PUTRAJAYA, 26 Jan 2011: Seperti tahun tahun sebelumnya PAS Kawasan Putrajaya telah berjaya menganjurkan Hari Keluarga PAS Putrajaya pada hari Ahad 23 Januari 2011 lepas dan dirasmikan oleh Sdr Roshidi Wahab selaku Setiausaha PAS Putrajaya.Program tersebut telah disertai lebih 100 orang terdiri dari Ahli-ahli dan Penyokong PAS Kawasan.
Semua aktiviti yang dijalankan mendapat sambutan hangat. Program sukaneka yang disediakan meliputi aktiviti untuk semua peringkat umur seperti bowling padang, pancing botol, melukis untuk dewasa, mewarna untuk kanak-kanak, tuju kasut (lontaran Pejuang) Musang Berjanggut (Pilih Kasih), Lari Ikat Kaki (Tautan Kasih), Mencari Gula-Gula dalam tepung dan lain-lain.
Rata-rata ahli sangat gembira dengan permainan-permainan yang diadakan, lebih-lebih lagi permainan tuju kasut (lontaran Pejuang) kerana mengingatkan zaman silam sewaktu kanak-kanak dahulu.
"Kita sangat mengharapkan penyertaan pada hari ini lebih ramai dari kalangan ahli-ahli terutama para pimpinan di peringkat kawasan ini. Walau bagaimana pun kita amat memahami situasi di Putrajaya ini di mana rata-rata mereka adalah pegawai kerajaan, apatah lagi mereka sekarang sedang dipantau sama ada mereka adalah penyokong BN atau pun PAS.
"Kita sangat mengharapkan penyertaan pada hari ini lebih ramai dari kalangan ahli-ahli terutama para pimpinan di peringkat kawasan ini. Walau bagaimana pun kita amat memahami situasi di Putrajaya ini di mana rata-rata mereka adalah pegawai kerajaan, apatah lagi mereka sekarang sedang dipantau sama ada mereka adalah penyokong BN atau pun PAS. Kita percaya kerajaan BN amat bimbang dengan suasana sekarang rata-rata pegawai kerajaan sudah terasa bahang pembohongan dan tektik BN yang menggula-gulakan pegawai kerajaanlam bajet yang lepas tetapi hari ini ternyata rakyat terpaksa membayar untuk semua itu apabila harga barangan melambung tinggi." ujar Sdr Roshidi Wahab selaku Setiausaha PAS kawasan ketika berucap merasmikan program hari keluarga tersebut mewakili YDP yang sedang berada di luar negara
"Saya mengucapkan tahniah kepada Urusetia khususnya Lajnah Tarbiyyah dan DewanMuslimat serta nisa’ Putrajaya kerana bertungkus lumus menjayakan program ini lebih-lebih lagi dalam suasana ramai rakan-rakan sedang berada di PRK Tenang kerana hari ini adalah hari penamaan calon namun keranaprogram ini dirancang lebih awal maka kita teruskan juga menjayakannya".ujarnya lagi.
Orang ramai yang hadir begitu berpuashati dengan program yang diadakan dan berharap program sedemikan yang boleh menghimpunkan ahli-ahli dan keluarga dapat terus diadakan pada masa-masa yang akan datang.
Di akhir program, hadiah-hadiah yang tak seberapa telah diberikan kepada pemenang-pemenang acara sukaneka. Makan tengahari disediakan oleh pihak penganjur. Agak berlainan pada tahun ini, sarapan pagi dibawa oleh setiap peserta program dan dikumpul serta kemudian dimakan bersama-sama sebagai tanda keakraban ukhwah sesama muslim disamping memohon keberkatan di dalam perjuangan. Program selesai tepat jam 1 tengahari.
"Saya mengucapkan tahniah kepada Urusetia khususnya Lajnah Tarbiyyah dan DewanMuslimat serta nisa’ Putrajaya kerana bertungkus lumus menjayakan program ini lebih-lebih lagi dalam suasana ramai rakan-rakan sedang berada di PRK Tenang kerana hari ini adalah hari penamaan calon namun keranaprogram ini dirancang lebih awal maka kita teruskan juga menjayakannya".ujarnya lagi.
Orang ramai yang hadir begitu berpuashati dengan program yang diadakan dan berharap program sedemikan yang boleh menghimpunkan ahli-ahli dan keluarga dapat terus diadakan pada masa-masa yang akan datang.Di akhir program, hadiah-hadiah yang tak seberapa telah diberikan kepada pemenang-pemenang acara sukaneka. Makan tengahari disediakan oleh pihak penganjur. Agak berlainan pada tahun ini, sarapan pagi dibawa oleh setiap peserta program dan dikumpul serta kemudian dimakan bersama-sama sebagai tanda keakraban ukhwah sesama muslim disamping memohon keberkatan di dalam perjuangan. Program selesai tepat jam 1 tengahari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan