
Tahniah Tuan Guru! Bukan semua pemimpin yang berani menasihati anak menantu atau saudara mara terdekat melepaskan jawatan selepas dilanda kontroversi. Hanya pemimpin berjiwa besar sahaja berani melakukannya. Semasa Pak Lah menjadi PM dahulu ramai pihak yang memintanya melakukan apa yang TG Nik Aziz berani lakukan hari ini terhadap menantunya Khairy Jamaludin yang dilanda pelbagai kotroversi itu. Tapi sayangnya Pak Lah tidak cukup berani seperti Nik Aziz untuk melakukannya.
Jika kontroversi yang sama melanda PM 1Malaysia yang bernama Najib itu, cuba teka, adakah Najib akan seberani TG Nik Aziz atau penakut seperti bekas bossnya juga?
Hari ini tersiar berita yang bakal menguji keberanian Najib apabila adiknya, Datuk Seri Nazir Tun Razak bersama isterinya, Datin Seri Azalina Aziz didakwa menguasai saham CIMB bernilai RM30 juta. Perkara itu didedahkan oleh Chegubard di dalam blognya, http://chegubard.blogspot.com. Pendedahan Chegu Bard adalah berdasarkan Laporan Audit CIMB 2008, halaman 69 yang menyatakan Nazir memiliki 28,253,261 unit saham manakala Azalina pula memiliki 400,000 unit saham berdasarkan laporan yang sama, di halaman 71. Jumlah pemilikan saham Nazir dan Azalina tersebut tidak termasuk saham yang dilupuskan atau dijual pada tahun yang sama.
Itu cuma salah satu cerita mengenai Nazir. Sebelum ini pun ada cerita-cerita negatif lain mengenai adik Najib itu.
Sekarang kita hendak lihat apa reaksi Najib. Adakah Najib akan berani bertindak sesuatu seperti TG Nik Aziz atau diam buat-buat tak tau saja? Sebelum ini kita telah melihat apa yang Najib lakukan apabila ditimpa kontroversi. Dalam banyak kes, Najib sebelum ini mengambil jalan selamat: diam menikus sebiji macam Pak Lah!
Soalnya kini, adakah Najib akan menjadi pemimpin berjiwa besar, seberani TG Nik Aziz?
~ pendikar gunung kriang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan