Satu Majlis makan malam bersama Presiden PAS & Ketua Pemuda PAS Pusat akan diadakan pada 11hb Julai 2010 jam 8.00 ptg - 11.00 ptg . Majlis Makan Malam ini diadakan untuk mengumpul dana membeli bangunan pejabat untuk kegunaan PAS Kawasan Putrajaya. Kupon berharga RM100.00 sedang dijual kepada yang berminat menjayakan hasrat murni ini.Dalam muktamar PAS baru-baru ini, tidak seorang pun dari perwakilan yang ketinggalan menyatakan hasrat PAS untuk menuju ke Putrajaya. Atas dasar tersebut PAS kawasan sejak sekian lama berhasrat sekurang-kurang sebagai persediaan menyambut kedatangan Kerajaan Pakatan Rakyat (Kerajaan Menanti) memiliki sebuah bangunan sebagai mercutanda bahawa PAS telah pun bertapak di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
Majlis makan malam yang pada asalnya dijadualkan akan diadakan di Dewan Serbaguna, Pusat Kejiranan Presint 16 akan dipindahkan ke Dewan Seri Cempaka, Bangunan PKNS, Bandar Baru Bangi (BILLION) ekoran tekanan dari pihak atasan yang takut dengan kehadiran Presiden PAS yang hadir sebagai simbolik kedatangan Pakatan Rakyat ke Putrajaya.
Kepada yang berminat untuk menyumbang dan menghadiri majlis ini bolehlah menghubungi Yang DiPertua Kawasan Ustaz Mohamad Nazir Zakaria ditalian 012 223 0140 atau Setiausaha Kawasan Sdr Ahmad Roshidi ditalian 019 3355 357 atau Pengarah Program Dr Hairul 013-3680182
Tiada ulasan:
Catat Ulasan