
katan rakyat disamping untuk menyumbang dana pilihan raya PAS.
Timbalan Presiden Tuan Haji Muhamad bin Sabu, YB Gobind antara yang mengucapkan tahniah di atas kejayaan majlis itu. Di samping makan dengan selesa dan berselera, para tetamu sempat mendengar pidato yang berapi dari Saudara Rafizi, Chegu Bard, YB Gorbind Ahli Parlimen Puchong dan Timbalan Presiden Tuan Haji Mohamad Sabu yang banyuak menyentuh isu-isu nasional terkini dan menyeru para hadirin untuk bersama-sama Pakatan Rakyat dalam PRU13 akan datang.

Ustaz Mohamad Nazir Zakaria selaku Yang DiPertua Kawasan dalam ucapan aluannya menyatakan "seperti biasa PAS Putrajaya terpaksa mengadakan majlis seperti ini di kawasan kawasan berhampiran kerana kekangan dari pihak berwajib di Putrajaya". Menurut beliau lagi 'ini adalah kali ketiga majlis yang mellibatkan pimpinan tertinggi parti terpaksa diadakan diluar. Ustaz Nazir juga mengisytiharkan tema khas Putrajaya "PUTRAJAYA MENANTI". "Rakyat diseluruh negara sekarang ini tidak segan-segan melaungkan tema MENUJU PUTRAJA maka Putrajaya sendiri seharusnya mempunyai tema yang berbeza iaitu Putrajaya Menanti" ujar Ustaz Nazir. Majlis tamat 12.30 malam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan