SELAMAT DATANG

Sabtu, 14 April 2012

PENDUDUK PUTRAJAYA TUBUH KELAB PEMBACA HARAKAH

Putrajaya. 13 April, Kerana mengharapkan dan dahaga berita yang telus dan maklumat yang boleh menjadi alternatif ke2 selepas media arus perdana, beberapa penduduk dgn bantuan seorang korporat telah bertindak menubuhkan sebuah NGO yang dinamakan Kelab Pembaca Harakah Putrajaya..

Penubuhan Kelab tersebut telah dijayakan dengan rasminya oleh Pesuruhjaya Pas Wilayah Persekutuan Tuan Haji Mohamad bin Mohamad Nor sejurus selepas selesai solat jumaat di Surau al-Furqon Presint 11 Putrajaya. 500 naskah HARAKAH yang ditaja oleh seorang pegawai tinggi kerajaan - PTD-JUSA yg mahu namanya dirahsiakan telah diedarkan secara percuma kepada orang ramai.

Semua jamaah yang hadir menyambut baik pemberian Harakah percuma yang diedarkan oleh ahli-ahli kelab. "Memang benar tertera di halaman depan HARAKAH menyatakan HARAKAH hanya untuk AHLI SAHAJA tetapi yang dimaksudkan dengan ahli sahaja itu adalah dijual untuk ahli sahaja namun hari ini kita tidak menjual tetapi memberi secara percuma." Ujar Hj Sulaiman bin Man seorang ahli kelab yang tinggal di Putrajaya sejak 5 tahun yang lalu.

Seorang lagi ahli kelab Encik Majid bin Kalyubi pula menyatakan, "saya tidak memihak kepada mana mana parti tapi apabila membaca akhbar arus perdana langsung tidak ada kebaikan di pihak parti pembangkang membuatkan saya ingin mendapatkan pandangan kedua dan Harakah menjadi pilihan saya".


Tiada ulasan:

Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails