SELAMAT DATANG

Selasa, 6 Oktober 2009

pesanan ana

assalamualaikum....

Kepada semua sahabat-sahabat pengunjung blog ana ydppasputrajaya.blogspot diharap bersabar dengan posting ana kat blog ana ni dalam tempoh PRK Bagan Pinang ini. Ini disebabkan ana terlalu sibok dengan tugas yang diamanahkan selaku Ketua Kontinjen PAS Wilayah Persekutuan dalam PRK Bagan Pinang Ini.

Bermula 1hb Okt 2009 ana mula bertugas di Bagan Pinang ini dan ditempatkan di UPU Taman Eastern. Pada mula kedatangan ana kesini masalah pertama yang dihadapi ialah masalah penempatan Wilayah yang pada mulanya dijanjikan ditempatkan di madrasah Tahfiz kepunyaan seorang Ustyaz kasim seorang ulamak yang sangat dihormati di kawasan ini. Katanya Madrasah ini diserahkan kepada Gerak Saraf pimpinan pimpinan tertinggi PAS. Namun setelah perbincangan demi perbincangan akhirnya madrasah ini diserahkan kepada Wilayah.

Sehingga hari ini pihak wilayah terpaksa berhadapan menghadapi banyak ujian-ujian kecil, iaitu daripada masalah perselisihan paham antara kawasan negeri yang membantu iaitu Jelebu sehinggalah program-program yang hendak dijalankan.

Setakat ini kita telah berjaya menganjurkan program untuk mendekati pengundi antaranya program gotong royang membersih kawasan Taman Eastern bermula pada hari pertama selepas penamaan calon sehinggalah pada malam ini. Dari Petang tadi bermula jam 2.30 petang kunjungan dari Ahli-Ahli parlimen PAS ke rumah para pengundi lebih kurang 83 buah rumah dalam UPU Taman Eastern.

Disusuli proghram Hi-Tea Bersama Ahli-Ahli Parlimen PAS dan Kemuncak Program Lawatan Ahli-Ahli Parlimen ke UPU Taman Easter ini ialah Jamuan Rakyat dan ceramah. Majlis disajikan dengan Nasi Minyak disamping dendangan PAK Long Komposer yang mencipta lagu untuk Mawi dan diakhiri dengan ceramah yang disampaikan oleh Pimpinan Ahli parlimen PAS. Ana harap segala kekurangan semenjak dua menjak ini tidak membosankan sahabat-sahabat untuk mengunjungi blog ana
InsayaAllah sehari dua lagi ana kan update dengan persembahan yang lebih baik. DOAKAN KEMENANGAN KITA DI N31 BAGAN PINANG INI....TAKBIR!!!!!!



Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails