SELAMAT DATANG

Isnin, 25 Mei 2009

MUKTAMAR KE 55 - Sejarah Penubuhan PAS & Dewan Ulamak (Bahagian ke 2)

TUJUAN PAS DITUBUHKAN
Menurut al-Marhum Ustaz Othman Hamzah; PAS bermaksud di sini bukan seperti tujuan dalam perlembagaannya, tetapi tujuan penaja hendak menubuhkan satu persatuan bernama “pertubuhan Ulamak-Ulamak SeMalaya” yang kemudian bernama PAS.

1. Tujuan-tujuan PAS ditubuhkan mengikut apa yang diterangkan kepada saya oleh Ustaz Haji Ahmad Maliki, Setiausaha Penaja, dalam pertemuan saya di rumahnya – di Kepala Batas dengan maksud mendapatkan penjelasan lebih jauh sebelum diadakan perhimpunan merasmi dan membahas serta mengsahkan undang-undang tubuhnya.(lebih kurang dua minggu atau lebih sedikit) – dapat saya simpulkan, iaitu:

a)Sebagai satu pertubuhan kebajikan yang bersatu dalam pertubuhan itu daripada ulamak-ulamak dan orang-orang Islam rakyat Persekutuan berkedudukan dibawah UMNO, diharap akan dapat menasihti dan menekankan pucuk pimpinan UMNO atau sekurang-kurangnya mengurangkan keleluasan UMNO daripada melakukan amal usahanya yang melanggar batas-batas hukum syara’ serta adab susila Islam seumpama menganjurkan loteri, mengadakan ‘fun fair’ dan sebagainya yang mengotorkankesucian Islam.

b)Sebagai badan persediaan bagi gerakan menuntut kemerdekaan jika takdirnya UMNO pula diharamkan oleh penjajah Inggeris, seperti yang dihadapi oleh PKMM dan Hizbul Muslimin yang berjuang menuntut kemerdekaan, sebab UMNO pun sekarang berjuang menuntut kemerdekaan jua. PKMM ialah huruf ringkas daripada nama Parti Kebangsaan Melayu Malaya yang ditubuhkan pada tahun 1945 di Ipoh oleh Dr. Burhanuddin al-Helmy dan rakan-rakannya.

c)Selain itu daripada beberapa orang ahli penajanya akan menarik keluar pertubuhan ulamak ini berpisah daripada UMNO sekiranya pucuk pimpinan tidak menerima atau enggan menurut nasihat-nasihat dari ulamak-ulamaknya daripada melanggar dasar Islam atau adab susila yang akan merendahkan mutu kehormatan dan kesucian Islam.

2.Menurut pandanan dan tinjauan saya daripada hasil pembacaan rencana-rencana dalam akhbar dan majalah masa itu, penubuhan pertubuhan ulamak “ akan menghalang orang-orang lain daripada menubuhkan gerakan politik Islam yang baru dalam memperjuangkan kemerdekaan tanahair atas dasar Islam dan menegakkan syari’at Allah dalam negara.

3.Tuan rumah bagi perhimpunan penubuhan PAS itu ialah UMNO Seberang Perai dan Pulau Pinang yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Ahmad Badawi Haji Adullah Fahim.




CADANGAN PENAMAAN PAS

Kepada saya telah diberi oleh Setiausaha Penaja pertubuhan, Haji Ahmad Maliki, rangka undang-undang tubuh “ Pertubuhan Ulamak SeMalaya” yang disedia oleh pihak penaja yang di bentang ,dibahas dan disahkan oleh sidang perawkilan hari merasmikan penubuhannya seperti dinyatakan awal-awal rencana ini. Apa yang menarik perhatiansaya ialah nama dan keahliannya. Namanya dikaitkan dengan ‘ulamak’ sedang keahliannya kepada sekelianperingkat umat Islam yang akil baligh lelaki dan perempuan.

Saya berterus terang denan ikhlas memberi pandangan bahawa nama dan keahliannya tiada sesuai dan munasabah,patutlah ditukar kepada nama yang lebih sesuai denan keahliannya,umpamanya

“Pertubuhan Muslimin SeMalaya”. Beliau menjawab, pandangan saya itu munasabah dan ia dipersetujui, tetapi ia tidak boleh menukar dengan nama lain dalam cadangan undang-undang tubuh ini kerana itu keputusan panitia. Nama itu bolehlah dipinda dab ditukar kalau saya dapat mencadangkan nama yang lebih munasabah dan sesuai diterima oleh ramai dalam perjumpaan merasmikan penubuhan dan mengesahkan undang-undang tubuh ini. Malah ia mengatakan akan menyokong secara diam-diam dari belakang tentang pemindaan dan penukaran nama pertubuhan itu.

Dalam perhimpunan merasmi penubuhan itu dan membincang serta mengsahkan undang-undang tubuh Pertubuhan Ulamak SeMalaya di Kelab Melayu Bagan, tatkala membahaskan undang-undang tubuh itu untuk disahkan sesudah dipersutujukan penubuhannya oleh ahli-ahli sidang perhimpunan, sayalah mula-mula sekali bangun sebagai wakil daripada Persatuan al-Ihya al-Syarif Gunung Semanggul membahas tentang nama yang memang mula pertama diletakkan dalam rangka undang-undang tubuh tersebut dengan mencadangkan pindaan dan penukaran nama “Pertubuhan Ulamak Islam SeMalay” itu kepada “Persatuan Islam SeMalaya” dengan sebutan ringkas “PAS” sahaja dengan beberapa alasan .

Alasan yang saya kemukakan disini bukanlah huraian hujjah saya yang penuh bagi meminda dan menukar nama “Pertubuhan Ulamak SeMalaya” kepada “Persatuan Islam Semalaya(PAS)” kerana tidak dapat saya ingat semuanya, kerana hujjah yang saya catit sepenuhnya telah musnah oleh banjir bersama-sama rangkaan undang-undang tubuh itu dalam simpanan hanya khalasah terpokok sahaja. Antara alasan yang masih saya ingat benar ialah:

Namanya “Pertubuhan Ulamak SeMalaya” tidak sesuai dengan keahliannya yang disebut pada fasal ahli yang terbuka kepada orang-orang Islam yang akil baligh.
Meragui akan ulamak-ulamak dapat menyertai pertubuhan ini kerana dalam perhimpunanini hanya beberapa orang daripada orang-orang yang dipandang sebagai ulamak hadir, malah daripada ulamak-ulamak UMNO pun sangat kurang. Kerana tujuan pertubuhan ini mewujudkan satu perikatan Islam..............., maka nama “Persatuan Islam Semalaya” adalah lebih munasabah dan tepat dengan berlandaskan sebab Islam meliputi semua orang termasuklah ulamak-ulamak itu sendiri. Lagi amat munasabah dengan azam hendak menggantikan UMNO kalau ia diharamkan oleh penjajah, sedang sebutan ringkasnya “PAS” sedap disebut dan didengar.

Cadangan pindaan dan penukaran nama itu segera mendapat sokongan daripada ahli-ahli perhimpunan yang ramai. Mungkin mereka bukannya sahaja setuju dengan cadangan saya tetapi rasa simpati terhadap saya kerana mereka terdiri sebahagiannya sahabat kenalan saya daripada ahli-ahli Kesatuan Melayu Selat Pulau Pinang sebelum Perang yang saya pernah terpilih sebagai jawatankuasanya dan bekas ahli-ahli PKMM atau ibu bapa pelajar Ihya masa itu. Tetapi Jawatankuasa Penaja tetap tidak menerima pindaan itu sedang Puan Dasimah Dasir – mewakili kaum ibu (kononnya)- menentang hebat cadangan saya.

Banyak lagi cadangan meminda nama pertubuhan dabn ada yang mendapat sokongan. Tuan Pengerusi persidangan, Haji Muhammad Ghazali Abdullah, memainkan peranan yang bijak menghadkan cadangan pindaan nama pertubuhan yang semakin banyak, dengan cara undi antara yang mahu meminda dan yang bersetuju dengan cadangan nama asal “Pertubuhan Ulamak SeMalaya”

Tuan Pengerusi meminta nama-nama pindaan itu dikemukakan semula disamping nama asal tidak digugurkan. Seorang yang lain mencadangkan satu pindaan nama dan mendapat sokongan yang saya begitu pasti dalam ingatan antara dua jodolnya iaitu:

i)Pertubuhan Tanahair (Permata)
ii)Pertubuhan Islam Malaya (Pertama)

Seorang lain mencadangkan nama pindaan ditutup dan dipersetujui oleh ramai. Pengerusi mencadang supaya perwakilanmemilih satu nama sahaja melalui undi yang akan dijalankan iaitu:

i)Pertubuhan Ulamak Semalaya,
ii)Persatuan Islam SeMalaya (PAS)
iii)Pertubuhan Muslimin Tanahair (Permata)
atau Pertubuhan Islam Malaya (Pertama)

Keputusan undi dengan suara terbanyak dipersetujukan pertubuhan tersebut dinamakan “Persatuan Islam Semalaya” atau sebutan ringkasnya “PAS”

PAS telah mengalami pertukaran nama penuhnya sebanyak dua kali. Pertama tatkala Malaya mendapat kemerdekaan mulai Ogos 1957 menjadi Persekutuan Tanah Melayu. Maka PAS dipersetujukan dalam mesyuarat agung tahunannya dinamakan “Persatuan Islam SeTanah Melayu (PAS)”. Dan kedua, tatkala Persekutuan Tanah Melayu berubah menjadi Malaysia, makanama PAS dipinda dan dipersetujukan oleh mesyuarat agung tahunannya dengan nama “Parti Islam Semalaysia” ringkasnya “PAS” juga, berlunas huruf-huruf permulaan dalam ejaan jawi.


1 ulasan:

al-faqir ilallah berkata...

APA HANG PUNYA MANGKOK

Blog Yang Saya Lawati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails