
“Ada
kemungkinan besar beliau bertanding di Putrajaya, namun terpulang kepada Pusat
untuk putuskan,” kata Ustaz Nazir lagi. “Jika benar beliau berminat jadi calon
di Putrajaya, kita tiada halangan, bahkan kita amat mengalu-alukan kehadiran
future leader PAS itu”
“Sebenarnya
sudah tiga kali kita menghantar surat berkaitan calon PAS Putrajaya kepada
pihak PAS Pusat untuk dipertimbangkan malah kita telah bertemu dengan Tuan Guru
Mursyidul Am berkenaan dengan hasrat ini dan pihak PAS kawasan telah bersetuju
untuk menerima kehadiran Naib Presiden itu, dan cadangan itu telah dibincangkan
dalam mesyuarat PAS Putrajaya, ujar Ustaz Nazir.
“Jika
YB Datuk Hussam bertanding di Putrajaya, saya yakin beliau boleh menang sebab
pengaruh beliau kuat di sini, terutama kakitangan kerajaan.
Yang
Dipertua PAS kawasan Putrajaya itu berkata, “sebelum ini kedengaran bahawa
Parlimen Putrajaya akan ditandingi oleh seorang pimpinan tertinggi PAS, namun atas faktor umor, kita terpaksa
menolak pencalonan tersebut sepertimana kita menolak cadangan PAS Pusat yang
sebelum itu mencadangkan seorang pesara kerajaan Prof Dato Nik Zain, juga atas faktor
umor. Juga kita amat bertegas menolak calon yang mencalonkan diri sendiri atau meminta untuk menjadi calon. Ini bukan budaya PAS, tambahnya.
Menurut Ustaz Nazir lagi, satu kenyataan
akhbar akan dibuat olehnya sekiranya calon pimpinan tertinggi PAS yang
diisytiharkan nanti bukan YB Datuk Hussam Musa”. Selain Datuk Hussam Musa,Tan Sri Abdul Kadir bin Sheikh Fadzir bekas Menteri Penerangan juga adalah layak untuk bertanding
di Putrajaya dan harapan beliau untuk menang adalah lebih cerah. Tegas Ustaz
Nazir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan