SELAMAT DATANG

Selasa, 18 Mei 2010

TGNA: 'Umno-BN beli undi macam beli ayam itik'

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata rakyat sudah terlalu mual dengan amalan politik wang Umno-Barisan Nasional (BN) sehingga menyebabkan ia gagal mempertahankan kerusi Parlimen Sibu semalam.
“Rakyat sudah terlalu mual dengan politik wang (janji-janji pilihan raya),” kata Menteri Besar Kelantan ini.


(Kemiskinan sengaja dibiarkan agar rakyat dapat dibeli setiap kali pilihanraya - inilah kerja jahat BN)


“Umno dan BN membeli rakyat seperti membeli ayam itik, binatang ternakan boleh dibeli, tapi jika manusia pun ingin dibeli, jelas sekali manusia sudah ingin disamakan dengan ayam itik,” kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan petang ini.

BN memberikan janji projek pembangunan selain dana, antaranya RM5 juta yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada malam terakhir kempen untuk mengatasi masalah banjir di Rejang Park.

Nik Aziz mengharapkan BN sedar kekalahan itu menjadi bukti bahawa tidak semua manusia boleh dibeli walaupun ditabur dengan berlian dari langit dengan berkata “prinsip bukannya barang dagangan.”

Sehubungan itu, beliau percaya realiti di Sibu malam tadi menjadi tamparan hebat kepada BN dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Pilihan raya kecil Parlimen Sibu malam tadi berakhir dengan kejayaan Wong menewaskan calon BN, Robert Law Hui Yew dan Narawi Haron dari Bebas dengan majoriti 398 undi.

Narawi hilang wang pertaruhan.

Kemenangan Wong sekali gus mencatatkan sejarah tersendiri setelah 28 tahun kerusi Parlimen berkenaan dikuasai BN.-Malaysian Insider



Tiada ulasan:

Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails