MESYUARAT AGONG PAS PUTRAJAYA TIDAK SAH?????
Putrajaya, 08 Oktober; Mesyuarat
Agong Pas kawasan Putrajaya kali ke 9 yang diadakan pada 22 September 2013 yang
lalu tidak sah. Kenyataan ini dibuat oleh (Mantan)Yang DiPertua Pas Kawasan
Putrajaya sendiri, Ustaz Mohamad Nazir Zakaria yang sebelum ini telah
direhatkan dari menjalankan tugas sebagai YDP oleh jawatankuasa Pas kawasan
yang sebab sebabnya tidak dinyatakan. Nazir mempersoalkan; “adakah tindakan itu
dibenarkan oleh perlembagaan kerana tidak ada klausa yang menyebut bahawa ydp
boleh direhatkan walau tiada sebab dan yakin hukuman itu hanya boleh dibuat
oleh jawatankuasa disiplin PAS pusat. Dan apa yang dikesalkan ialah salinan
surat tersebut telah dihantarkan juga kepada Badan Perhubungan Negeri dan
Setiausaha Agong namun tidak ada tindakan susulan memanggil YDP mengadap
Pejabat Agong. Dimana keadilan yang diperjuangkan oleh PAS selama ini,
sekiranya perkara sebegini pun tidak dapat ditangani” ujar Nazir.
“Ekoran daripada itu satu surat mohon penjelasan telah
dibuat kepada Jawatankuasa kawasan dan salinan kepada pihak tertinggi telah
dibuat dan sehingga mesyuarat Agong Pas kawasan diadakan tiada sebarang
penjelasan telah dibuat. Maka di atas kesamaran itulah saya menyatakan bahawa
Mesyuarat Agong Pas kawasan itu tidak sah kerana sebarang keputusan mesyuarat
Jawatanjuasa sebelum mesyuarat agong juga tidak sah kerana dibuat tanpa merujuk
kepada YDP dan di atas pengetahuan YDP”. Jelasnya lagi. “
Seperkara lagi perlanggaran perlembagaan parti telah dibuat
oleh Jawatankuasa itu ialah lebih 2/3 orang ahli Pas Cawangan Presint 14 tidak
mengetahui bila dan di mana mesyuarat Agong
Cawangan tersebut telah dibuat. “Saya mempunya senarai ahli ahli pas cawangan
ini yang dinafikan hak mereka sebagai
ahli parti untuk hadir di dalam mesyuarat agong cawangan tersebut, dan perkara
ini akan saya rujuk kepada ROS dan sekiranya perlu tindakan mahkamah juga perlu
dibuat” Ujar nazir lagi.
“Sebagai YDP yang sah saya memohon agar pihak PAS Pusat
khususnya, mengambil tindakan segera sebelum Muktamar Agong PAS yang
dijadualkan November ini agar menggantung PAS Kawasan buat sementara dan membatalkan Mesyuarat Agong Kawasan dan
semua keputusan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa haram tersebut supaya tidak
ada apa apa masalah kepada perjalanan Muktamar Agong PAS. Saya juga memohon
kepada Jawatankuasa disiplin untuk menyiasat sebarang unsur pengkhianatan dan
penyalahgunaan kuasa oleh Jawatankuasa tersebut yang diketuai oleh Saudara
Kamaruzzaman Muhamad selaku Pemangku TYDP dan Saudara Roshidi Wahab selaku
Setiausaha Kawasan ketika itu” sambung nazir lagi.
Ini dikuatkan lagi dengan pelanggaran perlembagaan parti Bab
Kelima Fasal 18 (c) yang menyatakan”notis mesyuarat Agong tahunan kawasan
hendaklah dihantar kepada perwakilan dalam tempoh 14 hari dari tarikh mesyuarat
hendak diadakan…”. Ini kerana notis dibuat bertarikh 12 September 2013 melalui
email sedangkan mesyuarat Agong diadakan pada 22 September 2013. Sebagai YDP
walau pun direhatkan kenapa saya tidak dihubungi sendiri oleh setiausaha
kawasan untuk memaklumkan perkara penting ini.
Sebagai organisasi dan parti yang besar seharusnya
perlembagaan parti mestilah dihormati dan dihuraikan dengan sejelas jelasnya
agar tidak berlaku kesamaran seperti ini.
Saya melihat disana terdapat suatu konspirasi menjatuhkan
saya sebagai YDP bermula sebelum PRU 13 lagi apabila saya direhatkan sebagai
YDP tanpa member sebarang alasan dan sebab sebabnya. Demi untuk menjaga
maslahah parti ketika itu saya mendiamkan diri buat sementara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan