengikut rombongan gang saya sewaktu membeli baju raya utk anak2 yatim pada hari raya tahun lepas. Sila baca seterusnya & klu brminat nk menolong, bantu lh setakat termampu ya...





---------- Forwarded message ----------
From: aina ahmad
Date: 2009/7/27
Subject: kisah ibu tunggal - Puan Maimunah
To: atieyluv@gmail. com
Cc: suzanaghazali@ yahoo.com


Assalamualaikum kak atiey,

Pertama sekali saya kenalkan diri. Saya Ina antara salah seorang peserta yang mengambil bahagian semasa sama menolong membeli baju anak yatim dari rawang di MAIDIN subang jaya tahun lepas bersama sepupu saya Puan Iza. Saya juga menyertai majlis berbuka puasa bersama-sama anak2 yatim di Kelang tahun lepas.

Kalau tak dapat diimbas kembali, tak mengapa, sekadar mengimbau balik memori.

Tujuan saya mengirim email ni .. kerana hendak memberitahu satu cerita seorang ibu tunggal iaitu kawan saya sendiri bernama Puan Maimunah. Dan juga memohon sedikit petunjuk atau sedikit bantuan kalau kawan saya ni layak menerima.


Kalau tak silap saya umur nya dalam sekitar 46 tahun. Dia baru sahaja disahkan mengidap kanser tulang. Penyakit kansernya dikira agak teruk sebab sudah merebak ke dalam perut dan juga kaki kirinya. Baru-baru ini telah disahkan oleh Doktor agar menjalani pembedahan kaki kiri dan disarankan digantikan dengan besi. Kos pembedahan sekitar RM16,000.00.

Dia juga dicadangkan melakukan kimoterapi tiap2 bulan. Oleh kerana Doktor tidak dapat mempastikan status beliau samada sudah menopaus atau belum. Mereka hanya akan dapat menjalankan kimoterapi tersebut selepas 6 bulan bermula dari bulan Julai ini. Untuk makluman kimoterapi untuk orang yang belum menopaus dan sesudah menopaus adalah berbeza. Dalam tempoh 6 bulan tersebut, beliau dikehendaki mengambil satu suntikan tiap-tiap bulan yang berharga RM1000.00.

Terkini Puan Maimunah menetap bersama adik perempuannya yang sudah berkahwin, di sebuah banglo berkembar 2 tingkatdi sebuah taman di Cheras. Kerana beliau tidak mampu untuk menaiki tangga untuk menaiki ke rumahnya sendiri. Makluman: Rumahnya sendiri berada di paras 5, di sebuah flat di Bandar Baru Ampang.

Puan Maimunah memberitahu saya, suaminya telah meninggal dunia pada bulan 3 yang lalu. Dan hakikat yang lebih perit, beliau sebenarnya telah diceraikan pada 18 hari sebelum kematian suaminya itu. Dan katanya, oleh kerana suami nya tidak menamakan pewaris, maka dia tidak dapat menuntut apa2 harta kepunyaan suaminya seperti EPF dan rumah. Dan lebih malang lagi, keluarga suaminya sekarang menuntut akan harta2 tersebut kerana mereka yakin Puan Maimunah tidak layak menerimanya akibat telah diceraikan. Dan rasanya mereka(keluarga suami) sedang mencari jalan untuk menuntut semua harta sepeninggalan suaminya.

Puan Maimunah mempunyai seorang anak perempuan berumur 10-11 tahun (saya kurang pasti). Jikalau lah EPF suaminya itu automatik menjadikan anaknya itu pewaris, ianya hanya boleh dikeluarkan selepas dia berusia 18 tahun.

Puan Maimunah telah berhenti dari bekerja setelah beliau disahkan mengidap kanser. Dan kini hanya adik2 sahaja yang membantu menghulurkan sumbangan. Namun tidak tahu sampai bila. Kerana sedia maklum, penyakit kanser adalah antara memerlukan rawatan kos yang mahal.

Sekian sahaja cerita ini, kalau kak atiey merasakan Puan Maimunah ini boleh dibantu. Di sini saya sertakan no telefon saya, 017-3978231 Ina atau menerusi email ini ainaahmad@rocketmai l.com

Terima kasih



BN sengaja pecah belahkan Pas: Mahfuz

29 July 2009

SHAH ALAM - Pas mendakwa pemimpin Barisan Nasional (BN) memutarbelitkan kenyataan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat susulan kesediaan Menteri Besar Kelantan itu untuk melupakan sengketa dengan Kerajaan Pusat.

Naib Presidennya, YB. Dato Hj Mahfuz Omar berkata, beliau tidak nampak kewajaran Tan Sri Muhyiddin Yasin untuk mengeluarkan kenyataan seolah-olah kerjasama politik antara Pas dan BN akan berlaku dalam masa terdekat.

Menurutnya, pendapat yang dikeluarkan pemimpin BN berhubung dengan kenyataan Menteri Besar Kelantan itu tidak lebih daripada mahu melihat Pas dan rakan Pakatan Rakyat (PR) berpecah dengan isu yang dibangkitkan parti itu.

“Saya percaya isu ini diputarbelitkan, apa yang Tok Guru maksudkan, ialah isu Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri, bukan hubungan UMNO-Pas, selama ini Kerajaan Pusat meminggirkan Kerajaan Negeri melalui pelbagai cara dan kaedah,” katanya.


Beliau berkata, kalau hendak diadakan pertemuan sekalipun, hanya akan berlaku antara Exco Kerajaan Negeri dan menteri yang berkenaan, Yang dia (Muhyiddin) hendak bawa dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO apa perlunya?” katanya.

Beliau berkata ketika diminta mengulas kenyataan Muhyiddin yang menyambut baik kenyataan Nik Aziz yang mahukan Kerajaan Negeri dan Pusat itu melupakan sengketa lama, sekali gus membuka pinta kerjasama kedua-dua parti itu.

Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, BN kini berada dalam keadaan sangat terdesak sehingga sanggup membuat kenyataan segera berikutan isu yang dijelaskan Menteri Besar Kelantan itu.

“Apa perlunya BN mengungkit kembali soal kerjasama parti seperti penubuhan kerajaan perpaduan, isu ini sudah lama ditutup, mereka ini dalam keadaan sangat terdesak dan memerlukan sokongan, saya boleh anggap BN dan UMNO ini sudah ‘gila talak’.

“Yang pasti apa yang digembar-gemburkan pimpinan BN berhubung dengan isu ini adalah tidak lebih untuk mengalih perhatian kes kematian Setiausaha Politik Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teoh Beng Hock yang masih dalam siasatan polis,” katanya. - Sinar Harian

Pulihkan kembali imej PDRM!

By Anwar Ibrahim 0 Comments

Bertempat di bilik jawatankuasa Bangunan Parlimen pagi ini, satu sesi meja bulat telah diadakan di antara Pakatan Rakyat dan organisasi bukan kerajaan lainnya. Sesi meja bulat khas hasil inisiatif Sdr Lim Kit Siang ini menjurus meneliti kepincangan institusi keselamatan dan keadilan terutamanya di kalangan pimpinan pasukan polis.

Tidak dapat dinafikan pasukan polis merupakan sebuah institusi yang sudah lama berkhidmat demi menjamin keamanan dan keselamatan rakyat. Demi memastikan pengorbanan anggota keselamatan yang jujur menabur bakti tidak disia-siakan oleh sesegelintir, adalah penting satu usaha digembeling secara menyeluruh bagi memulihkan integriti serta keyakinan rakyat terhadap pasukan polis.

Kegagalan kerajaan umno-bn menuruti saranan Suruhanjaya DiRaja Penambahbaikan Polis untuk menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Pasukan Polis menimbulkan tanda tanya rakyat terhadap iltizam kerajaan, sedangkan Suruhanjaya DiRaja tersebut mengakui peningkatan mendadak kadar jenayah menimbulkan keresahan rakyat serta kegusaran para pelabur. Manakala keyakinan rakyat hanya dapat dipulihkan sekiranya kewujudan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis menjadi kenyataan.

Selepas meneliti pandangan dan mendengar pendapat wakil dari pelbagai organisasi, para hadirin secara sebulat suara menuntut supaya kerajaan tidak melanjutkan tempoh perkhidmatan ketua polis negara Tan Sri Musa Hasan. Mereka melahirkan rasa kesal kerana pimpinan atasan polis telah mengabaikan tanggungjawab mereka; iaitu melindungi dan menjamin keselamatan rakyat keseluruhannya.

ANWAR IBRAHIM



KALIMAH SIHIR OBAMA

Oleh: Imran al-Malizi

Telah banyak yang diulas tentang ucapan Presiden Barack Obama di Kaherah pada 4 Jun 2009 lalu. Ramai yang memuji ucapan beliau yang ditujukan kepada dunia Islam. Kelihatannya mahu memperbaiki hubungan AS dengan dunia Arab dan Islam seluruhnya. Saya membaca teks penuh ucapannya itu beberapa kali, malah berulang kali pada beberapa titik penting.

Kemudian tahulah saya bahawa ucapan ini hanyalah ‘kalimah sihir’ yang memperdayakan. Bahkan lebih hebat lagi, ianya dimulakan dengan ucapan salam dan diselitkan petikan ayat-ayat al-Quran.

Apabila Obama bercakap tentang latar belakang hidupnya yang dekat dengan komuniti Islam, memuji sejarah peradaban Islam serta jasanya kepada dunia Barat, mengiktiraf sumbangan masyarakat muslim sepanjang sejarah Amerika Syarikat sendiri, malah beliau menegaskan pentadbiran AS juga mempertahankan hak-hak muslim di negara itu, mungkin ramai yang tersentuh dengan keluhuran bicaranya.

Kata Obama, “Saya menjelaskan bahawa Amerika tidak dan sekali-kali tidak akan memerangi Islam.” Ternyata Obama mahu memulihkan imej AS yang sudah hodoh di mata umat Islam akibat serangannya terhadap Afghanistan dan Iraq serta bantuan berterusan kepada pentadbiran Israel termasuklah serangan terakhir ke atas Gaza .

Kata-kata yang indah diteruskan lagi dan lagi dan lagi.. sehinggalah bagi orang-orang yang berakal sahaja dapat menghidu bahawa ucapan Obama ini sebenarnya membawa mesej yang sama dengan pentadbiran Bush yang terdahulu.

Cuma pada kali ini, cara penyampaiannya berbeza, seolah-olah ianya menepati ajaran Islam dan mementingkan maslahah dunia Islam. Obama menjustifikasikan peristiwa 11 September 2001 untuk mengharuskan serangan di Afghanistan. Kata Obama, “Kami tidak punya pilihan, kami pergi kerana terpaksa. Saya sedar masih ada yang mempertikaikan atau malah mewajarkan serangan 9/11. Tetapi kita perlu jelas, Al-Qaeda telah membunuh hampir 3000 orang pada hari itu.”

Obama menghiasi ucapannya dengan petikan ayat al-Quran: “dan sesiapa yang membunuh satu nyawa bukan kerana ia membunuh orang lain, atau membuat kerosakan di muka bumi, maka seakan-akan dia telah membunuh manusia seluruhnya. Dan sesiapa yang memelihara satu nyawa, seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia seluruhnya.” (Al-Maidah: 32)


Obama mungkin tidak sedar, ramai rakyat AS sendiri sudah menafikan kaitan serangan itu dengan al-Qaeda atau mana-mana kumpulan muslim, malah banyak hujah dan bukti yang menunjukkan serangan tersebut sudah dirancang oleh AS sendiri untuk memulakan perang ke atas Afghanistan kerana kekayaan sumber gas asli dan serangan terhadap Iraq bagi menjaga kepentingan Israel, mengaut kekayaan minyak dan menamatkan riwayat hidup Saddam yang dilihat sudah tidak berfungsi lagi menurut kepentingan AS.

Micheal Moore, seorang pengarah dokumentari bebas telah memenangi anugerah filem terbaik Cannes Film Festival (2004) dengan pendedahannya melalui filem Fahrenheit 9/11. Seorang anak muda, Dylan Avery telah menafikan penglibatan Osama bin Laden dan al-Qaeda dengan bukti-bukti yang terlalu jelas dalam Loose Change 2nd Edition.

Bagaimanapun, Obama mengakui kesilapan AS dalam peperangan di Afghanistan dan Iraq. Menurut Obama, serangan di Iraq adalah berbeza kerana ia dilakukan dengan pilihan dan beliau bersetuju isu di Iraq telah mengundang pertentangan dalam AS sendiri dan masyarakat antarabangsa.

Obama juga mengakui kehadiran tentera AS tidak diperlukan lagi di kedua-dua negara itu. Katanya tentera AS akan berundur sepenuhnya pada 2012 (mengapa lama sangat?).

Kerana itu saya tidak berminat mengulas lanjut tentang itu. Sebenarnya saya memerlukan ruang yang lebih banyak untuk menghuraikan satu-persatu kalimah sihir Obama ini.

Pada kali ini, cukuplah saya memetik kata-kata beliau mengenai isu Palestin. Kata Obama, “Hubungan kuat Amerika dan Israel sudah diketahui umum. Hubungan ini tidak dapat dirungkaikan. Ianya berasaskan ikatan budaya dan sejarah serta pengiktirafan bahawa aspirasi untuk (mewujudkan) tanahair bangsa Yahudi yang bersusur galur daripada sejarah tragik tidak dapat dinafikan.”

Kemudian Obama berbicara tentang peristiwa Holocoust di mana 6 juta orang Yahudi terbunuh dan anti-semitic di Eropah yang membawa kepada keperluan wujudnya sebuah negara Israel di bumi Palestin pada ketika ini.

Namun begitu menurutnya, rakyat Palestin dari kalangan Muslim dan Kristian juga turut menderita selama 60 tahun akibat pendudukan Yahudi di bumi suci itu.

Kata Obama, “Jangan ada keraguan, situasi yang berlaku pada rakyat Palestin tidak boleh diterima. Amerika tidak akan membelakangi hak aspirasi orang Palestin untuk mendapatkan kehormatan, kesempatan dan negara mereka sendiri.”

Tidakkah Obama sedar, tindakan AS menyokong Israel dan polisi negara haram itu adalah sangat bertentangan dengan ucapan beliau di atas? Adakah tindakan AS yang membantu ketenteraan Israel termasuklah serangan terakhir yang dilancarkan terhadap Gaza juga sangat bertentangan dengan ucapan ini?

Ucapan ini bukan baru, Clinton dan Bush juga pernah berbicara dengan nada yang sama. Cuma ucapan Obama lebih berkesan sihirnya.

Kata Obama lagi, “Penyelesaian yang ada ialah aspirasi kedua-dua negara harus ditemukan, di mana rakyat Israel dan Palestin masing-masing hidup dalam aman damai.”

Sudah lebih 60 tahun AS memejamkan mata daripada pembunuhan demi pembunuhan yang dilakukan oleh regim Zionis demi meluaskan wilayah Israel. Walaupun dari segi politiknya, rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat memiliki kurang 20% dari keseluruhan bumi Palestin, namun hakikatnya mereka langsung tidak berkuasa dalam wilayah mereka.

Dalam keadaan ini adakah layak bagi Obama untuk mencadangkan supaya rakyat Palestin dan Israel mesti hidup bersama dengan aman damai?

Ini lebih jelas lagi, apabila Obama bercakap tentang keganasan. Katanya, “Rakyat Palestin mesti menolak keganasan. Penentangan melalui keganasan dan pembunuhan adalah satu kesalahan dan ia tidak akan berjaya.”

Semua mengetahui bahawa ucapan ini ditujukan kepada HAMAS. Menurut Obama, kaum hamba kulit hitam di Amerika yang ditindas tidak menggunakan kekerasan untuk mendapatkan hak mereka. Tetapi beliau lupa, kemerdekaan Amerika Syarikat dari British pada 4 Julai 1776 juga dicapai melalui peperangan dan kekerasan. Mengapa Obama mesti mempertikaikan perjuangan rakyat Palestin menghalau penjajah Zionis dengan kekerasan?

Obama mengulas, tindakan melancarkan roket kepada kanak-kanak yang sedang tidur atau meletupkan wanita tua di dalam bas bukanlah tindakan yang berani. Tidakkah beliau terfikir bagaimana kanak-kanak dan wanita Palestin dibunuh di jalanan juga bukan satu tindakan yang bermoral? Tetapi, bukankah sebelum ini beliau menyatakan simpati kepada nasib rakyat Palestin? Benar, begitulah kalimah sihir.

Kata Obama, “HAMAS memiliki sokongan dari kalangan rakyat Palestin, tetapi mereka juga perlu mengakui mereka mempunyai tanggungjawab untuk memainkan peranan memenuhi impian rakyat Palestin, menyatukan mereka, HAMAS mesti mengakhiri keganasan, mengiktiraf perjanjian-perjanji an terdahulu, mengiktiraf hak kewujudan Israel.”

Sekali lagi, Obama menegaskan sebagaimana hak kewujudan Israel tidak boleh dinafikan, begitu juga dengan Palestin. Beliau menolak pendudukan Israel yang terus meluaskan wilayahnya. Kerana tindakan ini melanggar perjanjian-perjanji an sebelum ini untuk mencapai keamanan.

Jika begitu, maka jelaslah bukan HAMAS yang melanggar perjanjian. Mereka hanya mempertahankan nyawa dan kehormatan mereka. Kata Obama lagi, “Krisis kemanusiaan yang berterusan di Gaza tidak membantu keselamatan Israel..”

Obama perlu sedar, polisi luar dan bantuan ketenteraan AS juga yang menyebabkan krisis ini berterusan. Menurut beliau, “Terlalu banyak airmata dan darah yang telah tumpah.”

Obama mencadangkan bahawa menjadi tanggungjawab kita untuk bersama melihat ibu-ibu di Israel dan Palestin boleh melihat anak-anak mereka membesar tanpa perasaan takut. Katanya, “Apabila Jerusalem menjadi tanahair yang selamat untuk kaum Yahudi, Kristian dan Muslim.. serta tempat untuk semua keturunan Nabi Ibrahim hidup aman damai sebagaimana dalam peristiwa Israk – di mana Nabi Musa, Isa dan Muhammad bersama-sama dalam solat.”

Satu impian yang menarik disebut oleh Presiden Obama, tetapi beliau perlu ingat polisi AS menyokong dan mempertahankan kota Jerusalem (al-Quds) menjadi ibu negara bagi Israel, sekaligus menafikan hak rakyat Palestin padanya. Bagaimana umat Islam di kota itu ditindas dan ditekan malah dihalau keluar secara halus dan sistematik. Masjid suci al-Aqsa al-Mubarak juga terus menghadapi ancaman untuk dirobohkan.

Semua ini adalah persoalan utama yang mesti difikirkan oleh Obama sebelum mengeluarkan kata-kata sihir yang indah itu.

Majalah pro-HAMAS, Filisteen AlMuslima, keluaran Julai 2009 (hal.46-47), mendedahkan bahawa ucapan Obama itu disampaikan di Kaherah setelah beberapa perjumpaan dibuat di Washington antara Raja Jordan - Abdullah II, Presiden Palestin Mahmoud Abbas, Perdana Menteri Israel Benjamin Nentahayu dan lain-lain.

Maka lahirlah ucapan yang menarik dan penuh sihir itu. Mesej yang tersembunyi masih sama seperti polisi AS-Israel sebelum ini. Nasib rakyat Palestin tidak akan berubah melainkan dengan cara yang telah ditulis di sisi Allah S.W.T.


Lagi desak tukar segera Rosmah Mansor

Pemuda Pakatan Rakyat Selangor
Wed Jul 29, 09 2:20:28 am MYT

Pemuda Pakatan Rakyat Selangor mengulangi desakan kuat kepada Kerajaan Negeri Selangor untuk menukar segera Canselor Universiti Industri Selangor (UNISEL), Datin Seri Rosmah Mansor kerana beliau tidak layak dan kompeten untuk menduduki kerusi berprestij tersebut.

Pemuda Pakatan Rakyat yakin kedudukan beliau yang sesuai dan terbaik ialah hanya di gedung-gedung pakaian dan membeli-belah dan bukannya berada di kerusi tertinggi untuk sebuah institusi gedung ilmu negara.


Kenyataan tegas Pemuda Pakatan Rakyat ini juga menyokong desakan yang kuat daripada mahasiswa,mahasiswi dan pensyarah UNISEL sendiri apabila satu program yang dihadiri oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim menunjukkan sokongan agar Canselor UNISEL ini ditukar segera mendapat sokongan total dan tidak berbelah bagi.

Malahan kita yakin masyarakat di negeri Selangor juga mahu kepada seorang Canselor UNISEL yang boleh mencerminkan prestij dan imej keilmuan dan taman budi sebuah gedung ilmu negara.

Menyedari hakikat ini,Kerajaan Negeri sepatutnya sudah menyedari dan bertindak proaktif untuk menukar Canselor UNISEL kepada individu yang lebih berkelayakan dan mempunyai nilai ilmu,akal budi dan akhlak murni yang tinggi.

Ia adalah salah satu usaha progressif bagi mencerminkan gerak kerja bersungguh-sungguh kerajaan negeri memartabatkan insititusi pengajian tinggi ke peringkat global.

Kita mahu UNISEL dipandang tinggi dan dihormati di peringkat antarabangsa sebagai sebuah gedung ilmu yang mampu mencapai standart universiti tersohor dan terbilang dunia.

Justeru, Pemuda Pakatan Rakyat mengulangi desakan agar pertukaran Canselor ini disegerakan kerana jelas penolakan mahasiswa dan pensyarah sendiri yang menyatakan pendirian ini secara terbuka.

Kerajaan Negeri perlu memilih individu yang paling sesuai dan terbaik untuk Canselor baru UNISEL akan datang. Semakin lama kerusi ini disandang oleh Rosmah Mansor ianya hanya akan menjadi satu liabiliti dan tanggungan kepada pihak kerajaan Negeri dan juga UNISEL.

Malahan, kredibiliti dan ketinggian institusi ini akan semakin dipersoalkan oleh masyarakat dan dunia antarabangsa. Pemuda Pakatan Rakyat yakin apabila kerusi Canselor UNISEL ini disandang oleh individu yang layak dan mempunyai ilmu dan akhlak yang tinggi. Maka usaha ke arah meninggikan dan martabat kedudukan UNISEL akan semakin bersemarak.

Pemuda Pakatan rakyat bertambah yakin UNISEL kelak akan menjadi salah satu universiti terbaik dunia yang pada kelasnya yang tersendiri.
Justeru, Kerajaan Negeri hanya mempunyai satu sahaja pilihan iaitu meletakkan individu terbaik dan paling layak untuk kerusi Canselor UNISEL ini.
Akhirnya, Pemuda Pakatan Rakyat mengulangi desakan agar pertukaran Canselor UNISEL disegerakan.

Kita yakin seluruh mahasiswa dan mahasiswi serta warga penggerak UNISEL akan bertambah bersemangat untuk memartabatkan universiti tersebut sebagai pusat kecemerlangan ilmu dunia dengan pertukaran Canselor UNISEL yang akan melonjakkan UNISEL antara universiti terbilang dunia.
---
Kenyataan ini dikeluarkan oleh
Khairul Anuar Ahmad Zainuddin Angkatan Muda Keadilan Selangor
Hasbullah Mohd Ridzwan Dewan Pemuda PAS Selangor
YB Lau Weng San DAPSY Selangor_

Selasa, 28 Julai 2009

TEOH : Jatuh terkangkang macam tu boleh polis katakan 'kematian mengejut

28 July 2009

Rakyat rata-rata terkejut dengan kenyataan Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar yang membuat kenyataan bahawa kes kematian Teoh Beng Hock di bangunan SPRM minggu lalu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut sekalipun katanya ia boleh dipinda jika ada penemuan baru.

"Benar-benar sudah diramalkan bahawa akan berlaku cover-up untuk kes ini sepertimana polis yang sama melakukan ke atas kes A. Kugan," kata seorang pemerhati politik.

"Jika demikianlah sikap dan hasil siasatan polis, tiada siapa lagi mahu percaya kepada polis dan tiada siapa lagi mahu bekerjasama dengan pihak polis di masa akan datang," ujarnya tegas.

Sementara itu prosiding inkues Teoh Beng Hock, setiausaha politik seorang anggota exco kerajaan Selangor, akan bermula esok di Mahkamah Shah Alam bagi mengetahui punca kematiannya.

Teoh, 30, ditemui mati terjatuh dari bangunan yang menempatkan pejabat Surhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Selangor di Shah Alam, selepas dia dipanggil memberi keterangan dalam siasatan dakwaan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor.

Peguam Gobind Singh Deo, bagi pihak keluarga Teoh, ketika dihubungi Bernama berkata, pihaknya akan mengemukakan permohonan bagi mendapatkan beberapa dokumen termasuk laporan bedah siasat sebelum prosiding inkues bermula.


Keterangan dari 77 saksi yang dipanggil akan menjadi tumpuan. Koroner Azmil Muntapha Abas dijangka mendengar kes itu selama 15 hari.

Antara yang dijangka dipanggil ialah 28 pegawai SPRM, ahli kimia dan patologi serta beberapa teman rapat Teoh.

Teoh, setiausaha politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai lalu di tingkat lima Plaza Masalam di sini, selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor kepada SPRM Selangor yang berpejabat di plaza itu.

Pada 22 Julai lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan satu inkues yang diketuai oleh seorang majistret akan dijalankan bagi menentukan punca kematian Teoh.

Seksyen 337 Kanun Acara Jenayah memperuntukkan kuasa kepada koroner untuk menyiasat bila, di mana dan bagaimana seseorang itu mati, dan sama ada mana-mana orang terlibat secara jenayah yang menyebabkan kematian itu.

Selain Gobind, keluarga Teoh turut diwakili peguam Karpal Singh, manakala peguam Malik Imtiaz Sarwar akan bertindak sebagai peguam pemerhati bagi kerajaan negeri Selangor.

Pejabat Peguam Negara masih merahsiakan siapa yang akan mengendalikan kes itu tetapi dipercayai ia dibarisi beberapa Timbalan Pendakwa Raya berpengalaman.

Tinjauan Bernama di Mahkamah Majistret 5 Shah Alam hari ini mendapati beberapa petugas sedang sibuk membuat persiapan memasang tiga skrin untuk memaparkan segala keterangan yang direkod sepanjang prosiding inkues itu nanti.

Para petugas media dijangka berada di mahkamah seawal 6 pagi esok bagi mendapat tempat duduk di galeri awam memandangkan ruang mahkamah itu hanya mampu menampung sekitar 60 orang.

Ini permainan Umno bukan saya, kata Nik Aziz

KOTA BHARU 27 Julai: "Ini permainan Umno," kata Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. "Apa yang saya minta adalah kerajaan negeri mengadakan hubungan baik dengan kerajaan persekutuan."

Nik Aziz mengulas kenyataan para pemimpin Umno kononnya beliau berpatah balik dan merubah balik kenyataannya sebelum ini yang menentang gagasan kerjasama dengan Umno.

"Apa yang saya cadangkan adalah hubungan antara dua kerajaan atas dasar semangat persekutuan," katanya mengulas cadangannya semasa Fiesta Kelantan 2009 di Kuala Lumpur.


Apa yang dia minta, kata Nik Aziz adalah kerajan persekutuan menunaikan tanggungjawabnya dengan baik. Antaranya tuntutan royalti minyak dari Petronas, bayaran geran pembangunan yang sering diperlambatkan dan projek-projek pembangunan di Kelantan.

Ekoran kenyataan itu, para pemimpin Umno menyambut baik kenyataan Nik Aziz itu seolah-olah beliau sudah mau berbaik-baik dengan kerajaan pimpinan Umno.

Mereka juga membuat kenyataan agar Nik Aziz tidak menarik balik kenyataannya mau berbaik-baik ini.

"Ini bukan urusan parti. Saya tidak berminat untuk merapatkan hubungan kedua-dua parti. Ini hal berasingan," kata beliau.

siasahdaily


Anwar komen isu pegang lilin

Oleh x-pkr

1. AnWAR melahirkan rasa terkilan beliau dengan kenyataan Dewan Ulama' PAS yang pertikaikan kehadiran Nizar di majlis nyalaan lilin untuk Teoh Beng Hock. Beliau menyifatkan kenyataan itu sebagai mengurangkan sokongan masyarakat Cina kepada PAS dan pembangkang amnya. Ujar AnWAR lagi pendapat Dewan Ulama' itu tidak tepat serta tidak mengambil kira maslahah umum dan keutamaan Fiqh (Fiqh Awlawiyyat) dalam kaedah Feqah.

2. Menurut AnWAR ulama' PAS ini terbelenggu oleh pemikiran islam konservatif serta ketinggalan menilai pendapat-pendapat ulama' kontemporari terkini. Menurut AnWAR lagi, pendapat-pendapat seperti ini menjumudkan lagi Islam dan mengecilkan skop perbincangan di kalangan orang islam sahaja. Ini tidak bagus untuk perkembangan islam dalam era dunia tanpa sempadan kini.

3. Dalam isu ini, AnWAR menolak pendapat TS Harussani dan Datuk Dr. Mahmud Zuhdi yang tidak membenarkan perkara dari sudut apa pun. Datuk Dr. Haron Din juga menyokong pendapat TS Harussani dan Dr. Mahmud Zuhdi namun saya percaya ini tidak akan dilaporkan dalam Harakah demi menjaga air muka penyokong AnWAR yang mewakili kelompok kecil dalam PAS namun begitu berkuasa.

4. Sering kita lihat tindakan AnWAR kini, jika menyokongnya, semua dikatakan bagus dan adil. Jika sebaliknya, maka akan dicaci dan diherdik oleh AnWAR. Dengan kebolehan menyebut perkataan arab sepatah dua, AnWAR tidak wajar mempertikaikan pendapat ulama' di luar lingkungan politik yang tidak menyokongnya. Saya menyebut begini, kerana kebolehan bertutur dan membaca dalam bahasa Arab amatlah penting untuk kita memahami isu dan mengeluarkan fatwa.

Perkara aqidah ini bukan isu politik yang boleh dihujjahkan menurut kemahuan sendiri. Ia harus diputuskan oleh mereka yang ahli dan mereka wajar dihormati kerana ilmu yang mereka miliki. Pendapat Dewan Ulama' PAS jelas menggesa kita menjauhi perkara yang diragui. Jarang kita dapat melihat PAS begini mengenai ahlinya w/pun kenyataan ini agak lembut. Pendapat ulama' 'non partisan' lebih keras, namun selari dengan pendapat Dewan Ulama' PAS.

Bagi menilai tindakan AnWAR, inikah apa yang dikatakan "Tujuan menhalalkan cara" anjuran Machiavelli itu?

Sekian.

#: Rasa terkilan AnWAR disuarakan kepada pembantu khasnya yang menjaga hal ehwal Parlimen, bekas seorang ahli Parlimen di sebuah negeri di Pantai Timur. Semalam pembantu khasnya berjumpa dengan seorang ahli Parlimen PKR dari Selangor menceritakan luahan hati AnWAR.

sumber - x-pkr


PERHATIAN..!! LAGI SEKALI PERINGATAN BUAT UMAT ISLAM DI MALAYSIA

Nama saya Salleh Bin Omar, nama Kristian Joseph. Saya dilahirkan di Kedah pada 5/5/1940, bapa saya seorang India Muslim dan mak saya orang Banting, Selangor. Bapa saya telah pulang ke India dan emak saya berada di Kedah, Pondok Kg Pisang. Pada 1970 saya telah pergi ke Johor Bahru untuk mencari kerja bersama-sama kawan-kawan tetapi gagal. Saya terpaksa tidur di stesen keretapi. Saya telah bertemu dengan seorang paderi bernama Father Chong. Kami diberi layanan istimewa, tem! pat tinggal, makan dan minum dan tinggal selama 2 tahun. Kami diajar sembahyang dalam bahasa Inggeris..

Pada satu hari iaitu dalam tahun 1974, saya telah bertemu dengan seorang paderi besar di Malaysia, dari Kuala Lumpur bernama Kamaruddin Hj Ahmad. Beliau telah membawa saya tinggal di seksyen 14, Jalan Gasing, Petaling Jaya.. Kami belajar selok belok agama Kristian di Gereja Jalan Gasing dan dibina khas! untuk orang Melayu beragama Islam (ada hingga sekarang). Setelah satu tahun saya tinggal disana, saya telah dihantar ke Indonesia selama 6 bulan, belajar cara-cara untuk sembahyang orang mati, talkinkan orang dan macam-macam lagi dalam Bahasa Malaysia.

Saya belajar sekali dengan Ibu Tien Suharto yang menjadi pemimpin Agong Wanita Kristian seluruh Asia dan Bendahari Agong wanita Kristian seluruh Indonesia. Saya pulang ke Malaysia, kemudian dilantik sebagai pendakwah dari Perlis hingga ke Johor Bahru.


Oleh! kerana saya aktif di gereja, saya dihantar pula ke Filipina selama 1 bulan, belajar selok belok Kristian dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia kerana terdapat orang Malaysia,Singapura dan orang Filipina. Kemudian saya balik ke Malaysia sebagai pendakwah dibayar RM60.00 sehari, kenderaan percuma, seramai 6 orang. Selepas itu dihantar ke Singapura selama 1 bulan di Port Carzy bersama En Aziz orang Telok Intan. Beliau adalah Setiausha Agong Persatuan Melayu Kristian Singapura.. Beliau juga adalah bekas Tentera Udara Di Raja dan berhenti memegang jawatan setiausha agong Kristian Singapore. Apabila dilantik ke gereja saya masih lagi ketua dakwah bersama 6 orang kawan.

Saya dihantar ke Baptish Church di Ipoh, dibekalkan duit RM1,400.00, bersama 2 orang kawan dan sebuah kereta untuk mengkristiankan pelajar-pelajar dan pemuda-pemuda Negeri Perak. Pada bulan Januari saya berasa tak tenteram dan telah bertemu dengan Tuan Ibrahim, Kadi daerah Ipoh dan membawa saya bertemu Mufti Negeri Perak dan En Azlan, Pengarah Jabatan Agama dan saya terus bertaubat.

Jumlah Kristian seramai 3,000 orang telah dikristiankan, terutama penduduk Negeri Perak dan Johor Bahru, Manjoi dan Rapat Setia (Perak).... Cara hendak mengenali mereka Lelaki - Berseluar hitam, berbaju putih, bertali leher hitam, bawa beg James Bond (elaun satu hari RM60.00 ). Perempuan - Berbaju putih skirt hitam dan reben hitam. Di Kuala Lumpur - Daya Bumi, Kota Raya dan Sg Wang Plaza.

Cara-cara berdakwah:

Mereka akan menemubual, tanya asal terutama pencari kerja. Pendakwah akan belanja makan apa saja, mempelawa tempat tinggal(asrama 120 katil, makan disediakan) didakwah dengan kaset, cara perlahan-lahan diajak sembahyang dengan diberi satu cross selepas dibawa sembahyang akan diberi sejenis air hitam (holy water). Setelah diberi minum-1 minggu lidah menjadi hitam! , tidak boleh mengucap dan mendengar azan macam menutup telinga hal dakwah Islam tidak mahu. Air itu khusus untuk orang Islam sahaja. Kewangan gereja RM12.6 juta, sumber dari Sabah, Serawak ,Filipina dan Singapura.

Motorola adalah penyokong dakwah Kristian ini (terletak di Petaling Jaya, Pulau Pinang dan Senawang). Senawang terlibat seramai 200 orang, ketua di Senawang, Haji Hanapi Saat dan Hj Ismail orang Sungai Petani Kedah. Haji Hanapi bekas guru - akibat desakan hidup terpengaruh dengan Kristian. Sekolah yang paling teruk dilanda Kristian ialah Victoria Institution. Pengetuanya En Ismail Rahim. 20 orang telah Kristian-susah untuk diberi nasihat kerana kebanyakannya anak menteri dan datuk datuk. . .. Di Ipoh Sekolah Tengku Abd Rahman (STAR)- 2 orang Sekolah teknik seorang pelajar perempuan (bersalib) telah bertaubat, bila saya tanya, katanya untuk main-main saja, akhirnya dia bertaubat. Banting Kamariah bt Sidek -le! pasan sekolah ditarik oleh seorang guru Cina (pendakwah Cina dibayar RM165.00 sehari) En Salleh Omar yang menawarkan cek sebanyak RM10 juta kepada Yusof Noor untuk mengadakan persidangan Kristian sedunia (sebagaimana tersebar di akhbar)1982.

Salasiah bt Sidek- Sekolah Tengku Khursiah, Seremban balik ke Nibong Tebal, accident motor, didalam tudungnya ada salib. Punca terjebak dalam Kristian:

1. Desakan hidup
2. Kurang agama

Beliau telah dapat menarik semula 300-400 orang kepada Kristian. Beliau sekarang bekerja dengan Badan Kebajikan Islam Perak. Beliau mendedahkan juga matlamat 1990 untuk menawan satu Malaysia/Brunei kepada Kristian. Padri Besar di Malaysia ialah Kamaruddin Hj Ahmad. Pairin Ketingan adalah penaungnya dan saya sebagai timbalan padri itu. Beliau telah dihantar ke Melaka (masjid paling banyak). Beliau pergi setiap masjid bertanya imam dan bilal untuk membuat kajian mengapa umat Islam malas ke masjid... Selepas mesyuarat 3 hari saya hantar 6 orang pendakwah, tidak sampai sebulan 400 orang telah masuk Kristian di Melaka.

Target Kristian: Pemuda yang tidak faham agama, ada yang tidak tahu Fatihah dan dengan rock-pameran di kapal-kapal. Cara untuk masuk Kristian, mereka perlu gambar 2 keping dan duit setem $7.00 pergi ke mahkamah di Selangor, Kedah, Kuala Lumpur angkat sumpah. Nama dalam kad pengenalan tidak ditukar (! sukar nak dikesan) Beliau beri penerangan kepada

1. Polis Bukit Aman, 2. Pusat Islam (untuk menyedarkan umat Islam) Bila dibaca kitab tidak akan terpengaruh dengan Kristian ini.

Seorang bekas padri Abd Rahman Yaakob (Pengarah Anti Dadah,Batu Gajah) pernah menjadi padri selama 23 tahun. En Abd Rahman adalah berdakwah didalam bahasa Inggeris. Beliau sebagai padri dikenakan 4 syarat

1. Tidak boleh hisap rokok
2. Tidak boleh minum arak
3.. Tidak boleh makan benda! -benda berdarah
4. Tidak boleh kahwin.

Holy water dibawa dari Indonesia (Ketua padri Indonesia) bapak Bruto yang menyediakan air ini. Percetakan buku-buku Kristian di Cheras telah disiasat dan mereka ada lesen. Ketua padri Kamaruddin Hj Ahmad. Dalam pada berdakwah Kristian sebanyak 3 negeri tak boleh dimasuk Kristian iaitu, Kelantan, Kedah dan Terengganu, mereka pernah dipukul hingga patah tangan..

PENGUMUMAN - HARAP DISAMPAIKAN! KPD ORANG ISLAM KITA "Sebarkanlah walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW) "Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."

(Surah Al-Ahzab:71) demi kebaikan kita bersama untuk suami, isteri, anak-anak, kaum keluarga, saudara-mara, sahabat-handai dan generasi akan datang yang kita sayangi. 'Agungkanlah dan laungkanlah 'Allah hu Akbar'..... maha suci Allah.


Puaka (Politik) 13 Mei dan Teori Celaka

oleh Najwan Halimi

Saya dibesarkan dalam persekitaran Melayu yang kuat. Sejak dari kecil, orang-orang tua dalam keluarga sering memomokkan saya akan bahaya yang dibawa oleh bangsa Cina dan India.

Kata mereka, Cina ini kaum pendatang yang suka menipu dan mahu merampas hak orang Melayu. India pula bangsa yang kuat mabuk, suka mencari gaduh dan melakukan jenayah. Untuk mendukung teori celaka ini maka minda Melayu saya disogok dengan satu kisah puaka yang terjadi empat dekad yang lalu.

(i)

Teori celaka – Cina penipu dan India suka cari gaduh – ini terbawa-bawa sehingga ke alam persekolahan rendah menerusi pergaulan saya yang hanya terbatas dalam kelompok anak-anak Melayu sahaja. Saya tidak berkawan dengan murid-murid bukan Melayu dan sering memandang curiga terhadap apa saja yang mereka lakukan.

Sewaktu darjah lima, seorang teman sekelas (budak Melayu yang saya lupa namanya) membuka kisah 13 Mei. Katanya, ini cerita benar yang didengar dari datuk dan bapa saudara yang (didakwanya) terlibat secara langsung dalam peristiwa tersebut. Saya jadi tertarik dan bertanya lanjut. Baca seterusnya......

Maka dikatakan bahawa waktu itu orang-orang Cina bertindak biadap dan kurang ajar kerana menghina dan mencerca orang-orang Melayu. Orang Cina mengutuk hak istimewa Melayu dan merendah-rendahkan bahasa Melayu. Kerana merasakan bahawa maruah bangsa telah dicabar, orang-orang Melayu mengangkat senjata dan mengamuk dengan menyerang dan membunuh orang-orang Cina yang celupar itu.

Orang Cina bertindakbalas dan turut bertindak agresif. Maka saat itu parang, kayu, keris dan segala macam senjata melayang ke udara, cerita teman saya itu. Tambah beliau lagi (entah betul atau tidak), datuknya juga turut ditetak di dada oleh seorang Cina namun langsung tidak cedera kerana memiliki ilmu kebal yang menyebabkan badannya tidak lut senjata. Saya kagum dan teruja dengan cerita teman saya tadi.

Kemelayuan saya semakin jitu dan teori celaka – Cina penipu dan India suka cari gaduh – kini saya yakini sepenuhnya. Melayu itu hebat, pantang dicabar. Kalau dicabar, nahas!

Di rumah, saya bertanyakan bapa tentang 13 Mei. Kata beliau, waktu itu dia masih kecil dan tidak tahu menahu kerana peristiwa itu hanya berlaku di Kuala Lumpur sedangkan beliau menetap di Pahang. Tiba-tiba, bapa saya bercerita tentang Tun Razak, Dasar Ekonomi Baru dan UMNO.

Sekali lagi, teori celaka – Cina penipu dan India suka cari gaduh – bergema dalam minda saya. Ya, saya Melayu. Saya bangga jadi Melayu!

Hidup Melayu!

(ii)

Sewaktu bersekolah menengah, saya sekelas dengan ramai pelajar berbangsa Cina. Kesan daripada puaka 13 Mei ini, saya kekok dan sukar bergaul dengan pelajar-pelajar lain yang bukan berbangsa Melayu. Saya hanya senyap dan menyendiri di dalam kelas sehinggalah saya ditegur oleh seorang anak Cina yang fasih berbahasa Melayu.

Budak Cina ini bernama Tan Chien Liang. Dia anak orang kaya yang dihantar dan dijemput setiap hari oleh pemandu keluarganya. Ya, bapanya ahli perniagaan dan memiliki rumah banglo yang mewah.

Mulanya saya prejudis dan gemuruh dengan budak Tan ini. Puaka 13 Mei dan teori celaka – Cina penipu dan India suka cari gaduh – masih lagi bersarang dalam benak Melayu saya. Namun demikian, lama kelamaan saya mulai senang dengan Tan. Dia baik dan tidak menipu. Setiap kali saya terlupa membawa wang belanja, dia akan meminjamkan wangnya untuk saya beli makanan di kantin. Dia juga tidak akan beri jawapan kepada saya setiap kali saya cuba menirunya waktu peperiksaan. Tidak baik katanya.

Kami bersahabat. Macam belangkas, kata pelajar-pelajar lain. Dan saya semakin terlupa akan teori celaka – Cina penipu dan India suka cari gaduh – yang sering dimomokkan oleh orang-orang tua dalam keluarga saya. Saya senang dengan Tan. Dia fasih bercakap Melayu. Dia suka makanan Melayu. Dan dia juga menaruh cinta pada gadis Melayu!

Suatu hari, Tan bertanyakan saya tentang Islam. Dia mahu saya mengajarkannya perihal Islam. Katanya, dia suka berkawan dengan saya sebab saya baik. Sebab dia nampak orang Islam baik. Saya terpinga. Namun saya bersetuju.

Maka saya pun mula belajar dan pada masa sama mengajar Tan tentang Islam. Saya kaji Al-Quran, saya baca hadith. Oh, rupanya semua manusia ini bersaudara. Semua manusia ini berasal dari Adam. Melayu, Cina dan India rupanya manusia bersaudara. Cuma faktor sejarah, geografi dan budaya yang membezakan mereka. Hakikatnya – menurut pembacaan saya itu – semua manusia bersaudara.

Tiba-tiba teori celaka – Cina penipu dan India suka cari gaduh – cuba menyerang kesedaran yang baru terbina. Ada bisikan puaka yang mengingatkan saya tentang 13 Mei. Tentang kebiadapan Cina terhadap Melayu. Tentang kehebatan Melayu yang tak lut senjata. Tentang keris. Tentang Hang Tuah. Bisikan puaka ini menyuruh saya menafikan kenyataan bahawa manusia itu bersaudara dan sememangnya Cina penipu dan India suka cari gaduh.

Ah, tak mungkin! Tan baik orangnya. Dia tidak pernah menipu saya. Dia jujur sewaktu jawab peperiksaan dan dia mahu belajar tentang Islam. Dia suka berkawan dengan saya sebab saya juga baik kepadanya.

Dan bisikan puaka 13 Mei serta teori celaka – Cina penipu dan India suka cari gaduh – mendiamkan diri. Barangkali bengang kerana saya tidak melayani.

(iii)

Di universiti, saya belajar kejuruteraan. Sewaktu hari pertama kuliah – waktu sesi memperkenalkan diri – seorang budak India bernama Ganesan dengan bangganya mengatakan beliau seorang ateis.

Selepas kuliah, saya menghampiri Ganesan dan bertanyakannya kenapa dia tidak meyakini Tuhan. Dia hanya tersenyum sambil menyatakan bahawa dia sebenarnya masih dalam pencarian ke arah kebenaran. Saya berjabat tangan dengannya dan kami ke kafé untuk minum. Cukup mengejutkan kerana Ganesan juga fasih bertutur Melayu!

Ganesan, meski tidak percayakan Tuhan merupakan seorang siswa yang pintar. Dia rajin dan tidak lokek berkongsi pengetahuannya dengan saya. Dia juga tanpa silu selalu meminjamkan saya tugasan kuliah untuk ditiru. Kata Ganesan, hidup ini mesti tolong-menolong.

Setiap petang selepas kuliah, saya akan melepak di kafé dan bertukar cerita dengan Ganesan. Kami akan berbual pelbagai isu termasuk agama, politik, budaya dan sukan. Saya terharu tatkala Ganesan menyatakan bahawa dia amat mengagumi adat dan kebudayaan orang Melayu. Kata Ganesan, orang Melayu merupakan bangsa paling budiman dan halus pekertinya. Ganesan juga meminta tolong saya untuk memikat seorang siswi Melayu yang diminatinya.

Pengetahuan dan keprihatinan Ganesan terhadap budaya dan adat Melayu mendorong saya untuk mendalami budaya dan adat masyarakat India pula. Maka saya mengkaji dan menelaah makalah-makalah sejarah tentang ketamadunan India silam. Agak menarik kerana rupa-rupanya, pembinaan tamadun Melayu banyak dipengaruhi dan berasal dari tamadun Hindu klasik dari India.

Saya teruja sebaik mengetahui bahawa asal moyang orang-orang Melayu dahulunya menganut ajaran Hindu dan bertutur dalam bahasa Melayu yang disaring dari perkataan-perkataan Sanskrit. Parameswara, pengasas kesultanan Melayu Melaka juga asalnya merupakan seorang Hindu sebelum diislamkan oleh saudagar Arab yang berdagang di Melaka.

Keterujaan saya pada ketika itu sekali lagi cuba digugat oleh bisikan puaka 13 Mei dan teori celaka – Cina penipu dan India suka cari gaduh – namun ianya gagal lagi. Ungkapan ‘Ketuanan Melayu’ dan ‘Hidup Melayu’ dipandang sepi oleh jiwa saya yang semakin mengerti hakikat kemanusiaan.

Ganesan dan saya kekal akrab. Meskipun dia ateis dan saya aktivis gerakan mahasiswa Islam, rutin minum petang di kafé selepas kuliah kekal diteruskan sehingga tamat pengajian.

(iv)

Hari ini, puaka 13 Mei sudah tidak mahu mendampingi saya lagi. Ianya telah jauh menghilangkan diri. Teori celaka – Cina penipu dan India suka cari gaduh – juga sudah tidak wujud dalam kematangan intelektual saya.

Selepas 8 Mac 2008, percubaan sesetengah pihak yang masih meyakini teori celaka – Cina penipu dan India suka cari gaduh – untuk menghidupkan semula puaka 13 Mei jelas sekali gagal. Manipulasi media untuk meracuni akal budi rakyat dengan menyemai sentimen kebencian melalui ego perkauman sememangnya keji dan menjengkelkan.

Saya bertuah kerana telah melalui kerencaman pergaulan sejak dari alam persekolahan rendah sehingga ke peringkat universiti dengan mengenali pelbagai bentuk karakter dan individu tanpa mengira latar bangsa dan kepercayaan. Semakin saya cuba untuk menegakkan ego kebangsaan dan keangkuhan ras, semakin terbentang ruang dan kesempatan untuk saya mendekati kepelbagaian dan keindahan multi-budaya.

Puaka 13 Mei dan pendekatan politik yang berlandaskannya harus dibunuh terus oleh kita semua. Teori celaka yang mewujudkan persepsi negatif terhadap ras-ras tertentu juga wajib disingkirkan daripada terus melatari keharmonian dan kelangsungan hidup warga negara ini.

Malaysia ini milik semua. Milik saya, Tan, Ganesan dan anak-anak cucu kami yang bakal mewarisinya nanti.

Najwan Halimi merupakan bekas jurutera yang kini meneruskan karier sebagai seorang birokrat. Beliau boleh dicapai menerusi laman blognya di www.najwanhalimi. com



Isnin, 27 Julai 2009

Aura Fadhil Noor -Kebijaksanaan Memimpin Ummah

BULETIN الحضارة~*BIL:53/ Syaaban1430

“Innalillah wainna ilaihiraajiun” Sesungguhnya daripada Allah kita datang, dan kepadaNya akan kembali. Selawat dan salam penuh penghormatan kita kepada Nabi Muhammad saw dan kaum keluarga serta sahabat-sahabat Baginda yang dikasihi sekelian…radhiyallah anhum ajmain. Seterusnya tidak dilupakan kepada semua alim-ulama`, pemimpin-pemimpin yang begitu berjasa kepada ummah di sepanjang zaman, terlebih dahulu pergi menyambut seruan Ilahi… kepada roh mereka semua…al-Fatihah!

Sebenarnya… saya termanggu beberapa detik ketika, seusai amein al-fatihah tadi. Dek kerana tokoh yang saya cuba mengenengahkan keperibadian, kebijaksanaan, keilmuan, kepimpinan dan segala-galanya yang baik yang terdapat pada tokoh tersebut, saya mula rasa gerun.., cemas kepada kemampuan diri saya sendiri, begitu kerdil malah picisan. Apatah lagi ruang yang saya cuba isikan ini terlalu kecil cuma sebagai sebuah risalah sahaja, namun saya cuba untuk menggagahinya jua demi kepentingan ummah dan atas sifat seorang yang pernah menikmati .. sedikit tunjuk ajar al-Marhum semasa hayat beliau.

Al-Marhum Ustaz Fadhil Mohd Noor, sebenarnya adalah lebih berhak dan layak untuk dibicarakan di persada ummah dan kemanusiaan sejagat berbanding perjuangan yang dilihat secara zahirnya bersama PAS sebagai seorang pemimpin parti politik. Memang benar di penghujung usia beliau, al-Marhum adalah Presiden PAS merangkap Ketua Pembangkang di Parlimen. Namun di hati-hati ummah sesiapa pun tidak boleh menafikan bahawa beliaulah pemimpin umum yang ummah kenali dan begitu dekat serta mesra dengan semua lapisan masyarakat dari semua seginya.

Tujuh tahun masa berlalu…sejak pemergian beliau dari kehidupan ummah semua, PAS telah pun diterajui oleh penggantinya sebagai Presiden PAS malah barisan pelapisnya pun sudah beberapa kali diperbaharui akan mandat mereka oleh muktamirin PAS. Kekosongan dalam PAS telah pun berisi, walaupun tak dapat memenuhi semua ruang yang dikosongkan oleh al-Marhum. Persoalan besar ummah pula ialah kekosongan kepimpinan ummat Islam yang turut sama ditinggalkan oleh al-Marhum masih juga dirasai sebahagian besar mereka sebagai lompangan yang tak terisi oleh sesiapa. Kenapa dilihat oleh ummah sedemikian dan tak dapat ditampung oleh mereka yang ditinggalkan ?

Mungkin tulisan Saudara Hj Subky Latif ini mengandungi jawapannya.. `Beliau belajar apa yang orang miskin boleh pelajari, beliau membuat apa yang orang biasa boleh buat, beliau berjuang apa yang orang ramai boleh perjuangkan dan beliau beramal sebagaimana orang awam berupaya menunaikan. Kalau beliau sebagai orang miskin, orang biasa, orang ramai dan orang awam dapat mencapai sesuatu yang membanggakan, mengapa orang lain sepertinya tidak boleh berbuat sepertinya. Beliau boleh buat kerana ada azam dan keberanian sepertinya. Itulah yang perlu dipelajari dan dicontohi.` Buku Fadhil Noor dia guru…dia kawan.

Kekosongan kepimpinan ummah tidak wajar dibiarkan berlarutan, berpanjangan. Ummah perlu memikirkan sesuatu dan berusaha mencari jalan penyelesaiannya. Langkah pertama yang saya fikir kita semua mampu lakukan ialah lazimkan memikir dan meletakkan kepentingan ummah kebanyakan, marhaen mustad`afin dalam setiap gerak kerja perjuangan masing-masing. Biasakan hidup sebagai orang kebanyakan kerana di situlah ummah akan memahami serta merasai denyut nadi ummat Islam yang sebenarnya. Ya mustahil ! kita akan dapat menghidupkan semula `Fadhil Noor` ke alam realiti, tetapi sekurang-kurangnya kita mampu merintis jalan supaya adanya hambaAllah yang boleh mengganti, melaksanakan tugas seterusnya memimpin ummah kembali. Kepada pimpinan politik sensasi tak perlulah ummah harapkan lagi, masing-masing telah pun memilih dan membuat halatujunya sendiri. Kita doakan semoga ummah tidak mudah tergadai maruah dan harga diri.

Kehebatan Ustaz Fadhil bukan pada orangnya, tetapi lebih banyak terletak kepada kebijaksanaan kepimpinannya yang berpegang kuat kepada prinsip. Prinsip Islam serta perjuangan ummahnya yang kental menjadikan beliau mampu bertindak dan cepat membuat keputusan tanpa ragu-ragu. Sebagai pemimpin beliau memahami dan dapat menerima dengan kesabaran bahawa orang yang di bawahnya sentiasa terkemudian dalam memahami tindakan serta keputusannya. Banyak kes-kes yang dapat dihubungkan dengan perkara tersebut contohnya, memanggil perjumpaan yang terbentuknya GERAK sebelum dibawa ke mesyuarat PAS pusat, kemunculan beliau di rumah Anwar Ibrahim selepas dipecat dari TPM dan kesediaan al-Marhum menerima jemputan Syarahan Perdana Issu Palestine bersama Dr Mahathir. Semua yang tersebut peringkat awalnya mendapat bantahan dari kebanyakan orang PAS dan pimpinan PAS yang lainnya.

Kes Muhammad Sabu ditangkap khalwat di Kota Bharu, bagi saya amat menyerlahkan kebijaksanaan al-Marhum dalam menghadapi serta menangganinya sebagai pemimpin berbanding yang lainnya. Perkara ini ada disebut oleh Hj Subky Latif secara agak terperinci dalam bukunya Fadhil Noor dia guru… dia kawan. Ketika issu tersebut meletup.. ahli dan penyokong PAS di seluruh negara bagaikan disambar petir, terpinga-pinga, merah padam, mengenangkan apa yang bakal berlaku. YB Muhammad Sabu ketika itu bukan suatu hal yang penting lagi kepada ahli PAS tetapi Parti PAS itu sendiri bagaimana nasibnya nanti, dihadapkan kes berat sebegitu. Kebetulan pula waktu kejadian Presiden PAS yakni al-Marhum berada di luar negeri, mengerjakan umrah. Tinggallah Timbalan beliau dan Mursyidul Am mengawal-selia fitnah yang dihadapi.

Menurut Hj Subky, Mursyidul Am atau Ustaz Abu Bakar Chik antara orang yang mula-mula menangkis fitnah tersebut dengan membuat perbandingan seperti kes yang berlaku terhadap Siti Aisyah ra isteri Rasulullah saw, di mana tidak ada apa yang berlaku antara kedua-duanya. Lebih meyakinkan lagi mereka apabila perbandingan yang sama turut disertai oleh Timbalan Presiden. Pada awalnya Ustaz Hasan Syukri yang menolak perbandingan tersebut sebagai kurang tepat, terpaksa mendiamkan diri selepas arus perdana peluru penangkisnya semua begitu. Penerangan pun dilancarkan bagi menangkis ke seluruh negara.

Sekembali al-Marhum dari umrah, beliau tidak mudah melatah untuk menjawab semua soalan yang diajukan wartawan dan rakan-rakan. Agak payah bagi wartawan untuk menimbulkan sensasi dan kontroversi hasil temuramah atau perbualan dengan beliau. Beliau cukup teliti, rapi dan berbudi pekerti yang tinggi biarpun sesama sendiri. Bagi beliau segera panggilkan mesyuarat AJK Pusat. Mesyuarat yang penting, berjalan dengan serius semua dikehendaki memberi pandangan terhadap kes. Sebagai pengerusi mesyuarat, beliau cukup berhemah dengan mendengar semua pandangan. Seperti termaklum sebelah kanan beliau ialah Timbalan dan seterusnya Mursyidul Am yang meneruskan hujah-hujah yang sama di samping memberi cadangan supaya dilipat gandakan lagi usaha-usaha penerangan balas melawan media massa. Ahli-ahli mesyuarat yang lain siapa pun tidak berani atau mampu mempunyai hujah berbeza melainkan lebih kurang sama sahaja dengan kedua-dua tokoh besar PAS itu.

Tulis Hj Subky, cuma Ustaz Harun Taib seorang sahaja yang memberi pandangan yang berbeza dan mengatakan pandangan ramai tersebut tidak secocok dengan kejadian Muhammad Sabu. Ustaz Hassan Syukri yang peringkat awal berbeza juga tetapi tidak mengemukakannya dalam mesyuarat tersebut. Apabila tiba giliran Pengerusi memberikan pandangan, beliau menggelengkan kepala, “Saya tak dapat nak terima perbandingan dengan Aisyah ini, Hujah itu tak lepas. Payah orang nak terima.” InsyaAllah bersambung… Dari Ibnu Ramadhan.


``qulil haq walau kana murron ``

Penting! Panduan dan Peta Laluan bagi peserta Himpunan Mansuhkan ISA 1 Ogos


Himpunan Mansuhkan ISA pada 1 Ogos 2009 di Kuala Lumpur bakal mencipta sejarahnya yang tersendiri selepas Himpunan Bersih dan PPSMI. Uniknya pada hari yang sama akan ada satu lagi himpunan lain yang Menyokong ISA.

Kami menjangkakan pelbagai kaum akan muncul, pelbagai ideologi akan hadir, pelbagai agama dan kepercayaan akan berhimpun untuk menyatakan pandangan mereka khususnya dalam mendesak Kerajaan Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Oleh itu bagi melancarkan perhimpunan ini, pihak kami mengeluarkan satu garis panduan yang diharapkan dapat membantu anda dan kami diperingkat penganjur dalam memastikan perhimpunan ini dapat berjalan dengan lancar dan aman.

Perkara yang perlu anda bawa/sediakan ialah;


1. Kad pengenalan, lesen memandu, satu kad ATM sahaja.

2. Duit-maksimum RM 100 sahaja.

3. Memakai pakaian yang sopan-Baju berwarna Hitam/Merah-Sebaiknya ada logo Mansuhkan ISA

4. Setiap peserta diwajibkan memakai kasut.

5. Aksesori kempen-Button, riben, topi, kopiah arm band, bendera kecil, banner dan placard yang ada Logo atau Slogan Mansuhkan ISA boleh digunakan.

6. Bendera Malaysia atau negeri masing-masing.

7. Air mineral, sedikit makanan ringan atau gula-gula.

8. Sedikit garam-ia penting dan boleh dimakan sedikit (bukan sapu dimuka) bagi mengembalikan tenaga terutamanya jika Pihak Polis sembur air dari Water Canon atau Gas pemedih mata.

9. Kain tuala kecil basah untuk tutup mata dan hidung untuk elak terkena gas pemedih mata.

10. Digalakkan memakai penutup mulut dan hidung jenis N100 Respirator, N95 Respirator dan Surgical facemask untuk mengelak penularan wabak Influenza H1N1 dan juga menghindarkan sedutan gas pemedih mata yang melampau.

11. Jika anda mempunyai asma atau alahan sila bawa inhaler atau ubat sendiri.

12. Sila bawa beg plastik sampah kecil bagi mengelakkan anda membuang sampah merata-rata.

13. Sila bawa pen dan kertas (mini note pad) bagi mencatat nama dan no. pengenalan Polis atau perkara-perkara yang mencurigakan.

14. Jangan lupa bawa kamera, video cam atau handphone berkamera bagi merakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha GMI-enalini_elumalai@yahoo.com untuk rekod dan disiarkan.

Perkara yang tidak dibenarkan

1. Jangan bawa kad matrik pelajar bagi student atau pass kakitangan bagi pekerja Kerajaan dan Swasta.

2. Jangan bawa terlalu banyak wang atau kad kreadit untuk elakkan penyeluk saku, tercicir atau hilang semasa perhimpunan atau ditahan.

3. Jangan memakai pakaian yang menjolok mata dan tidak sopan.

4. Jangan memakai selipar, kasut tumit tinggi atau sandal untuk memudahkan pergerakkan.

5. Jangan memakai kain atau skirt, digalakkan memakai seluar.

6. Jangan memakai barang kemas atau aksesori yang tiada kaitan dengan kempen mansuhkan ISA

7. Jangan bawa sebarang banner, placard, bendera yang melambangkan logo parti dan organisasi.

8. Sebarang slogan yang tiada kaitan dengan Kempen Mansuhkan ISA tidak dibenarkan.

9. Jangan bawa sebarang benda tajam kecuali pen.

10. Jangan bawa bahan-bahan yang boleh meletup atau mudah terbakar seperti, mancis, molotov *****tail dan mercun.

11. Tidak dibenarkan merokok semasa perhimpunan kerana akan menganggu orang lain.

12. Jangan bawa sebarang senjata seperti kayu, besi, rantai besi, pistol dan yang merbahaya.

13. Bagi yang membawa anak-anak, anda tidak dibenarkan membawa permainan yang berupa seperti senjata seperti pistol, senapang atau pisau mainan.

14. Jangan bawa anak-anak yang berumur 10 tahun ke bawah bagi mengelakkan sebarang masalah.

Perkara yang perlu anda lakukan sebelum perhimpunan

1. Servis kenderaan dan periksa peralatan yang perlu dibawa.

2. Jangan makan atau minum terlalu banyak sebelum perhimpunan.

3. Pastikan anda telah menunaikan ‘hajat’ sebelum memasuki perhimpunan.

4. Bagi yang Islam, Lakukanlah solat taubat dan hajat, semoga Allah berkati perhimpunan ini dan yang bukan Islam boleh berdoa mengikut ritual masing-masing.

5. Pastikan anda telah mengunci rumah atau meninggalkan pesanan-pesanan penting kepada keluarga atau jiran anda yang tidak pergi perhimpunan.

6. Maklumkan mereka tujuan anda keluar.

7. Maklumkan mereka nombor telefon sahabat lain yang bersama anda jika handphone anda tidak dapat dihubungi nanti.

8. Jangan lupa charge bateri handphone dan kamera.

9. Pastikan anda berniat kerana Allah (bagi yang muslim) sebelum keluar rumah.

10. Pastikan anda tahu arah tuju anda iaitu tempat berkumpul yang ditetapkan; Sogo, Masjid Jamek, atau Masjid Negara.

11. Pastikan anda datang awal untuk elakkan kesesakan jalan raya atau terpaksa berbaris panjang untuk beli tiket tren LRT atau Komuter.

12. Datang secara berkumpulan, jangan bersendirian.

13. Sekiranya perjalanan anda dihalang dari memasuki pusat bandar anda boleh meletakkan kenderaan dan berjalan kaki ke Sogo, Masjid Jamek, atau Masjid Negara (Jangan terus ke Istana Negara bersendirian).

14. Jangan memakai baju Mansuhkan ISA sebelum perhimpunan bermula.

Semasa perhimpunan dan perarakan

1. Berkumpul di tempat pertemuan yang ditetapkan (Sogo, Masjid Jamek, atau Masjid Negara) dan tunggu arahan dari Field Commander yang dilantik.

2. Ikutilah arahan dari Unit Amal atau Field Commander sepanjang program. Jangan pedulikan arahan lain tanpa merujuk kepada Field Commander.

3. Jangan berganjak dari tempat perhimpunan melainkan dengan arahan Field Commander.

4. Laporkan pada Unit Amal bertugas jika terlihat sesuatu yang mencurigakan.

5. Jangan tolak menolak sepanjang perhimpunan dan perarakan.

6. Elakkan mencerca, memaki hamun atau menunjukkan isyarat lucah semasa perhimpunan berlaku.

7. Raikan perhimpunan ini dengan aman dan harmoni.

8. Pastikan anda memberikan keutamaan laluan kepada kenderaan yang lalu lalang dan tidak melintas sesuka hati dijalanraya.

9. Pastikan anda memberikan keutamaan, membantu dan melindungi warga emas, orang kurang upaya atau kanak-kanak yang hadir bersama.

10. Maklumkan sahabat anda jika anda ingin keluar dari perhimpunan disebabkan hal kecemasan atau kerana ingin ke tandas bagi mengelakan masalah lain.

11. Pastikan anda dapat duduk semasa pimpinan berucap.

12. Pastikan anda tidak bersembang semasa pimpinan berucap kerana kemungkinan bunyi sound system akan tenggelam dengan suara ratusan ribu peserta.

13. Ikutilah laungan pimpinan jika perlu.

14. Pegang bendera Malaysia atau negeri anda sepanjang perarakan.

15. Jangan buang sampah merata-rata sepanjang perhimpunan. Masukan dalam beg plastik yang anda bawa.

16. Rakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha GMI-enalini_elumalai@yahoo.com untuk rekod dan disiarkan.17. Kalau boleh rakamkan sekali wajah-wajah polis yang bertugas atau tragedi-tragedi penting seperti keganasan atau provokasi Polis jika ada.

Selepas perhimpunan

1. Pastikan anda bersurai secara perlahan-lahan dan dengan aman selepas diberikan arahan bersurai.

2. Pastikan sahabat atau saudara dan anak-anak anda ada bersama selepas perhimpunan. Jika tiada, sila datang ke Pejabat Agung PAS untuk membuat laporan dengan Unit Amal bertugas.

3. Jika ada sahabat atau saudara anda ditahan, jangan terus balik. Dapatkan maklumat di Pejabat Agung PAS atau ke Balai Polis berkaitan untuk bebaskan mereka.

4. Jangan tinggalkan apa-apa sampah ditempat perhimpunan. Pastikan semuanya dibuang ke tong sampah atau dibawa balik dan dibuang dirumah.

5. Berikan ucapan terima kasih kepada pasukan Keselamatan bertugas jika perhimpunan berjalan lancar.

6. Jangan lupa sebarkan gambar dan berita perhimpunan kepada semua sahabat-sahabat terutamanya yang tidak hadir. Segala info dan maklumat bolehlah diemailkan kepada kami di email Setiausaha GMI-enalini_elumalai@yahoo.com.

Apa anda perlu buat jika kumpulan Pro-ISA buat Provokasi

1. Jangan pedulikan mereka, diam dan teruskan mengikut arahan Field Commander Unit Amal.

2. Jangan menyahut provokasi mereka, jangan baling apa-apa, jangan tunjukkan isyarat apa-apa pada mereka. Anggap mereka tidak wujud pada hari berkenaan.

3. Jangan hampiri mereka.

4. Jika mereka bertindak agreasif secara tiba-tiba, tahan, jangan pukul tetapi serahkan mereka pada pihak Polis.

5. Jangan lupa buat laporan Polis terhadap mereka jika anda dicederakan atau diganggu.

6. Buat rakaman wajah-wajah mereka jika perlu.

Apa anda perlu buat jika polis buat provokasi dan serbuan

1. Jangan lari atau keluar dari perhimpunan melainkan dengan arahan pimpinan, anda akan mudah ditangkap jika keluar dahulu.

2. Jangan bersendirian, pastikan anda bergandingan tangan dan berdiri rapat-rapat bila polis acah nak buat serbuan atau tembakan water canon.

3. Duduk jika pimpinan arahkan.

4. Basahkan tuala anda dengan sedikit air, dan tekup dimuka bila gas pemedih mata dilepaskan. Basuh muka anda dengan air dan makan sedikit garam jika terkena air water canon berwarna kuning.

5. Jangan melawan atau cuba bertikam lidah dengan polis bila mereka provoke…hanya diamkan diri.

6. Ambil gambar mereka jika sempat.

7. Buat laporan Polis jika anda dikasari.

Apa yang anda perlu buat jika ditahan

1. Jangan banyak cakap dengan polis. Diamkan dan tenangkan diri.

2. Minta nama dan nombor polis yang menahan anda dan tanya dia sebab anda ditahan, seksyen berapa yang digunakan.

3. Berikan maklumat asas sahaja jika diminta seperti nama, no kad pengenalan, alamat rumah (berikan ikut alamat dalam IC sahaja).

4. Jika mereka tanya soal pekerjaan, jawap yang ringkas sahaja. Jangan bagi maklumat yang lengkap.

5. Bagi pelajar, jika mereka tanya anda masih belajar atau tidak, anda hanya perlu jawab “Masih tengah cari kerja” atau berikan jawapan lain yang sesuai. Elakkan mengaku sebagai student. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu.

6. Bagi kakitangan Kerajaan jika mereka tanya tempat kerja anda, jawab ”Saya kerja swasta atau kerja sendiri”. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu.

7. Minta berjumpa dengan peguam sebelum beri apa-apa keterangan. Peguam akan menunggu diluar balai jika anda ditahan.

8. Kalau boleh jangan beri terlalu banyak keterangan, anda hanya perlu jawab “saya akan bagi keterangan di Mahkamah sahaja”. Ingat! Apa yang anda cakap di Balai Polis boleh dijadikan bahan bukti di Mahkamah. Anda berhak untuk tidak memberikan sebarang keterangan kepada Polis melainkan di Mahkamah.

9. Semasa ditahan, jangan pedulikan provokasi polis atau jangan mudah cair bila mereka berlembut.

10. Pastikan anda ingat semua yang berlaku, termasuklah pegawai polis yang tahan dan soal siasat anda.

11. Jangan terlalu risau kerana, diluar balai telah disediakan orang-orang yang akan jamin dan bela anda.

Apa yang anda buat selepas dibebaskan

1. Pastikan semua barang-barang anda dikembalikan oleh Polis.

2. Buat pemeriksaan kesihatan jika ada kecederaan.

3. Buat laporan Polis jika anda dikasari semasa perhimpunan atau semasa ditahan.

4. Ceritakan dan rakamkan pada peguam dan media jika anda dianiaya polis.

5. Jangan lupa catatkan semua yang anda ingat bila balik ke rumah untuk memudahkan anda mengingatinya bila dibawa ke Mahkamah kelak.

6. Pastikan anda ingat dan ambil nombor perhubungan orang yang jamin anda dan juga peguam yang terlibat.

7. Serahkan pada peguam segala maklumat dan gambar yang anda ada tentang himpunan bagi memudahkan pembelaan.

8. Jangan lupa solat sunnat syukur selepas dibebaskan dan kembalilah bertemu dengan sahabat-sahabat seperjuangan.

9. Jangan menyepi dari perjuangan selepas melalui pengalaman ditangkap kerana itu secara semulajadi akan menyebabkan motivasi anda akan menjadi lemah dan anda akan rasa keseorangan.

10. Teruskan perjuangan bersama sahabat-sahabat lain.

11. Sesungguhnya anda akan rasa lebih hebat dan berani lagi selepas ditangkap kerana tidak semua orang berpeluang merasai apa yang anda lalui ketika ditahan.

Perhatian!

1. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesalahan atau pelanggaran undang-undang yang tidak ada kena mengena dengan perhimpunan ini.

2. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang provokasi atau tindakan ganas yang dilakukan oleh mana-mana pihak secara berkumpulan atau individu.

3. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan yang disebabkan oleh kecuaian atau tindakan diluarkan arahan penganjur.

4. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang penangkapan yang dibuat kerana pergaduhan atau aktiviti agreasif yang tiada kaitan dengan arahan himpunan ini

Secara keseluruhannya, kita berdoa semoga Perhimpunan ini dapat berjalan lancar tanpa adanya sebarang masalah atau tangkapan.

Kita berharap agar dengan sedikit usaha dan kehadiran kita ini akan dapat memberikan kesedaran kepada pihak Kerajaan dan memberikan laluan untuk Agong mempergunakan kuasa yang ada untuk memperbaiki kelemahan sistem perundangan negara kita.

Ingat, Himpunan Bersih dan PPSMI berjaya menyedarkan Kerajaan kerana kesungguhan rakyat. Maka, kini adalah masa untuk kita berjuang bersama untuk memansuhkan ISA.

Pastikan anda mengikuti arahan-arahan yang diberikan. Sebarang masalah anda boleh rujuk kepada Field Commander atau Unit Amal yang bertugas pada perhimpunan ini.

Ingatlah, peristiwa ini adalah peluang untuk anda sekali seumur hidup dan ianya akan kekal menjadi sejarah yang akan menjadi sebutan kepada anak cucu kita. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian dari sejarah ini.

Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails