SELAMAT DATANG

Sabtu, 24 Oktober 2009

Bajet sulung Najib: Macam ada tak kena


Dr Dzulkefly Ahmad, MP Kuala Selangor

ANALISIS

YAB PM selaku Menteri Kewangan telah membentang Bajet sulungnya petang pagi tadi. Beliau sangat berhajatkan Bajet 2010nya itu disokong semua golongan dan lapisan rakyat kerana ia bertemakan 'I-Malaysia � Kemakmuran Bersama'.

Najib tidak melepaskan peluang ini untuk melonjakkan lagi momentum kemenangan Bagan Pinang seperti yang diungkapkan dihujung ucapan hampir 2 jam itu. Tampaknya dia puas dengan prestasi penyampaiannya dari wajah mukanya.

Umum mengetahui, seperti dirinya juga tahu, bahawa melepasi segala jenis 'imbuhan' serta pelbagai peruntukan fiskal samada berbentuk subsidi mahupun penurunan cukai kepada setiap segmen rakyat, realiti yang menanti tidaklah seindah yang cuba ditampilkan.

Defisit Bajet yang dianggarkan 7.6% dari KDNK tahun 2009 ini perlu ditangani, seperti juga beban hutang kerajaan Pusat yang mencecah 52.4% dari KDNK tahun 2009 melonjak dari 41.5% tahun 2008. Pendapatan dari cukai menurun sebanyak 8% - dari RM176.2 bilion yang diramalkan hanya RM162.1 bilion yang mampu dijana.

Kebergantungan pendapatan dari sumber minyak mentah dan gas dalam bentuk dividen, cukai, royalty dan duti ekspot minyak mentah dan gas sudah ke peringkat kritikal. Dari RM19 bilion pada 2004 kepada RM67.8 bilion tahun 2009 atau 43.5 % dari pendapatan kerajaan Pusat. Bukan sahaja ia satu yang tidak wajar, bahkan kita juga tidak menabung ketika sumber pendapatan ini lumayan. Kalau pada tahun 2005 Petronas menyimpan 42.5% dari keuntungannya, kini ia hanya menabung 21.1% dari keuntungannya. Bermakna kita telah membelanjakan kekayaan sumber anak-cucu kita.

Justeru, berlatarbelakangkan kesemua ini, Najib sudah tidak mampu lagi merumuskan Bajet yang 'populis' yang disorak dan ditepuk oleh semua pihak. Najib mahu sahaja meneruskan momentum kemenangan Bagan Pinang dengan menampilkan Bajet yang terus mengukuhkan sokongan semua rakyat. Najib tidak dapat mengel menyebutkan perkara itu dihujung penyampaian hampir 2 jam itu.


(Gambar: Penulis, Dr Dzulkefli Ahmad)

Itulah yang sangat-sangat beliau hajati. Tapi apakan daya kedudukan ekonomi dan kewangan negara tidak mengizinkan sedemikian. Bahkan Najib diperingat bukan sahaja oleh pakar-pakar ekonomi antarabangsa bahkan juga think-tank tempatannya sendiri seperti MIER, bahawa ekonomi global mungkin sahaja akan mengalami pemulihan bukan berbentuk V, tetapi W yakni dua kali V, maksudnya kebarangkalian akan berlaku sekali lagi kemelesetan selepas pulih sebentar tidak dapat ditolak sama-sekali. Parah dan ngeri juga buat dirinya, tambahan kalau-kalau berhampiran dengan musim pilihanraya.

Berlatarkan kesemua senario dan unjuran yang kurang senang dan tidak menentu ini, Najib terpaksa menelan nafsunya untuk bermewah atau bermegah secara melampau dengan pemberian subsidi, imbuhan atau penurunan cukai.

Sebaliknya, Najib terpaksa mendepani realiti pahit ini. Peruntukan wang sebanyak RM 191.5 bilion, yang meliputi perbelanjaan mengurus sebanyak RM138.3 bilion adalah penurunan sebanyak 13.7% dari tahun lalu (RM160.2 bilion, 2008). Malang pengurangan mengurus ini tidak dapat disalurkan kepada belanja pembangunan. Belanja pembangunan juga mengalami penurunan sebanyak 4.4% atau RM 51.2 bilion berbanding RM 53.6% pada tahun 2008.

Penulis sedia mengakui bahawa Najib telah cuba memberikan, seperti mana-mana bajet yang dibentangkan setiap tahun, pelbagai pemberian 'penyedap hati'. Terlalu panjang kalau mahu dibsenaraikan akan seanika dan segala pemberian kepada setiap kelompok rakyat, atau lebih tepat lagi pengundi, samada kepada pelajar universiti, petani, nelayan, kakitangan awam, pesara, golongan pekerja persendirian yang tak berpencen, kelompok ibu yang punya anak kecil, pelepasan diri kepada pembayar cukai, kelompok miskin tegar, orang asli, OKU dan banyak lagi. Benar, pelbagai jaringan keselamatan sosial boleh dilaksanakan untuk kelompok yang 'vulnerable' dan sensitif.

Tegasnya semua dapat. Tidak ada yang wajar mengkritik kerajaan. Sepatutnya bersyukur. Bagi golongan berfikiran mudah atau simple, apa lagi yang tak cukup yang diberikan Menteri Kewangan? Itu tidak termasuk segala peruntukan RM 9 bilion tentang projek infrastruktur termasuk pembinaan jalan termasuk luar bandar/kampung, jambatan, bekalan air, perkhidmatan pembentungan, pelabuhan dan perkhidmatan laut, serta projek lapangan terbang.

Kesemua yang tersenarai di atas adalah perkara �regular� atau lazim dalam sebuah bajet. Bezanya hanyalah jumlahnya. Di segi itu, tidak ada yang luar biasanya bajet Menteri Kewangan ini. Sebab itu ramai yang tidak teruja dan tepukan dan sorakan tidaklah semewah yang dihajati pembentang. Malang.

Akan tetapi yang lebih merunsingkan ialah golongan yang lebih celik ilmu ekonomi dan kewangan yang menunggu-nunggu hingga ke hujung. Tegasnya, Menteri Kewangan membuktikan bahawa beliau hanya mampu memahami masalah namun tidak pula menampilkan penyelesaian.

Bahkan penyelesaian seperti yang disenaraikan di atas boleh sahaja dimuatkan dalam apa jua pembentangan Bajet. Sifatnya generik atau boleh sahaja digunakan dalam apa jua keadaan. Macam ubat generik seperti panadol untuk pening/sakit kepala. Tetapi sayugia diingatkan bahawa sakit kepala punya pelbagai puncanya? Mungkin juga migraine, stress, hipertensi atau lebih parah dari itu � kanser otak.

Begitu juga dalam hal perumusan belanjawan ini.

Najib mungkin mengenalpasti penyakit namun dalam banyak hal rawatan dan ubatnya gagal dipreskripsi.

Buat permulaan ambil sahaja isu 'Pergantungan kepada sumber Minyak'. Kalau sudah sampai ke tahap 43.5% pendapatan dari sumber minyak mentah, sayugia dingatkan kepada Najib, bahawa ekonomi negara ini masih lagi dikategori ekonomi tua atau 'Old Economy' yang berteraskan kepada sumber asli. Tepat sekali kerana sumbangan pendapatan lain juga turut bergantung kepada minyak sawit, getah, galian, kayu-kayan yang kesemua sifatnya tak boleh diperbaharui.

Sudah sampai masanya bahawa negara benar-benarnya beredar dari pergantungan kepada 'petroleum-based soucres' dan 'comodity-based sources' kepada teras yang lain yang menjadikan ekonomi kita tergolong dalam 'The New Economy' yang berteraskan kegiatan ekonomi yang sarat 'Knowledge' atau Pengetahuan.

Nampaknya ini hanya tinggal rhetorik dan impian untuk menjana �knowledge workers� adalah ungkapan molok pemimpin sewaktu seminar kerana sudah hampir sedekad lamanya istilah ini menjadi buah mulut pemimpin negara ini. Sejauhmana pencapaian di segi ini mampu kita banggakan? Penjanaan 'New Economy' juga dapat dibantu dengan 'internet connection' yang berkualiti di segi kelajuan. Tapi negara kita jauh kebelakang.

Kita beraleh kepada satu lagi mantra terkini yang kerap juga diulangsebut oleh pemimpin kerajaan terutamanya Menteri Kewangan sendiri. Dalam Bajet ini juga beliau mengulang sebut tentang membawa ekonomi negara ini dari 'Low-Income Economy' kepada 'High-Income Economy'. Benar bahawa ini adalah masalah kronik ekonomi negara ini. Benar juga kalau kita duduk di paras ini kuasa membeli dan permintaan domestik kita tetap tidak berupaya.

Pendapatan per kapita negara ini hanya RM15,819 setahun berbanding negara seperti Singapura atau Korea Selatan atau Taiwan yang 3 atau 4 kali ganda. Bajet ini hanya suka menyebutkan bahawa kita perlu menjadi ekonomi yang punya pendapatan tinggi, tetapi tidak jelas cara, kaedah dan pendekatan untuk menuju ke matlamat tersebut. Najib lebih tahu masalah dari penyelesaian. Mungkin juga kerana ini bajet sulungnya.

Tambahan dengan kebanjiran pekerja asing yang tidak punya ketrampilan, maka negara akan kekal dengan kegiataan nilai-tambah yang rendah dalam sektor pertanian dan pembinaan. High-Income Economy bermula dengan memperkasa pembinaan modal insan yang bebas dan kreatif serta digalakkan dengan iklim kebebasan yang mampu akses maklumat dan hak berkarya. Kesemua iklim tersebut adalah memerlukan kepimpinan yang memahami erti kebebasan dan kemerdekaan serta menghayatinya.

Najib meletakkan harapan yang tinggi kepada sektor swasta untuk memacu pertumbuhan kerana pihak awam (G-factor) tidak lagi mampu menjana pertumbuhan kerana terhalang dengan defisit melebar dan beban hutang yang menimbun. Najib memberitahu bahawa FDI jatuh ke paras yang teruk, RM3.36 bilion dari RM 19.7 bilion tahun lepas.

Apakah sebab utama pelaburan asing langsung tidak merasakan negara ini menarik? Apakah sebab yang diberikan oleh kajian World Economic Forum ketika Malaysia lucut 3 tangga? Disamping faktor keselamatan dan jenayah, utama ialah tanggapan 'institutional framework' yang bermasalah. Apakah SPRM atau MACC, MCMC, SPK, SPR, Institusi Judisiari atau Kehakiman? Mampu kah kerajaan merangsang pihak swasta untuk menjana pertumbuhan?

Mampukah kerajaan memujuk syarikat-syarikat milik orang malaysia yang beroperasi di luar negara dan negara jiran untuk pulang? Mengapa mereka selesa di luar bahkan khuatir untuk beroperasi di negara ini? Mutakhir ini, liberalisasi semacam menjadi penyelesaian mudah dan mantra terbaru buat pemimpin BN/Umno, namun penyelesaian tuntasnya adalah melewati kaedah meliberalisasi segala-galanya. Jangan terlalu ghirah.

Perlu ada kesediaan untuk menerima bahawa polisi-polisi Umno/BN-sentrik dan amalan patronage-kronisme Umno/BN telah menjadika negara kehilangan daya-saing sebenarnya. Penswastaan telah membebankan dan tidak mengurangkan kos kepada pembayar cukai dan perkhidmatan yang mahal dan dana rakyat ranap kerana kerajaan melakukan 'bail-out' dan memberi subsidi kepada pihak swasta seperti IPP dan pemegang konsesi Tol dan Air. Apakah akan berlaku gelombang penswastaan kedua?

Bajet telah dibentangkan. Harapan rakyat tinggi menggunung untuk mengecapi kemakmuran dan kesejahteraan. Telah acapkali rakyat dikecewakan. Kali ini Najib memohon untuk di berikan 'Benefit of Doubts' � bersangka baik oleh rakyat. Bagi melindungi kepentingan dan kemaslahatan rakyat, pemimpin Pakatan wajar terus menyemak-imbang pengurusan dan tabiat buruk pemimpin Umno/BN bagi melindungi kemaslahatan semua dan mengangkat dayasaing negara. _

Nasharudin mahu dapatkan penjelasan Nik Aziz

Hazayani Zakaria


KUALA LUMPUR, 24 Okt: Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa mahu mendapatkan penjelasan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung tulisan dalam blognya mengenai cadangan agar diadakan muktamar khas bagi membincangkan beberapa isu melibatkan beberapa pimpinan parti.

Nasharuddin ketika diminta mengulas isu berkenaan berkata, cadangan diadakan muktamar khas itu merupakan pandangan peribadi Nik Aziz dan sesiapa pun dalam parti berhak mengeluarkan pandangan masing-masing.

Namun ujarnya, sebarang keputusan yang melibatkan dasar parti tidak boleh dibuat secara individu sebaliknya perlu dibincangkan dalam mesyuarat.

"Presiden tak boleh buat keptusan, timbalan presiden pun tak boleh mengubah dasar parti hanya kerana pandangan individu. Seseorang itu bebas memberikan pandangan tapi untuk melakukan perkara besar, perlukan keputusan dalam syura,"ujarnya kepada pemberita di lobi parlimen selepas pembentangan bajet 2010 di dewan rakyat.

Kelmarin, Nik Aziz dalam blognya menimbulkan cadangan itu dipercayai kerana tidak senang dengan beberapa pemimpin parti, antaranya Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali berhubung isu kerajaan perpaduan.

"Begitu juga dengan isu-isu di sekitar Hassan atau Mustafa yang tak habis-habis dengan nak bekerjasama PAS dengan Umno ke arah kerajaan perpaduan atau UG (unity government).

"Tenggelam-tenggelam, timbul, kemudian dihidupkan. Kemudian dimatikan pula bila nampak orang marah. Apa ini?" tulis Menteri BEsar Kelantan itu dalam blognya.

Ekoran itu, Nik Aziz mencadangkan satu muktamar khas diadakan bagi memberi peluang kepada perwakilan membuat keputusan yang menentukan haluan parti ekoran beberapa pimpinan yang dianggap mendatangkan masalah kepada parti.

Tulisan itu juga sebagai mengulas mengenai analisis ahli akedemik Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Aziz BAri yang mengaitkan kekalahan PAS di Bagan Pinang dengan krisis di Selangor yang melibatkan Dr Hassan Ali berhubung jualan arak di negeri itu dan kritikannya terhadap tatacara Jawatankuasa Pilihan Khas Keupayaan dan Kebertanggungjwaban (Selcat.)

Aziz juga mengkritik Presiden parti, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang tidak membuat sebarang kenyataan terhadap isu melibatkan Hassan itu sehingga menyimpulkan sikap sedemikian dengan perwatakan negatif bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Nasha berkata, cadangan Nik Aziz itu perlu dibawa ke dalam mesyuarat supaya beliau dapat membentangkan secara terperinci mengenainya.

"Saya berpegang kepada prinsip, kita ada cara dan kaedah untuk menentukan sesuatu perubahan yang melibatkan dasar parti.

"Sebab parti ini milik ahli yg bermuktamar setiap tahun dan memang ada peruntukan di dalam perlembagaan PAS tentang muktamar khas dan sebagainya tapi kita ingin dapat penjelasan apa yang dimaksudkan tok guru dalam tulisan tersebut.�katanya. _


Jumaat, 23 Oktober 2009

Macamana Nie.. Di PARLIMEN Mahkamah Tiada Kuasa tetapi Di DUN Perak Ada Pulak Kuasa..??

Mahkamah tiada kuasa cabar penggantungan Gobind

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa ia tidak ada kuasa untuk mencabar penggantungan 12 bulan ke atas ahli parlimen Puchong, Gobind Singh Deo daripada menghadiri sidang Parlimen.

Bagaimanapun, Hakim Datuk Mohd Ariff Mohd Yusoff mengarahkan Parlimen supaya membayar imbuhan yang sepatutnya diterima Gobind kerana ia tidak mempunyai kuasa untuk menahan pembayarannya.

Gobind memfailkan saman pemula pada 23 April terhadap Speaker, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mohd Nazri Abdul Aziz, setiausaha Parlimen dan kerajaan, berhubung penggantungan ke atasnya itu.

Dalam saman itu, Gobind memohon agar penggantungannya sebagai ahli parlimen pada 16 Mac lalu diisytiharkan batal dan tidak sah.

Beliau juga mahu surat yang memaklumkan penggantungannya yang ditandatangani oleh setiausaha parlimen Roosmee Hamzah dan arahan yang terkandung dalam surat itu, sebagai tidak boleh dikuatkuasakan mengikut undang-undang.

Ahli parlimen Puchong juga memohon pengisytiharan untuk dibayar imbuhan dan faeadah lain yang diperuntukkan untuk ahli parlimen mengikut Artikel 64 Perlembagaan Persekutuan.

Gobind digantung daripada menghadiri sidang parlimen selepas beliau mengaitkan Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu dan dalam proses itu telah memanggilnya sebagai "pembunuh".

Sementara itu, peguam Karpal Singh yang mewakili anaknya itu berkata, keputusan Mahkamah Tinggi itu merupakan satu keputusan yang penting, dan menyifatkannya sebagai adil.

Katanya, adalah salah bagi parlimen untuk menahan pembayaran imbuhan kepada ahli parlimen.

Malah, katanya, beliau dan ahli parlimen Batu Gajah, Fong Po Kuan telah digantung pada 2004 dan pembayaran imbuhan mereka ditahan selama enam bulan.

Karpal yang juga ahli Parlimen DAP Bukit Gelugor berkata, ekoran keputusan mahkamah hari ini, maka parlimen dan kerajaan hendaklah membayar imbuhan mereka itu.

Katanya, imbuhan tersebut akan disumbangkannya untuk tujuan kebajikan.

Katanya, pada 1984, beliau juga pernah digantung tetapi pada masa ini, pembayaran imbuhannya tidak ditahan.

Karpal juga berkata, keputusan hari ini tidak bermakna apa yang berlaku dalam dewan tidak boleh disemak atau dicabar oleh mahkamah.

Bagaimanapun, katanya, Gobind tidak akan merayu terhadap keputusan tersebut.


Laporan Audit terbukti negeri Pakatan Rakyat Lebih Baik..

Laporan Audit dedah penyelewengan BN



KUALA LUMPUR – Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan laporan audit yang dikeluarkan Jabatan Audit Negara baru-baru ini, jelas menunjukkan negeri-negeri yang ditadbir PR jauh lebih baik daripada yang diperintah Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, Selangor dan Pulau Pinang menunjukkan laporan positif dari segi pengurusan kewangan dan ini menjadi bukti pentadbiran PR telus di negeri bawah pemerintahan mereka.

“Kita bangga kerana laporan ini memberi petunjuk bahawa negeri di bawah pemerintahan BN penuh dengan penyelewengan, berbanding negeri di bawah PR,” katanya kepada media di lobi Parlimen, semalam.

Katanya, PR akan menubuhkan pasukan untuk meneliti laporan audit itu sebelum mengambil langkah seterusnya.

“Kita telah bermesyuarat dua hari lepas dengan semua Ahli Parlimen PR dan seperti kenyataan pemimpin PR semalam (kelmarin), kita akan ambil langkah seterusnya,” katanya.

Kelmarin, Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Phua, meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kes penyalahgunaan peruntukan seperti yang dilaporkan oleh Jabatan Audit Negara.

Sementara itu, mengulas kenyataan Pakar Patologi dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand, yang mengatakan bekas Setiausaha Politik seorang Exco Kerajaan Selangor, Teoh Beng Hock, mungkin dicekik sebelum jatuh, Anwar menegaskan kenyataan itu berdasarkan fakta dan bukan isu politik.

Katanya, kenyataan tersebut tidak boleh diperlekehkan kerana beliau adalah pakar forensik terkemuka di Asia dan kenyataan tersebut berdasarkan kajian yang mendalam mengenai kes kematian tersebut.

“Saya berharap pihak yang bertanggungjawab mengambil tindakan yang wajar dan adil berkenaan inkues kematian ini. Saya juga berasa dukacita kepada keluarga mendiang kerana isu ini terus membelenggu mereka,” katanya.

Semalam, Dr Pornthip membuat kesimpulan bahawa kemungkinan 80 peratus Beng Hock dibunuh dan 20 peratus dia membunuh diri.

Kelantan kekal rekod 19 tahun sifar rasuah

Md Noor Yahya

KOTA BHARU, 22 Okt: Kelantan berkemungkinan besar akan mencatat rekod sebagai negeri pertama di Malaysia yang bebas daripada rasuah dalam tempoh 19 tahun pemerintahan PAS iaitu bermula pada tahun 1990 sehingga sekarang.

Bermula daripada wakil rakyat, anggota exco sehinggalah kepada menteri besar,tidak pernah tercatat rekod berkaitan rasuah di Kelantan.

Berbeza dengan negeri-negeri lain yang pemimpin-pemimpin politiknya seringkali disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan rasuah dan salahguna kuasa.

Anggota Exco Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, walaupun pihak-pihak tertentu berusaha untuk memburuk-burukkan wakil rakyat PAS, namun semuanya gagal.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Drs Zainuddin Awang Hamat (PAS-Limbongan) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

Dalam perkembangan lain, anggota Exco, Dato� Husam Musa memberitahu terdapat dua kesan positif ekspedisi rakyat Kelantan ke pelantar minyak yang diadakan pada 4 Ogos lalu.

�Iaitu terbukti dengan jelas pelantar minyak Cakrawala beroperasi sejak 2004 dan jarak dari pesisir pantai Kelantan lebih kurang 140 km sahaja,� katanya sebagai menjawab soalan Tuan Zamri Ariff Tuan Zakaria (PKR-Guchil) pada persidangan DUN hari ini.

Anggota Exco, Che Abdullah Mat Nawi pula berkata slogan "Bertani Satu Ibadah" merangkumi pelbagai aspek kerja yang memberi manfaat kepada rakyat.

Menurutnya slogan tersebut menggalakkan rakyat menceburi bidang pertanian tanpa meninggalkan amalan agama bagi mendapatkan manfaat di dunia dan akhirat.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerjaraya, Utiliti dan Alam Sekitar, Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman pula memberitahu pembinaan jambatan Sultan Yahya Petra kedua sudah beberapa kali ditangguhkan dan kali terakhir ditangguhkan pada Februari 2011.

Persidangan DUN Kelantan bermula pada Selasa lalu dan akan berakhir pada minggu hadapan._

Menteri Wilayah digesa tumpu 4 isu utama masyarakat

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 22 Okt: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mahu Kementerian Wilayah Persekutuan memberi tumpuan kepada empat isu rakyat di ibu kota selepas pembentangan bajet 2010 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat esok.

Ketua Penerangan DPPWP, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz dalam satu kenyataan meminta Kementerian Wilayah Persekutuan memberikan subsidi dan bantuan yang sewajarnya kepada golongan miskin bandar di kawasan itu.

Ini kerana ujarnya, pendapatan isi rumah sebanyak RM1,250 sebulan tidak menjamin keselesaan hidup di Kuala Lumpur.

"Kos pembayaran semula perumahan atau sewa rumah yang tinggi, harga petrol yang meningkat di samping kos sara hidup seharian yang tinggi sering kali membebani isi rumah,"


"Ini tidak termasuk ibu bapa yang bekerja terpaksa mengurangkan masa yang berkualiti bersama anak-anak dan akhirnya akan melonggarkan institusi keluarga itu sendiri,"katanya.

DPPWP turut mendesak pihak kementerian memberikan perhatian kepada masalah kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur akibat kepadatan kenderaan di waktu puncak dan memberikan banyak impak negatif kepada penghuni ibu kota.

Cara yang terbaik katanya, pihak kementerian harus meningkatkan kualiti kenderaan awam agar ia menjadi pilihan utama masyarakat setiap hari.

"Masalah kesesakan lalu lintas memberikan impak yang negatif umpamanya waktu terluang harian bersama keluarga terhad, tekanan mental akan bertambah dan membebankan kewangan rakyat. Malah, indeks pencemaran udara di Kuala Lumpur sentiasa berada pada tahap yang membimbangkan," katanya lagi.

Selain itu, pihak kementerian di bawah Menterinya, Datuk Raja Nong Chick Raja Zainal Abidin harus mengambil serius aspek kebersihan di sekitar Kuala Lumpur dengan meninjau sendiri keadaan ini terutamanya di kawasan-kawasan perumahan yang padat dan berkelompok.

"Amat tidak wajar sekiranya Kuala Lumpur diisytiharkan sebagai kawasan pelancongan negara dan bandaraya kebudayaan Islam dengan suasana sampah dan vandalisme yang agak kritikal," katanya lagi.

DPPWP turut mendesak pihak kementerian berkerjasama dengan ahli-ahli parlimen di wilayah itu untuk menganjurkan program-program yang memberi penekanan kepada pembinaan jati diri golongan belia.

Ini kerana ujarnya, peningkatan kadar jenayah setiap tahun memerlukan usaha membina generasi berilmu dan bermoral.

"Penduduk-penduduk di kawasan perumahan yang padat amat khuatir dengan kes-kes moral belia di kawasan mereka. Ini bermakna, golongan belia perlu diberikan bimbingan melalui program-program belia seperti aktiviti kemahiran, keusahawanan dan ilmiah,�katanya.

Tegasnya, pihak kementerian harus berusaha menampilkan imej berkebajikan terhadap rakyat dengan kuasa dan peruntukan yang ada.

Pihak kementerian juga diharap dapat memberikan kerjasama yang baik dengan semua pihak termasuk ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur agar nasib rakyat tidak disisihkan.

"Pihak kami akan menyokong sebarang usaha yang dilakukan oleh pihak kementerian selagi ia memberikan keuntungan kepada agama, rakyat dan negara," ujarnya._


Khamis, 22 Oktober 2009

Tian Chua dihukum 6 bulan penjara, denda RM3,000

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman enam bulan penjara dan denda RM3,000 ke atas ahli parlimen Batu, Tian Chua, selepas mendapatinya bersalah terhadap tuduhan menggigit seorang anggota polis dan menghalangnya daripada menjalankan tugas.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman tersebut untuk membolehkan Tian Chua membuat rayuan.

Jika Tian Chua gagal dalam rayuannya terhadap hukuman tersebut, maka beliau akan hilang kelayakan sebagai ahli parlimen Batu.

Sebelum ini, Majistret Mohd Faizi Che Abu mendapat Tian Chua bersalah terhadap tuduhan tersebut.

Katanya, beliau mendapati Tian Chua bukan saksi yang berwibawa kerana pembelaannya hanya merupakan penafian semata-mata.

Malah, kata Mohd Faizi, rakaman video yang dikemukakan oleh pihak tertuduh menunjukkannya menghalang dirinya ditangkap.

Katanya, walaupun rakaman video tersebut tidak menunjukkan berlakunya pelakuan menggigit, tetapi beliau percaya ia berlaku kerana anggota polis berkenaan memberi keterangan bahawa beliau menumbuk tertuduh dan Tian Chua bertindak balas dengan menggigit.

Mohd Faizi juga berkata, bukan anggota polis tersebut yang dibicara tetapi tertuduh yang menghadapi perbicaraan.

Katanya, beliau mendapati kewibawaan anggota polis itu tidak terjejas kerana beliau mengaku, dalam keterangannya, telah menumbuk Tian Chua.

Dalam reaksinya, Tian Chua berkata beliau tidak fikir ianya satu penghakiman yang adil kerana mendakwa majistret dan pihak pendakwa bergantung kepada keterangan anggota polis terbabit dan berasaskan kepada bukti keadaan.

Katanya, ia tidak membuktikan bahawa kejadian menggigit itu berlaku.

Tian Chua mendakwa hukuman tersebut adalah untuk menghilangkan kelayakannya sebagai ahli parlimen.

"Saya akan terus berkhidmat kepada rakyat dan hukuman tersebut tidak akan menjejaskan agenda untuk perubahan dan pembaharuan," katanya.

Tian Chua, 46, yang nama penuhnya Chua Tian Chang, didakwa mencederakan konstabel Rosyaidi Anuar, 21, di depan bangunan Parlimen pada jam 10.45 pagi 11 Disember 2007.

Rosyaidi bertugas dengan Bahagian Narkotik Ibupejabat Kontijen Polis Kuala Lumpur.

Pada 18 Mei, Mohd Faizi mengarahkan Tian membela diri selepas majistret itu memutuskan bahawa pihak pendakwa mempunyai kes terhadap ahli parlimen Batu itu.

Tian didakwa mengikut Sekseyen 332 Kanun Keseksaan dan boleh berdepan dengan hukuman tiga tahun penjara atau didenda atau kedua-duanya sekali.

Sekiranya hukuman penjara melebihi setahun atau jika denda yang dikenakan melebihi RM2,000 maka Tian hilang kelayakan sebagai ahli parlimen Batu jika selepas semua rayuannya gagal.

Tian ditahan sewaktu Bersih mengadakan protes membantah pindaan perlembagaan untuk melanjutkan usia persaraan anggota Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dari 65 kepada 66 tahun.

"polis tu tak kena plak...padahal dia yg tumbuk Tian Chua...dia ingat dia sapa...polis ka raja ka...kalau tumbuk kita...tak kan dok diam jaa....paling koman...tarik hidung atau telinga dia....had ni pun boleh kena 3 bulan penjara denda RM1500 kot....hahahahahha"



RUMAH TERBUKA PARLIMEN MALAYSIA 20 OKTOBER 2009





Terima kasih Prof Aziz Bari atas kritikan anda

Mohamed Hanipa Maidin

PENDAPAT

Saya boleh memahami betapa marahnya Ustaz Idris Ahmad terhadap tulisan Dr Aziz Bari di dalam Sinar Harian bertarikh 19/10/2009 ('Pengajaran dari Bagan Pinang').

Saya percaya Ustaz Idris tidak bermaksud memperkecilkan kehebatan Prof Aziz Bari yang kita tahu seorang Profesor yang bukan sahaja mendalam ilmunya tetapi amat berani dan lantang menyatakan kebenaran.

Kekerasan sahabat saya Ustaz Idris Ahamd menyanggah tulisan Dr Aziz Bari bagi saya mungkin terbit dari keletihan beliau berkempen secara intensif di Bagan Pinang.

Sudahlah penat berkempen dan berhadapan pula dengan samseng-samseng Umno dan seterusnya mengalami kekalahan yang besar tiba-tiba Dr Aziz Bari pula mengkritik PAS.

Tidak dinafikan saya rasa bukan sahaja Ustaz Idris malahan mungkin ramai juga pemimpin PAS yang lain yang turut berkongsi sentimen seperti Ustaz Idris.

Saya juga pemimpin PAS Pusat. Namun saya tidak sama sekali marah jauh sekali melenting dengan teguran dan kritikan Prof Aziz Bari. Malahan sebagai pemimpin PAS saya benar-benar berterima kasih dengan teguran dan kritikan beliau.

Saya yakin tulisan beliau tidak mempunyai unsur mala fide (niat jahat). Tulisan tersebut, bagi saya, lahir dari hati suci beliau untuk melihat supaya PAS membuat koreksi diri agar tidak kecundang dalam pilihan raya yang akan datang.

Tulisan itu saya yakin lahir dari satu pengamatan beliau yang amat panjang tentang beberapa insiden yang berlaku dalam PAS yang diketahui umum.

Pemimpin gerakan Islam Al-Nahdah, Tunisia yang kini hidup dalam buangan di London, Rashid Ghanouchi pernah menyatakan di dalam satu tulisannya bahawa kesilapan paling besar gerakan Islam ialah adalah ketidaksediaan atau keberatan untuk bermuhasabah dan dimuhasabah.

Orang bijaksana berkata kawan yang sebenar adalah kawan yang sudi menegur kita jika dia melihat kita melakukan kesilapan. Kawan yang buruk pula adalah kawan yang hanya mendiamkan diri malahan menyokong pula meskipun dia tahu kita melakukan kesilapan.

Saya tidak kata tulisan Dr Aziz Bari adalah sempurna dan saya juga yakin beliau juga tidak berpendapat teguran dan kritikan beliau adalah sempurna. Tidak dinafikan kenyataan beliau bahawa "Hasan (Hasan Ali) dilihat mewakili golongan yang pro-UMNO dalam PAS seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa dan penyokonng mereka" agak menyenakkan sesetengah pemimpin PAS.

Namun jika kita melihat dari perspektif lain, salahkah jika Dr Aziz Bari sebagai pihak di luar PAS mempunyai persepsi sebegitu.

Politik, orang kata adalah berkaitan persepsi. Saya percaya bukan sahaja Dr Aziz Bari malahan ramai lagi rakyat Malaysia yang lain yang juga mempunyai persepsi seperti Dr Aziz Bari iaitu persepsi bahawa sesetengah pemimpin PAS adalah pro Umno.

Kerana kesan bahaya persepsi sebegitulah yang menyebabkan Muktamar PAS berhempas pulas membuat ketetapan dan penegasan bahawa PAS tidak akan ada hubungan dengan Umno dan akan terus bersama Pakatan Rakyat. Kalau kita tidak mahu dilihat dan dikritik pro Umno janganlah buat perkara-perkara yang menyebabkan orang ramai membuat tanggapan bahawa kita adalah pro Umno.

Adakah persepsi lahir begitu sahaja? Salah ke jika orang-orang di luar PAS mempunyai persepsi sebegitu setelah mereka melihat apa yang berlaku di dalam PAS � melalui tindak tanduk, kenyataan dan gelagat sesetengah pemimpin PAS.

Bagi saya sudah sampai masanya pemimpin PAS, mengambil istilah kata Khairy Jamaluddin, keluar dari 'siege mentality' (mentaliti terkongkong). Sila lihat di luar sana, orang ramai sedang memerhatikan kita !!!

Salahkah kita menjadi pendengar yang baik (good listener) demi kebaikan parti yang kita sayangi ini.

Sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dr Aziz Bari. Prof, percayalah bagi saya kamu adalah sahabat yang sejati.

--------------------

(Penulis adalah AJK PAS Pusat yang juga Pengerusi Lajnah Undang-undang PAS)_


Selasa, 20 Oktober 2009

HANG TUAH TAK LULUIH SPM

Mai kita pakat tengok cerita sebenar Hang Tuah







Tuduh Presiden PAS Pro Umno: Pandangan Prof Dr. Aziz Bari disanggah

Ustaz Idris Ahmad

Saya hormat beliau sebagai seorang yang hebat dalam bidang perundangan. Beliau yang hanya sebagai ahli akademik tidak sama dengan orang yang duduk di medan perjuangan. Melabelkan seorang dalam kepimpinan PAS ada yang pro Umno adalah tuduhan yang berat.

Apa asas beliau mengatakan pimpinan PAS pro Umno (Sinar Harian 19/10/09). Adakah semata-mata kerana buat rumah terbuka orang Umno datang maka orang ini dianggap pro Umno.

Kalau itulah tuduhan yang tidak ada fakta yang kuat amat malanglah sebagai seorang ahli akademik. Perlu diingat PAS sebagai sebuah parti yang besar dan matang dalam sepak terajang politik, pernah berada di dalam Kerajaan Persekutuan (BN) dan pernah hanya menang 1 kerusi Parlimen sahaja dalam pilihan raya umum.

Sebagai parti yang dihormati oleh kawan dan lawan, parti yang ada prinsip, yang tidak pernah hanyut oleh suasana dan keadaan. Setiap perubahan yang hendak dibuat kita mengambil kira aspek hukum yang dipandukan kepada Al-Quran, Hadis, Ijma� dan Qias.

PAS bukan parti yang ikut suasana dan peralatkan agama untuk kepentingan politik. Pas tidak pernah khianat kawan dalam apa keadaan sekalipun. Prof Aziz boleh lihat tidak ada sejarah PAS meninggalkan kawan dalam apa-apa keadaan.

Kalau Tuan Guru Haji Hadi Awang gila sangat dengan Umno, kenapa beliau menolak awal-awal lagi pelawaan Datuk Seri Abdullah Badawi membentuk kerajaan bersama Umno selepas PRU 2008.

Kalau beliau gila sangat dunia beliau tidak korbankan ijazah sarjana (MA) di awal tahun 1970 an. Kalau beliau hendak dunia lebih baik beliau menjadi ahli akademik, sewaktu itu berapa orang sangat yang ada kelulusan MA di negara ini.

PAS bertahalluf dengan parti yang berlainan ideologi adalah hasil ijtihad ulamak PAS yang bersandarkan hukum. Untuk pengetahuan Prof Aziz bukan senang hendak meyakinkan penyokong PAS berkenaan dengan tahalluf politik dengan bukan Islam.

Bukan senang hendak menyuruh ahli PAS memangkah DAP, kerana selama ini kita telah diajar tidak boleh menyokong calon bukan Islam. Orang yang membuat kertas kerja tahalluf ini ialah Tuan Guru Haji Abdul hadi Awang dan dibawa ke dalam Majlis Syura Ulama dan diluluskan.

Begitu juga ketika PRK Bukit Selambau Kedah kerana sudah ada di kalangan mereka yang tidak mahu membantu calon PKR dalam pilhan raya kecil tersebut kerana beliau ialah calon bukan Islam. Tuan Guru Presiden terpaksa dua kali buat perjumpaan dengan petugas di PRK Bukit Selambau.

Dalam soal kenyataan mengenai politik di Selangor seolah-olah Presiden berdiam diri, adalah tidak betul. PAS ada cara tersendiri dalam menyelesaikan masalahj ini.

Kita tidak perlulah memberi tahu kepada Prof apa yang kita buat. Sepatutnya Prof kena tanyalah kepada orang yang berkenaan, jangan kumpul maklumat berdasarkan blog semata-mata. Kita tidak menggunakan media Umno, untuk menyelesaikan masalah parti dan Pakatan Rakyat. Bila musuh pernah ehsan dengan PAS dan Pakatan Rakyat, kenapa hendak mendedahkan hal keluarga dalam media.

Bukan senang untuk mentadbir sebuah parti politik yang berbagai ragam. Tadbir parti PAS bukan mentadbir sebuah fakulti di universiti. Kerana mentadbir pensyarah yang makan gaji, walaupun pelajar bodoh atau tidak lulus periksa, gaji dan pangkat tetap naik.

Berbeza dengan memimpin PAS kalau kalah dalam pilihan raya maka akan dituduh pro Umno, otak tertutup, ulama tidak bijak berpolitik dan segala macam yang tidak sedap didengari. Sebagai sebuah gerakan ummah yang ahlinya berbagai ragam manusia dan pemikiran.

Berapa banyak mereka yang tewas dalam memimpin PAS, akhirnya terpaksa berundur dari perjuangan. Kerana tidak tahan dengan tekanan, masalah peribadi, kekangan kewangan dan ada yang lompat bersama dengan umno kerana hendak berjaya dengan cepat.

Menuduh Presiden PAS dan beberapa orang pimpinan PAS yang pro Umno satu tuduhan yang berat. Ingat kalau dakwaan ini tidak benar ia akan memberi kesan di hari akhirat nanti.

Kalau ada dakwaan bahawa Presiden PAS sokong Umno dan menjadi ejen Umno, sila kemukakan dengan bukti. PAS adalah sebuah parti yang berdisiplin dan ada jawatankuasa tatatertib boleh diambil tindakan kalau ada laporan yang berupa pengkhianatan terhadap PAS. PAS pernah mengambil tindakan kepada bekas Yang Dipertua PAS Datuk Asri Haji Muda pada tahun 1983 kerana melanggar tatatertib parti.

Sebagai seorang profesor dan ahli akademik janganlah mengambil data di tepi jalan yang tidak ada kesahihan. Biarlah tuduhan ini dibuat oleh mereka yang tidak bergelar Prof.

Memanglah menjadi ahli akademik senang membuat hipotesis daripada bilik berhawa dingin.Tetapi menjadi ahli politik pembangkang berat lagi mata memandang maka berat lagi bahu memikul.

Kita janganlah menjadi penganalisa politik yang tidak terjun medan, waktu kalah semua hendak menuding jari. Sewaktu menang di tujuh PRK tidak ada pula komen mengatakan pimpinan PAS cerdik, apabila kalah semua buat tuduhan.

Prof Aziz tahu atau tidak keadaan demografi Bagan Pinang. Beliau pergi atau tidak ke kawasan pilihan raya tersebut. Berjumpa atau tidak dengan masyarakat pengundi Bagan Pinang. Tahu atau tidak berapa ahli cawangan PAS dan dan ahli Umno di kawasan itu. Keadaan di Bagan Pinang kalau Prof Aziz Bari bertanding pun akan kalah.

Dalam politik ini kita tidak boleh bergantung kepada undi ayunan semata-mata. Ia perlu juga kepada kekuatan asas parti.

Jawatankuasa PAS Pusat telah membentuk jawatankuasa post mortem yang dipengerusikan oleh Saudara Mohd Sabu. Post Mortem yang dibuat oleh PAS lebih hebat lagi daripada setengah kajian-kajian yang dibuat.

Kerana kajian kita lebih mendasari hingga ke akar umbi. Sebab itu tidak perlulah kita menyalahkan sesiapa pun dalam hal ini. Tengok dulu post mortem. Memang sedap mengkritik seperti penonton bola untuk mengkritik pemain yang berada di tengah padang bola sepak.

Tetapi betapa peritnya mereka yang berada di tegah padang. Allahlah yang maha mengetahui. Hendak memberi markah siapa pemimpin PAS yang layak memerintah adalah mudah, belum tentu kita boleh berjuang sepanjang nafas mereka yang memimpin PAS sekarang.

Penulis adalah Ketua Penerangan PAS

AWAS ..!!! MAZHAB KRISTIAN MIRIP ISLAM

Bismillahirahmannirahim..

Mazhab Kristian Yang Mirip Islam.



Seumur hidup tidak pernah dengar tentang salah satu cabang MAZHAB KRISTIAN ini , amat menakutkan terutama bagi anak-anak dan mereka yang tidak mendapat pendidikan ISLAM secara formal. Minta kita dijauhi dari sebarang fitnah ini, amin?

Bahaya mazhab Kristian yg 'mirip' Islam - gambar. Sebuah sektsa dalam agama Kristian, cara peribadatannya hampir sama dengan Islam. Sukar membezakan kristian gaya baru? Saat Maghrib telah tiba. Belasan orang di Hotel Sahid Surabaya itu bergegas sholat. Semuanya berkopiah dan dipimpin seorang imam. Jangan keliru,mereka bukan kaum Muslimin yang sedang menunaikan kewajiban sholat Mahgrib. Mereka adalah jamaah Kristian Ortodok kristian ortodok, sebuah sektsa dalam agama Kristian. Boleh jadi, orang awam akan terkeliru sebab , sektsa ini memang sangat mirip Islam.

Bukan saja asalnya serumpun,Timur Tengah, tapi juga ritual dan tatacara peribadatannya nyaris sama.Tengoklah saat mereka sholat. Selain berkopiah dan dipimpin seorang imam,bila berjamaah,juga memakai bahasa Arab. Rukun sholatnya pun hampir sama. Ada ruku' dan sujud. Bezanya,bila kaum Muslimin diwajibkan sholat 5 kali sehari,penganut Kristian ortodok lebih banyak lagi, 7 kali sehari setiap 3 jam; masing-masing dua rakaat. Mereka menyebutnya:sa'atul awwal (fajar/shubuh), sa'atuts tsalis(dhuha), sa'atus sadis (dhuhur), sa'atut tis'ah (ashar), sa'atul ghurub (maghrib), sa'atun naum (Isya'), dan sa'atul layl (tengah malam).

Hal yang sama juga pada amalan puasa. Puasa wajib bagi orang Islam dilakukan selama sebulan dalam setahun, dikenal dengan shaumu ramadhan. Sedang pada Kristian ortodok disebut shaumil kabir (puasa 40hari berturut-turut) yang dilakukan sekitar bulan April. Jika dalam Islam ada puasa sunah Isnin - Kamis, pada kristian ortodok dilakukan pada Rabu dan Juma'at, dalam rangka mengenang kesengsaraan Kristus. Selain sholat dan puasa, jamaah Kristian ortodok juga mengenal zakat.

Zakat, dalam ajaran Kristian ortodok, adalah satu persepuluh dari pendapatan Gambar2 ajaran kristian ortodok yg mungkin anda keliru.... jadi berhati2laaaa kita tentang ajaran kristian ortodok... hebah kan laaa pada kawan2 kiter...Yang pasti........... ini bukan ayat al-Quran..... Semoga kita semua berhati2...... jangan sampai terbeli....dan digantung
di rumah kita.Sebarkanlah supaya semua teman2 kita maklum.

Tolong Baca.Jangan biarkan kita di perbodohkan oleh org2 KAFIR.............Perhatian Kalu ternampak penghujungnya ditulis Surah Injilu Matay terus reject.

Assalammualaikum Al Muslimin dan sahabat-sahabat semua....Sila baca dan edarkan kepada sesiapa yang tiada di dalam e-mail ini...Jangan jadikan ia sebagai e-mail berantai anggaplah satu yang penting kerana kita telah mengetahui akan pekara ini... Itulah agenda Kristian, maka berhati-hatilah..... Jangan terpedaya pada rupanya sahaja tetapi tengok dan selidikilah isinya juga... tengok keseluruhan. Memang ianya nampak cantik sekiranya dibuat untuk menghiasi dinding rumah, Hhmm.... sekali pandang macam ayat/kalimah Al-Quran......sebenar ayat Bible

wallahualammmubissawab........

Mohamad Sabu ketuai Post Mortem PAS

KUALA LUMPUR, 20 Okt: PAS telah melantik AJK PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu untuk mengetuai satu jawatankuasa kajisiasat (post mortem) kenapa calonnya kalah teruk dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, Mohamad dilantik berdasarkan beliau tidak terlibat secara langsung dalam jentera pilihan raya kecil tersebut.

Mustafa memberitahu perkara ini ketika ditemui di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut petang semalam.

Calon Pakatan Rakyat dari PAS, Zulkefly Mohamad Omar kalah kepada calon BN, Tan Sri Mohd Isa Samad dalam pilihan raya itu dengan majoriti 5, 435 undi berbanding hanya 2,333 undi dalam pilihan raya umum 2008 lalu.

Mustafa dalam pertemuan yang sama menjelaskan pandangannya dengan terperinci kenapa PAS kalah dalam pilihan raya ini.

"Punca utama adalah undi pos yang tidak telus...bukan pilihan raya ini sahaja, proses pengundian undi pos di mana-mana sahaja dalam negara ini tidak telus.

"Bagi saya, inilah punca utama kemenangan besar Umno," kata beliau yang berada di Bagan Pinang sejak sebelum hari penamaan calon lagi.

ImageSelain Bagan Pinang, Barisan Nasional (BN) khasnya Umno sudah dikira menang di mana-mana sahaja kawasan Dun yang mempunyai undi pos melebihi 5,000.

"Selain Bagan Pinang, Umno sentiasa menang di Dun Pangkor (kawasan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir) yang mempunyai 12,000 undi pos dan Sungai Udang yang mempunyai 10,000 undi pos," beritahu Mustafa.

Oleh itu, beliau berpendapat, undi pos perlu dikaji semula bukan kerana dengki kepada Umno tetapi supaya negara ini dilihat mempunyai sistem pilihan raya yang telus.

"Saya cadangkan, undi pos dikekalkan kepada pelajar dan diplomat yang berada di luar negara serta petugas SPR sahaja...yang lain undi biasa.

"Pusat pengundian boleh dibuat di luar pagar kem pun tidak apa, asalkan parti-parti yang bertanding boleh menyaksikan dengan telus proses pilihan raya berjalan," katanya.

Selain faktor undi pos, Mustafa yang juga bekas Pengarah Pilihan raya PAS sebelum dilantik sebagai Setiausaha Agung berpendapat, faktor kelemahan PAS dan Pakatan Rakyat sendiri di Bagan Pinang juga menjadi faktor.

"Bayangkan PAS hanya mempunyai 100 ahli sahaja di sini dengan hanya dua cawangan sedangkan Umno ada 30 cawangan di sini," katanya.

Namun begitu, beliau menolak, masalah yang berlaku dalam Pakatan Rakyat di Selangor sebagai satu punca utama undi PAS merosot di kalangan orang Cina.

"Kalau isu itu memberikan kesan, sepatutnya ia memberi kesan di Permatang Pasir lagi kerana isu di Selangor meletup menjelang pilihan raya kecil Permatang Pasir...kenapa di sana tidak?" soal beliau.

Untuk undi kaum India pula, Mustafa berpendapat, antara puncanya adalah kegagalan PAS dan Pakatan Rakyat untuk menembusinya kerana dikawal ketat termasuk oleh gengster.

Di samping itu, curahan wang dan benda untuk mereka juga memihak kepada BN di samping kelemahan perkhidmatan para wakil rakyat Pakatan Rakyat sebelum ini.

Namun beliau percaya, pilihan raya kecil ini bukan satu batu asas (bechmark) kepada pergerakan politik di negara ini kerana ia bukan satu neraca yang tepat untuk melihat politik Malaysia secara keseluruhannya.

Imej SPRM, PDRM & Jabatan Peguam Negara tercalar

Sesi Pertanyaan Jawab Lisan, Dewan Rakyat 19 Oktober 2009



Soalan asal No. 4 – Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim [ Permatang Pauh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah-langkah berkesan bagi mengembalikan keyakinan awam terhadap imej negatif Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Peguam Negara berikutan keraguan umum terhadap perilaku penyiasatan dan pendakwaan terpilih.



Di mana Islam hadhari dalam slogan 1Malaysia

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) mempersoalkan fungsi dasar-dasar terdahulu iaitu Islam Hadhari, Bersih Cekap dan Amanah serta Wawasan 2020 setelah gagasan 1 Malaysia diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.




Beliau yang juga Presiden PAS bertanya sama ada dengan adanya slogan 1 Malaysia bermaksud kerajaan telah mengenepikan dasar-dasar yang diperkenalkan oleh perdana menteri terdahulu.

Tuan Guru Abdul Hadi mengemukakan soalan tambahan kepada Perdana Menteri dalam sesi pertanyaan jawab lisan hari ini.



Hari Terbuka PAS Pusat





Isnin, 19 Oktober 2009

DEWAN RAKYAT

Soalan tambahan MP PAS Pokok Sena, Dato' Mahfuz Omar kepada soalan asal No. 5 - Datuk Halimah binti Mohd Sadique [ Tenggara ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan kedudukan BERNAMA TV dari segi peranan medianya dan tanggungan hutangnya yang besar sehingga menjejaskan operasi harian stesen tv ini. [19 Okt 2009]


MP PAS Tumpat, Dato' Kamarudin Jaffar membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009. [19 okt 2009] ...




MP PKR Machang, Saifuddin Nasution membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbadanan Insurans Deposit Malaysia


PUTERA-AMCJA Gabungan Pakatan Politik Terawal

Tokoh politik tanah air Almarhum Dr. Burhanuddin Al-Helmy pernah berkata: Tuntutan kemerdekaan Malaya tidak akan tercapai kecuali ketiga-tiga kaum terbesar di negara ini bersatu dan menuntutnya bersama. Atas kesedaran inilah gabungan pertubuhan Melayu PUTERA (Pusat Tenaga Rakyat) dan gabungan pertubuhan Bukan Melayu AMCJA (All Malaya Council Joint Action) menubuhkan Pakatan Rakyat yang terawal pada tahun 1947. Matlamat utama pakatan ialah menuntut kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu sepenuhnya disamping menentang penubuhan Federation of Malaya yang telah dicadangkan oleh British untuk kekal memerintah.

AMCJA ditubuhkan pada 22 Disember 1946. Diantara pertubuhan-pertubuhan yang menganggotai AMCJA ialah Malayan Democratic Union (MDU), Malayan Indian Congress (MIC), New Democratic Young Leauge (NDYL) Pan Malaya Federation Trade Union(PMFTU) dan lain-lain pertubuhan perniagaan China negeri-negeri Tanah Melayu. AMCJA diketuai oleh Sir Tan Chin Lock semasa bergabung.

PUTERA atau Pusat Tenaga Rakyat adalah gabungan pertubuhan politik dan semi politik Melayu. Ia ditubuhkan pada bulan Disember 1947. Hampir 100 pertubuhan dan persatuan Melayu hadir dalam mesyuarat penubuhannya. Matlamat utama PUTERA ialah menuntut kemerdekaan, menerima perlembagaan rakyat sebagai alternatif kepada perlembagaan persekutuan tajaan British. Mendesak raja-raja dan UMNO supaya berhenti menyokong dan bekerjasama dengan British dalam agenda mereka mengekalkan kuasa imperialis melalui pembentukan Federation of Malaya menggantikan Malayan Union yang ditentang bersama. Di antara pertubuhan-pertubuhan Melayu yang menyertai PUTERA ialah Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) atau Malaya National Party (MNP), Angkatan Pemuda Insaf (API) Angkatan Wanita Sedar (AWAS) Gerakan Angkatan Muda (GERAM) Barisan Bertindak Tani (BATAS) dan Majlis Agama (Islam)Tertinggi (MATA). PUTERA dipimpin oleh Dr. Burhaniddin dan Ishak Haji Muhammad.

Sebelum itu UMNO telah ditubuhkan pada bulan Mei 1946 di Johor Bharu. Matlamat utama UMNO ialah menyatukan orang Melayu dalam usaha menentang Malayan Union. Tidak dinafikan kejayaan UMNO menentang Malayan Union sehingga parlemen British mengeluarkan kertas putih cadangan Persekutuan Tanah Melayu. PKMM bertindak keluar dari UMNO kerana perbezaan pendapat. PKMM bukan sahaja menentang Malayan Union tetapi mahu menuntut kemerdekaan dan membentuk sebuah Kerajaan Melayu merdeka dan berdaulat. Manakala UMNO pula menyokong pembentukan Federation of Malaya di bawah tajaan British.

Pakatan PUTERA-AMCJA telah membentuk Perlembagaan Rakyat setebal 60 muka surat, hasil usaha Ishak Haji Muhammad yang dirumuskan bersama oleh pakatan dan diluluskan pada bulan Ogos 1947. Sebahagian daripada kandungannya ialah:

-Persekutuan Tanah Melayu merdeka termasuk Singapura.
-Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri dipilih oleh rakyat.
-Kedaulatan Raja-Raja Melayu sebagai Raja Berpelembagaan.
-Hak istimewa orang Melayu dan Ketuanan Orang Melayu diutamakan.
-Bendera dan Lagu Kebangsaan ditetapkan.
-Taraf warga negara samarata kepada semua penduduk yang taat setia.
-Melayu sebagai nation (negara bangsa) bukan Malayan.
-Agama Islam ditadbir oleh Majlis Mesyuarat Khas.

Biro PUTERA-AMCJA ditubuhkan di London dalam usaha perundingan dengan Kerajaan British. Parlemen British menolak semua cadangan dan tuntutan PUTERA-AMCJA. British, walaupun dalam keadaan hampir muflis dan mahu membebaskan tanah jajahannya tetap meneruskan agenda Federation of Malaya.

British telah berjaya mendapat sokongan dari raja-raja Melayu dan UMNO bagi mengekalkan kuasa pemerintahannya. British memiliki kepentingan aset di Tanah Melayu. Demikian juga dengan memisahkan Singapura dari persekutuan sebagai Crown Colony, supaya dapat mengawalnya dari segi geopolitik.

Ekoran dari tindakan menolak tuntutan PUTERA-AMCJA, berlakulah peristiwa HARTAL pada bulan Oktober 1947 diseluruh Malaya dan Singapura. British menggunakan alasan komunis telah terlibat secara langsung dalam kebangkitan tersebut. Hampir 1500 orang dari kesatuan pekerja dan pertubuhan PUTERA-AMCJA ditahan termasuk sebilangan besar para pemimpin. Pakatan menjadi lumpuh. PUTERA-AMCJA diharamkan. Pada 1 Januari 1948 Federation of Malaya ditubuhkan. wallahualam

http://salamnaiman.blogspot.com/2009/06/putera-amcja-gabungan-pakatan-politik.html

Azmin Ali jejak kaki ke rumah Azwan selepas 9 tahun

Oleh ZIEMAN

Kedatangan Azmin disambut mesra oleh Azwan dan Mak Tom. (Foto mStar oleh Ariffuddin Ishak)

DI muka pintu rumah personaliti Azwan Ali, wajah ibu tercinta Mak Tom menunggu dengan penuh debaran kelibat anak tersayang, YB Azmin Ali.

Kedatangan Azmin, Ahli Parlimen Gombak, Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa dan Naib Presiden PKR, ke rumah adiknya Azwan petang itu amat bermakna sekali bagi mereka anak beranak.

Manakan tidak, sudah 9 tahun kasih terputus dan jalinan tali persaudaraan yang bertaut kembali pada petang itu bagaikan sebuah episod jejak kasih.

Debaran menanti "tetamu istimewa" Azmin menjadi lebih syahdu apabila Mak Tom memecah kesunyian dengan berkata, "Ini yang makcik tunggu-tunggu selama ini. Alhamdulillah tuhan kabulkan doa makcik.

"Siang malam, makcik tak henti-henti berdoa terutama pada bulan Ramadan yang baru ini. Makcik minta tuhan satukan anak-anak makcik sebelum makcik tutup mata...," jelas Mak Tom, 74 tahun dengan nada yang separuh sebak.


Walau apa pun sengketa yang pernah berlaku, air cincang tidak akan putus...

Meskipun Mak Tom tidak berapa sihat, ibu tua yang penyayang ini bertungkus lumus di dapur bersama beberapa orang pembantu Azwan, menyiapkan juadah untuk semua anak-anaknya.

"Azmin kata dia akan datang....kejap lagi sampailah tu," jelas Mak Tom dengan penuh harapan. Tidak beberapa lama kemudian, kelibat abang tersayang, yang disapa dengan panggilan 'Pak Teh' berjalan masuk ke rumah Azwan.

Azwan terus mencium tangan abangnya sambil diperhatikan Mak Tom dengan mata yang berkaca.

Azmin, 45, yang datang dengan isterinya Shamsidar Taharin serta lima orang anaknya petang itu, disambut mesra seolah masa yang memisahkan mereka seperti tidak pernah berlaku.

Kemeriahan di rumah Azwan tatkala menerima kedatangan Azmin jelas membayangkan bunga-bunga sebuah keluarga bahagia

Seorang lagi abang yang tua, Azman Ali, 46, seorang ahli perniagaan, muncul sejurus kemudian dengan keluarganya. Bertambah meriah suasana di rumah banglo berkembar dua tingkat milik Azwan yang terletak di Taman Andaman, Ukay Perdana petang tadi.

Nasi minyak istimewa dari air tangan Mak Tom bersama rendang tok dan dendeng berlada menanti di meja makan. Azwan pula tidak menang tangan melayan anak-anak buah yang berlari riang di dalam rumah.

Biarpun sudah besar panjang dan mempunyai keluarga masing-masing, baik Azmin, Azwan dan Azman tetap dilayan dengan manja oleh Mak Tom.

Sebagai hos yang terkenal dengan aksi riuh rendahnya, Azwan berjaya mencuit hati Azmin. Mungkin juga beliau rindu melihat gelagat begitu selama ini.

Sesekali, Azwan meminta izin abangnya untuk bergambar bersama.Dan setiap kali lensa kamera di arah ke wajahnya sambil Azwan berposing di sebelahnya, Azmin yang kelihatan agak kekok pada mulanya, hanya tersenyum.

Azwan menyajikan nasi mintak untuk abangnya Azmin dan isterinya, Shamsidar
"Saya tak biasa....,"
tuturnya lembut.

Ketika ditanya tentang karier Azwan, Azmin berkata adiknya itu sememang dilahirkan untuk menjadi anak seni.

"Dari kecil lagi, Azwan suka menjadi pengacara. Waktu sekolah dulu, kayu di belakang rumah akan dijadikan mikrofon dan dia akan beraksi seolah-olah dia seorang pengacara.

"Saya sokong apa jua karier pilihannya cuma saya tidak berapa minat hiburan. Jarang saya membaca ruangan hiburan. Bukan tidak mengikuti karier Azwan tapi saya terlalu sibuk," jelas Azmin.

Katanya lagi, "Apa pun yang kita buat, mesti ada kesederhanaan (There must be moderation in everything)."


Azmin melahirkan rasa syukurnya dengan pertemuan hari ini sambil mengimbau apa yang pernah berlaku satu ketika dulu.

"Pada tahun 2000, waktu saya melakukan umrah buat pertama kalinya, saya memohon agar Tuhan satukan kembali kami adik beradik. Alhamdulillah setelah 9 tahun, doa saya dikabulkan. Saya rasa sungguh gembira dengan pertemuan ini.

"Sekarang kami seperti satu keluarga bahagia ...one happy family again. I miss this for some years. Sememangnya ini yang saya harapkan setelah insiden tahun 2000 itu... supaya keluarga saya jadi kuat dan bersatu," katanya dengan penuh makna.

Kata Azmin lagi, "Saya hargai pertemuan seperti ini sebab itu saya tolak undangan open house yang lain untuk hadir ke rumah adik saya. Saya ada 17 jemputan 'open house' hari ini. Saya terpaksa menolak undangan beberapa rumah kerana ingin datang juga ke rumah Azwan."

Ternyata pertemuan adik beradik petang itu yang disaksikan Mak Tom, membawa lembaran tersendiri yang cukup indah dan bermakna.

Menurut Azmin, kesibukannya sebagai ahli politik, selalu menjadi momen begini terlalu sukar.

"Tapi insyaAllah kalau ada kesempatan lain, saya akan datang lagi. Saya cukup menghargai kesempatan seperti ini," jelas Azmin, anak keempat dari 6 beradik.

Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails