Rosmah sumbang RM600,000 hasil jual tembikai susu.. kah..kah..kah..kah... 
Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menyampaikan sumbangan bernilai RM600,000 kepada Majlis Pertubuhan Ibu Tunggal 1Malaysia, yang merupakan pendapatan sulung hasil projek tanaman 'rock melon' di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana di Putrajaya.
Diusahakan oleh syarikat Iris Corporation Berhad, projek itu pada mulanya memperuntukkan kawasan seluas dua hektar di Seri Perdana, namun hanya 0.4 hektar sahaja yang sesuai digunakan untuk projek tersebut.
rosmah mansor singingRosmah berkata idea untuk menjadikan kawasan lapang di Seri Perdana sebagai kawasan tanaman itu datang apabila beliau banyak mendengar kisah golongan ibu tunggal yang penuh cabaran dalam meneruskan kehidupan dan membesarkan anak-anak setelah ketiadaan suami seperti yang sering dipaparkan media.
"Saya amat tersentuh dengan situasi seperti ini, dari itu datanglah idea untuk melaksanakan satu projek di mana hasilnya kelak akan diagih-agihkan kepada mana-mana persatuan yang memerlukan.
"Ekoran dari itu saya telah meminta syarikat Iris Corporation Berhad untuk menanam 'rock melon' di kawasan Seri Perdana. Projek ini telah dimulakan tahun lalu dan alhamdulillah kini ia membuahkan hasil dengan pendapatan pertama berjumlah RM600,000," katanya pada majlis penyampaian sumbangan itu di Seri Perdana di Putrajaya. - Bernama
Jumaat, 18 Mac 2011
AGAK-AGAK LA KALAU NAK MENIPU PUN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan