SELAMAT DATANG

Sabtu, 12 Disember 2009

Tuan guru Hj Hashim (Pondok Pasir Tumboh) Dalam Keuzuran

DOAKAN KESIHATAN BELIAU

Tuan Guru Hj Hashim sedang uzur di mana bermula 2 minggu sebelum Aidil Adha sehingga sekarang beliau agak kepenatan. Jika keuzuran beliau sebelum ini masih mengizinkan untuk menerima dan melayan tetamu namun kali ini beliau lebih banyak rehat.

Kedatangan para tetamu yang bertali arus bagi mendapat khidmat dan nasihat kebanyakan disambut oleh ahli keluarga.

Beliau yang merupakan Mudir Pondok Pasir Tumboh merangkap Pengerusi Pusat Pembangunan Pondok Berhad yang kini berumur 90 tahun lebih sebelum ini dikunjungi oleh beberapa tokoh ulama’ besar antaranya Sayyid Ahmad Alawi dan Maulana Ubaidillah.

Semenjak tersebarnya berita keuzuran beliau, semakin ramai ahli keluarga dan anak murid beliau dari seluruh negara datang menziarahi beliau. Doakan semoga beliau terus dapat mencurahkan bakti hingga akhir hayat.



Khamis, 10 Disember 2009

JAMBATAN PERPADUAN, APA NI NAJIB!!!!!!




Akhlak pelajar kolej komuniti membimbangkan

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 10 Dis: Dr. Lo' Lo' Ghazali (PAS-Titiwangsa) mendakwa sahsiah dan akhlak pelajar-pelajar Kolej komuniti membimbangkan menyebabkan ibu bapa ragu-ragu untuk menghantar anak mereka melanjurtkan pelajaran ke institusi berkenaan.

Dr. Lo' Lo' sewaktu mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat pagi tadi ingin tahu samada mata pelajaran Pendidikan Agama Islam diajar atau tidak di kolej berkenaan.

"Saya mendapat rungutan daripada ibu bapa yang gusar untuk menghantar anak mereka ke kolej komuniti kerana ia dicemari dengan budaya negatif seperti budaya couple, vandalisme, buli dan sebagainya.

"Adakah mata pelajaran Agama Islam turut diajar kepada mereka bagi memastikan mereka bukan sahaja menjadi pekerja yang amanah tetapi tinggi akhlak dan sahsiahnya," soalnya.

Sebelum itu, Datuk Dr. Tekhee @ Tiki anak Lafe (BN-Mas Gading) meminta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan jumlah terkini Kolej Komuniti dan jumlah keseluruhan pelajar sepenuh masa mengikut bidang kursus yang mereka ikuti di seluruh negara dan mekanisme yang digunakan untuk memastikan mereka tidak akan menyumbang kepada masalah graduan menganggur di negara ini nanti.

Timbalan Menteri, Datuk Saifuddin Abdullah (BN-Temerloh) dalam jawapannya memberitahu, sehingga Oktober 2009, terdapat 42 buah kolej komuniti induk dan 18 buah kolej komuniti cawangan yang beroperasi di seleruh negara.

Bilangan enrolmen pelajar program sepenuh masa, bagi sesi pengajian Julai 2009 ialah seramai 17,279 orang. Sebanyak 34 program pendidikan dan latihan dalam bidang teknkal, teknologi, perdagangan dan perkhidmatan dijalankan di kolej komuniti.

Beberapa langkah telah dilaksanakan bagi memastikan graduan kolej komuniti memenuhi pasaran kerja, antaranya ialah menggunakan pendekatan Work-Based Learning (WBL) yang mewajibkan pelajar menjalankan latihan pekerjaan selama setahun di tempat kerja.

Selain itu, Kementerian juga melaksanakan Skim Pengukuhan Graduan (SPG) yang bersifat enrichment, reinforcement, dan updating berkonsepkan tambah nilai, khususnya dalam bidang teknikal, teknologi, perkhidmatan dan keusahawanan.



PAS Batu sasar 50 ekor lembu melalui SAMIK2010

KUALA LUMPUR: PAS Kawasan Batu mensasarkan 50 ekor lembu untuk sambutan Korban Perdana Aidiladha dengan memperkenalkan Skim Ansuran Mudah Korban 2010 atau 'SAMIK2010' kepada ahli-ahli dan orang ramai yang ingin melakukan ibadat tersebut pada tahun hadapan.

Menurut Bendaharinya, Haji Rosden Ahmad Yassin, skim ini akan bermula Januari depan dan dilancarkan pertengahan Disember ini oleh Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayob bagi membolehkan borang-borang penyertaan diedarkan kepada mereka yang berminat.

Tegasnya, PAS Kawasan Batu mensasarkan 50 ekor lembu untuk Korban Perdana 2010 nanti, setelah yakin respons ahli-ahli dan orang ramai begitu komited terhadap usaha yang dilakukan oleh parti itu pada Aidiladha yang baru lalu.

"Kami rasa terpanggil dan mahu jadikan ia acara tahunan. Untuk itu, tahun depan kami sasarkan 50 ekor lembu dikorbankan. Mungkin lebih. Itu ikut penyertaan dan sambutan terhadap SAMIK2010," ujar beliau kepada Sanggahtoksago.Com.

Rosden ditemui sejurus usai Himpunan PAS For All di Markas Tarbiah PAS Pusat, Taman Melewar Sabtu lalu, sempena pelancaran Sambutan Jubli Perak 25 Tahun PAS Kawasan Batu.

Ia dilancarkan oleh Mursyidul AM PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Berceramah sama AJK PAS Pusat, Hanipa Maidin dan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.

Pada majlis itu, Kelab Penyokong PAS (KPP) Kawasan Batu turut dilancarkan oleh Pengerusi KPP (India), En. Balasubramaniam. Turut hadir, Ahli Majlis Syura PAS, Ustaz Hassan Shukri dan Haji Ahmad Subky Abdul Latif.

Mengulas lanjut, Rosden berkata, skim ansuran mudah ini dicipta bagi membuka peluang yang lebih besar penyertaan ahli dan orang ramai dalam ibadah korban pada tahun depan. Untuk sebahagian lembu, PAS Batu menetapkan bayaran RM300 sahaja.

Program ini juga, tegasnya, akan menyenangkan peserta membuat bayaran ansuran mudah sebanyak RM30 sebulan untuk satu bahagian lembu bermula Januari depan, selama 10 bulan dan jumlah lengkap akan terkumpul RM300 pada Oktober 2010.

Bagai yang terlewat, boleh memulakan bayaran mudah ini mulai Februari berikutnya.

Bagaimanapun, beliau berkata, terdapat dua kaedah bayaran selain SAMIK2010 iaitu secara tiga kali bayar atau sekaligus.

Untuk itu, ujarnya lagi, PAS kawasan hanya akan menerima seramai 350 peserta bagi mencapai sasaran 50 ekor lembu, jika terdapat penyertaan lebih, ia akan diputuskan kemudian.

Borang-borang penyertaan boleh diperolehi selepas 10 Disember ini tetapi mereka yang berminat boleh terus menghantar nama penuh, no telefon, alamat dan cara bayaran melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) kepada talian 019-2310109 untuk direkodkan.

Keterangan lanjut hubungi Yang Dipertua, Haji Ishak Surin (013-3291966) Timbalan Yang Dipertua, Haji Suhaimi Abd Rahman (019-3648805) Naib Yang Dipertua, Tarmizi Jan (019-2051419) Setiausaha, Haji Ismail Yahya (013-3847899) dan Bendahari, Haji Rosden Yassin (019-2310109).

Pada 29 November lalu, lebih 100 ahli PAS Kawasan Batu bertungkus-lumus menjayakan Korban Perdana sejak jam 8 pagi lagi. Empat ekor lembu ditumbangkan dan dagingnya diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin berdekatan.

Antara yang hadir, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat, Hajjah Salbiah Abdul Wahab bersama beberapa Exco Muslimat Wilayah Persekutuan dan Yang Dipertua PAS Kawasan Batu, Haji Ishak Surin.


Apakah UMNO sejahil Arab Ta'aif ?...

http://ustazmokhtar.blogspot.com/

APA YANG MENIMPA UMNO DAN BN HARI INI, ADALAH TANDA MUSTAJABNYA DOA MUSTADHAFIN PAS SEBELUM INI...

____________________________________


Sejak AidilAdha yang lalu heboh mengenai kenyataan Tok Guru Mursyidul Am yang bercadang "berdoa" kepada Allah agar masadepan PM gelap dan musnah. Maka kecohlah juak-juak UMNO bersama "Pak lebai-pak lebai" mereka memberikan pandangan. Serta merta Pak lebai yang "di pelihara" UMNO membelek-belek kitab untuk mencari hujjah, bagi menyalahkan tindakkan Tok Guru. Maka berkokoklah mereka laksana baru dikejutkan daripada tidur, tanpa mengetahui "hujung pangkal" mengapa Tok Guru ajak rakyat kelantan berdoa. Mereka semacam tak tahu apa-apa mengenai "kezaliman" kerajaan Pusat yang menyekat hak rakyat Kelantan atas Royalti minyak diperairan negeri Kelantan. Mereka semacam buta untuk melihat bagaimana "permainan" jahat kerajaan Pusat yang menarik royalti minyak di Terengganu ketika negeri itu ditadbir oleh Pas, dan kemudian diberikan kembali selepas UMNO memerintah Terengganu. Apa sebenarnya kitab yang ditelaah oleh pak lebai Umno ini saya pun tak tahu. Nak kata mereka mentalaah kitab ulama silam, tiada pula keluar fatwa agama untuk membetulkan kezaliman Umno dan kejahatannya selama ini. Nak kata mereka membaca akhbar dan mengikuti perkembangan politik tanahair, tak pula nampak mereka arif tentang peristiwa-peristiwa politik negara.


Tok Guru baru ajak rakyat Kelantan berdoa agar masadepan politik PM binasa, jika hak rakyat kelantan di nafikan oleh PM yang menerajui kerajaan Pusat. Walaupun cuma "ajakan", namun pelaku-pelaku kezaliman telah merasa cemas. Pak-pak lebai Umno sudah bimbang kalau-kalau dahan tempat mereka berpaut patah dan binasa. Lalu Tok Guru dianggap tidak beramal dengan sunnah, Tok Guru bukan ulama sebenar, Tok Guru sudah keterlaluan dan macam-macam lagi. Pada mereka Tok Guru "keterlaluan".

Apakah kejahatan UMNO selama ini terhadap pimpinan dan ahli-ahli Pas tidak keterlaluan?. Pimpinan Pas yang ditahan dibawah akta puaka ISA yang seterusnya turut dideritai oleh keluarga dan anak-anak mereka itu tidak keterlaluan?. Syuhada' Memali yang dibunuh dengan alasan yang diada-adakan itu tidak keterlaluan?. Tindakan kerajaan Pusat yang sentiasa menekan dan menyusahkan kerajaan Kelantan yang ditadbir Pas itu tidak keterlaluan?. Menafikan hak royalti rakyat Kelantan itu tidak keterlaluan?, Dan Merampas kerajaan Perak secara haram itu tidak keterlaluan?.

Wanita Umno Kelantan membandingkan Tok Guru dengan Rasulullah saw. Katanya Rasulullah mendoakan kebaikan kepada penduduk Ta'aif walaupun penduduk Ta'aif berlaku zalim kepada Baginda. Manakala Tok Guru Nik Aziz pula mendoakan keburukan kepada PM. "Kita nak ikut Rasulullah atau Nik Aziz?..kalau saya, saya ikut Rasulullah"..tegas wanita tersebut dengan sinis sambil kelihatan agak bangga dengan "kejahilannya".

UMNO membawa dasar Nasionalisme Sakular. Apakah dasar perjuangan Rasulullah juga Nasionalisme? Nasionalis Sakular kah Rasulullah saw?. Rasulullah saw mendoakan kebaikan kepada penduduk Ta'if kerana mereka sememangnya "kaum yang tidak mengetahui ( benar-benar Jahil mengenai Rasulullah saw)". Kejahiliyyahan Arab Taif tidak sama dengan Kejahiliyahan Arab Makkah. Arab Jahiliyyah Taif tidak pernah mengenal keturunan, zaman kanak-kanak Baginda dan mereka tidak pernah bergaul dengan Baginda. Ini berbeza dengan Arab Jahiliyyah Makkah. Justeru itu penentangan Arab Jahiliyyah Taif dan perlakukan kasar mereka kepada Baginda masih boleh dimaafkan.

Manakala penentangan kasar Arab Makkah bukan kerana kejahilan mereka, tetapi disebabkan kejahatan dan kesumat yang berakar umbi dalam dada mereka. Justeru itu Rasulullah pernah berdoa agar Allah membinasakan Pimpinan Quryish, antaranya Abi jahal bin Hisyam , Utbah bin Rabia'h , Syaibah bin Rabia'h , al Walid bin Utbah , Umaiyyah bin Khalaf dan Uqbah bin Abi Mui't,( ternyata semuanya mati dalam keadaan hina dalam Perang Badar). Apakah UMNO "sejahil Arab Jahiliyyah Ta'if"?, sehingga Pas hanya perlu bersabar atas apa-apa perlakuan zalim dan jahat mereka kepada rakyat Kelantan (termasuk ahli-ahli Umno)".

Sebenarnya UMNO tidak perasan, bahawa mangsa-mangsa kezaliman UMNO dikalangan Pimpinan Pas dan Ahli-ahli Pas telah berpuluh tahun berdoa dan berkunut Nazilah agar UMNO dan BN porak peranda, saling berantakan dan seterusnya kecundang dengan penuh keaiban. Sejak dulu lagi mereka berdoa, sejak dulu lagi airmata mereka telah tumpah dalam tadahan tapak tangan mereka, sejak Umno memulakan kezaliman mereka terhadap Pas dan Perjuangan Islam, sejak itulah UMNO telah didoakan dengan kehancuran. Hasilnya..lihat lah rentetan nasib UMNO dan BN. Berantakan, porak puranda, lemah, kalah dengan penuh kehinaan dalam siri-siri Pilihanraya Umum atau kecil, disamping rakan-rakan UMNO dalam BN tercungap-cungap mencari nafas...itu semua kesan dan berkatnya doa "mustadhafin" yang ditindas selama ini.

Sesungguhnya saat seorang mukmin menadah tangannya dan sebelum titisan airmatanya mencecah telapak tangannya, syaitan bergegas melarikan diri, lantaran takut tertimpa balasan Allah swt. Bila ketiadaan syaitan maka hati-hati orang yang durhaka dan zalim sangat merasa gerun dan takut. Tiada lagi penolong buat mereka.

Tiada senjata yang lebih hebat daripada "DOA" golongan Mazlum dan Mustadhafin...

BOWLING PIALA YDP PAS PUTRAJAYA


Pas Putrajaya akan mengadakan Pertandingan Bowling
Piala YDP Putrajaya

Di : Alamanda Putrajaya
Tarikh : 26 Disember 2009
Masa : 8.30 Malam

AHLI KUMPULAN : 4 ORANG SETIAP KUMPULAN

BAYARAN : Akan dimaklumkan
Peserta
AJK KAWASAN/DEWAN PEMUDA KAWASAN/DEWAN MUSLIMAT KAWASAN/
NISA' KAWASAN (Wajib)
&
SESIAPA YANG BERMINAT


Sumbangan & Tajaan diperlukan
Sila Hubungi Sdr Roshidi Wahab 019-3355357 untuk sebarang maklumat.




BN + BARANG NAIK BN + BINI NAJIB = RM - Rosmah Mansor

Naik tarif elektrik tahun depan jika...

Tarif elektrik baru mungkin diperkenalkan Januari tahun depan sekiranya ia diluluskan oleh kabinet, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.

Beliau berkata Tenaga Nasional Berhad telahpun mengemukakan permohonan untuk menaikkan tarif elektrik, namun kementerian masih membuat kajian mengenainya sebelum dikemukakan kepada Kabinet untuk diluluskan.

"Tarif ini dikaji semula setiap enam bulan sejajar dengan harga minyak, tetapi sama ada tarif baru akan dikenakan atau tidak, bergantung kepada kabinet," katanya kepada pemberita pada perhimpunan bulanan kementerian dan sambutan Hari Inovasi peringkat kementerian di Putrajaya hari ini.

Chin berkata kabinet akan mengambil kira semua perkara sebelum meluluskan sebarang tarif baru.

"Adalah perkara biasa untuk TNB meminta kenaikan tarif elektrik oleh kerana kenaikan kos dan sebagainya tapi kabinet akan melihat situasi keseluruhan termasuk keadaan ekonomi dan kemampuan rakyat untuk membayar," katanya.

Chin berkata antara Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kementerian itu yang telah ditetapkan adalah untuk mengurangkan indeks gangguan bekalan elektrik di Sabah, yang pada masa ini jauh lebih tinggi daripada di Semenanjung dan di Sarawak.

Untuk itu, kementerian akan bekerjasama dengan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) untuk membolehkan perkara itu dicapai dalam tempoh setahun, dengan memastikan kapasiti tenaga yang dibekalkan mencukupi untuk kegunaan rakyat di sana.

KPI lain yang ditetapkan antaranya meningkatkan kawasan liputan bekalan air terawat, meningkatkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui dan kecekapan tenaga, serta mewujudkan lebih banyak sistem pembetungan serantau, katanya.

Chin sebelum itu turut melancarkan laman blog beliau yang boleh dicapai melalui alamat http://peterchin.my.

Beliau berkata ia merupakan satu cara yang berkesan untuk berkomunikasi dengan rakyat, dan setiap aduan dan pandangan yang diterima akan diberi perhatian dan langkah segera diambil untuk menanganinya.

Chin berkata sempena sambutan Hari Inovasi kementerian itu tahun depan, beliau akan menyediakan hadiah peribadi kepada kakitangan kementerian yang memperkenalkan langkah inovatif yang boleh menambah baik sistem penyampaian. BERNAMA

Ketuanan Melayu dan 1Malaysia @ Ketuanan UMNO dan 1UMNO...

Umno Kena Jawab Soalan Ini

Ada dua soalan menarik yang dikemukakan oleh Nga Kor Meng, MP Taiping yang patut dijawab oleh Umno.

Pertama, bagaimana rakyat Malaysia boleh menghayati konsep 1 Malaysia dan ketuanan Melayu sedangkan konsep itu tidak memperlihatkan kesaksamaan dari segi bangsa?

Kedua, adakah konsep ketuanan Melayu yang diperjuangkan oleh Umno adalah selari dengan impian bangsa Malaysia yang terdiri daripada Melayu, Cina, India dan sebagainya?

Semua orang tahu, ketuanan Melayu hanyalah retorik Umno sahaja. Ianya dilaungkan sungguh-sungguh semasa Umno kurang mendapat sokongan orang Melayu.

Kini, ketika Umno semakin hilang sokongan bukan Melayu, parti itu mempromosikan pula konsep 1 Malaysia, konsep yang lebih lunak berbanding ketuanan Melayu yang agak rasis.

Ringkasnya, semasa orang Melayu tak sokong Umno, guna ketuanan Melayu dan semasa bukan Melayu pula tak sokong Umno, guna 1 Malaysia.

Bolehkah kita kata begini? Ketuanan Melayu dan 1 Malaysia adalah ketuanan Umno dan 1 Umno. Umno bukan membela Melayu dan bukan Melayu tetapi membela orang Umno. Itu pun sebahagian orang Umno sahaja.

Sampai sekarang Umno bermusuh dengan Melayu yang tidak menyokong Umno. Buktinya, royalti minyak Kelantan tidak diberikan kepada kerajaan dan rakyat Kelantan. Kerajaan Kelantan adalah kerajaan orang Melayu dan rakyat Kelantan, 95 peratus adalah orang Melayu.

Umno juga bermusuh dengan orang bukan Melayu yang tidak menyokong Umno. Buktinya, Umno memusuhi DAP tetapi tidak memusuhi MCA. Umno tidak menyerang Pulau Pinang semasa diperintah Gerakan tetapi menyerangnya semasa diperintah DAP. Gerakan adalah Melayu?

Semasa Umno bermusuh dengan orang Melayu, Umno berbohong dengan konsep ketuanan Melayu dan semasa Umno bermusuh dengan DAP, Umno berbohong dengan konsep 1 Malaysia.

Apa yang benar? Umno hanya tidak bermusuh dengan (sebahagian) Melayu Umno dan tidak bermusuh dengan (sebahagian) bukan Melayu yang menyokong Umno.

Mengapa pula sebahagian? Kerana ada ahli Umno sendiri yang tidak mengundi Umno. Kalau Umno tidak bermusuh dengan orang Umno, tentu tidak akan ada ahli Umno yang tidak mengundi Umno.

Ramai orang Melayu yang melarat, bukan kerana mereka tidak layak menerima bantuan tetapi kerana mereka bukan Umno.

Dulu, semasa borang buku teks sekolah perlukan tandatangan JKKK Umno, ramai anak Melayu yang tidak ditandatangani borang itu oleh JKKK. Anak Melayu begitu dapat buku teks dengan ihsan guru sahaja. Bolehkah orang Melayu melupakan kezaliman Umno itu?

Hari ini, Umno tidak memberikan hak rakyat Kelantan, royalti. Bolehkah 30 tahun lagi rakyat Kelantan melupakan kezaliman Umno ini?

Kalau apa yang dibuat oleh Umno kepada orang Melayu 10 atau 20 tahun lalu, masih diingati oleh orang Melayu kini, maknanya kezaliman Umno hari ini akan tetap dikenang oleh generasi 20 dan 30 tahun akan datang.

Maksudnya, hari ini orang Melayu benci Umno. 20 atau 30 tahun lagi pun, orang Melayu benci Umno.

Umno juga pernah bermusuh dengan bukan Melayu. Semak balik kenyataan pemimpin-pemimpin Umno ketika krisis parti itu dengan MCA. Apatah lagi tindakan pemimpin-pemimpin Umno terhadap orang bukan Melayu DAP.

Kalau orang Melayu tidak boleh melupakan kejahatan Umno, tentu itu juga perasaan orang bukan Melayu kepada Umno. Kebencian kepada Umno oleh orang Melayu dan bukan Melayu tidak pernah pudar. Kenapa? Kerana Umno menipu mereka dengan slogan yang diciptanya, ketuanan Melayu dan 1 Malaysia.

KITA TAK BOLEH BUAT, NAK SEKAT BUAT APA HAK BENDA ORANG BOLEH BUAT! JELES KOTTT

Pengikut Ashaari disekat promosi poligami

Salhan K Ahmad

kemaskini 6.58pm Bekas pengikut Al-Arqam – yang diisytiharkan haram sejak 1994 – terus dibayangi pelbagai halangan pihak berwajib sama ada dalam bidang perniagaan atau kegiatan kemasyarakatan.

Tidak cukup gangguan terhadap Rufaqa Corporation Sdn Bhd dan komuniti pengikut-pengikut pengasasnya Ashaari Muhammad (foto kiri) di Rawang pada 2006, kegiatan terbaru sekumpulan bekas ahli Arqam untuk mempromosikan poligami juga menemui jalan sukar.

Syarikat terbaru kumpulan itu Global Ikhwan Sdn Bhd, yang ditubuhkan hampir setahun lalu, dikesan mulai dikekang oleh pihak berkuasa apabila ia bertindak mendaftar ahli-ahlinya.

Sekatan itu gara-gara pihak berwajib dipercayai khuatir ia akan digunakan untuk menghidupkan semula gerakan dakwah itu yang telah difatwakan sesat.

Pengarah Global Ikhwan, Hatijah Aam berkata usaha itu muncul apabila Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) enggan mendaftarkan sebuah kelab yang dianjurkan oleh syarikat itu.

Hatijah, seorang daripada empat isteri Ashaari, menjelaskan usaha untuk mendaftarkan Kelab Poligami Ikhwan itu dihalang selepas kelab tersebut dilancarkan Ogos lalu dalam satu majlis di Bandar Country Homes, Rawang – lokasi kegiatan bekas pengikut Arqam selepas Sungai Penchala.

"Pada bulan Ogos itu kami lancarkan untuk tengok sambutan. Alhamdulillah, sambutannya baik apabila dilaporkan dalam media. Tetapi ada menteri yang tidak setuju dengan kelab ini, jadi usaha untuk daftar pun tidak berjaya," katanya lagi.

Hatijah berkata demikian sebagai merujuk kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang dilaporkan menyebut penubuhan kelab sedemikian "tidak berfaedah" dan "tidak mempunyai hala tuju positif."

Reaksi lain termasuklah kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom yang dilaporkan menyebut, individu yang mengamalkan poligami tidak seharusnya berbangga sehingga menubuhkan kelab.

Jamil Khir juga dilaporkan berkata, kepentingan harus diletakkan kepada pelaksanaan poligami itu supaya mengikut lunas Islam, dan bukannya terhadap penubuhan kelab atau persatuan.

Bercakap kepada Malaysiakini, Hatijah berkata, polis Bukit Aman juga telah menasihati beliau supaya kelab tersebut tidak ditubuhkan kerana bimbang akan "menimbulkan salah faham" di kalangan masyarakat.

"(Bukit Aman) tidak mahu timbul masalah kerana sejarahnya sebelum ini Rufaqa pun telah diharamkan kerana mengamalkan ajaran sesat. Jadi kami dinasihatkan untuk daftar syarikat lain," katanya.

Jelasnya, kebimbangan berhubung kelab tersebut dipercayai wujud kerana ia dikhuatiri menjadi medan baru untuk menghidupkan semula ajaran-ajaran Ashaari.

"Mereka bimbang platform motivasi kepada ahli kelab (secara tertutup) ini kami gunakan untuk mencari pengaruh dan sejarah mungkin berulang. Jadi Kelab Poligami Ikhwan kita hentikan dulu.

"Sekarang kami tumpukan kepada aktiviti-aktiviti perniagaan sebab masyarakat lebih yang suka kepada aktiviti-aktiviti ekonomi kami," kata Hatijah ketika dihubungi.

Katanya, program ceramah motivasi berkaitan poligami itu akan diadakan secara berterusam kepada ahli-ahlinya.

Ceramah-ceramah tersebut diadakan di enam buah pusat ceramah yang dikenali sebagai Rumah Motivasi Poligami di seluruh negara – Bukit Jambul (Pulau Pinang), Nilai (Negeri Sembilan), Kluang (Johor), Kota Bharu (Kelantan), Kuching (Sarawak) dan Kota Kinabalu (Sabah).

"Ceramah-ceramah motivasi ini kami gunakan untuk mendidik ahli-ahli supaya menghayati kehidupan berpoligami yang indah dan juga supaya jujur dalam perniagaan," tambahnya.

Kata Hatijah lagi, jaringan pengendali perusahaan dalam Global Ikhwan diasaskan oleh lelaki, termasuk mereka yang mengamalkan poligami bersama anggota keluarga mereka.

"Dalam jemaah, ada yang mengamalkan poligami dan ada juga yang tidak berpoligami. Jadi bila persepsi masyarakat teruk sangat terhadap poligami, kami fikir perlu dibuat ceramah-ceramah motivasi kepada ahli," katanya.

Jumlah ahlinya yang mencecah 4,000 orang itu, katanya, termasuk pengusaha-pengusaha di dalam negara serta di negara jiran, seperti Indonesia, Thailand dan Singapura.

"Untuk menjadi ahli Global Ikhwan, kita kena ajak sekali ahli keluarga mereka kerana orang yang hendak bekerja dengan syarikat ini hendaklah ikut program-program (motivasi) yang kita atur.

"Suasana (kerja) juga mestilah menyokong dia untuk berjaya, sebab itulah kena libatkan keluarga sekali," kata Hatijah lagi.

Dia (Mahathir) ini nak jadi Perdana Menterikah - Nazri Aziz

oleh Dzulfikar Mashoor & Shukri Mohamad

KUALA LUMPUR, 9 Dis: Perdebatan kontroversi berhubung modul Biro Tata Negara menyaksikan Datuk Seri Nazri Aziz dan Tun Dr. Mahathir saling bertikam lidah.

Nazri menuduh Mahathir sebagai rasis Melayu kerana tidak menyokong cadangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk merombak modul BTN agar selari dengan konsep 1Malaysia.

Sebagai maklum balas, Mahathir pula meminta Nazri meletak jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) kerana didakwa tidak petriotik Melayu.

Nazri pagi tadi menyifatkan kritikan Mahathir belakangan ini seolah-olah mahu menjadi Perdana Menteri semula, menggantikan Najib.

"Waktu Tun Abdullah (Ahmad Badawi) jadi Perdana Menteri dulu, semuanya (polisi kerajaan) tak betul. Seolah-olah dia (Mahathir) saja yang betul. Dia (Mahathir) ini nak jadi Perdana Menterikah," soalnya.

Beliau turut mengkritik tindakan Mahathir mempertikai kepemimpinan Perdana Menteri sebelum Najib, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

"Dulu masa kita (Umno) kata jangan berhenti (dari jadi Perdana Menteri), dia juga yang nak berhenti. Bila dia (Mahathir) dah berhenti, dia mula suruh orang lain (Abdullah) pula berhenti."

Beliau juga menasihatkan Mahathir supaya menyokong kepemimpinan Najib.

"Dulu, masa orang sokong kita (Mahathir), sekarang masa kita (Mahathir) sokong orang (Najib) pula," soalnya.

Beliau juga menganggap kritikan Mahathir belakangan ini banyak menguntung pembangkang.

"Bila dia (Mahathir) dah berhenti, dia serang kita (Umno) pula, lebih teruk daripada pembangkang," sindirnya lagi.

"Hari ini, pembangkang tidak perlu buat kerja, cukup dengan Dr. Mahathir saja, semuanya (polisi kerajaan) tidak betul."

Pun begitu, Nazri mengakui sumbangan Mahathir dalam Umno dan kerajaan sebelum ini.

Terdahulu, Mahathir menyifatkan kepemimpinan Umno sekarang seperti usus yang sudah busuk.

Kenyataan Mahathir itu dipercayai umum ditujukan kepada Najib.

Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Muhyiddin dilihat lebih menyokong Mahathir berbanding berbanding Najib-Nazri.

Pertikaman lidah antara dalam kalangan beberapa pemimpin terbabit tersebut sekaligus menyaksikan bahawa Umno sedang mengalami dilema sama ada untuk kekal memperjuangkan rasis-Melayu atau mengubah ideologinya pada pluralisasi kaum melalui konsep 1Malaysia

Rabu, 9 Disember 2009

SIRI TARBIYYAH - UNTUK RENUNGAN BERSAMA


Perkukuhkan Parti Perkasakan Tarbiyah

http://episodeperjuangan.blogspot.com/

Ustaz Nasrudin Hassan

1. Parti Islam Se Malaysia [ PAS ] adalah sebuah Gerakan Islam [ Harakah Islamiyyah ] yang mengambil pendekatan menyertai pilihanraya sebagai sebuah parti politik yang berdaftar .

2. Politik adalah sebahagian dari tanggungjawab perjuangan Islam yang wajib dilunas sebaik mungkin . Ianya menjadi alat atau wasilah untuk mendapatkan kuasa bagi mendaulatkan syariat Islam sebagai satu perundangan atau peraturan yang adil , telus , saksama dan bestari .

3. Namun begitu menang dan kuasa hanyalah wasilah perjuangan bagi mencapai matlamatnya iaitu redha Allah swt .Mutaakhir ini saya lihat ada beberapa perkara yang memerlukan allignment dan balancing di dalam PAS agar perjalanan atau pergerakkan PAS menuju destinasi [ matlamat ] tidak makan sebelah dan bergegar sepanjang jalan .

4. Ucapan dasar Presiden PAS telah menegaskan bahawa PAS mesti bergerak seimbang [ tidak makan sebelah ] dan tenang [ tidak bergegar ] dengan 3 fungsi utamanya iaitu :

a] Harakatut Tarbiyyah ,
b] Harakatud Dakwah dan
c] Harakatus Siyasiah .

5. Pada pengamatan saya , kini ramai [ sebahagian ] pimpinan dan anggota PAS agak berlebihan dalam menumpukan gerakkerja politik [ harakatus siyasiah ] sementara sangat tidak mengambil berat terhadap gerakkerja tarbiyyah . Mereka sanggup bersengkang mata untuk memastikan kemenangan kerusi mereka bahkan sanggup jua bertegang leher sesama sendiri demi sebuah strategi politik . Terlalu ghairah untuk menang besar dan menang cepat dalam pilihanraya sehingga mengorbankan sahabat seperjuangan dalam PAS .

6. Amal tarbawi seperti tiada lagi tempat dan ruang . Ukhuwwah sesama pimpinan dan anggota parti dilihat sinis . Mudah bertengkar dan bermasam muka . Sering dipengaruhi rasa curiga antara satu sama lain . Memandang sahabat seperjuangan seperti musuh yang dilapah dan disiat seluruh maruah dan aibnya di dada akhbar dan blog . Sukar bertolak ansur sebaliknya mudah bersengketa . Berbicara sesama sendiri seperti bicara dengan musuh .

7. Bukan sahaja parti bergerak secara tidak seimbang [ makan sebelah ] tetapi juga tidak tenang [ bergegar ] sepanjang jalan . Suara luar boleh masuk dan mempengaruhi sebahagian pimpinan PAS dengan mudah . Tahap thiqah [ kepercayaan ] kepada pucuk pimpinan parti semakin berkurangan . Budaya menghentam pimpinan secara terbuka semakin menjadi trend . Rahsia parti dan minit mesyuarat dibongkar tanpa rasa bersalah . Mereka berpolitik bukan hanya dengan musuh tetapi lebih hebat sesama sendiri .

8. Saya lihat perlunya kedudukan dan perjalanan parti kita ditimbang dan dibetulkan semula . Semua pihak sewajarnya ambil peranan ini dengan penuh insaf dan sedar . Kembalikan izzah berjamaah dengan semarak amal tarbawi . Bina semula wehdatul fikri dan wehdatul amal . Jaga kerahsiaan jamaah dengan mengenal pasti apa yang patut rahsia dan apa yang patut dedah . Fikrah Islam mesti jelas ! jangan biarkan ia kabur disebalik jerebu kemenangan .

9. Semua pihak mesti merendahkan sayap . Kembalikan suasana lazat dan seronok bekerja dalam jamaah . Pastikan berjuang untuk menambah pahala bukan berjuang untuk memperbanyakkan dosa dek kerana fitnah dan pertelingkahan sesama sendiri . Berlapang dada dan bersedia untuk dinasihati dan ditegur . Hidupkan semula amal tarbawi biarpun dengan gaya moden atau paling tidak , kekalkan warisan tradisi yang soleh seperti usrah , tamrin qiadi , mukhayyam tarbawi , liqa fikri , ijtima' tarbawi dan lain - lain .

10. Perkukuhkan parti kita [ PAS ] sebelum kita nak perkukuhkan parti orang lain . Fokus pada potfolio yang diamanahkan kepada kita . Usahlah kita ambil kerja orang lain atau dalam bahasa lain menggali tanah kebun orang lain . Menuding dan menilai kerja orang lain bagaikan nak rak tetapi malang kerja sendiri entah kemana failnya . Pada masa yang sama , perkasakan amal tarbawi . Jangan culas untuk hadhir program yang membina diri , aqidah dan fikrah . Usah berlagak pandai dan bijak . Rendahkan sayap demi amal jamaei . Kurangkan alasan atau jangan banyak sangat bermain alasan untuk tidak melibatkan diri dengan program amal tarbawi , kerana kelak menjadikan kita tidak seimbang [ makan sebelah ] .



Ini baru dinamakan rakyat diutamakan, tak payah retorik buat terus

Kerajaan Kedah Beri Potongan 25 Peratus Peminjam Yang Langsaikan Hutang

ALOR SETAR, 9 Dis (Bernama) -- Kerajaan Kedah akan mengambil tindakan tegas terhadap penerima pinjaman pelajaran yang gagal menjelaskan hutang, sebaliknya diskaun 25 peratus diberi mulai Januari ini kepada mereka yang melangsaikan hutang.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata sehingga semalam terdapat seramai 3,096 peminjam tidak aktif yang berhutang berjumlah RM18,373 juta dengan Lembaga Biasiswa Kedah dan cuma 1,088 sahaja yang aktif.

"Tindakan ini termasuk mendaftarkan nama peminjam dan penjamin dengan CTOS (Credit Tip Off Service) supaya mereka susah apabila hendak membuat pinjaman," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat mingguan Exco di sini, Rabu.

Menurut Azizan, Lembaga Biasiswa Kedah cuma dapat mengutip balik pinjaman sebanyak RM1.376 juta tahun ini sehingga Nov lepas manakala RM1.692 juta pada tahun lepas.

"Sebagai insentif, kita akan beri diskaun potongan 25 peratus kepada peminjam yang menjelaskan baki pinjaman mereka mulai Januari ini. Kita juga akan mencari mereka sehingga di rumah dan tempat kerja.

"Kita akan berbincang dengan majikan mereka. Setakat ini Jabatan Pendidikan Kedah memberi kerjasama untuk memotong gaji kakitangannya," kata Azizan.

Beliau menambah peminjam yang meninggal dunia, penjamin dilepaskan daripada tanggungjawab sebaliknya waris peminjam yang akan membayar balik baki hutang.

Katanya Lembaga Biasiswa akan melantik panel peguam untuk mengambil tindakan terhadap peminjam engkar dan mereka (peminjam) akan menanggung segala kos guaman.
-- BERNAMA


Bacalah dengan jiwa yang tenang

Sebentar tadi , saya menerima signal dari sidebar blog saya bahawa terdapat satu artikel baru yang ditulis oleh Al Fadhil Ustaz Nik Abduh setelah sekian lama beliau tidak menulis .


Saya kurang periksa akan sebab kenapalah beliau akhir - akhir ini terlalu jarang sekali menulis . Namun apa yang saya yakin , penulisan adalah satu dari kegemaran beliau dan setiap kali beliau menulis , kandungannya cukup berkesan dan berbekas .


Saya doakan agar sahabat saya ini senantiasa dikurniakan kelapangan untuk menulis dan menyebarkan fikrah Islami yang jelas dan baik kepada ummah . Kami diluar senantiasa merinduinya .


Terkini sahabat boleh baca tulisan Al Fadhil ustaz Nik Abdul melalui link yang telah saya paparkan disini . Baca dengan tenang dan hayati setiap patah kalimah . Alfun Mabruk kepada Ustaz Nik !


http://nikabduh.wordpress.com/2009/04/24/kerja-kerja-bodoh-dalam-pas/



Hospital Awam Malaysia tidak selamat?

Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 9 Dis: Beberapa hospital awam di Malaysia dikatakan berbahaya untuk menempatkan pesakit.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mendakwa demikian setalah melihat beberapa tragedi di beberapa hospital awam.

Katanya, pada tahun 2008 menyaksikan tiga blok Hospital Queen Elizabert, Kota Kinabalu dikenal pasti dalam keadaan berbahaya oleh jurunilai bangunan.

Pada Jun 2007 menyaksikan beberapa keping siling bangunan Hospital Daerah Pekan, Pahang runtuh.

April tahun yang sama turut menyaksikan Hospital Sultan Ismail, Johor yang bernilai RM550 juta terpaksa ditutup selama 17 bulan disebabkan
masalah pembiakan kulat.

Hospital Ampang, Kuala Lumpur turut mengalami masalah pembiakan kulat yang berbahaya kepada pesakit, seperti di Hospital Sultan Ismail.

Mac tahun yang sama menyaksikan Hospital Sultanah Bahiyyah, Kedah yang bernilai RM550 juta terpaksa dibuka empat tahun lewat dari masa yang dijadualkan kerana masalah kerja-kerja pembinaan yang terbengkalai.

Februari 2007 pula menyaksikan Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah yang bernilai RM550 juta mengalami pelbagai masalah prasarana fizikal seperti siling runtuh, paip yang bermasalah dan ketirisan di bahagian cafetaria.

Dipercayai beberapa masalah prasarana di hospital-hospital awam terbabit disebabkan sikap kerajaan melantik kontraktor-kontraktor
bermasalah atas dasar kronisme.

Pun begitu, tidak kedengaran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat beberapa kes berkaitan hospital awam terbabit.

Pengurusan tidak cekap perbendaharaan negara sekaligus tidak menggambarkan konsep 1Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

## 11 April 2009 Hospital Putrajaya terbakar disambar petir. kalau benar punca kebakaran tersebut adalah disebabkan oleh panahan kilat, pihak hospital perlu mengkaji semula sistem Perlindungan Kilat yang digunakan kerana kemungkinan sistem berkenaan tidak berfungsi dengan betul. Ini adalah kerana tahap keupayaan sistem 'early Streamer Emission' (ESE) yang digunapakai di Hospital berkenaan masih diragui di peringkat antarabangsa. SPRM juga perlu turun kemungkinan disana adanya unsur-unsur rasuah. Jangan gadai nyawa rakyat SPRM OIIIII


Mohon Sumbangan Sempena Hari Keluarga PAS Putrajaya

Assalamualaikum,

Pihak organisasi program dengan berbesar hati menjemput saudara/i bersama-sama menyertai program ini dan mengalu-alukan sumbangan sama ada dalam bentuk wang atau barangan untuk menjayakan program kali ini. Kepada pembaca yang berminat untuk menyumbang, sila salurkan sumbangan anda kepada akaun CIMB Bank 1407-0521874-52-2 atas nama Assiah binti Ramli .


Sebarang pertanyaan atau kemusykilan sila hubungi :
Ust. Shaharudin Zaini - 0123943397
Hidayah - 0125992715
Assiah - 0142317919


JazakAllah khair kathira diucapkan atas sumbangan, kerjasama dan komitmen yang telah diberikan. Semoga dilimpahkan rezeki serta mendapat balasanpahala dan Syurga Allah di akhirat.


Tu Dia Che Det Suruh Nazri Letak Jawatan La Pulak....sambil kata UMNO Parti perkauman...

Nazri disaran letak jawatan


Oleh FAIZAH IZZANI ZAKARIA
pengarang@utusan.com.my


DR. Mahathir Mohamad bersama sebahagian daripada peserta seminar Merangka Kerjasama Ekonomi Malaysia-Indonesia dalam Menghadapi Krisis Global: Peluang dan Cabaran dari Perspektif Media dan Perniagaan di KLCC, Kuala Lumpur, semalam.

DR. Mahathir Mohamad bersama sebahagian daripada peserta seminar Merangka Kerjasama Ekonomi Malaysia-Indonesia dalam Menghadapi Krisis Global: Peluang dan Cabaran dari Perspektif Media dan Perniagaan di KLCC, Kuala Lumpur, semalam.
----------------------------------------------------



KUALA LUMPUR 8 Dis. – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyarankan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz supaya meletak jawatan dalam UMNO memandangkan ia adalah sebuah parti perkauman.

Dr. Mahathir berkata, Mohamed Nazri telah mengatakan dirinya menentang perkauman tetapi berada di dalam sebuah parti perkauman iaitu UMNO yang dikhususkan untuk orang Melayu sahaja.

“Jika dia (Nazri) kata saya perkauman, jangan kata dia sendiri tidak perkauman. Dia tahu semuanya dengan baik. Dia berada di dalam sebuah parti perkauman. UMNO adalah parti perkauman. Orang lain tidak boleh masuk.

“Jadi dia adalah ahli parti perkauman. Tapi dia kata dia menentang perkauman. Jadi dia patut letak jawatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan ucaptama dan dialog Merangka Kerjasama Ekonomi Malaysia-Indonesia dalam Menghadapi Krisis Global: Peluang dan Cabaran dari Perspektif Media dan Perniagaan di sini hari ini.

Seminar sehari itu dianjurkan oleh Ikatan Setia Kawan Wartawan Malaysia Indonesia (ISWMI).

Dr. Mahathir diminta mengulas kenyataan Mohamed Nazri sebelum ini yang mengkritik bekas Perdana Menteri itu kerana mencadangkan kurikulum Biro Tata Negara (BTN) tidak perlu dirombak kerana tiada sebarang masalah mengenainya.

Menurut Mohamed Nazri, sukatan atau isi kandungan BTN sebelum ini tidak dinafikan hanya memberi penekanan kepada kaum Melayu sahaja dan ia jelas menunjukkan sentimen perkauman.

Mohamed Nazri menyifatkan Dr. Mahathir ketinggalan zaman jika masih mahu menyimpan sukatan lama kurikulum BTN yang hanya memberi penekanan kepada kaum Melayu sahaja.

Sebelum itu Dr. Mahathir berkata, kurikulum BTN tidak harus dirombak kerana banyak memberi manfaat kepada peserta dalam menyemai semangat cintakan negara.

Kenyataan beliau itu dibuat ekoran keputusan Kabinet yang bersetuju untuk merombak semula kurikulum BTN supaya lebih inklusif dan tidak membelah-bahagikan rakyat negara ini mengikut kaum sejajar dengan konsep 1Malaysia.

Dalam pada itu, ditanya mengenai sama ada BTN perlu diteruskan, Dr. Mahathir ringkas menjawab: “Kenapa tidak?


Perbalahan Umno-BN: Che Det pertahan, Nazri melawan, Ku Li beri jurus pukulan

Budak Kampung

Sejak kebelakang ini che det selalu membuat kenyataan yang mendedahkan masalah dalaman grombolan umnobn. Beliau juga mengkritik dan mengecam parti itu sehingga pemimpin-pemimpin tertinggi grombolan ini resah. Jika melihat sikap buruk che det ini dapatlah disimpulkan bahawa beliau tidak berapa setuju dengan pimpinan Najib dan segelintir anggota kabinet grombolan. Malahan ada menteri-menteri grombolan ini menganggap kehadiran che det sebagai penasihat umnobn bakal mengembalikan suasana yang tidak senang dikalangan mereka.

Mungkin che det mahu melihat pentadbiran grombolan umnobn dipimpin oleh seorang pimpinan yang bersih dan tegas serta mampu memacu politik negara yang lebih stabil dan telus. Tidak hairanlah ditaktor ini menaikkan nama pak lah yang dilihat bersih semasa beliau melangkah turun dari kerusi tertinggi itu. Namun impian che det tidak kemana kerana yang diharapkan itu tidak mampu menstabilkan politik umnobn ini. Kerusi tertinggi bertukar ganti.

Najib melangkah naik dengan cemerlang setelah mempergunakan kumpulan kabinetnya bagi menjatuhkan pak lah dengan tekanan yang hebat. Bukan pak lah seorang sahaja yang terkena, seluruh grombolan pak lah turut menerima tempias kepanasan api mulut kumpulan Najib. Namun keunggulan Najib hanya sementara setelah memegang tampuk kerusi tertinggi itu. Masalah demi masalah mula kelihatan sehingga che det menyindir kepimpinan Najib dan seluruh grombolan umnobn yang telah busuk itu.

Apabila isu Biro Tata Negara (BTN) meletus disebabkan tekanan daripada Pakatan Rakyat (PR), seluruh menteri grombolan meloncat sambil bersilat sesama sendiri bagi menegakkan tatanegara ciptaan mereka yang penuh dengan adunan perkauman dan pembohongan. Tidak hairanlah menteri grombolan minda kelas pertama umnobn Nazri Aziz mencemuh che det sebagai “bloody racist” kerana che det mempertahankan BTN daripada dirombak. Itulah minda glokal anak buah Najib. Mungkin Nazri terlupa bahawa beliaulah yang lantang membodek che det suatu ketika dahulu.

Namun bukan setakat itu sahaja, che det pula perlu mempertahankan dirinya dari mendapat malu yang sangat besar dengan kenyataan Nazri tersebut. Dengan tegas che det menyatakan Nazri Aziz perlu meletakkan jawatan dan meninggalkan umnobn bagi membuktikan dirinya bukan seorang yang bersifat perkauman. Buat apa duduk dalam umno lagi kerana umno itu sendiri pada asasnya bersifat perkauman, hanya mengambil ahli daripada kaum melayu sahaja. Marah sungguh che det ini. Naik semua urat kendur di dahi.

Dalam dok kalut mengatur jurus, lain pula pendapat yang terkeluar dari gua musang ini. Mungkin dah lama bertapa sehingga mengeluarkan kenyataan muktamat yang akan menyenangkan hati semua rakyat. Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) membuat jurus pukulan supaya BTN itu dihapuskan kerana ia sudah jauh menyeleweng daripada matlamat asal. Mungkin Ku Li mahu melihat warisan generasi berminda kelas pertama tidak kembali semula keminda kolot kelas kelapan.

Apakah Ku Li melihat suntikan perkauman dari grombolan umnobn akan melahirkan generasi bermindakan seperti ini?...


(Moral: Najib pula hanya diam membisu seperti hilang punca. Nak ditegur che det kah atau si Nazri. Jika tegur che det, apa pula orang tua tu akan kata sedangkan Najib juga yang menjemput si tua itu kembali dalam pemerintahanya. Masalah datang lagi sedangkan masalah lama pun masih tak boleh diselesaikan. Nampaknya penyakit membusuk ini menjadi semakin kronik. Dr. Mahathir pun tidak mampu untuk mengubatnya dan tidak terpikir oleh akal beliau apakah ubat paling berkesan membasmi penularannya.)


1500 sertai konvensyen pertama Pakatan Rakyat 19 Disember

Harakahdaily

SHAH ALAM, 9 Dis: Seramai 1500 perwakilan dari ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat akan menyertai konvensyen pertama Pakatan Rakyat 19 Disember ini di Auditorium MBSA, Shah Alam.

Mereka akan menyaksikan detik penting sejarah besar Pakatan Rakyat dan juga rakyat Malaysia secara amnya, kata satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Sekretariat Pakatan Rakyat hari ini.

Konvensyen bertujuan untuk membincangkan 'Dasar Bersama Pakatan Rakyat' yang telah dimeterai oleh Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat ke Konvensyen yang akan dihadiri oleh para perwakilan yang mewakili parti-Parti dalam Pakatan Rakyat dari seluruh negara.

PAS, PKR dan DAP adalah anggota rasmi Pakatan Rakyat. Konvensyen ini dijangka akan merumuskan beberapa perkara penting. Antaranya pendaftaran parti gabungan Pakatan Rakyat serta penggunaan logo bersama PR dalam pilihan raya umum akan datang.

Pembentangan kertas 'Dasar Bersama Pakatan Rakyat' akan disampaikan oleh Pemimpin Utama Pakatan Rakyat semasa Konvensyen tersebut.

'Dasar Bersama Pakatan Rakyat' ini akan menjadi dasar yang diterima, disepakati dan dihormati oleh ketiga-tiga Parti dan muafakat Pakatan Rakyat.

Sekretariat Pakatan Rakyat sebagai penganjur Konvensyen Pakatan Rakyat kali yang pertama ini memaklumkan, tema konvensyen ini adalah “Memimpin Perubahan, Menjana Kemenangan”.

Konvensyen ini akan berlangsung mulai jam 8.00 pagi hingga 6 petang akan terbuka kepada media di samping para pemerhati.

"Konvensyen Pakatan Rakyat ini juga akan menjadi pemangkin kepada hasrat Pakatan Rakyat untuk menawarkan kepada rakyat Malaysia sebuah kepimpinan yang berwibawa," kata kenyataan itu.

"Diharap pihak tuan/puan dapat hadir atau menghantar wakil untuk hadir meliputi acara yang bersejarah ini. Pendaftaran bagi wakil media boleh dibuat mulai hari ini di www.tinyurl.com/daftarmedia," kata kenyataan itu lagi.

Konvensyen Pakatan Rakyat diumumkan pimpinan pakatan selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di pejabat ketua pembangkang 21 Oktober lalu.

Semalam Setiausaha Agung Keadilan, Dato Sallehuddin Hashim dilaporkan memberitahu persiapan rapi sedang giat dijalankan menjelang konvensyen tersebut.

Persiapan dibuat dengan kejasama ketiga-tiga parti yang mahu melihat program tersebut berjalan lancar dan membuahkan hasil yang terbaik.

"Persiapan rapi sedang diatur dan semua pihak, ketiga-tiga parti gabungan, sedang bekerja keras bagi menjayakan konvensyen ini,"katanya.

"Lebih 500 perwakilan dijangka hadir dan kita tidak boleh memandang mudah terhadap persiapan yang perlu kita lakukan."

Lagu tema untuk konvensyen tersebut bertajuk "Angin Pendamai" dicipta oleh Ito dari Kumpulan Blues Gang sudah pun siap dalam masa seminggu.

Manakala logonya pula menggunakan asas warna oren dan putih, menggabungkan ikatan kukuh tiga parti, mengelilingi lima kelopak bunga raya yang melambangkan lima kaum di Malaysia iaitu Melayu, Cina, India, Dayak dan Kadazandusun

Selasa, 8 Disember 2009

PAS PUTRAJAYA anjur Jamuan Makan Malam Bersama Y.A.B Dato Seri Nizar & Dato Mahfuz Omar 16 Disember

PUTRAJAYA, 8 Dis: PAS Kawasan Putrajaya akan menganjurkan Majlis Makan Malam bagi mencari dana kawasan dalam usaha membina imej PAs yang berada di Pusat Pentadbiran kerajaan Persekutuan.

Naib YDP PAS Putrajaya, Sdr Muin berkata Majlis Makan malam tersebut akan dihadiri oleh YAB dato Seri Ir Nizar Jamaluddin dan Naib Presiden YB dato Hj Mahfoz Omar. Kupon untuk majlis tersebut berharga RM30.00 seorang atau RM300.00 satu meja

"PAS Putrajaya mengalu-alukan kehadiran orang ramai dan berharap sama-sama menyumbang bagi membantu PAS Putrajaya menjalankan aktivitinya sepanjang tahun 2010 nanti.Untuk mendapatkan kupon tersebut boleh menghubungi NYDP Sdr Muin 013-2314837 atau YDP sendiri Ustaz Mohamad Nazir Zakaria di talian 019-2413438".kata Sdr Muin.



AYANG VS ABANG

Surat ayang untuk abang...

Dear abang,
Ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke kampung. abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas.. abang jagalah diri abang dan kereta abang baik-baik... cuma ada perkara yang ingin ayang luahkan disini... kereta baru abang tu mahal.. harga mencecah 100k barangkali.. sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang... sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3 bulan yang lalu dah masuk 3 malam... abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau ngape?

Harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang letakkan masa kita kahwin dulu.. cuba hantaran ayang lebih mahal dari harga kereta abang?

Tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak berkilat..tapi ayang nak dapat kiss g.morning pun susah

Sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori abang beli kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah..

Kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga maintainance. ..ayang nak dapat pi salon setahun sekali pun susah...

Kereta abang make up lawa-lawa.. tapi kalau ayang make up lawa-lawa abang kata ayang tak sedar diri kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah 100 setin pun ada, ayang nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak kedua kita abang kata ayang mengada-ngada.

Kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak macam nak makan, ayang jatuh longkang besar boleh abang gelak

Paling menyedihkan. .. ayang tanya ngape tidur dalam kereta? abang jawab takut orang curi kereta abang.. kalau ayang kena curi??

Ayang nak balik kampung dulu.. anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek depa.. tak nak naik kereta abang takut calar.. ayang calar takpe.. jaga diri elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. ayang pi tak lama sekolah bukak ayang balik lah dengan anak-anak.. pesanan ayang..

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKAN KESUKAAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR

Love,
ayang


Abang balas surat ayang....

Dear Ayang,
Bukanlah abang sayang keta tu lebih dr ayang.. tapi ayang kene faham keta tu keta bos abang. Nanti kalau ilang sapa nak ganti.. ayang abang suruh keja ayang xnak, ayang kata nak dok umah jaga anak,nak siap kan sarapan nak kemas umah tapi ayang tiap2 hari bgn tido kul 12.. macam mana nak wat keja umah...

Cuba lah ayang pk mana x abang tido dalam keta... abang balik keja lambat skit ayang dah kunci pintu..bukan nye abang gi foya2 kan abang gi keja...lagi satu pasal piza yang ayang ngidam tu.. ayang nak piza yg di oder dr jepun.. mana lah abang ada duit nak oder.. abang nak bg apam balik yg jual kat depan ofis abang ni ayang xnak, ayang nak jugak piza dr jepun.. nasib baik abang x belikan kalau x anak kedua kita tu mesti muka cam doremon..ish xnak laa abang..

Pasal hadiah kan abang dah belikan tapi abang sembunyi kan kat dapur.. ayang yang tersalah buang ingatkan sampah... tulah abang suruh kemas umah tu ayang kata umah kita dah bersih tapi hadiah dgn sampah pun dah jadi serupa jek...hadiah tu mahal tau abang beli untuk ayang..

Sebenarnye abang sayang ayang lebih dr keta tu wlau pun hantaran masa kita kawin cuma rm8k..ayang x tau bpe kali abang turun naik bank nak wat loan rm8k..tapi demi ayang abang wat jugak..

sbb masa tu ayang kalau mekap mmg sebijik maya karin.. tapi sejak ayang wat rebonding 3 tahun lepas setiap kali ayang mekap abang terbayang lak muka pontianak dlm citer phsm.. bukan ayang x cantik tapi kening ayang tu gi cukur wat per.. walau pun abang selalu cukur janggut abang tapi ayang xyah laa nak cukur kening ayang tu....pasal morning kiss tu, ayang bangun pun dah tengahari nak morning kiss cam mana.. dah laa ayang.. abang malas nak citer..

Tapi abang nak bg tau jgk kat sini ayang tetap no 1 dlm hati abang..nanti kalau naik bas tu bebaik.. ayang nak balik kpg abang izinkan Cuma jgn lupa kim salam kat mak ayah kat sana .. kalau ada gulai tempoyak ke nanti jgn lupa bwk balik skit..

Kalau ada lembu terlepas ke ayang xyah laa susah2 gi kejar lembu tu... biar jek.. nnti abang balik kpg abang kejar kan ..bukan apa takut lembu tu tanduk ayang nnti bukan stakat calar jek silap2 leh masuk hspital. abang kene tanduk xpe..

Jaga anak2 baik2 jgn bagi diorang main kat sungai musim2 banjir ni.. nak dpt anak bukan senang takut nnti ayang ngidam lagi piza jepun lak lagi haru.. baik jaga jek yg dah ada tu..ayang pun jaga diri baik2.. jgn sampai jatuh longkang lagi.. hehe.. abang mmg xnak ketawa masa tu tapi nak wat cam mana ayang jatuh kepala dulu yang masuk longkang...dah laa rambut ayang masa tu baru lepas rebonding.. mmg abang ketawa...hahahhahah ahahha

Love,
Abang


Siasatan akan disegerakan - Tuan Ibrahim Tuan Man

Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan pihaknya sudah menerima surat jawapan daripada Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hassan Ali berhubung siasatan dakwaan menyokong cadangan penubuhan kerajaan perpaduan dengan Umno.

Beliau berkata, surat jawapan tersebut telah dihantar ke ibu pejabat PAS Pusat bulan lalu.

"Saya difahamkan Datuk Dr Hassan dan beberapa lagi pemimpin lain dari Selangor yang disiasat sudah beri jawapan.

"Tapi saya sendiri belum tengok lagi dokumen-dokumen itu, saya baru balik daripada menunaikan ibadat haji di Mekah semalam," katanya kepada mStar Online hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai perkembangan terkini siasatan yang dijalankan pihaknya ke atas beberapa pemimpin PAS Selangor.

Tuan Ibrahim berkata, pihaknya akan meneliti dokumen-dokumen berkenaan dalam masa terdekat sebelum membuat apa-apa keputusan untuk tindakan lanjut.

"InsyaAllah kita akan teliti dan segerakan siasatan ini.

"Kita tak nak tangguh lama-lama perkara ini, jika kita dapati ada kes terhadap beliau dan beberapa individu lain yang turut disiasat itu, kita akan panggil mereka... mungkin untuk memberikan penjelasan lanjut," katanya.-mstar online


UMNGOK VS UMNGOK

بسم الله الرحمن الرحيم

Artikal ni saya ambil dari blogger umno "depa-kata.blogspot"

NAZRI SIFATKAN TDM RASIS

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menyifatkan mantan Perdana Menteri 'rasis betul' (dalam Bahasa Inggerisnya disebut 'a bloody racist) kerana mempertahankan kursus-kursus BTN sebelum ini.

“Dia rasis betul. Anda seharusnya bertindak sebagai seorang rakyat Malaysia sama ada menteri ataupun sebaliknya.

“Anda mesti buat apa yang anda perkatakan. Jangan kerana bila anda menjadi Perdana Menteri, anda mahu setiap orang menyokong anda, anda bertindak seperti seorang rakyat Malaysia. Sebaik sahaja bukan lagi jadi Perdana Menteri, anda hanya bercakap pasal orang Melayu, saya tidak boleh menerima komen beliau,” kata Nazri yang percaya bahawa kursus-kursus BTN mesti selari dengan slogan 1Malaysia.

Tun ni pun satu, lain kali kalau nak cakap, suruh la sapa-sapa pi tanya Nazri dulu apa patut cakap. Sekarang ni kan dah kena... Dan terlanjur bercakap bab ni, kita nak tanya Nazri...apa kata dengan benda-benda yang ada imej 'bloody racist' lain... ala, semua yang ada bunyi Melayu-Melayu tu kita pakat rombak biar betul-betul selari dengan 1Malaysia? Tak pa, janji kita popular dan menang pilihan raya. Nak rombak, nak tukar, kalau main celup tang tu, celup tang ni, tak guna. Alang-alang seluk pekasam, takkan sampai jari saja kut...

Dan dibawah ini pula komen dari seorang blogger umno yang mengunakan nama "abe mie terjah".

abe MIE 'TERJAH' said...

Tun sepatutnya tidak campur tangan dalam urusan kerajaan dan jadilah orang yang berhati mulia seperti pak lah... saya tidak menyebelahi sesiapa, tindakan Tun kadang2 mengalahkan Nik Aziz dalam keceluparan.

Tun pernah menjatuhkan Tun Ghafar Baba, Anwar Ibrahim, KULI dsb...UMNO berada parah kini sebab Tun namun anak Tun tetap dipilih sebagai wakil rakyat...kita tidak lupa UMNO diharamkan sebab Tun bergaduh dengan KULI..kemenangan Tun lawan Kuli sebab kebijaksanaan Tun mendaftar cawangan UMNO yang tidak didaftarkan....

Tun pernah memberikan wang petronas sebanyak RM3bilion kepada Mokhzani untuk membiayai projek Diperdana Malaysia berhad namun menjadi gajah putih, rakyat tidak pun membuka mulut...


MENGHITUNG DOSA

بسم الله الرحمن الرحيم

HADIS QUDSI

Allah 'Azza Wa Jalla berfirman:

1. Wahai anak Adam, berkhidmatlah kepada Ku, kerana sesungguhnya Aku kasih kepada orang yang berkhidmat kepada Ku dan Aku menjadikan para hambaKu akan berkhidmat (pula) kepadanya.

(Sekadar gambar hiasan)

2. Maka sesungguhnya engkau tidaklah mengetahui kedudukan maksiat yang telah engkau lakukan terhadapKu dalam perhitungan telah berlalunya umur engkau, dan engkau tidaklah mengetahui kedudukan maksiat terhadapKu yang engkau akan lakukan dalam tempoh baki umur engkau.

3. Sesungguhnya Aku adalah Maha Melakukan apa yang Aku kehendaki.

4. Sembahlah Aku, kerana sesungguhnya engkau adalah seorang hamba yang hina dina, sedangkan Aku adalah Tuhan Yang Maha Besar.

5. Seandainya bahawa saudara saudara engkau dan kekasih kekasih engkau di kalangan anak anak Adam terhidu bau dosa dosa engkau dan mereka ternampak akan engkau akan apa Aku lebih mengetahui daripadanya (bau tersebut), pasti tidaklah mereka duduk bersama engkau dan tidak lah mendekati engkau.

6. Maka betapakah keadaannya, sedangkan dosa itu bertambah pada setiap hari, padahal pada setiap hari umur engkau makin berkurangan sejak engkau dilahirkan oleh ibu engkau.


Jangan sampai Guan Eng memulakannya

Zolkharnain Abidin

Secara peribadi, saya sangat menghargai usaha mana-mana pihak memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada penghafaz al-Quran. Samada usaha itu dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang atau oleh kerajaan BN seperti Terengganu misalnya, semuanya adalah baik dan bagus.

Saya berkesempatan pada awal bulan yang lalu mengunjungi Maahad Tahfiz al-Quran Pulai Chondong Kelantan kerana beberapa urusan rasmi. Memang mengagumkan.

Usaha yang dilakukan oleh kerajaan Kelantan ini memberi keuntungan besar kepada rakyat negeri itu secara khusus. Kelantan juga ada Maahad Tahfiz al-Quran Sains. Mereka bakal melahirkan sekian banyak profesional hafiz untuk menempati pelbagai institusi profesional.

Naik Kapal Terbang Kelas Ekonomi pun Guan Eng Buat


Berbeza dengan kebanyakan maahad tahfiz yang ditubuhkan oleh pelbagai pihak, individu atau badan tertentu, dalam keadaan maahad tahfiz tersebut menerima sesiapa sahaja untuk menghafaz al-Quran, termasuk yang tidak tahu membaca al-Quran, Maahad Tahfiz Pulai Chondong hanya menerima pelajar yang mendapat 5A dalam UPSR dan lulus temuduga yang dianjurkan oleh maahad itu.

Maksudnya, maahad itu hanya menerima yang terbaik sahaja.

Tentunya, ini mengikis tanggapan negatif sebahagian orang, pengajian hafaz al-Quran dan pengajian Islam hanya untuk mereka yang lulus corot dalam peperiksaan awam sahaja. Sedangkan hakikatnya, menghafaz al-Quran memerlukan keupayaan otak yang tinggi.

Negara kita memiliki banyak sekolah yang menempatkan pelajar cerdik. MRSM, sekolah-sekolah menengah sains dan sekolah cluster misalnya. Di Perlis, ada MRSM Beseri, Sekolah Menengah Tuanku Syed Putra, Sekolah Menengah Derma, Sekolah Menengah Dato’ Syeikh Ahmad, semua sekolah ini hanya menerima pelajar terbaik UPSR sahaja.

Termasuk juga dua SMKA iaitu Sekolak Menengah Kebangsaan Agama Arau dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Perempuan Kangar. Tidak terkecuali Madrasah Alwiyah, sebuah sekolah menengah agama milik kerajaan negeri.

Persoalannya ialah, mengapa sekolah-sekolah menengah yang berpelajar cerdik ini tidak menerapkan subjek hafalan al-Quran?

Tidak perlu hafaz al-Quran semuanya kerana memang difahami bahawa pelajar-pelajar tersebut terbeban dengan banyak subjek peperiksaan awam. Cukup sekadar setahun 3 atau 5 juzuk misalnya, dan kalau itu masih berat juga, 1 atau 2 juzuk juga sudah memadai. Apabila mereka tamat PMR, sekurang-kurangnya mereka menghafaz antara 9 hingga 15 juzuk al-Quran atau sekurang-kurangnya 3 juzuk al-Quran.

Kementerian Pelajaran tidak perlu berpening-pening kepala berfikir untuk menerapkan pelbagai subjek siviklah, kenegaraanlah, kesedaran bahaya dadahlah yang belum tentu hasil dan kesannya itu, kerana diyakini pelajar yang hafaz al-Quran tentu akan terhindar daripada gejala negatif itu.

Pelajar Maahad Tahfiz Pulai Chonding Kelantan belajar 9 sembilan subjek untuk peperiksaan PMR, belasan subjek lain dalam bahasa Arab, dalam masa yang sama mereka hafaz al-Quran. Hasilnya, mereka cemerlang PMR, hafaz al-Quran dan menguasai cabang ilmu Islam yang lain termasuk bahasa Arab dengan baik.

Mengapa MRSM dan sekian banyak sekolah menengah sains di negara kita tidak melakukan ini semua? Mengapa masa hidup mereka sebagai pelajar muslim ‘dibazirkan’ dengan aktiviti yang entah apa-apa? Kalau mereka diperuntukkan masa untuk pendidikan seni, Tae Kwon Do, kumpulan koir, band dan banyak lagi, mengapa tiada difikirkan secara serius peruntukan masa untuk menghafaz al-Quran?

Saya seronok dengan kelahiran begitu banyak pusat menghafaz al-Quran, tetapi sayang, pusat-pusat ini kebanyakannya dipenuhi oleh mereka yang tiada tempat di sekolah-sekolah ternama tadi. Akhirnya, terkial-kiallah pelajar ini menghafaz al-Quran dengan serba kepayahan dan kesusahan.

Memang ramai yang berhasil menghafaz al-Quran juga sudahnya dan itu memang sangat bagus daripada dibiarkan mereka ‘menghafaz’ entah apa-apa, tetapi isunya ialah mereka hanya sekadar mampu membaca al-Quran sebagai imam dalam solat sahaja.

Sedangkan al-Quran bukan untuk dibaca dalam solat sahaja. Al-Quran perlu berada di dalam makmal sains, di mahkamah, di perut bumi, di dasar laut, di dalam kapal angkasa, di bank, di pejabat-pejabat korporat, dan di mana-mana lagi.

Tentulah mereka yang mampu membawa al-Quran ke lokasi itu semua adalah mereka yang sekarang sedang belajar di sekolah-sekolah bagus tadi. Tapi, kalau mereka tidak menghafaz al-Quran, bagaimana mereka mampu membawanya ke sana?

Jangan sampai Lim Guan Eng yang memulakan usaha ini, nanti ada orang menuduhnya sebagai mempermainkan al-Quran pula


BETUL KE NI USTAZ? MACAM TAK PECAYA JAAA

Azizan minta rakyat tegur kesilapan kerajaan negeri

Nazri Abdullah

ALOR SETAR, 8 Dis: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Razak meminta rakyat negeri itu menegur dan memberitahu tindakan silap dan boleh dianggap zalim yang dilakukan kerajaan negeri.

Berucap pada himpunan bulanan bersama kakitangan kerajaan negeri di Wisma Darul Aman semalam beliau memberitahu, kerjasama rakyat itu sangat perlu bagi memudahkan kerajaan negeri bertindak segera bagi membetulkan segala kesilapan demi kesejahteraan rakyat negeri itu.

"Saya mintak semua rakyat tolong tunjuk di mana kerajaan sekarang buat zalim supaya kita dapat baiki.

"Kita mengaku tak semua kita buat adil, kita tak mahu nak jawab depan Tuhan," katanya ketika berucap dihadapan kakitangan dan pegawai kerajaan negeri semalam.

Pada perhimpunan tersebut beliau turut mengingatkan kesemua kakitangan kerajaan negeri cermat dalam menunaikan tanggungjawab pentadbiran agar tidak menzalimi rakyat.

Beliau tidak menolak kemungkinan, kerajaan negeri tidak terlepas dari melakukan perkara tersebut dalam urusan pentadbiran.

"Kita ni pegawai kerajaan. Saya menteri besar, ni ketua jabatan dan exco, kadang-kadang kita buat perkara zalim kat orang, sengaja dan tidak sengaja.

"Saya tekan sangat jangan buat zalim pada orang," katanya .

Lebih lebih lagi katanya, doa orang dizalimi langsung tidak terhijab dan akan dimakbulkan Allah.

Sehubungan itu semua kakitangan di semua peringkat ujarnya perlu berhati-hati agar tidak terjerumus dalam melakukan tindakan yang boleh disifatkan sebagai zalim.




Ahad, 6 Disember 2009

“Kita doa biar pecah perut orang itu,” kata Menteri Besar Kelantan

“Kita doa sampai pecah perut”

KOTA BHARU – “Kita doa biar pecah perut orang itu,” kata Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, semalam.

Nik Abdul Aziz berkata demikian ketika berucap pada majlis perhimpunan bagi menyatakan sokongan kepada beliau yang dihadiri kira-kira 3,000 penyokong di Dataran Ilmu, di Jalan Dato’ Pati di sini.

Perhimpunan itu diadakan sempena kuliah mingguan Mursyidul Am Pas itu di dataran itu yang bermula 8 pagi yang turut dihadiri Exco Kerajaan Negeri, Datuk Husam Musa yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri.

Beberapa sepanduk dan kain pemidang turut dipasang di sekitar lokasi itu sebagai tanda sokongan dengan sebilangan anggota Pemuda parti memakai lilit kepala berwarna merah yang bertulis “We Love Tok Guru” dan “Royalti bui-builah (bagi-bagilah)”.

Perhimpunan itu diadakan oleh penyokong Pas itu bagi menjawab demonstrasi bantahan ratusan penyokong UMNO terhadap Nik Aziz Selasa lalu bagi mendesak Nik Abdul Aziz memohon maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung doa bala terhadapnya.

Dalam ucapannya, Nik Abdul Aziz menyifatkan penafian terhadap bayaran royalti minyak seperti dituntut Kerajaan Negeri sebagai melanggar keadilan asasi dan tidak adil kepada Kelantan.

“Perkara ini bercanggah dengan (prinsip) keadilan asasi,” katanya.

Nik Abdul Aziz turut mengaitkan perkara itu dengan bantahan masyarakat bukan Islam yang menentang peraturan kawalan arak ketika beliau baru memimpin Kelantan, 19 tahun lalu.

“Ada (ahli masyarakat) yang kata hendak buat pesta minum arak. Bila wartawan tanya saya (perkara itu), saya kata, bagi dia minum sampai pecah perut,” katanya sambil disambut dengan gelak ketawa oleh penyokongnya.

Mengulas kritikan terhadap kepimpinannya akhir-akhir ini, Nik Abdul Aziz berkata, serangan itu dibuat ekoran “rasa cemas” Barisan Nasional (BN) dalam usaha menutup masalah dalaman parti-parti komponennya.

“Dia (BN) nak tipu budak-budak dengan hantu boleh, tapi nak tipu rakyat Kelantan tak boleh. Masalahnya gini (begini), ambo (saya) dalam keadaan kecemasan kini kerana di Terengganu jadi ‘terkangkang’ dua, Di Perak terkangkang dua, MCA, MIC, DAP kucar-lanar (kucar-kacir).

“Ibarat orang tua dukung anak ‘jerit’ (menangis), kata ‘Hantu! Hantu!’, ‘Burung! Burung!’. Anak dok menangis juga. Sekarang ini, orang (UMNO) mulai sebut ‘Nik Aziz! Nik Aziz!’,” katanya.

Perhimpunan sejam itu berakhir dengan laungan takbir penyokongnya.


Peletakan Jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tidak Berlaku Tiba-tiba - Najib

SEREMBAN, 5 Dis (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata penamatan lebih awal kontrak perkhidmatan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Ahmad Said Hamdan tidak berlaku secara tiba-tiba kerana beliau (Najib) sudah dimaklumkan lebih awal lagi.

Perdana Menteri berkata beliau sudah dimaklumkan dahulu tetapi orang ramai hanya mengetahui peletakan jawatan Ahmad Said baru-baru ini.

"Bukan sudden, dia sudah beritahu lebih awal lagi sebenarnya, ini cuma the question of public knowledge sebenarnya tetapi saya dah tahu lebih awal lagi sebelum isu terkini berbangkit," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada juara Kejohanan Badminton sempena Program Tahunan Isteri Wakil-wakil Rakyat Barisan Nasional di sini.

Najib juga menolak tanggapan kononnya peletakan jawatan Ahmad Said mempunyai kaitan dengan tekanan pembangkang berikutan kes kematian Teoh Beng Hock, setiausaha politik kepada anggota Exco kerajaan negeri Selangor.

Persaraan Ahmad Said juga tidak ada kaitan dengan tanggapan kononnya tekanan telah diberikan oleh pihak kerajaan untuk beliau berhenti, katanya.

"Kerajaan menghormati keputusan Ahmad Said untuk bersara, sebenarnya dia sudah pun bersara tetapi berkhidmat dalam kontrak, cuma dia tidak berkhidmat sampai kontraknya habis," katanya lagi.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Ahmad Said di atas bakti yang dicurahkan selama beliau berkhidmat dengan SPRM.

Najib percaya Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru, Datuk Abu Kassim Mohamed yang akan memegang jawatan itu secara rasmi pada 1 Jan mampu terus meletakkan suruhanjaya itu sebagai sebuah institusi yang dihormati dan berwibawa.

Ahmad Said mengumumkan peletakan jawatannya Jumaat dan beliau pada Sabtu mengeluarkan kenyataan yang menolak dakwaan kononnya keputusan itu disebabkan tekanan dari luar dan juga sebab-sebab politik.

Faktor untuk meluangkan masa bersama keluarga menjadi alasan utama beliau menamatkan lebih awal kontraknya yang sepatutnya berakhir pada Mei tahun depan.

-- BERNAMA


Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails