SELAMAT DATANG

Jumaat, 22 April 2011

Kami sokong Haji Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS

Salam perjuangan dan ukhwah kepada sahabat-sahabat sekelian.

Kami sebagai penyokong-penyokong akar umbi PAS berpandangan bahawa Haji Mohamad Sabu adalah calon yang paling layak untuk memikul amanah sebagai Timbalan Presiden PAS dalam pemilihan PAS Jun 2011 nanti. Beliau adalah seorang pemimpin yang hebat berpidato, mempunyai peribadi yang bersih yang tidak mengaut kekayaan peribadi melalui balak atau sebagainya, hidup sederhana, mempunyai imej kontemporari, setia kepada perjuangan Islam di kala menang mahupun kalah dalam jawatan parti atau ahli parlimen, seorang pemimpin senior dalam parti dan terus aktif turun padang ke seluruh negara untuk memberi penerangan kepada rakyat tentang mengapa rakyat perlu melakukan perubahan.

Malaysiakini telah melaporkan bahawa Haji Mohamad Sabu telah menyebut sebelum ini bahawa antara tujuan utama beliau menawarkan diri sekali lagi untuk bertanding Timbalan Presiden PAS adalah bagi membantu presiden Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegakkan keadilan Islam khasnya di negeri yang diperintah Pakatan Rakyat. Beliau juga mahu membantu presiden untuk memobilasi demokrasi dan kefahaman tentang demokrasi kepada rakyat supaya mereka memilihnya untuk diamalkan di Malaysia.

Beliau juga mahu membantu Tuan Guru Abdul Hadi bagi memperkukuhkan Pakatan Rakyat dengan mengukuhkan kerjasama parti dengan ahli gabungan dalam Pakatan dan juga NGO. Menurut Haji Mohamarus gelombang perubahan bersama Pakatan Rakyat memperkukuhkan Pakatan dapat diterjemahkan melalui melaksanakan “tindakan politik bersama-sama untuk kepentingan rakyat.

Beliau yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat berkata antara program yang beliau dapat memberikan khidmat kepada parti adalah melalui Himpunan Bersih. Sehubungan itu, Mohamad berjanji akan cuba “mempergiatkan lagi” berfungsi sebagai timbalan presiden sekiranya dipillih menjadi orang nombor dua dalam parti itu. Selain itu, katanya, beliau juga mahu memantapkan Majlis Syura supaya “betul-betul berfungsi” khususnya dalam soal menjaga displin dan mempertahan dasar parti.

Haji Mohamad Sabu difahamkan sedang menerima banyak pencalonan daripada PAS kawasan-kawasan yang sedang menjalankan mesyuarat agung mereka sekarang. Kita sama-sama berdoa dan berusaha semoga Haji Mohamad Sabu berjaya memikul amanah sebagai Timbalan Presiden PAS supaya PAS mampu memimpin llah. Jom ubah!

Tiada ulasan:

Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails