SELAMAT DATANG

Khamis, 13 September 2012

Pakatan umum 'Deklarasi Kuching' 16 Sept ini

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat akan mengumukan satu deklarasi yang dinamakan sebagai 'Deklarasi Kuching' pada Sambutan Hari Malaysia di Sarawak,16 September nanti.

Deklarasi itu bakal menyatakan komitmen Pakatan Rakyat dalam usaha memperkasakan Sarawak dan Sabah.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sambutan Hari Malaysia pada tahun ini diberi tumpuan pada Negeri Sabah dan Sarawak, yang mana sambutan ambang Hari Malaysia akan diadakan di Kota Kinabalu pada 15 September sebelum ke Kuching Sarawak pada 16 September..
Menurutnya lagi, segala persiapan sambutan tersebut dilakukan oleh Pakatan Rakyat Sabah dan Sarawak.

"Kita juga turut memberi bantuan untuk sambutan tersebut tetapi segala persiapan dilakukan sepenuhnya oleh jentera Pakatan Rakyat di negeri-negeri tersebut.

"Dalam pada itu satu deklarasi yang dinamakan sebagai 'Deklarasi Kuching' akan kita umumkan di Kuching yang akan ditujukan khusus kepada unsaha kita untuk memperkasakan Sarawak dan sabah," jelasnya.

Deklarasi Kuching merupakan satu rangka bersama antara parti-parti di dalam Pakatan Rakyat, PAS, DAP dan PKR dalam usaha memperkasakan Sarawak dan Sabah setanding dengan Semenanjung Malaysia.

Deklarasi Kuching yang mangandungi beberapa agenda utama ini akan turut ditandatangani oleh pemimpin utama Pakatan Rakyat.
Ianya juga satu janji Pakatan kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya Sabah dan Sarawak dalam memastikan masyarakat terus hidup dalam perpaduan dan keamanan.



Tiada ulasan:

Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails