
Ketua Pemuda bahagian itu, Mohd Faizal Ramli berkata keputusan itu dicapai pada mesyuarat bahagian itu semalam.
"Pencalonan Mohd Isa yang juga Ketua Umno bahagian itu mendapat sokongan sebulat suara 33 ahli jawatankuasa (AJK) bahagian yang menghadiri mesyuarat. AJK yang hadir menyatakan sokongan sebulat suara kepada Mohd Isa kerana yakin pengalaman dan ketokohannya mampu membantu BN mempertahankan kerusi itu," katanya di sini, Jumaat.
Mohd Faizal, yang juga Timbalan Pengarah pilihan raya kecil BN Bagan Pinang, berkata keputusan itu dibuat kerana Umno bahagian itu berpendapat Mohd Isa adalah calon terbaik.
"Itulah kehendak akar umbi dan kita berharap pucuk pimpinan menghormati dan mendengar keputusan akar umbi. Tindakan bahagian itu bukannya menentang arahan Timbalan Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meminta beberapa nama disenaraikan," katanya.- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan