KUALA LUMPUR, 2 Dis: Ahli Parlimen Pakatan Rakyat hari ini mengajak rakyat Selangor dan Wilayah Persekutuan turun berarak bersama-sama Menteri Besar Selangor ke Istana Negara Ahad ini bagi menyerahkan memorandum bantahan kenaikan harga air kepada Yang di-Pertuan Agong. Memorandum dan petisyen 100,1000 rakyat Selangor membantah kenaikan air sebanyak 37 peratus akan diserahkan sendiri oleh Tan Sri Khalid Ibrahim kepada Yang di-Pertuan Agong dan perarakan ke istana negara akan bermula di Masjid Negaara pada jam 12 tengahari.
Dalam sidang media bersama beberapa ahli Parlimen Pakatan Rakyat di lobi Parlimen, Khalid Samad (PAS-Shah Alam) berkata, tindakan itu sebagai kemuncak kepada segala usaha rundingan yang telah dilakukan Kerajaan Selangor dengan syarikat konsesi air dan Kerajaan Persekutuan. "Kita anggap ini program berjalan-jalan bersama Menteri Besar dan ia merupakan program kerajaan Selangor setelah kita cuba buat apa yang sepatutnya. "Kita dah berunding dengan syarikat-syarikat yang terlibat, sudah berunding dengan Kerajaan Pusat tapi disebabkan politik, semua usaha kita digagalkan. Jadi kita perlu zahirkan bantahan rakyat," kata beliau yang juga Yang Dipertua PAS Shah Alam. Nada yang sama disuarakan Teresa Kok (DAP-Seputeh) yang berharap seluruh rakyat menyokong program berkenaan. "Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Selangor dan Wilayah menyeru kesemua pengguna air selangor dan Wilayah untuk turun beramai-ramai Ahad ini. "Kita berhimpun di masjid untuk bersama Menteri Besar, exco dan wakil rakyat untuk bentang tandatangan orang ramai yang menyeru kerajaan pusat mengembalikan semula hak air kepda rakyat," katanya. Dalam pada itu, (Charles Santiago-DAP Klang) yang menyentuh mengenai tabung Budi di bawah Syabas berkata, ianya amat mengelirukan rakyat. "Apa yang Syabas buat, mereka pergi ke rumah-rumah, dan galakkan mereka serah wang sebanyak RM11.40 yang dikatakan akan diberikan kepada rumah yang tidak dapat air percuma. "Tapi persoalannya wang itu dibayar oleh Kerajaan Selangor. Mereka kata ini dalam rangka Tanggung Sosial Korporat mereka. Tapi tindakan mereka ini mengelirukan rakyat. "Bila MB suruh Syabas hentikan kegiatan itu, mereka kata tak akan berhenti. Sebenarnya itu perbuatan yang tak diiktiraf. Wang itu wang kerajaan negeri," katanya. Program Ahad ini bagaimanapun dijangka akan bertembung dengan satu lagi kumpulan pro-kerajaan Selangor yang juga mahu menghantar memorandum ke Istana Negara. Peserta perhimpunan yang menamakan diri mereka Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) dengan pakaian hitam mahu menyerahkan memorandum dan 'bukti penyelewengan 30 perkara' di negeri itu, antaranya berhubung isu pembelian hutang syarikat Talam Corporation, penutupan Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) dan 'kegagalan' mengutip hasil pasir seperti yang dijanjikan. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan