Oleh: Pria Malaya
Ternyata isu pembunuhan kejam Dato Susilawati cuba dipolitikkan oleh sesetangah pihak utk kepentingan politik mereka...bagi penyokong BN, mereka pastinya menggunakan peluang ini utk mengaitkan suspek pembunuhan ini dgn Pakatan Rakyat dengan mebangkitkan sentimen perkauman...antara hujah popular mereka ialah...
1. Suspek adalah orang India..orang India ramai sokong Hindraf..orang Hindraf ramai sokong Pakatan Rakyat..so, suspek adalah ahli/penyokong PR..
2. Suspek adalah peguam dari Majlis Peguam..orang peguam ramai sokong Pakatan Rakyat..so, si pembunuh itu kalau bukan DAP, pasti PKR...
Ini antara hujah dangkal puak2 gerombolan dlm usaha mereka utk mempolitikkan isu pembunuhan ini...sungguh lucu lagi naif pemikiran mereka..
Namun, tanpa mereka duga, berita hari ini telah malaporkan hubungan secara tidak langsung suspek dengan pemimpin BN...dilaporkan, sebelum diberkas polis, suspek telah dahulunya bertemu dengan pemimpin tertinggi BN dari MIC...untuk apa?
Murugiah berkata, beliau bertemu dengan suspek pada program komuniti Hari Raya di Bukit Cheeding, Banting pada 8 September iaitu tiga hari sebelum suspek ditahan polis.Dari laporan diatas, maka dapatlah dirumuskan...
“Saya dijemput untuk menyerahkan sumbangan yang ditaja beliau (suspek) untuk komuniti orang asli di kawasan itu.
“Ia merupakan pertemuan kali pertama dengan dia. Saya lihat dia seorang yang pemurah dan peramah tetapi tidak menyangka di sebaliknya,” katanya kepada media selepas mengunjungi rumah keluarga Sosilawati di sini.
Murugiah berkata, pada awalnya tiada masalah bagi suspek untuk menyertai MIC kerana suspek merupakan seorang peguam berpendidikan tinggi.
“Saya menasihatkan dia supaya mengisi borang keahlian dan perkara itu akan dimaklumkan kepada Presiden MIC, Datuk Seri Samy Vellu,” katanya.
Bagaimanapun jelasnya, MIC tetap tidak akan menerima suspek untuk menyertai parti sekiranya didapati tidak bersalah berikutan rekodnya sebelum ini dipertikaikan.
1. Suspek (kemungkinan) bukanlah ahli mana2 parti kerana baru memohon untuk menyertai MIC..maka tuduhan penyokong Umno bahawa susupek merupakan 'ahli' DAP/PR tertolak..
2. Walaupun permohonan suspek utk menjadi 'ahli' MIC belum diproses, namun secara langsungnya beliau telah tersenarai dikalangan 'penyokong' MIC..maka, tuduhan bahawa suspek adalah 'penyokong' DAP/PR juga tertolak..
3. Kita dapat lihat betapa mudahnya suspek berurusan/membuat pertemuan dengan pemimpin MIC/BN walau dlm keadaan genting sekalipun...
4. Ternyata peguam dari Majlis Peguam juga terdiri dari ahli/penyokong MIC/BN..ini sekaligus menolak tanggapan streotaip penyokong Umno bahawa ramai peguam adalah penyokong PR..
Kemudian, kita lihat pula 2 laporan berita dibawah..
"Sumber itu juga mendakwa, peguam itu yang kini amat dikehendaki dalam kes kehilangan Sosilawati dipercayai mempunyai rekod jenayah berkaitan kes penipuan di Selangor"...- MyMetro
Oleh itu, adalah mustahil Murugiah, atau lain2 pemimpin MIC/BN tidak mengetahui langsung perihal ini (rekod jenayah suspek) sebelum atau ketika membuat pertemuan dgn suspek kes pembunuhan ini..
6 ulasan:
Saya pelik betullah kes sosilawati ni, orang sibuk nyawa dah melayang, korang sibuk campurkan politik. Korang ni pun sama mcm pembunuh tu tak da hati perut punya orang, peliklah orang melayu kita, ini bukan pasal bangsa atau politik ini pasal, nyawa manusia, pembunuhan yang tak da hati perut, ada anak ada bini, korang duk sibuk celoteh pasal babitkan dengan politik, mati besok politik ni besok boleh selamatkan korang.
betul2... saya setuju sangat... kenapa mesti kaitkan dengan isu politik pulak.... nampak macam sengaja nak menghuru harakan lagi politik negara kita yang sekarang nie pun dah huru hara... tolong lah... yang dah pergi tu pergilah... biarkan pihak berkujasa yang selesaikan kes ini... fikirlah tentang perasaan ahli- ahli keluarga yang tengah bersedih dan berdukacita di atas kehilangan oranng yang tersayang....
saya setuju sgt dengan ulasan "tanpa nama"....orang bukan bijak pandai macam saya pun tidak tidak menuduh mana2x pihak mcm tulisan blogger di atas....sya fikir kerajaan mahupun pembangkang tidak berfikir sampai disitu lagi..jadi pesanan sya kepada penulis blog tersebut hentikan fikiran anda ....sebenarnya anda sendiri tiada idea apoa yg berlaku cuma ingin glamor dlm buat ulasan ..tak payah buang masa . saya cuma pekerja kilang tetapi cukup memahami situasi siasatan polis oleh itu ikutila org yang berfahaman mcm kami...al fatihah buat semua mangsa pembunuhan kejam tersebut...kepada blogger tersebut anda pandai berkata jadi gunakan untuk komen yg berisi...atau masuk politik cakap atas angin...yang paling baik sekali belajar erti kemanusiaan supaya tidak membebel dlm kes-kes seperti ini.
aku pun setuju.....pembesar-pembesar sekarang sibuk gilakn kuasa..semua untuk kepentingan diorg dan keluarga diaorg..kita nie sebagai rakyat nie ada akal yg waras..fikir2lh...yg maner yg baik...gunakan lh kuasa kita sebagai rakyat...hancurkan pembesar2 yng bertopengkan manusia...amal makrum nahi mungkar...allahhuakhbar....
aku pun setuju.....pembesar-pembesar sekarang sibuk gilakn kuasa..semua untuk kepentingan diorg dan keluarga diaorg..kita nie sebagai rakyat nie ada akal yg waras..fikir2lh...yg maner yg baik...gunakan lh kuasa kita sebagai rakyat...hancurkan pembesar2 yng bertopengkan manusia...amal makrum nahi mungkar...allahhuakhbar....
Catat Ulasan