SELAMAT DATANG

Sabtu, 18 Julai 2009

Tahniah one malaysia! Tambang pengangkutan awam naik

Tambang pengangkutan awam naik

Oleh SUHANA MD. YUSOP
suhana.yusop@ kosmo.com.. my

KUALA LUMPUR - Tambang semua jenis pengangkutan awam melibatkan perkhidmatan bas ekspres, bas henti-henti, bas sekolah, teksi dan kereta sewa dinaikkan antara 30 dan 50 peratus berkuat kuasa 1 Ogos ini.

Kenaikan itu bermakna semua pengguna akan dikenakan kadar tambang baru dari 2 sen sehingga RM7 mengikut kelas pengangkutan dan jarak yang ditetapkan bagi Semenanjung.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, kadar tambang pengangkutan awam disemak semula memandangkan kadar sekarang diguna pakai sejak Mei 2005.


"Penentuan kadar tambang tersebut telah mengambil kira inisiatif dan subsidi yang diberikan kerajaan untuk membantu sektor pengangkutan awam.

"Pada masa yang sama pertimbangan juga dibuat untuk mengimbangi kepentingan pengusaha dan pengguna agar kenaikan tidak membebankan, " katanya pada sidang akhbar di sini selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Surat Tawaran Kelulusan Fasa 3 kepada 831 penerima di Pusat Konvensyen Sime Darby di sini semalam

Jumaat, 17 Julai 2009

ISU SPRM : Pengakuan Org terakhir Jumpa Teo

Orang terakhir jumpa Teo: Saya didera SPRM...

Ahli Majlis Perbandaran Kajang, Tan Boon Hwa mencerita pengalaman perit yang dilaluinya ketika disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Rabu lalu, berhubung dakwaan salahguna peruntukan untuk DUN di Selangor.

Tan disoal siasat oleh SPRM pada hari yang sama dengan Teoh Beng Hock - setiausaha politik exco kerajaan Selangor - yang ditemui mati, dipercayai jatuh dari bangunan pejabat SPRM jam 1.30 petang semalam.


Tan mendakwa, dua pegawai SPRM yang menyoal siasatnya, cuba mendapatkan pengakuan palsu daripadanya, dengan memaksanya menafikan telah membekalkan 1,500 ribu bendera Malaysia bagi satu majlis sambutan hari Kemerderkaan di DUN Sri Kembangan.

Sewaktu sesi soal siasat tersebut, katanya, pegawai berkenaan menggunakan teknik 'polis baik dan polis jahat' - pada mulanya bersikap baik tetapi kemudiannya bertindak kasar dan memaksanya berdiri selama empat jam dari pukul 10 malam hingga 2 pagi.

Tan berkata, ada beberapa kali dia diancam dengan keganasan fizikal, di mana seorang pegawai menuding ke dahinya dan didakwanya berkata: "Kami jangan bohong. Saya boleh pukul kami. Percayalah!".

Sewaktu disoal siasat, katanya, pegawai yang lain masuk ke bilik untuk mempersendakan kelemahannya bercakap dalam bahasa Malaysia dan memanggilnya dengan istilah yang kesat - Cina bodoh - dan bertanya sama ada dia rakyat China.

Yang paling teruk, kata Tan, ialah ancaman terhadap keluarganya yang disifatkannya sebagai satu 'penderaan mental'.

"Mereka kata, jika saya tidak cakap benar, mereka akan ambil isteri dan tiada siapa yang akan menjaga anak-anak saya. Tetapi saya tidak beralah," kata Tan dalam satu sidang akhbar di bangunan setiausaha kerajaan negeri hari ini.

Abdullah minta kerajaan mansuhkan ISA

Fri Jul 17, 09 2:26:31 pm MYT

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Hrkh) - Mantan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi meminta kerajaan menimbangkan untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Menurut agensi berita, Tun Abdullah Ahmad Badawi dilaporkan berkata ISA memberi kuasa yang besar serta skop yang mungkin terlalu luas untuk pihak berkuasa menentukan apa yang boleh dianggap sebagai ancaman keselamatan.

"Sebagai (bekas) menteri dalam negeri, saya telah menandatangani banyak penahanan tanpa perbicaraan di bawah ISA dan dengan kerajaan hari ini ingin pula mengkaji semula keberkesanan serta impak ISA, saya berasa terpanggil untuk memberi pandangan ikhlas mengenai akta ini.

"Perlu ditegaskan bahawa Malaysia masih memerlukan suatu mekanisme penahanan pencegahan demi keselamatan negara kerana cabaran yang kita hadapi seperti ancaman keganasan yang merentasi sempadan menuntut perundangan yang membolehkan kerajaan mengambil tindakan pencegahan," beliau dipetik berkata.


Abdullah mengulas isu ISA sewaktu berucap sempena majlis konvokesyen khas penganugerahan ijazah kehormat Doktor Falsafah Demokrasi kepadanya di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan menyempurnakan penganugerahan berkenaan.

Abdullah menambah, sama ada suka mahupun tidak, ISA sebagai suatu akta sudah dicemari dengan stigma sebagai unsur negatif kepada agenda pemerkasaan demokrasi negara dan untuk benar-benar melakukan pembaharuan, kerajaan perlu berani untuk melangkaui kerangka lama dan membuka lembaran baru.

Abdullah dilaporkan berkata beliau percaya "kerajaan berani melakukan perubahan seumpamanya seperti memansuhkan ISA" sebagai satu petanda komitmen kepada agenda pembaharuan demokrasi negara.

"Inilah transformasi yang saya percaya rakyat harapkan kerana tindakan pencegahan itu seharusnya tidak mengorbankan kebebasan hak asasi manusia atau disalahgunakan untuk tujuan politik.

"Mungkin satu contoh adalah untuk menghadkan skop penahanan pencegahan kepada ancaman tertentu atau akta baru boleh dihadkan khusus untuk mencegah kegiatan keganasan sahaja sekaligus mengurangkan kemungkinan penyalahgunaan kuasa demi matlamat politik," katanya seperti dilaporkan.

Kelmarin, PAS menyeru ratusan ribu ahlinya agar menyertai demonstrasi membantah akta kontroversi untuk menyerahkan memorandum ke Istana Negara, 1 Ogos ini. - azm -HarakahDaily.Net-

Zambry tolak polisi kebajikan Pakatan Rakyat

Fri Jul 17, 09 10:08:43 am MYT

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Hrkh) - Peguam Dato' Seri Nizar Jamaluddin, Ambiga Srenevasan memberitahu bahawa Dato' Zambry Kadir telah bertindak menarik balik beberapa keputusan Pakatan Rakyat sebelum ini yang membela kebajikan rakyat.

Ini katanya termasuklah memansuhkan bantuan kewangan untuk warga tua, orang kurang upaya, anak yatim, pesakit dan yang miskin tegar.

"Mereka(Kerajaan BN) juga mengabaikan peniaga kecil dan memecat 817 ketua kampong," kata Ambiga yang dipetik daripada blog Speaker Perak.

Mahkamah Persekutuan bagaimanapun katanya bersetuju dengan peguam Zambry bahawa ia tidak mempunyai kuasa untuk campurtangan dalam keputusan-keputusan yang diambil oleh Zambry .


Justeru mahkamah membenarkan beliau untuk terus menjalankan kerja-kerja Menteri Besar sementara menunggu keputusan muktamad berhubung rayuan Nizar.

Pada perbicaraan akan datang, Mahkamah Persekutuan akan menimbangkan tiga persoalan mengenai perlembagaan dalam memutuskan siapa Menteri Besar Perak yang sah.

Ketiga-tiga persoalan itu berkisar kepada sama ada Sultan Perak Sultan Azlan Shah mempunyai hak untuk memecat Nizar dan melantik Zambry sebagai Menteri Besar sedangkan Nizar tidak meletak jawatan atau menghadapi dikenakan usul tidak percaya di DUN Perak.

Panel hakim Mahkamah Persekutuan merangkumi Alauddin Mohd Sheriff, Arifin Zakaria dan Zulkefli Ahmad Makinuddin.

Seorang lagi peguam Nizar, Leong Cheok Keng berkata tidak ada penjelasan diberi mengapa permohonan Nizar didengar oleh hanya tiga hakim dan bukan lima sebagaimana yang ditetapkan sebelum ini.

Beliau berkata pihaknya juga akan terus menggesa supaya perbicaraan Nizar didengar oleh panel sembilan hakim. - azm-HarakahDaily.Net-

Tubuh Suruhanjaya Bebas siasat kematian Teo Beng Hock

Irwan Muhammad Zain
Fri Jul 17, 09 11:07:26 am MYT

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Hrkh)- PAS mendesak supaya ditubuhkan sebuah suruhanjaya bebas bagi menyiasat kematian misteri Teo Beng Hock di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Shah Alam, semalam.

Naib Presidennya, Salahuddin Ayob menegaskan kematian penuh misteri Setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah perlu siasatan rapi dan penjelasan daripada pihak berkuasa.

Tegas beliau lagi, kematian Teo menyebabkan rakyat semakin curiga terhadap SPRM yang telah lama prestasi mereka dipertikaikan.

"Agak pelik bila selesai siasatan kira-kira pukul 3.45 pagi, mendiang enggan pulang ke rumah sebaliknya meminta untuk berehat di pejabat SPRM.

"Kebiasaannya sesiapa saja yang dipanggil untuk siasatan akan segera pulang bila sudah selesai disoal siasat tetapi kali ini agak pelik bila Pengarah Siasatan SPRM Dato' Shukri Abdull mengatakan mendiang minta untuk berehat di pejabat SPRM.

"Kematian ini penuh misteri dan kerana itu, PAS mendesak agar sebuah suruhanjaya bebas ditubuhkan untuk menyiasat kes ini agar rakyat dapat mengetahui apa sebenarnya yang berlaku," tegas beliau.


Tambah beliau lagi, Teo menemui ajal ketika masih dibawah pengawasan SPRM dan kerana itu suruhajaya tersebut perlu bertanggungjawab sepenuhnya atas kematian mendiang.

Salahuddin juga menjelaskan bagi pihak PAS, beliau mengucapkan takziah kepada keluarga dan tunang mediang Teo.

Pada 15 Julai, lima anggota SPRM menyerbu pejabat salah seorang daripada anggota exco negeri itu serta merampas beberapa dokumen termasuk sebuah komputer riba dan unit pemprosesan pusat (CPU).

Hari yang sama juga, Teo telah dibawa ke pejabat SPRM Selangor untuk disoal siasat berhubung dakwaan salah guna wang peruntukan DUN membabitkan beberapa Adun Pakatan Rakyat negeri itu.

Peguam M Manoharan, yang menemani Teo ke pejabat SPRM pada hari tersebut berkata, mendiang kelihatan biasa dan tidak menunjukkan sebarang tanda menghadapi sebarang tekanan.

Kejadian terbaru ini telah menambahkan keraguan rakyat terhadap SPRM kerana sebelum ini terdapat individu yang mendakwa dikasari oleh pegawai-pegawai suruhanjaya tersebut.

Pada Januari lepas, individu bernama Halimi Kamaruzzaman membuat laporan polis di Balai Polis Petaling Jaya dan mendakwa dirinya telah didera dan dipaksa oleh pegawai-pegawai SPRM supaya mengakui Dato' Norza Zakaria terbabit dengan politik wang.- mr_

KENYATAAN MEDIA

PAS ucap takziah pada keluarga Beng Hock, reman pegawai SPRM

Fri Jul 17, 09 10:48:43 am MYT

PAS Pusat mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang Teoh Beng Hock diatas tragedi yang menimpa beliau selepas di soal siasat selama 11 jam oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.

Kini ramai yang mempersoalkan sebab kematian Beng Hock yang sepatutnya mendaftarkan perkahwinan beliau pada hari ini. Oleh itu PAS mendesak pihak berkuasa untuk menyiasat kematian Beng Hock secara terperinci sama ada beliau benar-benar terjatuh secara sengaja atau tidak, atau pun ada pihak lain yang menyebabkan kematian beliau.

PAS memandang serius kes ini dan berharap agar semua pegawai SPRM yang terlibat dalam siasatan ke atas Beng Hock digantung tugas dan direman untuk soal siasat. Begitu juga saksi-saksi lain yang menjadi orang terakhir melihat beliau.


PAS mahu SPRM bekerjasama membersihkan nama mereka jika benar tiada pegawainya yang terlibat dalam kes kematian Beng Hock ini. PAS tidak mahu isu ini menjadi satu ketakutan buat rakyat dan memburukkan imej institusi penguatkuasaan negara.

Diharapkan pihak berkuasa dapat menyiasat perkara ini dengan telus dan satu Suruhanjaya Penyiasat Bebas perlu diwujudkan kerana ia melibatkan kematian orang awam yang ada hubung kait dengan organisasi Awam.

Kenyataan Media
Ketua Penerangan PAS Pusat
17 Julai 2009 - mr_




Khamis, 16 Julai 2009

Manik Urai : Salah Haji Hadi, Nasha dan Nik Aziz

16 July 2009

Assalamualaikum,

Hari ini 15/7/09, saya dok tertunggu-tunggu juga nak baca apa-apa ulasan yang menarik pasal Manik Urai @ 65 undi itu dalam Kedah Lanie. Ya lah, kita nak ulas sendiri kita pun tak turun di sana tak mcm di PRK Bkt Selambau atau pun PRK Penanti, kita ada sekali, bolehlah kita tumpang sama mengulas.

Tak apalah, since kehangatan majoriti tipis 65 undi itu masih terasa, dan kat kantin kilang tempat kerja tadi pun member-member pakat dok lawan bertanya, ini saya nak ulas sikit drpd pandangan peribadi, drpd kaca mana org yg tak turun sendiri di tempat mengundi.

Kat kantin tadi, kebetulan waktu makan dgn kawan-kawan, ada sorang kawan dari Kelantan. Bila tanya dia pasal isu Manik Urai ini, dia nampak macam seronok aja bersembang. Dia kata, salah satu sebab kemenangan itu ialah kerana UMNO dapat sokongan drpd budak-budak MUDA - yg dulu sokong PAKATAN bagi nak rak, pulun sakan siang malam bantu PAKATAN waktu PRU12 hari tu, hari ini bila depa tengok perjuangan depa itu dikhianati dan kecewakan oleh org-org ATAS PAS yg senang-senang saja nak berdamai dengan UMNO, terus depa tinggalkan PAS di Manik Urai. Saya tak pastilah pulak betoi ka tidak cerita kawan saya tu, tambahan pulak dia habag kata Orang Tua dia kat Kelantan sana nu ORANG UMNO!

Saya rasa, cerita dia tu versi UMNO kot, mungkin betoi mungkin dak.

Sembang secara serius pulak, drpd kacamata isu politik semasa, saya melihat "kekalahan" PAS Kelantan di Manik Urai ini adalah rentetan drpd beberapa kesilapan berturut-turut yg dilakukan secara tidak sengaja oleh barisan kepimpinan tertinggi PAS Pusat di atas sana. Dan, mungkin ini juga merupakan pertamakalinya dalam sejarah PAS, kekalahan parti adalah disebabkan oleh kesilapan pemimpin semata-mata dan bukannya kesalahan UPU/MTD seperti yang selalu kita dengar dlm post mortem bila PAS kalah di mana-mana.

Kenapa saya berkata demikian?

Salah yang pertama ialah di pihak Presiden/Timbalan Presiden/Dewan Ulamak/Pemuda Pusat kerana gagal memberikan penerangan yg jelas dan terperinci kpd ahli-ahli, pengundi dan penyokong PAS mengenai kerajaan UG.
Sepatutnya di waktu isu UG tgh memuncak hari tu, mereka patut bagi penerangan panjang lebar tentang konsep kerajaan UG seperti di Afrika Selatan dan mana-mana nu, misalnya kalau pengundi2 Baling sudah pilih Ust Taib sebagai YB depa, bila masuk Parlimen maka secara otomatik Ust Taib itu sendiri adalah kerajaan dan boleh bantu org2 susah di Baling seperti mana sebuah kerajaan patut lakukan, maka tidak akan timbul isu PAS dan UMNO bersatu mcm yg sesetengah org memahami bentuk kerajaan UG.

Salah yang kedua ialah bila mana seorang lagi pucuk pimpinan utama PAS, iaitu TG Mursyidul Am yang gagal mengawal nafsu amarahnya dan seterusnya memberi ruang kpd media UMNO untuk menggambarkan bahawa PAS adalah parti yang taksub dan tidak mahu orang-orang Melayu bersatu; saya sering terbaca tulisan-tulisan dalam akhbar perdana yang menggunakan kenyataan-kenyataan MB Kelantan untuk menggambarkan bahawa PAS lebih rela bersatu dengan DAP yg bukan Islam berbanding dengan UMNO yg secara majoritinya adalah Melayu dan beragama Islam.

Ya, sebagai org PAS kita tau benda itu tidak betul, dan semua ini adalah fitnah semata. Namun, kita harus ingat, dlm politik berpilihanraya di Malaysia ini, khususnya di kawasan majoriti Melayu, secara lazimnya pengundi-pengundi Melayu akan terbahagi kpd 3 perkumpulan yg utama; 30% UMNO, 30% PAS dan 49% Atas Pagar.

Kumpulan yg 30% UMNO ini, hangpa tok sah buat apalah kat depa, habag kata minyak naik ka, tol naik, rasuah ka, anak masuk U tak dak biasiswa ka, UMNO tak buat hukum islam ka apa ka; depa tarak nak kisah punya - mai p/raya tak kira sapa calun sure depa pangkah UMNO punya!

Macam tu jugak dengan 30% yang PAS, hangpa tok sah la nak ugut depa nak tangkap ISA ka, nak londeh ka, nak semelih ka hatta nak rebus dalam ayaq menggelegak sekali pun, darah depa HIJAU Piang, dan depa sanggup mati kerana mempertahankan perjuangan depa. Tok sahlah nak rasuah depa nak bagi jambatan ka pembangunan apa ka sebab nak dpt undi depa, tobat lahong pun depa tak undi UMNO punya. Untuk puak-puak ini, mai p/raya, boh lah sapa calun pun sure depa pangkah PAS punya.

Antara kedua-dua kumpulan ini, terdapat satu kumpulan lagi yg dinamakan kumpulan 40. Depa-depa ini mewakili hampir 40% barisan pengundi dlm masyarakat Melayu, merekalah sebenarnya yg menentukan menang kalahnya UMNO atau pun PAS dlm sesuatu p/raya itu.

Di waktu isu Anwar berada di kemuncak, kumpulan 40 ini bersama-sama dengan PKR condong ke arah PAS, mereka inilah yg memberikan kemenangan kpd kerajaan PAS di Kedah misalnya. Namun, kebelakangan ini seperti mana semua kita tahu, PKR mempunyai masalah imej (image prob) sedikit di kalangan pengundi2 Melayu seperti kes 2 org ex-PKR lompat parti di Perak yg menyebabkan suasana politik Perak menjadi tidak menentu hingga ke hari ini, dan juga masalah dalaman PKR di Selangor dan Penang dan juga beberapa cabang dan ranting di Kedah. Hari ini, kumpulan 40 ini sudah nampak berubah sedikit kecenderungan politik mereka.

Dalam kes PAS vs UMNO di Manik Urai ini, seperti saya kata tadi, Presiden/Timbalan Presiden/Dewan Ulamak/Pemuda telah gagal memberikan penerangan yg jelas kpd pengundi2 dan penyokong PAS, bukan saja terhadap kumpulan 30% penyokong setia PAS itu tetapi juga terhadap kumpulan 40 ini yg dlm PRU12 hari tu ramai yg bersama PAS. Kumpulan 40 ini tertanya-tanya apakah sebenarnya yg dimaksudkan dgn kerajaan UG ini? adakah bermakna PAS dan UMNO akan bersatu? adakah kerajaan UG ini membawa makna tiada pembangkang, semua org akan jadi kerajaan dsg?

Seperti yg kita semua tahu, di waktu semua org tertanya-tanya itu, pucuk pimpinan PAS memilih untuk berdiam diri, dan YAB MB Kelantan pula memilih untuk naik angin dan menghambur sakan terhadap pendokong kjaan UG ini terutamanya Ust Nasha, Timbalan Presiden.

UMNO pulak yg pandai, di waktu rakyat jelata tertanya-tanya; di waktu kumpulan 30% PAS 30% UMNO dan 40% Atas Pagar mencari-cari jawapan, Utusan/Berita Harian/TV1/TV2/TV3 memberikan mereka jawaban.

Jawapannya ialah: kerajaan UG membawa maksud UMNO dan PAS bersatu atas nama Islam dan Melayu!!

(Ini bukanlah maksud UG yg sebenarnya di waktu Presiden PAS melontarkan idea yg tidak kesampaian itu)

Hah, kumpulan 30 UMNO memang nak sangat benda itu kerana mereka merasakan selama ini PAS yg silap sebab lari keluar UMNO dulu, kata mereka kita kan adik beradik buat apa nak bergaduh, eloklah kita balik bersatu.

Sebahagian drpd kumpulan 30 PAS jadi marah; yg paling marah sekali ialah TG Nik Aziz MB Kelantan, dalam bahasa mantiknya beliau boleh dipetik sebagai berkata selagi mana huruf Alif, Ba, Ta, Sa sampai Ya itu kekal mcm tu dlm Quran, maka perjuangan PAS yg berteraskan Islam akan kekal sama mcm tu jugak, tak ada UG-UG ni!

Kumpulan 40 pulak jadi penin dan konfus, tambahan pulak bila depa dok baca dalam Utusan/Berita dan Berita TV yg selalu dok tunjuk Nik Aziz bengkeng sungguh dengan isu Perpaduan ini. TG Nik Aziz digambarkan sebagai anti-Perpaduan Melayu, digambarkan sebagai satu-satunya batu penghalang ke arah Perpaduan Melayu. Org lain semua nak PAS dan UMNO bersatu, tapi Nik Aziz saja yg tak mau. Sebab apa dia tak mau, depa kata sebab Nik Aziz ini taksub sangat dengan PAS dia, sampaikan tak mau tengok langsung org-org Melayu Islam di Malaysia ini bersatu walaupun pemimpin-pemimpin PAS yg lain macam TG Haji Hadi dan Ust Nasha nakkan perpaduan.

Hah! itu yg Media-Media UMNO berjaya gambarkan. Dan gambaran ini mendapat tempat yg istimewa di hati kumpulan 40 pengundi Melayu ini kerana berada di kedudukana Atas Pagar mereka cukup teruja jika ada ura-ura org-org Melayu nak kembali bersatu; mereka terpaksa berada dlm kumpulan 40 kerana mereka tidak punya pilihan, tidak boleh undi kedua-dua parti, maka terpaksa pilih yg masa satu. Jika dua-dua nak bersatu, hah elok sangatlah tu. Lantas, bila Media berjaya menggambarkan bahawa Nik Aziz adalah ejen anti perpaduan, maka reputasi Nik Aziz yg selama ini digambarkan sebagai seorang Tok Guru yang mulia dan humble kini mula dipersoalkan.

Mereka tidak paham kenapa TG Nik Aziz anti sangat dgn Perpaduan ini, taksub sangat dengan PAS sampai sanggup suruh Timbalan Presiden PAS keluar parti kalau nak sangat bersatu dengan Melayu UMNO ini. Mereka tidak faham; lantas ketidakfahaman mereka ini khususnya di kalangan pengundi-pengundi muda yg lebih banyak membaca Utusan/Berita/Metro berbanding Harakah, diterjemahkan melalui peti undi di Manik Urai semalam.

Ringkas ceritanya, pucuk pimpinan PAS di atas sana tak kira TG Hj Hadi, tak kira Ust Nasha, tak kira TG Nik Aziz sepatutnya lebih bijak berpolitik khususnya dalam menangani kehendak dan citarasa kumpulan 40 ini, kerana sesungguhnya saya sendiri, sebelum memilih untuk menjadi ahli PAS, saya juga pernah berada dalam kumpulan mereka. Percayalah, menang kalah PAS atau pun UMNO dalam kawasan majoriti Melayu banyak ditentukan oleh swing votes kumpulan ini. Manik Urai telah membuktikannya.

Sekian. Moga ada Manafaatnya.

Mohd. Rizal said...

Assalam wbt.
Setuju dengan pandangan di atas.....kurangnya pendedahan permainan politik di kalangan pemimpin PAS ( berbanding dengan rakannya PKR dan DAP ) menyebabkan PAS nyaris-nyaris terlepas MU.....PAS banyak kena belajar lagi selok-belok dan putar-belit politik ini dari rakan sekutunya jika tidak mahu mereka terus dimainkan dan diperlekehkan oleh lawan dan kawan.

Wallahu'alam.

July 16, 2009 11:48 AM

yat said...

tu la, apa2 salah media massa, politik wang, SPR x telus etc.... budak2 muda yg bnyk dok bandaq2 ni x baca sgt paper2 ni, x beli pun, depa internet savvy, baca blog bnyk, facebook, etc, mana hang tau sebab media massa? Paper pun depa x beli dah, TV berita pun mana tgk sgt, hiburan ja kot, atau main video game..

Lagi satu tgk la kalo nk perintah negara, DAP ngan PAS punya la beza cam langit ngan bumi, PAS dok dolak dalih sat undang2 islam, sat xdak dalm perlembagaan, yg DAP chauvinist macam tu, yg PKR lak, bnyk X-UMNO, MCA MIC reject pi situ la, so hang boleh agak la....

Dua2 pun x betul sgt, tapi compare PR ngan BN, baguih sikit la BN dari segi kerjasama, x gaduh2 sgt, ada la, tapi settle baik la jugak (aku antara yg pangkah PR nak bagi can mula2, yg under kumpulan 40 hang cakap ni), kami ni boleh swing balik ke PR, tapi dok tgk lagu ni, payah la....

ni aku dok masuk harakahdaily, utusan online, thestar, malaysiakini, malaysia-today, depa-kata, kedah lanie, taiping mali etc (bnyk gila blog aku masuk)...bukan main2 nak pangkah wei, masa depan negara....

July 16, 2009 11:51 AM

ghimau said...
Syabas!!! Satu post morterm yg neutral lg bernas yg perlu diberi perhatian dan keutamaan oleh saf kepimpinan PR terutamanya PAS bg menghadapi PRU13 nanti.

Xdak maknanya bermegah-megah dgn prestasi pd PRU12 yg lalu. Mode pengundi senantiasa berubah, bak kata pepatah "SEKALI AIR BAH, SEKALI PASIR BERUBAH".

"BERUBAH SEBELUM REBAH"

July 16, 2009 1:21 PM

Rabu, 15 Julai 2009

9 orang Kristian ditahan di UPM

15 July 2009

Sri Serdang - Sembilan penganut Kristian termasuk dua pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) ditahan polis semalam berhubung dakwaan cuba menukar agama pelajar universiti tersebut.

Mereka yang ditangkap di kampus Serdang menjelang 10 malam tadi dibebaskan di balai polis Sepang kira-kira 3.45 petang ini, kata peguam mereka Annou Xavier kepada Malaysiakini hari ini.


Kesemua mereka ditahan di sebuah bilik pelajar di Kolej ke-10 sewaktu berkunjung ke situ tetapi aduan polis dibuat dengan dakwaan mereka cuba menyebarkan Kristian.

Selain dua mahasiswa, kumpulan itu termasuklah tiga rakyat tempatan dan empat warga Hong Kong.

Salah seorang warga asing yang dihubungi dan peguam tersebut enggan memberikan butiran penangkapan mereka.

Sumber-sumber pelajar memberita Malaysiakini hari ini, kumpulan itu berada beberapa hari di beberapa kolej kediaman UPM dengan bergerak dari bilik ke bilik untuk menyampaikan ajaran mereka.

Difahamkan, kumpulan itu bergerak dari bilik ke bilik sambil memperkenalkan ajaran kristian serta memujuk penghuni yang

beragama Islam untuk menganut agama tersebut.

"Selain itu, mereka juga didapati menyebarkan risalah kepada warga kampus dan bergerak di tiga buah kolej iaitu Kolej Pendeta Zaaba, Kolej Sepuluh, dan Kolej Sebelas," kata seorang pemimpin pelajar.

"Aktiviti yang berlaku beberapa hari itu akhirnya membawa kepada penangkapan sembilan individu tersebut."

PAS akan lakukan post-mortem - Dato' Halim

Mohd Nor Yahya
Wed Jul 15, 09 12:05:11 am MYT

KUALA KRAI, 15 Julai (Hrkh) - PAS akan membuat post mortem dalam masa terdekat ekoran kemerosotan ketara undi diperolehi pada pilihan raya kecil Dun Manek Urai semalam.

Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dato Abdul Halim Abdul Rahman berkata, beberapa faktor antaranya janji untuk menyediakan jambatan baru di Manek Urai dan sogokan wang boleh mempengaruhi sikap pengundi luar.

"Namun saya ingin sampaikan tahniah kepada kebijaksanaan penduduk Manek Urai yang berjaya mempertahankan kerusi tersebut," kata beliau ketika ditemui selepas pengisytiharan kemenangan Mohd Fauzi Abdullah di Dewan Sekolah Sultan Yahya Petra.


Menurutnya janji yang ditaburkan Umno pada saat-saat akhir belum mampu memikat keseluruhan pengundi di Manek Urai.

Beliau juga berkata kemenangan tipis bukan satu persoalan memandangkan ia pernah berlaku di Pulai Chondong pada pilihan raya kecil yang diadakan sebelum ini.

"Ia juga ada kaitan dengan sikap SPR yang mengadakan pengundian pada hari kerja dan kepulangan pengundi luar walaupun ramai namun ada yang terpengaruh dengan janji dan sogokan wang," katanya.

Anggota jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkifli Ahmad berkata, terlalu banyak janji yang ditabur Umno di Manek Urai, namun kesetiaan kepada konsep Membangun Bersama Islam tetap dipertahankan.

Beliau yang juga anggota Parlimen Kuala Selangor berkata, PAS berdepan dengan seluruh jentera kerajaan. - mj_




semalam keputusan Manek Urai, hari ini keputusan saya - Akhil



Akhil: "Takbir....semalam keputusan Manek Urai, hari ini keputusan saya"
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ

Maizawati Zainal tiba di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Ipoh. -foto THE STAR oleh ZABIDI TUSIN
KEMELUT rumah tangga penyanyi dan pendakwah Akhil Hayy dan isterinya, Maizawati Zainal berakhir dengan penceraian.

Keputusan itu disahkan oleh Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah Ipoh, Mohd. Ridhuan Yusof.

"Semua dah selesai..jangan keruhkan suasana..saya tegaskan penceraian saya bukan disebabkan pihak ketiga.

"Ini ketentuan 'tuan punya dunia'..jalan hidup perlu diteruskan.

"Cukup-cukuplah gosipkan pihak yang satu lagi. Moga-moga semuanya dapat meneruskan kehidupan," ujar Akhil yang berkali-kali menegaskan penceraian mereka bukan disebabkan oleh pihak ketiga.

Ditanya kenapa dia berbuat demikian, Akhil berkata sebab spekulasi yang timbul.

Akhil berkata dengan penuh makna,"Kadang-kadang aku pohon setangkai bunga, Allah bagi pohon berduri; aku pohon rama-rama, Allah bagi ulat berbulu.....mula-mula saya kecewa tapi itu yang jadi.

"Allah dah letak keputusan yang baik dan saya ambil hikmah yang positif.

Maizawati lega semuanya telah berakhir dengan baik.


"Kita tiada ruang...orang panggil saya berceramah dan ini kehidupan peribadi saya. Itu (penceraian) hakikat dan lepas ni jangan sensasikan lagi. Doakan yang terbaik.

"Kredibiliti saya sudah banyak yang tercalar... tapi perjuangan perlu diteruskan," hujahnya.

Dalam pada itu, Akhil sempat lagi mengaitkan kes cerainya hari ini dengan PAS menang tipis dalam pilihan raya kecil Manek Urai, dia berkata:

"Takbir...semalam keputusan di Manek Urai dan hari ini keputusan saya."

Akhil yang kelihatan gembira itu juga memaklumkan yang program 'Cafe Akhil Hayy' dijangka akan disambung siarannya dalam masa terdekat ini.

Hasil persetujuan kedua belah pihak, hak penjagaan empat orang anak (hadanah) mereka diserahkan kepada Maiza manakala hak lawatan diberikan kepada Akhil pada bila-bila masa termasuk cuti sekolah dan perayaan.

Bagi anak-anak yang telah mumaiyiz (cukup umur) dibenarkan untuk tinggal dengan ibu atau bapa mereka mengikut keselesaan.

Melalui persetujuan itu juga, Akhil akan biayai keseluruhan keperluan am dan nafkah anak-anak termasuk tempat tinggal, persekolahan dan sebagainya.

Selain itu, Akhil perlu melunaskan bayaran ansuran kereta Gen 2 milik Maiza sebanyak RM500 sebulan selagi bekas isterinya itu tidak mendirikan rumah tangga.

"Takbir....semalam keputusan Manek Urai, hari ini keputusan saya," kata Akhil Hayy.

Sementara itu, rumah yang didaftar atas nama bersama akan dikekalkan bahagian pada Maiza manakala bahagian Akhil akan diserahkan kepada empat orang anak dan dia menjadi peneraju rumah serta biayai ansuran dan bil-bil dalam rumah tersebut.

Seterusnya, Akhil diminta membayar nafkah edah sebanyak RM15,000 kepada Maiza dalam tempoh tiga kali suci.

Ditanya sama ada dia berpuas hati dengan keputusan penceraian itu, Akhil berkata 'orang beriman tidak akan puas selagi tidak jalankan tuntutan sunnah.'

Diaju pula tentang isu dia pernah meminta persetujuan Maiza untuk berkahwin dengan penyanyi Waheeda pada Februari lalu, Akhil berkata itu antara dia dan bekas isterinya lantas berkata 'buat apa saya nak beritahu wartawan?'.

Diasak pula dengan soalan adakah dia akan meneruskan niat untuk berkahwin dengan Waheeda selepas ini, Akhil enggan mengulas lanjut.

Hos program 'Cafe Akhil Hayy' ini hanya berkata dia tidak mahu melibatkan isu itu dengan penceraiannya sebaliknya mereka bercerai kerana masalah peribadi.

Sebelum Akhil pulang, dia sempat berjumpa dan bersalaman dengan anak sulung perempuannya.

Anaknya itu kelihatan sebak dan menangis tersedu-sedan saat memeluk Akhil.


Ahad, 12 Julai 2009

Kenyataan akhbar

Mansuhkan PPSMI serta-merta

KAMI mengalu-alu keputusan yang ditunggu-tunggu rakyat. Sungguhpun ada golongan yang masih bermati-matian mempertahankan PPSMI, namun itu suatu kelaziman.

Tatkala PPSMI diperkenalkan perdebatannya bukan sahaja berlegar dalam gelanggang masyarakat awam malah ia telah diteliti, dihujah dan dikupas oleh para ilmuan, cendekiawan serta para ahli ulama.

Berdasarkan hujah sejarah, perlembagaan, perundangan, budaya, pembinaan jati diri serta epistemology (pengistilahan), adalah jelas PPSMI merupakan sudah terpesong dari matlamat pendidikan sebenar.

Sudah tentu bila dilihat soal bahasa dalam pendidikan adalah menyentuh soal tunjang dan matlamat pendidikan maka ia seharusnya mengatasi soal matlamat cetek yang bersifat utilitarian dan berjangka pendek.


Oleh itu pendekatan kita tidak seharusnya hanya bersifat polisi pentadbiran dan soal implikasi kewangan semata-mata. Jika sudah kelihatan dengan jelas dan nyata mudarat dan musibahnya yang hampir membawa kepada penyakit yang lebih parah, maka tindakan untuk memulihnya jangan harus menggunakan pendekatan yang dikatakan beransur-ansur.

Kami berpendapat beralih secara beransur-ansur kepada suatu yang jelas membawa mudarat adalah tidak bijak. Mereka yang sudah menjadi mangsa kepada pelaksanaan PPSMI jangan terus dibiar terpaksa menanggungnya lagi.

Menunggu tiga tahun lagi untuk diharap keadaan dipulih sedangkan diagnosis penyakit sudah jelas diketahui akan menyebabkan mangsa yang sedang menjalani PPSMI akan menanggung musibah selama tiga tahun lagi.

Apakah hanya dengan rasional beralih secara beransur-ansur keadaan yang parah akan dapat dihindari berlaku kepada saki-baki generasi PPSMI? Bukankah kurikulum serta buku teks dan teknik mengajar dan pendekatan bahasa ibunda telah dilaksanakan sebelum ini?

Kami berpendirian PPSMI perlu dimansuhkan serta-merta. Tempoh sehingga 2012 adalah pemanjangan masalah yang bukan ditanggung oleh guru semata-mata tetapi lebih parah ialah pelajar-pelajar yang terpaksa mengikuti PPSMI yang sudah terbukti gagal dan menjejaskan proses pengilmuan generasi masa depan yang diharapkan.

MOHD. AZMI ABDUL HAMID
Presiden TERAS



Skendal PKFZ bau bangkai - Razaleihg Hamzah

Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah berkata rakyat perlu menilai 1 Malaysia keatas beberapa isu seperti ‘ fakta kegagalan perlembagaan di Perak’ dan ‘bau bangkai rasuah ‘ dalam isu projek Port Klang Free Zone (PKFZ) .

Skendal PKFZ dari RM1.8 billion pada 2002 dibawah Menteri Pengangkutan ketka itu, Datuk Seri Dr. Ling Liong Sik ( dengan memberi jaminan kepada Kabinet bahawa ianya tidak akan melibatkan walau satu sen pun duit rakyat kerana ianya berdaya maju dan merupakan projek mampu biaya sendiri); kepada lebih sekali ganda daripada harga asal RM4.6 billion dibawah Datuk Seri Chan Kong Choy sebagai Menteri Pengangkutan; dan terkini angka yang menakutkan sebanyak RM12 billion dibawah Datuk Seri Ong Tee Keat .


Tengku Razaleigh berkata, kerajaan yang ada sekarang ini telah dipilih untuk berkuasa pada March 8, 2008, dan bukan 100 hari yang lalu.

Datuk Seri Najib Razak akan menyambut hari ke-100 sebagai Perdana Menteri esok ; namun beliau telah mula menerima kritikan daripada beberapa pihak.

Malah penyokong kuatnya sendiri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mencemuhnya terutama kerana isu PPSIM http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/07/sound-bites-6.html

Adakah Najib Mesra Rakyat atau Durjana?

Ahad, 2009 Juli 12

Apalah sangat yang dihebuhkan dengan pengumuman 11 "mesra rakyat" yang diumumkan Najib sempena 100 hari jadi PM?

Sedangkan terlalu besar kedurjanaan yang Najib lakukan terhadap rakyat Malaysia. Apakah dunia, khususnya rakyat Malaysia telah melupakan trajedi pembunuhan Altantuya yang dibunuh kejam dan mayatnya diletupkan dengan bom C4? Tidak pasal-pasal dua orang anggota UTK dijatuhi hukuman gantung sampai mati!

Nama Najib dikaitkan dengan trajedi tersebut ekoran pembelian 3 kapal selam dari sebuah syarikat Perancis pada tahun 2002 yang melibatkan komisyen juta-juta.

Begitu pula dengan kemelut politik yang melanda Perak yang tidak ada hujungnya.Beberapa program kebajikan untuk rakyat yang memerlukannya tanpa mengira kaum dan fahaman politik, terhenti lantaran langkah drastik yang diambil oleh MB Kudeta Zambry.


Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad mempersoalkan kemana wang royalti Petronas RM253.6 bilion dbelanjakan kerajaan Malaysia semenjak 2004 sehingga 2009 [KLIK]

Menurut Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, "Jumlah wang begitu banyak itu boleh digunakan untuk membina 254 universiti yang lengkap dengan segala prasarana dengan kos 1 billion setiap satu.”

"Kalau bagi biasiswa ia boleh diberi kepada 2.5 juta pelajar dan menampung dari tahun satu sehingga mendapat ijazah pertama. Dan kalau nak bina hospital dapat disiapkan 254 buah, rakyat juga tidak perlu lagi membayar tol," katanya pada persidangan media di sini

Inilah kerugian yang menimpa kita semua . Kita susah dan tersiksa hidup ini kerana kita dibawah pemerintahan Umno/BN yang dzalim dan asyik nak menipu rakyat sahaja.Sampai bila kita rela begini?

Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails