SELAMAT DATANG

Sabtu, 6 Februari 2010

Nak Tanya Ust Shamsuri Sikit... Betoi Ka Guan Eng tindas peniaga melayu..???



Demonstrasi oleh dua NGO melayu iaitu PERKASA,Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang,GPMS sert beberapa HGO melayu telah dianjurkan pada 5hb Februari 2010.
Walaubagaimanapun mereka gagal menyerahkan berjumpa dengan Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menyerahkan memo protes mereka. Polis FRU yang terkenal dengan ganasnya menghentak demosntrator demosntrator bukan UMNO pula seolah olah terlalu lembik untuk menahan mereka. Poorahh...

Kita menyorot kembali beberapa peristiwa kebelakangan ini. Yang pertama adalah kritikan keras YB Zahrain kepada Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng yang dituduh sebagai anti melayu dan mengenepikan kepentingan melayu.

Selepas itu ianya disusuli pula oleh Ustaz Shamsuri didalam satu ceramahnya telah mengeluarkan kenyataan berbentuk politik.Ustaz Shamsuri adalah pendakwah bebas dan juga Pengerusi Rangkaian Restoran Pelita yang mempunyai lapan cawangan diPulau Pinang. Topik politik jarang jarang disentuh oleh beliau selama ini. Antara isu yang disentuh adalah Anwar Ibrahim dan Paklah adalah bertanggungjawab terhadap penjualan tanah tanah melayu. Mahathir pulak adalah penyelamat tanah melayu. Manakala Najib sedang cuba memperbaiki kerosakan yang dibuat oleh DS Anwar Ibrahim dan Paklah. Lim Guan Eng anti melayu dan Islam. Beliau hanya menumpukan kepada pembinaan to'kong sahaja dan mengabaikan Majlis Ugama Islam. Peniaga peniaga melayu ditindas sedangkan peniaga peniaga cina dibiarkan tanpa sebarang tindakan diambil.

Apabila saya mendengar kedua dua berita tersebut saya mula dah mencium sesuatu akan berlaku dengan kedua dua peristiwa ini. Maknanya disini ianya telah dirancang terlebih awal. Sewaktu saya berjalan jalan disekitar KOMTAR pada hari demonstrasi tu saya terpandang dua poster yang digantung oleh pihak Kerajaan Pulau Pinang yang menafikan kenyataan balaci balaci UMNO berkenaan pada flyover berdekatan kompleks KOMTAR.
dari sinar harian


Pada poster poster tersebut tertera belanjawan peruntukan belanjawan Majlis Ugama Islam Pulau Pinang. Pada belanjawan 2008 (belanjawan diluluskan pd 2007) oleh Kerajaan Barisan Nasional untuk aktiviti Majlis Ugama Islam adalah RM12.5 juta. Ianya meningkat kepada RM20.5 juta pada 2009 selepas pentadbiran Negeri Pulau Pinang diambilalih oleh Pakatan Rakyat. Pada belanjawan 2010 pula belanjawan Majlis Ugama Islam telah ditambah kepada RM24.3 juta.

Masa BN yang dianggap oleh UMNO sebagai pro melayu budget cuma RM12.5 shj. UMNO dan balaci balacinya tak pulak bising. Tapi bila budget Majlis Ugama Islam ditambah oleh DAP yang dianggap oleh UMNO sebagai musuh melayu/Islam kepada RM20.5 juta dan ditambah lagi kepada RM24.3 juta. Tiba tiba UMNO dan balaci balacinya bising macam nak rak. Maknanya disini kalau Gerakan yg beri budget ciput pd Majlis Ugama Islam pada pandangan UMNO ianya pro melayu dan pro Islam tetapi bila DAP tambah budget dua kali ganda ianya dianggap anti Islam dan melayu...Hmmmm..Entahlah...Mungkin kita boleh menilaikan tahap mentaliti sesiapa sahaja yg percaya pada dongengan UMNO tu.

Seterusnya yang paling menarik adalah tindakan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang terhadap penjaja penjaja tanpa lesen.

Jika diperhatikan dari statistik rasmi MPPP, peniaga Cina disaman lebih banyak jika dibandingkan dengan bangsa bangsa lain. Malahan ianya meningkat pada 2009 jika dibandingkan dari tahun 2008. Mungkin disebabkan penjaja cina lebih ramai agaknya. Jadi dimana penindasan saperti yang didakwa NGO NGO melayu tu? Lagipun perlu ingat disini kebanyakan dari penguatkuasa MPPP adalah orang orang melayu. Adakah mereka saja nak menganiaya bangsa sendiri ?

Kita sepatutnya sedia maklum DPMPP memang meradang pada YAB Lim Guan Eng sebab mereka yang rata rata ahli UMNO yang dah biasa mendapat habuan kontrak secara percuma tanpa perlu bersusah payah. Tu sebab mereka marah pada Lim Guan Eng. Mereka merasakan Lim Guan Eng tidak berlaku adil. Mereka terpaksa bersaing untuk mendapatkan tender. Bagi mereka yang sentiasa dimakan suap dan tak biasa bersaing didalam tender terbuka sudah tentu mereka menganggap perkara ini tak adil. Sebahagian dari ahli ahlinya cuma mempunya syarikat RM2 sahaja tetapi sering mendapat kontrak dari kerajaan negeri dulu. Yang mereka marah bukan tak dapat peluang langsung tetapi mereka marah sebab dah tiada hak istimewa UMNOputra.

Mereka dah tak boleh menjadi jutawan segera. Mereka terpaksa bekerja keras saperti orang lain jika ingin menjadi jutawan. Kalau Lim Guan Eng sanggup meneruskan pemberian kontrak percuma pada mereka saya yakin mereka akan menjunjung Lim Guan Eng dan menganggap beliau dan DAP adalah pro melayu dan Islam

Manakala PERKASA pula hanyalah golongan merapu diketua Ibrahim Ali. Siapa Ibrahim Ali.? Tak payah lah saya ceritakan sebab semua orang dah kenal. Beliau adalah individu yang tiada kredibiliti . Malas saya nak komen pasal pertubuhan ni.

Demonstrasi ini sebenarnya gagal dan tidak menarik perhatian bangsa melayu secara umumnya.

Saya sendiri dah mula rasa hilang hormat kepada Ustaz Shamsuri. Sebagai pendakwah bebas Beliau tidak sepatutnya membenarkan dirinya diperkudakan oleh UMNO atau sesiapa sahaja. Sesiapa yang membenarkan dirinya diperkudakan oleh UMNO akhirnya akan hilang kredibiliti . Perkara begini serng berlaku kepada ramai tokoh tokoh ugama yang mendekati UMNO

NEGARA DAN RAKYAT MALAYSIA SELAMAT TANPA UBN.......

'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/

BN perintah Pulau Pinang, apa Melayu dapat?

Sofi Wahab

Pulau Pinang diperintah oleh BN lebih dari 50 tahun. Apa yang orang Melayu dapat hasil dari pemerintahan BN dalam masa yang lama itu.

Kini PR baru sahaja perintah Pulau Pinang selama tidak sampai 2 tahun, sibuk juak-juak Umno membuat kacau memfitnah dan melakukan tohmah.

Hari ini sekali lagi juak-juak Umno berdemonstrasi kononnya untuk membela orang Melayu yang ditindas oleh DAP dan PR di Pulau Pinang sekarang.

Namun sedarkan wahai juak-juak Umno apa yang berlaku di Pulau Pinang sepanjang 50 tahun BN memerintah :-

1) Tanah orang Melayu semakin kecil saiznya

2) Orang Melayu ramai yang berhijrah ke Kedah kerana pelbagai masalah

3) Banyak kawasan perkampungan Melayu di sebelah Pulau ghaib ditelan pembangunan antaranya di Jelutong, Sungai Dua, Sungai Nibong dan lain-lain.

4) Yang kaya hanyalah orang Melayu Umno dan kroni-kroni mereka

5) Orang Melayu merempat di Tanahair sendiri.

6) Dan macam-macam lagi

Semua itu bukan angkara DAP dan PR tetapi angkara dan sikap BN yang berlepas tangan walaupun Umno mempunyai kerusi majoriti di DUN Pulau Pinang pada zaman pemerintahan BN dahulu.

Di bawah ini beberapa fakta untuk tatapan Melayu Umno Pulau Pinang.

1) Pada 2007, katanya, Kerajaan BN mensasarkan Belanjawan 2008 mengalami defisit RM35 juta tetapi sebaik sahaja kerajaan bertukar kepada PR, belanjawan itu mengalami lebihan RM88 juta, iaitu lebihan paling tinggi dalam sejarah Pulau Pinang.

2) Belanjawan 2009 pula, anggaran defisit dibuat sebanyak RM40 juta tetapi pemerintahan Pakatan sekali lagi memberikan hasil dengan lebihan RM77 juta.

3) Pada 2008 peruntukan untuk hal ehwal Islam yang dibuat oleh kerajaan BN dalam belanjawan tahun sebelumnya hanya bernilai RM12.5 juta, namun pada pembentangan belanjawan tahun 2008, Kerajaan Pakatan telah menambah kepada RM20.5 juta untuk peruntukan 2009.

4) Pada pembentangan Belanjawan 2009 peruntukan meningkat lagi kepada RM24.3 juta untuk 2010. Jumlah ini adalah peruntukan tertinggi yang pernah dinikmati oleh intistusi Islam di Pulau Pinang selama ini.

5) Kerajaan Pakatan juga memberi pengiktirafan kepada para huffaz dengan memberikan peruntukan RM1.5 juta setiap tahun kepada sekolah-sekolah agama rakyat.

6) Dakwaan Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang yang dikuasai Umno bahawa Melayu dipinggirkan dalam agihan projek dinegeri itu adalah tidak benar. Ini kerana pada 2008, 78 kontraktor Melayu, berbanding 35 kontraktor bukan Melayu telah menerima projek melalui sebut harga, atu kontraktor Melayu dan satu kontraktor bukan Melayu masing-masing telah menerima projek melalui tender terbuka.

7) Pada 2009 pula, 89 kontraktor Melayu diterima untuk projek melalui sebut harga dan bilangan kontraktor bukan Melayu yang diterima berkurangan kepada 19 syarikat sahaja.

8) Pada tahun 2009 juga, projek yang diberi kepada kontraktor Melayu melalui tender terbuka bertambah kepada 45 syarikat dan bukan Melayu enam Syarikat.

Sebenarnya orang Umno dengki dan susah hati kerana mereka sudah tidak mendapat kontrak dan projek sebagaimana zaman pemerintahan BN. Mereka gagal mendapat projek kerana sememangnya mereka tidak berkemampuan untuk melaksanakan sesuatu projek yang diberikan. Mungkin sebutharga mereka mungkin tinggi, pengalaman dan kepakaran tiada dan sebagainya.

Selama ini mereka mendapat projek kerana tender rundingan dan mereka mendapat projek atas dasar kroni BN dan Umno. Jadi mereka sekarang berada dalam keadaan tenat kerana hendak beri rasuah kerajaan PR tidak makan rasuah, hendak bodek kerajaan PR 'tidak makan' bodek.



Jumaat, 5 Februari 2010

Tengku Razaleigh Tidak Perlu Pedulikan Mahathir

Penulis Tamu - Mohd Sayuti Omar(MSO)

SEMALAM Dr Mahathir Mohamad mengatakan tidak kena Tengku Razaleigh Hamzah berada atas pentas bersama pemimpin Kelantan Pas stadium Sultan Mohamad Ke-IV dan mengeluarkan pandangan bercanggah dengan partinya berhubung isu royalti minyak di Kelantan.

Kata Mahathir, Tengku Razaleigh sepatutnya menggunakan forum lain atau berjumpa sendiri dengan Perdana Menteri bagi menyampaikan pandangannya itu.

Sekali dengar nasihat Mahathir itu ikhlas dan menunjukkan beliau lebih suci dalam hal ini berbanding dengan Tengku Razaleigh. Nampak Mahathir seorang yang setia dan cintakan Umno nombor satu. Hebatlah Mahathir kerana akan mendapat tepuk sorak ahli Umno di seluruh bumi Malaya ini.

Mahathir tidak suka kalau Razaleigh mengkritik parti di atas pentas pihak musuh. Ia tidakan bukan bijak dan betul. Tindakan itu bukan menggambarkan Tengku Razaleigh seorang yang sayangkan parti sebaliknya cuba mengkhianati parti. Begitulah konotasi yang perlu diterjemahkan dengan kata-kata Mahathir itu. Mahathir mahu orang terus menyampah dengan bekas sterusnya itu.

Barang kali Dr Mahathir terlupa kepada apa yang berlaku kepada dirinya sendiri kira-kira 41 tahun yang lampau. Itulah manusia yang merasa diri sendiri yang sempurna dan agung maka mudah untuk melihat kuman di hujung kaki orang lain dan tidak akan nampak dengan gajah yang berak di atas kepala sendiri.

Tahun 1969 dulu Dr Mahathir juga melakukan hal sama dengan apa yang Tengku Razaleigh lakukan ini. Malahan tindakan Mahathir lebih sadis dan melampau dari itu. Bila beliau tidak senang dengan tindakan Tunku Abdul Rahman yang memecatnya dari Umno, beliau naik ke atas pentas Pas di Kedah dan membelasah habis-habisan Umno.

Apakah Dr Mahathir lupa sejarah berkenaan? Lupa dengan apa yang beliau lakukan satu masa dulu? Kalau beliau ingat beliau tidak tergamar untuk menegur Tengku Razaleigh dan perlu harus merasakan malu kepada diri sendiri. Dan kalau beliau sudah tidak mengingatinya maka tahap memorinya kini sama dengan Nik Abdul Aziz Nik Mat yang beliau pernah mengatakan sebagai nyanyuk? Mahathir dengan Nik Aziz sama-sama nyanyuk.

Bila Tengku Razaleig naik ke atas pentas Pas itu, gurunya adalah Mahathir sendiri. Mahathirlah yang mengajarnya. Jadi tidak usahlah Mahathir hendak nasihat dan kritik Tengku Razaleigh. Beliau harus mengkritik dirinya sendiri dan cara beliau menegur Tengku Razaleigh itu tidak ubah seperti bapak ketam nak mengajar anaknya berjalan betul. Kata dulang paku serpih, kata orang aku yang lebih.

Selama kira-kira empat tahun Abdullah Ahmad Badawi jadi PM, apa yang Mahathir tidak bambu dan kritik Abdullah. Siang malam Mahathir mencincang Abdullah. Beliau mengeliling ke segenap negara menghadiri forum yang dianjurkan khas untuk memburuk dan menjatuhkan Abdullah. Beliau sanggup mengeluarkan modal untuk menampung majlis forumnya. Bagi Mahathir tidak ada sebesar setengah hati kuman yang Abdullah lakukan adalah baik melainkan semuanya tidak baik.

Cara Mahathir mengkritik individu partinya sebenarnya lebih jijik dan kotor daripada apa yang Tengku Razaleigh lakukan di Kota Bharu tempoh itu. Tengku Razaleigh masih berdiplomasi dan bersuara menerusi kaedah dan peraturan tertentu. Tengku Razaleigh bercakap bukan berdasarkan emosi tetapi kebenaran menurut perlembagaan dan Akta Pembangunan Petroleum 1974 yang beliau sendiri terlibat menubuhkannya.

Salahkah kalau Tengku Razaleigh menyuarakan apa yang diketahuinya? Tuntutan yang dibuat oleh Tengku Razaleigh itu adalah sebagai menenuhi amanat Tun Razak. Seperti mana katanya Tun Razak mengarahkan supaya royalti minyak dibayar kepada negeri-negeri berkenaan kerana negeri itu masih miskin. Sebenarnya apa yang dilakukan Tengku Razaleigh itu meringankan atau pun menyelamatkan Najib Razak daripada menanggung dosa kering kerana tidak menunaikan amanat dan wasiat bapanya? Sebagai PM kini Najib berkewajiban menunaikan amanat bapaknya.

Mahathir sepatutnya tidak menyempitkan otaknya dalam soal ini. Kerja jahatnya ke atas Kelantan selama menjadi PM 22, tahun patut dihentikan. Diskriminasi yang Mahathir lakukan cukup menyeksa rakyat negeri kelantan. Selama lebih 10 tahun beliau jadi Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan dengan Annuar Musa selaku timbalannya, apa yang beliau lakukan ke atas Umno Kelantan?

Apakah Umno Kelantan mendapat manfaat dari itu. Sayang orang-orang Umno Kelantan boleh dipandir dan dilabulabikan oleh Mahathir terus menyokongnya tanpa mendapat apa-apa hasil buat rakyat Kelantan. Lebih sedih lagi mereka sanggup mengenepikan tokoh mereka sendiri, Tengku Razaleigh dan bersedia menjadi pembawa karung guni Mahathir. Ada setengahnya sanggup menjadi penjilat dubur Mahathir.

Kegagalan Umno merampas Kelantan semasa beliau memimpin Kelantan dan Malaysia menunjukkan rakyat Kelantan tidak boleh menerima Mahathir. Tindakan dan hukuman politik Mahathir ke Kelantan menyebabkan rakyat Kelantan membenci kepada Umno hingga ke anak cucu. Mahathir telah berdosa kepada Umno Kelantan dan rakyat Kelantan selama beliau menjadi ketua di Kelantan.

Kalau Mahathir bimbang dengan sikap Tengku Razaleigh itu boleh menjejaskan peluang Umno Kelantan, maka beliau kena sumpah dirinya sendiri. Kerana pendekatan dan stail politik beliau di Kelantanlah menyebabkan Umno Kelantan jatuh tidak bangkit-bangkit sehingga sekarang.

Sebagai negawaran Dr Mahathir hendaklah adil kepada diri sendiri dan Tengku Razaleigh atau sesiapa saja. Janganlah bercakap mengikut emosi dan sentimen lapok. Selamanya Mahathir tidak pernah senang dengan Tengku Razaleigh. Dan Tengku Razaleigh pula seakan tidak sanggup untuk memutuskan persahabatan politiknya dengan Mahathir dan rela menyerahkan lehernya untuk dikorbankan Mahathir demi kepentingan politik bekas PM itu.

Mahathir juga jenis manusia tidak mengenang budi. Sekurang-kurang dua kali Tengku Razaleigh telah menanam budi besar kepadanya. Kali pertama ialah selepas bersetuju agar Mahathir dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri, walaupu waktu itu Tengku Razaleigh mempunyai hak untuk menghalangnya. Namun atas persahabatan dan janji beliau merelakan Hussein Onn lantik Mahathir sebagai TPM.

Kedua ialah dalam tahun 1995, Tengku Razaleigh Hamzah sekali lagi berkorban demi kepentingan Umno dan Melayu apabila bersedia membubarkan Perti Semangat 46 dan menyertai semula Umno. Dua jasa dan budi Tengku Razaleigh ini sangat besar dan tidak mudah dilupakan oleh orang yang tahu dan kenal apa itu erti orang berbudi kita merasa. Namun tidak kepada Dr Mahathir. Setiap sudut, juring beliau terus bermain politik untuk keampuhan kuasanya dan selama itulah menjadikan Tengku Razaleigh sebagai mangsa dan perkakas.

Berhubung dengan usaha Razaleigh menyokong kerajaan Kelantan mendapatkan royalti minyak, itu adalah perjuangan suci Tengku Razaleigh untuk negeri kelahirannya sendiri. Razaleigh tidak perlu merasa malu dengan apa yang beliau lakukan. Peduli dan nyahkan suara-suara sumbang dari kaki ampu yang mengkritik tindakannya itu.

Tengku Razaleigh tidak perlu merasa sedih dan duka atas kritikan dan cemuhan oleh Umno. Kehadiran lebih 50,000 rakyat Kelantan mendengar penjelasannya itu sudah cukup untuk membuktikan Tengku Razaleigh masih merupakan seorang pemimpin berjiwa rakyat yang dihormati di Kelantan. Rakyat Kelantan sedia bersama Tengku dan melupai kisah lampau. Asalkan saja Tengku berjuang untuk Kelantan, rakyat sedia bangun dan jatuh bersama Tengku!

Pun begitu juga kalau Umno tidak mahu Tengku, Tengku tidak perlu bimbang. Gelora dan senario politik hari ini menyerlahkan ada bunga-bunga sedang berkembang Tengku akan dijadikan kandi harapan negara ini. Saya merasakan sekiranya berlaku sesuatu kepada Anwar Ibrahim, tidak mustahil Pakatan Rakyat akan merisik Tengku untuk menaiki pelamin yang mungkin tidak sempat diduduki Anwar.

Biarlah Mahathir, Rais Yatim, Ibrahim Ali atau sesiapa saja yang tidak senang dan berbulu dengan Tengku ekoran tindakan itu tidak mengapa, asalkan rakyat Kelantan bersama Tengku. Asalkan Pakatan Rakyat senang dengan Tengku. Percayalah bagi rakyat Kelantan mereka sedia menandukan Tengku sebagai hero berbanding dengan sejuta orang sejenis dan sespecies dengan ketiga-tiga orang itu. [wm.kl. 10:30 am 04/02/10]

Nik Aziz : Mai La Berbincang Pasai Agama..

TGNA : Duduk Berbincang Dalam Hal Agama


Selepas menolak perbincangan kerajaan perpaduan antara PAS dan Umno, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu Umno dan PAS duduk semeja untuk membincangkan isu-isu berkaitan agama Islam daripada berterusan menghabiskan masa bertelagah mengenai politik.

Menteri Besar Kelantan itu berkata pemimpin Umno perlu memikirkan mengenai pentingnya kedua-dua parti itu membincangkan isu-isu yang menyentuh agama kerana tiada faedahnya sekiranya kedua-dua parti mengamalkan pendekatan permusuhan politik.

Nik Abdul Aziz juga berkata tidak ada sebab langsung untuk kedua-dua parti itu bertengkar mengenai isu pembangunan.

"Saya mahu majlis perbincangan mengenai agama Islam (seperti ini) antara Umno dan PAS sudah lama. 5O tahun Umno bertengkar dengan PAS apa hasilnya, banyak masa habis. Parti itu banyak menggunakan masa, kepakaran dan kewangan untuk melawan gerakan Islam seperti PAS, apa hasilnya melainkan bertengkar," katanya kepada pemberita selepas menghadiri seminar kalimah Allah di sini, hari ini.

Seminar sehari yang diadakan di Pusat Tarbiah Islam (Putik) di sini dihadiri oleh Editor majalah Herald-The Catholic Weekly , Lawrence Adrewe dan wakil Buddha, Loo Choo Siang.
Nik Aziz : Mai La Berbincang Pasai Agama..
Isu kerajaan perpaduan antara PAS dan Umno pernah dicetuskan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada muktamar parti tahun lalu bagi membincangkan kepentingan umat Islam di negara ini dan pembangunan orang Melayu termasuk menjaga hak kaum lain, namun ia ditentang Nik Aziz.

Walaupun Umno menerima dengan tangan terbuka tentang kesediaan mereka untuk berbincang ia juga ditentang Nik Aziz dan beliau mendesak PAS mengadakan Muktamar Agung Khas (EGM) bagi menyingkirkan beberapa pemimpin parti itu yang dikategorikan prokerajaan perpaduan.

Mereka ialah Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa; Setiausaha Agung Pas Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hassan Ali.

Namun, akhirnya Abdul Hadi dan beberapa pemimpin PAS lain terpaksa akur untuk membatalkan perbincangan itu. - BERNAMA

Ulasan GB

Demikian laporan Bernama yang cepat disebarkan oleh media arus perdana.

Mestilah ada dua kumpulan yang akan cepat melompat kegembiraan. Pertama sepastinya UMNO, kedua penyokong UMNO dalam PAS.

"Hah apa kamu nak cakap, TGNA sendiri sekarang dah suh duduk berbincang," jerit mereka.

Benar, itu yang dikatakan TGNA. Itu juga suruhan agama. Itu juga yang dianjurkan Allah dan RasulNya.

Duduk berbincang, tentang apa? Tentang hal-hal menyentuh agama. Bukan bincang nak bawa PAS atau Pakatan Rakyat memebentuk Kerajaan Perpaduan. Tetapi itu yang ditonjolkan Bernama.

Kalau dengan Kristian, Buddha, Hindu dan lain-lain boleh dilakukan, dengan UMNO tentulah lagi boleh. Bincang pasal apa? Pasal hal-hal menyentuh agama. PAS dah lama minta debat secara terbuka. Tak pernah dilayani.

UMNO di zaman Mahathir telah melakukan "rehearsal" debat PAS-UMNO untuk berdepan dengan PAS, yang oleh mantan Presiden PAS, Almarhum Ustadz Fadzil Nor menyatakan muzakharah itu bukan debat "PAS UMNO" tetapi debat UMNO-UMNO.

Bernama bersama media arus perdana yang lain tidak akan berhenti menyerang TGNA, tidak akan berhenti memanipulasikan ucapan TGNA, untuk mengenengahkan semula Kerajaan Perpaduan demi untuk menyelamatkan UMNO yang sedang nazak, demi gagasan 1Malaysia yang runtuh semalam.

Sama seperti pertemuan Mustapha Mohd dengan TGNA, dieksploitasikan sedemikian rupa sehingga TGNA terpaksa membetulkan persepsi itu dengan katanya, "gi jahanamlah dengan UMNO!"

Dok kalut Dengki Nak Pelari Royalti


Pelaburan 2009 merosot 50%

Oleh SHAWKATH AZDE

KUALA LUMPUR - Di sebalik persekitaran ekonomi global yang mengalami kejatuhan teruk, Lembaga Pembangunan Perindustrian Malaysia (MIDA) masih mampu meluluskan pelaburan bernilai RM32.6 bilion dalam 766 projek pada tahun lalu.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed (gambar) bagaimanapun berkata, jumlah pelaburan itu merosot hampir 50 peratus berbanding 2008 yang merekodkan angka RM62.8 bilion.

"Pelaburan asing pada 2009 merangkumi RM22.1 bilion pelaburan asing dan RM10.5 bilion lagi merupakan sumber domestik.


"Catatan pelaburan 2009 telah menjangkaui penetapan sasaran tahunan Pelan Induk Perindustrian Ketiga (IMP3) sebanyak RM27.5 bilion dengan peningkatan 18.5 peratus atau RM5.1 bilion," katanya dalam sidang akhbar selepas mengumumkan prestasi sektor perkilangan dan perkhidmatan bagi tahun 2009 di sini semalam.


Sudahlah UMNO... macam budak-budaklah hampa semua.

SASARAN SETERUSNYA : KERAJAAN PULAU PINANG

Salam Du`at sekelian...

Umno kini berada dalam keadaan terdesak dan tertekan.. Apa jua isu diketengahkan oleh UMNO .. dapat dipatahkan oleh Pakatan Rakyat.. Mereka dalam keadaan gelabah `biawak`..Sekarang ini mereka cuba mensasarkan kerajaan Pulau Pinang di kala kerajaan Pulau Pinang sedang bergerak dengan begitu meyakinkan dalam perancangan untuk meneruskan pemerintahan berdasarkan CAT..

Apa yang telah dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan Pulau Pinang :

Peruntukkan untuk Hal Ehwal Islam sewaktu Kerajaan Barisan Nasional memerintah Pulau Pinang dalam tahun 2008 adalah sebanyak RM12.5 juta.

  • Apabila Kerajaan Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh YAB Lim Guan Eng mengambil alih pentadbiran Kerajaan Negeri peruntukkan tersebut dalam tahun 2009 telah dinaikkan sebanyak RM20.5 juta.

  • Untuk tahun 2010 peruntukkan tersebut dinaikkan lagi sebanyak RM24.3 juta dan sudah melebihi hampir sekali ganda.
  • Mewujudkan majlis Syura sebagai Think Tank kepada hal ehwal pengurusan agama Islam di Pulau Pinang....... Secara tak langsungnya menunjukkan bahawa kerajaan PR Pulau Pinang meraikan semua golongan dari semua lapisan masyarakat Islam Pulau Pinang supaya bersama-sama memberi idea dan pandangan dalam memaju umat Islam Pulau Pinang..

  • Meneruskan perancangan program 1 keluarga 1 hafiz .. yang telah memasuki tahun kedua tahun ini ... Sumbangan diberikan kepada setiap hafiz di antara RM 300 - RM 500 seorang .. dan juga kepada keluarga yang banyak melahirkan huffaz...

  • Setiap masjid diberikan sebanyak RM 1000.00 dalam bulan Ramadhan... masjid daerah RM 3000.00.. Masjid Negeri RM 5000.00.... Sebanyak RM 132,000.00 telah diperuntukkan untuk pembangunan rohani ini...
  • Peruntukan 1.5 juta untuk pembangunan SAR di Pulau Pinang

  • Mewujudkan Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Pulau Pinang yang bertindak sebagai satu forum pengumpulan maklumat mengenai perkembangan pendidikan di Pulau Pinang.. di mana PASTI yang merupaka pendidikan pra sekolah tajaan PAS telah diserap masuk di bawah jawatankuasa ini.

  • Telah berjaya mewujudkan Halal Hub International yang pertama di malaysia .. walaupun umat Islam di negeri ini adalah minoriti...

Ini merupakan sebilangan kecil program yang telah sedang dan akan diteruskan di Pulau Pinang di bawah PR... yang saya tulis ini adalah berkaitan dengan perkembangan Islam sahaja... Kerja buat kita banyak terbantut mungkin selama 2 tahun sebelum ini apabila MAIPP masih dikuasai oleh UMNO... Insya Allah perkembangan Islam lebih rancak selepas ini apabila terdapat wakil-wakil daripada PR berada dalam MAIPP...

Jadi UMNO cemburu...mereka iri hati...mereka sakit hati melihat terlalu banyak perubahan yang telah berlaku di Pulau Pinang... tak larat saya nak sebut di sini... Lalu mereka mensasarkan Pulau Pinang sebagai target baru mereka untuk menyembunyikan permasalahan yang begitu teruk yang berlaku di kalangan pimpinan UMNO dan BN..

Maka dalam sehari dua ni ..mereka timbulkan mengenai Zaharin bekas Pengerusi PKR PP dan beberapa lagi pimpinan lain yang dikatakan akan lompat parti kerana berbeza pandangan Mr CM.. akan lompat masuk Parti Cinta Malaysia... Lepas tu timbul pulak wakil DAPSY kata... nak lompat lompatlah... Diletakkan pada muka hadapan beberapa paper utama ....

Dalam hati saya terdetik... hampa ni tak dak kerja lain dah ka.... UMNO dan BN ni... Mereka highlight berita ni melalui media mereka dengan meluas sekali dengan harapan rakyat akan terpengaruh llu mempercayai bahawa PR PP berada dalam masalah besar dan pada masa yang sama kesemua program kerajaan negeri tidak diketahui oleh rakyat Pulau Pinang....

Sudahlah UMNO... macam budak-budaklah hampa semua.. Sekarang ni kita berada dalam suasana era politik baru... yang rakyat mempunyai kecerdikan luar biasa anugerah Ilahi untuk menilai prestasi terbaik PR ....

WAMAKARU WAMAKARALLAH.. WALLAHU KHAIRUN MAKIRIN...

Sokongan rakyat pada PR makin meningkat

http://misabah.blogspot.com

Malam tadi saya bersama beberapa ADUN PR Perak dan Selangor berada di Dewan Tookong, Sungai Tiang Baroh dalam program ceramah penerangan bersama masyarakat Cina di DUN Rungkup.

Sambutannya cukup menggalakkan. Beberapa tahun sebelum ini, saya tidak pernah merasai sambutan sebegitu hebat dari kalangan masyarakat Cina di Sg. Tiang.

Para penceramah pula dari kalangan Adun-adun PKR dan DAP. YB Kesavan memulakan ceramah dengan begitu baik dan diberi tepukan yang gemuruh, diikuti dengan ceramah YB Sum Cheok Leng, Adun Bercham, YB Wong Kah Woh, Adun Canning dan YB Ng Sueei Lim, Adun Sekinchan.

Ceramah dari YB Ng cukup mencuit dan mempersonakan sekali, beliau berceramah dengan tiga bahasa, Mandarin, Bahasa Melayu dan Jawa. Ramai juga masyarakat Melayu Jawa yang turut hadir dalam program tersebut. Kepetahan berbahasa Jawa menarik minat masyarakat setempat untuk menjemputnya menyampaikan ceramah di kampung-kampung yang ramai orang Jawa.

Saya diminta menyampaikan ucapan di akhir program tersebut, peringkat awal saya menolaknya, saya bagi alasan,kalau nak suruh saya berucap sepatutnya pada awal program untuk mengalu-alukan kehadiran selaku YDP Kawasan dan juga bekas calon.

Ucapan YB Ng dari Sekinchan sudah dianggap ceramah kemuncak, kalau selepasnya saya pula berucap, bimbang orang-orang Cina semua bangun meninggalkan majlis, jam pula sudah menunjukkan 10.30 malam. Orang Cina tidak biasa dengan program sehingga tengah malam.

Pengerusi minta saya berucap juga, ternyata telahan saya tidak benar. Sepanjang saya berucap semua hadirin menunggu dengan penuh minat sehingga habis, tidak ada kelihatan yang bangun meninggalkan majlis, ucapan ringkas sahaja lebih berkisar pengalaman memerintah selama 11 bulan di Perak dengan program-program kebajikan yang berjaya dilaksanakan.

Ketika bersalaman dengan orang ramai untuk meninggalkan majlis, kesemua tetamu dari kalangan masyarakat Cina kelihatan berpuas hati dengan majlis yang diadakan, mereka memberi jaminan pilihanraya akan datang pengundi Cina di Sg. Tiang pasti akan memberi undi kepada calon PAS.

Ustaz Misbahul Munir Masduki,
Setiausaha Politik YAB DS Nizar.






Melayu, Islam Pulau Pinang terbela di bawah PR

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 5 Feb: PAS mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang kerana berjaya menunjukkan prestasi yang begitu membanggakan selepas mentadbir negeri pulau mutiara itu sejak dua tahun yang lalu.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata walaupun Barisan Nasional (BN) yang kalah dalam Pilihan raya Umum 2008 cuba untuk menaburkan fitnah bahawa PR tidak mampu tadbir negeri itu dengan baik, namun rakyat akhirnya dapat melihat sendiri bagaimana cekapnya pemerintahan di bawah Pakatan.

Pada 2007, katanya, Kerajaan BN mensasarkan Belanjawan 2008 mengalami defisit RM35 juta tetapi sebaik sahaja kerajaan bertukar kepada PR, belanjawan itu mengalami lebihan RM88 juta, iaitu lebihan paling tinggi dalam sejarah Pulau Pinang.

Katanya, bagi Belanjawan 2009 pula, anggaran defisit dibuat sebanyak RM40 juta tetapi pemerintahan Pakatan sekali lagi memberikan hasil dengan lebihan RM77 juta.

Tambahnya, pada 2008 peruntukan untuk hal ehwal Islam yang dibuat oleh kerajaan BN dalam belanjawan tahun sebelumnya hanya bernilai RM12.5 juta, namun pada pembentangan belanjawan tahun 2008, Kerajaan Pakatan telah menambah kepada RM20.5 juta untuk peruntukan 2009.

“Pada pembentangan Belanjawan 2009 peruntukan meningkat lagi kepada RM24.3 juta untuk 2010. Jumlah ini adalah peruntukan tertinggi yang pernah dinikmati oleh intistusi Islam di Pulau Pinang selama ini,” katanya.

Katanya lagi, kerajaan Pakatan juga memberi pengiktirafan kepada para huffaz dengan memberikan peruntukan RM1.5 juta setiap tahun kepada sekolah-sekolah agama rakyat.

Di samping itu, ujarnya dakwaan Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang yang dikuasai Umno bahawa Melayu dipinggirkan dalam agihan projek dinegeri itu adalah tidak benar.

Ini kerana pada 2008, 78 kontraktor Melayu, berbanding 35 kontraktor bukan Melayu telah menerima projek melalui sebut harga, atu kontraktor Melayu dan satu kontraktor bukan Melayu masing-masing telah menerima projek melalui tender terbuka.

Pada 2009 pula, tambahnya 89 kontraktor Melayu diterima untuk projek melalui sebut harga dan bilangan kontraktor bukan Melayu yang diterima berkurangan kepada 19 syarikat sahaja.

Menurutnya, pada tahun yang sama, projek yang diberi kepada kontraktor Melayu melalui tender terbuka bertambah kepada 45 syarikat dan bukan Melayu enam Syarikat.

“Peningkatan yang ketara ini membuktikan Kerajaan Pakatan Rakyat masih menghormati hak kaum Melayu dan tidak menafikan hak kaum lain. Keutamaan pemberian projek adalah bergantung kepada kelayakan, kemampuan dan kesungguhan yang ditunjukan oleh pemohon tanpa mengira kaum mereka.

“Inilah bukti kesungguhan, dan iltizam pembangunan yang dilaksanakan hasil dari kepercayaan rakyat dalam pilihan raya lalu. Pakatan sesekali tidak akan mensia-siakan harapan dan amanah rakyat apabila mentadbir mana-mana negeri,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, PAS berharap kejayaan itu dapat diteruskan dan rakyat di negeri berkenaan dapat memberikan keyakinan serta mandat yang berterusan kepada PR untuk penggal yang akan datang.


Guan Eng Sokong Anwar



Para wartawan meminta Ketua Menteri mengulas tentang perasannya terhadap beberapa tomahan dan fitnah yang dilempar kepada beliau baru-baru ini.

Lim berkata ia cuma perkara kecil sahaja sekiranya dibandingkan dengan keperitan dan kesengseraan yang dihadapi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ahli-ahli keluarganya.

Pada pendapat Lim, perkara-perkara ini sengaja diungkitkan untuk mengalih perhatian dari kes mahkamah DSAI yang menjadi tumpuan antarabangsa. - cj.my





Kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang tetap teguh

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata beliau akan tetap meneruskan usaha mentadbir dan membangunkan Pulau Pinang walaupun dibebani dengan pelbagai tekanan dan tuduhan.

"Tekanan yang saya terima ini tidak mendatangkan kesan, sebaliknya saya akan mentadbir negeri ini dan membawanya ke puncak kejayaan," katanya kepada pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan kakitangan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) hari ini.

Menjawab soalan sama ada beliau akan meletak jawatan akibat tekanan yang diterima, Lim berkata: "Sesiapa sahaja boleh suruh atau minta saya letak jawatan."

Lim bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenainya dan beberapa tuduhan lain yang dikaitkan dengannya.

"Saya tidak layak untuk menjawab semua persoalan itu, rakyat tahu menilai," katanya.

Lim berkata usaha untuk menjatuhkan kerajaan negeri tidak akan berjaya kerana Pakatan Rakyat yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS tetap berdiri teguh.

Hanya segelintir individu yang ada dalam Pakatan Rakyat sahaja yang mungkin tidak berpuas hati, mereka ini hanya berada dalam parti tetapi jiwanya berada di luar parti, katanya.

Kepimpinan Lim dikritik oleh Anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang juga bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang apabila melabelkan beliau sebagai diktator, chauvinis dan berfikiran bahaya kerana sikapnya tidak suka dikritik.

Turut menyokong kenyataan Zahrain ialah seorang lagi pemimpin PKR, anggota Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng yang mendakwa Lim seorang yang angkuh dan harus disingkirkan daripada jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Malaysiakini/-


TANPA ANWAR, PKR DAN PAKATAN TETAP DIHATI RAKYAT

Dari Kacamata Halik Zaman:

Hari ini TV3 dan setiap agent 'media elektronik dan cetak' berlumba-lumba mengampu Kerajaan dengan menyiarkan pelbagai berita sensasi. Bermula dari liputan kes Dato' Seri Anwar Ibrahim sehinggalah membawa kepada komentar-komentar hentaman dari YB Nibong Tebal yang menurut 'jejak bertapak' Dato' Zahrain.

Pihak media elektronik dan 'TV3 kaki ampu' benar-benar memainkan peranan mereka dalam memastikan 'mission impossible UMNO' berjalan seperti apa yang dirancangkan. Liputan perjalanan perbicaraan Dato' Seri Anwar hari ini, Saiful a.k.a budak suruhan itu di berikan 'penghormatan' di mana segala jawapan dari Saiful di 'highlight'kan dengan tujuan untuk demoralized Dato' Seri Anwar dimata orang Islam. Persis irama dan lagu lagu sumbang arahan Mahathir dulu.

Kenyataan Saiful cukup memualkan. Bagi yang tidak mengenali Dato' Seri Anwar secara peribadi, mungkin akan 'termakan' dengan propaganda 'budak suruhan' itu. Tetapi tidak bagi 'keluarga kami' yang mengenali Dato' Seri Anwar secara peribadi. Segala pertuduhan 'budak suruhan' itu sememangnya tidak logik. Apakah 'budak suruhan' itu sudah lupa dosa dan pahala sehinggakan tergamak memberikan keaiban kepada insan lain ?

Walau kita semua maklum banyak perkara-perkara yang tidak berlaku adil dalam kes perrbicaraan Dato' Seri Anwar ini. Penafian akses kepada bukti-bukti juga amat mendukacitakan. Benar-benar UMNO ingin melihat Dato' Seri Anwar hancur pengaruhnya. Bermakna, takut betul UMNO dengan Dato' Seri Anwar. Kalau tak takut, kenapa dia teraniaya sebegitu rupa ?

Tapi apa nak dikata bila 'gemerlapan RM' terhidang di depan mata, manusia bisa hilang pertimbangan dan kewarasan fikiran. Maka terjadilah apa yang telah terjadi.

Berita sensasi di susuli pula dengan kenyataan YB Nibong Tebal yang menurut langkah Dato' Zahrain Hashim yang ibarat Hang Jebat. Mengapa dan kenapa hal-hal dalaman Pakatan Rakyat mesti di rujuk kepada media massa yang hanya 'terlangap dahagakan' publisiti sensasi dari Pakatan Rakyat ? Apakah tiada jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah dalaman seperti ini ?

Kita mengalu-alukan kenyataan Setiausaha Agung PKR, YB Saifuddin Nasution yang menyatakan PKR akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana ahli yang melanggar etika displin parti tanpa mengira pangkat, status dan kedudukan.

Seperti kenyataan YB Mansor Othman, kita tidak memerlukan insan-insan yang mengkhianati PKR dan Pakatan Rakyat untuk terus berteduh dalam payung PKR mahupun Pakatan Rakyat. Hari ini kita minta barisan kepimpinan PKR dan Pakatan Rakyat untuk lebih berhati-hati dalam menilai hati dan budi seseorang pemimpin sebelum mengangkat mereka ke kedudukan yang lebih baik.

Kita khuatir setelah mereka 'didudukkan' di tempat yang selesa, mereka akan 'demand' untuk yang lebih baik dan akhirnya terjadilah seperti sekarang ini, kritikan kepada masalah dalaman parti tidak lagi melalui saluran yang sebenar, sebaliknya mereka 'mengadu' kepada media massa yang menjadi 'agent' UMNO.

Kepada pengelola setiap media elektronik dan cetak, sekiranya kamu mengandaikan segala liputan/laporan yang kamu lakukan dengan harapan untuk mengurangkan pengaruh rakyat terhadap Pakatan Rakyat, anda silap, sebab semakin Pakatan Rakyat di gembar-gemburkan akan musnah, sebaliknya rakyat semakin bersimpati dengan nasib pemimpin Pakatan Rakyat yang menjadi mangsa tohmahan/fitnah UMNO dan BN.

Hari ini UMNO punya sebaran Am yang meluas berkuasa mengaibkan sesiapa yang mereka suka, hari esok Anwar Ibrahim punya rakyat yang bersimpati dengan hala tuju perjuangannya untuk membebasankan rakyat dari belenggu kezaliman. Semua orang tahu senario politik UMNO untuk membawa Anwar Ibrahim kepenjara dengan seribu satu cara. Tapi ingat, tanpa Anwar Ibrahim PKR dan Pakatan Rakyat akan terus hidup dalam dokongan rakyat jelata Malaysia.

Kekuatan PKR dan Pakatan Rakyat bukan terletak dibahu Anwar Ibrahim, Pakatan Rakyat akan terus perjuang untuk rakyat Malaysia yang sudah tidak tertanggung bebanan kos hidup rakyat yang kian hari kian mencekik leher rakyat. Tanpa Anwar menyedarkan, rakyat sudah sedar kepincangan para pemimpin UMNO. Ingat ! PRU13 kini diambang pintu!!

Moga Allah SWT mempercepatkan kes Anwar..anak-anak dok mai tanya apa itu air mani, liwat dubur dan sebagainya...!!!!

Keluar makan waktu kerja tengahari tadi, rakan-rakan bersembang pasal kes Anwar. Balik kerja search internet, penuh dengan cerita Anwar; ada yg pro dan ada yg con. Dalam sebuah yahoogroups tu yg biasanya sunyi sepi, hari ini penuh dengan email berdebat kes Anwar.

Bukak pulak BBC News, jadi berita utama jugak, tapi tak mcm media pro-BN or web pro-Pakatan, ulasan BBC tu nampak sedikit professional. Walaupun kes itu digambarkan seperti kes-kes mahkamah biasa yg Anwar merupakan yg tertuduhnya, tapi turut dimuatkan di situ beberapa perkara janggal yg berlaku sebelum perbicaraan yg menyebabkan timbulnya doubt (ragu-ragu) mengenai perjalanan kes ini.

Dulu saya agak berminat dgn kes Liwat Anwar ini, tapi sekarang entah pasal apa dah tak berapa minat dan dah berapa kisah dah. Cumanya tadi, rasa agak kesian sikit kat DS Anwar ini - bukan pasal apa, tengahari tadi siapa entah mai meja saya, dia letak satu surat jemputan untuk hadiri majlis bersama Tun Mahathir kat sebuah politeknik berdekatan, siap tulis dlm tu lagi diminta mai solat jemaah maghrib bersama-sama lepas tu baru mula majlis dgn Tun Mahathir.

Saya ambik surat tu pass kat memba sebelah, saya kata hang pi lah, aku masih mcm dulu lagi, masih mcm sewaktu zaman reformasi, masih tak boleh nak terima Dr Mahathir; cuma masih tak boleh nak terima saja tapi rasa meluat yg membuak-buak terhadap beliau mcm zaman reformasi tu dah makin reda dah. Mungkin sebab dia pun makin tua dan saya pun koi dok tua jugak, bila tua ni kematangan pun mai sebaris usia.

Bila saya baca surat tu, saya terus teringat kat DS Anwar, di kala musuh ketat dia dulu sedang diusung ke sana ke sini bertemu dgn rakyat jelata, Anwar pula di kala sudah dimamah usia terpaksa kembali mengulang cerita lama, kes liwat seperti di zaman reformasi dulu. Rasa kesian sungguh kat dia.

Berbalik kpd kes liwat beliau, w/pun saya ini sudah tak berapa minat nak ikutinya macam kes liwat yg pertamanya, tapi dok ikut juga dari jauh. Sebenarnya malas nak ikut sebab mcm dah tau jln ceritanya.

Org-org muda, org-org atas pagar dan depa-depa yg baru mengikuti kisah liwat Anwar ini boleh fikir apa yg mereka nak fikir, tapi bagi org-org yg sudah lama berkecimpung dgn politik Malaysia ini tak kira di peringkat atas atau pun di peringkat kampung, yg paham benar dengan sepak terajang politik negara kita ini, depa akan paham dan tau apa yg berlaku.

Benda-benda ini kalau kita tulis secara terus terang, org tak akan paham terutamanya generasi baru dan depa yg masih baru dalam kancah politik Malaysia ini.

Kadang-kadang ada juga memba-memba dok tanya pendapat saya, saya cuma habag mcm ni sajalah:

"Saya ni zaman muda dulu lepas SPM pernah giat Belia 4B, lepas tu sambung ngaji di Amerika tubuh kelab UMNO, balik Malaysia jadi Ketua Caw PAS, kemudian naik pentas ceramah PKR, la ni aktif dengan NGO ; saya rasa sebab saya dah pernah merasa duduk dlm tiga-tiga parti terbesar org Melayu ini, saya rasa saya ada hak untuk sembang bab ini"

"Ringkas cerita: pasal apa saya masuk UMNO dulu tu? sebab waktu tu saya yakin UMNO inilah satu-satunya wadah yg ada untuk mempastikan keterusan ketuanan Melayu Islam di Malaysia ini. Hei, Malaysia ini bumi kita, kalau kita tak jaga siapa lagi nak jaga, kita tuan bumi ini, ini tanah tumpah kita, ini hak kita, kita sanggup buat apa saja untuk pertahankan hak kita - macam kata Kopratasa, HAK KITA HAK KITA, BIAR BERKAHAK ASALKAN HAK KITA. Kita sanggup lakukan apa saja, ya apa saja demi mempertahankan hak kita".

Itu adalah pegangan saya sewaktu bersama UMNO dulu.

Kemudian saya masuk PAS kerana saya hasil mengikuti kuliah-kuliah agama, saya mendapat diri saya ini dilahirkan Islam dulu kemudian baru diberi nama Melayu. Jadi, saya perlu utamakan Islam, saya tertarik dgn PAS sebab PAS kata dia nak jadikan Malaysia negara Islam, nak jadikan Quran, Hadis, Ijmak dan Qias sebagai sumber undang-undang. Hari ini, walaupun masih menjadi pengundi PAS, tapi hati saya sudah mula ragu, mampukah PAS lakukan semua itu sebelum maut menjemput saya nanti. Tapi tat pa, saya bisikkan ke dlm diri saya, saya akan terus mengundi PAS sekurang2 nya bila mati nanti kalau ditanya kelak saya boleh tudingkan jari kpd pucuk pimpinan PAS yg ada minta depa tolong jawabkan.

Kemudian, saya tertarik dgn karisma Anwar yg berjaya menyatukan perlbagai bangsa melalui PKRnya - yg selama ini dimomokkan bahawa hanya BN saya yg mampu menyatukan bangsa-bangsa di Malaysia ini. Kerana berpendidikan dari Amerika yg punya sistem dua parti barangkali, saya tertarik dgn konsep dua parti Pakatan vs BN ini. Malangnya dalam proses merakyatkan konsep 2 parti ini, berlaku suatu yg parah apabila Melayu berpecah tiga dan dari segi politik sudah tidak dominan lagi. Suka atau pun tidak, ramai org-org Melayu terutamanya yg atas pagar dan of course mereka-mereka yg UMNO piang amat kecewa dgn fenomena ini. Apa yg berlaku di selangor dan perak benar-benar menggangu mereka.

Hari ini saya bersama NGO; saya dapat melihat semua perkembangan ini jelas daripada bird eye view (dari atas). Saya tak mau kata Anwar betul atau pun salah, itu kerja mahkamah untuk menentukan, tapi kerana seperti juga perlawanan BOXING, bila Anwar sudah serahkan dirinya untuk dijadikan buah dadu dlm percaturan politik khususnya politik Melayu Islam di Malaysia ini, maka hari ini Anwar terpaksalah menanggungnya.

Cumanya mcm saya tulis tadi, di kala musuh lamanya sedang disambut di sana sini bertemu rakyat jelata yg tak sempat dilawat sewaktu jadi PM dulu, Anwar pula sedang sibuk bersilak pencak melawan tuduhan liwat terhadapnya.

Kesian kat Anwar.

Dan kesian juga kat kita yg terpaksa tutup TV ataupun sembunyi akhbar apabila anak-anak kita masih berada di alam barzah di zaman Liwat Anwar yg pertama dulu, tiba-tiba dok mai tanya apa itu air mani, apa itu liwat masuk dubur dan sebagainya.

Moga Allah SWT mempercepatkan kes Anwar ini dan menyelamatkan kita semua.

moniermatdin@yahoo.com
4 Feb 2010
http://mindapolitikmoniermatdin.blogspot.com

BICARA AL JUBURI DI MAHKAMAH SEMALAM - Saiful telah terkena check mate yang kedua

-ismailybungsu@yahoo.com

Saiful berkata pada jam 1.00 petang, 28 Jun 28, 2008, dengan ditemani oleh bapa saudaranya Tuah Mohd Halim, mereka ke Hospital Tawakal. Bagaimanapun dia gagal mendapat rawatan kerana hospital itu beroperasi separuh hari.

Berikutan itu, dia pergi ke sebuah lagi hospital swasta, Hospital Pusrawi dan dirawat oleh Dr Mohd Osman Abdul Hamid.

Saiful berkata doktor di Pusrawi mecadangkannya supaya ke hospital kerajaan untuk diperiksa.

Saiful berkata dia kemudiannya ke hospital Kuala Lumpur dan memberitahu seseorang yang dikenali sebagai Dr Daniel yang dia diliwat oleh tertuduh.Doktor itu memberikannya sekeping nota dan dia dirujuk ke wad kecemasan bagi membuat laporan polis. Superintenden Jude Pereira adalah antara pegawai polis yang membantunya membuat laporan

Kupasan Pembicaraan Liwat Anwar ke atas Saiful /Kenyataan Mahkamah 4 Feb 2009

Pada 28 Jun 2008 (Sabtu) jam 13:00 (1 tengahari) beliau ditemani bapa saudara beliau Tuah Mohd Halim pergi ke Hospital Tawakal untuk mendapatkan rawatan kerana liwat. Tapi malang hospital tersebut buka separuh hari.

Setahu saya hanya terdapat sebuah hospital Tawakal di Kuala Lumpur iaitu Jalan Pahang Barat off Jalan Pahang hampir dengan HKL. Hospital dikendalikan oleh Kumpulan Perubatan Johor Sdn Bhd ditubuhkan pada tahun 1984. Setahu saya juga hospital ini mahupun hospital swasta yang lain tidak mengamalkan kerja separuh hari atau cuti pada hari-hari tentu terutama sekali kes-kes kecemasan. Jika kita perhatikan, jabatan kecemasan hospital Tawakal beroprasi 24 jam 7 hari seminggu 365 hari setahun dan kes-kes jenayah termasuk kes isteri bertumbuk dengan suami selalunya dirujuk ke Jabatan Kecemasan. Hospital Tawakal boleh mengemukakan saman ke atas Saiful kerana menjatuhkan reputasi hospital tersebut kerana kenyataan dalam mahkamah tersebut boleh dikategorikan sebagai fitnah. Itupun kalau lembaga pengarah hospital tersebut berani.

Kemudian beliau ke Hospital Pusrawi dan beliau dirawat oleh Dr Mohd Osman Abdul Hamid dan beliau disyorkan untuk membuat rawatan lanjutan di HKL. Hospital Pusrawi berada di Jalan Tun Abdul Razak dan hampir dengan HKL. Kemudian beliau ke HKL dan memberi tahu kepada Dr Daniel yang beliau diliwat. Dr tersebut memberikan dia sekeping kad dan beliau di rujuk ke wad kecemasan.

Kenyataan ini mengelirukan, setahu saya dalam bentuk atau kes jenayah seorang mangsa boleh melakukan pemeriksaan di mana-mana hospital samada milik kerajaan mahupun swasta. Yang penting semasa di hospital tersebut kenyataan atau laporan kes boleh dibuat. Persoalan di sini kenapa Dr Mohd Osman Abdul Hamid menyuruh beliau ke HKL sedangkan beliau adalah seorang Dr yang berkelayakan. Dalam kes-kes jenayah pemeriksaan kesihatan boleh dilakukan oleh Dr biasa kalau tak percaya pergi jabatan kecemasan PPUM ataupun PPUKM, adakah Dr yang berada di situ semuanya pakar? Adakah beliau mengatakan yang beliau telah diliwat pada Dr Mohd Osman Abdul Hamid?

Saiful telah terkena check mate yang kedua untuk hari ini. Setelah semalam beliau telah menunjukkan yang beliau rela diliwat. Beliau diliwat tanpa paksa jika itu yang terjadi.

Tentang rakaman tempat kejadian, mahkamah telah ditunjukkan bukti kehadiran Saiful itupun CCTV di lift tempat parkir kereta. Beliau keluar semula setelah 1 jam. Adakah bukti ini sudah cukup kuat? Kerana adakah CCTV itu menunjukkan tingkat berapa Saiful pergi dan adakah mana-mana CCTV yang merakamkan Saiful memasuki kawasan kejadian iaitu apartment tersebut. Adakah CCTV juga menunjukkan Anwar memasuki kawasan tersebut. Jika tiada mungkin Anwar ke bilik tersebut melalui bumbung. Kita jangan lupa kes culik, rogol dan bunuh oleh pekerja MAS ke atas seorang wanita. CCTV telah menunjukkan bahawa perempuan itu diculik di tempat parkir kereta sebuah pusat membeli belah dan beliau juga dirakam oleh CCTV Tol. Ini yang meyebabkan mamat tersebut tidak dapat melepaskan dirinya. Sehingga hari ini CCTV hanya menunjukkan Saiful berada lift di tempat parkir kereta sahaja. Mungkin Isnin nanti kita akan melihat bukti lain pula.

Tunggu.....

Munajat hapus rampasan kuasa jahat Umno

Harakahdaily

IPOH, 5 Feb: Rakyat diseru berdoa dan bermunajat agar keadilan akan ditegakkan kembali di negeri ini sementara rampasan kuasa jahat oleh Umno/BN ini mesti dihapuskan.

Sehubungan itu, Setiausaha Pemuda PAS Perak, Dr Raja Ahmad al-Hiss menggesa rakyat menolak Umno/BN kerana mereka mengkhianati hak rakyat. Beliau berkata, Umno/BN sebenarnya gilakan kuasa dan awal Februari tahun lepas jelas bahawa mereka tidak akan berjaya selagi tidak mempunyai kuasa.

Katanya, Pemuda PAS negeri bersama seluruh rakyat yang cintakan demokrasi tidak dapat melupakan sejarah hitam rampasan kuasa yang telah dilakukan oleh Umno/BN yang sepatutnya mendahulukan rakyat.

Tambahnya, selepas rampasan kuasa awal Februari tahun lepas, kerukunan hidup rakyat sudah tidak bersatu bagi memastikan keunggulan negeri diletak di tempat yang sebaik-baiknya.

Pemuda PAS Perak juga, ujarnya merasakan bahawa tahap demokrasi di negeri ini telah terkikis akibat rampasan kuasa tersebut.

Justeru, tambahnya, keputusan siapa menteri besar pada 9 Februari ini menjadi petanda aras yang perlu rakyat lihat sebagai peluang untuk mengembalikan demokrasi di negeri ini.

“Kejayaan kita bersama ialah mendaulatkan demokrasi yang sepatutnya di Negeri Perak,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Menurutnya, rampasan kuasa ahli jawatankuasa masjid yang telah dipelapori oleh Umno turut menambah luka kerukunan hidup rakyat di kalangan orang Islam

Katanya, Umno cuba menjadikan masjid sebagai pentas politik tanpa menghormati hak rakyat yang menjadi jamaah atau kariah setempat.

Pihaknya juga mendakwa kedudukan ekonomi di negeri ini terjejas teruk kerana usaha untuk menarik pelabur tidak berjaya dilakukan oleh kerajaan BN.

Katanya, walaupun telah diumumkan pelbagai pelaburan yang telah masuk, tetapi sebenarnya rakyat telah ditipu kerana jelas bahawa tahap ekonomi negeri masih rendah.



Khamis, 4 Februari 2010

Aku Mudah Saja UMNO ka PAS ka..Siapa Buat Salah Kita Londeh Jee..!!!!

Rahsia Yang Khalid Dedah Adalah Penajaan Puncak Niaga Untuk Muktamar PAS di Shah Alam

Benar sekali kenyataan Pak Bakaq@ Penarik Beca dalam artikel beliau yang bertajuk “Tahniah UMNO (2)” bahawa rahsia sebenar yang didedahkan Khalid Samad adalah penajaan Puncak Niaga terhadap Muktamar PAS di Shah Alam.

Kalau kita rujuk pertuduhan Khalid Samad :
“Bahawa kamu, Tuan Haji Khalid bin Abdul Samad, sebagai seorang ahli Parti Islam SeMalaysia (PAS) No. 0126504 telah dengan secara salah, dengan sedar dan pengetahuan mendedahkan rahsia Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor yang bertarikh 27hb September 2009 jam 3.30 petang melalui Blog peribadi dan dengan itu kamu dianggap telah melakukan kesalahan di bawah Fasal 75 (1)(e) Perlembagaan PAS dan jika didapati bersalah boleh dihukum di bawah Fasal 75 (5) Perlembagaan PAS”.”.
Satu pertuduhan yang kelakar dan sangat dangkal. Pertama sekali tidak dinyatakan:
a. Masa kesalahan berlaku
b. Tarikh kesalahan berlaku
c. Tempat kesalahan berlaku
d. Butiran rahsia yang didedahkan oleh Khalid Samad

yang telah didedahkan oleh Khalid Samad.

Selepas itu, Tuan Ibrahim kerap mengulangi tuduhan Khalid Samad mendedahkan rahsia parti, namun dari pertuduhan di atas jelas TIADA RAHSIA yang didedahkan oleh Khalid Samad.

Malahan, Khalid Samad sendiri di dalam kenyataannya berkata:
b) Saya minta diberitahu apakah ‘rahsia mesyuarat BPPNS’ yang telah saya dedahkan tetapi saya tidak mendapat jawapan hingga ke hari ini. Sekiranya ianya berhubung tarikh, waktu dan tempat mesyuarat tersebut diadakan, ianya telah lama diketahui umum kerana wartawan telah hadir untuk Dewan Harian mengadakan PC sebaik sahaja mesyuarat tersebut selesai.”
Ini jelas satu kezaliman kepada Khalid Samad serta perkara yang tidak sepatutnya dilakukan oleh mana-mana manusia yang mengucap dua kalimah syahadah. Lebih-lebih kalau manusia itu mengaku memperjuangkan Islam.

Bagaimana Allah SWT hendak menurunkan pertolonganNya kepada PAS sekiranya PAS sendiri melakukan kezaliman terhadap ahli dan penyokong mereka sendiri?

RAHSIA INILAH YANG MENJADI PUNCA KHALID DISABITKAN KESALAHAN

Alasan mendedahkan rahsia mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor adalah alasan yang tidak berasas. Ia sebenarnya alasan bagi menyorok motif yang lebih utama: menghukum Khalid Samad kerana mendedahkan kepada umum bahawa Puncak Niaga telah menaja Muktamar PAS Shah Alam. Benar sekali kata Pak Bakaq@Penarik Beca

Kalau tiada penajaan dari Puncak Niaga masakan PAS Selangor mampu menempah bilik2 yang begitu mahal untuk beberapa pimpinan yang dilketahui PRO UMNO.


Mengapa tiada bilik untuk:
a. SU Agung - Dato Kamaruddin Jaafar
b. Ketua Penerangan – Saudara Mahfudz Omar
c. Naib-Naib Presiden-
d. Bendahari PAS Pusat

Apa urusan Roslan SMS, Suwardi Yaakob dan Dr Samsuri untuk mendapat bilik di Concorde Hotel. Apa bisnis Mustafa Ali dapat satu bilik sedangkan beliau Cuma Pengarah JPPP sahaja?

(Suwardi Yaakob yang telah menipu MAIS pun ada dalam senarai jugak ke?)

Bukankah lebih baik wang itu dibelanjakan untuk mengurangkan beban para perwakilan yang telah mengeluarkan wang sendiri untuk datang ke Muktamar di Shah Alam itu?

Untuk melihat kualiti bilik yang ditempah di Concorde Hotel, sila klik di sini .

Salah satu dari 8 pertuduhan Dewan Harian Selangor kepada Khalid adalah pendedahan Khalid sewaktu Muktamar PAS di atas tajaan Puncak Niaga ini. Dikatakan pertuduhan itu tidak “lekat”. Tapi sebenarnya ia lekat, cuma disorok dalam bentuk lain.

Hakikat JK Disiplin tidak mampu memberitahu apa rahsia yang didedahkan Khalid membuktikan bahawa inilah rahsia utama yang menyebabkan Khalid dihukum.

Kita semua telah membaca tulisan Khalid Samad selepas isu SELCAT dan tiada apa-apa rahsia yang Khalid dedahkan dalam blog beliau. Hanya sekadar pendapat pribadi beliau sahaja.

Namun kenyataan Tuan Ibrahim MENEKAN sungguh kononnya Khalid Samad telah MENDEDAHKAN RAHSIA PARTI. Apa nak jadi dengan Dato Tuan Ibrahim? Siapa yang Dato Tuan Ibrahim hendak berbohong dengan? Ahli2 PAS bukan bodoh dan bukan dunggu.

Ahli2 PAS dilatih menentang kezaliman dan menolak kemungkaran. Apa yang Dato Tuan Ibrahim buat ini adalah satu kemungkaran dan satu kezaliman.

Selepas berperangai begini, saya nasihatkan Tuan Ibrahim pergilah menyertai UMNO. UMNO adalah tempat untuk orang-orang yang kerap melakukan kezaliman dan kemungkaran. PAS adalah tempat untuk orang-orang yang menentang kemungkaran dan kezaliman.
Bersedialah Dato Tuan Ibrahim menerima pembalasan Allah SWT.

Tulang Besi

Shamsul Azhar Presiden, CEO baru Petronas

KUALA LUMPUR; Datuk Shamsul Azhar Abbas (gambar), bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MISC Bhd., dilantik sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas yang baru berkuat kuasa 10 Februari ini.

Beliau turut dilantik memangku jawatan Pengerusi Lembaga Petronas, demikian menurut kenyataan akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang dikeluarkan hari ini.

Shamsul Azhar, 57, akan menggantikan Tan Sri Mohd. Hassan Merican yang tamat tempoh kontrak perkhidmatannya pada 9 Februari ini.

Menurut Najib, Shamsul Azhar berpengalaman luas dalam industri petroleum negara.

"Jawatan terakhir yang disandang beliau adalah sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MISC antara 2004 hingga 2009," katanya.

Shamsul Azhar mula berkhidmat dengan Petronas pada 1974 dan pernah memegang beberapa jawatan kanan termasuk Naib Presiden Perniagaan Minyak, Naib Presiden Petrokimia, Naib Presiden Eksplorasi (Huluan) dan Naib Presiden Maritim dan Logistik.

"Saya yakin beliau mempunyai kelayakan, kewibawaan dan pengalaman untuk membawa kejayaan yang berterusan kepada Petronas," kata Perdana Menteri dalam kenyataan itu.

Tambahnya, kerajaan mengucapkan terima kasih di atas sumbangan besar Hassan kepada negara dan industri petroleum, selaku Pemangku Pengerusi, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas sejak 1995.

Hassan mula berkhidmat dengan Petronas sejak 1989 sebagai Naib Presiden Kanan Kewangan sebelum dilantik Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif pada 1995.

Beliau kemudiannya menyandang jawatan Pemangku Pengerusi pada 2004 hingga sekarang. - Bernama


Imej Pas Tercemar-Khalid Samad


Kata Khalid Samad mengulas keyataan Tuan Ibrahim Tuan Man yang kecewa dengan sikap ahli-ahli Pas yang mempertikaikan keputusan JK Disiplin Pas atas penggantungan jawatan Khalid dalam Pas Selangor dan Pas Pusat selama 6 bulan;

KESAN KEPUTUSAN JK DISIPLIN

Saya tidak bersedih kerana digantung jawatan. Kita berjuang bukan kerana jawatan. Saya sedih kerana hasil keputusan JK Disiplin, imej PAS tercemar. Selama ini PAS dilihat sebagai ‘weak link’ di Selangor. Apabila disebut kerajaan PR akan jatuh kerana ada yang akan melompat, semua melihat pada PAS. Sehingga PJ terpaksa mendedahkan isu ‘Baiah taklik’ untuk meyakinkan rakan-rakan PR. Namun tindakan beliau menyanggah beberapa keputusan PR secara terbuka terus mengundang kesangsian.

Keputusan JK Disiplin mengukuhkan kesangsian ini. Rakyat melihat PAS tidak kommitted kepada usaha menjayakan PR Selangor kerana yang menimbulkan masalah tidak dikenakan tindakan. PAS terus dianggap mempunyai ‘perancangan rahsia’ dan ‘agenda tertentu’ seolah-olah hanya menunggu masa untuk bersama BN.

Sekali lagi kita tidak boleh salahkan rakyat atas andaian tersebut. Kita yang menimbulkan kesangsian dengan tindakan kita sendiri. Amat sukar untuk mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap kesungguhan PAS untuk bersama PR setelah apabila mereka baru sahaja mahu percaya, kita yang menimbulkan kesangsian kembali. Amat malang bagi PAS, peluang keemasan untuk membuktikan kesungguhan kita akhirnya terlepas begitu sahaja, malahan ditambahkan pula kesangsian.

Saya setuju dengan kata-kata TITM, “kalau anda tidak boleh membantu jamaah, jangan menyusahkan jamaah”. Malangnya, bagi saya, keputusan JK Disiplin yang banyak menyusahkan PAS berbanding kritikan dan teguran ahli. Minta maaf banyak-banyak

Pesuruhjaya Tinggi Ghana kagumi Nik Aziz

Mohd Nor Yahya

KOTA BHARU, 4 Feb: Pesuruhjaya Tinggi Ghana ke Malaysia, Daniel Kwasi Abodakpi melahirkan minat untuk mengenali lebih dekat seorang pemimpin negeri yang mempunyai integriti seperti Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau berkata kunjungan ke sini untuk melihat hasil pemerintahan berintegriti yang diamalkan di Kelantan.

Katanya, hasil ketelusan yang diamalkan itu membolehkan pelbagai program pembangunan berjalan dengan baik.

“Pentadbiran kerajaan negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar sekarang menjadi contoh nyata bahawa Islam bukan agama yang menganjurkan keganasan.

“Tidak ada satu agama pun di dunia ini sama ada Kristian, Buddha, Hindu mahupun Islam boleh dilabel sebagai agama pengganas, tetapi ramai sering menyebut Islam terrorist.

“Namun saya tidak pernah percaya, Islam sejak dahulu adalah agama yang membawa tamadun dan membawa manusia mengenal sains. Malah hari ini Kelantan adalah contoh Islam bukan agama keganasan,” katanya ketika mengunjungi hormat Tuan Guru Nik Abdul Aziz di Kota Darulnaim semalam.

Rombongan itu turut disertai Menteri Penasihat Kedutaan, Muhammed Fuseini Inusah dan Setiausaha Pertama, F.M. Brown.

Hadir sama Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, Setiausaha kerajaan negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias dan pegawai kerajaan negeri.

Daniel Kwasi berkata, kunjungannya ke Kelantan amat bermakna kerana dapat mengenali dengan lebih rapat Menteri Besar Kelantan.

“Saya memilih Kelantan untuk peringkat awal lawatan kerana ia begitu unik apabila mempunyai seorang Menteri Besar yang penuh integriti,” ujar beliau.

Katanya integriti yang ada pada Nik Abdul Aziz sudah lama diketahui ramai.

“Saya kagum dan teruja dengan apa yang sudah dicapai Menteri Besar di negeri ini. Beliau amat dikenali sebagai pemimpin yang baik dan berintegriti, tidak selalu kita jumpa pemimpin yang hebat dalam sejarah.

“Tuhan hanya memberi amanah kepada ‘true man’ dan saya berharap Tuhan akan terus memberi kesihatan yang baik kepada beliau untuk meneruskan segala kerja,” katanya.

Beliau memberitahu rombongannya kini dalam rangka lawatan ke seluruh Malaysia dan Kelantan dipilih negeri kedua selepas Sarawak.

Beliau juga mengakui pembangunan Kelantan tetap rancak dan berharap hubungan dapat diperluas termasuk dalam sektor ekonomi dan sosial dengan Ghana.

Menurutnya juga pencapaian Menteri Besar Kelantan dalam menyatukan rakyat dan membawa pembangunan menjadi inspirasi kepadanya.

Sementara itu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, Kelantan mengalu-alukan mana-mana kedutaan asing datang bagi mendengar dan melihat sendiri pembangunan sosio ekonomi negeri ini.

PR era PASCA Anwar... mengembang @ Menguncup???

Salam.....

PR di era pasca Anwar.... mengembang atau menguncup??? hehe... rasanya memang anwar akan dijatuhkan kot... agak2 kengkawan siapakah leader yang boleh menggantikan beliau dan diyakini oleh semua kaum... Melayu Cina dan India...

Atau adakah PR akan terus mengucup terus... huhu. Kalau pandangan abi... pemimpim dari PAS mungkin mengungguli PR... calon2nya ialah :

1) Nizar Jamaludin
2) Husam Musa
3) Lu pikirlah sendiri!!!



INDIA PENGEMIS CINA PELACUR

بسم الله الرحمن الرحيم

Nasir kata depa ni pengemis dan jalang!

Apa kenyataan sebenar Pegawai Khas Kepada Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar sehingga dia terpaksa meletakkan jawatannya? Kononnya dia membuat kenyataan berbaur perkauman ketika berucap dalam seminar '1Malaysia' di Melaka hari ini, menyebabkan puluhan ahli MIC, MCA dan perwakilan pertubuhan bukan kerajaan meninggalkan majlis berkenaan.

Menurut sumber, Nasir telah menimbulkan kemarahan hadirin apabila dia melabelkan kaum India dan Cina sebagai "pendatang".

Tapi Malaysian Insider melaporkan sebentar tadi, Nasir bukan saja melabelkan kaum Cina dan India sebagai "pendatang", tapi dia mengeluarkan kenyatan yang lebih teruk dari itu! Mengikut Malaysian Insider, Nasir mengeluarkan kenyataan "orang India datang ke Malaysia sebagai peminta sedekah dan orang Cina terutama wanita datang ke sini untuk menjual tubuh mereka!" ("Indians came to Malaysia as beggars and Chinese especially the women came to sell their bodies”).

Alamak teruknya Nasir! Kalau dia ucapkan perkataan itu dalam rumahnya sendiri dan cuma didengari oleh anak isterinya satu hal, tapi ini ucapan dibuat di depan umum yang didengari oleh ramai orang dari pelbagai kaum. Nak mampos betul Datuk ni, apa dia ingat kerana dia orang kuat PM boleh kata orang sesuka hati?

Mungkin Nasir ni rasa dirinya hebat kerana dia orang kanan PM. Jadi dia hendak tunjuk dia lebih hebat dari tokoh rasis lain, termasuk Datuk Ahmad Ismail, Ketua Bahagian Umno Bukit Bendera yang pernah menggelar kaum India dan Cina sebagai pendatang. Cuma dalam keceluparan Ahmad, dia tidak memanggil kaum lain sebagai pengemis dan jalang, tetapi Nasir melakukannya kerana dia mungkin rasa lebih hebat dari Ahmad.

Nasir adalah Pegawai Khas Najib. Walaupun Pejabat Perdana Menteri boleh kata ia adalah kenyataan peribadi Nasir, tapi orang tetap akan nampak kenyataan biadabnya itu adalah kenyataan rasmi Pejabat Perdana Menteri.~ pendikar gunung kriang


Ucapan As-Syahid ibrahim Libya - mari kita hayati





Nostalgia al-Marhum Dato Fadhil Nor 1986



PAS perlu menang – Husam




Gerakan Islam yang dipimpin Zulkarnain adalah mewujudkan kestabilan politik dan keamanan

Exco Kerajaan Kelantan, Dato’ Husam mengulas akhir surah Saba’ mengenai kepimpinan Zulkarnain memimpin ummah kepada peserta munaqasyah ucapan Presiden peringkat PAS Tumpat.

Islam adalah Deen wa Daulah, buktinya Zulkarnain, Kita kena mencari-cari kemenangan, kata Dato’ Husam

PAS perlu menang sekurang-kurang 45 kerusi atau lebih baru boleh jadi Islam Memimpin dengan syarat PAS mengatur langkah mendaftar 700 ribu penyokong baru.

Exco Kerajaan Kelantan, Dato’ Husam Musa menyampaikan ucapan penutup kepada peserta Munaqasyah Ucapan Presiden peringkat PAS Kawasan Tumpat pada 30 Januari 2010 di Dewan Pantai Sri Tujoh, Tumpat. Turut hadir Ahli Parlimen Tumpat Dato’ kamarudin Jaffar dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Tumpat




WANG IHSAN DAN KEMARUK KUASA

Oleh DATUK HAJI MAHFUZ HAJI OMAR, Naib Presiden PAS

Tindakkan Yang Berhormat Mulia Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah tampil menyatakan kedudukan sebenar dalam isu tuntutan royalti minyak adalah pendirian yang bersifat pro rakyat.

Keberanian YB Tan Sri Tengku Razaleigh mengambil pendirian yang bertentangan dengan pendirian kerajaan adalah suatu langkah yang mendahulukan rakyat. Sebaliknya tindakan kerajaan BN menidakkan royalti kepada kerajaan dan rakyat Kelantan adalah suatu tindakkan yang bersifat memusuhi dan melancarkan perang terhadap kerajaan dan rakyat Kelantan.

YB Tan Sri Tengku Razaleigh mahu mempertahankan kedaulatan kerajaan dan rakyat Kelantan dan bukannya menjadi sebagai peminta sedekah. Tindakkan YB Tan Sri Tengku Razaleigh mengingatkan kembali rakyat Malaysia kepada peristiwa keberanian beliau menentang Tun Dr. Mahathir Mohamed dalam pemilihan jawatan Presiden UMNO.

Pada hal Tun Dr. Mahathir adalah Perdana Menteri yang berkuasa pada waktu itu. Tindakkan YB Tan Sri Tengku Razaleigh pada waktu itu adalah berpunca daripada dasar dan tindakkan Tun Dr. Mahathir yang merugikan rakyat. Saya percaya tindakan beliau kali ini juga adalah berpunca dari dasar dan amalan kerajaan kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib Razak yang tidak bersifat pro rakyat.

Termasuk lah dalam isu penafian royalti minyak ke atas Kelantan yang merupakan lanjutan dari dasar penafian ke atas Terangganu yang di buat oleh Tun Dr. Mahathir satu ketika dahulu. Saya yakin tindakkan YB Tan Sri Tengku Razaleigh adalah untuk meletakkan kembali Malaysia pada landasan yang betul setelah sekian lama menyimpang dari landasan dan amalan demokrasi.

Saya mengharap akan lebih ramai di kalangan pimpinan UMNO / BN akan tampil untuk bersama YB Tan Sri Tengku Razaleigh dan rakyat Malaysia dari semua latar belakang agama warna kulit dan ideologi politik untuk menyelamatkan Malaysia dari porak poranda akibat dari dasar kerajaan BN yang bersifat kemaruk kuasa.


Rabu, 3 Februari 2010

Alahai...Saiful Tak Berak 2 Hari..?

Dari Mahkamah Tinggi: Saiful Tak Basuh Berak?

Mahkamah Tinggi sebentar tadi diberitahu oleh Pendakwa mereka mempunyai bukti air mani kepunyaan Anwar Ibrahim di kesan di bahagian luar dan dalam dubur Saiful Azlan. Pihak Pendakwa seterusnya menyatakan mereka akan membawa bukti itu ke mahkamah yang telah disahkan oleh Jabatan Kimia sebagai kepunyaan Anwar berdasarkan pemeriksaan DNA.

Saya bukan pakar DNA dan tentu saja saya tidak layak komen mengenai penemuan air mani Anwar di dubur Saiful. Tetapi yang memusykilkan saya, DNA bukanlah satu-satunya bukti yang boleh mengesahkan berlakunya hubungan sex. Ini kerana bukti DNA boleh dicipta dengan mengubah palitan dari satu tubuh ke tubuh lain. Sewaktu perbicaraan Sodomy I pada tahun 1998 dulu, bukti DNA tidak dapat dipakai kerana ia sangat meragukan kerana ada unsur pemalsuan, hinggakan hakim Augustine Paul yang jelas berat sebelah itu pun terpaksa membuang bukti tersebut daripada membantu kes pendakwaan.

Itu kemusykilan pertama. Kemusykilan kedua, berdasarkan fakta kes, Saiful mendakwa diliwat pada 26 Jun 2008 (Khamis) dan 2 hari lepas itu (Sabtu) baru Saiful menemui pegawai perubatan bagi memeriksa punggungnya. Yang herannya jika air mani Anwar masih dapat dikesan selepas dua hari kejadian liwat itu, adakah dalam tempoh dua hari itu Saiful tidak membuang air besar? Jika Saiful membuang air besar dan membasuh punggungnya, bagaimana kesan air mani masih ada di punggungnya?

Atau Saiful ini jenis orang yang berak tak basuh punggung?

Jika anda pakar DNA, mungkin anda boleh jelaskan hal ini....



Kalthom: PAS kehilangan ikon Muslimat

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 3 Feb: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Lo' Lo' Ghazali menyifatkan pemergian mantan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP), Hajjah Kalthom Othman sebagai satu kehilangan besar kepada parti khususnya bagi DMPP sendiri.

Lo' Lo' berkata, Allahyarhamah telah banyak menaburkan jasa dan berkorban sepanjang penglibatannya dalam perjuangan PAS.

Beliau turut melahirkan sedih kerana tidak berpeluang untuk menziarahi janazah Allahyarhamah kerana masalah kesihatan.

"Hari ini saya dan seluruh jemaah PAS kehilangan seorang mentor dan ikon pimpinan muslimat.

"Saya berasa sedih kerana belum cukup sihat untuk pergi menziarahi jenazah yang saya kira sangat hebat dan begitu banyak jasa serta pengorbanannya. Moga rohnya ditempatkan bersama para syuhada," katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Harakahdaily sebentar tadi.

Hajjah Kalthom Othman, 61,kembali ke Rahmatullah kira-kira jam 1.30 pagi tadi di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian setelah diserang ‘massive stroke’.

Beliau diserang angin ahmar di rumahnya pada jam 2.30 petang semalam sebelum dihantar ke Hospital Tengku Anis, di sini, yang kemudiannya dirujuk ke HUSM.

Allahyarhamah adalah antara aktivis PAS yang paling bergiat cergas dan sentiasa istiqamah dengan perjuangan dan pernah menjadi Ketua Muslimat PAS negeri, Tumpat dan Pasir Puteh, sehingga kini masih bertugas sebagai Ketua Halaqat Dun Selinsing.

Jenazah bekas Ahli Dewan Negara dari tahun 1991 hingga 1997 itu disemadikan selepas Zohor tadi dan solat jenazah di Masjid Ibrahimi, Pasir Puteh.


Bersemuka dengan Lim Guan Eng

Zulkifli Sulong, Nazri Abdullah dan Hazayani Zakaria

Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang mendapat sorotan luar biasa sejak akhir-akhir ini terutama selepas diserang sedemikian rupa oleh Datuk Zaharain Mohd Hashim, bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang. Pelbagai dakwaan yang dibuat beliau terhadap Lim. Wartawan Harakahdaily Zulkifli Sulong, Nazri Abdullah dan Hazayani Zakaria telah menebual beliau baru-baru ini bagi menilai sendiri pandangan beliau dalam beberapa isu penting.

Ikuti wawancara bahagian pertama dari dua bahagian ini.

Dalam mesyuarat agung DAP baru-baru ini YAB telah membentangkan satu dasar atau pendekatan baru DAP iaitu "Midle Malaysia" atau "Malaysia Tengah". Apa sebenarnya yang YAB maksudkan dengan slogan ini?

Yang saya maksud Midle Malaysia atau Malaysia Tengah adalah konsep di mana kita bersederhana dalam semua hal. Bukan ektremis. Kita ambil pendekatan pertengahan, tidak melampau. Pertama dalam ekonomi. Ekonomi yang maju, yang adil, dan memberi peluang kepada semua untuk mengecapi kejayaan.

Kedua ialah isu pendidikan. Mahu sistem pendidikan yang cemerlang dan memberi peluang juga kepada semua. Yang ketiga mahukan sebuah masyarakat yang selamat tanpa ancaman jenayah. Keempat ialah bahawa mereka mahukan satu masyarakat yang merangkumi semua di mana kita berkongsi nilai-nilai bersama berdasarkan keadilan, kebajikan rakyat, kebenaran dan ketakwaan kepada Tuhan. Yang kelima tentu mereka mahu kepimpinan yang berintegriti supaya kita dapat menjauhi diri daripada gejala rasuah bersifat amar makruf nahi mungkar.

Ada yang berpendapat, slogan ini adalah satu strategi politik baru untuk menukar imej DAP dan ia adalah pendekatan politik. Apa komen YAB?

Tentulah mereka ada banyak pandangan, banyak kritikan, tapi saya rasa di belakang banyak pandangan dan banyak perbincangan ini menunjukkan bahawa ia membuahkan hasil. Jika ia bukan satu idea yang menarik, ataupun tepat pada analisanya ataupun pada sasarannya saya rasa orang tak akan ambil peduli. Sungguhpun dapat banyak kritikan dan sebagainya saya rasa ini menunjukkan bahawa idea ini boleh diterima pakai. Oleh sebab itu saya rasa ini mencerminkan bahawa keadaan yang kita ramalkan mungkin tepat. Itulah sebab menarik begitu banyak perhatian.

Apa yang penting kita nak tegaskan dan kita percaya kebanyakan rakyat Malaysia mirip dan mendekati prinsip seperti ini. Mereka mahu masyarakat di mana mereka rasa mereka mempunyai hak yang sama. Mereka mahu bermesyuarat, bukan nak berkonfrontasi. Mereka mahu perbincangan atau perundingan bukanlah keganasan dan mereka mahu rasa bahawa mereka adalah termasuk dalam keluarga Malaysia dan bukan hanya khusus untuk kroni-kroni tertentu ataupun Umno Putra dan BN Putra. Mereka mahu ia merangkumi semua rakyat Malaysia.

Dalam aspek ini saya rasa itulah sebabnya kerajaan berjiwa rakyat adalah satu manifestasi 'Middle Malaysia' kerana selama ini dianggap bahawa dari segi mulut hanya untuk rakyat tapi dari segi tindakan jauh menyimpang daripada itu.

Bagi pihak Pakatan Rakyat kalau kita cakap tentang kerajaan berjiwa rakyat adalah bercorak tiga P. Kalau kerajaan berjiwa rakyat dia mesti perkasakan rakyat. Perkasakan rakyat dengan ilmu pengetahuan dan juga pendidikan yang tinggi kerana hanya dengan ilmu pengetahuan baru kita boleh berdikari, kita boleh bebas dan kita boleh maju. Itu sangat penting untuk memperkasakan rakyat dengan ilmu pengetahuan.

Kedua ialah perkuasakan rakyat. Perkuasakan rakyat supaya mereka menikmati hak asasi yang telah diturunkan oleh Tuhan. Semua dilahirkan bebas dan semua akan pergi secara bebas. Hanya Tuhan yang menentukan segala-galanya. Tidak ada manusia yang berkuasa untuk mengongkong dan menindas. Jadi kita harus perkuasakan rakyat.

Yang ketiga kita mesti perkayakan rakyat. Itu adalah asas keadilan di mana semua hasil negara adalah milik semua bukan khusus kepada satu dua kumpulan atau satu dua kroni sahaja.

Apakah ia bertujuan untuk mencabar 1 Malaysia yang dibawa oleh Perdana Menteri?

Saya rasa apa yang selalu dipamerkan oleh BN, dia dari segi slogannya cantik, sedap didengar tapi samaada lazat dimakan itu lain cerita. Yang saya rasa semuanya indah khabar dari rupa dan jangan kita terpedaya dengan slogan-slogan cantik ini. Dulu kita selalu disebutkan tentang BN tradisi membela rakyat. Tapi kita tahu tradisi bukan membela rakyat tapi tradisi temberang sama rakyat.

Saya rasa buktinya yang rakyat nak lihat ialah adakah ia disusuli dengan tindakan. Kalau tak disusuli dengan tindakan maka ia hanya menanam tebu di bibir sahaja. Jadi di sini yang kita nak tunjukkan ialah satu hakikat mengenai strategi politik yang mesti diamalkan Pakatan Rakyat kalau kita nak menang di Putrajaya. Iaitu kita mesti menarik perhatian golongan rakyat Malaysia yang berada di Middle Malaysia. Ini saya rasa adalah perjuangan DAP selama ini.

Kalau cakap bahawa DAP adalah sebuah parti couvinis ini adalah kejayaan mainan politik BN Umno. Kalau saya seorang couvinis takkan saya masuk penjara kerana seorang gadis Melayu dan ini adalah fakta yang tidak dapat dinafikan. Kita sifat keMalaysiaan tapi kerana mereka menguasai media yang hitam boleh jadi putih, yang putih boleh jadi hitam. Saya rasa yang kenal agama akan tahu perbezaannya.


YAB beberapa kali bercakap soal mencontohi Khalifah Islam Umar Abdul Aziz. Apakah maksud sebenar kenyataan YAB itu?

Saya membaca riwayat hidup Khalifah Umar Abdul Aziz. Saya amat terpegun dan kagum dengan pengorbanannya. Bagaimana seorang yang mempunyai kuasa mutlak tanpa batasan sedia turun ke landasan biasa bersama dengan orang bawahan dan mempunyai prinsip demokrasi yang begitu terbuka. Saya ingat Umar Abdul Aziz pernah cakap 'walaupun saya telah dilantik menjadi khalifah, saya sedia untuk serahkan ini dan biarkan rakyat yang memutuskannya.' Jawapan yang diterima oleh rakyat 'kita masih mahu Umar Abdul Aziz terus menjadi khalifah kita'.

Jadi dari awal-awal lagi sebelum idea demokrasi ditanam, Umar Abdul Aziz telah menanamkan budaya demokrasi. Sungguhpun beliau hanya memerintah selama dua tahun tapi dalam dua tahun ini kita boleh lihat kepimpinan yang begitu berintegriti. Saya rasa susah untuk sesiapa menandinginya. Saya hanya dapat nak mencontohi setakat yang boleh. Kita tengok sampai beliau cuba dibunuh oleh hambanya. Beliau maafkan hambanya dan minta dia lari bebaskan diri. Saya rasa saya tak dapat buat demikian.


Ada yang berkata ini satu strategi YAB untuk mendekati orang Islam dan Melayu di Pulau Pinang?

Kalau kita buat baik, dia cakap ini satu strategi. Kalau dia cakap kita tidak baik ini menunjukkan bahawa pemimpin itu jahat dan sebagainya. Jadi kita buat baik pun salah, kita tegas pun salah. Tapi itu saya tidak kisah. Macam saya gunakan istilah amar ma'ruf nahi mungkar untuk memandu kita. Saya pun dikritik. Saya cakap saya nak belajar buat baik pun salah. Saya pun mintak secara terbuka kalau boleh mintak Perdana Menteri ajarlah bagaimana amar ma'ruf nahi mungkar. Lepas itu orang Umno cakap Lim Guan Eng nak buat amar ma'ruf nahi mungkar kurang ajar. Nak gunakan atau nak ikut amar ma'ruf nahi mungkar pun dilabelkan kurang ajar. Tak apalah..kalau nak ikut amar ma'ruf nahi mungkar dikatakan kurang ajar oleh Umno, kurang ajar pun tak apalah.



Selasa, 2 Februari 2010

Kesan serangan ke atas rumah Ibadat: Modal RM90 Bilion Ditarik Keluar

Malaysia dikhuatiri mengalami pengaliran keluar modal asing bernilai kira-kira RM90 bilion, susulan serangan ke atas gereja dan masjid yang dikaitkan dengan beberapa anasir dalam Umno.

Sumber-sumber perbankan mengesahkan, syarikat korporat antarabangsa mengeluarkan simpanan berjumlah USD5 bilion (RM17 bilion) dari dua bank antarabangsa di Kuala Lumpur sejak awal bulan lalu apabila bermula serangan ke atas gereja, sekolah mubaligh, masjid serta rumah ibadat Sikh.

Dua bank berkenaan adalah antara 13 bank asing yang beroperasi di Malaysia. Sekiranya purata USD2 bilion dibawa keluar dari setiap bank berkenaan, Malaysia mengalami ‘pendarahan’ lebih USD26 bilion atau RM89 bilion.

"Syarikat asing yang menyimpan modal dan keuntungan di bank asing di Malaysia, melihat kerajaan Umno-Barisan Nasional tidak mampu lagi mengurus ekonomi dengan baik,” kata sumber-sumber perbankan antarabangsa.

"Ini diburukkan dengan kegagalan kerajaan mengurus siri serangan ke atas gereja, masjid dan kuil sehingga pelabur asing menganggap Malaysia tidak lagi selamat untuk menyimpan modal mereka," kata sumber berkenaan.MISAIMERAH



Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails