SELAMAT DATANG

Selasa, 11 Disember 2012

MISI JALAN-JALAN PEMBEBASAN PALESTIN

Rombongan Risalah Solidariti Rakyat Malaysia anjuran Parti Islam Semalaysia (PAS) baru-baru ini berlepas ke Gaza bagi meneruskan misi kumpulan tersebut menyalurkan bantuan kecemasan ke negara bergolak itu.

Rombongan 11 sukarelawan itu terdiri daripada 7 orang ahli PAS, seorang PKR dan orang perseorangan yang diketuai oleh YB Mohd Nasir Mustafa, ADUN Kubang Rotan, Kedah. Antara yang menyertai misi bantuan tersebut ialah  YDP PAS Tanjung Malim, Haji Aminuddin Zulkipli, YDP PAS Putrajaya, Ust. Mohd Nazir Zakaria, TYDP PAS Jelutong, Mohd Yusuf  Ahli Majis MPSP, Saudari Ramlah Ashood, Haji Anuar Ismail dan Mohd Ali Abu Bakar ahli PAS kawasan Serdang, Puan Norhayati dan Sdri Norazira Ali. Turut serta dalam rombongan ini artis Farah Asyikin. Delegasi dibawa oleh Ustaz Ridhwan Abu Bakar, Ketua Penerangan PAS Kuala Kedah yang juga Duta Kehormat Rakyat Palestin yang ditauliahkan pada 22hb Ogos 2012 empat bulan sebelum ketua Putera UMNO ke lantik di jawatan yang sama.

Delegasi ini telah tiba di Kaherah pada 7 Disember 2012 dan berjaya memasuki Gaza pada hari yang sama setelah enam jam merentasi laluan Sinai meskipun belum sempat melepaskan penat, akibat tersangkut penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Bangkok. “Penerbangan terpaksa ditangguhkan lebih 2 jam akibat kematian mengejut seorang lelaki berbangsa Arab dalam kapal terbang tersebut,” ujar  Sdri Norazira Ali lepasan Sarjana Pengurusan Pembangunan Islam, USM yang berasal dari Terengganu.

Delegasi ini dengan sumbangan sebahagian besar rakyat Malaysia telah berjaya mengumpul sejumlah USD50,000 bersamaan dengan RM132, 000 dan telah diserahkan kepada Mohd Yusof Hasna, wakil OIC Palestin.

Sejurus selepas penyerahan tersebut delegasi dibawa oleh wakil OIC Palestin ke dataran Al-Qatiba untuk menyertai perhimpunan sambutan 25 tahun penubuhan parti HAMAS yang kebetulan jatuh pada hari tersebut. Delegasi telah diberi layanan VIP beserta  kawalan keselamatan yang ketat untuk memasuki dataran. Dalam perhimpunan tersebut, bendera PAS telah dikibarkan malah dibenarkan untuk dikibarkan di bumbung bangunan enam tingkat di belakang pentas utama.       

Pada hari kedua di Gaza, delegasi dibawa melawat tempat-tempat yang menjadi sasaran Israel iaitu stadium Palestin, rumah Ketua Panglima Briged Izzuddin Al-Qassam, sayap tentera HAMAS, Ahmed Al-Ja’abari yang terbunuh bersama ahli keluarganya juga ibu pejabat polis Palestin. Dan dalam masa yang sama menyerahkan bantuan kepada waris mangsa.

Seterusnya hari ketiga delegasi dibawa bertemu dengan Dr Ahmad Bahar, Speaker Parlimen Palestin dan bertukar-tukar fikiran dalam isu Palestin dan perjuangan pembebasan Al-Aqsa. Turut hadir dalam perjumpaan ini, Pengerusi Jawatankuasa Parlimen Dr Ismail Asyqar. Delegasi juga dibawa mengunjungi Pusat Sosial yang menempatkan tadika dan pusat aktiviti ekonomi wanita.Lawatan hari ketiga diakhiri perjumpaan dengan majlis peguam  untuk membincangkan perkara berkaitan perundangan Negara Palestin.

Ketika berita ini ditulis delegasi masih berada di bumi Palestin dan dijadualkan pada hari keempat mereka akan dibawa bertemu dengan Perdana Menteri Ismail Haniyeh sebelum berangkat  meninggalkan Gaza dan akan berada di Kaherah dua hari sebelum berangkat pulang ke Malaysia.


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

that also market the low rates available through the Payday - Plus
Program. People who withhold legitimate payments remain on the lookout for any
excuse not to pay up, and an aggressive demand outside the purview of the law or accepted conventions
is one excuse for the client to flare up. Therefore, at the
end of the period, December 31, 2009, Prepaid Rent has a
remaining balance of $10,000.

Here is my homepage :: payday loans
My site: payday loan

Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails