Menurut Pengarah program Sdr Roshidi Wahab, penglibatan seluruh pimpinan dan ahli dalam menjayakan program ini amat membangakan, memandang kawasan Putrajaya merupakan kawasan yang didiami oleh kebanyakan pegawai kerajaan maka sebab itu majlis dimulakan jam 6 petang, al-maklumlah pada waktu itu para penguasa sedang sibuk
“Orang ramai yang datang ke majlis ini telah dihidangkan dengan nasi tomato, lemang, nasi himpit, satey dan pelbagai jenis kueh raya serta menu istimewa kambing panggang.
“Kami menyediakan makanan untuk anggaran kehadiran sekitar 500 hingga 1000 orang sahaja. Tetapi nampaknya kehadiran lebih dari yang dijangka” katanya
Ustaz Nazir yang juga Yang Dipertua PAS Putrajaya pula berkata PAS Putrajaya akan mengadakan majlis yang lebih besar pada tahun hadapan bagi menampung kehadiran rakyat di Putrajaya.

“ Kita juga menyediakan duit raya untuk kanak-kanak yang datang bersama ibubapa mereka dan keriangan jelas pada wajah mereka". Kata Ustaz Nazir. Majlis tamat pada jam 9 malam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan