SELAMAT DATANG

Rabu, 14 April 2010

Kekanda Ana Abd. Baser Kembali Ke Rahmatullah

Pagi tadi ana mendapat berita sedih bahawa kekanda sulung (seibu sebapa) ana, Abdul Baser bin Haji Zakaria, telah meninggal dunia awal pagi tadi. Inna lillahi wa inna ilayhi raaji’un. Dari Allah s.w.t. kita datang dan apabila tiba masanya, kita akan pulang ke pangkuan-Nya. Ana mendapat panggilan dari kekanda ke3 ana pagi tadi sekitar 7.30 pagi sekembali dari menghantar anak-anak ke sekolah. Pemergian yang tak diduga. Almarhum berusia 49 meninggal akibat penyakit kencing manis. Hari ini cukup 1 tahun 2 bulan jarak kembalinya ibu ana ke rahmatullah. Sewaktu ibu ana meninggal beliau begitu sedih hingga terkeluar kata-kata ingin mengikut ibu bersama.

Selama setahun setengah yang lalu beliau berada di Putrajaya bekerja bersama ana dan adik ana dan baru-baru ini beliau menyatakan hasrat ingin pulang ke kampung selama-lamanya, tak nak lagi tinggal di Putrajaya, mungkin beliau sudah terasa masanya sudah tiba.Tiada siapa yg boleh menduga takdir Ilahi.....banyak suka duka dikongsi bersama...dalam erti kata yang lain,air yang dicincang tidak akn diputus,Begitulah yang boleh digambarkan tentang akrabnya hubungan persaudaraan kami ini..Rabbul izzati punyai rancangan sulit tersendiri. Mungkin ada hikmah di sebalik pemergiannya ini.
Hangatnya hubungan ini masih terasa di sum-sum tulang ana ini.ana perlukan seribu swadaya yang mampu menggamit cakerawala hati agar ana lebih bisa menempuhi hidup yang mendatang. Dia pergi tidak kembali, tidak akan sesekali. Kini ana sedang menghitung hari pula menuggu giliran dijemput azali. Tetapi, sudahkah bersedia..??tepuk dada tanya iman.
Kepada para sahabat sudilah apa kiranya menghadiahkan setangkai doa dan segugus al-fatihah buatnya.....amin ya rabbal'alamin.


Tiada ulasan:

Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails