Dato' Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS
Penangguhan bacaan kedua ini bermakna kerajaan perlu menarik balik rang undang undang tersebut. Tuntutan FMM itu juga bolih disifatkan sebagai undi tidak percaya masyarakat perniagaan terhadap kerajaan BN pimpinan Najib.
Jika masyarakat perniagaan menolak GST sudah tentu masyarakat pengguna juga menolak GST.Ini bermakna kerajaan BN sedang menghadapi krisis kepercayaan rakyat terhadapnya.
Pandangan PAS dan FMM adalah jelas iaitu kerajaan perlu mengutamakan pengurusan kewangan negara yang amanah dan cekap serta menghentikan ketirisan kewangan negara samaada melalui rasuah mahupun pemberian subsidi kepada IPP, syarikat konsesi lebuhraya dan lain lain.
Kerajaan juga perlu mengurangkan perbelanjaan projek pembanggunan melalui sistem tender terbuka serta menggandakan pendapatan kerajaan melalui tawaran tender terbuka AP motokar.kerajaan hendaklah terlebih dahulu memastikan pencapaian pendapatan yang lebih tinggi dikalangan rakyat Malaysia.
Kerajaan tidak bolih hanya menjadikan alasan negara didunia sudah pun beralih kepada GST maka Malaysia perlu mengikutinya adalah terlalu dangkal .Sedangkan perlaksanaan GST dinegara lain setelah pendapatan rakyat negara mereka berada pada paras yang melayakkan mereka membayar cukai pendapatan.
Berlainan diMalaysia dari 12 juta pekerja hanya 15 peratus sahaja yang mencapai kadar pendapatan yang melayakkan mereka untuk dikenakan cukai pendapatan atau pun dari 28 juta penduduk Malaysia hanya 6.4 peratus sahaja yang perlu membayar cukai sedangkan 93.6 peratus pendapatan mereka tak sampai pada paras yang memerlukan membayar cukai pendapatan. Ini bemakna jika GST dilaksanakan 93.6 peratus rakyat yang berpendapatan tidak layak dicukai akan dicukaikan dibawah GST.
Olih itu saya menuntut kerajaan pada 16 mac ini akan membawa usul di sidang Parlimen untuk menarik balik rang undang undang GST.
Dato’Mahfuz Omar
Naib Presiden PAS merangkap Ahli Parlimen Pokok Sena.
10 march 2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan