
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan peruntukan hampir RM10 juta bagi projek pembangunan rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, di Temereloh.
Projek berkenaan ialah menaiktaraf pam di loji air Batu Sawar dan mengganti paip dari Rumpun Makmur ke Kampung Kerai yang bernilai RM9.25 juta.
najib visit kerdau 270211 03Selain itu, beliau turut mengumumkan projek membina dewan terbuka yang mengandungi gelanggang serbaguna bagi masyarakat Cina di Kampung Sri Kerdau, bernilai RM400,000, membina kuil bagi masyarakat India (RM100,000) dan Balai Bomba sukarela (RM150,000).
Dalam pada itu, Perdana Menteri menegaskan bahawa semua projek berkenaan bukan untuk memancing undi, sebaliknya menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memberi keselesaan kepada rakyat.
"Lampu jalan, rumah kos rendah dan ini semua saya tak mahu cakap lagi, nanti akan ada orang kata saya nak membeli undi pula. Sebelum ini, saya pernah berjanji saya akan menjadi Perdana Menteri untuk semua kaum dan inilah buktinya," katanya. - Bernama
Note: Kah..kah..kah..kah.. Najib..najib... Sebelum ni takda sesen pun.. bila ada pilihanraya kecil ni je terus bagi peruntukan rm10 juta.. ooo macam tu rupanya bukan memancing undi.. Kah..kah..kah..kah... Pengikut umno yang sengal-sengal ubi boleh la ko tipu najib... Kah..kah..kah..kah..
Note: Untuk Ahli parliment dan ADUN Pakatan Rakyat.. Cepat-cepatlah minta peruntukan daripada najib untuk kawasan anda. Tengok apa najib kata tu... " Projek ini bukan untuk memancing undi, sebaliknya menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memberi keselesaan kepada rakyat. Sebelum ini, saya pernah berjanji saya akan menjadi Perdana Menteri untuk semua kaum dan inilah buktinya" Apa lagi... lekas-lekaslah minta peruntukan untuk kawasan masing-masing kerana najib bukan nak memancing undi tapi najib buat untuk keselesaan rakyat... Mintak la jangan malu-malu.. tengok boleh dapat tak? Kah..kah..kah..kah... Selagi takda YB yang mati jangan mimpi la bang oiii... Kah..kah..kah..kah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan