SELAMAT DATANG

Sabtu, 1 Mei 2010

Fakta, Data dan Auta dari Hulu Selangor

Nukilan NAAK (Sukarelawan Hulu Selangor)

Sudah seminggu sejak PRK Hulu Selangor berakhir. Keputusannya semua orang dah tau. Macam-macam analisis dan pendedahan dibuat. Teman sengaja mengelak dari membuat apa-apa analisis dalam tempoh tu. Simpan dan buat pekasam dulu.Bukan apa, suasana pun dok hangat lagi. Dah la kalah kena tipu dengan SPR sat lagi kita boh lagi minyak tak siapa pun untung. Tunggu bagi sejuk sikit…bagi yang hangat-hangat taik ayam tu blah dulu…hehehe ada yang marah nie…


Ni teman buat sikit analisis dan teman akan cuba tarik keluar fakta-fakta yang mungkin boleh membantu kita dalam memotivasi gerak kerja pada masa akan datang.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhj955zL7FLbVjO_McP3sZEZAjA6cOCReDjKpjEGxXaCOjlI7V3xibt3TLKiIrglImLXHyP9SwI6hh1rJ70lv-Y1wD8y9vzVE0j5QHHYNgUMepQ_fBFFRJ-pc_6RaQWUpDhDYh7DE39v_C4/s1600/2010-05-04_154428.jpg


Kot ada kawan-kawan kita yang dok sokong lagi UMNgok p lah bagitau depa, udah ler yop …semua tempat mengundi miker merosot. Orang dah tak pangkah lagi dacing berkarat tu. La ni orang timbang pakai mesin digital, ada berat,siap dengan harganya sekali. Pi la jual dacing tu kat hindu botoi ader gak pek dahnyer.

Hat yang kat Batang Kali tu pasal pa UBN merosot sikit je berbanding Hulu Bernam dan Kuala Kubu Bharu semua orang paham. Kalu tak masakan Che gu Bard kena ligan dengan parang kat Felda Sg Buaya masa hari mengundi. Duit RM1000 hok depa dapat masa Najib mai dua hari sebelum hari mengundi tu, depa pakat p beli tonik cap buaya, tak pun cap rimau. Tu yang cengei semacam tu…pejuang bangsa la katakan. ”Agama…Bangsa…Negara…!!!”. Khhhakk ptuihhh!!!!

Okehhh meh tengok lagi satu…

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhQsrMaUorPswh9Qib6GMWWRkixC79dNSofG3kuH69YO60SXJuDle_hIlA8vwq_ToakiPN2no21FMfKlepAhPbcE6131wylUyx3NvCUeUj6EKodGoleirPVwDagwQR_GeW5w1zOHlfv5AIy/s1600/2010-05-04_154649.jpg

Kot ader kengkawan yang dah berpinor bijik mata tengok data tu-data ni sejak seminggu dua nih, meh teman elaborate sikit…
1. Sejak PRU2008, UBN mempunyai 22979 pengundi tegar di Parlimen.

2. Sejak PRU2008, Pakatan Rakyat mempunyai 20088 pengundi tegar, BUKAN 23177. Pasal 3089 ni bukan sokong PR pun kat peringkat DUN.

3. 3089 undi yang diterima PR pada PRU2008 adalah undi atas pagar.

4. 3285 undi yang tidak diterima BN pada peringkat Parlimen dalam PRU2008 tidak semestinya undi atas pagar.

5. Ini kerana 196 daripada 3285 ini tidak mahu memangkah PR pada kertas undi Parlimen. Sah 196 ni pengundi totok UBN. Kerat 18 pun takkan sesekali memangkah PR…chehhh.

6. Dalam PRK Hulu Selangor 2010, UBN menambah 2018 undi menjadi 24997 undi. Dari mana datang tambahan 2018 undi kat UBN ni?

7. Jumlah undi rosak pada PRK Hulu Selangor 2010 merosot separuh.735 pengundi tetiba dah gheti memangkah dengan betul. Sah masa PRU 2008 dulu depa buat protes. So hang pa boleh agak la undi ni pi mana kali ni…

8. Maknanya UBN cuma dapat balik 1283 undi ori depa (2018-735). Dari sejumlah 3285 undi yang lari pada 2008 dulu, 2002 undi masih kekal dengan PR. “Dah tak mau dahhh, dah lama dahhh!!!” kata depa. Hehehe, hat tu teman tambah.

9. Dalam PRU2008, PR dapat tambahan 3089 undi di peringkat Parlimen berbanding 20088 undi yang diterima di peringkat DUN. Undi ini datang dari mereka yang memangkah BN pada peringkat DUN. Semuanya berjumlah 23177 undi.

10. Pada PRK 094 Hulu Selangor 2010 yang baru lepas, 3089 undi ini tidak berkurang di kem PR.

11. Sebaliknya, PR menambah 95 lagi undi dari 23177 kepada 23272 undi.

12. Jumlah keseluruhan undi yang beralih ini (PRU2008) ialah 6176 undi. Paling kurang 4451 daripadanya kekal dalam PR sejak PRU2008 hingga PRK Hulu Selangor 2010. Tak payah campur 735 undi tu lagi. Masuk angka 5k nanti ada orang kat Putrajaya tak boleh tidur.

13. Undi rosak DUN 2008 ialah 1271. Undi rosak Parlimen 2008 ialah 1466. Beza 195. Hampir konsisten dengan fakta #5.Ini ialah undi protes dari penyokong UBN. Period.
Hissshhhh…letih dah teman yob. Kot ada lagi fakta-fakta bole dicungkil keluar, kongsi-kongsi la yob. Cuma teman nak peringat sikit, lepas tengok data ni jangan ler syok sendiri…kalah tetap kalah yob walau pun 1 undi. Pi la balik ke cawangan atau ranting masing-masing. Banyak lagi koje kena buat yob… esh pasai pa teman cakap cam ni?
Nihhh…tengok nih…

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgscL-LV5eDMv7V-miTipCm1j7-309KlIwARJnOHzq94ooeYWJK4rkTZ5wILuG7AMrBeVYzhJkvKCACihEa69klayG5BerHHY2JttmWoyAj9WhzYl4Belk3uVF24TAT-cL8p2zw4bYuVSkM/s1600/2010-05-04_154820.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiDkfN5GTi1KEOfVZKh4cENgy3BU05EONLphMtdKsdP3-tLIB-b56_Xwi_G2-2PUGs35LBYjsgHZJ5Zpu1UUabb6xuueQL2f4EJIadmi5NWXBnwLseov3OiDldD77M5jUoDg2h1k4w7ExcX/s1600/2010-05-04_154847.jpg

Ni ler makanan petugas-petugas kat Bilik Gerakan PKR DUN Ulu Bernam. Tak ramai 8-9 orang jer. Tapi maklumat teman dapat budget makan sehari untuk petugas sini RM250.00. Takkan sardin je… kerat tiga pulak tuh…Sumber teman dapat pasal budget ni sumber primer yob bukan sekunder. Dah ada kawan dok kat logistik tau ler teman cerita keluar masuk…

Banyak lagi kalu teman nak cerita, maleh aihh…tang petugas, sekor orang tempatan pun tak nampak idung, jentera tak hidup,macam-macam lagi. Tu pun jangan. Dalam Harakah ada orang kuat PKR Hulu Selangor buat kenyataan, “5000 ahli di sini sudah bersiap sedia…” Chehhh!!

Biaq p la. Ramai teman-teman kat blog-blog dah balun. Tapi kalu cam ni punyer hampeh jentera, usah berangan ler pasal Putrajaya, udah-udah ler yob. Tok sah mimpi la. Bawak la data-data berbunga seharum melati sekali pun, kalu jentera dan gerak kerja mandom, semua ni akan jadi auta.

Ayuhh Tengahari Ini..beramai2 kita buat report POLIS pasal budak ugut nak bunuh Tok Guru NIK AZIZ


Tok Guru diugut Bunuh oleh Pemuda UMNO!

1. Insyaallah , Esok [sabtu / 1 Mei] jam 12.30 tengahari , Dewan Pemuda PAS Pusat akan membuat satu report polis [ di Balai Polis Jalan Chow Kit ] terhadap satu ugutan bunuh ke atas Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat al Mursyidul Am PAS oleh Mohd Safuan Hilmi yang mengaku sebagai anggota pemuda UMNO .

2. Dewan Pemuda PAS Pusat [DPPP] mengesa pihak Polis menyiasat ugutan bunuh tersebut yang disiarkan dalam laman sosial facebook .

3. Mohd Safuan Hilmi, 24 bekas pelajar UiTM yang mengaku sebagai ahli pemuda Umno membuat ugutan itu dengan berkata "aku sanggup dihukum gantung jika aku dapat bunuh Nik Aziz".

4. Sama ada beliau mempunyai niat untuk melakukan jenayah itu atau tidak pihak Polis perlu menyiasat dan jika benar ia adalah anggota pemuda Umno maka ia sangatlah dikesali kerana terdapat anggotanya yang samseng dan sanggup melakukan ugutan jenayah sebegini.

5. DPPP menyeru Pemuda PAS disemua negeri turut membuat laporan Polis bagi memastikan percubaan untuk melakukan jenayah ini dapat dihalang dan kita sesekali tidak akan membiarkan peristiwa lama berulang kembali.

6. Dalam lipatan sejarah :

a] Julai 1967, Ahli Parlimen PAS-Pasir Mas Hulu, YB Abdul Samad Gul Ahmad Mianji mati ditetak dengan kapak ketika selesai sahaja acara Maulid Nabi di bangunan Pas Kelantan di Kota Bharu, Kelantan. Beliau yang ketika itu Ketua Pemuda PAS diserang ketika sedang membuka pintu keretanya.

b] 8 Mac 1970, YB Cikgu Tahrim Ariffin wakil tunggal PAS dalam Dewan Undangan Negeri Perlis, meninggal dunia dalam satu peristiwa pembunuhan yang memeranjatkan di rumahnya di Perlis.

c] 18 Januari 1985, tragedi ngeri Lubuk Merbau dalam pilihanraya kecil Parlimen Padang Terap. Seramai lebih 200 ahli Umno bersenjata parang, botol pecah, batu-bata telah menyerang, menetak, memukul dan menghentak petugas PAS di Felda Lubuk Merbau. Tujuh daripada ahli PAS cedera parah, berpuluh cedera ringan dan seorang daripada mereka, saudara Osman Talib syahid.

7. Serangan berulang beberapa kali lagi semasa Pilihanraya kecil Ijok dan Bagan Pinang tahun lepas hingga menyebabkan petugas PAS tercedera.

8. Jenayah yang dilakukan ini bukan hanya melibatkan mangsa dari kalangan pemimpin dan ahli PAS sahaja. Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan Datuk Mohamad Taha Talib telah dibunuh oleh Datuk Mokhtar Hashim yang ketika itu memegang jawatan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan pada 14 April 1982 ekoran pertelagahan mereka dalam merebut jawatan dalam mesyuarat Agung Bahagian Umno Tampin.

9. Dewan Pemuda PAS Pusat melihat Umno seperti mendatangkan ancaman kerana sentiasa melahirkan penjenayah dan samseng yang suka mengugut dan menindas rakyat hatta sanggup menggunakan kekerasan seperti membunuh .

10. Dewan Pemuda PAS Pusat mahu pemuda ini disiasat dan didakwa di Mahkamah atas tindakan yang menimbulkan ancaman keselamatan kepada pemimpin PAS malah sebagai ketua kerajaan Negeri Kelantan . Andai benar ia adalah anggota pemuda UMNO sebagaimana yang didakwa , Pemimpin Umno khasnya dituntut agar memohon maaf secara terbuka kepada Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan seluruh anggota PAS serta rakyat yang kasihkan pemimpin bertaraf ulama' ini .

HARUS SANA SINI.. KALAU UMNO SANA SINI PUN HARUS


بسم الله الرحمن الرحيم

ARB labur dalam Magnum: Harussani diminta beri pandangan


KUALA LUMPUR, 29 April: Para mufti khasnya Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria diminta memberikan fatwa tentang maklumat kononnya Amanah Raya Berhad (ARB) mempunyai saham dalam syarikat perjudian, Magnum Corporation Berhad.

Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Abdullah Karim dalam facebook menulis, Harussani adalah Penasihat Shariah ARB.

Menurutnya, ARB yang dimilki sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia bukan sahaja mempunyai saham dalam syarikat arak, Carlsberg tetapi juga dalam Magnum.

"Rujuk Laporan Tahunan Magnum Corporation 2006. ARB miliki lebih 11 juta unit saham dalam syarikat judi Magnum Corporation Berhad," tulis Abdullah dalam facebooknya.

Abdullah adalah Naib Ketua Pemuda PAS Pahang. Beliau yang merupakan seorang peguam kini sedang bercuti panjang di London .

Selain meminta para mufti bersuara dalam hal ini, beliau juga mempersoalkan kenapa Perkasa yang dipimpin oleh Datuk Ibrahim Ali yang sentiasa mendakwa sebagai pejuang Islam dan Melayu mendiamkan diri.

Menurut Abdullah, laporan tahunan 2009 Carlsberg Brewery, Perkeso yang terletak di bawah Kementerian Sumber Manusia mempunyai saham dalam syarikat itu iaitu sebanyak 2,155,700 unit.

Amanah Raya Berhad pula mempunyai saham sebanyak 585,300 unit saham dalam Carlesberg.

"Perkeso duduk di bawah Kementerian Sumber Manusia. ARB pula GLC di bawah Kementerian Kewangan dan menguruskan hal ehwal pesaka orang Islam. Kenapa Umno tak bising?" soal beliau. - Harakahdaily

ULANG TAHUN SETAHUN BOLG http://ydppasputrajaya.blogspot.com/

Alhamdulillah. Hari ini 1 Mei 2010 genap usia blogspotku http://ydppasputrajaya.blogspot.com/. dengan pengunjung seramai 33,585 pada jam 4.05pagi. Terima kasih kepada para sahabat yang sudi mengunjungi blogku yang tak seberapa ini, main-main akhirnya rasa semacam bersungguh. Terima kasih juga kepada teman-teman blogsopt yang mengizinkan artikel mereka dicedok untuk dimuatkan di blogku.

Semoga ada diantara paparan didalam blog ini yg telah atau dapat memberi manfaat buat sekelian.Tunjuk ajar teman-teman amat diperlukan apatah lagi keritakan yang membina kepada blogku ini.

Dengan adanya blog ini ia sedikit sebanyak telah memberi manfaat buat perjuangan yang ku dukong selama ini. maaf juga buat sahabat-sahabat andai kandungan blogku ini tidak banyak buah pandanganku mengulas isu-isu yang berbangkit. Mungkin suatu hari nanti dengan nama lain seperti bujang susah, misai merah, tulang besi dan sebagainya akan ku kupas isu-isu berbangkit dari mindaku sendiri.

Dengan sandaran jawatan ydp pas putrajaya dinamakan blogku ini tidak mungkin ku lepaskan pandangan ku membuta tuli takut dikatakan itulah pandangan kawasan pada hal ia tiada kaitan langsung dengan kawasan. Cuma dinamakan ydppasputrajaya kerana ingin memesrakan arena blog dikhalayak khususnya khalayak putrajaya bahawa sekurang-kurang ada juga alternatif untuk tatapan mereka yang kebanyakkan adalah pegawai-pegawai kerajaan khasnya apabila adanya larangan kepada mereka membuka harakahdaily, keadilan online dll.

Buat teman-teman tunjuk ajar kalian amat diharapkan, semoga dengan terpancarnya blog ku ini selama setahun yang lalu di arena cyber sekurang-kurang dapat memberi manfaat kepada kalian apabila maklumat yang didapati adalah maklumat terpenting dan terbaik yang ada di bolg-blog yang lain. Sekian terima kasih. Ustaz Mohamad Nazir Zakaria

Jumaat, 30 April 2010

5 Keadilan Buat Allahyarham Aminurrasyid

Nasrudin Hassan at-Tantawi

5 Keadilan Buat Allahyarham Aminurrasyid

1. Terlebih dahulu , marilah kita mengalungkan Ummul Kitab buat Allahyarham Adik Aminurrasyid Amzah [15 th] yang ditembak mati oleh seorang anggota Polis Di Raja Malaysia 26 April 2010 baru - baru ini .

2. Ianya adalah sebuah tragedi yang sungguh malang dan sekali lagi mengheret PDRM menghadapi krisis kredebiliti mereka yang semakin dipersoalkan .

3. Sebelum ini Shahril Azlan Ahmad Kamil [25 th] turut mengalami peristiwa ngeri apabila terkena tembakan rambang seorang anggota polis pada 16 April 2009 yang lalu .

4. Norizan Salleh [30 th] juga pernah menjadi mangsa tembakan tanpa sebab oleh seorang anggota polis sebanyak 5 kali di bahagian dada dan tangannya dalam satu peristiwa [ 30 Okt 2009 ] yang hampir meragut nyawanya dan membuatkan beliau parah dan terlantar 2 minggu dihospital .

5. Begitu juga pengalaman ngeri yang dihadapi oleh Suwandi Abdul Ghani [37 th ] dan Muhammad Azman Aziz [ 21 th ] yang ditembak polis dengan peluru hidup dalam jarak dekat oleh seorang anggota polis sewaktu menyuraikan satu perhimpunan aman di Batu Buruk pada 8 sept 2007 yang lalu .

6. Mohammad Tawfiq Noorzan [ 22 th ] juga mati ditembak oleh seorang anggota Polis yang berpengalaman di Guar Sanji Perlis [ 14 Nov 2009 ] . Bapanya memberitahu bahawa Mohammad Tawfiq tertiarap berlumuran darah setelah ditembak dadanya , dalam keadaan tangannya bergari .

7. Berlaku adil dalam menghadapi isu ini [ Aminurrasyid ] , saya mewakili Dewan Pemuda PAS Pusat menggesa supaya :

Pertama : Tubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan Di Raja bagi menyiasat secara adil dan telus kes ini . Bukan tidak percaya kepada polis tetapi demi memulihkan keyakinan rakyat terhadap keadilan dan ketelusan dalam siasatan . Jika polis siasat polis tentu sahaja ia tidak meyakinkan , apatah lagi peristiwa ini bukan sekali dan pertama kali tetapi semakin kerap berulang .

Kedua : Anggota polis yang terbabit mestilah ditahan reman agar ia tidak bebas berada di luar justeru rakyat turut rasa bimbang terhadap keselamatan saksi sekaligus mengelakkan kemungkinan saksi dipaksa atau dipengaruhi .

Ketiga : SUHAKAM mestilah memainkan peranan dan mengambil langkah berkesan agar kejadian serupa tidak berulang dan pesalahnya mestilah dihukum setimpal . Insyaallah pada hari ISNIN [ 3 Mei 2010 ] pada jam 2.30 petang Pemuda PAKATAN Rakyat akan pergi ke SUHAKAM bagi membawa suara pembelaan dan keadilan buat Allahyarham Aminurrasyid .

Keempat : Polis Di Raja Malaysia [ PDRM ] dan beberapa pihak media mestilah menarik balik tuduhan kononnya Adik Aminurrayid adalah penjenayah yang wajar ditembak mati justeru untuk menghalalkan tindakan mereka menembak tepat ke bahagian belakang kepala Allahyarham . Mereka juga mestilah memohon maaf kepada keluarga mangsa dan rakyat seluruhnya . Sungguhpun PDRM menghadapi cabaran sukar sewaktu menjalankan tugas namun kes seperti Aminurrasyid tidak boleh dipandang sebelah mata . Polis adalah Polis Di Raja Malaysia [PDRM] bukan Polis Raja Di Malaysia [ PRDM ]

Kelima : Perbetulkan tanggapan atau persepsi umum terhadap kewibawaan pihak Polis sebagai pasukan beruniform yang paling bertanggungjawab menjaga keselamatan negara dan rakyatnya. Janganlah sampai rakyat sendiri rasa tidak selamat dan aman terhadap pasukan beruniform ini . Campur tangan Yang diPertuan Agong mungkin wajar memandangkan pasukan polis adalah Polis Di Raja Malaysia .

8. Polis mestilah bersikap profesional menghadapi situasi ini dan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan tidak perlu melatah sehingga menjatuhkan kredebiliti dirinya sendiri apabila bingkas mengugut rakyat bahawa beliau bersedia untuk mengarahkan pasukan polis agar tidak lagi berkawal jika itu yang dikehendaki oleh rakyat !

9. Saya rasa Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan agak emosi dan gagal memahami kehendak rakyat yang sebenarnya . Rakyat bukan persoalkan kawalan yang dibuat oleh pihak polis tetapi apa yang dipersoalkan ialah tindakan polis yang terburu - buru , tidak profesional dan tidak berhati - hati sewaktu memilih untuk bertindak dengan menggunakan senjata api .

10. Kesilapan dan kesalahan adalah kelemahan manusia . Isunya ialah jangan menyembunyikan kesilapan atau kesalahan apalagi angkuh mempertahankan kesalahan tersebut. Pesalah mestilah bersedia untuk menerima hukuman setimpal justeru itu adalah keadilan.

Nasrudin Hassan at-Tantawi
KETUA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT

Pentas Pakatan: Tamrin sedia hadapi tindakan Umno

Dzulfikar Mashor

KUALA LUMPUR, 30 April: Anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tamrin Tun Ghafar (gambar) bersedia menerima sebarang tindakan daripada Umno ekoran tindakannya berada di pentas Pakatan Rakyat sewaktu kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor, baru-baru ini.

Beliau ketika ditemual semalam menjelaskan, kehadirannya di dua program Pakatan Rakyat itu semata-mata untuk mendengar nasihat Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang beliau anggap sebagai tokoh sejak menjadi Exco Pemuda Umno Malaysia lagi.

Manakala keputusan duduk sepentas dengan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula, katanya sekadar memenuhi pelawaan seorang sahabat lama.

Mengulas kenyataan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim (kiri) yang mendakwa beliau tidak mirip ayahnya dan pernah keluar Umno pula, beliau berkata, Rais sebenarnya 'bapa hipokrit'.

Selama bersama Umno, beliau menjelaskan tidak pernah menyerang kepemimpinan parti itu, dan tidak seperti Rais.

"Pada saya, Rais ini ialah 'bapa terbesar hipokrit', yang sebenarnya, saya tak pernah pun keluar dari Umno macam Rais Yatim," tegas beliau.

Rais ketika menyertai Semangat 46 dahulu katanya, nyata mengkritik kepemimpinan tertinggi Umno khususnya Tun Dr. Mahathir Mohammad.

"Tak ada ada dalam sejarah, saya membakar jambatan pertalian dengan Umno, tetapi Rais masa Semangat 46 dulu serang kepemimpinan Umno hingga bakar jambatan," ujarnya lagi.

Ekoran itu beliau berkata, keputusan Rais berbaik-baik semula dengan Umno apabila pemimpin Semangat 46 kembali menyertai Umno disifatkan seperti menjilat kembali tangan Mahathir.

"Akhirnya beliau sendiri menjilat semula tangan Mahathir kerana nakkan jawatan," katanya.

Ezam dan Palanivel lebih dipercayai Najib daripada Khairy

Ezam Mohd Nor yang tidak ada apa-apa jawatan dalam Umno telah dilantik menjadi Senator.Begitu juga dengan Timbalan Presiden MIC G.Palanivel yang turut dilantik menjadi senator. Bila dah jadi senator peluang untuk Ezam jadi Timbalan Menteri terbuka luas.

Nasib Ketua Pemuda Umno Malaysia masih ditakuk lama. Walaupun menang jawatan Ketua Pemuda Umno dan juga ahli parlimen , masih belum diberi peluang dalam kabinet Najib. Pemuda Umno patut rasa malu berketuakan Khairy yang tidak dapat kepercayaan Najib untuk duduk dalam kabinet.

Ezam Mohd Nor yang pakar dalam 6 kotak rahsia yang disimpannya sejak zaman dalam PKR lagi hinggga masuk Umno tidak mendedahkan sekotak pun kotak rahsia yang dimilikinya. Beliau sering melaung-laungkan akan dedah kotak-kotak rahsia yang dimilikinya tapi hampeh!

Ezam umpama penjual ubat pasar malam yang mengatakan dalam kotak hitam ada harimau yang akan dikeluarkan pada bila-bila masa. Semua orang berkumpul untuk lihat harimau dalam kotak. Bila dah habis semua ubat dijual untung pun dah banyak kotak yang dikatakan ada harimau itu tidak dikeluarkan akhirnya jawatan senator yang Ezam dapat.

PAS Hina Sultan atau Umno Yang Maki Sultan?

oleh Idris Ahmad

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) melihat Umno kini semakin terdesak untuk menarik perhatian rakyat dan Sultan khususnya di Kedah. Mereka mendendangkan lagu "PAS hina Sultan Kedah" hanya kerana mereka kini sudah ketandusan isu untuk menyerang Kerajaan Pakatan Kedah.

Adun PAS Kubang Rotan, YB Mohd Nasir Mustafa membangkitkan dua soalan dibawah ini dalam sidang Dun?

1. Sejauh manakah bidang kuasa KDYMM Tuanku Sultan sebagai Ketua Agama Islam di negeri ini dihormati oleh kerajaan Pusat?

2.Setakat manakah tahap tidak boleh campur tangan kerajaan negeri Kedah dalam pentadbiran hal ehwal agama Islam, nyatakan perkara tidak boleh tersebut?

Rakyat yang membaca soalan ini pasti akan ketawa melihat reaksi Umno yang begitu panik dan culas dalam membuat bantahan.

Soalan pertama jelas sebagai sindiran kepada Kerajaan Persekutuan yang ditadbir BN kerana begitu sibuk mencampuri hal ehwal urusan Agama Islam di Kedah. Nasir membuat soalan ini selepas mendapat laporan bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB. Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Hj Baharom mengunakan JAKIM untuk memanggil imam-imam seluruh negeri Kedah mengadapnya dalam satu program di SP Inn pada 4 April 2010.

Jadi beliau mahu tahu sejauh manakah kuasa Kerajaan Persekutuan dalam hal ini berbanding kuasa Sultan yang menaungi segala program dan aktiviti keagamaan di negeri Kedah.

Soalan kedua jelas menunjukan bahawa beliau mahu satu penjelasan dari pihak Kerajaan berhubung bidang kuasa Kerajaan negeri dalam pentadbiran hal ehwal Islam dinegeri berkenaan sebagai memudahkan rakyat dikawasannya dan diseluruh negeri melihat kuasa-kuasa Kerajaan negeri dan Sultan dalam urusan berkaitan.

Ini adalah satu cara untuk mendidik rakyat melihat hak pemimpin mereka ke atas agama dan diri mereka serta hak mereka terhadap pemimpin mereka.

Dalam kedua-dua soalan ini PAS tidak nampak sebarang unsur penghinaan kepada Sultan dan Umno jelas memutar belitkan fakta sebenar lantaran kedangkalan mereka sendiri.

Rakyat tidak lupa sejarah Umno menghina Sultan-sultan selama ini;

* Pada tahun 1991 dalam Persidangan Agung Umno, Sultan Kelantan dihentam secara terbuka kerana menyebabkan Umno kalah di Kelantan.

* Tahun 1983, Umno membelasah Raja-Raja Melayu di Parlimen kerana menolak cadangan supaya kuasa Yang DiPertuan Agong mengenai pengistiharan darurat dikurangkan.

* Umno turut berdemo dan menghantar memorandum kepada Sultan Kelantan sebagai tanda protes serta mendesak harta DiRaja disiasat.

* Umno juga cuba merampas kuasa dengan menabalkan Tengku Ibrahim Inderaputera untuk mengganti Sultan Ismail Putera pada 29hb April 1993 di Ketereh Kelantan.

* Dato’ Zahid Hamidi yang menjadi Ketua Pemuda Umno ketika itu mencabar supaya Sultan Kelantan Ismail Petra turun takhta.

* Pada 2008 Umno Terengganu mengumpulkan ahli-ahlinya untuk berdemo membantah tindakan Sultan yang kini menjadi Yang DiPertuan Agong kerana memilih Dato’ Mohd Said sebagai Menteri Besar dan menolak cadangan Umno yang mahukan Datuk Idris Jusoh dilantik semula. Kain rentang menghina Sultan dan memanggil baginda sebagai "Binatang" diarak dalam demontrasi itu.

* Pada tahun yang sama Perlis menyaksikan Sultannya di boikot oleh Bekas Menteri Besar, Dato' Seri Shahidan Kasim yang ditolak Istana dalam Istiadat perlantikan Menteri Besar Baru, Datuk Seri Mohd Isa Sabu.

Banyak lagi kisah-kisah penderhakaan Umno yang tidak pernah serik memaki hamun Sultan hingga ke hari ini. Ternyata sikap PAS dan Umno terhadap Istana begitu jauh berbeza.

Umno menganggap tindakan PAS yang bertanya secara baik dalam DUN sebagai menghina Sultan dan dalam masa yang sama mereka menganggap tindakan mereka memaki Sultan sebagai teguran kepada Istana.

Rakyat perlu melihat perkara ini dan memahami bahawa mereka bukanlah rakyat yang bodoh, yang tidak pandai membezakan soalan atau makian.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

RM4juta...jangan hanya tuduh ja bang..buktinya mana..???

Pas Tidak Bangsat Untuk Kumpul RM4 Juta

ISU terbaru di Kelantan kini ialah mengenai pengakuan seorang bloger yang beliau ada menerima RM4 juta untuk belanja operasi perang saraf melanyak Umno dan bekas PM, Abdullah Badawi dalam masa tiga tahun. Perbelanjaan sebanyak itu ialah bagi menjamin kerajaan Pas Kelantan kekal.

Bagi saya isu itu isu terpencil yang tidak perlu diberikan perhatian besar. Akhbar yang memainkan isu berkenaan juga seolah tidak ada modal lain untuk memburukkan kerajaan Kelantan terpaksa mengutip sampah sarap dalam blog-blog tertentu untuk terus memburukkan Pas dan kepimpinan kerajaan Kelantan.

Kata orang kerana tak ada model besar dan konkrit, maka modal angin pun boleh digunakan. Kepada saya isu RM4 juta itu adaah modal angin yang tidak ada asasnya. Ia adalah pengakuan bloger tersebut saja dan tidak ada dokumen mengenai penyelewengan atau penggunaan wang haram dalam membelanjakan membelian peralatan operasi perang saraf itu dikemukakan.

Saya sedikit merasakan pelik apabila bloger itu membuat pendedahan dan beliau meminta orang lain menyiasat. Kenapa beliau tidak mendedahkan maklumat yang beliau ada. Apakah maknanya ini semua? Hanya beliau saja yang mengetahuinya.

Apabila bloger berkenaan mengakui dia tidak mempunyai wang sebanyak itu, (untuk membiayai operasi saraf itu) ia menjelaskan ada motif senyap di sebalik pengakuan itu. Bagi orang waras tentu tidak merasakan pengakuan itu pelik, kerana apabila beliau bekerja dengan sebuah kerajaan negeri, tentulah wang itu akan disediakan oleh pihak lain demi kepentingan dan kelangsungan kerajaan berkenaan. Masakan Pas mahukan beliau mencari wang sendiri untuk kepentingan Pas?

Sekiranya benarlah bloger berkenaan menerima peruntukan sebanyak RM4 juta, ia bukan menjadi kesalahan pun. Bahkan wajar kalau wang itu digunakan untuk tujuan yang betul untuk kepentingan Pas atau sesiapa saja yang berusaha untuk mengekalkan kerajaan Pas. Malahan orang Pas boleh angkat jempol kepada mana-mana individu atau pihak yang menyediakan wang berkenaan kerana ia adalah untuk kebaikan parti itu. Tepatlah menghabiskan wang seberapa banyak untuk mempertahankan sebuah kerajaan.

Menurut pengakuannya seperti mana dipetik akhbar, RM4 juta dibelanjakan dalam tempoh tiga tahun. Ooo... bukan tiga bulan! Ini bererti kira-kira RM1.3 juta setahun. Jumlah itu adalah hama dalam perbelanjaan untuk melawan sebuah parti gergasi seperti BN. Tentunya bloger itu bukan berkerja seorang diri. Tentulah ianya dibantu oleh beberapa orang staf. Jadi RM1.3 kalau dibahagikan kepada beberapa orang staf berapalah sangat untuk satu tahun. Itu belum termasuk untuk sewaan bangunan, pembelian peralatan dan kos-kos lain.

Saya sedikit pun tidak pelik kalau wang sebanyak itu digunakan. Kerana peruntukan untuk perang saraf di pihak Umno lebih besar daripada itu. Angkanya mungkin bernilai ribuan kali ganda dari jumlah itu. Apalah nak hebohkan peruntukan RM4 juta? Cara berfikir ini samalah dengan cara mempersoalkan pembelian sebutir kek kepada Tok Guru satu masa dulu.

Saya nak tanya apakah bagi sebuah parti yang mempunyai ahli lebih 1 juta, yang terdiri dari berbagai bidang dan profesional susah untuk mendapatkan wang sebanyak itu untuk dimanfaat bagi kepentingan mereka. Saya rasa kalau Pas Kelantan nak cari bukan saja RM4 juta, malahan RM40 juta pun boleh. Ahli Pas terkenal sebagai mereka yang ikhlas dan komited dengan parti dan dermawan.

Buka saja 'jabil' atau tadah kopiah duit akan melimpah masuk. Untuk jihad dan agama mereka sanggup menghulurkan seberapa banyak yang mampu sampai kering wang dalam poket. Pernah saya lihat sendiri dalam satu ceeramah perdana di stadium Sultan Muhammad ke-IV tahun 1990 (ketika itu bloger berkenaan belum pun lagi bergelewat di Kelantan) wang punggutan derma dari orang ramai malam itu dipikul dalam guni!

RM4 juta saya rasa kalau tadah guni dalam cermaha Pas di stadium atau di mana-mana pelusuk pun akan boleh dicari. Jadi janganlah cuba hendak memberi bayangan berlaku rasuah atau pengambilan wang haram oleh mana-mana pihak untuk tujuan perang saraf itu. Pas adalah berbeza dengan Umno dan parti lain. Walaupun Pas memerlukan wang untuk membiayai jentera partinya, saya yakin ia dari sumber yang sah dan halal. Ahli dan pemimpin Pas masih belum tergamak untuk melakukan rasuah untuk membiayai projek parti.

Kebanyakan ahli Pas masih dapat membezakan antara ular dengan belut atau babi dengan badak!

Jadi dalam hal ini tidak guna cabar mencabar. Kalau bloger berkenaan merasakan wang itu wang haram, kenapa beliau sedia mengambilnya? Kenapa beliau bersubahat selama tiga tahun menguruskannya? Kalau beliau juga sedia mengambilnya bermakna dia juga sedia bersubahat dengan wang gelap itu. Apa hukumanya bersubahat dengan kejahatan? Celakalah jawabnya.

Janganlah sesudah kita menelan buah yang pahit untuk mengalas perut yang kosong kita menyangka orang mengkhianati kita lalu kita mencercanya sebagai mengkhianati kita. Buruk sangatlah kalau kita menyerang orang yang memberikan kita rezeki untuk anak dan isteri kita.
Kalaupun kita tahu dia jahat tetapi kejahatan itu jangan di pamerkan di billborad untuk tontonan orang lain, cakaplah dengan baik. Juga kalau kita tahu wang itu rasuah tetapi kita tetap juga memakannya maka ternyata kita lebih hina dan bangsat dari orang yang memberi wang itu kepada kita.

Mengenai isu RM4 juta saya rasa bukan nawaitu bloger itu hendak dedahkan dan memburukan orang tertentu. Beliau sekadar menjelaskan keadaan apabila ada tuduhan buruk ke atasnya. Baginya wajar untuk membela diri, termasuklah membuat pengakuan yang meragukan itu.

Seperkara lagi orang yang membangkit dan menyentuh diri bloger berkenana juga kurang bijak. Janganlah kita mudah membuat tuduhan terehadap apa-apa yang didedahkan. Adakalanya ia sengaja membuat provokasi dengan tujuan yang tidak terlihat oleh kita. Dalam keadaan ini kalau kita memberi reaksi, maka buruklah padahnya dan dia hanya akan ketawa gembira. Itulah yang didingininya. Dalam hal ini semua pihak harus bijak.

Kepada Mustapa yang meminta Pas Kelantan mendedahkan dari mana sumber wang itu tidak payah dilayan. Yang pastinya RMN4 juta bukan dari royalti Petroleum Kelantan yang disembunyi dan disekat oleh Mustapa. Mustapa tidak payah risau tentang itu. Ia juga bukan dari wang kontraktor yang mendapat projek buat sekolah atau Maktab Sains Mara di Kelantan. Sesiapa juga jangan cuba meletakkan Pas Kelantan sebagai haprak untuk mengumpulkan dana sebanyak itu sehingga terpaksa melakukan rasuah. Jangan!

Perjuangan Pas perjuangan leluhur bagi ahli dan penyokongnya. Ahli Pas bukan seperti ahli Umno. Ia berbeza. Ahli Pas sedia mengimfakkan harta untuk perjuangan manakala ahli Umno senantiasa mencari peluang kebendaan dari partinya. Perbezaan ini hendaklah difahami sebaik-baiknya.

Dana RM4 juta itu kalau pun benar, ia adalah wang yang diambil dari sumber sah dan halal untuk manfaat perjuangan. Kalau ia dari sumber rasuah sudah lama ada pemimpin Kelantan didakwa oleh SPRM. Tidak salah kalau kita leburkan untuk perjuangan, sebaliknya salah kalau wang disimpan untuk kepentingan diri. Dan dalam politik sekular yang diamalkan di negara ini hari ini apalah salahnya kalau sehelai dua dari jumlah RM4 juta itu termasuk dari wang tumbuk rusuk! [wm.kl. 7:45 pm 29/04/10]

Penulis Tamu - Mohd Sayuti Omar(MSO),
http://msomelayu.blogspot.com

Siapa nak Jadi Senator...Cepat-cepat la belasah Anwar...Bukti dah ada...

Ezam Senator : Ayam Sabung Najib Dapat Habuan

Perlantikan mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Ezam Mohd Nor sebagai Senator adalah ganjaran kepada serangan politik terhadap Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim semenjak 10 pilihanraya kecil yang diadakan sebelum ini.

Demikian menurut Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin sambil menyifatkan Ezam tidak mempunyai kredibiliti dan wibawa serta tidak mempunyai jasa kepada negara untuk dilantik sebagai senator.

"Ini menjejas dan mencemarkan institusi negara dan bertentangan dengan perlembagaan negara kerana beliau tidak ada jasa kepada rakyat dan negara ini.

"Pada saya, ini bentuk suapan dan habuan politik hasil serangan bertubi-tubi beliau kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Terbukti Ezam merupakan ayam sabung kepada Datuk Seri Najib Razak," tegas Shamsul lagi kepada Suara Keadilan.

Menurut laporan portal berita The Star Online, Ezam merupakan salah seorang dari empat yang lain dilantik sebagai Senator termasuk timbalan presiden MIC Datuk G Palanivel, pengerusi eksekutif firma Rahim and Co, Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman dan ketua Wanita Umno Pagoh, Noriah Mahat.

Mereka akan mengangkat sumpah jawatan di hadapan presiden Senat, Tan Sri Abu Zahar Ujang di Dewan Negara, Isnin depan. -TVS

Rabu, 28 April 2010

LAPORAN POLIS SAHABAT AMINULRASHID

Laporan Polis Sahabat Arwah Aminulrashid

Pengadu menyatakan:-

Pada 26/04/2010 jam lebih kurang 12:00 pagi saya keluar menaiki kereta kawan saya bernama AMINUL RASHID BIN HAMZAH pergi ke sek 7 Shah Alam kedai mamak Ali Corner untuk berjumpa dengan kawan saya bernama Mohd Basir yang mengalami masalah motor pancit.

Semasa hendak pergi ke tempat kawan saya, kami telah tergesel dengan sebuah kereta nombor pendaftar dan jenis kereta tersebut tidak ingat menyebabkan AMINUL RASHID menjadi takut dan melarikan diri untuk balik ke rumah di Sek 11 Shah Alam.

Selepas keluar dari kedai mamak, kami dikejar oleh beberapa buah m/sikal no. tidak ingat kemungkinan kawan-kawan kepada kereta yang kami gesel tadi.

Sampai berhampiran Bulatan Kayangan di Sek 12 Shah Alam, salah sebuah m/sikal tadi hendak memotong kereta kami tetapi terlanggar bahagian belakang kereta menyebabkan penunggang m/sikal terjatuh.

Oleh kerana terlaku takut, AMINUL RASHID memandu ereta dengan laju dan memotong sebuah kereta Polis MPV menyebabkan kereta polis tersebut mengejar kami.

AMINUL RASHID menjadi bertambah takut dan membawa kereta dengan laju tanpa menghiraukan keselamatan kami dan juga orang awam.

Kereta polis terus mengejar kami sehingga ke Stesyen Minyak Caltex Sek 11 dan saya terdengar tembakan bertubi-tubi mengenai tayar belakang kereta menyebabkan kereta yang dipandu AMINRUL RASHID terhoyong-hayang dan tergelincir dan masih dapat dikawal.

Dan semasa saya terdengar tembakan kali terakhir terkena pada kepala AMIRUL RASHID menyebabkan beliau jatuh diatas riba saya dan saya nampak bahagian belakang kepala AMINUL RASHID berlubang dan berdarah.

Kereta kemudiannya tidak dapat dikawal lalu terlanggar tembok rumah orang lalu berhenti.

Saya keluar dari kereta untuk menyerah diri saya dan salah seorang daripada anggota Polis menendang saya dan belakang dan kemudiannya Polis yang lain terus terus memukul dan memijak saya beramai-ramai.

Saya meronta-ronta dan dapat melarikan diri daripada anggota Polis tersebut lalu balik kerumah.

Saya mendapat cedera di tangan kanan, kaki dan sakit kepala.

Tujuan saya buat laporan adalah untuk menceritakan semula perkara sebenar yang berlaku ke atas diri saya dan kawan saya yang...

Kalau cakap ada polis jahat mengalahkan babi gila, marah... tapi... argh... korang pikir la sendiri... ni ajaran APCO ke..?

http://perisik-rakyat.com/2010/04/laporan-polis-sahabat-arwah.html

PAS sokong calon DAP, hantar jentera pakar

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 28 April: PAS akan menggerakan jentera pakarnya dari Semenanjung tanah air untuk bersama-sama jentera di Borneo bagi menggempur BN pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, PAS menyokong penuh pemilihan Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng (gambar) sebagai calon Pakatan Rakyat pada PRK itu.

"PAS mengucapkan tahniah dan menyokong pencalonan Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng bagi pilihan raya kecil Parlimen Sibu 16 Mei nanti.

"Wong yang juga Adun Bukit Assek merupakan pilihan terbaik untuk Pakatan menambahkan kerusi Parlimen di Sarawak," katanya dalam satu kenyataan.

Pada masa ini, Pakatan hanya mempunyai seorang ahli parlimen sahaja dari Sarawak iaitu Chong Chieng Jen bagi Parlimen Bandar Kuching.

Walaupun Wong tewas kepada mendiang Datuk Robert Lau Hoi Chew yang menang dengan majoriti 3,549 pada pilihan raya sebelum ini, namun DAP mempunyai pengundi tegar hampir 16,000 orang di situ.

Pakatan Rakyat, jelasnya mempunyai jentera yang kuat lebih lebih lagi dengan penyertaan Parti Nasional Sarawak (Snap).

"PAS akan terus membiarkan BN bagai ayam berak kapur melihat begitu positifnya kerjasama jentera Pakatan yang kini lebih kuat dengan penyertaan Parti Nasional Sarawak (SNAP) menjelang PRK Sibu nanti," katanya lagi.

Menurutnya, sokongan rakyat mula meningkat sejak DAP mencipta kejutan pada tahun 1982 dengan memenangi kerusi Bandar Sibu melalui Ling Soe Ming, yang mengalahkan Tan Sri Dr Wong Soon Kai yang juga Timbalan Ketua Menteri Sarawak ketika itu.

Rekod lama ini juga, jelasnya tidak boleh dipandang sepi kerana statistik sokongan masyarakat Cina akhir-akhir ini lebih condong kepada Pakatan seperti yang ditunjukan dalam PRK Hulu Selangor baru-baru ini.

"Tidak mustahil Sibu yang dihuni 60 peratus pengundi Cina akan memberikan kemenangan kepada Pakatan bagi mengukuhkan suara masyarakat Sarawak yang tertindas sejak sekian lama," ujarnya lagi.

Dengan tidak memandang rendah pengaruh wakil SUPP bagi BN, Robert Lau Hui Yew katanya, Pakatan akan berusaha memenangi baki 40 peratus pengundi di Sibu yang terdiri dari 20 peratus Melayu-Melanau, Iban 18 peratus, 1.1 peratus Orang Hulu dan 0.9 peratus lain-lain.

PAS juga, tambahnya melihat bahawa pengundi bukan Cina ini juga sebagai aset penting bagi memastikan Pakatan mampu merampas kerusi itu dengan lebih selesa.

Hulu Selangor: Zaid kemuka petisyen, saman Utusan

Kenyataan Media : Pendirian GAMIS berkaitan Isu Kematian Adik Aminulrasyid

KENYATAAN MEDIA GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SEMALAYSIA (GAMIS)
BERKAITAN ISU KEMATIAN ADIK AMINULRASYID
Pendahuluan

Rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan kes kematian Allahyarham adik Aminulrasyid, 15 tahun, pelajar Sekolah Menegah Seksyen 7, Shah Alam yang telah ditembak di kepala oleh pihak polis. Beberapa media melaporkan bahawa juvana terbabit sebagai suspek ahli kumpulan samun namun dinafikan oleh keluarga Allahyarham. Polis mendakwa kereta yang dipandu oleh Allahyarham cuba merempuh anggota polis peronda dan polis bertindak melepaskan tembakan yang membunuh Aminulrashid.

Namun lain pula gambaran yang diberikan oleh rakan Aminulrashid yang ada bersama Allahyarham dalam kereta semasa kejadian. Dalam laporan polis yang telah dibuat, kawan yang sebaya dengan Allahyarham menegaskan Aminulrashid dalam ketakutan apabila terlanggar kenderaan lain dan memintas kereta peronda berkenaan. Setelah dipintas, anggota peronda terus mengejar dan melepas tembakan yang mengena sasaran. Aminulrashid rebah dalam kereta dengan luka tembakan di belakang kepalanya. Saksi ini melaporkan beliau kemudian di pukul oleh anggota polis sebelum sempat melepaskan diri. Beliau kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Shah Alam.

Menurut Monaliza Mokhtar, Biro Hal Ehwal Murid PIBG Sekolah Menengah Seksyen 7, beberapa media yang menganggap juvana terbabit sebagai suspek kumpulan samun sebagai satu fitnah. Pelbagai persoalan timbul di kalangan masyarakat berkaitan kes ini. Kes ini dilihat boleh mencalarkan imej Polis Di Raja Malaysia (PDRM) sebagai badan yang bertanggungjawab menjaga keselamatan awam.

Pendirian GAMIS :

Justeru, dalam kes ini, GAMIS berpendirian :

1. Pihak polis tidak sepatutnya cuai dalam hal ini. Ada prosedur tertentu yang perlu dilalui oleh pihak polis sebelum menembak walau apapun kesalahan seseorang. GAMIS berpandangan, kes tembakan ini adalah tindakan keterlaluan tambahan pula, kalaupun Allahyarham adik Aminulrasyid bersalah sekalipun, dia tetap juvana kerana masih di bawah umur. Pihak polis sangat teliti dalam beberapa kes yang lain seperti penangkapan mahasiswa yang terlibat dalam pilihan raya tetapi seolah-olah terburu-buru dalam kes seperti ini sedangkan ianya melibatkan keselamatan awam. Kemungkinan ianya turut menyebabkan rakyat Malaysia berasa tidak selamat walaupun mereka tidak melakukan kesalahan.

2. GAMIS ingin mengingatkan kepada pengamal media agar berhati-hati dalam kenyataan media sama ada media cetak atau media elektronik. Hal demikian kerana, sikap terburu-buru media dalam menerbitkan isu mungkin boleh menyinggung perasaan keluarga dan orang lain. Dalam isu ini, pelbagai versi berita yang dihidangkan kepada masyarakat sehinggakan mereka keliru tentang kesahihan berita di samping telah menimbulkan syak wasangka yang tidak baik kepada mangsa dan keluarga. Janganlah hanya kerana inginkan publisiti dan berita panas sehinggakan menimbulkan perkara yang tidak baik dalam masyarakat.

3. GAMIS juga ingin berpesan kepada rakyat Malaysia khususnya agar tidak menerima sesuatu berita dengan mudah. GAMIS amat sedih apabila timbulkan syak wasangka yang tidak baik kepada Allahyarham dan keluarga sehinggakan dijadikan perbincangan termasuklah di internet sama ada melalui forum-forum maya, blog, facebook dan sebagainya. Ada yang menambah-nambah cerita, mengutuk dan menghina Allahyarham dan keluarga. GAMIS berharap, prkara tidak baik seperti ini dihentikan. Sedangkan Rasulullah s.a.w. juga berpesa agar kita kita membangkitkan cerita-cerita tidak baik berkaitan seseorang setelah dia meninggal dunia walaupun dia bukan Muslim, apatah lagi kalau ada tokok tambah cerita dan fitnah yang dilemparkan.

4. GAMIS berharap agar Perdana Menteri serta Menteri Keselamatan Dalam Negeri memandang serius kes ini. GAMIS berharap satu jawatankuasa khas ditubuhkan dengan segera serta menyiasat kes ini seadil-adilnya. Kita sedih dengan beberapa kes sebelum ini yang mengambil masa terlalu lama dalam penyiasatan bahkan masih ada yang belum diselesaikan. Dalam kes Allahyarham Adik Aminulrasyid, siasatan adil dan segera sangat diharapkan kerana telah menimbulkan pelbagai tanda tanya di kalangan masyarakat. Keadilan haruslah diberikan kepada mereka yang berhak serta tindakan susulan harus diambil sekiranya ingin membersihkan imej keselamatan negara Malaysia.

Penutup

GAMIS turut bersedih dalam isu ini. serta ingin menugcapkan takziah kepada keluarga Allahyarham atas kehilangan insan tersayang. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan beserta orang yang soleh. GAMIS juga menyeru kepada semua pihak termasuklah pihak kerajaan, Polis Di Raja Malaysia (PDRM), media dan masyarakat agar memandang serius dalam kes-kes seperti ini. Diharapkan kes-kes seperti ini tidak lagi berulang. Semoga keadilan dapat ditegakkan serta keselamatan negara lebih terjamin pada masa akan datang.

Jangan lapor yang bukan-bukan', rayu ibu Aminulrasyid



takde org ajar anak dia jd penyamun or penyangak...biasa la remaja wat salah sikit sana sini..takkan zaman muda remaja dulu langsung tak pernah wat salah pape kot? cam ko cakap jaguh kampung or felda ker..estet ker...mungkin la mak bapak bg bawak moto or keta...masalah nyer ni bandar...ada ke mak bapak nak selamba bg bawak keta pusing bandar tetengah malam buta?

"mangsa dipercayai undur kenderaan elak disekat peronda"...memanglah...dia takda lesen bawak keter...dia takut kena marah ngan mak dia...memanglah dia try lari..sedangkan lori sayur haram dah kena block dbkl pun cuba keluar sekatan....yang ini takkan terus tembak KEPALA KOT....

BERBAKTILAH SEMENTARA MEREKA MASIH ADA


Tak terasa semakin hari usia semakin bertambah dan akhir hidup semakin dekat, lantas apa yang telah kita lakukan untuk membahagiakan kedua orang tua kita..?? sebuah pertanyaan yang dapat membuat hati ini terasa runtuh, selama sekian tahun kita bersama orang tua, dibimbing, dibesarkan hingga akhirnya kita pergi meninggalkan orang tua tanpa menghiraukan apa yang dipikirannya, apa yang sedang di hadapinya.

Puaskah kita setelah kita mendapat pangkat, harta, jabatan dan lain sebagainya namun kita tidak dapat melihat bila orang tua kita merasa bahagia, walau orang tua tak pernah meminta kita untuk membalas semua baktinya kepada kita, apa yang telah kita perbuat untuk orang tua kita, seakan kita besar dengan sendirinya.

Orang tua ingin anaknya menjadi anak yang berbakti, anak yang sukses, anak yang dapat memberinya keturunan, anak yang dapat membahagiakan orang lain di sekitarnya dan itu semua setelah aku pikir-pikir tidak ada untungnya harapan orang tua ini untuk diri mereka, yang mereka harapkan semua untuk kebahagiaan kita, harapan orang tua adalah mulia, suci bersih.

Aku berpikir, di usiaku yang telah lewat sepertiga abad ini, belum pernah aku memberikan kebahagiaan kepada orang tuaku, bahkan ibuku satu-satunya yang dulu berperang dengan nyamuk, berperang dengan hujan, berperang dengan panas, berperang dengan maut demi untuk anak-anaknya, walau ibu tidak meminta apa-apa namun aku yakin harapan ibu besar terhadap aku, ibuku selalu menginginkan aku hidup bahagia, menjadi anak yang soleh, namun apa yang telah aku perbuat semua keinginan ibu rasanya belum terkabul.

Ibu...kini kau telah pergi meninggalkan kami adik beradik, abang Cup anak sulung ibu juga baru saja meninggalkan kami buat selama-lamanya setahun dua bulan setelah ibu pergi. Kini keadaan anakdamu Ust. Mohd Saufi juga begitu dhaif.... sekarang aku pulak seakan akan mengekorimu ibu, penyakitku datang lagi, diwaktu-waktu begini terbayang kasihmu ketika aku sakit dahulu.

Maafkan aku ibu, rasa rindu ini hanya dapat aku ukir disini, aku tidak tahu harus berbuat apa untuk membaktikan diri, sekadar doa yang dapat ku layarkan buat mu agar kau bahagia disana.

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan Kau sahabatku kau teman sejati Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami

Memori indah kita bersama terus bersemadi Kau sahabatku kau teman sejati Sudah ditakdirkan kau pergi dulu Di saat kau masih diperlukan Tuhan lebih menyayangi dirimu Ku pasrah diatas kehendak yang Esa...

Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini Walau ku tahu kau tiada di sisi Perjuangan kita masih jauh beribu batu Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahagia dikau di sana Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan Moga di sana kau bersama para solehin Ku sahabatku kau teman sejati

Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails