SELAMAT DATANG

Selasa, 5 Mei 2009

Kepimpinan Ulama Adalah Strategi Allah

Gerakan Islam dimulakan oleh ulama, bukan professional. Professional pada ketika kehilangan khilafah Islam Othmaniah sibuk belajar falsampah-falsampah barat. Selepas kejatuhan khilafah Islam As Syahid Hassan Al Banna telah menubuhkan Ikhwan Muslimin. Hasilnya pada hari ini muncul berbagai gerakan Islam sehinggalah PAS bertanding pada PRU 12.

Pada hari ini professional telah turut bersama dalam perjuangan ini setelah kefahaman tentang gerakan Islam untuk menyelamatkan ummah ini semakin meluas dan difahami. Walaupun ada professional yang mendapat tarbiyah dengan baik tetapi mereka tetap tidak layak kecuali jamaah ulama (Dewan Ulama) memberi laluan /pengiktirafan padanya. Ini berbeza dengan professional yangtidak mendapat pengiktirafan jamaah ulama.



Kita kembali kepada sabda Nabi SAW, " Ulama Pewaris Nabi". Nabi SAW tidak berkata menurut hawa nafsunya, segala sabdanya dari Allah SWT. Dengan ini, kepimpinan ulama adalah bertepatan dengan hadis ini dan ianya jelas merupakan Strategi Allah dalam sebuah jamaah Islam. Kepimpinan ulama bukan strategi parti yang ulama sendiri reka-reka, oleh itu mempertikaikannya adalah mempertikaikan kebijaksanaan Allah SWT dalam menetapkan strategiNya menghadapi musuh-musuh Islam terutamanya musuhNya.

Persoalan kepimpinan jamaah Islam tidak dibiarkan terbuka untuk umat Islam memilih pemimpin mana sahaja mengikut suka hati masing-masing. Jesteru itu ahli PAS sendiri mesti berilmu dalam hal ini, masalahnya apabila ahli PAS tidak faham dan membuat pilihan ikut suka hati sahaja berdasarkan faktor-faktor yang tidak ditetapkan oleh syarak malah relatif dan subjektif, seperti keupayaan memimpin daya tahan uji atau telah teruji dalam mempertahankan survival gerakan Islam. Bagi saya Presiden dan Timbalan Presiden mesti dari kalangan ulama sebab yang paling banyak diuji adalah para ulama. Apabila seorang ulama diuji adakah kita semua tahu atau dimaklumkan akan ujian yang dihadapinya?

Adakah masuk keluar penjara itu satu-satunya ujian dari Allah dan adakah ianya boleh memberi petunjuk bahawa seseorang itu telah lulus ujian Allah atau dia seorang pemimpin yang tahan uji? Pada pandangan saya faktor ini adalah faktor yang mempunyai nilai yang mampu dipengaruhi oleh pihak lain atau boleh diagendakan oleh pihak lain. Oleh itu ianya termasuk dalam perkara yang tidak syarie dalam membuat pertimbangan kepimpinan.

Saya setuju dengan rangkap ini ..dipetik dari ydppasputrajaya.blogspot.

Masyarakat Islam mestilah dikembalikan kepada pimpinannya yang sejati yang telah diterangkan di dalam al-Quran dan dinyatakan oleh rasulullah saw. Masyarakat Islam mestilah dikembalikan kepada kepimpinan ulamak yang mendokong dan memelihara syariat Allah SWT. Pengetahuan di dalam bidang syariat Allah, penghayatan ke atas Syariat itu, pemeliharaan yang berterusan ke atas syariat dan ketaqwaan dan ketaatan kepada Allah, hendaklah menjadi ukuran penting masyarakat Islam bagi menilai pimpinannya. Mayarakat Islam hendaklah menjadikan orang yang layak disisi Allah sebagai pemimpin mereka dan bukan orang yang layak dilihat dari sudut pandangan penjajah dan kuncu-kuncunya.

Daripada : CaptR


Tiada ulasan:

Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails