Kontroversi: Zaid Kuda Trojan, Wajarkah Beliau Undur Diri Jika Benar Dia Memang Ikhlas Dalam Perjuangan Untuk Membela Rakyat Sebenarnya!
Ra

Soalnya sekarang, apakah benar Zaid memang seperti apa yang diperkatakan?. Bagi penyokong Azmin Ali, kini mereka gembira dan selesa dengan pemergian "insan bernama Zaid Ibrahim" itu sebenarnya. Keluarnya Zaid bukan sahaja memudahkan laluan Azmin untuk memenangi jawatan Timbalan Presiden. Malah, ketiadaan Zaid itu sendiri dilihat dapat memperkukuhkan lagi perjuangan parti itu dalam usaha untuk menawan Putrajaya dalam Pilihanraya Umum Ke-13 nanti. Zaid kini bukan sahaja dituduh penderhaka, malahan juga dicop sebagai "agen UMNO" yang ditugaskan menghancurkanParti Keadilan Rakyat (PKR).
Namun, biar apapun tuduhan yang dilemparkan kepadanya tetapi Zaid Ibrahim tetap seperti biasa. Terus mengadakan sidang media dan mendedahkan kononnya dia cuba untuk memperbetulkan parti dan ikhlas mahu melaksanakan agenda perubahan. Jika benar, kenapa Zaid haru keluar dan undur diri dari PKR?. Inilah yang memusykilkan rakyat sebenarnya. Malah, tindakan Zaid yang gemar mengadakan sidang media dan secara terbuka menghentam parti dilihat sebagai satu tindakan biadap dan tidak sepatutnya.
Apatah lagi dia sendiri dibawa masuk ke dalam parti oleh Anwar. Maka itu, ramai yang kecewa apabila Zaid begitu berani mengeluarkan kenyataan supaya Anwar dan Azmin harus berundur jika mahu melihat parti itu selamat. Soalnya, selamat untuk siapa?. Apakah selamat untuk berada dalam gengamannya?. Inilah yang menjadi kemusykilan rakyat sebenarnya?.
Apakah Zaid berada dipihak yang benar seperti pendedahannya kepada media?. Jika dia benar, sepatutnya Zaid tidak khianat kepada penyokongnya. Jika dia benar, Zaid sepatutnya tidak mengundur diri dari pertandingan jawatan Timbalan Presiden,letak jawatan Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan atau sebagainya.
Tidak Wajar Berundur Jika Perjuangannya Ikhlas

Apakah benar Zaid "Kuda Trojan" seperti yang disangkan itu agaknya. Zaid yang pernah menjadiMenteri Di Jabatan Perdana Menteri ketika berada dalam kerajaan UMNO BN itu sebenarnya bukanlah seperti apa yang disangka-sangkakan. Ramai penyokong tegas Zaid yang sebenarnya amat kecewa dengan tindakan beliau itu.
Mereka tidak marah Zaid menegur Azmin Ali selaki pesaingnya bagi merebut jawatan Timbalan Presiden PKR. Namun, tindakan Zaid menyuruh Anwar berundur diri seolah-olah merupakan sesuatu yang tidak boleh dimaafkan sebenarnya. Maka itulah, ramai yang berbelah bagi dengan senario yang berlaku terhadap Zaid sekarang ini. Beliau yang diangkat sebagai pemimpin hebat dalam PKR selepas dipecat daripada UMNO dulu, kini bukan lagi seperti yang dijangkakan.
Zaid sepatutnya berterima kasih kepada Anwar kerana telahmemilihnya sebagai calon bagi pilihanraya kecil parlimen Hulu Selangor baru-baru ini. Pemilihan Zaid telah mengecewakan ramai pemimpin PKR setempat, termasuk Dr.Halili yang akhirnya bertindak keluar dari parti itu. Malah, dalam usia politiknya dalam PKR yang begitu muda akhirnya dia diangkat sebagai Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan. Maka itu, ramai yang beranggapan sepatutnya Zaid menumpukan perhatiannya bagi memartabatkan perjuangan PKR di Wilayah Persekutuan. Maknanya, belum masa untuk beliau merebut jawatan tinggi dalam parti itu. Kesetiaan perjuangannya masih belum benar-benar teruji.
Namun, kenapa Zaid begitu pelahap dan rakus untuk menawarkan diri bertanding. Sedangkan sebelum ini beliau mengatakan tidak akan bertanding dalam apa jua jawatan dalam PKR. Bukankah ini satu pembohongan yang nyata, menyebabkan ahli PKR sendiri meragui keikhlasannya. Justeru itu, dia tidak sepatutnya berundur diri jika benar-benar ingin meneruskan agenda perubahan. Namun, kenapa Zaid mengambil tindakan tidak popular itu?. Apakah Zaid merasa dia tidak ada membuat kesilapan dalam kempen pemilihan PKR baru-baru ini agaknya?
Zaid Sebenarnya Mulakan Game Terhadap Azmin

Namun, hakikat sebenarnya masing-masing tidak tahu siapakah yang mencetuskan polimik ini. Bercakap soal penyelewengan misalnya, Zaid hanya mendedahkan tentang Azmin dan apa yang berlaku kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP). Kononnya Azmin meletakkan ramai orangnya sebagai petugas JPP untuk memastikan kemenangan berpihak kepadanya dan proksi beliau. Malah, Azmin dilihat kononnya mempengaruhi Anwar untuk memastikan "line-up" beliau menang selesa dalam pemilihan PKR ini.
Namun, sesuatu harus diingat bahawa Zaid sebenarnya juga ada melakukan kesilapan dan kesalahan besar yang tidak disedari. Beliau terlebih dahulu membawa budaya UMNO ke dalam PKR. Amalan, janji manis dan politik wang begitu ketara tatkala Zaid mengumumkan hasratnya untuk bertanding. Malah, ada bukti kukuh yang terdapat Ketua-Ketua Cabang yang sudah menerima habuan dan imbuhan yang dijanjikan Zaid andainya berjaya mencalonkan dan memastikan undi beliau tinggi.
Biarpun mungkin ini cuba dinafikan orang-orang Zaid, namun hakikat sebenar hanya mereka yang mengetahui dan mengalaminya sahaja lebih mendalaminya. Mungkin dek kerana "politik wang" yang dimainkan oleh Zaid menyebabkan Azmin dan penyokongnya mula gentar. Lantaran itu, jalan terbaik ialah menggunakan "taktik kotor" seperti mempengaruhi Anwar dan juga JPP. Inilah yang berlaku akhirnya, satu perjalanan pemilihan yang jelas diragui kesahihannya serta penuh dengan penipuan seperti apa yang dikatakan oleh Zaid itu sendiri.
Soalnya sekarang, apakah Azmin tidak menggunakan taktik yang sama?. Ia juga ada, namun jumlahnya tidak sehebat Zaid. Malah, Azmin dilihat lebih "bermewah-mewah" apabila menampilkan imej hebat dengan buku manifesto, sticker, bookmark, poster, bunting serta lain-lain barangan yang digunakan untuk memancing undi. Bahkan, hinggakan ke hari pengundian pun orang-orang Azmin masih mengedarkan barangan tersebut. Soalnya, dari mana Azmin mendapat wang sebanyak itu untuk menyediakan segalanya?.
Melihat kepada buku manifestonya sahaja, mungkin nilainya cukup hebat. Maknanya, kedua-dua pemimpin terbabit sebenarnya bermain dalam "game" yang sama.
[Melihat kepada senario yang berlaku ini jelas sekali Azmin berjaya melakukan pukulan "smash kencang" yang membolehkan beliau menang "straigt set" terhadap Zaid. Inilah yang mengecewakan penyokong Zaid, beliau tewas kepada "game" yang dimulakan sendiri. Oleh yang demikian jugalah, Zaid sepatutnya tidak berundur dari medan pertarungan. Beliau harus menerima hakikat tersebut dan bukannya mencanangkan kononnya dia berada di pihak yang benar dalam apa yang berlaku ini. Namun, harus diingat juga bahawa Azmin Ali tidak semestinya berada dipihak yang benar selagi JPP itu sendiri dilihat masih gagal meyakinkan ahli-ahli PKR itu sendiri. Maknanya, yang menang tidak semestinya benar dan yang kalah tidak semestinya salah. Justeru itulah, para penyokong kedua-dua pemimpin terbabit tidak perlulah terlalu emosi dalam hal ini. Biarlah jalan penyelesaian terbaik diambil agar keutuhan PKR dan perjuangan rakyat itu tidak terpalit dengan segala kemelut ini].
http://pahangdaily.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan